Yakjuj Dan Makjuj
January 19, 2017 | Author: Nor Shith Rasid | Category: N/A
Short Description
Download Yakjuj Dan Makjuj...
Description
Yakjuj Dan Makjuj
Gambar Hiasan Yakjuj dan Makjuj ialah nama samaran bagi satu bangsa manusia yang berasal dari keturunan Nabi Nuh, iaitu anaknya yang bernama Yafis. Dari segi fizikalnya, mereka mempunyai hidung kemek, mata sepet seperti orang Asia dan makan apa saja binatang boleh dimakan. Zulkarnain telah membina tembok bagi mengepung mereka. Al-Kahfi [94] Mereka berkata: Wahai Zulkarnain, sesungguhnya kaum Yakjuj dan Makjuj sentiasa melakukan kerosakan di bumi; oleh itu, setujukah kiranya kami menentukan sejumlah bayaran kepadamu (dari hasil pendapatan kami) dengan syarat engkau membina sebuah tembok di antara kami dengan mereka? Yakjuj dan Makjuj tidak dapat keluar dari tembok itu: Al-Kahfi [97] Maka mereka tidak dapat memanjat tembok itu dan mereka juga tidak dapat menebuknya. Tembok itu tidak dapat di tebuk sehinggalah tiba perintah Allah: Al-kahfi [98] (Setelah itu) berkatalah Zulkarnain: Ini ialah suatu rahmat dari Tuhanku; dalam pada itu, apabila sampai janji Tuhanku, Dia akan menjadikan tembok itu hancur lebur dan adalah janji Tuhanku itu benar. Daripada Nawas bin Sam‘an r.a. (dalam hadis yang panjang) berkata, bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda;Kemudian Allah SWT wahyukan kepada Nabi Isa a.s., ―Aku telah lepaskan makhlukKu (Yakjuj dan Makjuj) yang tidak terlawan oleh sesiapa pun. Oleh itu bawalah hamba-hamba Ku yang bersamamu itu berlindung di Bukit Thursina.‖
Lalu Allah SWT mengeluarkan Yakjuj dan Makjuj, dan mereka akan menggelongsor dari tiaptiap tempat yang tinggi.‖ Nabi Isa a.s. dan rakan-rakannya terkepung di bukit itu , sehingga seekor kepala lembu menjadi lebih berharga dari seratus dinar bagi setiap orang di hari itu (sehingga kekurangan makanan). Maka berdoalah Isa a.s. dan rakan-rakannya (supaya Yakjuj Makjuj binasa). Lalu Allah mengirim ulat menyerang leher Yakjuj Makjuj, maka di waktu pagi mereka semuanya bergelimpangan mati sekaligus. Kemudian Nabi Isa a.s. dan rakan-rakannya turun dari bukit dan didapatinya tidak ada tempat terluang walaupun sejengkal, melainkan telah dipenuhi oleh bangkai busuk. Maka berdoalah Nabi Isa dan rakan-rakannya kepada Allah (supaya bangkai busuk itu hilang), lalu dikirim oleh Allah burung-burung sebesar unta, maka diangkutnya bangkai-bangkai itu dan dilemparkannya ke tempat yang dikehendaki Allah, Kemudian Allah menurunkan hujan lebat, yang tidak membiarkan sebuah rumah pun yang dibuat dari tanah liat dan bulu unta, lalu dibasuhnya bumi sehingga bersih seperti cermin (kaca). Sesudah itu kepada bumi diperintahkan; ―Tumbuhkanlah buah-buahanmu dan kembalikanlah keberkatanmu!‖ Maka di masa itu, sekumpulan orang kenyang kerana memakan buah delima dan mereka dapat berteduh di bawah kulitnya. Rezeki mereka beroleh berkat, sehingga seekor unta bunting cukup mengenyangkan sekumpulan orang. Dalam keadaan demikian, ketika itu Allah mengirimkan angin melalui ketiak mereka. Maka diambilnya nyawa setiap orang beriman dan setiap orang Islam. Maka tinggallah orangorang jahat, bercampur-baur seperti himar (tidak tahu malu). Maka di kala itu terjadilah kiamat;(Riwayat Muslim)
Gambar Hiasan
Yakjuj dan Makjuj ialah nama samaran bagi satu bangsa manusia yang berasal dari keturunan Nabi Nuh, iaitu anaknya yang bernama Yafis. Dari segi fizikalnya, mereka mempunyai hidung kemek, mata sepet seperti orang Asia dan makan apa saja binatang boleh dimakan. Zulkarnain telah membina tembok bagi mengepung mereka. Al-Kahfi [94] Mereka berkata: Wahai Zulkarnain, sesungguhnya kaum Yakjuj dan Makjuj sentiasa melakukan kerosakan di bumi; oleh itu, setujukah kiranya kami menentukan sejumlah bayaran kepadamu (dari hasil pendapatan kami) dengan syarat engkau membina sebuah tembok di antara kami dengan mereka? Yakjuj dan Makjuj tidak dapat keluar dari tembok itu: Al-Kahfi [97] Maka mereka tidak dapat memanjat tembok itu dan mereka juga tidak dapat menebuknya. Tembok itu tidak dapat di tebuk sehinggalah tiba perintah Allah: Al-kahfi [98] (Setelah itu) berkatalah Zulkarnain: Ini ialah suatu rahmat dari Tuhanku; dalam pada itu, apabila sampai janji Tuhanku, Dia akan menjadikan tembok itu hancur lebur dan adalah janji Tuhanku itu benar. Daripada Nawas bin Sam‘an r.a. (dalam hadis yang panjang) berkata, bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda;Kemudian Allah SWT wahyukan kepada Nabi Isa a.s., ―Aku telah lepaskan makhlukKu (Yakjuj dan Makjuj) yang tidak terlawan oleh sesiapa pun. Oleh itu bawalah hamba-hamba Ku yang bersamamu itu berlindung di Bukit Thursina.‖ Lalu Allah SWT mengeluarkan Yakjuj dan Makjuj, dan mereka akan menggelongsor dari tiaptiap tempat yang tinggi.‖ Nabi Isa a.s. dan rakan-rakannya terkepung di bukit itu , sehingga seekor kepala lembu menjadi lebih berharga dari seratus dinar bagi setiap orang di hari itu (sehingga kekurangan makanan). Maka berdoalah Isa a.s. dan rakan-rakannya (supaya Yakjuj Makjuj binasa). Lalu Allah mengirim ulat menyerang leher Yakjuj Makjuj, maka di waktu pagi mereka semuanya bergelimpangan mati sekaligus. Kemudian Nabi Isa a.s. dan rakan-rakannya turun dari bukit dan didapatinya tidak ada tempat terluang walaupun sejengkal, melainkan telah dipenuhi oleh bangkai busuk. Maka berdoalah Nabi Isa dan rakan-rakannya kepada Allah (supaya bangkai busuk itu hilang), lalu dikirim oleh Allah burung-burung sebesar unta, maka diangkutnya bangkai-bangkai itu dan dilemparkannya ke tempat yang dikehendaki Allah, Kemudian Allah menurunkan hujan lebat, yang tidak membiarkan sebuah rumah pun yang dibuat dari tanah liat dan bulu unta, lalu dibasuhnya bumi sehingga bersih seperti cermin (kaca).
Sesudah itu kepada bumi diperintahkan; ―Tumbuhkanlah buah-buahanmu dan kembalikanlah keberkatanmu!‖ Maka di masa itu, sekumpulan orang kenyang kerana memakan buah delima dan mereka dapat berteduh di bawah kulitnya. Rezeki mereka beroleh berkat, sehingga seekor unta bunting cukup mengenyangkan sekumpulan orang. Dalam keadaan demikian, ketika itu Allah mengirimkan angin melalui ketiak mereka. Maka diambilnya nyawa setiap orang beriman dan setiap orang Islam. Maka tinggallah orangorang jahat, bercampur-baur seperti himar (tidak tahu malu). Maka di kala itu terjadilah kiamat;(Riwayat Muslim) Misteri Yakjuj & Makjuj Misteri: Yakjuj, Makjuj dikurung dalam tembok ajaibOleh Nasron Sira Rahim DI sebalik pembinaan kota besar hasil kemajuan pembangunan dan kemodenan yang melanda hampir seluruh pelusuk dunia hari ini, masih terdapat satu kawasan rahsia di muka bumi ini yang menyimpan ribuan makhluk misteri. Sehingga kini, penerokaan demi penerokaan di seluruh kawasan bumi masih belum menemui wilayah asing itu sekali gus menyebabkan kewujudan makhluk terbabit tidak akan dikenal pasti pengkaji atau manusia umumnya. Bagaimanapun, kewujudan makhluk itu adalah sahih dan suatu hari nanti, mereka akan muncul juga di hadapan manusia. Akan tetapi, ketika makhluk itu muncul, sudah terlambat untuk manusia berbuat apa-apa lagi. Tiada lagi kajian mengenai sejarah kewujudan atau penyelidikan sains dilakukan terhadap makhluk itu seperti penemuan artifak atau spesies baru ketika ini kerana sewaktu munculnya makhluk dikenali Yakjuj dan Makjuj itu, dunia sudah terlalu hampir dengan kiamat! Sejak dikurung ribuan tahun lalu, kewujudan dan lokasi ‘pusat tahanan’ Yakjuj dan Makjuj masih menjadi misteri kepada manusia. Bagaimanapun, kewujudan dua makhluk itu adalah pasti lantaran ia dinyatakan dalam al-Quran serta tergolong dalam perkara ghaib yang wajib diimani manusia menerusi tanda besar berlakunya kiamat. Pensyarah Jabatan Al-Quran dan Al-Hadith, Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya (API-UM), Prof Madya Dr Fauzi Deraman, berkata Yakjuj dan Makjuj bukanlah berupa haiwan atau spesies lain sebaliknya ia adalah manusia yang berasal daripada keturunan Nabi Adam AS. Katanya, mengikut hadis, bangsa Yakjuj dan Makjuj berasal daripada keturunan anak lelaki Nabi Nuh AS iaitu Yafis yang berkembang melewati masa sehinggalah Zulkarnain membina tembok bagi menghalang mereka keluar dari lokasi mereka. “Cerita mengenai sejarah Yakjuj dan Makjuj tertera dalam al-Quran menerusi surah al-Kahfi, ayat ke-92 hingga 98 manakala kebangkitan mereka dinyatakan dalam surah an-Anbiyaa’, ayat ke-96 dan 97,” katanya. Allah berfirman menerusi ayat surah al-Kahfi itu: “Kemudian dia (Zulkarnain) menempuh suatu jalan (yang lain lagi). Hingga apabila dia sampai antara dua gunung, dia mendapati di hadapan kedua bukit itu suatu kaum yang hampir tidak mengerti pembicaraan. “Mereka berkata: ‘Hai Zulkarnain, sesungguhnya Yakjuj dan Makjuj itu orang yang membuat kerosakan di muka bumi, maka dapatkah kami memberikan sesuatu pembayaran kepadamu, supaya kamu membuat dinding antara mereka?’. “Zulkarnain berkata: ‘Apa yang dikuasakan Tuhanku kepadaku terhadapnya adalah lebih baik, maka tolonglah aku dengan kekuatan (manusia dan peralatan), agar aku membuatkan dinding antara kamu dan mereka. Berilah aku potongan-potongan besi’. “Hingga apabila besi itu sudah sama rata dengan kedua-dua (puncak) gunung itu, berkatalah Zulkarnain: ‘Tiuplah (api itu)’. Hingga apabila besi itu sudah menjadi (merah seperti) api, dia pun berkata: ‘Berilah aku tembaga (yang
mendidih) agar aku tuangkan ke atas besi panas itu. “Maka mereka tidak dapat mendakinya dan mereka tidak dapat melubanginya. Zulkarnain berkata: ‘Ini (dinding) adalah rahmat daripada Tuhanku, maka apabila sudah datang janji Tuhanku (kiamat), Dia akan menjadikannya hancur luluh dan janji Tuhanku itu adalah benar’.” Dalam ayat surah an-Anbiyaa’ pula, Allah berfirman: “Hingga apabila dibukakan (tembok) Yakjuj dan Makjuj; dan mereka turun dengan cepat dari seluruh tempat yang tinggi. Dan sudah dekatlah kedatangan janji yang benar (kaimat) maka tiba-tiba terbelalaklah mata orang kafir. (Mereka berkata): ‘Aduhai, celakalah kami, sesungguhnya kami adalah dalam kelalaian mengenai ini, bahkan kami adalah orang yang zalim’.” Dr Fauzi berkata, selain dua surah al-Quran itu, terdapat banyak hadis kuat yang membicarakan mengenai Yakjuj dan Makjuj tetapi terdapat juga perbezaan pendapat di kalangan ulama mengenai ciri-ciri bangsa itu yang tidak diterangkan nas. “Hadis riwayat Imam Ahmad pula menerangkan ciri fizikal Yakjuj dan Makjuj yang antara lain bermuka bulat dan kulit kekuningan seperti wajah kebanyakan penduduk Asia Tengah. “Ulama juga cenderung mengatakan Yakjuj dan Makjuj berasal dan dikurung di benua Asia Tengah berdasarkan tafsiran ayat ke-90 dari surah al-Khafi yang menyebut Zulkarnain sampai ‘di tempat terbit matahari’ iaitu timur dunia,” katanya. Pendapat lain menambah yang Yakjuj dan Makjuj berkemungkinan berasal daripada bangsa Tartar dan Mongul manakala lokasi tahanan mereka adalah kawasan pergunungan luas Caucasus. Beliau berkata, kebanyakan ulama menyatakan yang bangsa itu terus wujud sehingga kini tetapi dipisahkan daripada dunia manusia oleh Allah SWT menerusi tembok dibina Zulkarnain itu. Katanya, tugas bangsa itu setiap hari sejak ribuan tahun lalu adalah mengorek tembok itu untuk tembus ke dunia manusia tetapi Allah masih menghalang mereka dengan kembali meneguhkan benteng berkenaan sehinggalah hampirnya hari kiamat. “Allah akan mengizinkan tembok itu runtuh dan Yakjuj dan Makjuj bebas ke dunia manusia apabila hampirnya kiamat dan peristiwa itu menjadi satu daripada 10 tanda besar kiamat,” katanya. Yakjuj dan Makjuj juga muncul selepas kematian Dajal yang dibunuh Nabi Isa AS dan bangsa itu akan mendatangkan kerosakan besar di muka bumi. Kekuatan mereka dikatakan luar biasa dan terlalu hebat sehingga tiada sesiapa yang mampu menewaskan kumpulan itu. “Nabi Isa AS memerintahkan manusia yang masih beriman berlindung di pergunungan bagi mengelak menjadi mangsa Yakjuj dan Makjuj; baginda kemudian berdoa kepada Allah SWT dan Allah membinasakan mereka dengan mengutuskan ulat yang menyerang belakang badan golongan itu sehingga mati. “Selepas bangsa Yakjuj dan Makjuj mati serta menjadi busuk, Allah mengutuskan seekor burung besar untuk mengangkut dan membersihkan mayat itu dari bumi,” katanya. Menyoroti dalil kewujudan Yakjuj dan Makjuj, manusia seharusnya yakin mempertahankan akidah Islam dan tidak bertangguh memohon keampunan dan keredaan Allah kerana mereka yang masih lalai adalah golongan yang diterangkan dalam surah anAnbiyaa’ di atas seperti firman-Nya: “(Mereka berkata): ‘Aduhai, celakalah kami, sesungguhnya kami adalah dalam kelalaian mengenai ini, bahkan kami adalah orang yang zalim’.” FAKTA Yakjuj dan Makjuj Ketika kemunculannya, mereka dikatakan akan menuju ke sebuah tasik di Palestin dan akan minum air tasik itu sehingga kering. Memiliki zuriat yang ramai dan dikatakan tidak akan mati sehingga melahirkan lebih 1,000 zuriat. Tiada siapa mampu menewaskan mereka dan hanya binasa dengan kekuasaan Allah. Muncul selepas turunnya Nabi Isa AS dan Dajal. Dalam sebuah hadis, Rasulullah menyatakan kebimbangannya apabila pada zaman baginda, Yakjuj dan Makjuj dikatakan sudah berjaya menebuk benteng Zulkarnain sebesar bulatan dibentuk ibu jari dan jari telunjuk.
Mengenal Yakjuj Dan Makjuj
Gambar Hiasan
Kemunculan sebuah bangsa yang akan mencipta kekacauan serta kerosakan di muka bumi telah ditakdirkan Allah Subhanahu wa Ta‘ala sebagai salah satu penanda kiamat besar. Siapakah dan bagaimanakah mereka? Di dalam beberapa hadis tentang tanda-tanda hari kiamat kubra (besar), disebutkan ada sepuluh tanda hari kiamat. Di antaranya adalah keluarnya Ya`juj dan Ma`juj. Berita tentang keluarnya Ya`juj dan Ma`juj bukan hanya mutawatir, bahkan disebutkan dalam Al-Qur‘an surat Al-Anbiya‘ ayat 96-97:
. . Maksudnya: "Hingga apabila dibukakan (dinding) Ya'juj dan Ma'juj, dan mereka turun dengan cepat dari seluruh tempat yang tinggi. Dan telah dekatlah datangnya janji yang benar (hari berbangkit), maka tiba-tiba terbelalaklah mata orang-orang yang kafir. (Mereka berkata): ―Aduhai, celakalah kami, sesungguhnya kami dalam kelalaian tentang ini, bahkan kami adalah orang-orang yang zalim.‖ Ibnu Katsir rahimahullahu menerangkan: mereka adalah dari keturunan Adam ‗alaihissalam dari keturunan Nabi Nuh ‗alaihissalam, dari anak keturunan Yafits yakni nenek moyang bangsa Turki yang terkurung oleh benteng tinggi yang dibangun oleh Dzulqarnain.
Sedangkan makna ―min kulli hadabin yansilun‖ diterangkan oleh Ibnu Katsir rahimahullahu: yakni turun dari tempat-tempat yang tinggi dengan cepat dengan membuat kerosakan. Demikian pula disebutkan dalam surat Al-Kahfi ayat 94:
Maksudnya: ―Wahai Dzulqarnain, sesungguhnya Ya`juj wa Ma`juj merosakkan di permukaan bumi, kami akan siapkan imbalan yang besar agar kiranya engkau membuatkan benteng antara kami dengan mereka.‖ Adapun kalimah yang menunjukkan bahawa runtuhnya benteng Dzulqarnain dan keluarnya Ya`juj wa Ma`juj sebagai tanda dekatnya hari kiamat adalah ucapan Allah Subhanahu wa Ta‘ala pada ayat ke-98:
Maksudnya: ―Ini adalah rahmat dari Rabbku, maka apabila sudah datang janji Rabb-ku Dia akan menjadikannya hancur luluh…..‖ Ibnu Katsir rahimahullahu menyatakan: ―Ini adalah dalil yang menunjukkan bahawa mereka tidak akan dapat melubanginya sedikitpun…‖ Sedangkan makna ―Jika datang janji Rabbku‖ adalah: Jika telah dekat hari kiamat, Allah Subhanahu wa Ta‘ala akan runtuhkan benteng tersebut. Demikian dikatakan oleh Ibnu Katsir rahimahullahu. Ya`juj wa Ma`juj dari keturunan Adam ‘alaihissalam Ya‘juj dan Ma‘juj adalah dari jenis manusia keturunan Adam ‗alaihissalam. Tidak seperti yang digambarkan oleh sebahagian orang bahawa mereka bukanlah dari keturunan manusia. Hanya sahaja mereka adalah orang-orang yang merosak serta memiliki sifat dan perangai yang Allah Subhanahu wa Ta‘ala takdirkan kepada mereka tidak seperti manusia pada umumnya. Dalil yang menunjukkan bahawa mereka dari jenis manusia keturunan Adam ‗alaihissalam adalah apa yang diriwayatkan dalam Sahih Bukhari dalam Kitabul Anbiya‘ bab Qishah Ya‘juj dan Ma‘juj, dari Abu Sa‘id Al-Khudri radhiyallahu ‗anhu, bahwa Nabi Shallallahu ‗alaihi wa sallam bersabda:
: :
.
:
.
:
. :
:
.
:
: …
Allah Subhanahu wa Ta‘ala berfirman kepada Adam: ―Wahai Adam.‖ Maka Adam menjawab: ―Labbaika wa sa‘daika wal khairu fi yadaika (Aku sambut panggilan-Mu dengan senang hati dan kebaikan semuanya di tangan-Mu).‖ Kemudian Allah Subhanahu wa Ta‘ala berfirman: ―Keluarkan utusan (penghuni) neraka.‖ Maka Adam bertanya: ―Apa itu utusan (penghuni) neraka?‖ Allah Subhanahu wa Ta‘ala berfirman: ―Mereka dari setiap seribu orang, sembilan ratus sembilan puluh sembilan orang!‖ Maka ketika itu anak kecil menjadi beruban, setiap yang hamil melahirkan apa yang dikandungnya, dan kamu lihat orang-orang seakan-akan mabuk padahal mereka tidak mabuk, tetapi kerana azab Allah Subhanahu wa Ta‘ala yang sangat keras. Kemudian para sahabat bertanya: ―Siapa satu yang selamat dari kita itu, wahai Rasulullah?‖ Rasulullah menjawab: ―Bergembiralah, sesungguhnya penghuni neraka itu dari kamu satu dan dari Ya‘juj dan Ma‘juj seribu….‖ (HR. Al-Bukhari dengan Fathul Bari, juz 6 hal. 382) Dari hadis di atas kita dapatkan beberapa faedah: Pertama: Ya‘juj dan Ma‘juj adalah calon penghuni neraka. Kedua: jumlah Ya‘juj dan Ma‘juj sangat besar. Ketiga: bahawa Ya‘juj dan Ma‘juj dari jenis manusia keturunan Adam. Sifat-sifat Ya`juj dan Ma`juj Walaupun mereka dari jenis manusia keturunan Adam, namun mereka memiliki sifat khas yang berbeza dari manusia biasa. Ciri utama mereka adalah perosak dan jumlah mereka yang sangat besar sehingga ketika mereka turun dari gunung seakan-akan air bah yang mengalir, tidak pandai berbicara dan tidak fasih, bermata kecil (sepet), berhidung kecil, lebar mukanya, merah warna kulitnya seakan-akan wajahnya seperti perisai dan lain-lain sifat. Disebutkan dalam riwayat Al-Imam Ahmad rahimahullahu, dari Ibnu Harmalah, dari makciknya, dia berkata:
:
Rasulullah Shallallahu ‗alaihi wa sallam berkhutbah dalam keadaan jarinya dibalut kerana disengat kalajengking. Baginda bersabda: ―Kamu mengatakan tidak ada musuh. Padahal sesungguhnya kamu akan terus memerangi musuh sampai datangnya Ya‘juj dan Ma‘juj, lebar mukanya, kecil (sepet) matanya, dan ada warna putih di rambut atas. Mereka mengalir dari tempat-tempat yang tinggi, seakan-akan wajah-wajah mereka seperti perisai.‖ (HR. Ahmad)
Ya`juj dan Ma`juj Sudah Ada Sekarang Ya`juj dan Ma`juj sudah ada dan terus dalam keadaan turun-temurun (beranak pinak), tidak meninggal satu orang dari mereka, kecuali lahir seribu orang lebih. Sebagaimana disebutkan dalam riwayat Abdullah bin ‗Amr radhiyallahu ‗anhuma yang diriwayatkan Al-Hakim rahimahullahu dalam Mustadrak-nya. Namun alhamdulillah Allah Subhanahu wa Ta‘ala telah bentengi mereka dari kita, iaitu dengan sebab menakdirkan munculnya Dzulqarnain yang dengan kemampuannya membuat benteng yang terbuat dari besi dan tembaga. Allah Subhanahu wa Ta‘ala berfirman:
.
.
. . .
.
Maksudnya: ―Kemudian dia menempuh suatu jalan (yang lain lagi). Hingga apabila dia telah sampai di antara dua buah gunung, dia mendapati di hadapan keduanya, suatu kaum yang hampir tidak mengerti pembicaraan. Mereka berkata: ‗Hai Dzulqarnain, sesungguhnya Ya`juj dan Ma`juj itu orang-orang yang membuat kerosakan di muka bumi, maka dapatkah kami memberikan suatu pembayaran kepadamu, supaya kamu membuat dinding antara kami dan mereka?‘ Dzulqarnain berkata: ‗Apa yang telah dikuasakan oleh Rabbku kepadaku terhadapnya adalah lebih baik, maka tolonglah aku dengan kekuatan (manusia dan alat-alat), agar aku membuatkan dinding antara kamu dan mereka, berilah aku potongan-potongan besi.‘ Hingga apabila besi itu telah sama rata dengan kedua (puncak) gunung itu, berkatalah Dzulqarnain: ‗Tiuplah (api itu).‘ Hingga apabila besi itu sudah menjadi (merah seperti) api, diapun berkata: ‗Berilah aku tembaga (yang mendidih) agar kutuangkan ke atas besi panas itu.‘ Maka mereka tidak dapat mendakinya dan mereka tidak dapat (pula) melubanginya. Dzulqarnain berkata: ‗Ini (dinding) adalah rahmat dari Rabbku, maka apabila sudah datang janji Rabb-ku Dia akan menjadikannya hancur luluh; dan janji Rabbku itu adalah benar‘.‖ (Al-Kahfi: 92-98) Kesombongan Ya`juj dan Ma`juj Ya`juj dan Ma`juj ketika keluar tidaklah melalui sesuatu kecuali dirosaknya. Tidaklah melalui danau kecuali meminumnya hingga habis. Tidaklah mendapati manusia kecuali dibunuhnya sampai ketika mereka merasa menang membantai seluruh penduduk bumi, mereka menentang penduduk langit. Inilah kesombongan yang luar biasa dari Ya`juj wa Ma`juj.
: . ―Kemudian mereka berjalan dan berakhir di gunung Khumar, iaitu salah satu gunung di Baitul Maqdis. Kemudian mereka berkata: ―Kita telah membantai penduduk bumi, mari kita membantai penduduk langit.‖ Maka mereka melemparkan panah-panah dan tombak-tombak mereka ke langit. Maka Allah Subhanahu wa Ta‘ala kembalikan panah dan tombak-tombak mereka dalam keadaan berlumuran darah.‖ (HR. Muslim dalam kitab Al-Fitan wa Asyrathus Sa‘ah) Yakni mereka mengira bahawa darah tersebut bukti kemenangan mereka melawan penduduk langit. Maka Allah Subhanahu wa Ta‘ala binasakan seluruhnya pada ketika kemuncak kesombongan mereka dalam waktu yang hampir bersamaan. Binasanya Ya'juj dan Ma'juj dengan doa Nabi Isa ‘alaihissalam Diriwayatkan dari An-Nawwas Ibni Sam‘an radhiyallahu ‗anhu dalam hadis yang panjang. Di antaranya sebagai berikut:
… Ketika Allah Subhanahu wa Ta‘ala mewahyukan kepada Isa ‗alaihissalam: Sesungguhnya aku mengeluarkan hamba-hamba-Ku yang tidak ada kemampuan bagi seorang pun untuk memeranginya. Maka biarkanlah mereka hamba-hamba-Ku menuju Thuur. Lalu Allah Subhanahu wa Ta‘ala keluarkan Ya‘juj dan Ma‘juj dan mereka mengalir dari tiap-tiap tempat yang tinggi. Kemudian mereka melewati danau Thabariyah, dan meminum seluruh air yang ada padanya. Hingga ketika barisan paling belakang mereka sampai di danau tersebut mereka berkata: ―Sungguh dahulu di sini masih ada airnya.‖ Ketika itu dikepunglah Nabiyullah Isa ‗alaihissalam dan para sahabatnya. Hingga kepala sapi ketika itu lebih berharga untuk mereka daripada seratus dinar kamu sekarang ini. Maka Isa dan para sahabatnya berharap (berdoa) kepada Allah Subhanahu wa Ta‘ala. Maka Allah Subhanahu wa Ta‘ala pun mengirim sejenis ulat
yang menyerang leher mereka. Maka pagi harinya mereka seluruhnya binasa menjadi bangkaibangkai dalam waktu yang hampir bersamaan. Kemudian turunlah (dari gunung Thuur) Nabiyullah Isa dan para sahabatnya, maka tidak didapati satu jengkal pun tempat kecuali dipenuhi oleh bangkai dan bau busuk mereka. Maka Nabi Isa ‗alaihissalam pun berharap (berdoa) kepada Allah Subhanahu wa Ta‘ala. Maka Allah Subhanahu wa Ta‘ala mengirimkan burung-burung yang lehernya seperti unta, membawa bangkai-bangkai mereka dan kemudian dilemparkan di tempat yang Allah Subhanahu wa Ta‘ala kehendaki. Kemudian Allah kirimkan hujan yang tidak meninggalkan satu pun rumah mahupun kemah, lalu membasahi bumi hingga menjadi licin. Kemudian dikatakan kepada bumi itu: ‗Tumbuhkanlah buah-buahanmu dan kembalilah berkatmu...‖ (HR. Muslim) Wajib Beriman dengan berita Ya`juj wa Ma`juj Berita tentang Ya`juj wa Ma`juj adalah berita dari Allah Subhanahu wa Ta‘ala dan Rasul-Nya, sehingga seorang muslim yang beriman wajib menerimanya. Bukankah ciri-ciri orang yang bertakwa adalah beriman kepada hal ghaib yang dikhabarkan oleh Allah Subhanahu wa Ta‘ala dan Rasul-Nya? Dan termasuk hal yang ghaib adalah apa yang akan terjadi pada akhir zaman, termasuk berita akan keluarnya Ya`juj wa Ma`juj? Namun sebahagian kaum muslimin, khususnya kaum Mu‘tazilah dan para rasionalis atau orangorang yang terpengaruh oleh mereka, menolak berita-berita hadis yang -menurut anggapan mereka- tidak masuk akal. Mereka menganggap hadis-hadis tersebut hanya akan membuat orang lari dari Islam. Ketika mereka mendengarkan hadis-hadis tentang diangkatnya Nabi Isa ‗alaihissalam dalam keadaan hidup, akan turunnya baginda pada akhir zaman, berita tentang Dajjal -yang sudah ada wujudnya dalam keadaan terbelenggu- atau tentang Ya`juj wa Ma`juj yang masih beranak-pinak dan terus menerus berupaya untuk keluar dari benteng yang dibuat oleh Dzulqarnain, dan lainlainnya. Mereka benar-benar gelisah, panas dadanya seraya berkata: ―Untuk apa hadis-hadis seperti ini disampaikan. Hadis-hadis ini akan menjadikan manusia semakin jauh dari Islam.‖ Mereka melontarkan olok-olok, celaan, dan berbagai macam ucapan penolakan terhadap hadishadis tersebut. Keadaan mereka ini serupa seperti yang dikatakan oleh para ulama tentang ahlul bid‘ah: Ahmad bin Sinan Al-Qaththan rahimahullahu berkata: ‖Tidak ada di dunia ini seorang mubtadi‘ (ahli bid‘ah) pun kecuali akan membenci ahlil hadis. Jika seseorang mengada-adakan kebid‘ahan nescaya akan dicabut kelazatan hadis dari hatinya.‖ (Aqidatussalaf wa Ashhabul Hadits hal. 300) Abu Nashr bin Sallam Al-Faqih rahimahullahu berkata: ―Tidak ada sesuatu yang lebih berat dan lebih dibenci bagi orang-orang mulhid (sesat) daripada mendengarkan hadis dengan riwayat dan sanadnya.‖ (Aqidatus Salaf Ashhabil Hadits hal. 302) Penutup Sebagai nasihat dan peringatan untuk kita dan seluruh kaum muslimin, kami nukilkan beberapa ucapan para ulama dalam masalah ini:
Al-Imam Ahmad bin Hambal rahimahullahu menyatakan: ―Barangsiapa yang menolak hadis Nabi Shallallahu ‗alaihi sa wallam, maka dia berada di pinggir jurang kehancuran.‖ (Thabaqat Al-Hanabilah, 2/11 dan Al-Ibanah, 1/269; lihat Ta‘zhimus Sunnah hal. 29) Al-Imam Al-Barbahari rahimahullahu menegaskan: ―Jika engkau mendengar seseorang mencela riwayat-riwayat (yakni riwayat hadis yang sahih), menolaknya atau menginginkan selainnya, maka curigailah keislamannya dan jangan ragu kalau dia adalah pengekor hawa nafsu, ahlul bid‘ah.‖ (Syarhus Sunnah hal. 51) Abul Qashim Al-Ashbahani rahimahullahu menerangkan: Ahlus Sunnah dari kalangan salaf berkata: ―Barangsiapa mencerca riwayat-riwayat hadis, maka selayaknya untuk dituduh keislamannya.‖ (Al-Hujjah fi Bayanil Mahajjah 2/248. Lihat Ta‘zhimus Sunnah, hal. 29) Al-Imam Az-Zuhri rahimahullahu –imamnya para imam pada zamannya- berkata: ―Dari Allah Subhanahu wa Ta‘ala keterangannya, Rasulullah Shallallahu ‗alaihi wa sallam yang menyampaikannya, maka kewajiban kita adalah menerimanya.‖ (Aqidatus Salaf Ashhabil Hadits, hal. 249) Beliau rahimahullahu berkata juga: ―Diriwayatkan dari salaf bahawa kaki Islam tidak akan kokoh, kecuali di atas dasar at-taslim (yakni menerima dan tunduk pada seluruh ucapan Allah Subhanahu wa Ta‘ala dan Rasul-Nya, pent.).‖ (Aqidatus Salaf Ashhabul Hadits hal. 200). Wallahu a‘lam. Penulis: Al-Ustadz Muhammad Umar As-Sewed Disunting oleh: Abu Soleh
WASHINGTON — Weekly World News telah mendedahkan tentang penemuan mengejutkan mengenai satu kaum primitif yang di panggil Mole People hidup 20 batu di bawah tanah, menggunakan terowong rahsia untuk memasuki United States! Penemuan ini telah dibuat bukan oleh ahli kaji purba, tetapi oleh saintis NASA yang menggali jauh ke dalam Bumi – dan mereka cuba menyembunyikan kewujudan kaum ini dari pengetahuan awam .
Seorang pekerja NASA yang tidak mahu dikenali telah mendedahkan gambar-gambar eksklusif and informasi mengenai kaum ‗orang gua‘ ini. ―Cerita ini harus diberitahu,‖ kata sumber itu. ―Ia terlalu besar untuk disorok‖. Sumber itu telah mendedahkan beberapa rahsia besar mengenai Mole People. ―Nampaknya mereka seperti kaum yang peramah‖, beliau berkata, ―Tetapi mereka amat primitif. Kami cuba berkomunikasi dengan mereka, tetapi ia satu kerja yang susah memandangkan mereka tidak tahu bahasa English‖. ―Mole People, sebagaimana yang kami panggil, mempunyai laluan senang untuk ke muka Bumi (surface world)‖, kata sumber itu. ―Dengan demikian, President Bush mengendalikan situasi ini dengan penuh berhati-hati. ―Tersilap langkah boleh mengakibatkan makhluk ini mengisytiharkan perang dengan manusia di atas. Kami tidak pasti berapa jumlah mereka ini. Kami baru melihat satu bandar setakat ini, dengan anggaran 2000 orang Mole tinggai di situ. ―Tetapi ada pihak yang menyatakan bahawa mungkin berjuta-juta orang Mole tinggal meratarata di dalam bandar-bandar bawah tanah, berselerak di bawah muka Bumi‖. Makhluk itu mempunyai beberapa persamaan dengan manusia – dan juga sedikit perbezaan. ―Seperti kita, mereka berjalan dengan dua kaki, tetapi mereka jauh lebih tinggi dari manusia
biasa – setinggi 8 ke 10 kaki tinggi. Jari-jari mereka seperti kuku binatang. Dan tangan mereka juga seperti kaki itik (webbed), direka untuk menggali, bukan seperti kuku mole‖ ―Kulit mereka sangat kuat. Ia adalah untuk menahan panas yang melampau dan juga keadaan yang teruk di bawah Bumi‖. ―Didapati bahawa terdapat perhubungan dan interaksi di antara manusia dengan makhluk ini suatu ketika dahulu – mereka bercakap di dalam bahasa yang hampir sama dengan dialek Navajo Lama. Sumber itu juga menyatakan bahawa kaum Mole ini mempunyai sistem otot-otot yang sangat besar, membuatkan mereka mampu bertindak ganas. ―Apabila salah seorang ahli ekspedisi itu menyalakan rokok, kaum Mole menganggap itu sebagai satu ancaman dan terus menyerang beliau‖. ―Mereka mencakar dan menyerang beliau seperti kucing hutan, hampir menjatuhkan beliau bersama rokoknya. Beliau amat bertuah selamat dan hidup dari insiden itu‖. Kaum Mole amat berminat dengan dunia atas muka Bumi – pakaian, alat-alatan dan makanan terutamanya. Mereka amat meminati buah-buahan segar. ―Saya belikan mereka sedikit anggur, dan mereka terus berpesta dan bersukaria‖ mengikut kata sumber. ―Amat jelas mereka tidak boleh menanam buah-buahan mereka sendiri memandangkan mereka tinggal 20 batu di bawah muka Bumi‖. NASA amat berminat untuk mengkaji kaum Mole. ―Kami mahu tahu segala-galanya mengenai mereka – apa yang mereka makan,bagaimana mereka tinggal dan yang paling mustahak, apakah perhubungan mereka dengan kaum manusia‖. ―Kami tertanya-tanya jikalau mereka itu ada kaitan dengan manusia di dalam aspek-aspek yang tertentu. Adakah mereka adalah nenek moyang manusia moden hari ini secara genetiknya ?‖ Pakar berkata terdapat spekulasi yang pelbagai mengenai kaum Mole. ―Mereka boleh jadi apa saja, dari Yetis (BigFoot), makhluk asing dari angkasa atau saki baki orang yang terselamat dari bandar Atlantis Yang Hilang. Adakah makhluk itu musuh dan suka berperang ataupun peramah dan sanggup bekerjasaman? Dan bagaimana dengan minyak dan simpanan mineral di bawah Bumi? Siapa yang memiliki mereka: kaum Mole atau kita? Bagaimanakah dengan NASA dimana misi asalnya adalah untuk meneroka ruang angkasa – telah menjumpai kaum yang hidup di bawah muka Bumi? Jurucakap NASA tidak menafikan mahupun mengiyakan laporan itu. Setelah menerima tekanan hebat dari warta wan , jurucakap White House menjanjikan informasi yang dibenarkan oleh White House untuk disebarkan. Tetapi beliau telah memberi amaran ―mungkin tidak untuk jangkamasa yang terdekat‖. Menurut sumber itu, NASA menjumpai kaum bawah tanah itu dalam bulan Ogos ketika sedang menjalankan projek rahsia yang di beri nama Operation Mole Hole – satu inisiatif dimana wartawan sekarang percaya ia mungkin untuk mengintip China, menggunakan ―teknologi bawah tanah‖. Setakat ini NASA telah menjumpai pintu laluan rahsia ke dunia bawah tanah di kawasan sekitar Washington State‘s Mount Shasta, gua Mammoth di Kentucky dan juga gua-gua yang berselerak
sekitar barat daya U.S mengikut kata sumber. Berkurun lamanya manusia telah bercerita tentang kewujudan makhluk di bawah muka Bumi. Sekarang, buat pertama kalinya, spekulasi itu telah dibuktikan kesahihannya. Tetapi samada makhluk-makhluk ini kawan ataupun lawan masih tidak diketahui. DARI SURAH AL KAHFI: Allah menceritakan kisah lelaki itu seperti firman-Nya dalam surah itu: “Mereka akan bertanya kepadamu (Muhammad) mengenai Zulkarnain. Katakanlah: „Aku akan bacakan kepadamu cerita mengenainya‟. Sesungguhnya Kami memberi kekuasaan kepadanya di (muka) bumi, dan Kami memberikan kepadanya jalan (untuk mencapai) segala sesuatu, maka dia pun menempuh suatu jalan. “Hingga apabila dia sampai ke tempat terbenam matahari, dia melihat matahari terbenam di dalam laut berlumpur hitam dan dia mendapati di situ segolongan umat. Kami berkata: „Hai Zulkarnain, kamu boleh menyeksa atau boleh berbuat kebaikan terhadap mereka‟. Berkata Zulkarnain: „Adapun orang yang aniaya maka kami kelak akan mengazabnya dengan azab yang tidak ada taranya‟.” (ayat 83 hingga 87) “Kemudian dia menempuh jalan (yang lain). Hingga apabila sampai ke tempat terbit matahari (Timur) dia mendapati matahari itu menyinari segolongan umat yang Kami tidak menjadikan bagi mereka sesuatu yang melindunginya dari (cahaya) matahari itu,” (ayat 89 dan 90). “Kemudian dia menempuh suatu jalan (yang lain lagi). Hingga apabila dia sampai antara dua gunung, dia mendapati di hadapan kedua bukit itu suatu kaum yang hampir tidak mengerti pembicaraan. Mereka berkata: „Hai Zulkarnain, sesungguhnya Yakjuj dan Makjuj itu orang yang membuat kerosakan di muka bumi, maka dapatkah kami memberikan sesuatu pembayaran kepadamu, supaya kamu membuat dinding antara mereka?‟. Zulkarnain berkata: „Apa yang dikuasakan Tuhanku kepadaku terhadapnya adalah lebih baik, maka tolonglah aku dengan kekuatan (manusia dan alat-alat), agar aku membuatkan dinding antara kamu dan mereka, berilah aku potongan-potongan besi‟. “Hingga apabila besi itu sama rata dengan kedua (puncak) gunung itu, berkatalah Zulkarnain: „Tiuplah (api itu)‟. Hingga apabila besi itu sudah menjadi (merah seperti) api, dia pun berkata: „Berilah aku tembaga (yang mendidih) agar ku tuangkan ke atas besi panas itu‟. “Maka mereka tidak bisa mendakinya dan mereka tidak bisa (pula) melubanginya. Zulkarnain berkata: „Ini (dinding) adalah rahmat dari Tuhanku, maka apabila sudah datang
janji Tuhanku, Dia akan menjadikannya hancur luluh; dan janji Tuhanku itu adalah benar‟,” (ayat 92 hingga 98). Demikianlah secebis kisah mengenai Zulkarnain. Dalam rentetan perjalanan hidupnya, lelaki itu bertanggungjawab membina tembok bagi menghalang bangsa Yakjuj dan Makjuj mendatangkan angkara kepada manusia. Tembok binaan Zulkarnain itu hanya akan runtuh apabila dunia terlalu hampir dengan kiamat.- republicofmonggol.blogspot.com Fuh! : Janji Allah itu pasti, hari kebangkitan menanti.
View more...
Comments