Unit 6 - Pengurusan Bilik Darjah Edit 1 PDF-1 PDF

June 11, 2021 | Author: Anonymous | Category: N/A
Share Embed Donate


Short Description

Download Unit 6 - Pengurusan Bilik Darjah Edit 1 PDF-1 PDF...

Description

Pengalaman Berasaskan Sekolah

| 82

UNIT 6 PENGURUSAN BILIK DARJAH HASIL PEMBELAJARAN

a. Menyenaraikan jenis dan ciri-ciri bilik darjah b. Menerangkan konsep pengurusan bilik darjah c. Membincangkan masalah yang dihadapi oleh guru semasa mengajar d. Menganalisis pengurusan bilik darjah e. Membahaskan perkara yang membawa kepada kepentingan pengurusan bilik darjah

PENGENALAN Bilik darjah atau kelas di sekolah penting sebagai medium bagi menjayakan proses pengajaran dan pembelajaran. Pengajaran ialah perancangan dan pelaksanaan aktiviti yang dirangka secara kreatif dan menarik untuk meningkatkan ilmu pengetahuan, kebolehan dan kesungguhan pelajar dalam proses ilmiah. Guru perlu menarik perhatian pelajar dengan aktiviti-aktiviti yang menarik dan mempelbagaikan kaedah pengajaran. Pembelajaran pula ialah aktiviti atau proses di mana pelajar tersebut

memperoleh

ilmu

pengetahuan

dan

kemahiran

baru

serta

mengaplikasikannya. Justeru, menjadikan pelajar lebih yakin untuk membuat keputusan dan menyelesaikan masalah dengan bijaksana. Di dalam bilik darjah, selain mengajar, guru juga memainkan peranannya sebagai pengurus. Tugas guru sebagai pengurus ialah mengurus rutin bilik darjah, mengurus murid-murid supaya menjalankan tugas mereka mengikut jadual bertugas, mengurus keadaan fizikal bilik darjah supaya menjadi lebih kondusif.

Pengalaman Berasaskan Sekolah

| 83

Kecekapan guru dalam menjalankan tugas sebagai pengurus akan mewujudkan sosioemosi yang selesa, disiplin kelas yang baik dan keadaan bilik darjah yang kondusif dan sesuai bagi meningkatkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran. Pelbagai kekangan dan permasalahan yang akan wujud dalam bilik darjah. Oleh itu, keperluan dan kesedaran tentang pentingnya pengurusan bilik darjah perlu ada dan ditanam di dalam dada semua insan yang bergelar pendidik.

PENGURUSAN BILIK DARJAH

Konsep bilik darjah berubah-rubah mengikut perkembangan pendidikan dari semasa ke semasa. Sebelum kedatangan kerajaan British tiada bilik darjah yang sesuai. Sebatang pohon besar, sebuah padang, pondok kecil dan kawasan perkarangan rumah dijadikan sebagai kelas. Kanak-kanak Melayu belajar ayat-ayat Quran daripada seorang iman di pondok-pondok atau surau. Konsep bilik darjah ditafsirkan mengikut fungsi pendidikan atau cirri penyusunan fizikalnya. Menurut Guey R. Lefroncis (1999) dalam bukunya 'Psychology for Teaching', Pengurusan bilik darjah merupakan "...sesuatu konsep yang komprehensif untuk pelbagaikan aktiviti guru yang dirancang dengan tujuan memudahcarakan pengajaran & pembelajaran dalam bilik darjah merangkumi tindakan disiplin, rutin harian, penyusunan tempat duduk dan memperuntukan masa pelajaran". Pengurusan bilik darjah merupakan sesuatu seni atau amalan mengurus murid, kemudahan fizikal dan aktiviti, demi membentuk suatu iklim alam belajar yang kondusif untuk aktiviti pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah. Pengurusan bilik darjah boleh dihuraikan sebagai proses untuk membentuk dan mengekalkan sesuatu alam belajar dan iklimnya yang kondusif untuk pengajaran dan pembelajaran demi mencapai objektif pelajaran yang telah ditetapkan. Konsep pengurusan bilik darjah boleh dipandang sebagai kerjasama antara guru dan murid untuk mengurus segala aspek kehidupan dalam bilik darjah, di samping aktiviti dan segala kemudahan yang terdapat di dalamnya. Bilik darjah merupakan satu organisasi yang sangat mudah yang terdiri daripada guru dan sekumpulan murid yang mempunyai matlamat dan harapan yang sama. Bilik darjah yang standard mempunyai kerusi, meja, kemasukan udara yang mencukupi, alatan mencukupi dan sesuai dan sistem keselematan yang baik. Persekitaran bilik darjah yang baik memudahkan guru menyampaikan pengajaran dan pembelajaran kepada pelajar. Penekanan adalah perlu bagi memastikan persekitaran bilik darjah dalam keadaan yang baik dan menarik dengan melihat kepada cara guru menyusun, mengorganisasi dan mengolah segala alatan dalam bilik darjah, menyusun kedudukan pelajar dalam bilik darjah serta penyusunan perabot dan alat bantu mengajar. Secara keseluruhannya, semua perkara tersebut perlu diatur dengan sempurna untuk

Pengalaman Berasaskan Sekolah

| 84

mewujudkan persekitaran yang sesuai untuk pembelajaran dan pengajaran serta tidak membosankan pelajar dan guru semasa dalam bilik darjah. Tanggungjawab seorang guru adalah sangat penting dan mereka seharusnya memiliki gaya kepimpinan, kemahiran merancang, kecekapan mengurus, kepelbagaian dalam pengajaran dan pembelajaran, kebijaksanaan interpersonal, kemahiran berkomunikasi, kemahiran kaunseling dan mampu mengendalikan teknologi maklumat dan komunikasi. Seorang guru perlu tahu dan mempunyai kemahiran untuk mengurus serta mewujudkan bilik darjah yang sesuai dan sempurna untuk sesi pengajaran dan pembelajaran. Kemahiran seorang guru ini secara tidak langsung menyumbang kepada suatu keadaan yang baik kepada pelajar dan sekolah. Pelajar turut berasa dihargai apabila berada dalam bilik darjah yang mempunyai keadaan pengajaran dan pembelajaran yang baik.

JENIS DAN CIRI – CIRI UTAMA BILIK DARJAH Antar bilik darjah yang terdapat di Negara Malaysia ialah bilik darjah tradisi, bilik darjah terbuka, bilik darjah bercantum, bilik darjah prasekolah, bilik darjah KBSM/KBSR, bilik darjah multimedia, dan bilik darjah khas mata pelajaran.

Bilik Darjah Tradisi Bilik darjah di negara kita telah lama digunakan untuk mendidik kanak-kanak di bawah program kurikulum lama sekolah rendah dan kurikulum lama sekolah menengah diperkenalkan. Kaedah ini sesuai apabila seorang guru menyampaikan pengajaran dengan penggunaan kaedah keseluruhan kelas. Murid akan duduk mengikut susunan kerusi dan meja, baris demi baris ataupun secara berkumpulan. Dalam setiap baris itu, terdapat murid yang duduk sebelah-menyebelah atau murid akan duduk secara berkumpulan tidak melebihi enam orang pelajar dalam satu kumpulan. Manakala meja dan kerusi guru serta papan kapur digantung di dinding berhadapan pelajar dan guru akan menggunakan strategi mengajar yang tertentu. Antara ciri-ciri bilik darjah tradisi ialah murid-murid yang bertubuh kecil dan mempunyai masalah dari segi penglihatan atau pendengaran akan di tempatkan di barisan hadapan, kerusi dan meja disusun mengikut baris demi baris. Kaedah pengajaran lebih berpusatkan guru serta aktiviti berkumpulan yang melibatkan murid-murid jarang dipraktikkan menyebabkan sebahagian murid berada dalam keadaan pasif serta menerima apa sahaja yang disampaikan guru. Kaedah penyusunan kerusi dan meja secara berkumpulan pula sesuai dalam sesi pengajaran dan pembelajaran secara berkumpulan dimana semua pelajar dalam setiap kumpulan akan terlibat dalam tugasan kumpulan seperti permainan dalam kumpulan.

Pengalaman Berasaskan Sekolah

| 85

Contoh bilih darjah tradisi.

Bilik Darjah Terbuka Menurut R.S. Barth (1976) d a l a m b u k u b e r j u d u l Open Education The American School menghuraikan konsep pendidikan terbuka sebagai suatu pendekatan

yang

sedia

terbuka

kepada

bidang

kurikulum,

pendekatan

pengajaran dan pembelajaran, ruang -ruang pelajaran, bahan-bahan pelajaran, dan murid-murid akan memilih bahan pelajaran yang hendak mereka belajar. Murid-murid

akan

menentukan

dan

merancang

aktiviti

pengajaran

dan

pembelajaran sendiri. Pengajaran guru dikurangkan pada peringkat yang minimum.

Guru cuma akan menjadi

penasihat

dengan

membimbi ng

dan

melaksanakan aktiviti pembelajaran secara berkumpulan atau secara individu. Biasanya pendekatan pengajaran berpasukan yang melibatkan beberapa orang guru terlatih dalam pelbagai bidang pelajaran untuk membimbing murid -murid dalam bilik darjah terbuka. Situasi pengajaran dan pembelajaran berbentuk tidak formal. Ruang dan rekabentuk bilik darjah diubahsuai untuk membolehkan murid-murid bergerak dengan bebas dari satu tempat ke tempat yang lain, memilih

bahan-bahan

pelajaran

yang

diminati

serta

menjalan kan

aktiviti

pengajaran dan pembelajaran selepas berbincang dengan guru. Ciri-ciri

bilik

darjah

terbuka,

aktiviti

pengajaran

dan

pembelajaran

dijalankan secara berkumpulan atau individu. Berbagai -bagai aktiviti pengajaran dan pembelajaran dilakukan dalam b ilik darjah secara serentak. Murid-murid dapat mengikuti berbagai-bagai aktiviti pengajaran dan pembelajaran mengikut jadual waktu pelajaran sendiri. Persekitaran bilik darjah terbuka dilengkapkan dengan

peralatan

dan

bahan

pelajaran

untuk

memudahkan

murid

menggunakannya. Tiada kurikulum ditetapkan dan kebebasan diberikan kepada

Pengalaman Berasaskan Sekolah

| 86

murid untuk memilih, merancang dan melaksanakan aktiviti pembelajaran yang diminati. Murid-murid juga bebas memilih kumpulan atau melaksanakan projek secara individu. Pendekatan pengajaran guru adalah berdasarkan kebolehan, perbezaan, emosi serta minat murid. Ujian, peperiksaan, pemberian markah atau gred tidak diutamakan, malah dikurangkan kepada peringkat minimum. Kaedah penyelesaian masalah dan kaedah inkuiri penemuan diutamakan d alam aktiviti pembelajaran. Hubungan terbatas antara guru dan murid. Murid -murid adalah jujur, saling percaya-mempercayai dan hormat-menghormati. Perhubungan guru dan murid juga bersifat terbuka dan jujur bagi memudahkan guru menjayakan pembelajaran sepenuhnya disamping dapat memupuk sikap murid yang saling memahami, bertanggungjawab dan bertolak ansur. Ujian dan peperiksaan atau pemberian gred atau markah dikurangkan dan murid bebas bergerak dan bekerja bersama-sama.

Contoh bilik darjah terbuka

Bilik Darjah Bercantum Kelas bercantum merupakan kelas yang mengandungi murid-murid yang terdiri lebih daripada

satu

tahun persekolahan.

Misalnya,

sebuah

kelas

bercantum

mungkin

mengandungi murid-murid daripada dua tahun persekolahan (Tahun 1 dan Tahun 2) atau tiga tahun persekolahan (Tahun 1, 2 dan 3). Kelas bercantum diwujudkan keranan bilangan murid dalam satu tahun persekolahan adalah kurang daripada 15 orang. Mengikut peraturan, bilangan murid seperti ini tidak mencukupi untuk membentuk sebuah kelas biasa. Dalam Dasar Pendidikan Kerajaan adalah ditentukan bahawa setiap kanak-kanak yang telah cukup umurnya akan diberi peluang belajar di tempat tinggalnya. Bilik darjah bercantum biasanya terdapat di kawasan yang terpencil dan kawasan pedalaman yang mana bilangan penduduknya tidak banyak. Kelas bercantum akan wujud dengan mencantumkan dua atau tiga kumpulan murid yang terdiri daripada tahun-tahun persekolahan yang berlainan. Kelas bercantum biasanya tedapat di sekolah-sekolah yang

Pengalaman Berasaskan Sekolah

| 87

mempunyai bilangan murid yang melebihi 145 orang. Bilangan guru termasuk guru besar pula tidak melebihi 5 orang. Seorang guru akan mengajar lebih daripada satu tahun persekolahan secara serentak dalam sesebuah kelas bercantum. Kelas bercantum ini biasanya didapati di sekolah-sekolah yang terletak di kawasan pedalaman. Ciri-ciri kelas bercantum adalah, murid-murid dalam sesebuah kelas bercantum adalah berlainan mengikut tahun persekolahan mereka. Kelas bercantum mengandungi murid-murid Tahun1, 2 dan 3. Lingkungan umur adalah antara 7 hingga 9 tahun. Bilangan guru dalam sekolah yang mempunyai kelas bercantum biasanya tidak melebihi 5 orang. Guru terpaksa mengajar murid-murid daripada dua atau tiga kelas serentak. Strategi pengajaran dan pembelajaran dalam kelas bercantum adalah tersendiri dan berlainan daripada kelas biasa. Kemudahan bangunan sekolah biasanya kurang lengkap.

Bilik Darjah Prasekolah Pendidikan prasekolah merupakan asas pendidikan bagi kanak-kanak berumur 4-6 tahun sebelum mereka memulakan persekolahan secara formal di sekolah rendah. Pendidikan prasekolah penting untuk menyuburkan perkembangan kanak-kanak dari segi JERIS (Jasmani, Emosi, Rohani, Intelek dan Sosial) melalui aktiviti pembelajaran dan permainan dengan menggunakan deria penglihatan, pendengaran, rasa, hidu dan sentuh mereka. Dalam bilik darjah prasekolah, kerusi-meja disusun mengikut bilik darjah KBSR. Aktiviti berbentuk permainan menjadi pembelajaran utama kanak-kanak prasekolah. Sebuah bilik darjah prasekolah yang lengkap mempunyai sudut bacaan bahasa, sudut permainan, sudut matematik, sudut teka-teki, sudut manipulative, sudut sains, sudut muzik dan sudut lukisan. Pengajaran dan pembelajaran dalam prasekolah lebih kepada untuk menarik minat kanak-kanak untuk belajar. Bilik darjah prasekolah direka khas bagi memastikan keselesaan dan menarik minat kanak-kanak. Guru perlulah mewujudkan hubungan mesra antara guru dengan kanak-kanak kerana guru dan kanak-kanak akan menghabiskan sebahagian besar waktu pembelajaran di dalam kelas tersebut. Sudut-sudut pembelajaran prasekolah perlulah menarik dengan dihiasi sudut lukisan, sudut permainan, sudut muzik, rak-rak buku dan papan kenyataan. Antara perkara penting yang perlu diambil kira oleh guru adalah memastikan keselamatan kanak-kanak terjamin dan setiap ruang yang disediakan dapat mendorong pembelajaran kanak-kanak. Ciri-ciri bilik prasekolah, bilik darjah ini dikhaskan untuk kanak-kanak lingkungan 4-6 tahun. Ia merupakan tempat melatih kanak-kanak secara tidak formal dan melalui aktiviti permainan. Meja-kerusi disusun mengikut kumpulan seperti bilik darjah KBSR Tahun satu. Dinding sekeliling bilik darjah prasekolah dihiasi gambar, pelbagai carta dan ada lukisan yang berwarna-warni. Sesebuah bilik darjah prasekolah moden pula dilengkapi dengan

Pengalaman Berasaskan Sekolah

| 88

ruang membaca, peralatan permainan bercorak pendidikan asas, computer, televisyen, dan alatan muzik. Pendidikan jasmani melalui permainan di padang permainan kanak-kanak berdekatan bilik darjah prasekolah adalah diutamakan. Bilangan murid prasekolah biasanya melebihi 10 orang.

Contoh bilik darjah prasekolah

Bilik Darjah KBSR dan KBSM Bilik darjah KBSR mula diperkenalkan pada tahun 1982 manakala bilik darjah KBSM pula mula diperkenalkan pada tahun 1988. Program KBSR menekankan aktiviti pembelajaran murid secara kumpulan dan interaksi antara guru dengan murid diperkenalkan. KBSR menggunakan pendekatan pengajaran yang berpusatkan murid iaitu penyertaan murid amat digalakkan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Bagi bilik darjah KBSM, susunan meja berbentuk kumpulan menggalakkan murid-murid terlibat secara aktif serta kerap berinteraksi untuk mewujudkan potensi individu yang menyeluruh dan bersepadu supaya dapat membentuk insan yang harmoni dan seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Ciri-ciri bilik darjah KBSR ialah, kerusi-meja disusun mengikut kumpulan. Muridmurid dibahagikan kepada beberapa kumpulan mengikut kebolehan masing-masing. Penglibatan murid-murid dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran digalakkan. Suasana pembelajaran yang kondusif dapat diperhatikan melalui pameran hasil kerja murid serta alat bantuan

mengajar

yang

berkaitan.

Ruang-ruang

pembelajaran

disediakan

untuk

memudahkan murid-murid menjalankan aktiviti pembelajaran. Aktiviti murid adalah dalam keadaan yang aktif. Bilik darjah KBSR dan KBSM ialah murid-murid dibahagikan kepada beberapa kumpulan mengikut kebolehan masing-masing dengan susunan meja dan kerusi disusun mengikut kumpulan, penglibatan murid secara aktif digalakkan untuk bergerak dan

Pengalaman Berasaskan Sekolah

| 89

berbincang dengan guru atau rakan dengan kaedah pembelajaran lebih berpusatkan murid, interaksi guru dengan murid dan murid dengan murid menjadi lebih kerap serta suasana pembelajaran yang lebih kondusif dan ruang pembelajaran yang disediakan memudahkan murid-murid menjalankan aktiviti pembelajaran.

Contoh bilik darjah KBSR

Bilik Darjah Multimedia Penggunaan computer dalam pendidikan telah membawa kepada perkembangan sistem

pendidikan

yang

semakin

canggih.

Komputer

telah

membawa

reformasi

perkembangan baru dalam pelbagai bidang pendidikan seperti pengurusan sekolah, teori pendidikan, teknologi pendidikan, teori pengajaran dan pembelajaran, sistem pentadbiran pendidikan dan kemahiran latihan asas. Bilik darjah multimedia yang menggunakan konsep ICT, kebanyakannya ia diperkenalkan di sekolah Bestari bagi mendedahkan murid-murid mengenai teknologi terkini. Bilik darjah multimedia hendaklah cukup besar bagi menampung peralatan meja, kerusi dan komputer. Setiap murid dibahagikan kepada beberapa kumpulan untuk berkongsi dari segi penggunaan komputer. Di dalam bilik darjah ini, guru hendaklah berusaha memastikan bilik darjah multimedia benar-benar berfungsi supaya tidak menjejaskan pengajaran dari segi kesesuaian tempat duduk, bilangan computer dan segala keperluan lain yang boleh mengganggu pembelajaran.

Pengalaman Berasaskan Sekolah

| 90

Contoh bilik darjah multimedia

KAEDAH MENINGKATKAN PENGURUSAN BILIK DARJAH Menurut Robiah Siddin (1993), beliau telah mengemukakan empat perkara utama yang perlu diberi perhatian dan pertimbangan, hasil daripada tinjauan pengurusan bilik darjah di beberapa buah sekolah di Muar, Johor. Perkara tersebut ialah : a. Jumlah pelajar di dalam kelas Rata-rata kebanyakan sekolah di Malaysia mempunyai jumlah bilangan yang ramai iaitu antara 40 hingga 50 orang pelajar. Oleh itu, tentulah sukar bagi guru untuk mengurus kelas yang terlalu ramai pelajar.

b. Komunikasi di bilik darjah Aktiviti dan interaksi di dalam kelas kebanyakannya didapati amat sedikit. Guru hanya memberikan kuliah dan pelajar dan pelajar pula cuma bercakap apabila disoal.

c. Kemudahan asas Walaupun kemudahan asas seperti meja, kerusi, almari, kipas angin dan lampu disediakan di bilik darjah, kemudahan asas ini tidak dijaga dengan sempurna.

d. Waktu senggang antara pelajaran Guru tidak menyediakan waktu senggang atau rehat selama lima minit antara pelajaran.

Keempat-empat perkara yang diperkata itu, jika diberi perhatian dan tindakan dapat mempertingkat lagi keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran serta pengurusan bilik darjah. Guru tidak dapat memberi perhatian yang secukupnya kepada setiap pelajar

Pengalaman Berasaskan Sekolah

| 91

sekiranya jumlah pelajar di dalam sesebuah kelas terlalu ramai. Ramai pengkaji mengatakan bahawa jumlah ideal bagi sesebuah kelas adalah tidak melebihi 35 orang pelajar. Agak sukar bagi guru untuk berinteraksi dengan jumlah pelajar yang ramai. Bahkan guru tidak dapat mengingati nama kebanyakan pelajar di dalam kelasnya. Dari aspek psikologi pendidikan, mengetahui nama pelajar adalah amat penting bagi guru. Hubungan pelajar dengan guru akan lebih mesra dan ikhlas sekiranya guru benar-benar mengenali pelajarnya. Kemudahan asas bilik darjah perlu dijaga dengan baik. Tugas menjaga kebersihan bilik darjah perlu dilakukan setiap hari. Sebarang kerosakan kemudahan asas ini perlu dilaporkan dengan segera agar suasana kelas akan kekal kondusif. Cadangan untuk menyediakan waktu senggang selama lima minit antara pelajaran adalah untuk mengelakkan gangguan ketika guru mengajar. Waktu lima minit yang diperuntukkan itu boleh digunakan oleh pelajar untuk berehat sebentar, atau untuk beralih kelas, atau untuk ke tandas. Oleh itu, guru dapat memulakan pelajaran dengan mudah,tepat dan tanpa diganggu oleh pelajar yang ingin keluar kerana sebab-sebab tertentu.

PENGURUSAN FIZIKAL, SUMBER DAN ORGANISASI Bilik darjah yang mempunyai peralatan asas iaitu papan hitam, papan kenyataaan, dan ruang yang selesa, meja dan kerusi untuk guru dan murid, almari, yang diahiasi dengan penyediaan bahan-bahan bacaan, dan bahan bantuan mengajar serta peralatan sokongan serta dihiasi dengan keceriaan dan kebersihan. Susunan meja dan kerusi dalam bilik darjah sebaik-baiknya memberi kemudahan kepada murid-murid mengadakan aktiviti pembelajaran berpusatkan murid dan aktiviti berkumpulan. Murid mudah berinteraksi sesama mereka dan mudah berinteraksi dengan guru. Bilik darjah yang berukuran 7 meter x 9 meter boleh memuatkan 40 orang murid. Cahaya yang mencukupi dan pintu dan tingkap yang terbuka yang membolehkan pengedaran udara yang secukupnya. Papan kenyataan yang dilengkapi dengan jadual waktu, jadual bertugas, carta organisasi, pelan keselamatan, sudut mata pelajaran, sudut bacaan atau rujukan, kata-kata motivasi,

termasuk kemudahan

penggunaan laman web, komputer dan CD dan LCD sehingga melahirkan pembudayaan bilik darjah yang kondusif. Hasilnya terjelma suasana yang harmonis, ceria, dan semangat kepada murid dan guru untuk berada lebih lama kerana terasa seolah-olah berada dalam sebuah rumah sendiri, wujudnya perasaan saling berkerjasama dan kekitaan dan semangat berdikari, iaitu bersama berusaha memajukan diri dan kumpulan secara kolektif. Murid sebagai sumber manusia yang akan dijelmakan menjadi murid yang berpengetahuan dan berkemahiran dan berketrampilan memerlukan pengurusan dan perancangan strategik yang berkesan. Guru berperanan sebagai pencetus idea, pembimbing, fasilitator bagi melahirkan

Pengalaman Berasaskan Sekolah

| 92

suasana pembelajaran yang mengcakupi semua bidang kemahiran sebagai sumber kepada pembinaan bermotivasi,

modal

insan.

bermoral,

Suasana

kreatif,

pembelajaran

menjadikan

yang

pengajaran

kondusif, dan

menyeronokkan,

pembelajaran

lebih

berfokus.Kejayaan guru mengurus fizikal, sumber dan suasana bilik darjah yang kondusif, bermakna guru telah berjaya membentuk budaya berdisiplin, kerjasama, sayang kepada keindahan alam sekitar, mematuhi setiap arahan, kehidupan berkualiti, yang melambang sebahagian daripada keimanan.

Persediaan untuk menghasilkan pengajaran dan

pembelajaran yang berkesan merupakan sebahagian daripada pengurusan bilik darjah dinamik. Persediaan yang merangkumi pelbagai alatan dan bahan untuk kegunaan guru dan murid. Ada kalanya murid tidak memberikan perhatian atau berkelakuan di luar daripada nilai-nilai murni yang hendak digarap boleh dilihat berpunca daripada tidak terdapat kesinambungan dalam pelajaran disebabkan persediaan guru dari aspek bahan, perlatan, pengetahuan dan kemahiran yang kurang mantap.

PENGURUSAN BILIK DARJAH Pengurusan

bermaksud

satu

proses

mendapatkan

penyertaan,

kerjasama,

dan

campurtangan ahli untuk mencapai objektif-objektif organisasi atau kumpulan, gerakerjanya termasuk proses merancang, mengelola, memimpin, mengarah dan mengawal. Bilik darjah sebagai tempat berlakunya proses pengajaran dan pembelajaran, merupakan tempat yang terpenting di sekolah. Bilik darjah juga merupakan medan perjuangan utama kerjaya seorang guru. Pengurusan bilik darjah dinamik ke arah pembinaan modal insan yang menjurus kepada pembinaan jasmani, emosi, rohani dan intelek memerlukan pelbagai pengetahuan, kemahiran, prosedur, teknik dan strategi. Guru seharusnya memiliki gaya kepimpinan, kemahiran merancang, kecekapan mengurus, kepelbagaian dalam pengajaran dan pembelajaran, kebijaksanaan interpersonal, kemahiran berkomunikasi, kemahiran kaunseling dan mampu mengendalikan teknologi maklumat dan komunikasi (TMK). Pelbagai kekangan dan permasalahan akan wujud dalam bilik darjah, kebiasaannya guru berhadapan dengan tiga cabaran yang besar iaitu kerenah murid, memastikan hasil pembelajaran tercapai dan hambatan masa. Guru yang berwibawa bijak bertindak sebagai penyelesaian masalah, memperjelaskan objektif-objektif setiap perkara yang melibatkan bilik darjah termasuk pengajaran dan pembelajaran serta penilaian (pentaksiran), keceriaan, dan pengurusan murid sebagai pelanggan utama. Pengurus yang berwibawa sentiasa bersungguh-sungguh menjalankan tugas yang diamanahkan, kreatif dan innovatif, dedikasi, adil, cekap, mesra,periang, bertimbangrasa, bersikap terbuka, tenang, sabar dan sentiasa bersedia untuk mendengar rungutan, kritikan dan teguran yang dianggap sebagai cabaran dalam kerjaya. Pengurusan tanpa cacat (zero defect) yang peka dan sentiasa mencari

Pengalaman Berasaskan Sekolah

| 93

pendekatan baru untuk memperbaiki kelemahan-kelemahan serta kekurangan yang menjadi punca kepada pembaziran dan kegagalan di samping memiliki gaya pengurusan kualti yang mencakupi semua aspek bagi meningkatkan produktiviti, keberkesanan program dan bertindak dengan cekap. Pengurusan bilik darjah yang menyeluruh melibatkan pengurusan fizikal, peralatan dan sumber, pengurusan murid (pelanggan), pengurusan organisasi, pengurusan masa dan pengurusan pengajaran dan pembelajaran serta penilaian.

MENENTUKAN SUASANA BILIK DARJAH a. Iklim Sosial Dari aspek pengurusan bagi mewujudkan iklim sosial, guru hendaklah merancang pergerakan pelajar, tingkahlaku pelajar di dalam kelas semasa guru mengajar, mewujudkan kumpulan perbincangan, bertanyakan soalan, berbudi bahasa, mengadakan prosedur dalam peminjaman dan pemulangan peralatan pembelajaran. Suasana sosial yang berlaku di dalam bilik darjah merupakan satu faktor yang penting dalam memastikan suasana pembelajaran itu berlaku dalam keadaan yang positif. Terdapat pelbagai kaum dan budaya dalam setiap bilik darjah. Oleh itu, sosialisasi memainkan peranan penting dalam mengawal suasana di dalam bilik darjah. Suasana sosial ini dapat dibahagikan kepada tiga kumpulan iaitu guru, murid serta guru dan murid pendidikan khas.

(i) Guru Suasana sosial di dalam bilik darjah yang melibatkan guru ialah interaksi dengan murid-murid, berkomunikasi dengan suara yang jelas, menggunakan ayat yang mudah difahami, menjadikan murid sebagai rakan dan menunjukkan keperibadian mulia. Hal ini, dapat mewujudkan interaksi antara guru dan murid dengan berkesan dan akan mencapai matlamat pengajaran dan pembelajaran.

a. Perlu banyak berinteraksi dengan murid-murid. Sebagai seorang guru, interaksi dengan murid adalah amat penting dalam mewujudkan suasana sosial di dalam bilik darjah. Kini, kebanyakan guru hanya mengajar murid semata-mata dan atlamat mereka adalah hanya untuk menamatkan silibus pelajaran yang diperolehi. Mereka tidak cuba untuk mengenali murid-murid yang diajar kerana bagi mereka, hubungan diantara guru dan murid adalah sekadar guru sebagai pemberi ilmu untuk lulus peperiksaan dan tidak perlu untuk guru

Pengalaman Berasaskan Sekolah

| 94

mengenali murid-murid mereka. Hal ini menyebabkan hubungan murid dengan guru menjadi rengang dan interaksi kurang berlaku semasa dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Bagi mengatasi perkara ini, guru perlulah mengambil inisiatif untuk mengenali murid-murid mereka. contohnya, guru boleh cuba mengingat nama-nama murid yang diajar mereka. Walaupun guru hanya mengingati nama mereka, murid itu akan merasa diri mereka diambil berat oleh guru tersebut. Selain itu, dalam proses pengajaran dan pembelajaran, guru perlu banyak mewujudkan interaksi dengan murid. Gunakan beberapa pendekatan pengajaran yang berbentuk hubungan dua hala seperti bersoal jawab dan bertanya pendapat. Murid akan lebih berasa terlibat di dalam sesi pengajaran dan pembelajaran itu. Dengan ini, murid akan berasa selesa berada di samping guru dan lebih berasa terbuka dalam berinteraksi dengan guru.

b. Berkomunikasi dengan menggunakan suara yang jelas Pertuturan merupakan cara komunikasi yang digunakan bagi mewujudkan hubungan sosial antara seorang dengan seorang yang lain. Nada suara yang digunakan memainkan peranan dalam perhubungan sosial yang berlaku. Sebagai seorang guru, nada suara adalah amat penting dalam memastikan apa yang disampaikan oleh guru tersebut difahami para pelajar. Terdapat guru yang mengajar dengan menggunakan nada suara yang terlalu perlahan atau lembut ataupun nada suara yang terlalu kuat atau keras. Ini memberi kesan kepada psikologi para pelajar. Ramai yang menganggap dengan bercakap kuat, murid-murid akan memberikan tumpuan kepada guru. Sebenarnya, guru perlulah bercakap dengan menggunakan nada suara yang sederhana tetapi jelas butir bicaranya. Selain itu, guru juga kurang menggunakan bahasa badan dalam berkomunikasi. Bahasa badan ini adalah penting dalam berkomunikasi kerana ia dapat menunjukan seorang guru itu yakin dan selesa dengan penyampaiannya. Bahasa badan ini termasuklah mimik muka, gerak laku tubuh serta intonasi suara. Dari bahasa tubuh yang ditunjukkan, murid dapat mengagak emosi guru tersebut. Dengan komunikasi yang jelas, murid-murid akan lebih fokus dan dapat memahami isi pengajaran.

c. Menjadikan murid sebagai rakan tetapi masih terdapat batasan-batasan Hubungan antara guru dan murid adalah sesuatu aspek sosial yang utama di bilik darjah. Terdapat guru yang sukar untuk didekati oleh pelajar oleh kerana personaliti

Pengalaman Berasaskan Sekolah

| 95

yang ditonjolkan oleh guru tersebut kurang mesra dan guru yang mempunyai personaliti yang lemah dan tidak menonjol. Ini menyebabkan hubungan guru dan murid tidak rapat. Bagi mengatasi perkara ini, guru perlu menunjukan personaliti yang mudah didekati oleh murid. Contohnya, mengunakan faktor kemanusiaan menggunakan elemen yang melucukan ketika berinteraksi dengan murid. Hal ini akan menarik perhatian para pelajar dan akan menimbulkan keseronokan kepada mereka. Seorang guru juga perlu tunjukkan kepada murid bahawa guru merupakan salah seorang rakan mereka. Tetapi perlu diingatkan bahawa terdapat batasanbatasan yang perlu dijaga oleh guru, iaitu dari segi bahasa yang digunakan, bahasa tubuh dan hal-hal peribadi supaya murid tidak akan hilang rasa hormat kepada guru. Apabila murid berasa guru itu sebagai rakan, mereka akan berasa lebih selera.

d. Guru menunjukan keperibadian yang mulia Tugas guru bukan sahaja sebagai pengajar ilmu kepada murid-murid tetapi juga pendidik keperibadian mulia. Guru merupakan salah seorang contoh teladan yang diikuti oleh murid. Sikap guru yang suka menyindir murid menyebabkan murid akan berasa tersinggung. Guru perlu mengelakkna daripada menyindir pelajar. Hal ini kerana, motivasi pelajar akan merudum dan akan menyebabkan gangguan psikologi pelajar tersebut. Selain itu, guru perlu mengawal perasaan marah mereka dan tidak terlalu agresif terhadap pelajar. Hal ini sering berlaku pada masa kini dan sering terpapar dalam dada akhbar tentang berita murid dipukul oleh guru. Guruguru seharusnya berfikir dahulu sebelum mengambil tindakan. Guru boleh menyindir murid bertujuan supaya menyedarkan mereka, tetapi sindiran itu tidak boleh sampai menjatuhkan air muka murid. Guru perlulah memikirkan implikasi perbuatan mereka terhadap murid kerana hal ini adalah penting bagi memastikan suasana sosial yang terhasil adalah baik. e. Murid Suasana sosial di dalam bilik darjah yang melibatkan murid terbahagi kepada dua iaitu hubungan sesama rakan mereka dan hubungan murid dengan guru.

b. Hubungan sesama rakan Di dalam bilik darjah, interaksi sosial yang paling utama berlaku kepada murid adalah interaksi mereka sesama rakan sebaya. Oleh kerana setiap murid mempunyai personaliti yang berlainan, akan wujud pelbagai jenis situasi sosial di

Pengalaman Berasaskan Sekolah

| 96

dalam bilik darjah. Terdapat dua jenis personaliti iaitu Ekstrovert dan Introvert. Mereka yang bersifat Ekstrovert merupakan mereka yang mahir bersosial dengan orang lain. Mereka mempunyai lebih banyak kawan. Manakala mereka yang bersifat Introvert lebih suka bersendiri dan tidak mahir bergaul denga orang lain. Selain itu, terdapat juga murid yang hanya bergaul dengan ahli kumpulan mereka sahaja. Pelajar di peringkat remaja selalunya berkumpul di dalam kumpulan yang berkongsi minat yang sama. Ini menimbulkan masalah di dalam bilik darjah seperti buli. Perkara ini menyebabkan pelajar yang dibuli ini merasa tertekan berada di dalam bilik darjah. Untuk mengatasi masalah ini, guru perlulah memainkan peranan. Kenal pasti taraf sosial murid-murid mereka dan ambil tahu apa yang berlaku di dalam bilik darjah. Pastikan setiap murid kenal akan rakan mereka dan fahami personaliti mereka. Antara strategi yang boleh dilakukan adalah dengan mengadakan aktiviti berkumpulan. Guru perlulah membahagikan murid-murid dalam kumpulan yang berbeza. Campurkan murid yang pelbagai di dalam kumpulan itu dan pastikan mereka berinteraksi antara satu sama lain. Strategi ini akan membantu para pelajar mengenali personaliti antara satu dengan yang lain dan akan timbul rasa toleransi serta hormat-menghormati.

c. Hubungan dengan guru Dalam membincangkan tentang suasana sosial murid di dalam bilik darjah, kita tidak terlepas dari membincangkan tentang hubungan sosial murid dengan guru. Hubungan murid dengan guru yang berlaku di dalam bilik darjah menentukan iklim yang berlaku. Pada masa kini, cabaran seorang guru dalam mendidik murid adalah semakin mencabar oleh kerana murid pada zaman ini adalah lebih pandai dan berani. Ini disebabkan faktor kemajuan bidang teknologi informasi serta faktor keluarga. Terdapat murid yang menyatakan secara berani bahawa mereka tidak menyukai guru. Mereka menganggap guru itu sebagai seorang individu yang suka meleter dan memarahi serta hanya mencari kesalahan murid. Bagi mereka, ilmu akademik yang diajar kepada mereka boleh diperolehi di tempat-tempat lain seperti pusat tuisyen, internet, perpustakaan ataupun bagi yang mampu, tutor persendirian. Mereka sebenarnya salah faham tentang kepentingan guru bukan sahaja sebagai mengajar ilmu akademik sahaja, tetapi sebagai model insan yang boleh dicontohi. Hal ini akan mewujudkan masalah tingkah laku murid ke atas guru seperti

Pengalaman Berasaskan Sekolah

| 97

mengunakan kata-kata kesat terhadap guru, vandalisme dan yang lebih teruk lagi memukul guru. Ini menyebabkan hubungan sosial di dalam kelas menjadi buruk. Bagi mengatasi masalah ini, guru perlulah menggunakan pendekatanpendekatan yang sesuai bagi menangani pelajar begini. Antara pendekatan yang boleh digunakan adalah pendekatan psikologi. Seterusnya, dalam mewujudkan suasana sosial yang positif dalam bilik darjah, murid perlu berinteraksi dengan guru dengan beradab dan bersopan. Dalam sub-tajuk suasana sosial di dalam bilik darjah melibatkan guru, guru perlu menjadikan murid sebagai rakan, begitu juga sebaliknya. Murid juga perlu menjadikan guru sebagai rakan, tetapi masih perlu menjaga batasan-batasan.

b. Iklim Emosi Pengurusan

bilik

darjah

terdiri

daripada

pengurusan

fizikal,

pengurusan

pembelajaran dan pengurusan tingkah laku yang melibatkan emosi. Ketiga-tiga perkara ini perlu diberi perhatian yang sewajarnya supaya organisasi bilik darjah dapat berfungsi seperti yang sepatutnya. Faktor emosi merujuk kepada perasaan murid-murid terhadap guru mereka. Suasana emosi ini akan menimbulkan jenis-jenis tingkah laku murid yang di tentukan oleh sifat guru dan gaya mengajarnya. Mengikut kajian, suasana emosi bilik darjah yang kondusif biasanya di timbulkan oleh guru yang mempunyai sifat-sifat seperti penyayang, bertimbang rasa, peramah dan lucu, serta menjalankan tugas dengan bertanggungjawab dan adil, mengamalkan sikap demokrasi dan tidak memilih kasih (Mok Soon Sang, 2008). Ganjaran dan pujian merupakan salah satu cara yang dapat memotivasikan pelajar. Suasana bilik darjah yang berkesan berlaku apabila terdapatnya iklim sosial dan juga iklim emosi yang positif. Pengurusan hal ehwal murid dalam bilik darjah melalui pendekatan

sifat penyayang yang digambarkan oleh guru memudahkan

guru agar bercakap dengan bahasa yang lembut dan dan lembut, menegur dan membaiki kesilapan dengan cara yang berhemah, di samping menggunakan segala sifat terpuji, akan mempercepat proses kecintaan dan kesetiaan murid terhadap gurunya, dan memberi kesan kepada pemindahan maklumat daripada guru kepada muridnya. Kemahiran yang pelbagai perlu ada dalam diri setiap guru bagi menjamin pengurusan bilik darjah yang berkesan. Salah satunya adalah kemahiran

Pengalaman Berasaskan Sekolah

| 98

berkomunikasi dan ianya asas yang menjadi akar kepada pembentukan budaya yang positif dalam bilik darjah. Komunikasi merupakan aspek penting dalam pengurusan bilik darjah. Ini adalah kerana komunikasi adalah mnyampaikan sesuatu yang penting atau yang diingini yang melibatkan manusia. Oleh kerana pengurusan bilik darjah melibatkan manusia iaitu guru dan murid, perhubungan antara mereka sentiasa wujud dan penting untuk membina proses sosialisasi. Proses sosialisasi di bilik darjah tidak akan berlaku sekiranya tidak wujud komunikasi. Komunikasi merupakan proses penyampaian mesej kepada seseorang, sama ada lisan atau bertulis. Sekiranya mesej yang dihantar oleh penyampai dapat difahami maksudnya oleh penerima maka komunikasi berkesan telah berlaku. Komunikasi lisan bukan hanya percakapan sahaja. Ketika guru menulis di papan hitam untuk kegunaan murid- murid maka komunikasi lisan telah berlaku. Menurut Feeney (1983) mengatakan bahawa komunikasi merupakan satu proses untuk menyampaikan maklumat, mesej atau isyarat kepada pihak lain. Proses komunikasi dibina daripada pengalaman dan persefahaman antara kedua-dua belah pihak. Tindak balas atau reaksi yang lahir daripada proses komunikasi ini adalah berpunca daripada pengalaman dan persefahaman yang wujud antara mereka. Sesetengah murid tidak dapat memahami mesej yang disampaikan oleh guru mereka disebabkan pelbagai faktor. Bagi memperbaiki masalah tersebut, ciri yang perlu ada pada seseorang guru untuk memperbaiki kemahiran komunikasi di bilik darjah ialah: a. Mengamalkan demokrasi dalam komunikasi. Mengamalkan prinsip demokrasi di dalam bilik darjah dapat memperbaiki komunikasi. Murid dan guru bebas menyatakan pendapat dan perkongsian dalam bilik darjah. Wujudnya amalan demokrasi dalam bilik darjah akan melahirkan suasana yang kondusif dan harmoni. Murid tidak akan rasa berasa takut atau tertekan untuk menyuarakan pendapat mereka. Mereka bebas menyuarakan pandangan walaupun pandangan mereka itu kurang disenangi oleh guru dan rakan lain. b. Menghormati perasaan orang lain. Proses komunikasi juga melibatkan domain efektif, di samping kognitif dan psikomotor. Sebagai guru, seseorang itu perlu menghormati orang lain, termasuklah menghormati perasaan atau emosinya. Murid yang tersinggung perasaannya tidak akan berkomunikasi dengan baik. Atau mungkin ia tidak mahu lagi berkomunikasi

Pengalaman Berasaskan Sekolah

| 99

dengan guru dan seterusnya tidak menyukai guru tersebut. Guru perlu sedar akan perasaan atau isi hati muridnya agar dapat mewujudkan iklim yang sesuai untuk berkomunikasi di bilik darjah. c. Kesediaan untuk mendengar. Komunikasi bermaksud penyampaian makluamat yang berlaku antara dua pihak, iaitu pemberi maklumat dan penerima maklumat. Walaupun guru merupakan orang yang terpenting sebagai pemberi maklumat di bilik darjah, kadang kala guru juga perlu menjadi penerima maklumat. Kesediaan guru untuk mendengar apa yang diujar

oleh

murid

dapat

mewujudkan

suasana

yang

baik

untuk

proses

berkomunikasi. Murid akan lebih bersedia untuk memberi pandangan dan perkongsian ilmu mereka sekiranya mereka mengetahui bahawa guru mereka sedia untuk mendengar. d. Menyesuaikan diri dengan situasi. Guru perlu bijak mengubah peranan mengikut kehendak situasi. Sekiranya berhadapan dengan situasi yang berbeza, guru perlu menukar cara berinteraksi yang bersesuaian dengan individu atau kumpulan berkenaan. Contohnya ketika murid sukar untuk dikawal semasa perbincangan atau semasa bersukan. Guru perlu bijak menangani murid untuk dapat menyesuaikan diri dengan persekitaran baru. Ini kerana, murid di dalam sesebuah kelas adalah terdiri daripada individu-individu atau kelompok-kelompok yang berbeza. Guru yang prihatin dan sensitif dapat menyesuaikan diri mengikut keadaan dan situasi. e. Menggunakan bahasa yang berkesan. Bahasa merupakan media terpenting dalam proses komunikasi di bilik darjah. Bahasa mampu mengubah seseorang atau sekumpulan manusia seperti murid. Mesej atau maklumat

yang disampaikan

oleh

guru

kepada

murid

perlu

menggunakan bahasa yang berkesan iaitu tepat, jelas dan ringkas. Penggunaan bahasa yang panjang dan meleret - leret akan menyukarkan pemahaman dan mungkin akan berlakunya penyalahan tafsiran. Bagi memudahkan guru untuk memahamkan sesuatu kepada murid, guru boleh menggunakan bahasa yang tidak format yang dapat memahamkan mereka. Seterusnya adalah aspek pengurusan pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah. Pengajaran dan pengurusan adalah penting dan saling berhubungkait. Ia melibatkan perancangan guru dalam memastikan proses pengajaran dan pembelajaran yang berlaku dapat mencapai matlamat dan objektif yang ditetapkan.

Pengalaman Berasaskan Sekolah

| 100

Peningkatan profesionalisme guru di dalam bilik darjah dilihat dalam aspek kebolehan menyusun organisasi pembelajaran, mencorak kualitipembelajaran, kebolehan mencorak iklim dalam bilik darjah dan perkara yang berkaitan dengannya. Bagi mencapai tahap kecekapan yang optimum dalam pengurusan pengajaran dan pembelajaran

maka

ini

memerlukan

perancangan,

pelaksanaan,

penyeliaan,

kebijaksanaan penilaian

dan

dan

penelitian

refleksi.

dalam

Merancang

kurikulum, sukatan pembelajaran, huraian sukatan, bahan rujukan tambahan sama ada dari buku - buku yang terdapat di kedai-kedai buku atau boleh juga diakses melalui internet. Setiap guru mempunyai gaya , teknik serta kebolehan yang berbeza-beza bergantung kepada personaliti, pengalaman, dan latihan yang diterima (Shaharir, 1984).

Faktor emosi juga dapat di lihat melalui kepimpinan guru dalam proses

pengajaran dan pembelajaran. Antara jenis kepimpinan guru ialah; gaya kepimpinan autokratik iaitu mengawal murid melalui ganjaran dan hukuman sehingga mengwujudkan suasana yang tertekan dan tidak menarik serta tidak kondusif. Gaya kepimpinan demokratik iaitu berkongsi tanggungjawab dengan murid dengan memberikan galakan bukannya dengan desakan bagi menghasilkan aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang lebih menarik dan menyeronokan. Gaya kepimpinan Laissez-Faire iaitu kebebasan sepenuhnya dalam apa jua aktiviti pembelajaran sehingga menjadikan bilik darjah tidak terurus, kucar kucir, dan perhubungan antara guru dan murid menjadi tidak akrab dan mesra. Selain itu, guru juga perlu peka dengan tugasan yang di berikan kepada murid berorientasikan kepada peningkatan interaksi dan pertumbuhan kognitif di kalangan murid-murid (Dr Ragbir Kaur, 2008). Dengan kata lain tugasan yang di berikan kepada murid-murid dapat mewujudkan iklim yang kondusif serta membantu dalam penyediaan bahan dan alatan, tugasan-tugasan yang diberikan kepada setiap murid pada awal tahun lagi dapat membantu mengembangkan budaya bertanggungjawab, berkerjasama serta hubungan yang baik antara mereka dan juga hubungan antara guru dengan murid, dan peranan guru sebagai pembantu penyelsaian masalah yang dihadapi oleh murid-murid (Haji Samsudin bin Md Noor).

Pengalaman Berasaskan Sekolah

| 101

PENGURUSAN FIZIKAL Faktor fizikal merangkumi segala bentuk kemudahan dan peralatan yang terdapat di sekolah. Susunan peralatan bilik darjah serta bahan pembelajaran perlulah kreatif, ceria dan pelbagai agar lebih kondusif. Bilik darjah yang kondusif mestilah mempunyai peralatan asas iaitu papan hitam, papan kenyataaan, dan ruang yang selesa, meja dan kerusi untuk guru dan murid, almari, yang di hiasi dengan penyediaan bahan-bahan bacaan, dan bahan bantuan mengajar serta peralatan sokongan serta dihiasi dengan keceriaan dan kebersihan. Susunan meja dan kerusi dalam bilik darjah sebaik-baiknya memberi kemudahan kepada murid-murid mengadakan aktiviti pembelajaran berpusatkan murid dan aktiviti berkumpulan. Murid mudah berintraksi sesama mereka dan mudah berintraksi dengan guru. Bilik darjah yang berukuran standard mampu memuatkan 35 hingga 40 orang murid. Cahaya bagi menerangkan ruang kelas yang mencukupi dan pintu serta tingkap yang terbuka luas membolehkan pengedaran udara yang secukupnya. Papan kenyataan yang dilengkapi dengan jadual waktu, jadual bertugas, carta organisasi, pelan keselamatan, sudut mata pelajaran, sudut bacaan atau rujukan, kata-kata motivasi, termasuk kemudahan penggunaan laman web, komputer dan CD dan LCD sehingga melahirkan pembudayaan bilik darjah yang kondusif. Hasilnya terjelma suasana yang harmonis, ceria, dan semangat kepada murid dan guru untuk berada lebih lama kerana terasa seolah-olah berada dalam sebuah rumah sendiri, wujudnya perasaan saling berkerjasama dan kekitaan dan semangat berdikari, iaitu bersama berusaha memajukan diri dan kumpulan secara kolektif.(Haji Samsudin bin Md Noor, http://www.google.com.my). Konsep bilik darjah akan berubah-ubah mengikut perkembangan pendidikan. Pelajar mudah berinteraksi dengan guru dan rakanrakan

dengan

keadaan

bilik

darjah

yang

sesuai

dan

kondusif.

Secara

keseluruhannya, semua perkara di dalam bilik darjah perlu diatur dengan sempurna untuk mewujudkan persekitaran yang sesuai untuk pembelajaran. Seterusnya bukan hanya faktor penyusunan alatan yang perlu diambil berat malahan faktor kebersihan juga. Jika seorang guru terpaksa mengambil masa untuk mengemas kelas setelah tamat suatu sesi pembelajaran ini bermakna guru itu belum cukup mahir dalam penugasan kerja. Sewaktu melakukan pengajaran, guru perlu memastikan pelajar

Pengalaman Berasaskan Sekolah

| 102

mempunyai cukup masa untuk menyimpan kembali semua bahan ditempatnya agar kelas bersedia untuk pelajaran akan datang.

PENGURUSAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN Pengurusan pengajaran dan pembelajaran adalah aspek yang terpenting dalam bilik darjah, merupakan tugas utama yang perlu diberi perhatian yang serius, pembaziran waktu akan berlaku dalam satu masa pengajaran dan pembelajaran sekiranya objektif pembelajaran tidak tercapai. Pelan Tindakan Strategik bagi mata pelajaran yang diajar perlu disediakan oleh guru. Kajian dari aspek kekuatan, kelemahan, peluang dan halangan yang disertai dengan perancangan untuk lima tahun dan perancangan untuk tahun semasa selaras dengan perancangan staregik sekolah. Peningkatan profesionalisma guru dalam bilik darjah dilihat dalam aspek kebolehan mencorak kualiti pengajaran, kebolehan menyusun organisasi pembelajaran, kebolehan mencorak iklim dalam bilik darjah, kebolehan mencorak perkembangan murid termasuk perkembangan akademik, perlakuan, sosial, emosi, rohani, intelek dan jasmani. Guru yang bercita-cita untuk menjadi pengurus bilik darjah yang berkesan dapat memahami perasaan dan kehendak hati nurani murid-murid, guru perlu cekap mencorak iklim yang memberansangkan, kecekapan dan kemahiran pengajaran, pengurusan masa, produktiviti dan tugas pengajaran dan pembelajaran, mencorakkan tingkahlaku dan pengawalan disiplin murid. Oleh itu guru berperanan sebagai pendidik, pemudah cara, pemimpin, pembimbing, penilai, perancang, perunding dan pendorong ke arah kecemerlangan murid. Bagi mencapai kecekapan dalam pengurusan pengajaran dan pembelajaran maka perlukan kebijaksanaan dan penelitian dalam perancangan , pelaksanaan, penyeliaan, penilaian dan refleksi. Merancang kurikululum, sukatan, huraian sukatan, buku teks, bahan rujukan tambahan dan maklumat tambahan daripada pelbagai sumber termasuk laman web. Perkara-perkara yang melibatkan innovasi dan kreativiti dalam pengajaran dan pembelajaran supaya kelas tidak menjadi beku dan kaku diikuti dengan perancangan kemajuan pelajar, merangka rancangan kerja tahunan, termasuk ujian, penilaian dan pentaksiran. Perancangan yang berkualiti menjamin

peningkatan

kuantiti

dan

kualiti

dalam

proses

perkembangan

pembelajaran serta hasilannya. Biasanya tingkahlaku dan minat murid akan berubah

Pengalaman Berasaskan Sekolah

| 103

apabila bertukar guru, ada guru yang digemari murid dan sebalik ada yang tidak digemari murid. Pembelajaran yang bermakna melibatkan proses memahami, berfikir,

berbincang,

membuat

pertimbangan,

menganalisis,

kognitif,

bagi

mengembangkan minda murid. Diperluaskan kepada kemahiran komunikasi, menyesuaikan diri, kemahiran sosial, dan perkembangan tingkahlaku. Prinsip umum pembelajaran, iaitu meningkatkan dan mengekalkan rasa kejayaan, meluaskan tahap keintlektualan, kerohanian, kekuatan emosi, dan keteguhan jasmani, merangsang minat dan menghasilkan keseronokan, memberi ruang dan peluang untuk mengatasi kelemahan, tidak menakut-nakutkan dan mengungut murid, sebaliknya memberi peluang kepada mereka memperbaiki kelemahan, tidak membiarkan kegagalan berterusan, pembelajaran perlu realistik dan boleh dilakukan,

mengambil

kira

kemampuan

murid,

pembelajaran

perlu

dapat

menentukan objektif iaitu apa yang hendak dikuasai oleh murid, dan pembelajaran juga mampu mencabar kebolehan murid bagi mengembangkan potensi mereka. Guru perlu memiliki beberapa kemahiran penting, kerana kemahiran mengajar menjadi instrumen untuk kejayaan dalam mengurus bilik darjah, antara kemahiran dalam pelbagai kaedah pengajaran dan pembelajaran yang boleh diambil dari modul, model, kaedah dan teknik yang sedia ada atau menggunakan daya innovasi dan kreativiti membina model-model tersendiri, kemahiran berkomunikasi, kemahiran interpersonal, kemahiran dalam bimbingan dan kaunseling, kemahiran dalam menawan emosi atau kesedaran emosi juga menjadi pemangkin dalam pengajaran dan pembelajaran. Komunikasi

adalah

medan

pemindahan

pengetahuan,

penyampaian

pengajaran, mengembangkan kemahiran berkomunikasi, dan mendapat maklumat. Mengamalkan komunikasi berkesan, penggunaan bahasa, kesediaan mendengar, meningkatkan proses intraksi, komunikasi terbuka, kemahiran bertutur dan mengemukakan pandangan, berhujah dan berdialog. Guru seharusnya mampu mengembangkan kemahiran komunikasi, lebih kreatif dan hubungan yang lebih dinamik kesannya, penyelesaian konflik yang berrlaku, memberi ruang untuk murid melahirkan pandangan, guru mampu melakukan pengaliran maklumat yang lebih berkesan, serta mendapat maklum balas yang benar. Guru berjaya menghasilkan kreativiti dalam pengajaran kemahiran,

yang

boleh

dan pembelajaran, dengan membina

meningkatkan

kecekapan,

dan

pelbagai

meluaskan

pembelajaran, yang bermatlamat bagi meningkatkan pengajaran guru.

skop

Pengalaman Berasaskan Sekolah

| 104

Justeru itu guru seharusnya mengelakkan masalah yang boleh menjejaskan keberkesanan komunikasi seperti kekeliruan, salah tafsir, bahasa yang kasar, suara yang tidak jelas, bahasa badan yang tidak sesuai, memberi tekanan emosi murid, komunikasi tertutup, tidak memberi perhatian dan tumpuan tentang pengajaran dan pembelajaran. Kehebatan pengajaran guru bergantung kepada kejelasan suara, gaya pengajaran yang menarik, fleksibiliti iaitu tidak sehingga membosankan, inovasi, kreatif, pendekatan yang sentiasa digunakan untuk membaiki kelemahan murid, penglibatan murid dalam aktiviti kelas, dan pengurusan masa yang berkesan. Meransang minat, memenuhi keperluan diri, sosial, dan psikologi, dorongan dan sokongan, mengembangkan potensi, kebolehan, minat, bakat dan keyakinan diri murid. Kepakaran guru diukur dari aspek inisiatif, dedikasi, perancangan, kerjasama, kepimpinan, kepakaran, integriti yang tekal dalam organisasi yang dapat mengujudkan keharmonian dan menunjukkan kesetiaan dan sokongan bagi menjayakan wawasan, keaktifan, dan pengurusan masa. Pembelajaran murid terhasil melalui proses pendengaran,pemerhatian, peniruan, membuat, ekplorasi iaitu pembelajaran yang aktif yang merangsangkan minat murid, melalui latihan, percubaan, penglibatan dalam aktiviti pembelajaran. Kejayaan seseorang guru sebagai pengurus di bilik darjah tidak semata-mata dinilai daripada aspek kemahiran dan teknik pengajaran dan pembelajaran sematamata, tetapi kualiti peribadi dan sahsiah diri juga menjadi tarikan kepada muridmurid. Pada amnya guru yang disukai murid antaranya ialah yang sentiasa berwajah periang, pandai berjenaka, bersangka baik, berperasaan yang matang, jujur dan ikhlas dalam menjalankan tugas, berfikiran positif, tenang menghadapi sebarang krisis, pendengar yang aktif, berjaya menyelesaikan konflik, dan tidak mudah menyalahkan orang lain. Imam al-Ghazali menggariskan ciri-ciri guru yang efektif iaitu guru yang memiliki rasa simpati kepada setiap murid dan melayani mereka seperti anak sendiri, meneladan sunnah Rasulullah S.A.W. yang ikhlas dalam memberi perkhidmatan, tidak membenarkan murid melaksanakan sesuatu tugas kecuali guru benar-benar mengetahui pengetahuan tersebut, menasihat murid secara lembut dan berhemah supaya meninggalkan perkara-perkara yang buruk, tidak sekali-kali merendahkan disiplin ilmu yang lain di hadapan murid, menghadkan pembelajaran bersesuaian dengan tahap pencapaian dan pemahaman murid dan tidak memaksa mereka mencapai sesuatu di luar kemampuan serta menyediakan

Pengalaman Berasaskan Sekolah

| 105

bahan pembelajaran yang mudah difahami, jelas dan bersesuaian dengan tahap perkembangan akal murid.

RUMUSAN 

Bilik darjah merupakan sebuah komuniti kecil dan menjadi tempat di mana seorang guru dan sekumpulan pelajar saling berinteraksi secara nyata. Ianya boleh dianggap sebagai satu unit sosial dalam sebuah organisasi sekolah dan telah menjadi semakin kompleks.



Struktur bilik darjah melibatkan satu atau lebih pusat kuasa yang menetapkan matlamat, memperuntukkan sumber dan mengarahkan kemajuan. Di dalam bilik darjah pusat kuasa yang mengawalnya melibatkan pengetua, guru, ibu bapa dan sekolah itu sendiri di mana setiap individu mempunyai peranan masing-masing untuk setiap bahagian masyarakat dan perubahan setiap bahagian ini akan mempengaruhi bahagian-bahagian yang lain.



Seterusnya, menjadi tanggungjawab seorang guru yang menguruskan bilik darjah mengambil berat terhadap aspek-aspek tertentu seperti menyediakan peraturan dan amalan bilik darjah supaya pelajar lebih berdisiplin dan suasana

harmoni

dalam

bilik

darjah

dapat

diwujudkan.

Selain

itu

pembentukan suasana bilik darjah yang ceria dan menyeronokkan akan menyebabkan secara tidak langsung gejala ponteng sekolah dapat dikurangkan. Kualiti pengajaran dan penyusunan organisasi pembelajaran perlu diperkemas agar pelajar lebih bersedia untuk belajar sekaligus meningkatkan penglibatan pelajar dalam P&P dan prestasi pelajar. 

Guru juga berperanan mengaplikasikan motivasi dalam pengurusan bilik darjah agar berlaku satu perubahan dan perkembangan positif di kalangan pelajar selain mendidik mereka agar mempunyai keyakinan diri yang unggul dan rasa hormat menghormati antara satu sama lain. Pengurusan bilik darjah yang berkesan mampu meningkatkan kualiti pelajar yang akan dilahirkan oleh institusi pendidikan, sekaligus dapat mengurangkan masalah sosial yang semakin menjadi-jadi sejak akhir-akhir ini.

Pengalaman Berasaskan Sekolah

5.0

| 106

BIBLIOGRAFI

Abdul Rahim Abdul Rashid Mohamad

& Abdul Aziz Abdul Talib & Abdul Ghafar Md. Din

Haron, Panduan Latihan Mengajar, Dewan Bahasa dan

Pustaka, Kuala Lumpur, 1992. Guey R. Lefroncis, Physiology for Teaching, London, 2003. R.S.Barth (1976) Open Educational of American School. America : Oxford published. Samsudin bin Mohd Noor, Pengurusan Bilik Darjah diperoleh pada 2 Oktober 2011 daripada http://www.google.com/doc/4870216/PENGURUSAN BILIK-DARJAH http://www.scribd.com/doc/13961139/Aplikasi-Ilmu

Sosiologi-Pendidikan-Dalam

Pengurusan-Bilik-Darjah Ragbi Kaur, (2008). Pengurusan Bilik Darjah Dalam Konteks Pengajaran dan Pembelajaran Perakaunan : Pearson Prentice Hall. Mok Soon Sang (2008). Peranan Kepimpinan Guru Dalam Mempengaruhi Iklim Bilik Darjah. Diperoleh

pada

September,

http://www.scribd.com/doc/27154139/Ulasan

2011

daripada

Jurnal-Peranan

Kepimpinan-Guru. Robiah Sidin (1993) Classroom Management. Kuala Lumpur. Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.

View more...

Comments

Copyright ©2017 KUPDF Inc.
SUPPORT KUPDF