2. Yang Berusaha Pn Julia bt Elias( Penolong Kanan Tadbir dan Kurikulum),Tuan Kurikulum), Tuan Hj Ab Ab Rahman (Penolong Kanan Hal Ehwal Murid), Puan Sarina (Penolong Kanan Kokurikulum), Guru-guru Kanan Bidang, kaunselor-kaunselor, guru-guru , serta pelajar yang dikasihi sekalian, 3. Saya, Cikgu Saldiriza bersama Cikgu Nadia Azwa ialah guru bertugas sepanjang minggu yang lalu.
4. Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada semua pelajar SMK Wangsa Maju Seksyen 2 yang telah memberi kerjasama secara optimum sepanjang minggu yang lalu.
5. Guru bertugas yang yang mengendalikan perhimpunan harian ringkas setiap pagi sebelum pelajar bergerak ke kelas masing-masing berasa sangat puas hati dengan pergerakan yang begitu lancar. Laporan aktiviti sepanjang minggu lepas
6. Pada hari Sabtu lepas, 23/9/17 kita telah mengadakan majlis graduasi pelajar-pelajar tingkatan 5 di Hotel Grand Seasons. Majlis ini di adakan bagi menghargai para pelajar atas kejayaan mereka mengharungi dan hamper menamatkan zaman persekolahan di SMK Wangsa MAju Seksyen 2. Diharapkan pelajar-pelajar pelajar-pel ajar tingkatan 5 medapat semangat baru bagi menghadapi peperiksaan SPM nanti.
Laporan tentang disiplin dan sahsiah
7. Disiplin pelajar sepanjang minggu lalu didapati baik dan terkawal. Hampir kesemua pelajar berjaya tiba di perkarangan sekolah sebelum pukul 7.30 pagi.
8. Masalah ketepatan waktu lebih ketara selepas rehat apabila segelintir pelajar lewat masuk ke kelas. Mohon semua pelajar mengambil ingatan tentang ketepatan waktu kembali ke kelas selepas rehat walaupun harus mengejar waktu di kantin sekolah.
9. Selain itu, cikgu telah membuat teguran terhadap pelajar yang sengaja berlegar-legar berlegar- legar di koridor kelas ketika pelajar sepatutnya berada di dalam kelas. Cara memakai tali leher dan kekemasan baju juga telah diberi teguran berulang kali. Diharap pelajar-pelajar mengambil berat tentang penampilan yang kacak dan segak seperti yang disarankan.
10. Seterusnya Budaya memberi salam, menyapa guru dan menghormati guru hendaknya dapat diserlahkan dengan lebih ketara dari masa ke masa. Walaupun saiz fizikal pelajar lebih besar dan gagah, berilah laluan kepada guru apabila berselisih, bercakap dengan penuh adab sopan dan tulus.
Laporan tentang tahap kebersihan dan keceriaan kelas serta kawasan sekolah
11. Secara khusus, tahap kebersihan bilik darjah dan kawasan sekolah memang boleh diberi pujian, tetapi ruang untuk penambahbaikan masih terbuka. Kebersihan lantai telah diurus dengan begitu baik, kecuali terdapat cebisan kertas di sana sini selepas waktu rehat. Namun, demi melihat guru bertugas datang dengan lembaran penilaian kebersihan dan keceriaan, pelajar cepat-cepat mengutip cebisan kertas berkenaan. Terima kasih atas kepekaan pelajar-pelajar.
Bagi menyempurnakan upacara penyampaian bintang bagi pertandingan keceriaan dan kerbersihan kelas, saya menjemput ………………………………………………………….
12. Kedudukan pemenang kebersihan k ebersihan dan k keceriaan eceriaan kelas minggu ke-8 ke- 8 adalah seperti sepert i berikut:
1. Bagi kategori menengah rendah dimenangi oleh Tingkatan 1 Maju 2. Bagi kategori menengah atas dimenangi oleh tingkatan 4 wangsa 2.
Thank you for interesting in our services. We are a non-profit group that run this website to share documents. We need your help to maintenance this website.