Tuhfat AL -NAFIS FULL Sinopsis
November 6, 2017 | Author: Khairul Amir | Category: N/A
Short Description
Sinopsis Kepada Karya Agung Tuhfat al-Nafis...
Description
SINOPSIS TUHFAT AL-NAFIS BAHAGIAN 1 1: RAJA RAJA MELAYU PERTAMA DAN SILSILAH MELAYU
Bermula dengan watak Raja Seri Teri Buana yang berasal dari Pasai, kemudian pergi ke Bukit Siguntang, dan berhijrah lagi ke Palembang, dan seterusnya ke Bentan, namun akhirnya menetap di Temasik(Singapura) Menceritakan juga menegani asal usul nama Singapura yang pada awalnya Temasik, ianya bermula dengan kejadian Raja Seri Teri Buana yang menebas hutan di Temasik dan telah berjumpa dengan seekor singa yang sekelip mata hilang dalam pandangan, dan akhirnya Raja memutuskan untuk menamakan Temasik sebagai Singapura Seterusnya mengisahkan menegani Deman Lebar Daun yang telah bersama-sama Raja Seri Teri Buana dari Palembang ke Singapura. Baginda merupakan bapa mertua Raja dan Raja di Palembang Selain itu, menceritakan mengenai Wan Seri Beni yang menjadi ibu angkat kepada Raja dan merupakan Raja Perempuan di Bentan. Baginda juga turut mengikut bersama Raja ke Singapura Seterusnya, menceritakan mengenai kemangkatan Deman Daun Lebar dan Wan Seri Beni yang ditanam di Bukit Singapura. Selepas 2 tahun kematian mereka Raja Seri Beni turut mangkat dan ditanam di tempat yang sama. Raja Seri Teri Buana memiliki 2 orang putera iaitu Seri Pikrama Wira dan Raja Kecik Muda, Seri Pikrama Wira telah menjadi ketua kerajaan dan Raja Kecik Muda menjadi menteri dengan memakai gelaran Tun Permatah Muka Berjajar Anak kepada Seri Pikrama Wira iaitu Raja Muda telah mewarisi kerajaan dan memakai gelaran Seri Ratna Wikrama, pada masa ini anak kepada Raja Kecik Muda menjadi bendahara dan wujudnya Badang yang menjadi orang kanan Raja Selepas Raja Muda mangkat, kerajaannya telah digantikan oleh anaknya Damiya yang telah memakai gelaran Paduka Seri Maharaja, pada masa ini Singapura telah diserang oleh ikan todak kerana dikatakan ianya adalah bala kerana raja telah membunuh ulama’ Tuan Zainul Khatib. Selepas Damiya Raja mangkat, baginda telah digantikan dengan anaknya Raja Iskandar Syah, pada masa ini Singapura telah dikalahkan oleh Majapahit. Kekalahan
Singapura adalah dibantu oleh bendaharanya(Sang Rajuna Tapa) yang telah berlaku khianat bekerjasama dengan Majapahit. Sang Rajuna Tapa berlaku khianat kerana disebabkan Raja yang membunuh gundiknya(anak Sang Rajuna Tapa) tanpa usul periksa kerana difitnah bermukah dengan seorang lelaki. Raja Iskandar Syah telah membawa diri hingga ke Melaka, manakala Sang Rajuna tapa telah bersembunyi di dalam belubur beras bersama keluarganya dan akhirnya jatuh ke dalam parit dan bertukar menjadi batu. Raja Iskandar Syah telah membuka negeri di Melaka,dan selepas kemangkatannya baginda telah diganti dengan puteranya iaitu Raja Besar Muda. Raja Besar Muda telah membuat menteri dan bentara yang berempat. Selepas Raja Besar Muda mangkat, baginda telah digantikan dengan Raja Tengah, dan selepas Raja Tengah mangkat, diganti pula dengan Raja Kecil Besar. Raja Kecil Besar merupakan pemerintah yang adil dan saksama dan merupakan raja yang pertama memeluk agama islam. Baginda telah bermimpi berjumpa nabi dan telah didatangi oleh Shekh Makhdum yang telah mengajarnya mengenai agama islam, maka baginda telah menukar nama sebagai Sultan Muhammad Shah. Baginda telah menetapkan adat-adat Melayu iaitu kuning yang tertentu kepada raja, melarang membuat rumah berperangin(pentas, astaka) dan tiang beralas tidak terletak di tanah dan rumah berperbalaian dan mempunyai pelantaian. Selain itu, turut melarang membuat perahu bertingkap dan berpengadapan dan melarang pemakaian gelang kaki emas. Baginda telah memerintah Melaka selama 67 tahun. Selepas kemangkatan Sultan Muhammad Syah, baginda digantikan dengan puteranya Raja Ibrahim yang memakai gelaran Sultan Abu Syahid Syah, walaubagaimanapun Raja Ibrahim telah terbunuh bersama-sama Raja Rekan, maka pemerintahannya telah diganti oleh adiknya Raja Kasim. Raja Kasim telah menggunakan gelaran Sultan Muzaffir Syah, baginda telah membuat undang-undang melayu dan telah memerintah dengan adil. Selepas baginda mangkat, diganti pula dengan Raja Abdullah yang menggunakan gelaran Sultan Mansur Syah. Semasa pemerintahan Sultan Mansur Syah, bendaharanya adalah Paduka Raja, baginda telah menghantar beberapa bingkisan dan hadiah perkiriman kepada Raja Goa, dan dibalas oleh Raja Goa dengan memberikan seorang anak raja di negeri kecil yang bernama Dahing Mempawah yang kemudiannya digelar sebagai Laksamana Hang Tuan. Sultan juga telah berkahwin dengan anak Ratu Majapahit. Selepas kemangkatan Sultan Mansur Syah, baginda telah digantikan dengan anaknya Sultan Alauddin Riayat Syah. Sultan Alauddin merupakan seorang sultan yang berwibawa kerana baginda suka mengawali Negara sendiri dan juga merupakan seorang yang adil, benci kepada orang yang jahat serta memelihara harta benda orang.
Selepas kemangkatan Sultan Alauddin, baginda digantikan pula dengan puteranya Raja Mahmud/ Sultan Mahmud Syah. Pada zaman pemerintahan baginda terdapat peristiwa baginda membunuh saudaranya sendiri (Raja Zainal) kerana cemburu akan Raja Zainal yang mempunyai paras yang baik, mengambil tunangan Raja Pahang iaitu Tun Teja, dan peminangan Puteri Gunung Ledang. Seterusnya, Sultan Mahmud ini suka bermainmain muda dengan isteri para menterinya dan pada suatu hari baginda telah tertangkap dengan menterinya Tun Biajit dan Tun Biajit sampai sanggup menderhaka kepadanya, lalu dia menawarkan gundiknya kepada Tun Biajit maka Tun Biajit pun menceraikan isterinya. Peristiwa yang lain semasa pemerintahan Sultan Mahmud adalah membunuh bendaharanya iaitu Bendahara Seri Maharaja dan Tun Ali, dan seterusnya mengahwini Tun Fatimah(anak Bendahara dan isteri Tun Ali) dan dikatakan ianya berpunca daripada fitnah Raja Mandeliar dan si Kitul. Pada zaman inilah Melaka diserang Feringgi dan baginda turun takhta dan digantikan dengan anaknya Raja Ahmad(Sultan Ahmad Syah) dan Sultan Mahmud membawa diri ke Batu Hampar. Selepas Feringgi menyerang, Sultan telah melarikan diri ke Muar lalu ke Penarikan dan kemudiannya singgah di Pahang dan akhirnya pergi ke Johor dan membuat kerajaan di situ. Seterusnya Sultan Mahmud turut membunuh anaknya sendiri(Sultan Ahmad) dengan memberi racun kerana Sultan Ahmad mempunyai perangai yang teruk. Maka dari Johor, Sultan telah berpindah ke Bentan dan diserang oleh Feringgi maka melarikan diri ke Kampar dan akhirnya mangkat di situ. Sultan Mahmud telah diganti dengan anaknya Sultan Alauddin Riayat Syah, baginda telah keluar dari Kampar, kemudiannya ke Pahang dan akhirnya ke Johor. Sultan Alauddin telah berkahwin dengan puteri Sultan Pahang(Sultan Mansur Syah) iaitu Raja Kesuma Dewi ketika berada di Pahang dan telah dibekalkan dengan segala kelengkapan untuk kembali ke Johor. Selepas Sultan Alauddin mangkat, diganti pula anaknya yang memakai gelaran Sultan Muzaffir Syah. Sultan Muzaffir Syah menjadi raja ketika berusia 19, baginda mempunyai adab yang baik dengan orang tua dan selalu meminta pandangan mereka dalam setiap urusan baginda. Baginda telah membuat kubu di Selayut dan selepas kemangkatan baginda diganti pula dengan anaknya yang bergelar Sultan Abdul Jalil Syah. Semasa pemerintahan Sultan Abdul Jalil Syah, Feringgi telah datang menyerang Seluyut dan Feringgi telah kalah dalam serangan tersebut dan kembali semula ke Melaka. Seterusnya,Sultan telah berpindah dari Seluyut ke Hulu Sungai Damar dan ke Batu Sawar. Anak-anak Sultan Abdul Jalil adalah Raja Hasan(menjadi raja di Siak), Raja Husin(menjadi raja di Kelantan), Raja Mahmud(menjadi raja di Kampar).
Seterusnya, putera gahara baginda pula adalah Raja Mansur dan Raja Abdullah yang menetap bersama baginda di Johor. Selepas Sultan Abdul Jalil mangkat, diganti dengan Raja Mansur yang menggunakan gelaran Sultan Alauddin Riayat Syah. Raja Mansur tidak menghiraukan kerajaan dan asyik dengan permainan sehingga menyebabkan Raja Abdullah dan Bendahara menjadi pemangku dan menguruskan kerajaan. Selepas kemangkatan Raja Mansur, takhta telah diganti oleh Raja Abdullah yang memakai gelaran Sultan Hemat Syah. Semasa kerajaan di bawah pemerintahan Raja Abdullah, Raja Aceh telah datang menyerang Johor, dan Johor telah kalah. Maka Raja Abdullah berundur ke Lingga dank ke Tembalan dan telah mangkat di Pulau Tembelan. Setelah kemangkatan Raja Abdullah, kerajaan baginda telah digantikan dengan Sultan Abdul Jalil dan saudaranya menajdi Yang Dipertuan Muda. Baginda telah menetap di Pahang dan menitahkan Laksamana menyediakan kelengkapan untuk merompak Feringgi dan membuat negeri di Riau. Pada masa ini juga, Johor telah dikalahkan oleh Jambi. Seterusnya, Marhum Muda telah mangkat di Pahang dan kemudian pula Sultan Abdul Jalil pula mangkat. Selepas kemangkatan Sultan Abdul Jalil pemerintahan diganti oleh anak Marhum Muda yang bernama Raja Ibrahim(Sultan Ibrahim), dibantu oleh bendahara Tun Pikrama Tun Habib yang menggunakan gelaran Bendahara Seri Maharaja. Sultan Ibrahim telah berpindah ke Riau dan dapat mengalahkan Jambi dan Siak. Selepas kemangkatan Sultan Mahmud kerajaan diganti pula dengan anakanda baginda iaitu Sultan Mahmud Syah, Sultan Mahmud kemudiannya telah berpindah dari Riau dan menetap di Johor. Seterusnya, pada zaman ini ada juga menceritakan mengenai kematian Datuk Bendahara Tun Pikrama Tun Habib/ Bendahara Seri Maharaja yang mangkat pada Hijrat seribu seratus Sembilan tahun pada tahun dal sanat 1109 pada 7 haribulan Muharam. Jawatan bendahara telah digantikan dengan anaknya yang menjadi bendahara Johor. Selepas kemangkatan Sultan Mahmud kerana terbunuh di Kota Tinggi berpunca dengan seulas buah nangka, maka kerajaan baginda telah digantikan dengan bendahara yang akhirnya menggunakan gelaran Sultan Abdul Jalil Syah. Pada waktu Sultan Abdul Jalil menaiki takhta, anaknya yang bernama Raja Sulaiman lahir. Sultan Abdul Jalil(bendahara) mempunyai beberapa anak gahara dan baginda telah menjadikan anak-anaknya sebagai bendahara, Temenggung, Raja Muda dan Indera Bongsu. Manakala Raja Sulaiman pula baginda ingin menjadikan sebagai pengantinya. Jumlah adik beradik Raja Sulaiman adalah seramai 16 orang, namun hanya beberapa nama sahaja disebut iaitu Raja Sulaiman, Tengku Tengah, Tengku Kamariah dan Tengku Mandak. Raja Sulaiman telah diangkat menjadi Raja Bugis,Tengku Tengah telah menjadi isteri kepada Opu Dahing Parani dan dikurniakan anak iaitu Raja
Maimunah, Tengku Kamariah telah berkahwin dengan Raja Kecik dan dikurniakan anak iaitu Raja Mahmud(Raja Buang), Tengku Mandak pula telah berkahwin dengan Opu Dahing Cellak dan dikurniakan 2 orang anak iaitu Tengku Putih dan Tengku Hitam Raja Sulaiman merupakan Raja Johor, menggunakan gelaran Sultan Sulaiman Badrul Alam Syah, baginda mempunyai anak iaitu Raja Abdul Rahman, serta 16 lagi anak yang lain bersama isterinya Encik Nusamah iaitu 2 lelaki dan 14 perempuan, baginda juga turut mempunyai seorang anak di Baruh yang bernama Raja Abdul Jalil iaitu anak gahara bersama Encik Puan Perak. Anak-anaknya yang lain adalah Raja Othman, Raja Ismail, Raja Ahmad dan ayahanda Tengku Panglima Besar, selain itu, anak perempuannya pula adalah Raja Bulang. Seterusnya, menceritakan mengenai perkahwinan antara Sultan Abdul Jalil dengan Tengku Putih dan mendapat anak iaitu Sultan Mahmud. Sultan Mahmud pula dikurniakan 2 orang lelaki iaitu Tengku Long dan Tengku Abdul Rahman. Tengku Long telah dirajakan oleh orang Inggeris di Singapura dan menggunakan gelaran Sultan Husin Syah manakala Tengku Abdul Rahman(Tengku Jumaat) bergelar Sultan Abdul Rahman Marhum Bukit Cengkih di Lingga. Sultan Abdul Rahman dikurniakan anak iaitu pewarisnya Sultan Muhammad Shah. Selain itu, Sultan Abdul Rahman turut mempunyai anak yang lain selain daripada Sultan Muhammad iaitu Sultan Sulaiman, Raja Daud dan yang perempuan Tengku Tengah, Tengku Kecik, Tengku Andak dan Tengku Hitam. Sultan Muhammad yakni pewaris takhta dikurniakan pula anak iaitu Sultan Mahmud dan Tengku Dalam yakni anak baginda bersama Raja Trengganu(Tengku Teh). Selain itu, baginda turut mempunyai anak yang lain iaitu Tengku Said, Tengku Andut, Tengku Ibrahim, Tengku Hamidah, Tengku Safiah, Tengku Mariam dan Tengku Sulaiman. Kerajaan Sultan Muhammad telah diwarisi oleh Sultan Mahmud, walaubagaimanapun, semasa pemerintahan Sultan Mahmud, baginda telah diturunkan dari kerajaannya oleh Holanda dan digantikan dengan bapa saudaranya Tengku Sulaiman yang memakai gelaran Sultan Sulaiman Badrul Alam Syah. Seterusnya, terdapat juga mengenai anak-anak Sultan Husin iaitu Tengku Besar, Tengku Ali, Tengku Jaafar dan 2 orang anak perempuan yang tidak disebut namanya.
BAB 2: RAJA-RAJA SIAK DAN SILSILAH MEREKA
Bermula dengan kisah Raja Kecil yang menggunakan gelaran Pagar Ruyung Yang Dipertuan Raja Kecik. Asal usul Raja Kecik menurut sejarah Siak adalah merupakan anak marhum yang mangkat dijulang yakni Sultan Mahmud bersama gundiknya anak Laksamana(Encik Pong). Semasa Sultan Mahmud mangkat, orang ramai bergaduh mengenai anak yang dikandung oleh Encik Pong, lalu untuk langkah keselamatan Encik Pong telah dilarikan oleh Panglima Bebas ke Pagar Ruyung. Encik Pong telah selamat melahirkan seorang bayi lelaki dan telah dijadikan anak angkat oleh Puteri Janilan(pemerintah Pagar Ruyung). Setelah anak tersebut besar, Puteri Janilan telah menggelarnya Buyung dan melepaskannya belayar ke Palembang, Johor, Bangka Kota, Siantan, Ratu Bahara, Siak, Melaka dan di beberapa tempat yang lain. Selepas pulang daripada pengembaraannya, Buyung telah diberi gelaran Raja Beralih dan selepas menjalani upacara untuk membuktikan dia sememangnya anak kepada Sultan Mahmud, dan baginda tidak terkena apa-apa tulah maka Yamtuan Sakti telah mengurniakannya pedang kebesaran(Sapu Rejab) dan cap mohor untuk mengesahkannya sebagai anak Sultan Mahmud dan menggelarnya sebagai Raja Kecik. Raja Kecik telah membuka kerajaan di Siak dan telah berkahwin dengan Dipati Batu Kucing dan mendapat seorang anak lelaki iaitu Raja Alam/ Raja Rabiul Alam. Selain itu, Raja Kecik turut dikurniakan seorang lagi anak iaitu Tengku Mahmud/Raja Buang hasil perkahwinannya dengan Tengku Kamariah. Raja Alam telah menjadi Raja Muda manakala Tengku Mahmud menjadi Yang Dipertuan Besar. Tengku Mahmud telah menggunakan gelaran Sultan Mahmud Syah dan telah berkahwin dengan anak Dahing Mentekkuh dan dikurniakan 2 orang putera iaitu Raja Ismail dan Raja Daud. Selain itu, baginda turut mempunyai anak-anak yang lain iaitu Raja Abdullah, Raja Abdul Rahman, Raja Musa, Raja Kamat, Raja Baki, Raja Husin, Raja Yusuf, Raja Muhammad, Raja Busu, Raja Hasan, Raja Taib, Raja Yasin dan anakanak perempuan pula adalah Tengku Ambung, Tengku Salihah, Tengku Cakera, Tengku Hitam, Tengku Fatimah Raja Alam pula telah berkahwin dengan anak Raja Bugis(Opu Dahing Parani) iaitu Dahing Khadijah dan dikurniakan anak iaitu Tengku Badariah, Tengku Hawa, Tengku Sukma, Tengku Emas Ayu, Raja Muhammad dan Raja Akil. Seterusnya mengenai pemerintahan di Siak iaitu bermula dengan Raja Kecik kemudiannya Tengku Mahmud diikuti Raja Ismail, seterusnya Raja Alam kemudian
kembali kepada Raja Ismail dan diikuti dengan anak Raja Ismail yakni Raja Yahya dan akhirnya kepada Saiyid Ali dan keturunanya.
BAB 3: SILSILAH BUGIS
Bermula dengan seorang Raja Perempuan(Sitti Malangkalik) di negeri Luwuk yang menjadi raja dalam kerajaan di Selangi kemudiannya berkahwin dengan Raja Bugis di negeri Luwuk dan dikurniakan anak iaitu Datu Palinggik, Patotok, Betara Guru, Betara Lattuk, Paduka Sawerigading dan La Galigo. Seterusnya menceritakan mengenai legasi La Gilago iaitu bermula dengan anaknya Paduka Saung ri Warik dan berakhir dengan La Maddusilat yang akhirnya menjadi titik permulaan cerita. Raja La Maddusilat merupakan Raja Bugis yang pertama memasuki agama Islam dan telah dikurniakan 3 orang anak iaitu Pajung(ketua kerajaan di Luwuk), Opu Dahing Biasa(menjadi orang besar di Bugis dan Tanah Jawa) dan Opu Tendriburang Dahing Rilaga yang telah mengembara ke sebelah tanah Barat Bugis. Selanjutnya menceritakan perihal anak-anak Opu Tendriburang Dahing Rilaga iaitu Opu Dahing Parani, Opu Dahing Menambun, Opu Dahing Marewah, Opu Dahing Cellak, dan Opu Dahing Kemasi. Opu Dahing Parani dan adik beradiknya telah menjadi parajurit Agung Jayang Seteru Johan Pahlawan dari sebelah barat Tanah Bugis hingga tanah Johor Seterusnya, Opu Dahing Menambun telah menjadi raja di Mempawah dan bergelar Pangeran Mas Seri Negara. Opu Dahing Marewah pula telah menjadi Yang Dipertuan Muda di Riau dan telah menggunakan gelaran Kelana Jaya Putera, baginda telah mengalahkan Raja Kecik dan melantik Raja Sulaiman menjadi raja Johor. Opu Dahing Cellak pula telah menjadi Yang Dipertuan Muda Kedua di Riau dan akhir sekali Opu Dahing Kemasi telah menggunakan gelaran Pangeran Mangkabumi dan memerinta kerajaan di Sambas setelah mengahwini Raden Tengah(adik Sultan Sambas), hasil perkahwinannya dikurniakan dengan 4 orang anak iaitu Emas Sani, Emas Saja, Dahing Utih dan Dahing Bukak. Opu Dahing Parani telah berkahwin dengan anak orang Bugis dan mendapat 2 orang anak iaitu Dahing Kembuja dan Dahing Khadijah. Dahing Kembuja telah menjadi Yang Dipertuan Muda Ketiga dalam negeri Riau manakala Dahing Khadijah telah menjadi isteri kepada Raja Alam(anak Raja Kecik). Selain itu, Dahing Parani turut berkahwin dengan adik Sultan Sulaiman iaitu Tengku Tengah dan mendapat seorang anak iaitu Raja Maimunah.
Opu Dahing Menambun telah berkahwin dengan Puteri Kesumba dan mendapat 10 orang anak iaitu Gusti Jameril,Gusti Jamadin, Gusti Jalderi, Gusti Jamal, Gusti Sina, Ratu Suria Kesukma, Utin Dewaman, Utin Candera Sari, Utin Candera Midi dan Utin Nawang Opu Dahing Marewah pula telah berkahwin dengan Tun Encik Ayu(janda mangkat dijulang) dan dikurniakan 3 orang anak iaitu La Mampak Unuk, Raja Sa’id, dan Raja Fatimah Opu Dahing Cellak pula telah berkahwin dengan Tengku Mandak(anak Sultan Abdul Jalil) mendapat 2 orang anak iaitu Tengku Putih dan Tengku Hitam. Anak baginda yang lain adalah Raja Haji, Raja Lumu, Raja Aminah, dan Raja Halimah
BAHAGIAN 2 BAB1: KEMANGKATAN SULTAN MAHMUD Mengisahkan mengenai kemangkatan Sultan Mahmud yang mangkat dijulang akibat dibunuh oleh Megat Seri Rama. Sultan terbunuh ketika berada di atas julang dalam perjalanan untuk mengerjakan solat jumaat. Megat Seri Rama turut terbunuh gara-gara terkena lontaran keris raja. Sultan mangkat pada Hijrat Sanat 111 pada hari jumaat bulan safar. Kerajaan telah diganti dengan bendahara(anak Bendahara Tun Habib ) yang memakai gelaran Sultan Abdul Jalil. Ketika Sultan Abdul Jalil menaiki takhta anakanda baginda Raja Sulaiman dilahirkan. Pada masa tersebut juga encik Pong melahirkan seorang bayi lelaki(Raja Kecik) di Pagar Ruyung. Sultan Abdul Jalil telah memerintah Johor selama 19 tahun.
BAB 2: BUGIS DI LAWUK Mengisahkan mengenai keturunan Raja Bugis di Luwuk yang bermula dengan Raja La Maddusilat yang kemudiannya dikurniakan 3 orang putera iaitu Pajung, Opu Tendriburang Dahing Rilaga dan Opu Dahing Biasa. Seterusnya menceritakan mengenai Opu Tendriburang Dahing Rilaga yang dikurniakan 5 orang putera iaitu Opu Dahing Parani, Opu Dahing Menambun, Opu Dahing Marewah. Opu Dahing Cellak dan Opu Dahing Kemasi. Seterusnya menceritakan mengenai pengembaraan Dahing Parani ke To Pammana dan telah berkahwin dengan Raja Perempuan di situ iaitu Datu To Pammana dan mendapat seorang puteri iaitu Datu ri Watu. Seterusnya, mengisahkan mengenai Dahing Parani yang telah membunuh anak raja Bugis kerana telah bermain muda denga isteri Arung Boneh. Dahing Parani telah dibawa ayahnya ke Siantan dan telah dinikahkan dengan anak Nakhoda Alang. Selain itu, menceritakan mengenai kemenangan Opu Tendriburang Dahing Rilaga mengalahkan ayam sabungan Raja Culan dan mendapat kapal yang dipertaruhkan. Selain itu juga, turut menceritakan mengenai kelahiran anak Dahing Parani iaitu Dahing Kambuja
BAB 3: RAJA KECIK Mengisahkan mengenai zuriat Sultan Mahmud mangkat dijulang bersama Encik Pong. Anak tersebut telah dibuat anak angkat oleh Puteri Janilan(pemerintah di Pagar Ruyung) dantelah diberi gelaran Raja Beralih setelah memasuki alam dewasa. Seterusnya, Yamtuan Sakti telah mengurniakan pedang kebesaran dan cap mohor yang dapat memerintah anak Minangkabau di Persisiran Laut dan diberi gelaran Raja Kecik. Seterusnya, Raja Keckl telah menyerang Johor dan dapat menguasai Johor dan telah bertunang dengan puteri Sultan Abdul Jalil iaitu Tengku Tengah namun telah mengahwini adik Tengku Tengah yakni Tengku Kamariah kerana lebih cantik. BAB 4: BUGIS DI JOHOR
Mengisahkan mengenai 5 beradik Opu Bugis yang telah pergi ke Langat dan menyediakan kelengkapan untuk membantu Raja Abdul Jalil yang diserang oleh Raja Kecik namun terlewat. Seterusnya mengenai Tengku Tengah yang telah mengahwini Opu Dahing Parani demi mengembalikan maruah keluarga mereka. Selain itu, mengisahkan mengenai Opu Dahing Parani yang telah pergi ke Siantan untuk menyediakan kelengkapan perang untuk menyerang Raja Kecik. BAB 5: BUGIS DI MATAN
Mengisahkan mengenai Sultan Muhammad Zainul Din yakni anak kepada Sultan Muhammad Safiul Din yang berkerajaan di sebelah Matan. Kerajaan Matan yg berada dalam pemerintahan Sultan Muhammad Zainul Din telah dirampas oleh Pangeran Agung(bapa saudara baginda). Seterusnya, Sultan Zainul Din telah membawa diri bersama keluarga ke Banjar dan meminta bantuan Raja Banjar untuk merampas kembali kerajaannya. Sultan Banjar telah membantu dengan menurunkan Panglima Pantas bersama tenteranya. Walaubagaimanapun, Panglima Pantas telah terkorban dalam serangan untuk merampas kerajaan tersebut, setelah melihat Panglima Pantas terkorban para tentera di bawah pimpinannya telah melarikan diri dan meninggalkan Sultan Muhammad Zainul Din tekepung. Sultan Muhammad Zainul Din telah menguncikan dirinya dalam sebuah masjid untuk menyelamatkan diri. Sultan Muhammad Zainul Din telah mengutus surat kepada 5 beradik Opu untuk meminta bantuan. Adik beradik Opu cuba membantu dengan berbincang dengan cara yang baik dengan Pangeran Agung namun telah ditolak. Sultan Zainul Din telah mengahwinkan puterinya dengan Opu Dahing Menambun dan seterusnya meminta
bantuan adik beradik Opu untuk menyerang Pangeran Agung. Adik beradik Opu telah menyerang Pangeran Agung namun dihalang oleh Dahing Matekkuh dan Haji Hafiz, namun halangan tersebut tidak menjadi kudis kerana mereka tidak berani untuk berlawan dengan adik beradik Opu. Seterusnya, Pangeran Agung telah ditangkap dan dikurung di dalam satu kota kecil bersama 30 orang perempuan dan kerajaan Matan telah kembali semula kepada Sultan Muhammad Zainul Din.
BAB 6: KEMANGKATAN SULTAN ABDUL JALIL Mengisahkan mengenai kerjaan Johor yang terbahagi kepada dua pihak iaitu sebahagian berpihak kepada Sultan Abdul Jalil dan sebahagian lagi kepada Raja Kecik. Seterusnya, penyebaran fitnah yang berleluasa sehingga mempengaruhi Tengku Tengah, lalu membenci Raja Kecik, Tengku Tengah pula mempengaruhi Tengku Kamariah untuk membenci Raja Kecik, lalu menyebabkan Tengku Kamariah keluar dari istana Raja Kecik dan tinggal bersama Tengku Tengah. Raja Kecik telah meminta isterinya supaya kembali namun dihalang oleh Tengku Mandak dan telah menyebabkan berlakunya pertelingkahan sehingga Raja Kecik menyerang Sultan Abdul Jalil. Kubu yang dibuat Sultan Abdul Jalil di Seluyut telah dapat ditawan oleh Raja Kecik dan menyebabkan Sultan Abdul Jalil berundur ke Terengganu dan selepas 3 tahun membuka negeri di Kuala Pahang. Seterusnya menceritakan mengenai Raja Kecik berpindah kerajaan dari Johor ke Riau kerana menganggap Johor Tanah yang malang. Setelah Raja Kecik mengetahui Sultan Abdul Jalil membuka negeri di Kuala Pahang, baginda telah menitahkan Laksaman Nakhoda Alam untuk menjemput Sultan Abdul Jalil datang ke Riau dan sekiranya ditolak akan berlaku perang. Pada awalnya, Sultan Abdul Jalil menolak dan telah menyebabkan berlakunya peperangan dan Kuala Pahang telah kalah. Laksamana tidak mengapa-apakan Sultan Abdul Jalil dan keluarganya malah memujuk Sultan untuk datang ke Riau, dan akhirnya Sultan bersetuju. Dalam perjalanan untuk ke Riau, Laksaman Nakhoda Alam telah menerima surat daripada Raja Kecik melalui Emas Raden supaya membunuh Sultan Abdul Jalil, walaupun kandungan surat tersebut bertentangan dengan arahan yang diterima pada awalnya, namun laksaman turut mengikutinya sebab surat tersebut disahkan oleh Raja Kecik. Sultan Abdul Jalil telah mangkat dalam serangan tersebut.
Raja Sulaiman telah menyimpan dendam di atas kematian bapanya, lalu baginda menghantar surat kepada adik beradik Opu untuk menyerang Raja Kecik. Adik beradik Opu bersemangat untuk memulakan serangan dan Kelana Jaya Putera telah bersumpah untuk menawan Riau dan diserahkan kepada Raja Sulaiman. Angkatan perang itu diketuai oleh Opu Dahing Parani dan diikuti oleh Opu Kelana Jaya Putera, Opu Dahing Cellak selaku panglima besar, dan Opu Dahing Menambun dan Opu Dahing Kemasi masing-masing menjadi panglima perang kanan dan panglima perang kiri. Peperangan tersebut telah dimenangi oleh adik beradik Opu dan Riau dapat ditawan, Raja Kecik telah berundur ke Lingga. Seterusnya, Opu Kelana Jaya Putera telah mengembara ke Selangor untuk menguatkan lagi ketenteraan mereka. Pada masa yang sama Raja Kecik telah kembali semula ke Riau dan mengalahkan tentera Bugis yang tinggal dan membaiki semula kepercayaan rakyat Riau serta mengukuhkan kembali kubu pertahanannya.
BAB 7: BUGIS DI SELANGOR
Mengisahkan mengenai Opu Kelana Jaya Putera bersama saudaranya yang berada dalam Selangor untuk menguatkan ketenteraan mereka. Selain itu menceritakan mengenai orang-orang Bugis yang telah memasang belat untuk menangkap ikan di Kuala Linggi dan mendatangkan kemarahan kepada Penghulu Linggi. Maka Penghulu Linggi bersama suruhannya telah merosakkan belat orang Bugis dan menghantarnya kepada adik beradik Opu. Adik beradik Opu merasa sangat marah dengan tindakan Penghulu Linggi itu lalu menyerang Linggi. Selepas mengetahui bahawa dia tidak mampu berlawan dengan adik beradik Opu, maka Penghulu Linggi telah meminta bantuan pemerintahnya yakni Raja Kecik. Maka Raja Kecik telah mempersiapkan kelengkapan perangnya untuk menyelamatkan Linggi dan berlakulah peperangan antara mereka, namun Raja Kecik telah mengalami kekalahan yang teruk iaitu bukan sahaja kehilangan Linggi malah turut kehilangan Riau kerana strategi peperangan Opu Kelana Jaya Putera yang bijak.
BAB 8: PERTABALAN RAJA SULAIMAN
Mengisahkan mengenai adik beradik Opu yang ingin melantik Raja Sulaiman menjadi raja Johor dan di semua daerah taklukannya, walaubagaimanapun Raja Sulaiman tidak dapat dilantik tanpa semberab dan pedang kerajaan yang berada dalam simpanan Raja Kecik. Maka, Kelana Jaya Putera telah bertolak ke Siak untuk mengambil alat kebesaran tersebut dengan Raja Kecik. Raja Kecik tidak mahu menyerahkan alat kebesaran itu kepada Kelana Jaya Putera sehingga menyebabkan berlakunya peperangan di antara Bugis dengan MInangkabau. Dalam peperangan tersebut Raja Kecik telah kalah dan menyerahkan semula alat kebesaran tersebut kepada Kelana Jaya Putera. Setelah mendapat alat kebesaran itu, Raja Sulaiman telah dilantik menjadi ketua kerajaan menggantikan Sultan Abdul Jalil dan memakai gelaran Sultan Sulaiman Badrul Alam Syah. Selepas selesai urusan penabalan, Raja Sulaiman ingin melantik salah seorang daripada 5 beradik Opu untuk menjadi Yang Dipertuan Muda untuk memerintah kerajaan Johor, Riau, Pahang dan segala daerah taklukan. Pada awalnya, adik beradik Opu menolak, namun demi menjaga air muka Raja Sulaiaman, Opu Kelana Jaya Putera telah sanggup mengambil jawatan tersebut. Seterusnya, mengisahkan mengenai Opu Dahing Cellak yang dikahwinkan dengan adik Raja Sulaiman iaitu Tengku Mandak. Selain itu, Opu Kelana Jaya Putera telah mengambil Tun Encik Ayu menjadi isterinya.
BAB 9: PERANG KEDAH YANG PERTAMA Mengisahkan mengenai pelayaran Opu Dahing Parani bersama 2 saudaranya iaitu Opu Dahing Menambun dan Opu Dahing Kemasi ke Selangor. Tiba di Selangor, Opu Dahing Parani telah berkahwin dengan anak Yang Dipertuan Selangor dan dikurniakan seorang anak perempuan. Pada masa tersebut, Raja Kedah telah mengutus surat kepada Opu Dahing Parani untuk meminta bantuan mengambil alih kerajaan Kedah daripada saudaranya yang lebih muda. Opu Dahing Parani bersama saudaranya telah bersetuju untuk membantu dan Raja Kedah telah berjanji untuk memberi 15 bahara ringgit sebagai balasan. Adik beradik Opu telah berperang dengan Kedah dan telah dapat mengalahkan Raja Muda Kedah, maka Yang Dipertuan Kedah(Raja Kedah) telah memberi 3 bahara ringgit kepada adik beradik Opu dan meminta hutang yang selebihnya.
Seterusnya, Opu Dahing Parani telah mengahwini saudara Raja Kedah dan mendapat seorang anak perempuan. Opu Dahing Menambun dan Opu Dahing Kemasi telah meminta izin untuk kembali ke Matan dan pada masa yang sama untuk singgah di Sambas setelah menerima jemputan daripada Raja Adil(Raja Sambas) Raja Adil telah megahwinkan Opu Dahing Kemasi dengan adiknya Raden Tengah, maka Opu Dahing Kemasi telah digelar sebagai Pangeran Mangkabumi dan menjadi pemerintah kerajaan Sambas. Opu Dahing Menambun pula telah pulang ke Matan dan disambut oleh bapa mertuanya Sultan Muhammad Zainul Din dan digelar sebagai Pangeran Emas Seri Negara dan isterinya Puteri Kesumba digelar Ratu Agung Sunuhan dan memerintah negeri Mempawah.
BAB 10:PERANG KEDAH YANG KEDUA
Mengisahkan mengenai Raja Muda Kedah yang kalah dalam peperangan dengan adik beradik Opu, maka Raja Muda telah meminta bantuan Raja Kecik. Raja Kecik telah memberikan bantuan kepada Raja Muda dan mengahwini adik Raja Muda. Setelah Raja Kedah mengetahui Raja Muda Kedah mendapat bantuan daripada Raja Kecik, maka baginda telah memintan bantuan adik beradik Opu di Riau. Yang Dipertuan Muda Riau(Opu Kelana Jaya Putera) dan saudaranya telah pergi ke Riau untuk mendamaikan Raja Kedah dan Raja Muda Kedah dan mengajak Raja Kecik untuk bermuafakat bersama. Walaubagaimanapun, Raja Kecik hanya mencari jalan untuk bergaduh sehingga menyebabkan berlakunya peperangan besar. Dalam peperangan besar tersebut, Opu Dahing Parani telah terkorban dan banyak nyawa antara kedua-dua pihak terkorban. Adik beradik Opu yang lain telah mengamuk dan menyerang habis-habisan Raja Kecik dan menyebabkan Raja Kecik tewas dan berundur ke Siak. Setelah Raja Kecik berundur, maka upacara pengebumian Opu Dahing Parani dilaksanakan. Pada sanat 1137, Raja Kecik telah datang menyerang Riau dan menyebabkan berlakunya peperangan berterusan maka Orang-Orang Besar telah mencadangkan supaya kedua-dua pihak berdamai, maka mereka telah berdamai dan Raja Kecik telah kembali ke Siak. Pada Hijrat Sanat 1138, Sultan Khalifah Allah Muhammad Syah telah pergi ke Kampar dan membuat surat supaya Raja di Pagar Ruyung( Raja Kecik) dan Raja Johor bersumpah setia iaitu : barangsiapa anak Minangkabau yang berada dalam
pemerintahan Johor hendaklah mengikut pemerintah Johor, jika tidak diikut akan dimakan sumpah besi kawi tidak selamat sampai anak cucu. Pada 1139, Raja Kecik telah melanggar sumpah dan menyerang Riau, namun Raja Kecik telah dapat dikalahkan oleh Yang Dipertuan Muda. Pada masa yang sama Tun Zainul Abidin telah dirajakan di Trengganu oleh Raja Tua di atas suruhan Raja Sulaiman dan Yang Dipertuan Muda.
BAB 11 – BUGIS DI MEMPAWAH Opu Dahing Kelola berlayar ke Riau tetapi botnya dipukul angin dan ribut lalu berhenti di Mempawah. Apabila sampai di Mempawah, baginda mengadap Pangeran Seri Emas Negara iaitu Opu Dahing Manmbun. Lebih kurang sebulan di Mempawah, beliau memohon untuk belayar ke Betawi dan meminta anak saudaranya iaitu Gusti Jameril untuk di bawa bersamanya. Setelah sampai di Betawi, beliau membawa Gusti Jameril berjumpa dengan Jeneral Imhuf. Kemudian, Gusti Jameril berlayar ke hulu Mempawah. Beliau dibawa berjumpa dengan Pangeran Dipati. Pangeran Dipati senang dengan kehadiran Gusti Jameril lalu disuruhnya Gusti Jameril bermalam disana selama 2 malam.
BAB 12 – PEPERANGAN DI MEMPAWAH Apabila Raja Landak mendengar Raja Pinang Sekayuk berperang dengan Raja Bukit di Mempawah, baginda segera pergi ke Mempawah bersama-sama Raden Othman melalui jalan darat. Setelah itu, mereka mendapat khabar daripada pihak Sebukit yang mengatakan Yang Dipertuan Riau sudah datang dengan 7 buah penjajab. Ratu bagus dan Pangeran Emas Seri Negara menyambut kedatangan mereka. Apabila Ratu Bagus sampai ke rumah Tuan Imam Sebukit, baginda menyuruh Tuan Iman memaklumkan kepada Pangeran Emas untuk berkahwin dengan anak baginda yang bernama Utin Demawan. Setelah mendapat kata putus, Ratu Bagus berkahwinlah dengan Utin Demawan. Selepas itu, mereka pergi untuk menyerang Pinang Sekayuk. Raden Jaga mengarahkan orang-orangya menahan serangan daripada pihak Sebukit.
Orang-orang Pinang Sekayuk melarikan diri. Kira-kira dua hari bugis menyerang, mereka berperang dengan orang-orang melayu.
BAB 13 – KEKACAUAN DI RIAU Pada 10 Zulhijjjah, Raja Tua Dahing Memampuk mangkat. Hal ini menyebabkan Yang Dipertuan Muda berdukacita kerana Raja Tua Dahing Memampuk merupakan orang harapannya. Setahun kemudian, Sultan Sulaiman berangkat ke Siantan manakala Yang Dipertuan Muda berangkat ke Selangor seterusnya ke Riau. Setelah Raja Kecik dari Riau bersama Dahing Matekkuh, beliau memohon isterinya kembali iaitu Raja Tengah tapi tidak dibenarkan oleh Raja Tua. Raja Kecik menjadi marah lalu berpakat dengan Dahing Matekkuh untuk menyerang Riau. Setelah siap segala kelengkapan perang, mereka keluar dari Siak. Apabila Yang Dipertuan Muda mendengar khabar tersebut, beliau pun balik ke Riau lalu mengatur alatan perang. Kekecohan bertambah dengan kedatangan Raja Alam ke Riau. Berlakulah peperangan lalu Raja Alam berundur ke Sungai Tarum dan membuat kubu. Yang Dipertuan Muda menyiapkan penjajab ke Sungai Tarum dan menyerang kubu Raja Alam. Raja Alam tewas lalu berundur ke Sungai Sebadam.
BAB 14 – PERANG SAUDARA DI SIAK kisah bermula dengan Raja Alam, Dahing Matekuh serta Raja Emas yang kalah daripada serangan Riau dan mengalami kerugian. Setelah Raja Kecik mengetahui hal itu, baginda berputus asa untuk menyerang Riau. Raja Kecik menyerahkan jawatannya kepada Raja Alam untuk memerintah negeri Siak. Separuh daripada orang Siak menyokong Raja Alam manakala separuh lagi menyokong Tengku Mahmud. Terjadilah perang antara kedua belah pihak. Kedua-dua anak raja tersebut membuat kubu di tempat yang berlainan. Raja Alam di Kota Tuan Besar manakala Tengku Mahmud di Kota Besar. Raja Alam merasakan dirinya yang paling layak kerana lebih tua manakala menurut Tengku Mahmud, dia yang paling layak kerana merupakan anak gahara. Berita ini disampaikan kepada Raja Kecik. Raja Kecik mengambil keputusan untuk memilih
siapa yang menang. Raja Alam akhirnya mengundur diri membawa diri ke Batu Bahara utnuk mencari kuasa. Kerajaan Siak diperintah oleh Sultan Mahmud. Tidak lama kemudian, Raja Alam menyerang Siak. Sultan Mahmud tewas lalu berundur ke Pulau Lawan. Baginda mengembara untuk mencari kuasa.
BAB 15 – PERBALAHAN ANTARA PERAK DAN SELANGOR Ketika dalam perjalanan ke Selangor, berlaku perselisihan antara Yang Dipertuan Muda dengan Raja Perak. Oleh kerana Raja Perak berkeras tidak ingin mengikuti kata-katanya, Yang Dipertuan Muda marah lalu menyerang Perak. Raja Perak membuat kubu tetapi tetap diserang oleh pihak Bugis. Setelah Perak kalah, Yang Dipertuan Muda membuat perjanjian dengan Sultan Selangor. Yang Dipertuan Selangor menyuruh Yang Dipertuan Muda pulang ke Riau. Pada masa ini, Riau menjadi negeri yang makmur dengan hasil tanaman. Tidak lama kemudian, Yang Dipertuan Muda gering lalu mangkat. Sultan Sulaiman melantik Dahing Kambuja menjadi Yang Dipertuan Muda. BAB 16 – PEPERANGAN DI SIANTAN Apabila Sultan Sulaiman mendengar khabar mengenai Siantan, baginda bermesyuarat dengan Raja Kecik Trengganu serta orang-orangnya untuk menyerang Raja Alam. Apabila mereka tiba di Siantan, berlakulah peperangan dengan Raja Alam. Raja Alam mengarahkan panglima-panglimanya supaya melawan dengan bersungguhsungguh. Sultan Sulaiman dan Raja Kecik Trengganu tewas. Kemudian pihak Selangor iaitu La Kanna mengadap Yang Dipertuan Muda. Setelah itu, Yang Dipertuan Muda berangkat ke Siantan bersama-sama Tunku Raja Muhammad untuk mendapatkan Sultan Sulaiman. Apabila tiba, baginda bermesyuarat dengan Yang Dipertuan Muda. Ketika itu, datanglah angkatan-angkatan dari Siak. Setibanya mereka, mereka mengadap Sultan Sulaiman dan disoal oleh Yang Dipertuan Muda mengenai tujuan mereka. Setelah selesai mesyuarat tersebut, Yang Dipertuan Muda menyuruh pihak Bugis menyerang kubu Terampak itu. Dalam peperangan ini, Raja Alam tewas kerana
ramai panglima-panglimanya telah mati. Setelah Raja Alam berundur Yang Dipertuan Muda memohon untuk pulang ke Riau.
BAB 17 – PERMUSUSHAN TERHADAP BUGIS DI RIAU Setelah Sultan Sulaiman menyerang Riau, hubungannya dengan pihak Bugis bertambah rapat. Hal ini menimbulkan perasaan tidak puas hati dalam kalangan pihak sebelah melayu. Raja Kecik menyebarkan fitnah mengatakan Bugis hendak mengamuk dan membakar rumah. Yang Dipertuan Muda menjalankan penyiasatan tentang fitnah tersebut bagaimana cerita itu tersebar dan siapa yang yang menyebarkan tetapi tidak ada seorang pun mengaku. Selepas 10 hari, datang pula fitnah yang mengatakan orang Bugis hendak menceroboh rumah Tun Wangsa. Terjadilalh huru hara pada malam itu. keesokannya, Yang Dipertuan Muda pergi ke balairung seri untuk mengadap baginda. Setelah itu, tahulah bahawa pihak melayu sengaja mendatangkan fitnah. Yang Dipertuan Muda mengambil keputusan untuk keluar dari Riau. Tinggal Raja Haji di Riau. Setelah itu, datang pula kekacauan daripada Raja Kecik mengenai kedatangan sebuah kapal holanda ke Riau. Raja Haji menjadi marah lalu menyiapkan penjajabnya. Raja Abdul Jalil memanggil Raja Kecik, Bendahara dan pihak melayu supaya berdamai dan memohon Raja Muda balik ke Riau. Ketika dalam perjalanan untuk menjemput Raja Muda, Raja Kecik mengajak Raja Haji singgah di Melaka terlebih dahulu. Baginda ingin berjumpa dengan Gabernur Melaka dan memberitahu Sultan Sulaiman ingin membuang Bugis dari Riau kerana Bugis merampas kerajaan Johor. BAB 18 – PEPERANGAN DENGAN BELANDA DI MELAKA Kisahnya bermula dengan perkataan Raja Alam di negeri Matan. Selepas beberapa lama di negeri tersebut, Raja Alam memohon kepada Sultan Matan bahawa beliau ingin berlayar balik ke barat. Setelah itu, Sultan Matan membekalkan barangbarang yang patut kepada adat istiadat raja-raja yang berlayar. Maka Raja Alam pun berlayar dari Matan lalu masuk ke Batu Bahara dan menetap di Batu Bahara. Apabila Raja Alam mendengar Yang Dipertuan Muda berbincang dengan Penghulu Rembau, Raja Alam pun pergilah ke Rembau untuk bertanya khabar Yang Dipertuan Muda yang
pernah dijumpai di Siantan. Yang Dipertuan Muda memberitahu bahawa beliau telah difitnah oleh Raja Kecik Trengganu. Disebabkan itu, Riau, Melaka dan Linggi menjadi huru hara. Usai bertanya khabar Raja Alam balik ke Batu Bahara dan mengumpulkan orang bawahannya dengan tujuan membantu Yang Dipertuan Muda. Yang Dipertuan Muda berbincang dengan semua penghulu Rembau dan membuat perjanjian dengan pihak Bugis di Linggi. Selepas 15 hari berikutnya, Melaka diserang. Kemudian, Yang dipertuan Muda membuat kubu di Kelebang, kubu tersebut merupakan tempatnya untuk bersemayam. Setelah beberapa lama, orang suruhan dari Rembau memberitahu bahawa anak kepada Raja Muda iaitu Raja Linggi mangkat. Setelah mendengar khabar tersebut, Yang Dipertuan Muda berangkat ke Rembau dan mewakilkan kepada Raja Sa’id dan Raja Alam untuk menghadapi perang itu.
BAB 19 – RAJA HAJI PULANG KE RIAU Kisah bermula dengan Yang Dipertuan Muda di Selangor. Apabila selesai daripada menikahkan Raja Haji dengan puteranya iaitu Raja Perak, beliau pun kembali ke Pedas bersama-sama Raja Selangor dan orang-orangnya. Setelah itu, mereka pun berangkat ke Melaka. Gebernur
menyuruh mereka tinggal di sebuah rumah di
Tengkera dan mereka diraikan dengan meriah dan dijamukan makanan serta minuman. Mereka mula berbicara mengenai pedamaian dan permuafakatan antara syarikat Holanda dengan Yang Dipertuan Muda seta pihak Bugis. Setelah itu, Yang Dipertuan Muda pulang ke Pedas. Raja Haji dan Yang dipertuan Muda berpakat untuk pergi ke Riau untuk pergi membincangkan perjanjian antara Bugis dengan Melayu. Dalam perjalanan ke Riau, Raja Haji berselisih dgn Raja di Baruh. Apabila Raja Haji sampai di Riau, terjadinya huru hara kerana menyangka Raja Haji datang untuk menyerang Riau. Raja-raja serta panglima Melayu ingin menembak Raja Haji tapi tidak hiraukan olehnya. Raja Haji ditanya oleh baginda ketika beliau menghadap baginda mengenai tujuannya datang ke situ. Apabila mendengar sembah paduka itu, baginda menyuruh orang-orangnya menjemput paduka anakda Raja di Baruh supaya balik ke
Riau dengan segera. Mereka memaklumkan kepada Raja di Baruh bahawa baginda menyuruhnya ke Riau memandangkan Raja Haji telah pun berada di Riau. Setelah mendengar titah itu, Raja di Baruh menyuruh supaya memaklumkan kepada Raja Selangor untuk bersama-samanya pergi ke Riau. Keesokannya, Sultan Sulaiman bertitah kepada raja-raja tersebut supaya memanggil Raja Muda di Linggi. Raja di Baruh meminta untuk ke Selangor terlebih dahulu bersama Raja Selangor. Selepas beberapa harinya di Selangor, Raja di Baruh gering. Raja Selangor memanggil dukundukun untuk mengubati Raja di Baruh.
BAB 20 – KEMANGKATAN SULTAN SULAIMAN Kisah bermula dengan Sultan Sulaiman di Riau. Kata sahibul hikayat, baginda gering setelah anak baginda, Raja di Baruh berlayar ke Linggi. setelah beberapa hari gering, baginda meninggal dunia. Dato’ Bendahara menguruskan jenazah baginda dan bersedekah kepada fakir miskin. Usai dimakamkan, Dato’ Bendahara mengarah orang suruhannya untuk memberitahu Raja di Baruh dan Yang Dipertuan Muda. Setelah Raja di Baruh mengetahui hal itu, beliau gering lalu dalam beberapa hari beliau mangkat. Yang Dipertuan Muda membawa jenazah tersebut berlayar ke Riau dan jenazah tersebut di makamkan bersebelahan dengan ayahanda Marhum Sultan Sulaiman. Seterusnya Riau diperintah oleh Yang Dipertuan Muda dan baginda telah berjaya memajukan Riau. Yang Dipertuan membuat istana di Pengkalan Rama yang diperintahkan oleh Raja Haji.
BAB 21 – BELANDA MENUNTUT GANTI RUGI PERANG Setelah mendengar bahawa negeri Riau sudah makmur, Gebernur Melaka mengarahkan kapal perangnya untuk meminta hutang daripada Sultan Sulaiman. Apabila tiba di Riau, beliau menunggu Sultan Ahmad yang masih muda untuk melangsaikan hutang. Dengan takdir Allah, Sultan Ahmad gering lalu mangkat beberapa hari kemudian. Usai menguruskan jenazah Sultan Ahmad, Yang Dipertuan
Muda bermesyuarat dengan Bendahara, pihak melayu dan pihak Bugis mengenai pengganti Sultan Ahmad. Pihak melayu memilih saudara-saudara Sultan Ahmad yang berada di Baruh iaitu Tengku Abdul Kadir dan Tengku Othman manakala pihak Bugis memilih anak gahara iaitu Raja Mahmud dan Tengku Putih. Berlaku lah perbalahan lalu Yang Dipertuan Muda memilih untuk mengadak perjumpaan pada keesokan harinya. Akhirnya Raja Mahmud dipilih dan dipersetujui semua.
BAB 22 – KEGIATAN RAJA ALAM DI SIAK Setelah Raja Alam mendengar khabar tentang kemangkatan Raja Mahmud, baginda pergi ke Melaka untuk berjumpa dengan Gebernur Melaka. Mereka mendapat perintah daripada Betawi bahawa negeri Siak harus diberi pengajaran dan sesiapa yang ingin memerintah negeri Siak, mereka akan tolong. Setelah memastikan kelengkapan perang sedia, mereka bersedia menyerang Siak. Kedua pihak berperangan, banyak kelengkapan Siak rosak sampaikan benteng-benteng untuk melindungi negeri Siak habis dicabut oleh pihak lawan. Raja Ismail lari ke kubunya. Malangya kubunya turut diserang. Maka Raja Ismail serta mengikutnya lari ke Riau. Setelah Siak tewas, Raja Alam menjadi Yang Dipertuan Besar Siak. Raja Ismail berlayar ke Trengganu dan berpakat dengan Yang Dipertuan Trengganu untuk menyerang Riau.
BAB 23 – ANCAMAN SIAK-TRENGGANU TERHADAP RIAU Yang Dipertuan Muda mendapat khabar tentang kepakatan Yang Dipertuan Trengganu dengan Raja Ismail hendak menyerang Riau. Maka Yang Dipertuan Muda berkata bahawa pihak melayu dengki dan akan Bugis. Setelah itu, Yang Dipertuan Muda mengarahkan sebuah kakap ke Selangor untuk memberitahu Raja Sekangor dan sebuah lagi kakap ke Indera Giri untuk memberitahu Raja Engku Kelana. Apabila Yang Dipertuan Muda tiba ke istananya, baginda menyuruh putera-puteranya pihak melayu berkumpul di Pulau Bayan. Pihak melayu mengirimkan surat kepada Raja Ismail agar
baginda tidak menyerang Riau pada masa ini kerana mereka semua dikumpulkan oleh Raja Muda di satu tempat. Setelah menerima khabar itu, Raja Ismail resah. Raja Ismail tetap ke Riau bersama saudaranya iaitu Raja Abdullah. Apabila Yang Dipertuan Muda mengetahui tentang kedatangan Raja Ismail, baginda mengarahkan puteranya, Raja Andut dan Raja Abdul Samad untuk menyerang Raja Ismail. Perahu Raja Abdulllah telah dikepung oleh pihak Bugis. Apabila Raja Abdullah terlepas, pihak Bugis naik ke perahu tersebut dan berlawan denga panglima Tala dan kadim iaitu panglima Raja Abdullah. Kedua-duanya ditangkap oleh pihak Bugis. Setelah Raja Ismail kalah, baginda lari balik ke Siak dan merayau ke sana ke mari untuk mencari kekuatan.
BAB 24 – SENARAI PEPERANGAN BUGIS-MINANGKABAU DAN PERTABALAN RAJA SELANGOR YANG PERTAMA Perang pertama Ketika opu-opu lima beradik mengambil Riau daripada tangan Raja Kecik, lalu menyerahkan Riau kepada Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah. Perang kedua Ketika Raja Kecik kalah dalam peperangan di Riau lalau lari ke Lingga dan diikuti oeh pihak Bugis lau berperang. Setelah itu Raja Kecik tewas dan balik ke Riau. Ketika itu, kesemua opu-opu tersebut telah berada di Selangor. Perang ketiga Perang Linggi ketika Raja Kecik membantu Penghulu Linggi berperang dengan pihak opu-opu tersebut. Maka Raja Kecik pun tewas dan pergi ke Siak. Baginda membuat negeri di Buantan dan menetap disitu. Perang keempat
Perang berlaku ketika opu-opu tersebut menyerang negeri Siak sebab kerajaan yang diperintahkan oleh Sultan Sulaiman diambil oleh Raja Kecik. Dalam peperangan tersebut, Raja Kecik kalah. Maka kerajaan Johor dipulangkan kepada Sultan Sulaiman. Perang kelima Perang yang berlaku di negeri Kedah antara pihak Kedah dengan Raja Kecik. Perang yang berlaku ini bukan kali yang pertama. Dalam perang yang kedua, Raja Kecik tewas. Ketika perang ini berlaku, Opu Dahing Perani mangkat lalu Raja Kecik balik ke Siak. Perang keenam Raja Kecik menyerang Siak. Perang ini tidak lama kerana tidak lama kemudian, mereka berdamai. Perang ketujuh Raja Kecik menyerang Riau lalu berkubu Raja Kecik berkubu di Pulau Bayan. Perang kelapan Raja Kecik menyerang Riau dan berlabuh Penyengat. Raja Kecik kalah lalu lari sampai ke Ungaran. Perang kesembilan Raja Kecik menyuruh Raja Alam dan Dahing Makettuh menyerang Riau. Setelah kalah, Raja Kecik berundur ke Siak. Perang kesepuluh Perang antara Raja Ismail dengan Yang Dipertuan Muda Dahing Kambuja di Singapura.
Kata Sahibul Hikayat, Raja Haji Kelana pergi ke Selangor untuk meminang anak Yang Dipertuan Muda Dahing Kambuja iaitu Raja Penuh kepada anakya, Raja Ali. Tidak
beberapa barada di Selangor, Raja Haji berangkat ke Riau bersama Raja Selangor. Pada suatu hari, Raja Selangor pergi ke Pangkor. Apabila Yang Dipertuan Perak mengetahui hal tersebut, baginda mempersilakan baginda masuk ke Perak. Setelah berbincang, Yang Dipertuan Perak melantik Raja Selangor itu sebagai raja di Selangor.
Bab 25 – PERISTIWA DI KEDAH DAN TRENGGANU Yang Dipertuan Kedah mempunyai seorang anak lelaki bernama Raja Abdullah. Baginda ingin meminang anak Yang Dipertuan Selangor iaitu Tengku Besar kepada Raja Abdullah. Lebih 3 bulan berkahwin, Raja Abdullah meminta kebenaran untuk pulang ke Kedah. Setelah mendapat kebenaran, baginda berangkat ke Kedah. Raja Abdullah berjanji akan pulang dalam masa 3 bulan. Malangya tiada khabar berita mengenai Raja Abdullah dalam tempoh 3 bulan tersebut. Setelah Orang Kaya Dewa Perkasa mengetahui tentang pelayaran Raja Ismail ke Siantan, baginda bersiap-siap untuk membuat kubu kerana baginda berfikir bahawa Raja Ismail datang untuk berperang. Setelah Raja Ismail mendapat harta yang banyak di Siantan, baginda berlayar ke Trengganu dan menetap di seuah rumah yang di beri oleh Raja Trengganu. Kemudian, Raja Ismail meminang anak Yang Dipertuan Trengganu. Majlis perkahwinan mereka dilakukan dengan penuh adat istiadat.
BAB 26 -BELANDA MEMBUAT PERJANJIAN DENGAN RIAU
Setelah kehilangan Raja Haji Al-marhum maka berlakulah perebutan pangkat dan harta yang ingin mengantikan arwah beliau sebagai Yang dipertuan muda Riau.akhirnya Raja Ali telah dilantik menjadi yang Dipertuan Muda Raja Ali kerana Raja Ali seorang yang lebih tua dari semua anak Raja Haji itu.
Selepas tiga bulan berlalu maka angkatan tentera Melaka datang menyerang negeri Riau. Dalam suasana Riau huru-hara akibat perbalahan antara suku-suku bugis dan suku-suku melayu yang tiada kesudahan lalu keluarlah Raja Ali dari Riau dan diikuti oleh suku-suku bugis keluar dari Riau ke negeri Mempawah serta ke Sukadana. Setelah Yang Dipertuan Muda Raja Ali dari Riau maka Raja Tua dan suku-suku Melayu telah merampas istana YDP Muda Raja Ali itu serta harta yang ada dalam istana. Maka ramai yang mendapat harta serta Raja Tua mendapat harta yang haram yang kuasa. Sultan Mahmud tidak berkata apa-apa kerana terlalu uzur dan tua untuk berlawan bertambah pula kaum bugis sudah semakin bertaburan. Apabila tiba angkatan Holanda dari Melaka iaitu raja laut yang bernama Piter Jakud Pemberam, maka raja tua pun memberikan khbar iaitu suku-suku melayu tidak campur tangan dgn raja haji dan segala suku bugis sudah habis keluar dari Raiu. Sekarang di Riau Raja tua yang menguasai dan mengawal kerana raja mahmmud sudah tua dan uzur. Setelah raja laut dengar akan cerita itu, raja laut tersenyum dan menyuruh berbuat perjanjian berbaik-baik serta boleh meninggalkan seorang wakil di Riau bagi menolong Tuan Sultan. Maka terbentuklah perjanjian dala kapal perang bernama ‘Utrik’.
BAB 27 - BELANDA MENGEPUNG SELANGOR
Yang Dipertuan Selangor berada di Pahang berbincang dgn Datuk Bendahara serta orang-orang besar negeri pahang untuk menyerang Selangor. Yang Dipertuan Selangor dengan orang Pahang bertolak malan dan bersembunyi di rumah Punggawa Pematang. Maka bertitah lah Yang dipertuan Selangor untuk menyerang bukit itu. Pada malan keesokan hari berperang lah mereka di bukit tersebut secara mengejut. Maka Holanda yg berada di kubu bukit itu mempertahankan diri dan menutup pintu kota maka pada siang yang tuan Selangor pun berundur pematang. Pada malan itu Holanda sempat melarikan diri dgn kapal balik ke Melaka. Selangor jatuh ke tangan Yang Dipertuan Selangor semula. Apabila Piter Jakud Pemberam dapat tahu, beliau membawa dua buat kapal perang ke Kuala Selangor kira-kira sebelas bulan, bila sampai di Selangor Piter Jakud ingin berdamai dan membuat surat janji ada kira-kira dua puluh fasal. Akan tetapi Yang Dipertuan Selangor cuma dapat terima dua tiga fasal sahaja. Oleh kerana tiada penyelesaian maka Holanda berperanglah dengan Selangor.
BAB 28 -KEMANGKATAN RAJA HAJI
Setelah Sultan Ibrahim dan adinda baginda Yang Dipertuan muda Raja Nala mendengar berita tentang ayahnya iaitu Raja Haji berperang dengan Holanda di Riau jadi berbincanglah mereka dengan pembesar-pembesar di Selangor untuk menyertai ayandanya menyerang melaka bersama-sama. baginda telah singgah ke Rembau dan seterusnya ke Pedas untuk merancang membuat kubu di Batang Tiga. Maka datanglah Holanda dari melaka berperang di kubu itu seterusnya tewaslah angkatan dari Melaka dan berundur balik ke Melaka. Apabila gabenor Melaka memhantar surat ke Piter Jakud Pemberam maka berlayarlah raja laut itu ke Melaka dengan kapal-kapalnya. Kerana keinginan Raja Haji ingin memdapatkan Melaka kembali telah menyerang sebelah barat Melaka maka tewaslah kubu orang Holanda Melaka di sebelah barat. Seterusnya raja haji telah menyerang dari timur Melaka pula. dalam peperangan itu Punggawa telah mengarahkan mara dan merampas meriam. Hasilnya mereka dapat menawan lapisan kubu Melaka. Maka orang Holanda Melaka tewas lalu berundur masuk ke negeri Melaka dan telah dikepung oleh Raja Haji. Selama setahun berperang maka Holanda Melaka semakin lemah tetapi datanglah batuan dari betawi iaitu dari Raja laut. Maka tewaslah angkatan Raja Haji serta kemangkatan beliau kerana berperang dengan Piter Jakud.
BAB 29 - KEMANGKATAN SULTAN MAHMUD
Semasa Sultan Mahmud berada di negeri Lingga dan Yang Dipertuan Muda Jaafar negeri Riau. Maka datanglah seorang Lebai dari golongan Minangkabau ke negeri lingga yang bernama Lebai Tamat. Lebai Tamat Mengaku dirinya adalah orang alim dalam mengajar ilmu agama kepada orang lingga akan tetapi ilmu yg diajar itu adalah ilmu sesak. Kebanyak orang yang menuruti lebai adalah kebanyakkan dari golongan bugis. Oleh kerana itu,datanglah pengawai-pengawai Lingga memberitahu kepada Yang Dipertuan Muda Sultan Mahmud maka Lebai dan murid telah diarahkan segera bertaubat. Tetapi lebai dan anak murid-muridnya melarikan ke Lambung. Seterusnya lebai tamat mengaku pula dirinya Yang Dipertuan Muda Al-Marhumraja. Apabila orangorang Lampung bercaya jadi semakin ramailah pengikutnya. Semasa Yg Diperbuat Muda kelaur dari Lingga ke Riau. Datanglah lebai tamat dgn pengikut-pengkut ke Lingga dan mempegaruhi Raja Idris. Apabila Sultan Mahmud mengetahui akan hal itu. maka Sultan Mahmud mengarahkanlah semua rakyat membunuh Lebai Tamat dan pengikutnya. Tetapi Lebai Tamat disembunyikan oleh Raja Idris dan dilepaskan di Indera Giri. Apabila Sultan Mahmud mendapat tahu lebai masih hidup maka semakin marahlah beliau. Maka sultan Mahmud mengirim surat kepada Raja Jaafar lalu marahlah baginda akan lebai selepas membaca surat tersebut. Baginda telah menghantar paduka anakanda raja Ismail ke Indera Giri. Dengan kebijaksanaan beliau akhirnya Lebai tamat diserahkan kepada Raja jaafar lalu dibunuh dan kepalanya dihantar kepada Sultan Mahmud. Setelah berapa lama Sultan Mahmud memerintah. Akhirnya sultan Mahmud Mangkat.
BAB 30 -PERCUBAAN BERDAMAI DENGAN BELANDA
Sultan Mahmud di dalam negeri Terengganu berbincang dengan Yang Dipertuan Terengganu lalu baginda meminta berbaik-baik antara baginda Kompeni Holanda. Setujulah Yang dipertuan Terengganu dalam perbincangan itu dan meyuruh Sultan Mahmud berlayar ke Pahang menantikan berita dari Pahang sahaja. Yang Dipertuan Terengganu menyuruh seorang bernama Encik Ismail dan seorang lagi Wan Kobat iaitu Seri Setia, berlayarlah mereka bertemu Piter Jakud Pemberam di negeri Riau. Setelah Piter jakud memdengar surat dari Yang Dipertuan Terengganu itu maka beliau ketawa dan mengangguk kepalanya lalu berkata. ‘Terlebih baik kita percayakan bugis yang melawan kita berperang ini daripada kita percaya kepada Raja Terengganu yg tiada melawan kita berperang’. Dibalasnya surat dari yang dipertuan Terengganu itu dengan ayat-ayat kasar. Setelah yang dipertuan Terengganu mendapat tahu akan hal itu maka niat mereka telah terhapus dan baginda melupakan akan niat tersebut. Raja Mahmud yangg menunggu berita itu di Pahang telah kembali ke lingga dan memajukan negeri lingga kerana tiada tanda-tanda niatnya akan Berjaya.
BAB 31 - PERDAMAIAN DI ANTARA BUGIS DAN MELAYU.
Yang Dipertuan Raja Ali balik ke Riau di Tanjung Ungkat. Pada masa itu Riau di ptakbir oleh Engku Muda. Setelah orang-orang bugis memdapat tahu yang RajaAali sudah kembali. Orangg bugis- bugis telah berjumpa dengan yang DiPertuan Muda lalu berlakulah selisih faham antara rakyat Riau iaitu org melayu dan bugis. Lalu berlakulah perang antara kedua pemerintah Riau tersebut, setelah lama berperang Engku muda akhirnya tewas kepada raja ali maka Engku muda pun berundur ke Bulang untuk merancang serang balas. Kematian Raja Husin iaitu anak kepada Sultan Mahmud Rajayang tidak disegajakan dalam perang kedua pihak telah menyebabkan Sultan Mahmud Raja campurtangan untuk mendamaikan antara dua pihak. Ahkirnya Sulan Mahmud Raja telah merancang untuk bertemukan Raja Ali dengan Engku Muda dan menasihati meraka. Rancangan telah berjaya menyatukan antara Raja ali dengan Engku Muda.
BAB 32 -PERISTIWA DI SIAK
Setelah Saiyid Ali mendengar yang Dipertuan Muhammad Ali mangkat. Cepatcepat beliau menyiap kelengkapan perang iaitu kira-kira dua puluh buah kapal di Bukit Batu. Berita tentang kelengkapan perang yang disediakan oleh Saiyi Ali ini telah sampai ke siak Maka Yang Dipertuan Besar siak bimbanglah dan menyuruh pegawainya memeriksa di Bukit Batu. Tidak berapa lama muncul pula berita yang Saiyid Ali telah ulang alik dengan kelengkapan perang di kawasan Siak. Disebabkan itu Yang Dipertuan Besar telah menyuruh membuat kubu tetapi dimarahi dan dihalang oleh Yng dipertuan Muda siak kerana beliau tidak bertindak terburu-buru tanpa usul periksa.. Saiyid Ali hendak berperang dgn Kampar kerana Kampar tidak mengikut perjanjian yang ditetapkan. oleh itu, Saiyid Ali telah memujuk Yang Dipertuan Muda Siak berkerjarsama. Akan tetapi Yang Dipertuan Muda tidak mahu campurtangan dalam hal ini. Yang Dipertuan Muda Siak telah mengirimkan surat kepada Kampar tentang niat Saiyid Ali. Maka berperanglah meraka tanpa Yang Dipertuan Muda Siak campurtanggan..
BAB 33 -PERISTIWA DI TERENGGANU, KALIMANTAN DAN SIAK
Pada Hijrat sanat 1206 selepas perang Linggi dan Riau reda Raja Mahmud telah bertolak ke Terengganu untuk berbincang dengan Yang Dipertuan Muda Terengganu untuk membaiki hubungan negeri Johor dengan bersama Kompeni Holanda. Maka Yang Dipertuan Muda Terengganu sanggup
membaiki hubungan baginda itu dengan
Kompeni Holanda itu akan tetapi perlu diutuskan ke Melaka. setelah baginda megetahui hal itu maka baginda duduk lah berdiam dalam Terengganu. Raja Ali yang ke Mempawah telah menjadi raja di Mempawah. Di Mempawah disambut baik oleh Panembahan Adi Wijaya dengan makan minun, bergurau senja kemudian dinikah dengan anak saudaranya yangg bernama Utin Selamah. Selepas diijat Kabulkan Raja Ali telah pun berpindah ke Sukadana. Maka Sukadana dijadikan negeri dengan membina kota dan istana maka ramailah yg berdagang masuk ke negeri tersebut. Yang Dipertuan Muda Raji Ali akhirnya dapat
hasil-hasil ganti harta yg
dibinasa di dalam negeri Riau itu. Yang Dipertuan Muda Muhammad Ali yg berada di negeri Siak telah menjadi Yang Dipertuan Siak pada masa itu dan anak saudara bernama Raja Yahya Iaitu Yang Dipertuan Muda. Saiyid Ali Adalah menantu Yang Dipertaun Muhammad ali. Saiyid Ali telah bersiap dengan Kelangkapan kira-kira tiga puluh buah kapal telah berperang dan menawan negeri-negeri kecil-kecil. Maka sampai di Kuala Singgora lalu diseranglah oleh Saiyid ali merampas harta benda dan melarikan diri ke Terengganu kemudian kembali ke siak. Raja singgora telah menghantar hulubalang untuk menetang mereka tetapi sudah terlambat.
BAB 34 -PERMUSUHAN MELAYU- BUGIS BERTERUSAN
Yang Dipertuan Muda Raja Ali duduk di negeri Sukudana. Beliau telah difitnah oleh orang-orang yang dengki terhadap negari Sukudana yang aman dan sentosa itu. oleh sebb itu maka Holanda dan Sultan Pontianak berperanglah dengan Yang dipertua Raja Ali di negeri Sukudana. Setelah berapa lama berperang akhirnya tewas juga Raja Ali kerana berperang dengan dua pihak dan dua bangsa. Berundurlah Raja Ali ke Lawar lalu berlayar ke Tambelan seterusnya ke Siantan. Raja Ali menetap di Siantan dengan bantuan orang di sana, Raja Ali membuka perniagaan secara la kadar. Setelah berapa lama, Raja Ali telah berlayar ke Selangor untuk berjumpa saudara-mara beliau. Yang Dipertuan Selangor telah berjumpa Raja Ali dan menasihati baginda supaya ke Melaka untuk berjumpa gabenor Melaka bagi memperbaiki hubungan antara bugis-bugis dan juga Kompeni Holanda. Holanda menerima permohonan Raja Ali dan disambut baik oleh Holanda.
BAB 35 -PERPINDAHAN DARI RIAU KE LINGGA
Setelah beberapa bulan Sultan Mahmud berada di negeri Riau bersama –sama orang holanda. Sultan Mahmud dan Raja Indera Bungsu sudah tidak tahan dengan cara fetur yang mengunakan kekerasan dan juga sindiran kepada Raja maka Raja meminta bantuan Raja Tempasuk untuk menyerang Holanda. Raja Tempasuk telah mengarahkan tiga anakmya iaitu Raja Tembak, Raja Alam, Raja Muda serta Raja ismail menjadi panglima besar dalam perlayaran kira-kira 30 buah ke Riau untuk menolong Sultan Mahmud. Apabila sampai di belakang Riau maka Raja Indera Bungsu memberitahu kepada fetur Holanda yang lanun mahu menyerang. Tidak sempat orang Holanda menyiapkan kelengkapan perang maka diseranglah oleh anak Raja Tempasuk. Berperanglah mereka dalam perang tersebut Riau tidak memberikan bantuan kepada Orang Holanda jadi ramai tentera yang mati lalu mereka berundur balik ke Melaka. setelah mendapat berita tentang kejayaan itu Raja Mahmud meynyambut anak Raja Tempasuk memjamu di istana beliau dan berbaik-baik. Akhirnya Raja Mahmud mengambil keputusan untuk berpindah ke Lingga kerana belaiu tahu Holanda pasti akan kembali membawakan angkatan perang yang lebih besar. Setelah Piter Jakud sampai di Riau beliau melihat suku-suku melayu sudah tiada seorang pun di Riau yang tinggal hanyalah orang kuli-kuli cina sahaja.
BAB 36 -RAJA HAJI MELAWAT PONTIANAK
Pangeran Syarif Abdul Rahman Bin Saiyid Al-Syyarif Husin Al-Kadri. Beliau adalah anak kepada orang matan, beliau mendapat gelaran Pangeran itu di negeri Banjar selepas beristerikan anak saudara Sultan Banjar yang bernama Ratu Syahar Banun. Bermulanya cerita ini apabila Pengeran Syarif Abdul Rahman pergi ke negeri Sanggau untuk melakukan perniagaan di sana. Tetapi ditahan oleh Panembahan Sanggau dan tidak membenarkannya berniaga. Apabila Pangeran Syarif
Abdul
Rahman berkeras hendak berniaga juga maka jadi la perbalahan antara dua pihak bertambah buruk lagi apabila perahu-perahu Syarif Abdul Rahman ditembak. Maka terjadilah peperangan antara mereka . Selama tujuh hari berperang akhirnya tewaslah Pangeran Syarif Abdul Rahman lalu beliau berundur balik ke Pontianak. Selama lapan bulan beliau ada disana, belaiu telah memyiapkan perahu besar seterusnya berlayarlah beliau ke Riau untuk meminta bantuan. Apabila Raja Haji mendengar Khabar dari Pontianak maka bersiaplah ia dengan kelengkapan perang dan berlayar samapai ke Muntuk. Setelah Sultan Palembang mendengar yang Raja Haji di Muntuk. Beliau berasa sangat risau kalaukalau Raja Haji masuk ke Palembang, maka berbincanglah Raja Palembang dengan menteri-menterinya. Raja Palembang pun menyuruh seorang menteri memeriksa Raja Haji, maka jawad Raja Haji’ Kita ini hendak perhi ke Mempawah ziarah ke makan Tuan Besar Mempawah serta hendak ke Pontianak’ seteah Raja Palembang dapat tahu akan itu. Belaiu member kerangka wang serta harta kepada Raja Haji. ‘kita kirim salam takzim kepada saudara kita Sultan Palembang itu dan kita menerima kasih kepadanya yang amat banyak tiadalah kita masuk masuk ke dalam Palembang lagi, kerana kita hendak segera berlayar sekadar singgah mengambil air dan kayu jua di Muntuk ini, janganlah saudara kita berkecil-kecil hati akan kita’ maka tersenyumlah Raja Palembang. Apabila Raja Haji tiba di Mempawah disambutlah oleh Pangeran Adi Wijaya, iaitu Guti Jameril putera paduka ayahanda baginda Opu Dahing. Setelah melawat makan
Tuan Besar Mempawah dan dijamukan makan. Raja Haji terus ke Pontianak untuk berjumpa dengna Pangeran Syarif Abdul Rahman. Setelah tbanya disana Raja Haji disambut baik Oleh Pangeran di istana dengan joget jawa dan jambi. Tidak berapa lama Pangera memceritakan tentang pergaduhan pengeran dgn
Panembahan
Sanggau itu. Setelah memdengar cerita itu berkata lah Raja Haji ‘ Apalah lagi kita panjang-panjangkan lagi marilah kita langgar semula’. Maka berlayarlah Raja Haji dan Pangeran Syarif Abdul Rahman ke Sengkadau. Berperangalah mereka pada dua puluh enam haribulan Muharram sanat 1192 di kubu sanngau dan tewaslah negeri Sanggau pada sebelas haribulan safar sanat 1192. Setelah berperang Raja Haji telah melantik Pangeran Syarif Abdul Rahman sebagai Raja di Pontianak.
BAB 37 -RAJA HAJI MENJADI YAMTUAN MUDA RIAU
Setelah kemangkatan paduka ayahanda Yang Dipertuan Muda Dahing Kambuja iaitu Marhum Janggut di dalam negeri Riau, maka Sultan Mahmud menunggu kepulangan Raja Haji dari Pontianak. Datanglah surat dari Pahang mengatakan Raja Haji berada di negeri Pahang dan telah dilantik oleh datuk Bendahara. Baginda berangkatlah ke Pahang, di Pahang yang Dipertuan Muda Raja Haji dan Bendahara menyambut kedatangan baginda. Tidak berapa lama hari kemudian Sultan Mahmud dan Yang Dipertuan Muda Raja Haji kembali ke Riau dan beliau membuat istan di Pulau Malam Dewa dengan kota-kota yang indah serta istananya diperbuat oleh emas dan perak seperti talam dan ceper dibuat dari china. Pada zaman pemerintahan Yang Dipertuan muda Raja Haji ini ramai rakyat dari negeri lain menetap di Riau disebabkan kemakmurannya . banyak orang Riau kayakaya serta baginda mendapat banyak hasil cukai-cukai, segala alat perang ,cukup ubat peluru, panglimanya tiga puluh turun dan tiga puluh di darat. Oleh keran aman dan makmur ramai pendagang-pendagang dari luar singgah di Riau.Tetapi dalam
kemakmuran yang dicapai wujudnya suku-suku Melayu ini tidak bersyukur sehingga menaruh dendam di hati terhadap raja-raja bugis, telah melakukan beberapa cara untuk mencari nama Yang Dipertuan Muda serta bugis-bugis mendapat nama yang buruk. Akhirnya keluarlah Raja Indera Bungsu bersama adik beradik ke Terengganu disebabkan kecil hati akan raja-raja bugis kononnya. Katanya ‘kaya seorang, mewah seorang’ di Terengganu berlaku la fitnah daripada Yang dipertuan Besar Terengganu dengan Raja Indera Bunbgsu dan Bendahara Pahang. Tiap tahun berkirimkan surat kepada Holanda ke Melaka dan ke Betawi akhir sekali kepada Inggeris.
BAB 38 -RAJA HAJI MENYERANG KEDAH
Terdapat Raja Haji Engku Kelana Pangeran Suta Wijaya di sebuah negeri Inderra Giri. Tidak berapa lama kemudian bertolak baginda ke Selangor untuk berjumpa Paduka Kekanda Sultan Salihul Din Selangor. Maka berbincanglah antara hulubalanghulubalang tua raja kedah. Dalam perbincangan itu tersebutlah sejarah dan perjanjian Selangor-Kedah. ‘patut menerima dan menuntut perjanjian perjanjian opu-opu terdahulu’. Apabila kerajaan kedah makmur disebabkan perjanjian opu-opu yang dilanggar oleh kedah sendiri hendaklah diganti. Selain itu, terdapat perjanjian lain, iaitu lima belas bahara wang. Kedah sudah membayar tiga bahara selebihnya iaitu dua bahara kedah tidak disempurnakan beberapa tahun. Selepas perbincangan Maka Engku Kelana berangkat, Raja Haji, adinda Raja Sa’id dan Suliwatang berlayar ke kedah. Sebelum sampai di Kedah Engku Kelana ingin singgah di Perak maka Yang Dipertuan Perak menyambut kedatangan Engku Kelana dengan makan dan minum. Yang DIpertuan Selangor telah meminta izin Yang Dipertuan Perak untuk menetap beberapa hari di Perak keran beliau memerintahkan Kelana Raja Haji dan kekanda Raja Sa’is belayar ke kedah dahulu bagi menyelesaikan masalah tersebut.
Setelah sampai di pangkor, Raja Haji menemukan seorang lelaki iaitu Raja Jaafar, yang digelar Raja Laut dan Raja telah mengambilnya sebagai anak kapal. Raja haji bertolak ke Kedah dengan membawa kelengkapan perang dan enam buah kapal. Apabila Yang Dipertuan Kedah
mendapat berita tentang Raja Haji, maka Yang
Dipertuan kedah telah membina kubu di Batangau serta dgn kelengkapan perang seperti merian dan hulubalang di kubu itu. Setelah Raja Haji Melihat kubu di batangau, beliau senyum sambil berkata ‘ Hendak bergaduh rupa-rupa orang Kedah ini’. Seterusnya Raja Haji menyuruh Suliwatang bertemu dgn Raja Kedah sambil Menyatakan surat-surat perjanjian orang tua-tua dahulu. Maka Suliwatang pun berjumpa Raja kedah dan menyerahkan surat-surat tersebut. Setelah dibaca oleh Raja Kedah maka berkatalah Raja Kedah kepada suliwatang ‘Ini surat perjanjian orang tuatua dahulu dan yang berjanji dan yang menerima janji tiada lagi, Bendahara, Temengung saya sediri mengangkat saya menjadi Raja. Saya kirim salam sahaja kepada Raja Haji, janganlah dipanjangkan lagi perkara ini’ maka suliwatang pun memaklumkan kepada Raja Haji. Setelah mendengar Raja Haji berasa marah dan berkata ;berperanglah kita, hari esok melanggar kubu di Batangau di hulu’. Setelah berapa lama berperang dilaut, akhirnya berjayalah tentera Raja Haji naik ke darat. Maka berperang lah sampai ke dalam istana Raja Kedah. Apabila Raja Kedah dapat melihat kekalahan raja kedah berundur. Setelah Yang Dipertuan Selangor mendapat tahu berita dari Kedah. Baginda terus berangkat ke kedah, setibanya di kedah baginda berjumpa dengan paduka adinda-adinda itu maka berbincanglah mereka dgn anak-anak Raja Kedah serta orang tuanya. Akhirnya Yang Dipertuan Kedah balik ke negerinya semula, maka diberikan semula Kedah kepadanya serta membuat perjanjian sabagai saudara.
BAB 39 -SULTAN MAHMUD MENYERAHKAN PULAU PENYENGAT KEPADA BUGIS
Sultan Mahmud telah mengarahkan Punggawa Bakak menebas dan mencuci kawasan Pulau Penyegat oleh kerana Punggawa Bakak sudah begitu lama tinggal di
situ. Pulau Penyegat pernah menjadi kubu perang semasa Raiu dikepung oleh Holanda. Setelah kawasan itu dibersihkan, maka beliau telah mendirikan istana dan kota di situ. Sultan Mahmud telah memindahkan Raja Hamidah iaitu isterinya Engku Puteri berketurunan bugis ke pualu penyegat bersama rakyat-rakyat yang setia dengan Raja Hamidah. Kebanyakkan Rakyat yang mengikuti beliau adalah berketuruan bugis. Sultan Mahmud menyerah Pulau Peyengat juga dengan alasan supaya Raja Hamidah tidak menganggu hasil-hasil Riau. Oleh kerana. Raja Hamidah mempunyai kuasa juga. Maka Raja Hamidah memerintahlah negeri penyegat tanpa campuri hasilhasil Riau dan lingga.
BAB 40 -BELANDA MEMBUAT PERJANJIAN DENGAN RIAU
Setelah kehilangan Raja Haji Al-marhum maka berlakulah perebutan pangkat dan harta yang ingin mengantikan arwah beliau sebagai Yang dipertuan muda Riau.akhirnya Raja Ali telah dilantik menjadi yang Dipertuan Muda Raja Ali kerana Raja Ali seorang yang lebih tua dari semua anak Raja Haji itu. Selepas tiga bulan berlalu maka angkatan tentera Melaka datang menyerang negeri Riau. Dalam suasana Riau huru-hara akibat perbalahan antara suku-suku bugis dan suku-suku melayu yang tiada kesudahan lalu keluarlah Raja Ali dari Riau dan diikuti oleh suku-suku bugis keluar dari Riau ke negeri Mempawah serta ke Sukadana. Setelah Yang Dipertuan Muda Raja Ali dari Riau maka Raja Tua dan suku-suku Melayu telah merampas istana YDP Muda Raja Ali itu serta harta yang ada dalam istana. Maka ramai yang mendapat harta serta Raja Tua mendapat harta yang haram yang kuasa. Sultan Mahmud tidak berkata apa-apa kerana terlalu uzur dan tua untuk berlawan bertambah pula kaum bugis sudah semakin bertaburan. Apabila tiba angkatan Holanda dari Melaka iaitu raja laut yang bernama Piter Jakud Pemberam, maka raja tua pun memberikan khbar iaitu suku-suku melayu tidak campur tangan dgn raja haji dan segala suku bugis sudah habis keluar dari Raiu. Sekarang di Riau Raja tua yang menguasai dan mengawal kerana raja mahmmud sudah tua dan uzur. Setelah raja laut dengar akan cerita itu, raja laut tersenyum dan menyuruh berbuat perjanjian berbaik-baik serta boleh meninggalkan seorang wakil di Riau bagi menolong Tuan Sultan. Maka terbentuklah perjanjian dala kapal perang bernama ‘Utrik’.
BAB 41 – BELANDA MENETAP DI TANJUNG PINANG Raja Melaka berlayar dan singgah di Riau lalu berjumpa dengan Syahbandar. Setelah itu, beliau berlayar pula ke Pontianak untuk berjumpa dengan Sultan Pontianak tetapi niatnya dimatikan kerana banyak kapal perang Holanda yang berlabuh. Maka, beliau berlayar pula ke Lingga dan berjumpa dengan baginda Sultan Abdul Rahman untuk menyatakan kapal Holanda ingin menakluki Riau dan Lingga. Tetapi, Sultan Abdul Rahman menenangkan beliau supaya tidak perlu kerana segala adat istiadat Riau telah diserahkan kepada Yang Dipertuan Muda. Oleh itu, beliau berlayar balik ke Riau dan berbincang dengan Yang Dipertuan Muda Raja Jaafar. Yang Dipertuan Muda mengadakan musyawarah beramai-ramai dan membuat persiapan untuk melawan angkatan Holanda. Seterusnya, seorang Holanda iaitu Adrian Kok, sahabat Yang Dipertuan Muda berjumpa dengan baginda untuk meyakinkan baginda bahawa kerajaan Holanda tidak akan menakluki Riau.
BAB 42 – TENGKU HUSIN MENJADI SULTAN SINGAPURA Raja Melaka beranggapan Holanda tidak mengambil Riau melalui peperangan tetapi melalui persahabatan. Oleh itu, beliau berjumpa dengan Yang Dipertuan Muda untuk membincangkan hal sedemikian. Beliau pun berlayar untuk berjumpa Tengku Long dan Datuk Temenggung, beliau menghadiahkan sebentuk cincin di jarinya kepada Yang Dipertuan Muda. Di Singapura, beliau berjumpa dengan Temenggung Abdul Rahman dan ingin menjadikan Tengku Along sebagai raja dengan cadangan beliau dan Tuan Rafflis. Dengan bantuan Raja Ambung, Tengku Long dibawa ke Singapura dan ditabalkan sebagai raja.
BAB 43 – ROMBONGAN RIAU KE BETAWI Setelah bermusyawarah, Engku Saiyid Zainul Kudsi dan Raja Ahmad menjadi utusan ke Betawi. Mereka memberikan bungkusan emas kepada Gabenor Jeneral Pendir Kapila. Mereka juga turut dibawa ke Jaga Monyet. Selama 3 bulan di Betawi, ramai orang yang sakit dan mati kerana terkena penyakit yang berjangkit di Betawi termasuklah anak-anak Raja Ahmad dan gundik-gundiknya. Tidak lama selepas itu, anak Raja Ahmad iaitu Raja Muhammad meninggal di Lingga.
BAB 44 – PERTABALAN SULTAN ABDUL RAHMAN SEBAGAI SULTAN RIAULINGGA Setelah sembuh daripada sakit mata, Engku Saiyid pergi ke Riau. Manakala, Raja Ahmad diutus sekali lagi ke Betawi dan kedatangannya disambut baik oleh Gabenor Jeneral. Ketika berkemas hendak pulang, Raja Ahmad jatuh sakit. Yang Dipertuan Muda bersetuju dengan Residen Riau untuk berangkat ke Terengganu untuk mengambil Sultan Abdul Rahman.
BAB 45 – RAJA AHMAD MENGERJAKAN HAJI Setelah sembuh daripada penyakit, Raja Ahmad berikhtiar untuk mengerjakan haji. Oleh itu, Yang Dipertuan Muda menasihati Raja Ahmad supaya mencari wang terlebih dahulu ke Tanah Jawa. Maka, Raja Ahmad pun pergi berlayar ke Tanah Jawa bersama anaknya Raja Ali, Raja Muhammad, Saiyid Abdullah dan kawan-kawannya. Di Semarang, Raja Ahmad menandatangani surat yang berkaitan hal ehwal dengan Residen. Maka, tidak lama selepas itu, mereka berlayarlah ke Timur. Di Timur, Raja Ahmad dimuliakan oleh ketua Holanda dan puak-puaknya. Di Pulau Pinang, Saiyid Hasyim menjual timah-timah hak milik Raja Ahmad, lalu menyerahkan wang tersebut kepada Raja Ahmad. Setelah itu, mereka pun menyewa kapal Turki untuk berlayar ke Jeddah. Raja Ahmad dibawa naik ke Mekah dan dipakaikannya dengan pakaian ihram.
Beliau juga pergi ke Madinah untuk menziarahi makam Nabi Muhammad SAW dan sahabat-sahabat. Setelah tiba bulan haji, Raja Ahmad melakukan haji, umrah dan wukuf di Arafah. BAB 46 – PEPERANGAN DI KEPULAUAN KARIMUN Setelah bermusyawarah, Engku Saiyid disuruh mendirikan bendera di Pulau Karimun. Wak Puas dan orangnya diminta menjaga bendera tersebut. Akan tetapi, setelah peninggalan Engku Saiyid, Wak Puas telah dihalau oleh Saiyid Akil dan dia telah menebang serta menjatuhkan bendera tersebut. Apabila sampai ke pengetahuan Yang Dipertuan Muda, ia menimbulkan kemarahan baginda. Oleh itu, tidak lama selepas itu, Residen Riau dan Yang Dipertuan Muda bersiap-siap dengan kelengkapan perang.
BAB 47 – KEMANGKATAN DUA ORANG YAMTUAN MUDA Yang Dipertuan Muda berlayar ke Lingga dalam keadaan sakit semata-mata untuk urusan pernikahan Raja Abdullah dengan Aishah. Akan tetapi, keadaan kesihatan Yang Dipertuan Muda semakin hari semakin bertambah rumit. Setelah akad nikah Raja Abdullah, Yang Dipertuan Muda semakin nazak. Oleh itu, berkumpullah puteraputeranya, Sultan Abdul Rahman Syah dan Tengku Besar. Maka, setelah itu mangkatlah Yang Dipertuan Muda Raja Jaafar itu. Oleh itu, Raja Abdul Rahman yang menggantikan al-marhum Raja Jaafar itu. Setelah Tengku Besar berangkat ke Riau, Sultan Abdul Rahman pula yang jatuh sakit. Tidak lama selepas itu, Sultan Abdul Rahman pula yang meninggal dunia.
BAB 48 – LANUN-LANUN Yang Dipertuan Muda Raja Abdul Rahman telah melawan dan menderhaka kepada baginda Sultan Muhammad Syah. Pada ketika itu, Raja Merkung dan Raja Merasan merupakan perompak yang sangat berkuasa dan kuat. Setelah kemangkatan
Yang Dipertuan Muda Raja Jaafar, puteranya iaitu Raja Abdul Rahman yang menjadi Yang Dipertuan Muda pada masa itu disuruh menyerang Bakung. Peperangan bermula apabila Raja Merkung melanggar Inuk, yang merupakan satu tempat berhampiran dengan Retih serta telah merompak dengan menggunakan kelengkapan meriam. Raja Merkung juga telah menawan dan merampas banyak perahu-perahu. Contohnya, Raja Merkung telah merampas perahu dan barang-barang hak milik Encik Ali dan Ahmad di Selat Dasi serta Encik Bakak di Selat Pintu. Setelah tergugat dan murka dengan kata-kata Raja Merkung, baginda Yang Dipertuan Muda menyediakan kelengkapan angkatan. Maka, baginda menyuruh angkatan-angkatan itu melanggar Inuk tersebut. Yang Dipertuan Muda Raja Ali Marhum Pulau Bayan yang mengetuai angkatan tersebut. Setelah mendengar berita tersebut, Raja Merkung dan Raja Merasan mempersiapkan kubu-kubu, meriam dan perahuperahu. Panglima Tengkuk terbunuh kerana menderhaka kepada raja. Raja Merkung juga terbunuh manakala Raja Merasan dan Raja Saaban diserahkan kepada Residen Riau dan dibuang ke Betawi.
BAB 49 – MASALAH LANUN YANG BERTERUSAN Yang Dipertuan Tua, Tengku Mansur dan Yang Dipertuan Besar, Tengku Umar telah diletakkan dalam satu negeri. Puak-puak daripada kedua-dua belah pihak mengalami masalah dan menyebabkan Yang Dipertuan Tua dan Yang Dipertuan Besar berperang. Dalam peperangan tersebut, Yang Dipertuan Besar telah kalah dan melarikan diri ke Besut dan lari pula ke Kemaman. Di Kemaman, baginda merompak peniaga-peniaga yang mencari rezeki di Terengganu. Sultan Muhammad Syah pula berangkat ke Pahang dan disambut baik oleh Datuk Bendahara. Yang Dipertuan Besar pergi menghadap Sultan tersebut dan mereka bermesyuarat untuk mendamaikan Yang Dipertuan Besar dan Yang Dipertuan Tua. Akan tetapi, Yang Dipertuan Tua enggan berdamai. Maka, sultan dan Datuk Bendahara balik ke Lingga untuk mentabalkan Tengku Mahmud sebagai raja. Setelah bermesyuarat, Haji Ibrahim disuruh untuk berlayar ke Betawi untuk menghapuskan
kegiatan merompak. Oleh itu, Residen Riau mengaturkan cara untuk menghapuskan perompak-perompak dan memberi kebaikan kepada Sultan Muhammad, Yang Dipertuan Muda, rakyat-rakyatdan kerajaan Lingga dan Riau. Raja Ali Kelana iaitu adik kepada Yang Dipertuan Muda, disuruh memeriksa laut-laut dan kegiatan rompakan serta menghapuskannya. Masalah lanun dapat diselesaikan dengan perjanjian yang dibuat oleh Yang Dipertuan Muda Raja Abdul Rahman.
BAB 50 – PEPERANGAN DENGAN INDERA GIRI Residen Riau dan Yang Dipertuan Muda bermesyuarat kerana Holanda ingin menduduki Indera Giri. Perjanjian telah dibuat antara kerajaan Holanda dengan Raja Melayu bahawa Holanda akan menduduki Indera Giri. Bab ini mengisahkan Sultan Mahmud yang hendak ke Singapura tetapi dinasihati oleh Raja Ali supaya janganlah pergi hanya mahu bersuka ria semata-mata.
BAB 51 – KEGIATAN-KEGIATAN SULTAN MAHMUD Di Lingga, banyak perselisihan faham yang berlaku antara Sultan Mahmud dengan Yang Dipertuan Muda Raja Abdul Rahman. Banyak juga fitnah-fitnah yang timbul dan keluar daripada mulut orang-orang Sultan Mahmud. Tidak lama selepas itu, Yang Dipertuan Muda mengajak Sultan Mahmud untuk bersatu semula dan bersumpah setia dengan Raja Bugis dan Raja Melayu. Setelah itu, Sultan Mahmud datang ke Riau dan meminta Yang Dipertuan Muda membelikannya sebuah kapal. Oleh itu, Yang Dipertuan Muda pun membelikannya sebuah kapal. Tidak lama selepas itu, Yang Dipertuan Muda jatuh sakit, maka mangkatlah baginda. Sultan Mahmud pun berlayarlah ke Singapura setelah mencadangkan tiga orang wakil untuk menggantikan Yang Dipertuan Muda. Tindakan Sultan Mahmud ini tidak disegani oleh Residen Riau. Sultan Mahmud juga melantik Raja Ali untuk menjadi Yang Dipertuan Muda Riau.
BAB 52 – ZAMAN GEMILANG YAMTUAN MUDA RAJA ALI Semasa pemerintahan baginda, Yang Dipertuan Muda Raja Ali banyak mengadakan perkara-perkara yang menaikkan nama kerajaannya dan agama yang teguh. Baginda turut menegakkan agama Islam dengan mengadakan solat Jumaat dan memerintahkan kaum wanita supaya memakai tudung, serta membina masjid yang tidak jadi dilaksanakan pada pemerintahan Yang Dipertuan Muda Raja Abdul Rahman al-marhum kerana mangkat. Selain itu, jambatan juga yang diperbuat daripada batu dan separuh lagi diperbuat daripada kayu turut dibina sebagai laluan kepada semua hamba Allah. Pada pemerintahan baginda juga, ramai ulama-ulama yang datang dan semua pegawai negeri disuruh menuntut ilmu agama dan mengaji kitab-kitab serta mempelajari dan membaiki bacaan al-Quran. Selain itu, baginda juga melarang kegiatan berjudi dan menyabung ayam. Jika masih ada orang-orang jahat dan perompak-perompak, mereka akan dihukum dengan dibuang ke Betawi. Ada juga orang yang dikenakan hukuman dengan dipotong kepalanya supaya dapat dijadikan pengajaran oleh orang lain. Pemerintahan baginda banyak mendatangkan hasil kerana baginda sering menuntut ilmu dengan orang yang berilmu serta suka mendengar nasihat daripada mereka. Selain itu juga, oleh kerana Pulau Karimun tidak maju, baginda menyerahkan pulau tersebut kepada Raja Abdullah, manakala Pulau Kundur tetap diperintah oleh Raja Haji Ali dan Raja Abdullah untuk meramaikan rakyat di pulau tersebut.
BAB 53 – BELANDA MENGGULINGKAN SULTAN MAHMUD Yang Dipertuan Muda Raja Ali gering, maka datanglah doktor Holanda untuk mengubati baginda tetapi tidak menjadi. Malah, semakin hari gering baginda semakin berat. Beberapa hari kemudian, baginda pun mangkat. Engku Haji Muda dicadangkan sebagai pengganti al-marhum Yang Dipertuan Muda Raja Ali kerana sudah terbiasa dengan kerja-kerja tersebut dan lebih berpengalaman.
Akan tetapi, Sultan Mahmud menyarankan Raja Muhammad Yusuf yang menggantikan al-marhum kerana beliau merupakan putera kepada Yang Dipertuan Muda Raja Ali. Raja Muhammad Yusuf tidak rela untuk menggantikan al-marhum kerana masih ada bapa saudaranya iaitu Engku Haji Abdullah. Dengan pelbagai sebab, maka, Engku Haji Muda Abdullah lah yang menggantikan al-marhum Yang Dipertuan Muda. Sultan Mahmud berangkat ke Singapura walaupun banyak kali dicegah oleh orang-orang sekelilingnya. Tidak lama kemudian, Sultan Mahmud dibuang daripada kerajaannya. Oleh itu, Raja Abdullah telah dilantik menjadi Yang Dipertuan Muda supaya memerintahkan kerajaan Riau-Lingga.
BAB 54 – PEPERANGAN DENGAN RETIH Pada mulanya lagi Panglima Besar negeri Retih telah membuat dua benteng yang besar, mengaturkan meriam dan mengumpulkan orang-orangnya serta membeli peluru di Singapura. Tidak lama kemudian, berita ini sampai ke pengetahuan Yang Dipertuan Muda dan Residen Riau. Setelah bermusyawarah dan berpakat, mereka merancang untuk berperang dengan Panglima Besar itu. Mereka pun menyediakan dan mempersiapkan kelengkapan perang. Akan tetapi, sedang baginda bersiap-siap untuk berperang, baginda telah gering dan gering baginda semakin hari semakin teruk walaupun doktor Holanda datang memeriksanya. Oleh itu, Yang Dipertuan Muda memerintahkan supaya Raja Hasan menikahi puterinya, Raja Maimunah. Yang Dipertuan Muda juga memerintahkan supaya meneruskan peperangan walaupun keadaan dirinya yang tidak sihat dan mangkat sekalipun. Tidak lama selepas itu, maka berperanglah mereka. Setelah itu, baginda meminta Raja Haji Ali membuat wasiatnya supaya puteranya, Raja Muhammad Yusuf yang menggantikannya setelah kemangkatannya. Tidak lama kemudian, mangkatlah Yang Dipertuan Muda tersebut. Setelah itu, Raja Haji Ali pun membaca wasiat almarhum dan ditinggalkan anak-anak raja itu untuk bermuafakat dan bermusyawarah sesama sendiri. Tidak lama kemudian, Sultan Sulaiman dan Residen Riau bermesyuarat mengenai peperangan tersebut. Yang Dipertuan Muda Raja Muhammad
Yusuf, Raja Husin, Raja Haji Ali dan orang-orang besarnya telah bersepakat dengan Residen Riau untuk pergi melanggar Retih itu. Maka, berperanglah mereka. Dalam peperangan ini, lanun-lanun juga turut terlibat. Kesan daripada peperangan tersebut, ramai lanun-lanun dan panglima-panglima besar yang dibedil dan mati. Retih telah kalah dalam peperangan ini.
BAB 55 – KEMANGKATAN SULTAN MAHMUD Sepertimana yang kita ketahui, baginda Sultan Mahmud Syah telah diturunkan kerajaannya oleh Holanda di Singapura. Setelah berpindah ke Pahang, Sultan Mahmud berpindah pula dan tetap di Terengganu. Setelah itu, Sultan Mahmud berhajat untuk pergi ke Siam untuk berjumpa dengan Raja Siam tetapi tidak dibenarkan oleh anak raja-raja dan orang-orang besar baginda. Tetapi, Sultan Mahmud tetap berkeras juga hendak ke Siam dan dibawa juga orang-orangnya serta saudaranya iaitu Tengku Safiah. Selama 15 hari berlayar, maka sampailah mereka ke Siam. Setelah sebulan berada di Siam, Raja Siam menyatakan hasratnya kepada Sultan Mahmud untuk memperisterikan Tengku Safiah. Maka, Sultan Mahmud berasa susah hati dan menyatakan bahawa Tengku Safiah itu sudah berkahwin. Akan tetapi, Raja Siam tidak mempercayai kata-kata baginda itu dan tetap berkeras dengan kehendak hatinya. Oleh itu, Raja Siam pun memperisterikanlah Tengku Safiah itu. Setelah itu, Sultan Mahmud pun berlayarlah ke Terengganu. Di Terengganu, baginda kerap sakit perut, kukunya rosak dan matanya kabur. Setelah sampai di Pahang, Sultan Mahmud telah gering. Setelah beberapa hari, Sultan Mahmud pun mangkat.
View more...
Comments