Tugasan Individu SKR 3023 (EDITED).pdf

September 11, 2017 | Author: Nomy Zahran Zainal | Category: N/A
Share Embed Donate


Short Description

tugasan...

Description

/ 30 SKR 3023 PENGENALAN KIMIA ANALISIS

TAJUK: LAPORAN AMALI PENTITRATAN ASID-BES

NAMA: NO. MATRIK:

NAMA AHLI KUMPULAN: 1. 2. 3. 4.

TARIKH:

TEMPAT:

PENSYARAH: DR. SALWATI BT YAAKUB / CIK TEH KAI LI

Eksperimen Pentitratan Asid-Bes Tujuan: Menentukan kepekatan larutan natrium hidroksida, NaOH, melalui kaedah pentitratan. Pengenalan: Apakah itu larutan piawai, kaedah pencairan dan titratan asid dan bes? (boleh merujuk kepada modul atau nota) Bahan: 1.0 M larutan asid hidroklorik, HCl, air suling, X M larutan natrium hidroksida, NaOH, dan penunjuk fenolttalein. Radas: Kelalang volumetrik 250 cm3, bikar 250 cm3, penitis, corong turas, silinder penyukat 250 cm3, pipet 25 cm3, kaki retort dengan pengapit, buret, jubin putih, kelalang kon. A) Penyediaan larutan dengan kepekatan tertentu dengan menggunakan kaedah pencairan Tujuan: Menyediakan larutan larutan asid hidroklorik, HCl, 0.5 M, melalui kaedah pencairan larutan piawai asid hidroklorik, HCl, 1.0 M. 1. Tentukan isi padu larutan piawai asid hidroklorik, HCl, 1.0 M yang perlu digunakan untuk menghasilkan larutan dengan kepekatan 0.5 M. 2. Sukat isi padu larutan asid hidroklorik, HCl, 1.0 M yang diperlukan dengan menggunakan pipet dan masukkan ke dalam kelalang volumetrik 250 cm3. 3. Tambahkan air suling sehingga mencapai aras senggatan 250 cm3 kelalang volumetrik. Gunakan penitis dan tambahkan air suling sehingga senggatan 250 cm3. 4. Tutupkan kelalang volumetrik dengan penutup dan telangkupkan beberapa kali sehingga larutan bercampur dengan sekata. Tugasan 1: Kirakan isi padu larutan piawai asid hidroklorik, HCl, 1.0 M yang perlu digunakan untuk menghasilkan larutan dengan kepekatan 0.5 M. Tugasan 2: Lukiskan gambar rajah berlabel untuk pencairan asid hidroklorik, HCl. B) Pentitratan natrium hidroksida, NaOH, (X M) dan asid hidroklorik, HCl ,(0.50 M) Tujuan: Menentukan kepekatan larutan natrium hidroksida, NaOH, melalui kaedah pentitratan. 1. Pipet dibilas dengan sedikit air suling dan diikuti oleh sedikit larutan natrium hidroksida, NaOH. 2. Dengan menggunakan pipet 25.0 cm3 larutan natrium hidroksida, NaOH, dipindahkan ke dalam kelalang kon. 3. Beberapa titik penunjuk fenolftalein dititiskan ke dalam larutan natrium hidroksida, NaOH, dalam kelalang kon itu. 4. Goncang kelalang kon supaya campuran bercampur dengan sekata. 5. Buret dibilas dengan sedikit asid hidroklorik, HCl, 0.5 M dan kemudian diisi dengan asid yang sama. 6. Buret diapit secara tegak pada kaki retort. 7. Letakkan kelalang kon yang mengandungi larutan natrium hidroksida, NaOH, di atas jubin putih pada tapak kaki retort. 8. Rekodkan isi padu awal larutan asid hidroklorik, HCl, di dalam buret. 9. Asid hidroklorik, HCl, ditambah secara perlahan-lahan ke dalam kelalang kon sementara kelalang kon digoncang sepanjang aktiviti itu. 10. Asid hidroklorik, HCl, ditambah sehingga larutan dalam kelalang kon berubah dari warna merah jambu gelap kepada warna merah jambu muda (takat akhir/ takat neutral). 11. Rekodkan isi padu akhir (isi padu kasar) asid hidroklorik, HCl, dalam buret.

12. Ulang langkah 2-11 sekurang-kurangnya tiga kali untuk mendapatkan isi padu asid hidroklorik, HCl, yang lebih tepat pada takat akhir (takat neutral). Tugasan 3: Tulis persamaan kimia yang seimbang antara natrium hidroksida, NaOH dan asid hidroklorik, HCl. Tugasan 4: Kirakan kepekatan larutan natrium hidroksida, NaOH, yang digunakan melalui kaedah pentitratan dalam eksperimen ini. (TIPS: Gunakan M1V1/M2V2 = a/b) Tugasan 5: Lukiskan gambar rajah berlabel untuk pentitratan dalam eksperimen ini.

HASIL AMALI/ KEPUTUSAN: Rekodkan keputusan eksperimen dalam jadual berikut: Bacaan I kasar 3 Bacaan akhir HCl/ cm Bacaan awal HCl/ cm3 Isipadu HCl yang digunakan/ cm3

II

Purata HCl yang digunakan: _________ cm3 (Tunjukkan kiraan untuk dapatkan purata HCl) PERBINCANGAN: 1. Mengapakah larutan natrium hidroksida tidak digalakkan diisi ke dalam buret? 2. Mengapakah pipet dan buret perlu dibilas dengan air suling diikuti oleh sedikit larutan kimia yang akan digunakan? 3. Cadangkan penunjuk yang boleh digunakan untuk eksperimen ini selain daripada penunjuk metil jingga dan fenolftalein. LATIHAN: 1. Sebanyak 1000 mL larutan asid hidroklorik, HCl, 1.0 M disediakan sebagai larutan piawai di dalam makmal. Larutan asid hidroklorik HCl tidak boleh disediakan dalam makmal dengan hanya melarutkan pepejal ke dalam air. Namun, asid oksalik, H 2C2O4 boleh digunakan dalam penyediaan larutan piawai dalam aktiviti makmal. Berapa banyak asid oksalik, H2C2O4 (dalam gram) perlu dilarutkan dalam air untuk 1000 mL larutan piawai asid oksalik, H2C2O4 1.0 M? (TIPS: Rujuk Nota Minggu Analisis Volumetrik: 4.2 Pengiraan Kepekatan Larutan Piawai ) 2.

Sekiranya asid hidroklorik, HCl, 1.0 M diganti dengan asid sulfurik, H 2SO4, 1.0 M untuk meneutralkan 25 mL larutan natrium hidroksida, NaOH, 1.0 M, berapakah isi padu asid sulfurik, H2SO4 1.0 M yang diperlukan? Natrium hidroksida bertindak balas dengan asid sulfurik untuk menghasilkan natrium sulfat Na2SO4 dan air, H2O. (TIPS: Seimbangkan persamaan antara H2SO4 dan NaOH, kemudian gunakan M1V1/M2V2 = a/b seperti yang telah dibincangkan semasa amali )

KESIMPULAN: (Jawab ikut TUJUAN, apakah kepekatan NaOH daripada eksperimen anda?) RUJUKAN: Sekurang-kurangnya 2 rujukan (daripada buku rujukan atau sumber internet)

View more...

Comments

Copyright ©2017 KUPDF Inc.
SUPPORT KUPDF