Tujuan Perniagaan Dan Pemilikan Perniagaan
January 24, 2020 | Author: Anonymous | Category: N/A
Short Description
Download Tujuan Perniagaan Dan Pemilikan Perniagaan...
Description
BAB 1 – TUJUAN PERNIAGAAN DAN PEMILIKAN PERNIAGAAN PENGENALAN 1. Perniagaan merujuk kepada aktiviti yang melibatkan urus niaga jual beli barang dan perkhidmatan antara penjual dan pembeli untuk mendapatkan keuntungan dan pembeli dapat memenuhi keperluan dan kehendak. 2. Konsep asas perniagaan melibatkan enam komponen: a. Barang dan perkhidmatan b. Memuaskan keperluan dan kehendak pengguna c. Pertukaran nilai d. Keuntungan perniagaan e. Penjual dan pembeli f. Kontrak perniagaan 3. Aktiviti perniagaan dapat dibahagikan kepada dua iaitu: a. Aktiviti berasaskan barang b. Aktiviti berasaskan perkhidmatan 4. Organisasi Bermotif Untung (OBU) ialah organisasi yang mengeluarkan dan menjual barang dan perkhidmatan dengan bermotifkan keuntungan. 5. Organisasi Bukan Bermotif Untung (OBBU) pula merupakan organisasi seperti persatuan, kelab dan badan amal yang ditubuhkan untuk memenuhi keperluan awam seperti yatim piatu, golongan kurang berkemampuan dan warga tua. BENTUK PEMILIKAN PERNIAGAAN MILIKAN TUNGGAL 1. Milikan tunggal ialah sejenis perniagaan yang ditubuhkan, dimiliki dan dikawal sepenuhnya oleh seorang individu. 2. Proses pendaftaran perniagaan milikan tunggal yang mempunyai premis tetap adalah seperti berikut: a. Mengisi borang carian nama – PNA42 b. Mengisi Borang A c. Hantar kepada Pendaftar Perniagaan d. Mendapatkan Borang D – Sijil Perakuan Pendaftaran Perniagaan. e. Mendapatkan lesen perniagaan daripada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) 3. Kelebihan milikan tunggal: a. Memerlukan modal yang kecil b. Mudah ditubuhkan, dikawal dan diuruskan. c. Pemilik bebas mentadbir perniagaan d. Keuntungan dikenakan cukai pendapatan individu. 1
e. f. g. h.
Mempunyai insentif untuk bekerja keras Boleh meletakkan perniagaan berhampiran dengan rumah pelanggan. Mempunyai hubungan rapat dengan pelanggan. Memberikan kemudahan kredit kepada pelanggan.
4. Kekurangan milikan tunggal: a. Pemilik menanggung liabiliti tidak terhad. b. Modal yang terhad – menyekat perkembangan perniagaan. c. Tiada pembahagian dan pengkhususan kerja. d. Perniagaan mungkin tidak berterusan. e. Pemilik menanggung beban kerja yang banyak. PERKONGSIAN 1. Perkongsian ialah milikan yang ditubuhkan melalui kerjasama antara dua atau lebih individu bagi menjalankan sesuatu perniagaan. 2. Perkongsian ditubuhkan di bawah peruntukan Akta Perkongsian 1961 dan didaftarkan di bawah Akta Pendaftaran Perniagaan 1956. 3. Bilangan rakan kongsi adalah antara 2 hingga 20 orang. Namun bagi perkongsian yang melibatkan profesion seperti peguam, jumlah maksimum rakan kongsi tidak boleh melebihi 50 orang. 4. Jenis rakan kongsi yang wujud dalam perniagaan perkongsian: a. Rakan kongsi berhad b. Rakan kongsi lelap c. Rakan kongsi biasa d. Rakan kongsi aktif e. Rakan kongsi nominal (namaan) 5. Jenis perkongsian: a. Perkongsian biasa b. Perkongsian berhad c. Perkongsian liabiliti terhad (PLT) 6. Ciri-ciri perkongsian liabiliti terhad (PLT): a. Entiti berasingan b. Liabiliti terhad c. Hayat berterusan 7. Kelebihan perniagaan perkongsian: a. Mudah ditubuhkan b. Dapat mengumpul modal yang lebih banyak berbanding perniagaan milikan tunggal c. Risiko perniagaan dapat disebarkan dalam kalangan rakan kongsi. d. Beban cukai pendapatan perniagaan yang rendah iaitu rakan kongsi membayar cukai individu. 2
e. Dapat berkongsi kepakaran dan pengalaman, justeru dapat mengamalkan pembahagian dan pengkhususan kerja.
8. Kekurangan perniagaan perkongsian: a. Tidak berterusan b. Modal terhad berbanding syarikat berhad c. Tindak-tanduk seseorang rakan kongsi melibatkan semua d. Boleh berlaku perselisihan antara rakan kongsi yang boleh menyebabkan perniagaan dibubarkan SYARIKAT SENDIRIAN BERHAD 1. Ciri-ciri syarikat sendirian berhad ialah: a. Pemegang saham ialah pemilik syarikat b. Perkataan “sendirian” bermaksud pemilik saham terdiri daripada saudara mara dan kenalan rapat. c. Saham syarikat boleh dijual beli hanya dengan persetujuan ahli lembaga pengarah dan pemilik saham yang lain. d. Tanggungan pemegang saham terhad setakat jumlah modal yang dilaburkan sahaja. e. Pemegang saham yang memiliki 51% atau lebih daripada jumlah saham biasa boleh mengawal operasi syarikat. f. Syarikat diuruskan oleh ahli lembaga pengarah yang dilantik dalam kalangan ahli dalam mesyuarat agung tahunan. g. Untung syarikat diagihkan kepada pemegang saham dalam bentuk dividend an sebahagian disimpan sebagai rizab. h. Keuntungan syarikat dikenakan cukai keuntungan syarikat. 2. Kelebihan syarikat sendirian berhad ialah: a. Liabiliti pemegang saham terhad. b. Hal ehwal syarikat tidak perlu diumumkan. c. Modal lebih besar daripada perniagaan milikan tunggal dan perkongsian. d. Kewujudan perniagaan yang berkekalan. e. Dapat menikmati ekonomi bidangan dalam operasi pengeluaran. 3. Kekurangan syarikat sendirian berhad ialah: a. Modal kurang berbanding syarikat awam berhad kerana syer hanya hanya boleh ditawarkan kepada maksimum 50 orang. b. Dikenakan cukai syarikat yang tinggi. c. Pemilikan dan pengurusan terpisah. d. Ahli tidak boleh pindah milik syer secara bebas.
3
SYARIKAT AWAM BERHAD 1. Syarikat awam berhad ialh unit perniagaan yang terdiri daripada sekurang-kurangnya 2 orang tetapi tiada had maksimum. 2. Ciri-ciri syarikat awam berhad: a. Pemegang saham ialah pemilik syarikat dan perkataan “awam” bermaksud saham boleh dijual kepada orang ramai melalui penerbitan prospectus. b. Bilangan minimum pemegang saham adalah 2 orang dan tiada bilangan maksimum. c. Syer noleh dijual beli secara bebas di bursa saham oleh pemilik. d. Pemegang saham menganggung liabiliti terhad iaitu tanggungannya adalah setakat jumlah modal yang dilaburkan sahaja dan para pemiutang syarikat tidak boleh menuntut harta peribadi pemilik. e. Syarikat diuruskan oleh ahli lembaga pengarah yang dilantik oleh pemegang saham dalam mesyuarat agung tahunan. f. Pemegang saham yang memiliki lebih 51% boleh menguasai lembaga pengarah dan mengawal syarikat iaitu polisi dan dasar syarikat. g. Keuntungan syarikat diagihkan kepada pemegang saham dalam bentuk dividen. h. Keuntungan syarikat dikenakan cukai keuntungan syarikat. 3. Kelebihan syarikat awam berhad: a. Menanggung liabiliti yang terhad. b. Mudah mengumpul modal yang banyak. c. Kewujudan adalah berkekalan. d. Syer mudah dipindah milik melalui bursa saham. e. Dapat menikmati ekonomi bidangan dalam operasi pengeluaran. 4. Kekurangan syarikat awam berhad: a. Proses penubuhan yang rumit dan menelan belanja yang banyak. b. Menanggung beban cukai yang tinggi. c. Pemilik dan pengurusan adalah terpisah di mana ia diuruskan oleh satu lembaga pengarah. d. Tiada kerahsiaan di mana penyata kewangan mesti diumumkan kepada orangg ramai. KOPERASI 1. Koperasi ialah organisasi perniagaan yang ditubuhkan secara sukarela oleh sekumpulan individu untuk menjaga kepentingan mereka bersama. 2. Ciri-ciri koperasi ialah: a. Melaksanakan kegiatan ekonomi untuk memenuhi keperluan ahli. b. Aktiviti koperasi diuruskan berdasarkan akta dan peraturan serta undang-undang kecil koperasi. c. Modal disumbangkan oleh ahli dalam bentuk yuran dan syer. d. Setiap anggota mempunyai hak dalam pembuatan keputusan. e. Liabiliti anggota adalah terhad kepada sumbangan modal.
4
3. Prinsip-prinsip koperasi adalah seperti berikut: a. Keanggotaan sukarela dan terbuka. b. Kawalan secara demoktarik. c. Penglibatan anggota dalam kegiatan ekonomi. d. Kebebasan autonomi di mana setiap anggota boleh bersuara. e. Pendidikan, latihan dan maklumat. f. Kerjasama antara koperasi. g. Prihatin terhadap komuniti. 4. Keanggotaan koperasi – 50 orang hingga tiada had. Hak-hak anggota koperasi a. Hak untuk mengundi b. Terlibat dalam membuat keputusan c. Mengambil semula modal syer selepas keluar daripada koperasi d. Menerima pulangan dalam bentuk dividen 5. Kelebihan koperasi ialah: a. Liabiliti ahli terhad. b. Pentadbiran secara demokrasi. c. Beban cukai rendah atau dikecualikan daripada pembayaran cukai dan bayaran penubuhan yang minima. d. Kewujudan koperasi berkekalan. 6. Kelemahan koperasi ialah: a. Lembaga pengarah yang dilantik dalam kalangan ahli mungkin kurang berpengalaman dan kebolehan dalam bidang pengurusan. b. Pemilikan syer terhad di mana seseorang ahli tidak boleh memiliki lebih 20% syer yang ditawarkan. c. Pihak pengurusan tidak mempunyai dorongan untuk memajukan koperasi. d. Syer tidak boleh dipindah milik kepada orang lain.
BENTUK-BENTUK PERNIAGAAN LAIN FRANCAIS 1. Francais merupakan satu kaedah pemasaran barang dan perkhidmatan di mana syarikat induk memberikan hak kepada syarikat atau peniaga lain untuk memasarkan keluarannya dengan menggunakan nama jenama atau tanda dagang perniagaannya. 2. Syarikat induk dikenali sebagai francaisor dan syarikat atau peniaga yang menerima hak dikenal sebagai francaisi. 3. Francaisi dikehendaki membayar royalti kepada francaisor sebagai balasan menggunakan nama jenama francaisor. 5
4. Peranan francaisor ialah memberikan hak kepada francaisi untuk menggunakan nama jenama, tanda dagang, sistem dan format perniagaannya. Ia juga menyediakan khidmat latihan dan menjalankan promosi bersepadu. 5. Peranan francaisi pula adalah untuk menjalankan aktiviti perniagaan mengikut peraturan dan sistem piawaian yang ditetapkan oleh francaisor. 6. Kelebihan perniagaan francais kepada francaisor: a. Dapat mengembangkan perniagaan di peringkat global. b. Menikmati ekonomi bidangan. c. Dapat menembusi pasaran baru dan dapat berkongsi risiko. 7. Kekurangan perniagaan francais kepada francaisor: a. Boleh menjejaskan reputasi jenama jika francaisi tidak mematuhi mutu produk. b. Peningkatan dalam kos sokongan operasi untuk fracaisi. c. Kesukaran memilih francaisi yang bermutu dan berdaya saing.
USAHA SAMA 1. Usaha sama dibentuk oleh dua atau lebih syarikat atau firma yang ingin mengeluarkan dan memasarkan barang atau perkhidmatan dalam pasaran domestik dan antarabangsa. 2. Kebaikan usaha sama ialah: a. Membantu firma terlibat untuk meluaskan pasaran ke peringkat antarabangsa dan ini membantu meningkatkan jualan dan keuntungan. b. Membantu firma untuk meningkatkan pengetahuan, kemahiran, kepakaran dan teknologi dalam menghasilkan produk kerana berkongsi maklumat antara satu sama lain. c. Dapat meminimakan risiko kerugian kerana kerugian akan ditanggung bersama. d. Menikmati daya saing di peringkat domestik dan antarabangsa kerana berupaya mengambil tindakan segera terhadap sebarang perubahan yang berlaku di pasaran sama ada di peringkat domestik mahupun antarabangsa. 3. Kelemahan usaha sama ialah: a. Mewujudkan persaingan dalam kalangan firma dari segi teknologi, kepakaran, kemahiran dan pengetahuan setelah tempoh usaha sama tamat. b. Mewujudkan percanggahan pendapat antara firma-firma usaha sama kerana perbezaan budaya, pengurusan dan matlamat. c. Firma usaha sama tidak dapat membuat keputusan secara bebas kerana perlu mendapatkan persetujuan daripada rakan-rakan usaha sama terlebih dahulu.
KLASIFIKASI PERNIAGAAN 1. Klasifikasi perniagaan merujuk kepada pengelompokan perniagaan mengikut kriteria tertentu seperti saiz dan sektor: a. Saiz – kecil, sederhana dan besar b. Sektor – utama (primer), kedua (sekunder) dan ketiga (tertier) 6
Saiz perniagaan 1. Berikut adalah klasifikasi perniagaan berdasarkan saiz di Malaysia seperti yang ditetapkan oleh Perbadanan Enterpris Kecil dan Sederhan (SME Corp) 2. Kelebihan perniagaan bersaiz kecil: a. Kos overhed yang rendah b. Cepat menyelesaikan rungutan pelanggan c. Fleksibel dari segi membuat perubahan dan kos upah yang rendah 3. Kekurangan perniagaan bersaiz kecil: a. Menanggung kos pengeluaran yang tinggi b. Kurang berdaya saing c. Sukar untuk menarik pekerja yang mahir dan berpengalaman d. Menghadapi masalah kewangan 4. Cabaran yang dihadapi oleh perniagaan bersaiz kecil: a. Pemilik menanggung bebanan kerja yang berat. b. Strategi untuk mengekalkan pelanggan lama dan mendapatkan pelanggan baharu c. Cabaran untuk memastikan pekerja sentiasa bermotivasi dan mengawal kos overhed yang mungkin menjadi berlebihan 5. Kelebihan perniagaan bersaiz sederhana: a. Mudah ditubuhkan berbanding perniagaan bersaiz besar b. Fleksibel dari segi membuat perubahan c. Semangat bekerja dalam pasukan kuat dan kedudukan kewangan dapat dirahsiakan 6. Kekurangan perniagaan bersaiz sederhana: a. Sukar untuk melatih pekerja menghadapi cabaran b. Tidak dapat menawarkan peluang kerjaya yang menarik untuk pekerja dan wujud jurang hubungan antara majikan dan pekerja. 7. Cabaran yang dihadapi oleh perniagaan bersaiz sederhana: a. Untuk meningkatkan hasil berbanding perniagaan bersaiz kecil dan besar b. Persaingan dengan perniagaan besar untuk mendapatkan pekerja yang pakar dan berpengalaman c. Menghadapi pelbagai peraturan dan perundangan kerajaan 8. Kelebihan perniagaan bersaiz besar: a. Menikmati ekonomi bidangan di mana kos seunit keluaran dapat diminimakan b. Dapat menguasai pasaran c. Dapat mengamalkan pengkhususan dengan mengupah tenaga pekerja yang pakar dan berpengalaman 7
9. Kekurangan perniagaan bersaiz besar: a. Komunikasi kurang berkesan kerana terdapat pelbagai hierarki dalam pengurusan b. Birokrasi kerana wujud polisi dan pelbagai peraturan dalam organisasi c. Risiko kerugian kerana pengaruh ekonomi dan politik 10. Cabaran yang dihadapai oleh perniagaan bersaiz besar: a. Ketidakpastian pasaran kerana perubahan yang kerap dalam ekonomi global, politik, teknologi dan perundangan. b. Menghadapi persaingan dalam mendapatkan pekerja yang mahir dan berpengalaman c. Menghadapi cabaran dalam meningkatkan keuntungan serta perundangan d. Peraturan kerajaan untuk melindungi hak pelbagai pihak. Sektor Perniagaan Sektor perniagaan dapat digolongkan seperti berikut: Sektor Utama (Primer) Melibatkan aktiviti pengekstrakan sumber semula jadi dari bumi dan laut. Contohnya perlombongan dan pertanian. Sektor Kedua (Sekunder) Melibatkan pemprosesan bahan mentah dari sektor utama untuk menghasilkan bahan siap dan barang separuh siap. Contohnya perkilangan dan pembinaan. Sektor Ketiga (Tertier) Melibatkan aktiviti pembekalan perkhidmatan daripada pengeluar terus kepada pengguna. Menyokong perkembangan sektor utama dan kedua. Contohnya perkhidmatan swasta dan awam.
Skala Perniagaan 1. Skala perniagaan boleh digolongkan kepada: a. Pasaran domestik – melibatkan penjualan barang dan perkhidmatan dalam negara, iaitu secara tempatan yang melibatkan penduduk tempatan. Ia melibatkan perniagaan runcit dan borong. b. Pasaran antarabangsa – melibatkan penjualan dan pembelian barang merentasi sempadan negara, iaitu antara satu negara dengan negara lain. Ia melibatkan kegiatan import, eksport dan entreport. 2. Skala perniagaan domestik dan antarabangsa adalah seperti berikut: Skala perniagaan domestik – tempatan, negeri dan kebangsaan Skala perniagaan antarabangsa – zon dan global
8
Perkaitan antara penawaran barang dan perkhidmatan, bentuk, pemilikan, klasifikasi dan skala perniagaan. 1. Sesebuah perniagaan boleh menawarkan barang, perkhidmatan atau kedua-duanya untuk memenuhi keperluan dan kehendak pengguna. 2. Saiz serta jenis produk yang ditawarkan boleh mempengaruhi bentuk pemilikan perniagaan yang ditubuhkan oleh peniaga seperti milikan tunggal, perkongsian, syarikat berhad dan koperasi. 3. Peniaga yang memilih menjalankan perniagaan secara kecil-kecilan biasanya memilih untuk menubuhkan milikan tunggal dan perkongsian. Apabila perniagaan semakin berkembang dengan saiz pasaran yang semakin luas, pemilikan perniagaan tersebut boleh diubah kepada syarikat berhad. 4. Perniagaan boleh dikategorikan mengikut skala iaitu domestik dan antarabangsa. Dengan perkembangan teknologi seperti internet, skala perniagaan tidak lagi dipengaruhi oleh saiz perniagaan. Perniagaan yang bersaiz kecil juga boleh menembusi pasaran global dengan menjual produk melalui internet. Justeru, meningkatkan hasil dan keuntungan. 5. Terdapat tiga sektor perniagaan iaitu sektor utama (primer), sektor kedua (sekunder) dan sektor ketiga (tertier). 6. Hasil sektor utama seperti bahan-bahan mentah adalah untuk memenuhi pasaran domestik, biasanya dijual kepada para pengilang tempatan untuk diproses menjadi barang siap dan separuh siap. 7. Manakala sektor kedua dan ketiga iaitu perkilangan dan perkhidmatan dapat memenuhi keduadua pasaran tempatan dan antarabangsa. 8. Aktiviti perniagaan dapat membantu ketiga-tiga sektor untuk mengagihkan produk yang ditawarkan. Justeru, dapat menjana keuntungan. Perkembangan sektor perniagaan di Malaysia 1. Sektor perniagaan di Malaysia dapat dibahagikan kepada sektor utama (primer), sektor kedua (sekunder) dan sektor ketiga (tertier). 2. Corak perkembangan sektor perniagaan dapat dibahagikan kepada tiga peringkat seperti berikut: Selepas merdeka Kebanyakan penduduk terlibat dalam sektor utama terutama pertanian dan perlombongan yang menyebabkan negara sukar maju. Era 1990-an Kerajaan telah memperkenalkan pelbagai program dan galakan perniagaan kepada rakyat untuk menceburi sektor kedua iaitu perkilangan untk mengurangkan pergantungan kepada import dan meningkatkan eksport barang-barang siap yang dihasilkan daripada kegiatan sektor utama.
9
Menjelang abad ke-21 Kerajaan meningkatkan peranan yang dimainkan dengan memberikan pelbagai galakan dalam memajukan sektor ketiga iaitu perkhidmatan selaras dengan aspirasi negara menjadi negara maju.
TAMAT BAB 1 – TUJUAN PERNIAGAAN DAN PEMILIKAN PERNIAGAAN
10
View more...
Comments