Wajarkah pelajar dibenarkan untuk membawa telefon bimbit ke sekolah
February 13, 2018 | Author: Nor Farz | Category: N/A
Short Description
Download Wajarkah pelajar dibenarkan untuk membawa telefon bimbit ke sekolah...
Description
c Y Saya bersetuju dengan cadangan supaya telefon bimbit dibenarkan untuk dibawa ke sekolah! Hal ini demikian saya berpaksi pada neraca keadilan! Keadilan mesti ditegakkan! Sekirannya penggunaan telefon bimbit dilarang di kawasan sekolah , mengapakah pengetua-pengetua , kakitangan dan guru-guru di sekolah menggunakannya? Jika mengikut peraturan bukan sahaja pelajar yang tidak dibenarkan untuk membawa malahan semua insan yang berada di dalam sekolah juga tidak dibenarkan! Apatah lagi penggunaan telefon bimbit di bilik darjah? Tidakah penggunaan ini akan menganggu pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah? Seandainya sebelum ini para pelajar tidak dibenarkan menggunakan telefon bimbit di bilik darjah , siapa pula insan yang menggunakannya selain daripada para pelajar? Jawapannya semestinya golongan pendidik yang melarang para pelajar untuk membawanya tetapi mereka sendiri menggunakannya.? Mungkin antara alasan mereka ialah kecemasan ataupun panggilan-panggilan yang penting. Oh! Rupa-rupanya kecemasan! Patutlah guru-guru terpaksa menggunakannya! Saudara dan saudari saya sebenarnya tidak menentang penggunaan telefon bimbit. Oleh yang demikian , jangan salah tafsir maksud saya. Persoalannya kini , jika maksud kecemasan itu dijadikan alasan. Mengapa pula pelajar tidak boleh menggunakan sewaktu kecemasan? Jelas terbukti seluruh pelajar di seluruh sekolah melebihi 500 orang manakala bilangan guru hanya kurang daripada 100 orang. Bilangan pelajar melebihi bilangan guru lebih daripada 5 kali ganda! Justeru , untuk mana-mana pelajar menghadapi masalah kecemasan kebarangkaliannya adalah lebih tinggi berbanding dengan guru. Natijahnya , mengapa tidak pelajar dan guru sama-sama menggunakannya ? Selain itu , mungkin kita pernah mendengar alasan daripada beberapa pihak bahawa terdapat telefon awam dan telefon pejabat di sekolah yang boleh digunakan oleh para pelajar. Persoalannya kini , berapakah telefon awam yang ada berbanding dengan bilangan pelajar di sekolah ? Bagainamana pula apabila tamatnya sesi persekolahan ramai yang berebut-rebut hanya untuk menelefon? Bagaimana pula sekirannya kecemasan? Seterusnya , berapa ramai dalam kalangan pelajar yang senantiasa menpunyai duit syiling untuk menelefon? Tambahan pula , alasan yang dibalas oleh ibu bapa dan golongan pelajar ialah kebanyakan telefon awam di sekolah tidak berfungsi. Sekirannya kerajaan ingin membaiki ataupun menambahkan bilangan telefon awam di sekolah maka kos untuk merealisasikannya adalah amat tinggi. Wajarkah beribu-ribu atau berjuta-juta ringgit dibelanjakan untuk memberi kemudahan ini kepada hampir beratus-ratus mahupun beribu bilangan sekolah di Malaysia? Sehubungan itu , telefon pejabat akan membawa lebih banyak masalah berbanding dengan penggunaan telefon
awam. Pertama , para pelajar harus mengikut prosedur dan peraturan yang ketat sebelum dibenarkan untuk menggunakan telefon. Kedua , terdapat juga sesetengah sekolah yang tidak membenarkan para pelajar menggunakannya sekirannya alasan penggunaan telefon adalah tidak kukuh. Ketiga , adakah telefon pejabat itu adalah untuk kegunaan untuk hal ehwal sekolah ataupun untuk digunakan oleh keselesaan pelajar? Keempat adakah pejabat itu adalah satu tempat untuk pelajar menelefon ataupun sesuatu tempat untuk kakitangan sekolah menjalankan hal ehwal sekolah? Oleh yang demikian , alasan yang diberikan oleh pihak tertentu sudah semestinya sukar untuk menjawab soalan-soalan yang dikemukakan. Justeru , benarkan sahaja penggunaan telefon bimbit di sekolah! Seterusnya , mungkin alasan yang diberi akan menggangu pegajaran dan pembelajaran di kelas. Sekirannya penggunaan ini akan menggangu proses pegajaran dan pembelajaran di sekolah-sekolah rendah dan menengah. Tidakkah ini turut akan menjejaskan proses yang sama di Universiti awam dan swata serta kolej-kolej di Malaysia? Mahasiswa dan mahasiswa juga berjaya mendapat ijazah dalam bidang yang diceburi masing-masing.Pelajar-pelajar di kolej turut berjaya menamatkan pengajian mereka. Oleh itu , apa salahnya pelajar-pelajar di sekolah turut dibenarkan? Sementara itu , janganlah asyik membandingkan zaman sekarang dengan dahulu! Dahulu jahiliah dan kini moden! Pada abad dan era globalisasi serta zaman sains dan teknologi yang semakin canggih , semua insan sepatutnya menggunakan segala-galannya yang terkini! Senario ini tidak akan meninggalkan pelajar pada zaman yang semakin moden dan ke arah kemajuan dunia. Para pelajar secara tidak langsung tidak akan ketinggalan zaman. Jika semua orang dinasihatkan supaya celik komputer , mengapa pula telefon bimbit yang juga memainkan peranan yang hampir sama dengan komputer iaitu berdasarkan pada teknologi komunikasi dan maklumat ( ICT ) pula hendak dilarang penggunaannya di sekolah? Lebih-lebih lagi telefon bimbit sudah semakin sebati dengan kehidupan manusia mutakhir ini. Pada masa yang sama , adakah dengan melarang dapat menyelesaikan masalah ini? Jawapannya tentu tidak! Tepuklah dada dan tanyalah selera. Tidakah kalian sebenarnya mengetahui ramai pelajar yang curi-curi membawannya tanpa pengetahuan mana-mana pihak? Para pelajar juga akan bawa walaupun dilarang. Oleh itu , apabila pemerikasaan dilakukuan biasanya pelajar akan simpan telefon bimbit mereka di tempat yang tersorok. Persoalannya , apa salahnya menyorok di tempat yang tersorok? Jawapannya sememangnya salah kerana semestinya telefon bimbit itu akan hilang ataupun dicuri apabila pelajar ingin mengambil telefon
bimbit setelah pemerikassan. Seterusnya adalah perkara yang biasa dilakukan oleh pelajar lelaki. Mereka akan menyimpan telefon bimbit di dalam seluar dalam. Mungkin sekali lagi anda akan bertanya apa salahnya? Salahnya ialah telefon bimbit mempunyai bahan radioaktif yang sangat kuat sehingga mampu menjejaskan keseimbangan sperma kita dan lebih kronik lagi kemandulan. Bukankah perkara ini lebih dahsyat daripada menggangu proses pengajaran dan pembelajaran di kelas? Dalam pada itu , pada zaman yang semakin bergantung pada kelas-kelas tambahan akan menjadi antara alasan mengapakah penggunaan ini sebenarnya patut dibenarkan. Hal ini demikian kerana kehidupan pelajar hari ini tidak seperti dahulu lagi! Sebagaimana yang saya katakana dahulu jahiliah dan kini moden. Terdapat sesetengah pelajar yang tidak kembali ke rumah setelah tamat sesi persekolahan. Dalam kalangan mereka akan terus menghadiri kelaskelas tambahan selepas tamatnya sesi persekolahan. Keadaan jelas membuktikan ibubapa mahupun penjaga sukar untuk menghubungi pelajar dalam masa ketiadaan pelajar tersebut di rumah. Dalam dunia yang semakin tidak selamat juga merupakan antara isu yang saya akan kemukakan. Saya percaya sering kali kita mendengar melalui gelombang radio , melihat di kaca televisyen dan membaca paparan di akbar bahawa kes-kes culik dan rogol semakin berleluasa dan bermaharajalela. Tidakah saudara dan saudari pernah terfikir mungkin dengan adanya telefon bimbit bersama pelajar mereka mungkin terselamat daripada menjadi mangsa kepada pemangsa? Saya tidak kata 100% membantu tetapi walaupun ada kebarangkalian sebanyak 40% , tidakah kalian rasa kewajaran adalah sangat wajar untuk menggunakan telefon bimbit sebagai alternatif penyelamat? Alternatif untuk pelajar menghubungi mana-mana pihak apabila diperlukan? Konklusinya , sampai di sini sahaja saya ingin meluahkan pendapat saya. Sebenarnya banyak lagi kebaikan yang belum saya kemukakan walaupun tidak dapat dinafikan ada kontranya. Kebaikan-kebaikan tersebut mungkin dalam kalangan pembaca sudah tahu jika kalian benarbenar tepuklah dada dan tanyalah selera. Nasihat saya jangan terlampau melihat dari persespi yang negatif dan cubalah lihat dari segi yang lebih positif kerana ada kebaikan dan keperluannya. ³ Kesalahan dimusnahkan´ ³Kezaliman dihapuskan´ ³Kehinaan dihancurkan´ ³Keadilan ditegakkan´ ³Kebenaran diperjuangkan´ ³Kepimpinan diteruskan´ ³Kebaikan diutamakan´ (shenyeeaun)
Shen Yee Aun @ 3:45 am | Cat: Pendidikan, Rencana |
Î
The URI to TrackBack this entry is:| | | | 1.
pada masa awal saya masih berpendapat seperti saudara, malahan masih pernah memihak kepada pelajar saya, namun, sekarang saya sedar sebab kementerian pelajaran malaysia tidak membenarkan pelajar membawa telefon bimbit ke sekolah. persoalannya, saya berpendapat saudara bukannya seorang guru!saudara tidak pernah mengajar di mana-mana sekolah, maka, saudara tidak tahu keadaan yang sebenarnya berlaku di sekolah. saudara membantah semata-mata mungkin merupakan pelajar yang perlu menggunakan kemudahan tersebut. saya pernah menyaksikan pelajar saya menyalahgunakan telefon bimbit untuk bermain permainan yang terkandung dalam telefon tersebut, bukan sahaja itu, mereka kadang kala menyampaikan ¶sms¶ kepada pelajar di kelas lain khususnya pelajar perempuan, adakah itu wajar dilakukan oleh seorang pelajar yang sedang menuntut ilmu?? selain itu, saya mesti menjelaskan dengan terperinci berkaitan di antara kakitangan akademik dan pelajar. saudara kata, sepatutnya semua warga smk tidak dibenarkan membawa handphone, demi keadilan?! saya juga membantah, guru dibenarkan membawa handphone ke sekolah tetapi bukannya dibawa masuk ke dalam kelas, semasa pengajaran dan pembelajaran dijalankan, kedua, guru ialah pembimbing (tidak tahu adakah semua?), adakah seorang guru yang sedang mengajar tiba-tiba menerima isyarat handphone daripada seorang pelajar ataupun didapati pelajar tersebut mengabaikan pengajarannya semata-mata sedang µmembela keadilannya¶?? adakah saudara suka mendengar bunyi yang boleh menganggu saudara semasa saudara sedang melakukan perkara yang penting? saya rasa tidak, jika saudara jawab ya, maka saudara sememangnya bukan seorang yang cemerlang! kedua, jika saudara merupakan seorang ketua yang sedang berurusan dengan anak buah saudara dalam satu perkara yang penting, namun diganggu disebabkan seorang anak buah saudara menerima panggilan masuk, dan secara langsungnya perbincangan tersebut terpaksa ditanggungkan, apa perasaan saudara?? berkaitan dengan pelajar pula, pelajar datang ke sekolah hanya satu tujuan sahaja, iaitu menuntut ilmu pengetahuan dan pengalaman supaya boleh cemerlang dalam bidang akademik dan kokurikulum, pernahkah saudara dengar, pelajar datang ke sekolah wajib membawa handphone? pelajar dapat ilmu pengetahuan dan pengalaman (aspek positif) dengan bantuan handphone?? maka di sini saya boleh kata, jalankanlah tugas sebagai pelajar bukannya seorang pembangkang sekolah, jika pelajar pandai berfikir, buat apa datang ke sekolah lagi? jika ibu bapa pandai sangat, biarlah diri mereka yang mengajar anak-anak di rumah, bukannya datang ke sekolah untuk membangkang,
semua perkara yang dilaksanakan ada maknanya, jika bukan µbudak kecil¶ salahgunakan handphone, adakah µorang tua¶ akan membantah?! minta maaf jika saya tersilap kata Comment by abc ² May 9, 2007 @ 8:36 am
2.
Saya terpanggil untuk memberi pendapat tentang pandangan saudara tentang telefon bimbit ke sekolah. Sebagai salah seorang warga pendidik, saya amat bersetuju dengan pandangan saudara/ri µabc¶ bahawa penggunaan hp adalah tidak sesuai diberikan kepada pada pelajar sekolah memandangkan kesan negatif yang melebihi positifnya terhadap semua warga sekolah. Sebagai seorang guru disiplin di sekolah banyak pengalaman yang dianggap melampau yang tidak terfikir dapat dilakukan oleh pelajar sekolah yang membawa hp ke sekolah. Bayangkanlah hp tersebut digunakan untuk tayangan filem lucah dalam kelas atau memgambil video secara percuma dan terbuka keatas individu lain tanpa kebenarannya? Maafkan saya dengan posting ini kerana topik ini sudah lama dibicarakan . Saya sangat kagum dengan semangat saudara yang mendaulatkan penggunaan Bahasa Malaysia dan blog saudara amat menarik perhatian saya. walaupun kita tidak sealiran dalam pemikiran politik tapi kita masih rakyat Malaysia yang juga mempunyai nilai kehormatan terhadap negara tercinta. Selamat Maju Jaya
Y
View more...
Comments