Unit 2 KONSEP ASAS PENGURUSAN PROGRAM KESIHATAN.pdf
July 14, 2017 | Author: Jeremiah Bishop | Category: N/A
Short Description
Download Unit 2 KONSEP ASAS PENGURUSAN PROGRAM KESIHATAN.pdf...
Description
Konsep Asas Pengurusan Program Kesihatan
UNIT 2 KONSEP ASAS PENGURUSAN PROGRAM KESIHATAN
HASIL PEMBELAJARAN Di akhir unit ini, anda di harap dapat : 1. Menerangkan mengenai fungsi Pendidikan Kesihatan 2. Membincangkan mengenai tugas dan fungsi Pendidik Kesihatan 3. Membuat satu perancangan pengurusan program yang boleh dilaksanakan di sekolah
PETA KONSEP TAJUK
KONSEP ASAS PENGURUSAN PROGRAM KESIHATAN
Perkembangan Pendidikan Kesihatan di Malaysia
Sistem Pendidikan Asal Zaman Penjajahan Zaman Pendidikan Moden
Fungsi Pendidikan Kesihatan
Perancangan Program Pendidikan Kesihatan
Persekitaran Pengajaran Latar Belakang Guru Latar belakang Pelajar Fungsi dan Tugas Pendidik Kesihatan
19
Konsep Asas Pengurusan Program Kesihatan
PENGENALAN
Rajah 2.1 : Salah satu bentuk Pendidikan Kesihatan
Sebagai seorang guru dan juga seorang pelajar, anda mungkin memahami salah satu bentuk Pendidikan Kesihatan seperti dalam rajah 2.1 di atas. Berikan 3 contoh program yang boleh dilaksanakan melalui Pendidikan Kesihatan di sekolah?
Pelajar perlu diajar memelihara dan meningkatkan tahap kesihatan diri. Selain itu, tanggung jawab ini perlu disemai dari alam kanak-kanak. Pelajar punya banyak tugas dan perkara yang perlu dilakukan. Pelajar juga akan menghadapi cabaran hari muka. Kegagalan pendidikan hari ini akan mendatangkan masalah pada masa hadapan. Pendidikan Kesihatan juga sebahagian daripada kurikulum dan turut berperanan seperti subjeksubjek yang lain. Dalam Pendidikan Kesihatan yang sering digabungkan dengan Pendidikan Jasmani, aspek emosi dan rohani akan mendapat bimbingan yang sewajarnya. Ini seterusnya memberikan manfaat yang jelas kepada pelajar yang terlibat. Pendidikan Kesihatan merupakan kurikulum yang dihasratkan akan dapat mempertingkatkan dan dicapai kerana Pendidikan Kesihatan yang didedahkan adalah berdasarkan kepada kurikulum
20
Konsep Asas Pengurusan Program Kesihatan
yang telah ditetapkan. Bila mana berlaku perubahan positif seperti yang diharapkan maka ianya akan mengubah dan melahirkan pelajar yang inovatif, berpengetahuan luas, berakhlak mulia dan berketerampilan. Selain itu, Pendidikan Kesihatan berperanan menjadikan aktiviti budaya sekolah untuk mengalami perubahan serta memupuk nilai-nilai murni dalam jiwa para pelajar. Perubahan iklim sekolah yang kondusif juga telah melahirkan para pelajar yang menghargai ilmu dan melahirkan budaya positif seperti budaya membaca dalam kalangan pelajar. Pendidikan Kesihatan adalah pendidikan untuk kesihatan dan tidak hanya pengetahuan tentang kesihatan. Pendidikan Kesihatan bukan semata-mata untuk menyembuh, mengurangkan atau mencegah penyakit, malah ianya bertujuan untuk mencapai keadaaan fizikal, mental dan sosial yang optimum untuk individu, keluarga dan komuniti. Program Pendidikan Kesihatan seharusnya menggalakkan dan memudahkan aplikasi pengetahuan kesihatan untuk meningkatkan amalan gaya hidup sihat sepanjang hayat. Oleh yang demikian, pelajar harus dididik dan mempelajari demi memahami dan menghayati pengetahuan, kemahiran dan pengalaman Pendidikan Kesihatan agar mereka dapat mengamalkan gaya hidup sihat sebagai budaya masyarakat.
Dengan adanya Pendidikan
Kesihatan pelajar dapat membuat persediaan menghadapai cabaran hidup. Pelajar juga dapat sentiasa bersedia menyesuaikan diri dengan cabaran perubahan persekitaran dan sosial.
Adakah anda sudah memahami bagaimana Pendidikan Kesihatan berfungsi di sekolah? Selepas anda memahaminya, buat refleksi dengan menjawab soalan berikut:
Bagaimana Pendidikan Kesihatan boleh berfungsi dengan baik di sekolah?
Bagaimana Pendidikan Kesihatan boleh membantu pelajar mencapai aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek? Terangkan.
21
Konsep Asas Pengurusan Program Kesihatan
ISI KANDUNGAN Sejarah perkembangan Pendidikan Kesihatan di Malaysia Sejarah perkembangan Pendidikan Kesihatan di Malaysia selaras dengan perkembangan Pendidikan Jasmani. Perkembangan Pendidikan Jasmani dan juga Pendidikan Kesihatan di Malaysia dibahagikan kepada tiga peringkat yang besar. 1. Sistem pendidikan asal, iaitu sistem pendidikan yang telah ada sebelum kedatangan pengaruh Barat. 2. Zaman penjajahan menghasilkan pendidikan yang formal yang telah menghasilkan pertumbuhan sekolah-sekolah Inggeris, Melayu, Cina dan India. Zaman ini berlanjutan hingga Tanah Melayu mencapai kemerdekaan. 3. Zaman pendidikan moden, iaitu zaman selepas merdeka. Sebelum datangnya pengaruh pendidikan Barat, sistem pendidikan merupakan sistem yang tidak formal seperti kelas-kelas agama dan al-Quran, kelas kesenian dan pertukangan. Sistem ini tidak memberatkan ciri-ciri pendidikan secara formal. Oleh itu, tidak ada langsung pendidikan jasmani dan Kesihatan. Sistem pendidikan yang formal diperkenalkan di negara ini selepas kedatangan Inggeris di negeri-negeri Selat. Ini adalah usaha penganjur Kristian dan Kompeni Inggeris. Sekolah yang pertama didirikan di Tanah Melayu ialah Penang Free School yang ditubuhkan dalam tahun 1816. Usaha mendirikan sekolah ini dibuat oleh Rev. R.S Hutching. Sekolah ini di bawah pengelolaan Kompeni Inggeris. Pendidikan Jasmani dan Kesihatan tidak dijalankan lagi. Sehingga tahun-tahun 1920an masih belum ada sistem dan sukatan pelajaran yang formal walaupun pelajaran Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan mula diajar secara tidak formal. Keutamaan diberi kepada aktiviti senaman, latihan kawat dan permainan yang membawa pengaruh penjajahan Inggeris. Pendidikan Kesihatan pula diajar melalui ceramah bebas dan perbincangan secara terbuka oleh guru dan penasihat kesihatan yang dilantik. Tahun 1924 dilantik seorang pengusaha pendidikan jasmani dan kesihatan untuk negeri-negeri Selat. Sungguhpun begitu, sukatan pelajaran Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan belum tersusun. Guru-guru yang tidak pernah menerima latihan Pendidikan Jasmani dan Kesihatan ditugaskan mengajar pelajaran tersebut. Tahun-tahun 1930an barulah usaha rancangan pendidikan jasmani dan subjek Pendidikan Kesihatan untuk sekolah-sekolah dimulakan.
22
Konsep Asas Pengurusan Program Kesihatan
Sukatan pelajaran tersebut merupakan asas untuk pelajaran Pendidikan Jasmani di Tanah Melayu. Ia berdasarkan kepada sukatan pelajaran Latihan Fizikal untuk sekolah-sekolah Inggeris di England, yang mana telah diperkenalkan dalam tahun 1933. Siri buku-buku Jefferson, How To Teach Physical Training dijadikan asas sukatan pelajaran Pendidikan Jasmani dan Kesihatan. J.W Jefferson yang dilantik sebagai penguasa Pendidikan Jasmani dan Kesihatan dalam tahun 1932 telah melancarkan rancangan latihan guru pendidikan jasmani ke seluruh negara. Kursus-kursus dalam perkhidmatan diadakan di seluruh negara. Tahun 1946-48, suatu sukatan yang formal untuk sekolah-sekolah rendah dan menengah dihasilkan. Sukatan ini diterbitkan oleh Maktab Perguruan Sultan Idris, (MPSI) Tanjung Malim (kini Universiti Pendidikan Sultan Idris). Sistem latihan guru Pendidikan Jasmani dan Kesihatan dilancarkan secara berperingkatperingkat, iaitu dari peringkat 1 hingga peringkat 4. Penubuhan Persekutuan Tanah Melayu menunjukkan pengaruh penjajahan Inggeris dalam perkembangan Pendidikan Jasmani. Gimnastik, sukan dan rentak rama merupakan bahagian program-program yang terdapat di sekolah-sekolah rendah, sementara di sekolah-sekolah menengah, Inggeris memajukan satu program yang serupa dengan yang terdapat di negaranegara Asia di bawah British Komanwel. Bola sepak, bola keranjang, berenang dan tenis adalah popular tetapi permainan badminton merupakan permainan yang paling popular. Pada tahun 1952 guru-guru tempatan mula dihantar ke luar negara untuk meluaskan pengetahuan mengenai Pendidikan Jasmani dan meluaskan lagi skop bagi Pendidikan Kesihatan. Setahun kemudian, Pendidikan Jasmani dan Kesihatan dimasukkan sebagai satu mata pelajaran bagi kursus asas dan pilihan utama di Kirby. Kemudian diadakan pula kursus pendidikan dan kesihatan di Kirby dan Brinsford, England. Tahun 1955, Jawatan Penguasa Pendidikan Jasmani diambil oleh anak tempatan iaitu, En. Teoh Teik Lee. Pada tahun 1958, bahagian Penguasa Pendidikan Jasmani dipindahkan kepada Bahagian Nazir Sekolah-sekolah dan juga disatukan dengan Bahagian Latihan Guru. Sukatan Pelajaran Pendidikan Jasmani Kesihatan IPSI dikekalkan dalam tahun 1950-an dengan beberapa penyesuaian dan pindaan. Pada tahun 1960, B.E Chamber diganti oleh E.D Clay sebagai Nazir Sekolah-sekolah Persekutuan, Bahagian Pendidikan Jasmani. Sukatan pelajaran Pendidikan Jasmani dikaji semula dan wujudlah sukatan pelajaran Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan untuk kanakkanak lelaki dan perempuan pada tahun 1966. Kursus tambahan, satu tahun Pendidikan Jasmani
23
Konsep Asas Pengurusan Program Kesihatan
dan Kesihatan diadakan di Maktab Perguruan Ilmu Khas pada tahun 1960. Kemudian, diikuti dengan kursus tambahan untuk guru-guru perempuan dalam tahun 1961. Pada tahun 1971, sukatan pelajaran disemak semula, kemudiannya sukatan itu dikeluarkan dalam dua bahasa iaitu Melayu dan Inggeris. Sukatan ini lebih dinamik dan berkesan kerana memberatkan kepada kesan, pergerakan dan kemahiran. Di masukkan juga aspek-aspek moden seperti tarian moden atau tarian pendidikan dan gimnastik untuk perempuan.
Apa Itu Fungsi Pendidikan Kesihatan? Pendidikan Kesihatan merupakan suatu proses membekalkan dan membantu murid meningkatkan pengetahuan kesihatan, memupuk sikap positif terhadap kesihatan dan mengamalkan gaya hidup sihat atau menggunakan pengalaman bagi mempengaruhi secara mendalam kefahaman, sikap dan amalan berhubung dengan kesihatan individu, keluarga dan komuniti. Dari aspek pendidikan kepada murid, Pendidikan Kesihatan bertujuan membantu murid meningkatkan pengetahuan kesihatan, memupuk sikap positif terhadap kesihatan dan mengamalkan gaya hidup sihat. Objektif utama Pendidikan Kesihatan adalah ditumpukan kepada perubahan sikap dan tabiat untuk memperbaiki taraf kesihatan individu dan masyarakat menerusi usaha-usaha sendiri dan masyarakat melalui:
Menanam minat di kalangan masyarakat terhadap kepentingan kesihatan dan untuk bertanggungjawab terhadap kesihatan mereka.
Meningkatkan kesedaran di kalangan masyarakat tentang langkah-langkah promosi kesihatan dan pencegahan penyakit yang disediakan dan untuk memulihkan penerimaan kaedah tersebut.
Di peringkat sekolah Pendidikan Kesihatan lebih berfokus kepada: i.
Kesihatan diri dan keluarga
ii. Gaya hidup sihat iii. Kebersihan dan keselamatan persekitaran
24
Konsep Asas Pengurusan Program Kesihatan
Pendidikan Kesihatan bertujuan membantu pelajar meningkatkan pengetahuan kesihatan, memupuk sikap positif terhadap kesihatan, dan mengamalkan gaya hidup sihat. Objektif Pendidikan Kesihatan dirancang dan digubal agar pelajar boleh mencapai perkara-perkara seperti berikut: i.
mempertingkatkan pengetahuan kesihatan diri, keluarga, masyarakat dan persekitaran.
ii. menguasai kemahiran bagi menghadapi dan menangani masalah dan isu berkaitan dengan kesihatan. iii. membentuk sikap yang positif terhadap kesihatan berasaskan pengetahuan dan pengalaman. iv. menjadikan gaya hidup sihat sebagai rutin harian v. berperanan aktif dalam meningkatkan kualiti kehidupan masyarakat secara keseluruhan. (Sukatan Pelajaran Pendidikan Kesihatan, 1999)
Rajah 2.2 : Senario apabila mereka memahami fungsi Pendidikan Kesihatan Tuliskan satu atau dua ayat sendiri, bagaimana fungsi Pendidikan Kesihatan boleh mempengaruhi orang di sekeliling anda?
25
Konsep Asas Pengurusan Program Kesihatan
Apakah Fungsi dan Tugas Pendidik Kesihatan
Mengetahui keperluan indidvidu dan komuniti Keperluan komunikasi dan sumber
Perancangan program secara efektif
Tanggungjawab Pendidik Kesihatan Menyelaraskan perkhidmatan
Perlaksanaan program
Bertindak sebagai ejen rujukan
Penilaian keberkesanan program
Rajah 2.3 : Tanggungjawab utama pendidik kesihatan (Sumber: National Commission for Health Education Credentialing [NCHEC], 1980 )
Tanggung jawab 1: Menilai keperluan individu dan masyarakat untuk Pendidikan Kesihatan
Dapatkan data yang berkaitan dengan kesihatan tentang persekitaran sosial dan budaya, faktor pertumbuhan dan perkembangan, keperluan dan kepentingan.
Bezakan antara tingkah laku yang memupuk dan apa yang menghalang kesejahteraan.
Membuat kesimpulan keperluan untuk Pendidikan Kesihatan berdasarkan data yang diperoleh.
26
Konsep Asas Pengurusan Program Kesihatan
Tanggungjawab 2: Perancangan program Pendidikan Kesihatan yang berkesan
Mewujudkan pertubuhan-pertubuhan masyarakat dan mengenal pasti potensi peserta atas sokongan dan bantuan dalam perancangan program.
Membangunkan skop yang logik dan pelan untuk program Pendidikan Kesihatan.
Merumuskan objektif program yang sesuai dan boleh diukur.
Mereka bentuk program pendidikan selaras dengan objektif program yang dinyatakan.
Tanggungjawab 3: Perlaksanaan program Pendidikan Kesihatan
Membuat pameran berdasarkan program pendidikan yang telah dirancang.
Membuat kesimpulan membolehkan objektif yang perlu untuk melaksanakan pengajaran
Memilih kaedah dan media yang paling sesuai untuk melaksanakan perancangan program kepada pelajar tertentu.
Memantau program pendidikan, menyelaraskan objektif dan aktiviti mengikut kesesuaian.
Tanggungjawab 4: Menilai keberkesanan program Pendidikan Kesihatan
Membangunkan rancangan untuk menilai pencapaian objektif program.
Menjalankan pelan penilaian.
Mentafsir keputusan penilaian program.
Membuat kesimpulan implikasi dari hasil perancangan program masa depan.
Tanggungjawab 5: Menyelaras perkhidmatan Pendidikan Kesihatan
Membangunkan rancangan untuk menyelaraskan perkhidmatan Pendidikan Kesihatan.
Memudahkan kerjasama di antara kakitangan program.
Menggubal mod praktikal kerjasama di kalangan agensi-agensi kesihatan dan organisasi.
Mengadakan program-program latihan dalam perkhidmatan untuk sukarelawan dan kakitangan lain yang berminat.
guru-guru,
27
Konsep Asas Pengurusan Program Kesihatan
Tanggungjawab 6: Bertindak sebagai pegawai sumber maklumat dalam Pendidikan Kesihatan
Gunakan ICT sebagai sistem dapatan semula maklumat kesihatan yang berkesan.
Mewujudkan hubungan perundingan yang berkesan dengan orang-orang yang memerlukan.
Menyediakan bantuan dalam menyelesaikan masalah yang berkaitan dengan kesihatan.
Mentafsir dan bertindak balas terhadap permintaan untuk maklumat kesihatan.
Memilih bahan-bahan yang berkesan sebagai sumber untuk menyebarkan maklumat kesihatan.
Tanggungjawab 7: Menghubungkan kesihatan dengan keperluan Pendidikan Kesihatan, keprihatinan dan bahan sumber.
Mentafsir konsep, tujuan dan teori Pendidikan Kesihatan.
Meramalkan kesan sistem nilai masyarakat pada program Pendidikan Kesihatan.
Memilih pelbagai kaedah dan teknik-teknik komunikasi dalam menyediakan maklumat kesihatan.
Menyalurkan komunikasi yang berkesan antara penyedia penjagaan kesihatan dan pengguna.
Rancang satu program Pendidikan Kesihatan yang boleh dilaksanakan di sekolah. Kemudian, huraikan dengan terperinci tugas Pendidik Kesihatan berdasarkan rajah 2.3. Kaitkan antara tugas Pendidik Kesihatan dengan program yang ingin dirancang.
28
Konsep Asas Pengurusan Program Kesihatan
Perancangan Program Pendidikan Kesihatan
Rajah 2.3 : Salah satu program yang boleh dilaksanakan di sekolah
Sebagai seorang guru, apakah program yang boleh dirancang yang boleh dilaksanakan berdasarkan gambar dalam rajah 2.3. Senaraikan 5 program yang boleh dijalankan di sekolah dalam bentuk rajah di bawah.
29
Konsep Asas Pengurusan Program Kesihatan
Sebagai Pentadbir atau Guru Besar pelbagai program boleh dilaksanakan di sekolah yang berkaitan dengan Pendidikan Kesihatan. Kebanyakan sekolah sememangnya telah mengadakan pelbagai program yang merupakan program Pendidikan Kesihatan sama ada secara langsung atau tidak langsung. Selain daripada mata pelajaran Pendidikan Kesihatan yang diajar sebagai subjek, Pendidikan Kesihatan boleh diterapkan melalui pelbagai kaedah atau pendekatan. Ini termasuklah dalam program-program Hal-Ehwal Murid, begitu juga dalam program-program Kokurikulum. Pendidikan haruslah diajar atau lebih tepat lagi diterapkan kepada murid-murid supaya ia menjadi budaya. Perkara begini kadang-kadang agar sukar juga hendak diajar atau diterapkan kerana murid-murid datang dari pelbagai budaya atau cara hidup yang berbeza, sebagai contoh cara pemakanan mereka di rumah, kadang-kadang apa yang ditafsirkan oleh ibu bapa di rumah akan pemakanan sihat amat berbeza sekali dengan pemakanan sihat yang sebenarnya. Justeru itu peranan sekolah amat penting sekali dalam hal ini. Perkara-perkara berkaitan Pendidikan Kesihatan perlu ditunjuk ajar di sekolah dan jadikannya satu rutin agar ianya akan menjadi budaya kepada murid-murid yang akan membesar sebagai masyarakat yang faham akan pentingnya penjagaan kesihatan. Dalam melaksanakan program Pendidikan Kesihatan di sekolah, satu perancangan yang rapi perlu diadakan. Perancangan yang rapi membolehkan guru menggunakan sumber dan kemudahan yang baik. Ia juga memberi hala tuju kepada guru supaya menjalankan tugas dengan baik di samping memastikan sukatan pelajaran yang disediakan mendapat perhatian yang serius. Faktor-faktor utama yang diperlukan untuk membuat suatu perancangan yang rapi seperti berikut: 1. Persekitaran pengajaran Selain daripada objektif, faktor-faktor lain yang mempengaruhi perancangan ialah saiz kelas, peralatan dan kemudahan. Semua faktor tersebut perlu diberi perhatian untuk memastikan kejayaan kelas Pendidikan Kesihatan. Jika saiz kelas itu besar, maka masalah kekurangan peralatan dan kemudahan mungkin timbul.
Justeru itu,
perancangan diperlukan untuk mengatasi masalah tersebut. Misalnya, suatu kumpulan kecil boleh dibentuk untuk tujuan di atas.
30
Konsep Asas Pengurusan Program Kesihatan
2. Latar belakang guru Kejayaan program pendidikan jasmani bergantung kepada tenaga pengajarnya. Keupayaan guru mengajar penting untuk menjayakan pengajaran. Keupayaan guru mengajar itu penting untuk menjayakan pengajaran. Ianya adalah dengan latihan yang diberikan oleh maktab-maktab perguruan di Malaysia, tidak dapat dinafikan bahawa mereka memang mampu untuk mengajarkan Pendidikan Kesihatan di sekolah. Dalam persoalan ini, minat dan sikap guru itu sendiri adalah penting. 3. Latar belakang pelajar Tidak semua pelajar adalah sama. Perbezaan di kalangan pelajar itulah yang memerlukan perancangan. Pelajaran yang dirancang tidak seharusnya terlampau susah untuk golongan yang kurang mahir sehingga mereka hilang minat untuk melakukan aktiviti yang dirancang. Sebaliknya pelajaran yang tidak mencabar bagi golongan yang mahir juga menyebabkan pelajar kurang minat terhadap Pendidikan Kesihatan.
RUMUSAN 1. Pendidikan Kesihatan adalah pendidikan untuk kesihatan dan tidak hanya pengetahuan tentang kesihatan. Pendidikan Kesihatan bukan semata-mata untuk menyembuh, mengurangkan atau mencegah penyakit, malah ianya bertujuan untuk mencapai keadaaan fizikal, mental dan sosial yang optimum untuk individu, keluarga dan komuniti. Program Pendidikan Kesihatan seharusnya menggalakkan dan memudahkan aplikasi pengetahuan kesihatan untuk meningkatkan amalan gaya hidup sihat sepanjang hayat. 2. Pelajar harus dididik dan mempelajari demi memahami dan menghayati pengetahuan, kemahiran dan pengalaman Pendidikan Kesihatan agar mereka dapat mengamalkan gaya hidup sihat sebagai budaya masyarakat. Dengan adanya Pendidikan Kesihatan pelajar dapat membuat persediaan menghadapai cabaran hidup. Pelajar juga dapat sentiasa bersedia menyesuaikan diri dengan cabaran perubahan persekitaran dan sosial. 3. Objektif utama Pendidikan Kesihatan adalah ditumpukan kepada perubahan sikap dan tabiat untuk memperbaiki taraf kesihatan individu dan masyarakat menerusi usaha-usaha sendiri dan masyarakat melalui:
31
Konsep Asas Pengurusan Program Kesihatan
Menanam minat di kalangan masyarakat terhadap kepentingan kesihatan dan untuk bertanggungjawab terhadap kesihatan mereka.
Meningkatkan kesedaran dalam kalangan masyarakat tentang langkah-langkah promosi kesihatan dan pencegahan penyakit yang disediakan dan untuk memulihkan penerimaan kaedah tersebut.
4. Pendidikan haruslah diajar atau lebih tepat lagi diterapkan kepada murid-murid supaya ia menjadi budaya. Perkara-perkara begini kadang-kadang agar sukar juga hendak diajar atau diterapkan kerana murid-murid datang dari pelbagai budaya atau cara hidup yang berbeza, sebagai contoh cara pemakanan mereka di rumah, kadang-kadang apa yang ditafsirkan oleh ibu bapa di rumah mengenai pemakanan sihat amat berbeza sekali dengan pemakanan sihat yang sebenarnya. Justeru itu peranan sekolah amat penting sekali dalam hal ini. Perkaraperkara berkaitan Pendidikan Kesihatan perlu ditunjuk ajar di sekolah dan jadikannya satu rutin agar ianya akan menjadi budaya kepada murid-murid yang akan membesar sebagai masyarakat yang faham akan pentingnya penjagaan kesihatan. 5. Dalam melaksanakan program Pendidikan Kesihatan di sekolah, satu perancangan yang rapi perlu diadakan. Perancangan yang rapi membolehkan guru menggunakan sumber dan kemudahan yang baik. Ia juga memberi hala tuju kepada guru supaya menjalankan tugas dengan baik di samping memastikan sukatan pelajaran yang disediakan mendapat perhatian yang serius.
32
Konsep Asas Pengurusan Program Kesihatan
33
PETA KONSEP Mengetahui keperluan individu dan komuniti Dapatkan data yang berkaitan
Bezakan antara tingkah laku
Perancangan program secara efektif Membangunkan skop yang logik dan pelan
Merumus objektif dan merekabentuk program pendidikan
Perlaksanaan program Membuat pameran
Membuat kesimpulan
Penilaian keberkesanan program Mentafsir keputusan penilaian program.
Membangunkan rancangan
Bertindak sebagai ejen rujukan Mewujudkan hubungan perundingan
Mentafsir dan bertindak balas terhadap permintaan
Menyelaraskan perkhidmatan Menggubal mod praktikal kerjasama
Mengadakan programprogram latihan
Keperluan komunikasi dan sumber Meramalkan kesan sistem nilai masyarakat
Menyalurkan komunikasi yang berkesan
Konsep Asas Pengurusan Program Kesihatan
KATA KUNCI 1. Sejarah Pendidikan Kesihatan 2. Fungsi Pendidikan Kesihatan 3. Tugas Pendidik Kesihatan 4. Perancangan Program 5. Perlaksanaan Program 6. Penilaian Program
PENILAIAN KENDIRI 1. Dengan menggunakan perkataan sendiri, huraikan apakah yang dimaksudkan dengan fungsi Pendidikan Kesihatan? 2. Senaraikan tugas-tugas utama pendidik kesihatan dan huraikan tanggungjawab mereka secara terperinci? 3. Bagaimanakah program kesihatan boleh dilaksanakan secara berkesan di sekolah? 4. Pada pendapat anda, mengapakah pihak kerajaan begitu serius dalam merancang program kesihatan di Malaysia?
RUJUKAN Pusat Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia, (1999). Sukatan Pelajaran Rendah dan Menengah Pendidikan Kesihatan· Pusat Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia. Huraian Sukatan Pelajaran Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah Pendidikan Kesihatan.(1998) · Surat pekeliling ikhtisas bil 25/1998: pelaksanaan mata pelajaran Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan KP (BS) 8591/Jld.XIV/(25) Definisi Pendidikan Jasmani dan Kesihatan. Atas Talian. http://ms.wikipedia.org/wiki/Pendidikan %20Jasmani/Definisi%20Pendidikan%20Jasmani%20%20%20dan%20Kesihatan World Health Organization (WHO) (1998). Health education: Theoretical concepts, effective strategies and core competencies. A foundation document to guide capacity development of health educators.
34
Konsep Asas Pengurusan Program Kesihatan
35
JAWAPAN SERTA MAKLUM BALAS Mengetahui keperluan individu dan komuniti Dapatkan data yang berkaitan
Bezakan antara tingkah laku
Membuat kesimpulan
Perancangan program secara efektif Mewujudkan pertubuhan-pertubuhan masyarakat
Membangunkan skop yang logik dan pelan
Merumus objektif dan merekabentuk program pendidikan
Perlaksanaan program Membuat pameran
Membuat kesimpulan
Memilih kaedah dan media yang paling sesuai
Memantau program pendidikan
Penilaian keberkesanan program Membangunkan rancangan
Menjalankan pelan penilaian
Mentafsir keputusan penilaian program.
Membuat kesimpulan implikasi
Bertindak sebagai ejen rujukan Gunakan ICT sebagai sistem dapatan semua maklumat
Mewujudkan hubungan perundingan
Mentafsir dan bertindak balas terhadap permintaan
Memilih bahan-bahan yang berkesan
Menyelaraskan perkhidmatan Membangunkan rancangan
Memudahkan kerjasama di antara kakitangan
Menggubal mod praktikal kerjasama
Mengadakan programprogram latihan
Keperluan komunikasi dan sumber Meramalkan kesan sistem nilai masyarakat
Memilih pelbagai kaedah dan teknikteknik komunikasi
Menyalurkan komunikasi yang berkesan
View more...
Comments