Tugasan Tekanan Emosi Guru

March 5, 2017 | Author: Noryn Nabiela | Category: N/A
Share Embed Donate


Short Description

Tekanan Emosi Guru...

Description

1.0

PENGENALAN

1.1

Tekanan Emosi Dalam Kalangan Guru Profesion perguruan sungguh mencabar apatah lagi menjelang abad ke 21

ini. Tuntutan daripada guru lebih berbandingibu bapa dan masyarakat dalam soalsoal pendidikan murid-murid di sekolah. Ditambah lagi dnegan beban tugas di luar bidang pengajaran bagi mengikuti arus perkembangan semasa pendidikan yang ditransformasikan secara berperingkat. Untuk menjadi seorang guru dan pengurus pendidikan yang baik, seorang guru harus peka dengan perkembangan terkini yang sentiasa mendatang juga sanggup untuk menghadapi proses kepemimpinan, pengurusan, pengelolaan sumber dan pencapaian matlamat pendidikan (Ibrahim Ahmad Bajunid, 1995). Justeru itu, dengan pelaksanaan pelbagai reformasi dalam pendidikan sudah pasti menjadikan peranan dan tanggungjawab para guru menjadi lebih besar, mencabar dan kompleks. Dengan itu, guru berasa amat tertekan kerana tidak mampu menangani tugas dan harapan yang sentiasa berterusan mengalami perubahan. Menurut Girdano (1979), individu tidak mungkin dapat berfungsi dengan berkesan dan produktif jika ia dalam keadaan tertekan. Perasaan tertekan menjadikan seseorang itu tidak rasional, cemas, tegang, tidak dapat memusatkan perhatian kepada kerja dan gagal menikmati rasa gembira atau puas hati terhadap kerja yang dilakukan.

1.2

DEFINISI STRES

1.2.1 Konsep Menurut Smither (1994) menakrifkan stres sebagai respon fisilogikal dan psikologikal ke atas permintaan terhadap seseorang. Menurut Schafer (1992) stres ialah kebangkitan minda dan badan seseorang dalam bertindakbalas kepada permintaan terhadap dirinya. Stres guru pula merujuk kepada pengalaman guru terhadap emosi yang tidak diigini seperti tekanan, kekecewaan, kebimbangan, kemarahan dan kemurungan akibat daripada tugasnya sebagai seorang guru. Maka, stress merupakan tindak balas fizikal yang biasa terhadap sesuatu perkara atau peristiwa yang menyebabkan ketidakseimbangan emosi. Sekiranya stress diurus dengan betul, kita akan bertindak dengan cara yang betul juga. Kadangkala stres 1

boleh menyelamatkan diri seseorang dalam mempertahankan diri contohnya dalam situasi kecemasan, seseorang akan bertindak cepat menekan siren api untuk menyelamatkan situasi kebakaran. Selain itu, stress juga boleh membantu individu untuk menangani situasi yang bahaya dan mencabar. Stress pada kadar minimum adalah positif dan dapat membantu individu membuat persembahan di khalayak ramai, menumpukan perhatian dan belajar tekun untuk menghadapi ujian contohnya guru yang berasa tertekan menghadapi peperiksaan semester Pembelajaran jarak jauh (PJJ) akan menumpukan kepada ulangkaji pelajaran berbanding menonton televisyen. Namun, stress boleh menyebabkan kesihatan terganggu, perhubungan perasaan dan menjejaskan kehidupan sekiranya mencapai ke suatu tahap tertentu. Keupayaan seseorang yang tidak dapat memenuhi sesuatu permintaan pula akan menimbulkan kesan stress yang negative. Manakala keupayaan seseorang yang tidak dapat memenuhi sesuatu permintaan pula akan menimbulkan kesan stress yang negatif.

1.2.2 Jenis-jenis Stres Terdapat lima jenis stres yang dikaitkan dengan stres kerjaya guru iaitu :

(i)

Stres ‘Here Or Now’ Stres ‘Here Or Now’ adalah situasi yang wujud pada sesuatu masa atau suatu

ketika. Contohnya , guru yang berada dalam peperiksaan , terjatuh menuruni tangga. Dan bertengkar dengan rakan sekerja.

(ii)

Stres Anticipation Stres Anticipation merupakan jenis dimana guru akan bertindak balas

terhadap sesuatu peristiwa yang dijangkakan. Contohnya, setiap hujung semester sekolah akan menganjurkan perjumpaan dengan ibu bapa. Oleh sebab itu, guruguru yang baru akan berasa panik dan tertekan kerana tidak yakin menghadapi situasi tersebut.

2

(iii)

Stres Imaginatif Stres imnaginatif merupakan stres yang berlaku dalam sesuatu situasi apabila

individu berfikir dan berimaginasi tentang sesuatu yang ngeri, menakutkan dan sebagainya. Contohnya , anda berada sendirian di dalam bilik pada waktu malam dan anda mendengar bunyi di luar bilik dan dengan spontan anda membayangkan ada pencuri, hantu dan sebagainya.

(iv)

Stres Reaktif Stres reaktif wujud akibat daripada peristiwa atau pengalaman lampau. Stress

ini berlaku secara semulajadi dan kadangkala sebagai satu proses memulihkan. Contohnya kematian orang yang terdekat. Proses mengimbas balik sesuatu peristiwa dan pengalaman lampau merupakan situasi di mana stres reaktif berlaku.

(v)

Stres Negatif Stres negatif adalah stres yang memuncak dalam tempoh masa sama ada

hari, minggu atau tahun. Hal ini boleh berlaku

disebabkan satu punca sahaja

contohnya masalah kewangan atau akibat masalah-masalah lain. 1.2.3 Punca – Punca Stres Guru Guru pada masa kini diharapkan dapat melaksanakanpelbagai tanggungjawab selain mengajar. Faktor-faktor yang mempengaruhi stress adalah berpunca daripada dua faktor iaitu faktor luaran dan faktor dalaman. Menurut Gold dan Roth (1993) menggambarkan status profesion perguruan masa kini dianggap mempunyai tiga keadaan negatif, iaitu keadaan yang tekanan, moral guru yang rendah dan perletakan jawatan (mungkin bukan dalam keadaan kegawatan sekarang). Menurut Dunham (1992), terdapat lima faktor utama yang menyebabkan berlakunya tekanan kerja guru iaitu salah laku pelajar, beban tugas, keperluan penghargaan, kekangan masa dan sumber, dan hubungan interpersonal. Menurut Dunham & Varma (1998), punca-punca stress yang mungkin dihadapi oleh guru adalah mengajar pelajar yang kurang bermotivasi, mengawal disiplin bilik darjah dan sekolah, tekanan masa dan bebanan kerja, menangani perubahan dinilai oleh pihak lain, mempunyai kaitan kerja dengan rakan sekerja, konsep kendiri dan

3

status, pihak pentadbiran dan pengurusan, konflik peranan dan tidak jelas atau keraguan serta persekitaran kerja yang tidak kondusif. Kyriacou (1987) pula mengenalpasti bahawa punca-punca stress ialah tekanan masa, sikap buruk pelajar terhadap sekolah dan kurangnya motivasi di sekolah, masalah pengurusan bilik darjah, gaji guru rendah, kurangnya bahan mengajar, keadaan bekerja yang tidak kondusif serta konflik dengan rakan sekerja. Menurut Anuar (2007) sikap ibu bapa yang terlalu mengharapkan guru mengajar anak mereka sehingga muncul sebagai pelajar cemerlang dalam akademik menjadi punca utama mereka menghadapi stress di tempat kerja sehingga menjejaskan prestasi perkhidmatan masing-masing. Kajian Unit kaunseling Jabata

Psikologi , jabatan Psikologi, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), bagi

mengenalpasti masalah guru di seluruh negara tahun lalu mendapati 83 peratus guru mengalami stress dengan harapan tinggi ibu bapa itu.

1.2.4 Tanda-tanda dan Simptom Stres Guru Tanda-tanda suatu stress boleh dikaji mengikut bidang kognitif, emosi, tingkah laku dan fizikal. Simptom kognitif adalah masalah ingatan, kurang memberikan tumpuan, membuat penilaian yang tidak tepat dan kerap berasa bimbang serta berpandangan negatif. Simptom emosional pula dilihat dengan tanda-tanda muram, cepat marah, tidak boleh relaks, rasa hendak menangis, rasa kesunyian dan kemurungan serta kesedihan. Dari aspek fizikal, stres memperlihatkan tanda-tanda seperti sakit sendi dan kesakitan, cirit-cirit atau konstipasi, sakit kepala, pening, sakit dada, mengalami masalah pencernaan, denyutan jantung pantas, ulser mulut, penurunan dalam desakan seks dan kerap mendapat selsema. Simptom stres juga boleh dikesan melalui tingkahlaku. Stres akan menyebabkan kita makan lebih atau kurang dari biasa, tidur terlalu banyak atau kurang, menyendiri, menangguhkan atau mengabaikan tanggungjawab, merokok, minum arak atau mengambil dadah untuk relaks serta mempunyai tabiat gelisah atau resah iaitu menggigit kukuh dan melangkah ke sana sini.

4

2.0

BURNOUT GURU

2.1

Konsep Burnout Burnout guru atau ‘Teacher Burnout’ digunakan oleh ahli psikologi

Freudenberger bagi situasi tekanan emosi dialami guru. Menurut Schwab (et al. 1986), Burnout guru adalah keadaan yang disebabkan oleh depersonalisasi, keletihan dan suatu perasaan pencapaian yang semakin menurun. Ia bermaksud suatu keadaaan keletihan dari segi emosi, mental dan fizikal yang disebabkan keadaan stres yang melampau dan berpanjangan. Biasanya keadaan ini berlaku apabila individu tidak dapat mencapai kehendak dan apabila berterusan sedemikian, individu akan kehilangan minat atau untuk terus melaksanakan kewajipan mengajar atau bekerja. Mattingly (1977) menghuraikan bahawa burnout adalah suatu gerak balas yang menyakitkan dan destruktif terhadap stres yang melampau. Maslach (et al. 1976) pula mendefinisikan burnout sebagai kehilangan minat oleh pekerja terhadap orang-orang yang bekerja terhadap orang-orang yang bekerja dengannya. Secara ringkasnya, Burnout merujuk kepada mengurangkan produktiviti,minat dan melemahkan semangat seseorang individu sehingga menyebabkan individu berasa marah, tidak berupaya, bersifat sinis dan tidak berguna. Akhirnya seorang individu akan berasa tidak berguna lagi.

2.2

Perbezaan Stres dan Burnout (copy paste ja jadual di bawah) Stres dan Burnout adalah dua ciri tekanan emosi yang berbeza. Stres adalah

tekanan dengan penglibatan perasaan yang keterlaluan manakala burnout adalah pelepasan daripada melibatkan diri menghadapi sesuatu. Apabila mengalami stres, individu akan menghasilkan rasa cemas dan hiperaktif. Manakala burout telah menyebabkan ketidakupayaan dan berputus asa. Dari segi fizikal, seseorang yang mengalami stres akan mudah atau serta merta kehilangan tenaga manakala burnout menyebabkan kemerosotan motivasi dan kehilangan harapan terhadap diri sendiri atau sesuatu. Individu yang mengalami stres akan mengakibatkan kegelisahan terhadap diri sendiri manakala burnout akan mengakibatkan pengasingan diri dan kemurungan. 5

Dari segi emosi, stres adalah kecederaan yang dialami secara fizikal manakala burnout

melibatkan

perasaan

yang

terhiris.

Memandangkan

stres

boleh

meningkatkan tekanan darah dan penyakit jantung maka stres yang keterlaluan mungkin boleh menyebabkan maut terlalu awal. Burnout tidak melibatkan masalah kesihatan tetapi mungkin akan menyebabkan perasaan seperti hidup yan tidak bermakna akibat kemurungan.

2.3

Punca dan Tanda-tanda Banyak punca yang dikaitkan dengan burnout. Punca utama dikaitkan dengan

hasil daripada tugas. Biasanya berlaku apabila seorang individu yang telah bekerja keras dan secara berlebihan tetapi tidak dihargai atau diiktiraf malah diarahkan membuat kerja yang lebih baik lagi. Contohnya seorang guru yang aktif di dalam kokurikulum dan sentiasa melaksanakan kerja kokurikulum dengan baik tetapi tidak pernah dianugerahkan apa-apa. Guru tersebut mungkin akan mengalami burnout. Burnout biasanya disebabkan oleh stres yang dihadapi guru dalam satu tempoh masa yang panjang. Faktor lain yang boleh menyumbang kepada burnout termasuk gaya hidup dan personaliti tertentu. Apa yag dilakukan oleh seseorang pada masa lapangnya serta bagaimana tanggapan seseorang terhadap dunianya memainkan peranan dalam menyebabkan burnout. Seterusnya, adalah dalam kalangan guru novis. Guru yang baharu keluar daripada institut perguruan dan masih perlu bimbingan tidak mendapat kerjasama daripada guru berpengalaman. Sedangkan tugas guru lama adalah membantu guru baru ini melaksanakan kerja-kerja yang biasa dilakukan oleh guru atau berbincang tentang menghadapi alam pengajaran di sekolah. Malangnya guru novis tidak mendapat perhatian dan terpaksa terkial-kial melaksanakan tugas sebagai seorang guru tanpa bantuan. Stres yang dihadapi sekiranya berlarutan akan menyebabkan burnout. Punca burnout seterusnya hasil daripada gaya hidup merangkumi aspekaspek, iaitu bekerja terlalu kuat tanpa rehat dan bersosial, diberi terlalu banyak tanggungjawab tanpa bantuan yang mencukupi daripada orang lain, tidak cukup

6

tidur dan kurangnya sokongan dari segi perhubungan sama ada pihak pentadbir, rakan sejawatan atau keluarga. Punca seterusnya berkaitan dengan jenis personaliti individu. Ia berkaitan dengan sikap guru yang mementingkan kesempurnaan semasa melakukan pekerjaan. Manakala tugasan orang lain sering dianggap kurang sempurna. Ada beberapa guru yang memandang pesimistik terhadap diri dan dunia luarnya. Namun ada juga guru yang tidak boleh melepaskan kawalan terhadap sesuatu tugas dan tidak mahu mengagihkan tugas kepada orang lain. Sikap mereka yang suka memaksa

diri

dan

membebankan

diri

sendiri

dan

lama-kelamaan

akan

menyebabkan burnout.

2.4

Tanda-tanda dan Simptom Burnout Burnout merupakan satu proses yang berlaku secara beransur-ansur dalam

suatu tempoh masa yang panjang. Kita boleh memastikan gejala burnout jika dikesan lebih awal. Tanda-tanda dan simptom burnout ialah ialah tanda-tanda fizikal, emosi dan tingkah laku. Tanda-tanda fizikal ialah individu akan rasa keletihan pada sepanjang masa, imuniti rendah, perubahan masa tidur dan pemakanan, sakit kepala, sakit belakang dan otot. Simptom sedemikian mungkin dialami kerana kerja berlebihan di sekolah ditambah lagi dengan kerja di rumah. Dari segi tanda-tanda emosi pula, seseorang individu akan rasa kegagalan dan keraguan kendiri seperti kurang bermotivasi, tidak berupaya dan bermaya, kurang berpuas hati, suka mengasingkan diri dan personaliti imej semakin negatif dan sinis. Akibatnya sikap murung akan dialami individu. Tanda-tanda tingkah laku yang ketara ialah individu mengundur diri daripada tanggungjawab, mengasingkan diri daripada orang lain, suka menangguhkan tugas dan mengambil masa panjang untuk menyempurnakannya. Adakalanya seseorang mengambil bahan ubat atau alkohol untuk menangani masalah. Ia boleh memudaratkan kesihatan atau menambah kebergantungan kepada ubat untuk mengurangkan

tekanan.

Seseorang

individu

kadang-kadang

mengalihkan

kekecewaannya kepada orang lain iaitu dengan menyalahkan pihak yang bersamasama melakukan tugas tersebut. Sehinggakan suatu masa, seseorang itu akan mengabaikan tugasnya kerana tidak mahu melakukan kerja yang menjadi 7

bebananya. Simptom burnout juga boleh dilihat pada individu yang datang bertugas lewat tetapi suka balik awal.

2.5

Langkah-langkah Menangani dan Menguruskan Tekanan Emosi Mencegah terjadinya stres atau burnout adalah lebih baik daripada

mengubatinya. Penyelidik menyarankan agar pencegahan burnout ini dilakukan lebih awal. Langkah-langkah pencegahan pula hendaklah diambil pada tahap pengurusan (perubahan dalam persekitaran sekolah) atau pada peringkat individu (memperkuat resos guru untuk mengawal stres).

Banyak intervensi atau

pencegahan awal yang boleh diambil dalam sistem sekolah. Salah satunya adalah latihan atau sesi pengenduran yang dilaksanakan untuk peserta meregangkan badan, membuat meditasi, membaca sesuatu yang memberikan inspirasi atau menulis jurnal. Selain itu, bengkel mengenai pengurusan masa, program pementoran untuk guru novis, pengurusan stres serta aktiviti peningkatan profesional perlu bagi mencegah guru burnout. Dalam bengkel menguruskan stres bererti latihan untuk membolehkan individu mengawal pemikiran diri, jadual persekitaran, emosi dan cara menangani masalah. Matlamat terakhir adalah suatu kehidupan seimbang, mempunyai masa untuk bekerja, hubungan dan rekreasi serta ketahanan untuk menangani tekanan dan menghadapi cabaran masa depan. Intervensi di sekolah boleh diambil untuk mencegah berlakunya burnout dalam kalangan guru. Antaranya adalah aktiviti-aktiviti perkembangan profesional guru, latihan rekreasi, bengkel mengurus stres dan masa, latihan pemakanan, senaman dan menambah baik keadaan bekerja, persekitaran bilik darjah, isu gaji, saling memahami budaya dan mengadakan peristiwa atau perayaan pelbagai agama dan sebagainya. Secara ringkasnya, seorang guru itu perlulah meningkatkan kecerdasan emosinya agar mereka dapat mengurangkan burnout dan mewujudkan suasana kerja yang kondusif. Guru harus mempunyai kesedaran diri untuk mengenal pasti emosi diri dan impaknya semasa menggunakan rasa hati untuk membimbingnya dalam membuat keputusan. Keseimbangan emosi dan tingkah laku guru perlu untuk 8

menyesuaikannya menghadapi tertentu. Kesedaran sosial juga penting agar guru dapat memahami dan bertindak balas positif terhadap emosi lain. Pengurusan hubungan juga amat penting untuk guru merangsang, mempengaruhi dan berhubungan dengan orang lain selain mengurus konflik dalam kalangan rakan sekerja.

2.6

RUMUSAN Masalah yang disebabkan tekanan emosi sangat ketara di sekolah akibat

desakan komitmen yang tinggi daripada guru untuk melaksanakan pelbagai agenda pendidikan setiap hari. Dengan modenisasi, tanggungjawab guru lebih mencabar dan peranan guru juga berubah. Hal ini menyebabkan para guru menghadapi tekanan emosi dan segelintir guru tidak dapat menangani tekanan kerja dengan sebaik mungkin. Ini menunjukkan elemen kecerdasan emosi sangat penting dan boleh memberi kesan yang besar terhadap tekanan dalam kerjaya perguruan. Pengaruh ini secara langsung akan mempengaruhi niat berhenti kerja di kalangan para

guru

yang

merupakan

reaksi

akhir

terhadap

bidang

kerjaya

mereka.Kesimpulannya, guru perlu mengenal pasti kehendak dan kemampuan diri sendiri serta bijak untuk memilih langkah terbaik agar dapat menangani tekanan emosi dengan berkesan. Ini kerana guru adalah individu utama yang dapat memainkan peranan penting untuk meningkatkan keberkesanan dalam melahirkan modal insan dan hasil kerja berkualiti bagi institusi berkenaan.

9

RUJUKAN

Ab. Aziz Yusof (2000): Pengurusan dan gelagat organisasi di abad ke-21. Selangor: Prentice Hall.

Abel, Millicent, G., Sewell and Joanne (1999). Stress and Burnout in Rural and Urban Secondary School Teachers. Journal of Educational Research. Vol.92.No.1.

Ahmad Azahari Sarmun (1998). Tinjauan Tahap Tekanan dan Punca stress di Kalangan Guru Sekolah Sabak Bernam. Universiti Teknologi Malaysia. Tesis Sarjana Muda.

Cooper, C., L. Cooper, R. D. & Eaker, L. H. (1988). Living With Stress. United State: Penguin Books.

Dunham, J. & Varma, V.D. (1998), Stress in Teachers : Past, Present and Future, London : Whurr Publisher Ltd.

Mohd. Azhar. (2004). Pengaruh kecerdasan emosi ke atas komitmen kerjaya, komitmen organisasi, kepuasan kerja dan tingkah laku warga organisasi. Tesis Dr. Fal. Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi.

Norkiah Abdul Kadir.(1981). Hubungan di antara ketegangang dan kepuasaan kerja dikalangan guru-guru: Satu kajian kes. Latihan Ilmiah. Bangi, Universiti Kebangsaan Malaysia.

10

View more...

Comments

Copyright ©2017 KUPDF Inc.
SUPPORT KUPDF