Tugasan Individu Dual LANGGUAGE
August 31, 2017 | Author: AIRIN | Category: N/A
Short Description
pro and kontra DLP...
Description
1.
PENGENALAN
DEFINISI DAN SEJARAH DLP adalah singkatan kepada Dual Langguage Programme. Dual langguage bermaksudd Dwibahasa yang mengenengahkan satu bahasa yang diguna pakai seluruh dunia dan satu lagi bahasa rasmi yang digunakan di negara tersebut. Bahasa Dual adalah satu bentuk pendidikan di mana pelajar diajar literasi dan kandungan dalam dua bahasa. Menggunakan dua bahasa yang berbeza dalam masa yang sama mempelajari bahasa kedua di samping terus membangunkan bahasa pertama mereka. Konsep kedwibahasaan merupakan dua bahasa yang digunakan dalam masyarakat lebih kurang sama dengan konsep biliggual di mana lebih dari dua bahasa di gunakan dalam masyarakat. Dalam peggunaan ‘Dual langguage’ hanya dua bahasa yang diutamakan Menurut Macnamara (1967), kedwibahasaan bermaksud seorang itu dapat menguasai sekurang-kurangnya satu kemahiran bahasa dan bahasa keduanya pada tahap pemahaman. Pendidikan dwi-bahasa secara umumnya dilihat sebagai satu cara untuk memastikan bahawa pelajar bukan berbahasa Inggeris, atau pelajar-pelajar yang belum mahir dalam Bahasa Inggeris, diberi peluang saksama untuk berjaya dan menjayakan pendidikan mereka. Pihak sekolah dan guru-guru boleh menggunakan pelbagai strategi dwi-bahasa, masing-masing dengan matlamat arahan tertentu. Program-program biasanya direka pada masa yang sama membangunkan kefasihan bahasa Inggeris, pengetahuan kandungan, dan akademik bahasapengetahuan, kemahiran dan kecekapan budaya yang diperlukan untuk berjaya dalam program akademik. Cabaran generasi muda dalam mengadaptasi permintaan dunia yang semakin berubah yang mengharapkan standard serta harapan yang tinggi dan permintaan terhadap kurikulum dalam dwi bahasa menurut Richard W. Riley 2000, merupakan sebahagian kenyataan mengapa wujudnya ‘dual langguage’. Pendidikan dwi-bahasa telah wujud di Amerika Syarikat untuk kira-kira dua abad, dan ia mencapai kemuncak populariti pada 1970-an, penggunaan pendidikan dwi-bahasa di sekolah-sekolah awam telah menurun dengan ketara dalam beberapa dekad kebelakangan ini kerana tindakan undangundang yang telah dicari untuk menghadkan penggunaannya, bercanggah penyelidikan mengenai manfaatnya, perbezaan pendapat pedagogi dan ideologi, dan pembiayaan berkurangan dan sumber yang semakin menurun dalam menyokong pendekatan program ini. Namun menggunakan pendekatan ‘dual langguage’ atau dwi-bahasa peratus pelajar bersaing dalam penggunaan lebih dari satu bahasa semakin meningkat, Educate America Act of 1994.
1
Dalam tahun-tahun kebelakangan ini, program dwibahasa telah menjadi satu trend di dunia, termasuk di negara-negara Asia. Penggunaan meluas Bahasa Inggeris di sekolah-sekolah dan universti disokong oleh dasar kerajaan dan ini menjadikan bahasa Inggeris menjadi bahasa kedua dan asing diajar di negara-negara Asia. Kerajaan secara berterusan cuba untuk mencari cara yang berkesan untuk pengajaran Bahasa Inggeris. Walaupun penggunaan meluas bahasa Inggeris dalam persekitaran pendidikan, masih terdapat banyak pandangan negatif terhadap amalan pendidikan dwibahasa di dunia. Mereka sebenarnya tidak mempunyai sebab-sebab saintifik. Di Malaysia, Menurut Asiah (1999), kepentingan Bahasa Inggeris boleh dilihat dalam perkembangan ekonomi negara di mana Malaysia masih bergantung kepada ekonomi dunia yang lebih ke arah ekonomi barat. Bahasa Inggeris telah menjadi bahasa dunia dan keperluan yang melibatkan aktiviti ekonomi seperti kejuruteraan, perindustrian, perdagangan, kehakiman dan sebagainya. Oleh itu, Bahasa Inggeris diberi peranan baru sebagai bahasa kedua walaupun peranan terhad berbanding dengan bahasa Melayu tetapi keperluan bahasa Inggeris adalah penting dari segi perdagagan dan komunikasi antarabangsa. Dasar Pendidikan Kebangsaan Malaysia Tahun 1966 telah meletakkan Bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua dalam sistem pendidikan. Ini bererti Bahasa Inggeris dijadikan bahasa kedua penting selepas bahasa kebangsaan iaitu Bahasa Melayu. Menurut Gaudart (1987) apabila pendidikan kedwibahasaan sendiri tidak diperakui secara terbuka, maka sistem pendidikan nasional adalah pemangkin kepada pendidikan kedwibahasaan.
TUJUAN Pelaksanaan DLP bertujuan untuk menyokong penguasaan kemahiran berbahasa Inggeris murid melalui peningkatan masa pendedahan kepada bahasa Inggeris secara tidak langsung. Dengan pengukuhan dwibahasa seseorang murid, DLP boleh memberi peluang kepada murid untuk meningkatkan akses, penerokaan pelbagai ilmu untuk bersaing di peringkat global serta meningkatkan kebolehpasaran murid di alam pekerjaan. DLP merupakan satu program pilihan, sekolah yang berminat dan memenuhi kriteria yang telah ditetapkan boleh membuat permohonan secara rasmi ke Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) masing-masing. Program ini dapat membantu dan menarik minat murid yang ingin meneruskan pengajian dalam bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) di peringkat tertiari.
2
LATAR BELAKANG DAN PERLAKSANAAN DLP DLP Dual Language Programme (DLP) adalah program yang diperkenalkan di bawah dasar Memartabatkan Bahasa Malaysia Memperkukuh Bahasa Inggeris (MBMMBI) yang memberi pilihan kepada sekolah-sekolah yang memenuhi kriteria untuk mengadakan sesi pengajaran dan pembelajaran dalam bahasa Inggeris sepenuhnya selain daripada bahasa Malaysia bagi mata pelajaran Matematik, Sains, Teknologi Maklumat dan Komunikasi, serta Reka Bentuk dan Teknologi. Dasar MBMMBI diperkenalkan untuk memastikan murid boleh menguasai bahasa Malaysia dan bahasa Inggeris dengan fasih dan betul. Di bawah dasar MBMMBI, Kementerian mengambil langkah untuk mengukuhkan lagi penguasaan bahasa dengan memperkenalkan 23 program. Kini, Kementerian memperkenalkan 2 program baharu iaitu Program Imersif Tinggi (Highly Immersive Programme, HIP) dan Program Dwibahasa (Dual Language Programme, DLP). Langkah ini akan meningkatkan pendedahan terhadap bahasa Inggeris bagi memperkukuh kemahiran berbahasa Inggeris. Dengan pelaksanaan DLP, Kementerian akan menilai sekolah yang mempunyai keupayaan dan sumber yang sedia ada dengan sewajarnya untuk memastikan keberkesanan program ini bagi sekolah-sekolah yang terlibat. Dalam Bajet 2016 yang dibentangkan baru-baru ini, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengumumkan inisiatif DLP dan HIP yang akan mula dilaksanakan di sekolah-sekolah pada tahun 2016 dengan peruntukan sebanyak RM38.5 juta. Sebanyak 300 sekolah perintis akan melaksanakan Program Imersif Tinggi (HIP) dan Program Dwibahasa (DLP) sejajar dengan usaha pengukuhan Bahasa Inggeris di bawah dasar Memartabatkan Bahasa Malaysia, Memperkukuh Bahasa Inggeris (MBMMBI) DLP diputuskan untuk di jalankan bertitik tolak dari kegagalan PPSMI. Kronologi pemansuhan PPSMI adalah kerana beberapa kelemahan yang dilihat dari pelbagai perspektif .Pada tahun 2008, keputusan UPSR untuk sekolah perintis PPSMI telah diberi peluang untuk menjawab soalan Sains dan Matematik dengan menggunakan dwibahasa. Keputusan rasmi UPSR telah mencatatkan hasil yang menggalakkan dari segi penggunaan Bahasa Inggeris dalam jawapan Sains dan Matematik. Ketua Pengarah Pendidian Datuk Alimuddin Mohd Dom telah melaporkan 31% murid memilih Bahasa Inggeris untuk menjawab soalan Sains dan 46% daripada 238,153 calon menjawab dengan bahasa perantara. Akan tetapi, keputusan dipertikaikan oleh beberapa pihak yang mengatakan terdapat jurang pembelajaran di antara murid bandar dan luar bandar. Murid di bandar berasal daripada latar belakang berpendidikan Bahasa Inggeris sedangkan murid luar bandar masih kekal 3
dengan penggunaan bahasa ibunda. Perbezaan ini memberi kesan kepada keputusan peperiksaan. Bukn itu sahaja, berdasarkan hasil kajian 2007 menunjukkan skor purata pencapaian pelajar Malaysia dalam Matematik dan Sains merosot dengan ketara. Skor Matematik 2007 merosot kepada 474 mata berbanding 508 mata pada 2003 dan 519 bagi 1999, iaitu penurunan sebanyak 34 mata. Skor Sains pula merosot kepada 471 mata pada 2007 daripada 510 pada 2003 dan 492 bagi kohort 1999. Ini mencatatkan penurunan 40 mata antara 2007 dan 2003.Di kalangan 59 negara yang mengambil bahagian dalam kajian TIMSS 2007, yang dilaksanakan Sekolah Pendidikan Lynch, Boston College, Chestnut Hill, Massachusetts, Amerika Syarikat itu, ada negara yang skor purata pencapaian pelajarnya meningkat sedikit atau menurun sedikit. Kemerosotan skor purata pencapaian pelajar Malaysia sebanyak 34 mata bagi Matematik dan 40 mata bagi Sains adalah signifikan, mengikut laporan itu dan terbesar sekali di kalangan 59 negara itu.
Berdasarkan pelbagai pertimbangan, pemansuhan itu diputuskan oleh kabinet Malaysia. Sebelum itu Tan Sri Muhyiddin Yassin turut mendapatkan pandangan daripada penggerak dasar tersebut, Tun Dr Mahathir Mohamad. Beliau juga menemui pihak UNESCO di Paris untuk mendapatkan pandangan pelbagai pihak.Pemansuhan itu dibantah oleh pengagum bahasa Inggeris, mereka yang bertutur bahasa Inggeris di rumah, bersekolah di bandar dan lain-lain. Antaranya adalah Kelab Penyokong PPSMI yang menggelar kumpulan mereka PAGE (Parents Action Group for English) dan dipengerusi oleh Noor Azimah Abdul Rahim. Peruntukan RM5 juta disediakan untuk memantapkan bahasa Inggeris di sekolah-sekolah. Dan ini amat merugikan dan pembaziran. Namun keputusan akhir telah diambil mengambil kira pelbagai elemen akhirnya Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) dimansuhkan mulai 2012 di sekolah rendah dan sekolah
menengah Malaysia.
Tetapi Bahasa
Inggeris terus
menjadi bahasa
pengantar di
peringkat universiti, matrikulasi dan tingkatan 6. Pemansuhkan itu diumumkan oleh Menteri Pelajaran Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada 8 Julai 2009 setelah mendapat kecaman parti politik, ibu bapa cendekiawan, gerakan pelajar dan mahasiswa, pakar bahasa dan sasterawan di Malaysia. Setelah pemansuhan PPSMI, satu dasar baru diperkenalkan iaitu Dasar Memartabatkan Bahasa Malaysia Memperkukuh Bahasa Inggeris (MBMMBI) telah diperkenalkan dengan objektif untuk memartabatkan Bahasa Malaysia sebagai bahasa pengantar bagi mata pelajaran Sains dan Matemati di Sekolah Kebangsaan dan Sekolah Menengah serta menambahbaikkan pendekatan pengajaran dan pembelajaran bahasa Malaysia. Tujuan utama memartabatkan Bahasa Malaysia kerana bahasa Malaysia merupakan bahasa Kebangsaan yang akan menjadi alat perpaduan, bahasa
4
perhubungan dan bahasa ilmu ke arah kemajuan negara dan bangsa untuk mencapai hasrat Falsafah Pendidikan Negara.
5
2.
STANDARD OPERATING PROCEDURES (SOP) DLP
“DLP” merupakan program yang memberi pilihan kepada sekolah untuk menggunakan bahasa Inggeris sepenuhnya dalam pengajaran dan pembelajaran (PdP) mata pelajaran Sains, Matematik dan mata pelajaran Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) yang lain Program ini dilaksanakan sebagai salah satu inisiatif di bawah Dasar Memartabatkan Bahasa Malaysia Memperkukuh Bahasa Inggeris (MBMMBI) Perlaksanaan ‘DLP’ mengikut :1.
Kriteria i.
Sekolah mempunyai sumber yang mencukupi. Sumber adalah merujuk kepada buku teks, bahan rujukan, bahan bantu mengajar dan lain-lain bahan sokongan pengajaran dan pembelajaran.
ii.
Pengetua/Guru Besar dan Guru bersedia untuk melaksanakan DLP. Pengetua/Guru Besar perlu mempunyai rancangan jangka panjang dan jangka pendek untuk memastikan bilangan guru dan murid yang mencukupi.
iii.
Permintaan dan sokongan daripada ibu bapa. Ibu bapa perlu memberi persetujuan secara bertulis kepada pihak sekolah untuk membolehkan anak mereka mengikuti DLP. PIBG juga perlu bersetuju dan menyokong pelaksanaan DLP.
iv.
Pencapaian sekolah dalam mata pelajaran Bahasa Melayu menyamai atau lebih baik daripada pencapaian purata kebangsaan Bahasa Melayu. Pencapaian ini mestilah menyamai atau lebih baik daripada pencapaian purata GPMP kebangsaan Bahasa Melayu peperiksaan awam (UPSR dan SPM) bagi tahun sebelumnya.
2
Pelaksanaan DLP Kelas DLP mestilah mempunyai sekurang-kurangnya 15 orang murid bagi satu kelas dengan mengekalkan bilangan kelas yang sedia ada. Kelas DLP perlu menggunakan bahasa inggeris sepenuhnya untuk pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran yang terlibat.
6
3
Mata Pelajaran Yang Terlibat adalah Sains, Matematik, Reka Bentuk & Teknologi (RBT),
Asas Asas Sains Sains Komputer (ASK) dan mata pelajaran STEM yang akan ditentukan dari keke ke
semasa. Mata pelajaran Sains mesti diambil bersama-sama Matematik.
4
Bahan Sokongan Pengajaran dan Pembelajaran a. Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (dimuat naik dalam portal KPM) b. Panduan Perkembangan Pembelajaran Murid (dimuat naik dalam portal KPM) c. Buku teks d. Buku rujukan bagi pusat sumber sekolah dan panitia mata pelajaran
5
Peruntukan Masa Pengajaran dan Pembelajaran Peruntukan masa pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran yang terlibat dalam pelaksanaan DLP adalah kekal seperti peruntukan masa yang sedang berkuat kuasa sekarang.
6
Pentaksiran Semua peperiksaan awam bagi mata pelajaran Sains dan Matematik mulai tahun 2016 akan disediakan dalam dwibahasa iaitu bahasa Malaysia dan bahasa Inggeris.Pentaksiran sekolah bagi mata pelajaran yang terlibat perlu disediakan dalam bahasa pengantar yang digunakanu
7
Urusan pertukaran guru i.
Guru yang terlibat dalam DLP boleh memohon pertukaran. Walau bagaimanapun PPD perlu memastikan guru DLP yang bertukar, diganti dengan guru DLP yang baharu (back to back).
ii.
Guru DLP yang berpindah diberi keutamaan untuk ditempatkan di sekolah DLP.
iii.
PPD boleh melaksanakan redeployment guru bagi memastikan bekalan guru DLP mencukupi.
7
3.
RIAKSI DARI BIDANG AKADEMIK
Bahasa Inggeris telah dibawa masuk ke dalam negara kita sejak zaman sebelum kemerdekaan. Malah, selepas kemerdekaan kita masih mengamalkan sistem pendidikan yang dibawa masuk oleh penjajah, khususnya British. Beberapa orang tokoh pendidikan seperti Lim Lian Gok dan Amanuddin Baki telah berjuang untuk mengubah sistem pendidikan yang beimej tanah melayu dan menghakis sistem pendidikan British (Tan Yao Sua, 2010). Namun begitu, Bahasa Inggeris masih dijadikan satu matapelajaran yang wajib dipelajari di sekolah-sekolah sehingga kini. Pencapaian pelajar di Malaysia, terutamanya pelajar di luar bandar adalah tidak memberangsangkan. Kesedaran dalam diri pelajar-pelajar untuk menguasai Bahasa Inggeris, yang menjadi bahasa antarabangsa itu juga sangat rendah. Walaubagaimanapun, pengajaran Matematik dalam Bahasa Inggeris menjadi isu di negara kita. Pelbagai pendapat dan cadangan dari masyarakat dapat dilihat terhadap perkara ini. Terdapat juga kajian-kajian yang dilakukan dalam melihat kesan terhadap pelaksanaan ini. Menurut Wan Norazian Wan Ali (2009), penggunaan Bahasa Inggeris dalam Matematik menjadi satu masalah terhadap pelajar sekolah harian. Pelajar dari sekolah berasrama penuh kurang bermasalah dalam mengikuti pembelajaran Matematik dalam Bahasa Inggeris. Tahap penguasaan Bahasa Inggeris yang rendah telah menyebabkan seseorang pelajar itu sukar memahami konsep sesuatu pembelajaran lalu menyebabkan mereka mengalami kemerosotan dalam matapelajaran Matematik. Manakala, persepsi guru terhadap dasar ini turut dilihat dalam kajian Aziz Nordin dan Yang See Boon (2010). Guru-guru menghadapi masalah dalam menerangkan tentang sesuatu topik kepada pelajar. Alat bantu mengajar yang disediakan Kementerian Pendidikan Malaysia untuk sekolah-sekolah di luar bandar adalah tidak mencukupi. Ini menyebabkan sesi pembelajaran menggunakan modul-modul yang disediakan tidak berkesan kepada pelajar. Namun begitu, penggunaan ICT diakui merupakan langkah yang baik dalam melaksanakan dasar ini kerana ia mampu menarik minat pelajar dengan kaedah belajar visual tersebut terutama platform VLE Frog yang sangat mesra pengguna dan interaktif. Ciri-ciri utama MBMMBI itu sendiri yang mengutamakan penggunaan ICT serta pembelajaran secara didik hibur.
8
Menurut kajian antarabangsa seperti United Nations Educational, Scientific and Cultural Organization (UNESCO), bahasa ibunda yang mudah difahami oleh murid adalah bahasa terbaik untuk dijadikan bahasa pengantar, terutamanya di peringkat rendah. UNESCO mengakui kaedah pengajaran dan pembelajaran dalam bahasa ibunda merupakan faktor utama yang menyumbang kepada pencapaian matlamat ‘education for all’ (pendidikan untuk semua), iaitu matlamat menyediakan akses, ekuiti dan kualiti dalam pendidikan kepada semua tanpa mengira bahasa, lokaliti, sosioekonomi dan jantina. Laporan ismaweb.com 31 march 2016 menyatakan Cikgu Noorzamri Ibrahim Presiden Ikatan GuruGuru Muslim Malaysia (i-Guru) meluahkan kebimbangan berhubung Program Dwibahasa (DLP) bagi meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris pada peringkat sekolah rendah dan menengah akan menjejaskan kedudukan bahasa Melayu. Tambah beliau kelemahan bukan dilihat pada penguasaan bahasa Inggeris sebaliknya bahasa Melayu tidak diberi peluang untuk diperkasakan dalam bidang sains dan teknologi.Menurut Robiah Sidin (1994), pelajar sukar memahami konsep dalam mata pelajaran Sains, Matematik dan lain-lain berpunca daripada kelemahan dalam penguasaan bahasa. Ini kerana, untuk memahami sesuatu konsep dalam pembelajaran, pelajar perlu terlebih dahulu menguasai bahasa yang menjadi perantara mata pelajaran tersebut. Penggunaan Bahasa Inggeris boleh menyebabkan pelajar yang lemah Bahasa Inggeris merasa takut untuk belajar subjek Sains dan Matematik. Pelajar juga mungkin keliru antara menguasai bahasa perantara dan juga konsep pembelajaran subjek. Jika dilihat kepada soalan-soalan Matematik dan Sains pada masa kini, terutamanya soalan yang melibatkan kemahiran berfikir aras tinggi. Meskipun soalan dinyatakan didalam Bahasa Malaysia, kekeliruan terhadap soalan terbabit masih berlaku di kalangan pelajar. Prof. Datuk Dr. Teo Kok Seong Felo Utama Institut Kajian Etnik (Kita), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) berkata, pelaksanaan program itu bukan sahaja memberi masalah kepada murid khususnya yang tinggal di luar bandar, malah menjejaskan perpaduan dan bahasa Melayu itu sendiri. Sebaliknya, beliau menyokong pelaksanaan Program Imersif Tinggi (HIP) kerana tujuan program itu dilihat selari dengan dasar memartabatkan bahasa Melayu serta memperkukuhkan bahasa Inggeris dalam komuniti sekolah. Bahasa, seperti yang diketahui umum amat penting dalam memastikan proses pengajaran dan pembelajaran berjalan dengan lancar. Sekiranya medium perantara ini mengalami gangguan di tengah-tengah, maka proses interaksi antara guru dan pelajar akan gagal. Dalam usaha kearah 9
mencapai Wawasan 2020 yang hanya berbaki lima tahun sahaja lagi, kita tidak boleh menoleh ke belakang lagi. Kesemua strategi, usaha dan kerjasama yang telah dirancang perlu sama-sama dijayakan agar kita mampu bersaing dalam pendidikan di peringkat global.
4.
ISU DLP PADA MASYARAKAT LUAR
Pelbagai pandangan masyarakat yang terlalu pedas mengkritik kewujudan DLP . Namun masih ada pihak luar yang menyokong dasar ini diteruskan. Rata-rata mereka manganggap DLP tidak lain hanyalah jelmaan kepada dasar PPSMI yang telah dimansuhkan pada 2009. Kajian yang dijalankan terhadap para pelajar kesan dasar PPSMI menunjukkan hanya 10-12 peratus guru menggunakan Bahasa Inggeris dalam proses P&P subjek yang berkenaan. Selain itu, hanya 6.2 hingga 9.1 peratus murid Tahun 5 menyatakan keselesaan belajar dalam Bahasa Inggeris bagi subjek Matematik dan Sains. Data ini menunjukkan kegagalan PPSMI bukan sahaja meningkatkan kemahiran berbahasa Inggeris dalam kalangan pelajar, malah, meninggalkan kesan negatif terhadap proses P&P bagi subjek Sains dan Matematik. DLP hanyalah bayangan kepada kegagalan PPSMI meskipun ia bersifat pilihan kepada sekolah.
GAGASAN Pendidikan Melayu Malaysia (Gagasan) Melaka pula menyokong DLP yang diperkenalkan di bawah Dasar Memartabatkan Bahasa Malaysia, Memperkukuh Bahasa Inggeris (MBMMBI) adalah untuk merealisasikan aspirasi rakyat menerusi Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM 2013-2025).DLP yang akan dilaksanakan secara berperingkat-peringkat di semua sekolah adalah satu program untuk meningkatkan kemahiran bahasa Inggeris melalui peningkatan penggunaan dan penguasaan bahasa tersebut di dalam komuniti sekolah.
Keratan akhbar Berita Harian, 30 Oktober 2015 merujuk kepada DLP mendapat bantahan daripada orang ramai, .Satu perbincangan meja bulat diadakan dan dihadiri oleh 15 badan bukan kerajaan (NGO). Hasil daripada perbincangan tersebut, kesemua NGO tersebut membantah pelaksanaan DLP
10
dan HIP. Hal ini kerana pelaksanaannya adalah bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan dan hanya mempunyai kepentingan ekonomi semata-mata. Menurut Ketua II Gabungan Penulis Nasional (Gapena), Datuk Zainal Abidin Borhan dalam berita Astro awani Jan 2016, pelaksanaan program itu bukan sahaja tidak berkesan dalam meningkatkan penguasaan dalam bahasa tersebut, malah membawa kesan yang lebih teruk di mana pelajar sukar memahami dengan sebenar-benarnya konsep sains dan matematik yang diajarkan. Malah ia juga melanggar wasiat Raja-Raja Melayu dan bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan di bawah Perkara 152 yang memperjelaskan Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi. Turut mempertikaikan program DLP berdasarkan pekeliling yang dikeluarkan kementerian, program tersebut adalah bersifat berat sebelah kerana program tersebut hanya dilaksanakan di sekolah rendah dan menengah kebangsaan dan tidak pada sekolah jenis kebangsaan. Prof Emeritus Dr Abdullah Hasan dalam warkahnya ‘Warkah Rayuan kepada Perdana Menteri Malaysia’ bertarikh 25 November 2015 yang menganggap DLP membebankan murid dan pelajar untuk belajar ilmu Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris, apatah lagi jika sekolah yang melaksanakannya di luar bandar. Banyak terma sains yang sukar difahami walaupun setahun belajar. Turut menyifatkan DLP adalah satu pendekatan yang tidak wajar kerana guru dan pelajar tidak mahir dalam bahasa Inggeris bagi menjalankan aktiviti pengajaran dan pembelajaran dalam bahasa Inggeris. Juga langkah ini akan mencacatkan prestasi pelajar dalam menguasai mata pelajaran penting ini. Nasrudin bin Hassan, Ketua Penerangan PAS bersama badan - badan bukan kerajaan dan tokohtokoh pejuang bahasa menganjurkan perhimpunan ‘Perhimpunan Aman Bantah DLP bagi mendengar secara langsung hujjah dari para pejuang bahasa kenapa DLP mesti dibantah. Menurut mereka Adalah tanggungjawab PAS untuk meninggikan peranan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan. Di dalam Perlembagaan PAS; Fasal ke 6, item 7 iaitu Mempertahankan Bahasa Malaysia sebagai bahasa rasmi negara yang tunggal dalam amalannya di samping berusaha mengembangkan bahasa al-Quran. b) Pengenalan DLP bertentangan dengan semangat Perlembagaan Persekutuan itu sendiri pada perkara 152 (1) dan (6) yang menetapkan Bahasa Melayu selaku bahasa rasmi negara ini. c) Perlaksanaannya adalah tidak seiring dengan kandungan Akta Bahasa Kebangsaan (syeksen 2) dan Akta Pendidikan (syeksen 17). Begitu juga ianya tidak mendokong usaha yang diterapkan melalui Penyata Razak 1956 dan Penyata Rahman Talib 1960.
11
Prof Ir Dato’ Dr. Hj. Wan Ramli Wan Daud dalam artikelnya English Not Only Language of Science’ untuk terbitan akhbar The Star menyatakan dominasi Bahasa Inggeris dalam komunikasi saintifik sebenarnya menunjukkan bahawa Bahasa Inggeris sudah sebati sebagai bahasa komunikasi untuk sains, tetapi sebenarnya ianya bukanlah satu-satunya bahasa yang digunakan untuk mengajar mahupun bahasa yang digunakan untuk penemuan sains yang terbaru dapat ditemui. Oleh itu, Bahasa Inggeris tidak menyumbang kepada sains, tetapi semata-mata sebagai terjemahan atau penulisan semula. Oleh kerana pelajar MSc dan Ph.D di antara yang menyerlah, mereka tidak mempunyai masalah dalam berkomunikasi dalam membentangkan keputusan saintifik mereka di dalam Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris di persidangan antarabangsa dengan yakin, kerana hasil kerja mereka adalah kerja saintifik yang bertaraf dunia.
5.
PANDANGAN DAN PERSETUJUAN TERHADAP DLP
Rata-rata lebih banyak pihak yang membantah dari yang memberi respon yang positif terhadap DLP. Namun Setelah meneliti serta mengambil kira pelbagai perspektif dan pandangan pelbagai pihak terhadap DLP saya mempunyai pandangan saya tersendiri. Anasir-anasir luar, keyboard warrior, netizen, paparazzi sentiasa ada untuk menghentam mahupun mengkritik setiap dasar yang dibawa dalam bidang pendidikan. Namun setiap kecaman dari mereka ada benar dan mempunyai hujahhujah yang mempunyai realiti dan logiknya berdasarkan sumber data dan fakta. Memetik dari katakata dari Abraham Lincon “Be sure you put your feet in the right place, then stand firm” dan “ When you reach the end of your rope tie a knot and hang on” Sepatutnya pihak yang berwajib bukanlah melatah dan membuat keputusan yang salah. Sebaliknya mencari dan mengenalpasti di mana kelemahan dasar tersebut dan memikirkan alternatif yang boleh digunapakai untuk memperbetulkan segala kelemahan. Sehingga bila dan sehingga mana harus lari dari membetulkan kekurangan asyik mencari idea baru dan merubah idea yang sedia ada. Berpegang pada apa yang di rancang perbaiki segala kelemahan dan kaji penambahbaikan yang perlu kerana kami bagi golongan pendidik tidak sanggup lagi berdepan dengan kegagalan PPSMI sebelum ini dan kini berhadapan dengan cabaran DLP. DLP dan HIP yang diperkenalkan di bawah MBMMBI adalah untuk merealisasikan aspirasi rakyat menerusi Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM 2013-2025). Bagaimanakah ianya dapat direalisasikan dan dijayakan sekiranya terlalu banyak bantahan dari pelbagai pihak. Namun perkara ini dapat diteruskan sekiranya tindakan memperbaiki kelemahan dasar itu sendiri termasuklan perlaksanaan, latihan guru dan pelbagai sudut yang memainkan peranan dalam menjalankan DLP. 12
Baharudin Husin (Timbalan Pengerusi Gagasan Melaka) merasa kecewa kerana terdapat segelintir masyarakat Malaysia terutama penjawat awam yang membantah pelaksanaan DLP. Menurut beliau ia satu dasar yang baik untuk penguasaan Bahasa Inggeris dikalangan pelajar. Memetik dari kata-kata Dr Khoo Kay Kim dalam keratan akhbar Berita Harian 30 Oktober 2015 menyarankan supaya kuasai pelbagai bahasa sebagai langkah penuhi keperluan semasa dunia serba moden. Beliau turut menyarankan menambahkan maktab atau Universiti bahasa supaya pelajar dapat mendalami bahasa dengan lebih baik. Sebab itulah saya katakan dasar yang disarankan oleh Kementerian Pelajaran dalam menjalankan DLP dalam dunia pendidikan bukanlah satu program yang teruk ,parah, tidak elok, merosakkan serta mencermar maruah bangsa dan bahasa tetapi adalah satu program yang dapat membantu peningkatan dalam penguasaan Bahasa Inggeris. Ia bukan sahaja dikalangan murid tetapi juga membawa perubahan yang baik kepada guru. Secara tidak langsung untuk mengajar dalam bahasa Inggeris guru itu sendiri akan mempersiapkan dirinya untuk baik dalam penguasaan Bahasa Inggeris. Mengambil contoh pengalaman saya sendiri, semasa PPSMI guru-guru akan dibekalkan kursus Etems (English for Teaching Mathematics and Science) iaitu kursus peningkatan penguasaan bahasa Inggeris dalam mengajar Sains dan matematik dalam bahasa Inggeris. Namun bagi guru yang mendapat Kepujian dalam SPM tidak perlu mengambil Ujian disebabkan itu saya berasa terlepas peluang itu kerana sepatutnya tidak kira guru sudah mahir atau sebaliknya perlu diberikan pendedahan kerana pada saya English proficiency tidak sama dengan kaedah mengajar dalam bahasa Inggeris. Mungkin itu antara penyebab guru kurang mahir dalam mengajar Math dan Sains dalam bahasa Inggeris. Satu kesimpulan yang dapat dibuat di sini, Kementerian selalu mengambil langkah mudah dengan mengurangkan bilangan guru mungkin barangkali untuk menjimatkan kos. Sepatutnya semua guru yang terlibat perlu mendapatkan pendedahan yang sama. Berbalik kepada DLP perkara yang sama perlu dilakukan adalah dengan membekalkan guru yang terlatih dan fasih di dalam Bahasa Inggeris supaya sesi pembelajaran dapat dijalankan dengan sempurna. Datuk P Kamalanathan Timbalan Menteri pendidikan berkata, perlaksanaan kedua-dua program itu tidak akan menjatuhkan martabat bahasa Melayu kerana ia menekankan kepada penguasaan keduadua bahasa dalam kalangan pelajar. Beliau berkata pelan pembangunan pendidikan menekankan penguasaan Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris dalam kalangan pelajar dan tidak bertujuan untuk menjatuhkan martabat Bahasa Melayu sebagaimana didakwa. Ada benarnya kata beliau DLP tidak mencemarkan Bahasa Melayu kerana pada saya matlamat DLP adalah mengajar Matematik dan 13
Sains dalam bahasa Inggeris. Saya sendiri sebagai cikgu matematik dan sains lebih memilih untuk mengajar Matematik dan Sains dalam bahasa Inggeris . Ini kerana banyak terminalogi dalam keduadua subjek ini menggunakan istilah Inggeris dan boleh dilihat di dalam glosari kata yang terdapat dalam setiap topik. Ini menunjukkan kedua subjek ini lebih jelas diajar dalam bahasa Inggeris . Sebagai contoh Matematik untuk mengajar nilai baki boleh juga di sebut berapakah lebihan, berapakah kurangan, berapakah yang tinggal dan pelbagai ayat bahasa melayu yang boleh diguna untuk menunjukkan baki. Tetapi lebih mudah dalam bahasa Inggeris iaitu hanya menggunakan ‘ballance’ atau ‘remaider’. Dan dalam DLP subjek diperluaskan kepada RBT dan Asas sains Komputer yang juga menggunakan banyak terminalogi English dalam sukatan pembelajarannya. Saya tidak nampak di mana DLP ini mencemarkan bahasa Melayu kerana Dasar MBMMBI itu sendri menyebut Memperkasa Bahasa Melayu dan Memperkukuh Bahasa Inggeris dan matlamatnya melahirkan murid yang fasih dan yakin dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. Dalam era masa kini yang menuntut penguasaan Bahasa Inggeris untuk berhadapan dengan dunia global ini pada saya adalah satu cabang untuk persediaan menghadapi dunia luar. “Jikalau hari ini saya kelihatan sayang kepada anak bangsa saya, maka itu adalah kerana saya sayangkan bahasa Melayu, bahasa ibunda saya. Tapi kasih sayang saya kepada bahasa ibunda saya tidaklah dengan menggunakan bahasa Melayu sepanjang masa, sebaliknya dengan menggalakkan anak-anak dan cucu-cucu saya belajar bahasa Inggeris supaya mereka menjadi lebih maju, lebih pandai, lebih kuat. Dengan itu barulah orang lain akan memandang kepada bahasa ibunda anak bangsa saya itu" ( Awang Selamat, 1995) Ramai pemimpin dan ahli teknokrat negara tidak menyedari bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu telah mencapai tahap tertinggi, setanding dengan bahasa Inggeris atau beberapa bahasa ilmu lain dunia. Negara melalui Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dan universiti awam (UA) tempatan, berjaya mengangkat martabat bahasa Melayu pada kedudukan sebenar. Malangnya, ketidakyakinan sekelompok kecil pemimpin utama negara dan rakyat berpengaruh yang tidak rela menerima Bahasa Kebangsaan
sebagai
bahasa
ilmu
adalah
halangan
yang
paling
getis.
Selalu ‘orang bahasa’ di Malaysia menunjukkan contoh orang Jepun dan Korea yang mampu menggunakan bahasa sendiri dan masih maju. Tapi ‘orang bahasa’ seperti ini selalu tidak lihat sejarah. Selepas peristiwa pengeboman Hiroshima dan Nagasaki pada Perang Dunia kedua, berlaku perpindahan teknologi secara besar-besaran dari Amerika ke Jepun. Kalau orang Jepun tidak belajar bahasa Inggeris, bagaimanakah teknologi Amerika boleh berpindah ke Jepun? Orang Jepun berbeza dengan orang Melayu .Selepas menguasai ilmu teknologi, ilmuan Jepun menterjemah buku-buku ilmiah Bahasa Inggeris ke Bahasa Jepun, untuk membolehkan proses pendidikan dibuat menggunakan Bahasa Jepun sebagai bahasa pengantar. Tapi orang Jepun tidak menjepunkan istilah14
istilah Inggeris ke dalam bahasa mereka seperti orang Melayu memelayukan istilah Bahasa Inggeris. Orang Jepun mencipta istilah sendiri yang maksudnya sama dengan istilah dalam Bahasa Inggeris. Namun tokoh-tokoh Bahasa Melayu mereka meMelayukan saja istilah-istilah dalam Bahasa Inggeris, selepas itu, apabila sudah banyak perkataan yang diMelayukan, kedengaranlah bunyi-bunyi yang tidak ada dalam sistem fonologi bahasa Melayu. Sebagai contoh Goal = Gol, realization = realisasi dan beribu-ribu lagi ayat pinjaman bukan sahaja dari bahasa Ingeris tetapi dari pelbagai bahasa lain. Kalau tokoh bahasa pun mengambil istilah bahasa Inggeris, macam mana dengan orang Melayu lain yang tidak semuanya dilatih dan belajar pasal Linguistik? Walau apapun asalnya memang dari bahasa Inggeris. Norhashimah Mamat dalam artikelnya ‘Peminjaman Dalam Bahasa Melayu’ menyatakan peminjaman kata daripada bahasa asing juga berlaku disebabkan oleh kemegahan atau keperluan terhadap bahasa asing yang membawa kepada sesuatu teknologi ke dalam sesebuah masyarakat . Bagaimana mungkin kita samakan orang Melayu dengan orang Jepun? Orang Melayu tidak sama dengan orang Jepun. Banyak aspek orang Melayu tidak sama dengan orang Jepun, kerajinan, kesetiaan kepada majikan, ketekunan bekerja dan sebaginya. Ini kerana orang Jepun rajin dan tekun maka mereka menguasai teknologi, dan seterusnya membuka jalan untuk penggunaan bahasa ibunda mereka sepenuhnya, tapi tahap penguasaan teknologi orang Melayu belum setinggi itu. Pasal itulah ahli Linguistik Melayu memelayukan istilah Inggeris. Pelan Pembangangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 berhasrat memacu sistem pendidikan yang bertaraf dunia. Bagaimanakah standard kita di mata dunia.Bagaimanakah persiapan kita untuk bersaing dengan negara luar yang mempunyai sistem pendidikan yang cemerlang sedangkan baru beberapa transformasi dijalankan sudah mendapat kritikan yang hebat. Seharusnya semua pihak harus berlapang dada menerima perubahan atau pembaharuan yang cuba diketengahkan KPM dalam merialisasikan hasrat untuk berada setanding dengan negara yang mantap sistem pendidikannya. Memberikan cadangan-cadangan yang membina untuk sama-sama memacu sistem pendidikan negara kita ke arah yang lebih tinggi bukan terus menghentam tanpa memberi sebarang respon psositif
15
6.
RUMUSAN, IDEA DAN CADANGAN PENAMBAHBAIKAN
16
DLP adalah satu program pendidikan pada pandangan saya sangat baik dan bakal memberi impak yang positif terhadap sistem pendidikan negara. Program ini dapat membantu murid memahami istilah-istilah Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris selain daripada Bahasa ibunda. Tambahan pula, kebanyakan bahan-bahan rujukan untuk Sains dan Matematik masih dalam Bahasa Inggeris. Mudah bagi pelajar yang mempelajari mata pelajaran dalam Bahasa Inggeris untuk mencari bahanbahan dalam internet dan bahan-bahan bercetak. Walaupun Terdapat pelbagai spekulasi dari pelbagai penjuru dan pelbagai medium termasuklah media massa golongan cendiakawan, ahli politik warga pendidik Ibubapa dan setiap lapisan masyarakat memberi tamparan yang hebat terhadap pelancaran program ini. Spekulasi yang menyatakan DLP mencemar bahasa Melayu mungkin adalah mitos dan sekadar aidaian . Artikel yang ditulis Oleh Aimon Muhammad bertajuk Bahasa Melayu dan nasib Bangsa Melayu menyatakan Bahasa Melayu pada hari ini menghadapi berbagai masalah. Masalah terpenting yang kini sedang terjadi, meskipun kita enggan mengakuinya, ialah krisis ilmu. Kita sama sekali tidak peduli terhadap krisis nasional, aitu kemuflisan ilmu dalam Bahasa Melayu. Perpustakaan kita kosong dari bahan-bahan akademik (buku-buku ilmiah) dalam bahasa Melayu, dan keadaan ini lebih tepat diistilahkan sebagai kemuflisan atau kebangkrupan ilmu. Di tambah pula ‘Tanpa DLP, Bahasa Melayu tetap dalam krisis’ tulisan Dr Chin-Huat pada March 15, 2016 turut menjelaskan bahawa bahasa Melayu itu sendiri sedang dalam krisis walaupun tanpa DLP .Apapun perhitungannya apa yang telah digubal dan di rancangan sudah pasti telah melihat dan mengambil kira pelbagai aspek untuk direalisasikan. Namun sepanjang perjalanan untuk menjayakan sesuatu itu pasti ada pro dan kontranya. Di situlah kajian untuk melaksanakan penambahbaikan program itu sangat dituntut. Atau erti kata lain ianya pasti menjadi titik noktah dan berkubur menjadi sejarah sekiranya tidak diperbetulkan. Supaya ianya tidak berulang seperti program lepas yang dianggap gagal adalah lebih baik kenalpasti kelemah-kelemahan serta apakah
alternatif yang logik dan
rasional bagi mengatasi kekurangan tersebut. Memetik kata-kata dari Albert Einstein yang sangat memberi inspirasi dalam kemelut DLP ini “We cannot solve our problem with the same thinking we used when we created them’ dan satu lagi petikan kata-kata dari beliau “If i have 60 minutes to solve the problem , I’d spend 55minutes defining it, and 5 minutes solving it”. Mungkin mengambil masa yang lama untuk mencari di mana punca kelemahan program ini. Pastinya setelah kita mengenalpasti permasalahan nya sudah pasti dalam masa yang singkat segala masalah dapat dirungkai.
17
Antara kelemahan yang perlu di beri perhatian dan diperbaiki antaranya sikap murid dan ibubapa itu sendiri. Perlunya dihebahkan dengan saluran yang betul supaya murid dan ibubapa mendapat penerangan dan makluman yang jelas dan tepat. Hebahan boleh dibuat semasa mesyuarat PIBG atau perjumpaan prasarana Ibubapa mahupun perjumpaan khas berkenaan program tersebut. Saya pasti sekiranya ibubapa mendapat pendedahan berkenaan DLP dengan secara lebih jelas dengan saluran yang betul dan profesional pasti tidak berlaku andaian-andaian negatif dan khabar angin yang didengar dari pihak luar yang belum tentu kesahihannya . Kementerian juga perlu memberi peluang kepada umum untuk memberikan pandangan dan idea secara keseluruhannya supaya seluruh rakyat faham hasrat kerajaan. Benar Kementerian itu sendiri mempunyai para cendiakawan yang telah duduk bersama berbincang untuk menjayakan program ini tetapi “two heads is better than one head” dan apatah lagi dengan mengambilkira pandangan masyarakat luar yang juga sebahagaian dari entiti sistem pendidikan negara. Mereka juga perlu diberi ruang dan peluang untuk memberi pandangan tambahan masyarakat Malaysia era kini bukan lagi masyarakat yang kuno dan otodoks tetapi pemikiran mereka jauh lebih luas dan intelek dengan ilmu yang diperolehi secara global dan tidak tertumpu dalam skop yang kecil. Selain itu bahan rujukan yang kurang menjadi kelemahan dalam program ini di mana guru kekurangan sumber untuk digunakan dalam pengajaran dan pembelajran . Kementerian perlu menyediakan sebanyak yang mungkin supaya guru-guru sentiasa mewah dengan bahan . Bekalan bahan akan disediakan oleh Kementerian Pendidikan dan tempoh untuk menerima bahan-bahan tersebut akan mengambil masa yang lama. Bukankah ini memberi kesan terhadap tanggapan guru itu sendiri dan berasa bingung tentang tujuan pelaksanaan DLP. Sepatutnya semua ‘courseware’ bahan rujukan dan sebagainya telah tersedia sebelum memulakan program tersebut. Dapatan dari mereka yang menjalankan program ini,Sukatan pelajaran yang tidak selaras dengan buku teks yang dibekalkan oleh KPM. Selain itu tiada rancangan pelajaran tahunan dalam bahasa Inggeris dibekalkan . Bukankah ini menimbulkan masalah kepada guru untuk menjalankan pengajaran dan pembelajaran ini dengan lancar dan teratur. Sebab itulah saya katakan pihak KPM sendiri perlu bersedia dengan segala kelengkapan sebelum program ini di lancarkan. Ini memberikan masalah kepada guru yang akhirnya penulisan rancangan pengajaran harian yang tidak standard dan berbeza anatara satu sekolah dengan sekolah yang lain. Ini antara perkara –perkara yang perlu di pandang serius dan di perbaiki.
18
Yang paling utama sekali dari segi guru itu sendiri yang merupakan peranan utama dalam program ini. Kesediaan guru untuk mengajar Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris adalah penting supaya keberhasilan murid dapat tercapai. Perbincangan sebelum ini meminta guru-guru yang pernah mengajar PPSMI untuk mengajar dalam program DLP. Mungkin guru-guru tersebut sudah ada pengalaman dalam mengajar Matematik dan Sains dalam bahasa Inggeris .Namun guru-guru yang akan diambil untuk mengajar dalam program ini haruslah terdiri dari guru yang opsyen yang bertepatan dan memberikan latihan atau kursus intensif yang benar-benar dihajati oleh KPM supaya sejarah guru PPSMI yang mengajar matematik dan Sains menggunakan bahasa Ibunda tidak berulang. Laporan keratan akhbar Sinar harian 11 disember 2015, Datuk Kamalanathan berkata ‘Peluang masih dibuka kepada pesara guru (BI) untuk kembali mengajar subjek itu bagi menampung kekurangan guru dalam subjek itu. Guru pesara BI merupakan calon yang baik untuk mengajar dalam program DLP. Ini kerana pada pendapat saya mereka mempunyai pengalaman mengajar bahasa Inggeris. Apa yang diperlukan adalah mereka perlu mempersiapkan diri dengan teknik pengajaran yang terkini dan memenuhi standard DLP. Besar harapan saya agar semua pihak menyokong hasrat kerajaan dan memberi semangat kepada murid-murid dalam pembelajaran. Saya juga berharap Program DLP memberi kelonggaran kepada sekolah-sekolah yang berhasrat untuk menyertai program tersebut dan tidak terhad kepada sekolahsekolah yang memenuhi kriteria sahaja. Pembelajaran Bahasa Inggeris dalam bidang Sains dan Matematik sebenarnya memberi peluang kepada murid kita dan dapat menjamin masa depan anakanak terutama dalam bidang-bidang yang berkepakaran tinggi seperti
teknologi, perindustrian,
pembuatan dan profesion yang lain di mana kebanyakan pekerjaan masih menuntut penguasaan Bahasa Inggeris yang mantap. Ini dalah antara platform bagi anak didik kita untuk memperbaiki penguasaan Bahasa Inggeris seawal yang mungkin. Sebaik-baik perancang itu sudah semestinya Allah SWT namun tidak salah kita merancang dan iktiar ke arah memperbaiki segala kekurangan .Itu lah yang dituntut. Wallahualam.
SEKIAN
19
SUMBER 1.
Kathryn
Lindholm-Leary,
2000
book
on
Dual
Langguage
http://www.ncela.us/files/rcd/BE021333/Biliteracy_for_a_Global_Society.pdf 2.
Artikel Sistem Pendidikan Dwibahasa di Negara-Negara Asean oleh Mohd Rasdi Bin Saamah, Jabatan Pengajian Melayu, Institut Perguruan Tengku Ampuan Afzan
3.
Artikel Reviewing Bilingual Education Program oleh Magdahalena Tjalla Jun 2015, http://journal.iaingorontalo.ac.id/index.php/al
3.
Garis panduan DLP Versi 1.0 2015, Kementerian Pelajaran Malaysia
4.
laporan Berita Astro awani Jan 2016,'Sakitnya di kepala, kenapa diberi ubat cirit?' – Gapena http://www.astroawani.com/berita-malaysia/isu-program-dwi-bahasa-sakitnya-di-kepalakenapa-diberi-ubat-cirit-gapena-88204
5.
Keratan akhbar Berita Harian, 30 Oktober 2015 Pelajar di saran kuasai pelbagai bahasa
6.
Laporan Utusan Online 03 Mac 2016 BAHARUDIN HUSIN (Timbalan Pengerusi Gagasan Melaka) Sokong Perlaksanaan DLP dan HIP
7.
Keratan akhbar Sinar Harian, 11 Disember 2015, Pintu Terbuka pesara BI kembali mengajar
8.
laporan Berita Harian online ISNIN, 9 NOVEMBER 2015 Bahasa Melayu Julang Keunggulan Bangsa
9.
Laporan Ismaweb March 2016 DLP: Kerajaan kena perkasakan bahasa Melayu dalam sains, teknologi http://www.ismaweb.net/2016/03/dlp-kerajaan-kena-perkasakan-bahasa-melayudalam-sains-teknologi/
10.
Laporan Berita Harian Mendaulatkan, mengantarabangsa bahasa Melayu JUMAAT, 13 NOVEMBER 2015 http://www.bharian.com.my/node/96490
20
11.
Laporan Utusan , Bahasa Melayu julang keunggulan bangsa http://www.utusan.com.my/rencana/pemartabatan-bahasa-melayu-8232-perkukuhpembinaan-negara-bangsa-1.159154
12.
Laporan Utusan.com.my memetik kata -kata Prof. Datuk Dr. Teo Kok SeongUtamakan HIP berbanding DLP http://www.utusan.com.my/berita/nasional/utamakan-hip-berbanding-dlp1.152434#sthash.kzJI6jLI.dpuf
13.
Laporan https://www.malaysiamarketing.my/wp-content/cache/wprocket/www.malaysiamarketing.my/tanpa-dlp-bahasa-melayu-tetap-dalamkrisis//index.html_gzip
21
View more...
Comments