HASIL PEMBELAJARAN Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat: 1. Menjelaskan pengertian tarannum Bayyati dan sejarah perkembangannya; 2. Menghuraikan peranan dan sifat-sifat alunan lagunya serta taqbiqnya; dan 3. Mengenal pasti beberapa lagu yang diwaslahkan dengan lagu Bayyati.
X PENGENALAN Terdapat pendapat yang menyatakan bahawa Tarannum Bayyati adalah ibu bagi alunan seni lagu atau maqam tarannum yang terdapat dalam bacaan al-Quran. Ini kerana fungsi maqam ini adalah sebagai pembuka dan penutup rentak dan irama kepada sesuatu persembahan bacaan al-Quran. Di Malaysia, amalan bacaan para Qari dan Qariah masa kini telah mempopularkan bacaan al-Quran dengan susunan tarannum yang tertentu di samping meletakkan tarannum Bayyati sebagai maqam pertama yang bertindak sebagai pembuka atau permulaan persembahan. Justeru, topik ini akan membawa anda perbahasan mengenai pengenalan latarbelakang tarannum Bayyati. Fokus utamanya adalah perbincangan berkenaan pengertian Bayyati dan sejarah perkembangannya. Peranan dan sifatsifat alunan maqam ini juga akan dihuraikan. Di samping itu juga kaedah praktikal juga akan dibahaskan dengan menerapkan beberapa contoh potongan ayat al-Quran yang dilagukan dengan tarannum Bayyati. AKTIVITI 4.1 Buat dalam bentuk halaqah (kumpulan), kemudian pilih 3 surah pendek dan baca mengikut lagu tarannum Bayyati di hadapan pensyarah anda. Nilaikan tahap pemahaman anda terhadap tarannum Bayyati ini.
58
X
4.1
TOPIK 4 TARANNUM BAYYATI
SEJARAH TARANNUM BAYYATI
Berikut adalah tiga faktor utama dalam sejarah tarannum bayyati.
4.1.1
Definisi Bayyati dan Sejarah Perkembangannya
Tinjauan dari sudut bahasa mendapati bahawa perkataan ÂBayyatiÊ adalah berasal dari bahasa Arab yang diambil dari wazan (asas pertimbangan asal perkataan) baytun yang bermaksud rumah atau tempat kediaman. Manakala dari sudut istilahnya pula, ÂBayyatiÊ bermaksud nama khusus bagi suatu jenis alunan tarannum atau maqamat yang dipopularkan oleh para Qari dari Tanah Arab khususnya dari Mesir. Tarannum Bayyati mula diperkenalkan di Malaysia atau dahulunya dikenali sebagai Tanah Melayu kira-kira pada tahun 1940-an iaitu selari dengan permulaan perkembangan tarannum lahjah Arab Misri. Di antara faktor tersebarnya seni tarannum khususnya maqam Bayyati di Tanah Melayu ketika itu adalah penghijrahan pelajar Melayu bagi melanjutkan pengajian dalam bidang pengajian Islam di Universiti al-Azhar, Mesir. Ini kerana setelah tamat pengajian mereka di sana, sebilangan daripada pelajar ini bukan sahaja pulang dengan segulung ijazah bahkan membawa bersama mereka pelbagai jenis ilmu dan fikrah khususnya dalam bidang tarannum al-Quran. Kemudian tugas mereka di tanah air sendiri adalah mengajar dan menyebarkan ilmu tersebut kepada masyarakat umum. Perkara ini telah berterusan sehingga sekarang. Kesan daripada tersebar luasnya tarannum Bayyati di Malaysia khususnya, ia menjadikan tarannum ini sangat popular dan jika sesuatu persembahan bacaan al-Quran tidak memasukkan tarannum ini, maka dirasakan seumpama masakan yang tidak cukup perisanya. Oleh itu, keistimewaan tarannum Bayyati ini adalah seumpama menu utama dalam bidang ilmu tarannum dan ia boleh diibaratkan sebagai pembuka selera bagi pencinta tarannum al-Quran.
4.1.2
Sifat-sifat Alunan Tarannum Bayyati
Rajah 4.1 seterusnya menunjukkan sifat-sifat alunan tarannum Bayyati.
TOPIK 4 TARANNUM BAYYATI W
59
Rajah 4.1: Sifat-sifat alunan tarannum bayyati
Justifikasi daripada mengenal sifat-sifat alunan tarannum Bayyati adalah suatu perkara yang amat penting. Ini kerana kekurangan ilmu dalam mengetahui selok-belok bacaan ini akan mengundang kesukaran mengawal dan menyusun harakah-harakahnya dengan baik dan berkemungkinan besar akan kehilangan punca yang akan menyebabkan terkeluar daripada asas bacaan tarannum ini.
4.1.3
Peranan Bayyati
Umumnya, setiap tarannum mempunyai misi sebagai alat penyampai bagi menghayati isi kandungan al-Quran. Justeru, kepentingan mengetahui peranan tarannum Bayyati juga adalah salah satu daripada misi dalam sesuatu persembahan bacaan al-Quran. Di antara peranan tarannum Bayyati dinyatakan dalam Rajah 4.2.
60
TOPIK 4 TARANNUM BAYYATI
X
Rajah 4.2: Peranan persembahan tarannum bayyati
AKTIVITI 4.2 Cari dua bacaan daripada Qari atau Qariah, sama ada dalam bentuk CD atau kaset. Nilaikan bacaan tarannum Bayyati mereka.
TOPIK 4 TARANNUM BAYYATI W
4.2 4.2.1
61
TATBIQ TARANNUM BAYYATI DALAM AL-QURAN Surah yang BerMad ’Aridh Lissukun Surah al-MuÊminun, 23: 1-7
Thank you for interesting in our services. We are a non-profit group that run this website to share documents. We need your help to maintenance this website.