Topik 3 - Solat
May 13, 2018 | Author: Azwa Nadhira | Category: N/A
Short Description
solat...
Description
IBADAH (GPI 1083)
T OP I K
3
FIQH SOLAT
HASIL PEMBELAJARAN Pada akhir topik ini, pelajar akan dapat: 1. Menjelaskan falsafah solat dari sudut ketenangan, syukur, pengabdian dan keharmonian. 2. Mengaplikasikan falsafah solat dalam mengukuhkan iman dan amal 3. Menghuraikan kepentingan solat dalam kehidupan muslim 4. Mengaplikasikan kepentingan solat sebagai asas pembinaan sahsiah dan asas kepimpinan 5. Menghuraikan konsep solat dari dari perspektif sains, kesihatan dan kepimpinan
GAMBARAN KESELURUHAN TOPIK
3.1 FIQH SOLAT
Falsafah Solat
Kepentingan Solat Dalam Kehidupan Muslim
Solat menurut perspektif Sains dan kesihatan
PENGENALAN
Topik ini adalah berkaitan dengan dengan beberapa persoalan penting dalam aspek ibadah yang akan dipelajari oleh pelajar PPISMP Semester 2. Pelajar akan didedahkan tentang falsafah solat dari sudut ketenangan, kesyukuran, kesyukuran, pengabdian pengabdian dan keharmonian. keharmonian. Topik ini juga akan menjelaskan kepentingan solat dalam kehidupan Muslim. Seterusnya topik ini mendedahkan solat menurut perspektif Sains dan kesihatan.
JAPIM
Page 1
IBADAH (GPI 1083)
1.
FALSAFAH SOLAT
Allah s.w.t. menciptakan semua makhluk adalah bertujuan untuk menyembahNya. Hakikat kejadian manusia dan seluruh makhluk di langit dan bumi seperti jin, malaikat dan sebagainya adalah untuk mengabdikan diri kepada Allah s.w.t. Perkara ini telah disebut di dalam al-Quran iaitu:
Maksudnya: Dan Aku tidak t idak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka menyembahKu. (Al-Zariyat : 56)
Dalam ayat lain Allah s.w.t. telah berfirman mengenai mengenai hal yang sama:
Maksudnya: Hai manusia, sembahlah Tuhanmu yang telah menciptakanmu dan orang-orang sebelummu agar kamu bertaqwa.
(Surah al-Baqarah : 21)
Oleh kerana solat adalah kemuncak usaha untuk mendekatkan diri kepa da Allah maka ia diwajibkan ke atas setiap muslim agar dilakukan secara berterusan hingga ke akhir hayat. Ibu bapa juga perlu memastikan anak-anak dan keturunannya adalah daripada golongan yang menunaikan solat. Para guru dan pendidik perlu memastikan anak muridnya mendapat ilmu berkaitan solat dengan sempurna. Pendidikan sejak se jak kecil iaitu bermula dari sekolah re ndah ataupun berumur tujuh tahun amat penting dan perlu diberi keutamaan, sepertimana yang telah dianjurkan oleh Rasulullah saw. Ini adalah bertujuan memastikan anak-anak di rumah dan murid-murid di sekolah stiqamah dal am menunaikan solat di samping membentuk memb entuk akhlak mereka menurut Islam. JAPIM
Page 2
IBADAH (GPI 1083) 1.1
Definisi Solat
Pengertian solat dalam bahasa Arab bermaksud doa atau doa ke arah kebaikan. Maksud ini selaras dengan firman Allah s.w.t:
Maksudnya: Ambilah (sebahagian) dari harta mereka menjadi sedekah (zakat), supaya dengannya engkau membersihkan mereka (dari dosa) dan mensucikan mereka (dari akhlak Yang buruk); dan doakanlah untuk mereka, kerana Sesungguhnya doamu itu menjadi ketenteraman bagi mereka. dan (ingatlah) Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.
Surah al-Taubah (9): 103
Ayat ini menerangkan doa yang membawa ketenangan, kekuatan, ketekunan dan keyakinan. Ada juga yang berpendapat bahawa solat pada istilah syarak ialah menghadapkan jiwa raga kepada Allah kerana taqwa kepadaNya serta mengagungkan kebesaranNya dengan penuh khusyuk dan ikhlas samada melalui perkataan dan perbuatan yang dimulai dengan takbir dan diakhiri dengan salam serta mengakui syarat-syarat dan rukun-rukun yang ditetapkan. Sabda Rasulullah saw:
Maksudnya: Anak kunci solat ialah bersuci yang mengharamkannya ialah takbir dan merungkaikannya ialah salam.
Para fuqaha' telah mengemukakan pelbagai definisi dan pengertian di antaranya ialah ahli-ahli fekah berpendapat solat ialah perkataan-perkataan dan perbuatan-perbuatan tertentu yang dimulai dengan takbir al-ihram dan diakhiri dengan salam. Ia juga bermaksud berhadapan hati kepada Allah s.w.t. dengan cara mendatangkan rasa takut kepadaNya serta menumbuhkan di dalam jiwa, rasa kebesaranNya dan kesempurnaan kekuasaanNya. Hasil daripada gabungan pengertian di atas membawa maksud solat adalah menzahirkan hajat dan keperluan kita kepada Allah s.w.t. melalui perkataan dan perbuatan JAPIM
Page 3
IBADAH (GPI 1083) atau kedua-duanya sekali. Dari segi roh ialah keikhlasan menghadap Allah s.w.t. dengan kehadiran hati dalam b erzikir, berdoa dan memuji. Berdasarkan pengertian yang telah diberikan juga dapat dibuat kesimpulan bahawa pengertian solat yang menyeluruh ialah ibadah yang dilaksanakan dengan anggota zahir dan batin dengan mengarahkan sebulat hati kepada Allah tanpa lalai sedikit pun. Di samping itu juga, ianya perlu mendatangkan rasa takut kepada Allah s.w.t dan menumbuhkan rasa keagungan dan kebesaranNya serta melaksanakan dengan penuh khusyuk dan ikhlas. Ia juga merangkumi ucapan dan perbuatan yang akan menanam kekuatan dalam diri manusia demi menyelamatkan mereka dari segala p enderitaan yang wujud dalam kehidupan. 1.2
Dalil-dalil Pensyariatan Solat.
Ibadat solat adalah ibadat yang pertama sekali diwajibkan oleh Allah s.w.t. ke atas para hambaNya. Perintah supaya mengerjakan solat diterima secara langsung oleh Rasulullah s.a.w. pada malam Israk Mikraj pada 27 Rejab, satu setengah tahun sebelum baginda berhijrah dari Mekkah ke Madinah. Solat difardhukan berdasarkan dalil-dalil daripada alQuran dan al-Sunnah. a.
Al-Quran.
Terdapat banyak ayat al-Quran yang memerintahkan manusia supaya menunaikan solat di antaranya firman Allah s.w.t.:
Maksudnya: Kemudian apabila kamu telah selesai mengerjakan solat, maka hendaklah kamu menyebut dan mengingati Allah semasa kamu berdiri atau duduk, dan semasa kamu berbaring. kemudian apabila kamu telah merasa tenteram (berada dalam keadaan aman) maka dirikanlah solat itu (dengan sempurna sebagaimana biasa). Sesungguhnya solat itu adalah satu
JAPIM
Page 4
IBADAH (GPI 1083) ketetapan yang diwajibkan atas orang-orang yang beriman, yang tertentu waktunya. (Al-Nisa' : 103)
Menurut Imam al-Fakhr al-Razi, di dalam ayat ini Allah menerangkan bahawa ibadat solat itu wajib pada setiap waktu yang telah ditetapkan iaitu solat lima waktu. Ayat ini juga menerangkan bahawa solat itu merupakan satu kefardhuan terhadap orang-orang mukmin. Firman Allah s.w.t.:
Maksudnya: Dan perintahkanlah keluargamu serta umatmu mengerjakan solat, dan hendaklah engkau tekun bersabar menunaikannya. Kami tidak meminta rezeki kepadamu, (bahkan) Kamilah yang memberi rezeki kepadamu. dan (ingatlah) kesudahan yang baik adalah bagi orang-orang yang bertaqwa. (Surah Thaha : 132)
Seterusnya Allah s.w.t. berfirman:
Maksudnya: Oleh itu, dirikanlah solat, dan berilah zakat, serta berpegang teguhlah kamu kepada Allah! Dialah Pelindung kamu. maka (Allah yang demikian sifatnya) Dialah sahaja sebaik-baik Pelindung dan sebaik-baik Pemberi pertolongan.
(Surah al-Hajj : 78)
Ayat tersebut jelas menunjukkan ibadat solat dan zakat merupakan dua kefardhuan yang wajib ditunaikan oleh hambanya kerana Allah. Syabini al-Khatib menjelaskan ayat di JAPIM
Page 5
IBADAH (GPI 1083) atas bermaksud memelihara solat dengan penuh kesempurnaan. Ia merupakan ibadat badaniah yang wajib ke atas setiap muslim sebanyak lima kali sehari semalam pada waktuwaktu tertentu. Penjelasan solat termaktub dengan jelas di dalam al-Quran di mana umat Islam diwajibkan supaya melaksanakan tuntutan tersebut. Di dalamnya juga menyatakan tentang balasan dan ancaman buruk bagi sesiapa yang meninggal dan lalai menunaikan solat. b. Al-Hadis : Kewajipan solat dijelaskan dalam hadis dan peranannya juga mudah difahami. Di dalamnya juga disebut sifat-sifat solat dan juga kejayaan terhadap mereka yang menyempurnakan solat dan kecelakaan ke atas mereka yang gagal melaksanakannya dengan baik. Terdapat banyak hadis Rasulullah s.a.w. yang membicarakan mengenai solat, kaedah dan tatacara solat sebagaimana dijelaskan dalam sa bda baginda:
Maksudnya: Solatlah kamu sebagaimana kamu melihat aku solat. Hadis di atas menerangkan bahawa Rasulullah s.a.w. menyarankan umatnya mengerjakan ibadah solat sepertimana baginda kerjakan. Ini termasuklah segala perbuatan yang dilakukan dan perkataan yang dilafazkan dalam solat. Seterusnya baginda menerangkan lagi, bahawa solat merupakan satu dari lima perkara asas terbentuknya Islam.
:
Maksudnya: Islam dibina atas lima perkara: Mengucap dua kalimah syahadah, mendirikan solat, mengeluarkan zakat, mengerjakan haji dan berpuasa di bulan Ramadhan.
Sabda Rasulullah lagi:
JAPIM
Page 6
IBADAH (GPI 1083)
:
Maksudnya: Sesungguhnya perkara pertama yang akan dihisab pada setiap orang di hari Kiamat ialah solat fardhu, sekiranya telah disempurnakan, jika tidak akan ditanya adakah mereka melakukan solat sunat? Jika ada, disempurnakan solat fardhu tadi dengan solat sunat kemudian amalan fardhu yang lain pun demikian juga.
Solat adalah ibadat fardhu yang dijelaskan dalam al-Quran dan al-Hadis. Keduaduanya menyebut perkara-perkara yang berkaitan dengan solat iaitu d iterangkan kepada umat Islam tentang kaedah solat yang sebenar, kelebihan, darjat solat serta ancaman terhadap penyelewengan solat. Antara amalan manusia yang pertama dihisab oleh Allah setelah manusia dibangkitkan di Padang Mahsyar ialah solat. Ini kerana solat adalah ibadat yang penting dan semua ibadat lain akan dapat d ilaksanakan sekira ibadat solat ditunaikan terlebih dahulu. 1.3
Solat memberi ketenangan, kesyukuran, pengabdian dan keharmonian
a.
Ketenangan
Hidup ini telah diumpamakan oleh sesetengah ahli falsafah sebagai tempat untuk menyelesaikan masalah. Justeru, apabila berdepan dengan masalah, segeralah dapatkan kekuatan, kebijaksanaan dan kesabaran untuk menyelesaikannya. Caranya ialah dengan mengadu kepada Allah yang “memberi” masalah itu. Rasulullah menjadikan solat sebagai perkara yang menyeronokkan dan menenangkan hati.
Sabda Rasulullah SAW:
Aku menjadi tenang dalam solat.
JAPIM
Page 7
IBADAH (GPI 1083) Tentu sahaja dalam solat itu, Rasulullah menemui ketenangan dan kekuatan. Bayangkan, betapa kukuh dan teguhnya jiwa Rasulullah. Baginda dibantu oleh wahyu dan diperkuatkan oleh mukjizat, namun Baginda masih mencari kekuatan dengan solat. Oleh kerana diri kita yang begitu lemah, sepatutnya lebih-lebih lagi berusaha mendapat bantuan Allah menerusi solat. Marilah mencari kerehatan dengan solat. Mudah-mudahan hati kita menjadi tenang menghadapi ujian kehidupan. Solat ialah sebesar-besar dan seutama-utama zikrullah. Firman Allah mafhumnya: “Dan dirikanlah solat untuk mengingati-Ku.” (Taaha : 14)
Hati yang mengingati Allah akan mendapat ketenangan. Ini dapat dilihat dalam firman Allah yang lain, mafhumnya: “Ketahuilah dengan mengingati Allah, hati akan menjadi tenang. ” (Al-Ra’d 13: 28)
Ketenangan itulah kekuatan dalam menghadapi pelbagai cabaran dalam hidup. Kita menghadapi ujian bukan dengan kekuatan otot dan fizikal, tetapi dengan kekuatan hati. Hati yang tenang tidak akan mudah kecewa, bosan, putus asa dan marah apabila berdepan dengan kegagalan, kesakitan, kekurangan dan kekalahan dalam hidup. b.
Kesyukuran
Allah s.w.t. telah mengurniakan nikmatnya yang tidak terhingga kepada manusia. Nikmat Allah swt tidak dapat dihitung oleh sesiapapun:
Maksudnya; “ Dan Dia telah memberi kepada kamu sebahagian dari tiap-tiap apa jua yang kamu hajati dan jika kamu menghitung nikmat Allah nescaya lemahlah kamu menentukan bilangannya”. ( Ibrahim: 34) JAPIM
Page 8
IBADAH (GPI 1083)
Maksudnya: “Katakanlah (wahai Muhammad): Kalaulah semua jenis lautan menjadi tinta untuk menulis Kalimah-kalimah Tuhanku, sudah tentu akan habis kering lautan itu sebelum habis Kalimah-kalimah Tuhanku, walaupun Kami tambahi lagi dengan lautan yang sebanding dengannya, sebagai bantuan”.
(Al-Kahfi:109)
Nikmat Allah s.w.t. tidak terhitung itu yang dikurniakan kepada semua manusia. Sesiapa yang melakukan solat adalah di antara tanda-tanda mensyukuri segala nikmat Allah s.w.t.
c. Pengabdian Solat adalah untuk menyembah dan mengingati Allah S.W.T. Firman Allah S.W.T:
Maksudnya: ” Dan dirikanlah solat itu semata-mata untuk mengingati Daku”. (Thaha : 14)
Solat adalah pengabdian seorang hamba kepada Allah S.W.T. Berdasarkan maksud ayat ini solat adalah jalan bagaimana untuk kita sentiasa mengingati Allah Ta’ala. Sekali gus solat juga merupakan tanda pengabdian dan syukur seorang hamba kepada Allah S.W.T. atas segala nikmat dan rahmat yang Allah kurniakan kepada kita. Solat merupakan tanda pengabdian seorang hamba kepada Allah S.W.T. di atas segala nikmat dan rahmat yang Allah kurniakan kepada kita. Sekiranya seorang muslim tidak melaksanakan solat,bagaimana cara dia mengucapkan syukur kepada Allah Taala. Adakah cukup sekadar mengungkap ucapan Alhamdulillah atau terima kasih Allah tanpa solat. Sesungguhnya orang yang meninggalkan
JAPIM
Page 9
IBADAH (GPI 1083) solat adalah golongan yang kufur dengan nikmat Allah dan sombong seperti lagak F iraun dan Qarun. d. Keharmonian Solat berjemaah di masjid adalah mampu untuk melahirkan keharmonian. Solat juga mampu membentuk ukhwah dan saling bertukar fikiran secara rasional tanpa mengira latar belakang dan fahaman. Ini kerana setiap individu menjaga adab ketika berada di rumah Allah s.w.t. Solat berjemaah mengajar umat Islam hidup bermasyarakat dengan disiplin dan peraturan yang murni dan luhur. Ini dapat digambarkan apabila azan berkumandang, maka bilallah yang patut dipatuhi dan imam solat yang mesti diikuti, serta saff jemaah yang mesti diperhati, berdiri sama lurus, rukuk sama tunduk dan sujud sama merendah diri sebagai syiar dan lambang untuk sama-sama meletakkan kepada Allah s.w.t dan ketaatan hanya kepada Allah s.w.t dalam menjalani hidup berkeluarga, berjiran tetangga, bermasyarakat, bekerja dan bernegara. Apabila masyarakat mengerjakan solat berjemaah maka terhakislah rasa sombong, dengki dan riya’ bahkan terhasil hidup dalam keadaan berdisiplin dan mematuhi peraturan peraturan yang luhur. Begitu juga akan terjalin rasa saling memahami, hidup tenang, bersopan santun dan penuh kemesraan. Oleh itu, sebolehnya kita jadikan solat kaedah untuk mendapat ketenangan, kesyukuran, pengabdian dan keharmonian di dalam diri. Bahkan kepada ahli keluarga, masyarakat dan semua manusia.
2.
KEPENTINGAN SOLAT DALAM KEHIDUPAN MUSLIM
Solat merupakan perkara pokok dalam Islam yang berkaitan dengan ibadah. Kedudukannya selepas ucapan dua kalimah syahadah dalam rukun Islam menunjukkan solat merupakan ibadah utama yang dituntut. 2.1
Kepentingan Solat Dalam Kehidupan Muslim
Kepentingan solat dapat dilihat dengan praktikal lahir dan batin yang dilakukan sepenuh hati menghadap Allah. Solat dilakukan bertujuan membenarkan pengakuan ucapan JAPIM
Page 10
IBADAH (GPI 1083) dua kalimah syahadah. Justeru itu di dalam Islam solat merupakan ibadah pokok yang paling utama. Di samping itu ia bersifat sebagai tiang agama. Sabda Rasulullah s.a.w.:
Maksudnya: Pokok segala urusan ialah Islam (menyerah diri kepada Allah s.w.l), tiangnya ialah solat dan kemuncaknya ialah berjihad di jalan Allah s.w.t.
Solat merupakan ibadah yang mula-mula sekali difardhukan kepada setiap individu muslim. Rasulullah s.a.w. menerima perintah mendirikan solat sewaktu baginda diundang oleh Allah s.w.t. pada malam Israk dan Mikraj secara langsung tanpa perantaraan. Ini menunjukkan kepada manusia bahawa solat itu suatu tugas dan amanah dari Allah yang mesti dilakukan dengan cara yang terbaik. Oleh kerana itu, orang-orang yang gagal mengerjakan solat adalah dianggap rugi. Sebaliknya orang yang khusyuk dalam solat akan beroleh kemenangan dan kejayaan. Allah s.w.t. telah berfirman:
Maksudnya: Sesungguhnya berjayalah orang-orang yang beriman (iaitu) orang-orang khusyuk dalam solatnya. (Al-Mukminun : 1-2)
Apa yang dimaksudkan berjaya dalam ayat ialah Allah s.w.t. telah meredhai amalan orang mukmin yang khusyuk di dalam solatnya dan mereka akan ditempatkan di dalam syurga Firdaus serta kekal di dalamnya. Hal ini dijelaskan oleh Allah s.w.t. dalam ayat berikut:
JAPIM
Page 11
IBADAH (GPI 1083) Maksudnya: Dan orang-orang yang memelihara solatnya mereka itulah orang yang akan mewarisi (iaitu) yang akan mewarisi Syurga Firdaus, mereka kekal di dalamnya. (Al-Mukminun : 9-11)
Selain itu, kelebihan dari segi pahala solat fardu lima kali sehari semalam adalah menyamai lima puluh kali solat setiap hari. Ini berdasarkan kepada sabda Rasulullah s.a.w.:
Maksudnya: Difardhukan solat ke alas Nabi Muhammad saw pada malam Israk sebanyak lima puluh waklu kemudian dikurangkan hingga menjadi lima waklu, lantas Nabi Muhammad diseru, Ya Muhammad: sesungguhnya perkataan di sisiku tidak dapat diubah lagi dan sesungguhnya bagi engkau dengan solat lima waklu ini (dinilai sama) dengan lima puluh waktu.
Rasulullah s.a.w. menjelaskan tentang kegagalan orang-orang yang mendirikan solat dengan sabdanya:
Maksudnya: Banyak sekali orang-orang yang mengerjakan solat tidak ada daripada pekerjaan solat itu melainkan berjaga malam sahaja.
Di dalam Islam, solat menjadi satu keutamaan dan sebagai tiang yang menyokong ibadah-ibadah yang lain. Kelebihannya ialah dengan menanamkan rasa khusyuk dan merendahkan diri setiap individu di sisi A llah s.w.t. Perkara ini dinyatakan dalam hadis:
JAPIM
Page 12
IBADAH (GPI 1083)
Maksudnya: Keadaan yang paling dekat bagi seseorang hamba dengan Tuhannya ialah di dalam keadaan dia sedang sujud. Maka banyakkanlah berdoa ketika itu.
Solat juga merupakan amalan yang paling utama selepas pengakuan beriman dengan Allah. Bertepatan dengan kedudukannya sebagai ibadah yang paling utama dalam Islam dan dikasihi Allah, amalan ini lebih bersifat praktikal dari sudut rohani dan jasmani. Ia juga menghendaki jiwa dan perasaan individu bersih daripada sebarang bentuk kesyirikan kepada Allah. Oleh kerana ianya bersifat rabbani dengan sendirinya solat itu adalah menyucikan jiwa dan akal individu muslim dari sebarang perkara mungkar. Bersih dari sebarang unsur kesyirikan terhadap Allah s.w.t. dan segala sifat-sifat buruk yang bertentangan dengan naluri manusia muslim. Ini dijelaskan oleh Allah s.w.t. dalam firmanNya:
Maksudnya: Bacalah serta ikutlah (Wahai Muhammad) akan apa yang diwahyukan kepadamu dari Al-Quran, dan dirikanlah solat (dengan tekun); Sesungguhnya solat itu mencegah dari perbuatan yang keji dan mungkar; dan sesungguhnya mengingati Allah adalah lebih besar (faedahnya dan kesannya); dan (ingatlah) Allah mengetahui akan apa yang kamu kerjakan. (Al-Ankabut : 45)
Setiap amalan ibadah dalam Islam merupakan pengesahan keimanan seseorang yang beriman. Dengan demikian setiap amalan ibadah mencerminkan kehidupan seorang muslim dalam seluruh aspek. Pokok ibadah ialah solat dan ianya memberi kesan ke dalam kehidupan kita seperti mensucikan serta membersihkan hati kita.
JAPIM
Page 13
IBADAH (GPI 1083) Solat adalah ibadat yang paling utama untuk membuktikan keislaman seseorang. Bagi mengukur keimanan dan keikhlasannya dapat kita lihat ketika seseorang mendirikan dan mengerjakan solat. Islam memandang solat sebagai tiang agama dan intisari Islam terletak pada solat kerana dalam solat tersimpul seluruh rukun agama merangkumi ucapan dua kalimah syahadah tanda kesucian hati terhadap Allah s.w.t., agama dan manusia. Firman Allah s.w.t:
Maksudnya: Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu adalah mereka yang apabila disebut nama Allah, gementarlah hati mereka dan apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayatNya bertambahlah iman mereka dan kepada Tuhanlah mereka bertawakkal. Iaitu mereka yang mendirikan solat dan menafkahkan sebahagian daripada rezeki yang Kami berikan kepada mereka. Itulah orang-orang beriman dengan sebenar-benarnya. Mereka akan memperolehi beberapa darjat ketinggian di sisi Tuhannya dan ampunan serta rezeki yang mulia. (Al-Anfal : 2-4)
Terdapat pelbagai keterangan yang menegaskan bahawa iman dan amalan seseorang tidak diterima melainkan orang itu mendirikan solat. Jelasnya, apabila solat dapat diselesaikan maka amalan-amalan lain juga akan mudah diterima o leh Allah. Antara kepentingan solat ialah: 1.
Bukti kehambaan kepada Allah
Solat mempunyai peranan yang sangat penting di dalam diri seseorang dan sesebuah masyarakat. Fungsinya amat besar dalam kehidupan kerana ia merupakan pertalian terus menerus di antara hamba dengan Allah s.w.t. ta npa sebarang perantaraan, samada orang biasa atau golongan ulamak. Firman Allah s.w.t:
JAPIM
Page 14
IBADAH (GPI 1083)
Maksudnya: Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu tentang Aku, maka (jawablah) bahawasanya Aku adalah dekat, Aku mengabulkan permohonan orang yang mendoa apabila dia berdoa kepadaKu, maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah) Ku dan hendaklah mereka beriman kepadaKu, agar mereka selalu berada dalam kebenaran.
Surah al-Baqarah (2): 186
Tujuan utama difardhukan solat ialah untuk membuktikan tanda keimanan seseorang hamba. Tidak ada iman tanpa solat. Ini kerana Iman dan Islam saling bertautan. Justeru itu, apabila seseorang mengaku beriman tetapi tidak pernah melakukan solat maka perlakuannya tidak diterima oleh syarak. Tujuan yang lain ialah untuk menjauhkan manusia dari perbuatan tidak elok dan membersihkan diri daripada ucapan dan perlakuan yang buruk. 2.
Membersihkan jiwa atau rohani.
Sabda Rasulullah s.a.w:
Maksudnya: Tiada seorang muslim yang menghadiri solat wajib lalu disempurnakannya wudhuk, khusyuk dan rukuknya melainkan solat itu menjadi penebus dosa yang terjadi sebelumnya selama tidak mengerjakan dosa besar dan itu untuk selamanya.
3.
JAPIM
Membina jiwa dan iman seseorang. Page 15
IBADAH (GPI 1083) Mengingati solat adalah perkara utama rukun Islam dan sekaligus merupakan bukti keimanan seseorang. Firman Allah s.w.t.:
Maksudnya: Alif Lam Mini. Kitab al-Quran ini tidak ada sebarang syak padanya, menjadi petunjuk bagi orang-orang yang bertakwa iaitu orang-orang yang beriman kepada
perkara-perkara
yang
ghaib
dan
mendirikan
solat
serta
membelanjakan sebahagian dari rezeki yang Kami berikan kepada mereka.
(Al-Baqarah : 1-3)
Jelasnya, apabila sempurna solat seseorang maka eloklah dalam segala amal ibadahnya yang lain. Ia juga memberi kesan terhadap tingkahlaku dalam kehidupan seharian. 4.
Mencegah perkara keji dan mungkar.
Firman Allah s.w.t:
Maksudnya: Bacalah serta ikutlah (wahai Muhammad) akan apa yang diwahyukan kepadamu dari Al-Quran, dan dirikanlah solat (dengan tekun); sesungguhnya solat itu mencegah dari perbuatan yang keji dan mungkar; dan sesungguhnya mengingati Allah adalah lebih besar (faedahnya dan kesannya); dan (ingatlah) Allah mengetahui akan apa yang kamu kerjakan. (Al-Ankabut :45)
Menurut Imam al-Ghazali, ayat tersebut menyatakan bahawa dengan solat, perkara keji dan mungkar dapat dihindari. Ini kerana solat itu dapat mengawal nafsu seseorang, JAPIM
Page 16
IBADAH (GPI 1083) namun jika sebaliknya iaitu jika solat seseorang tidak dapat mencegah perkara keji dan mungkar maka seseorang itu bukan semakin rapat malah semakin jauh. Jelasnya, hanya solat yang sempurna atau yang dibina atas dasar khusyuk dan rendah diri kepada Allah s.w.t. dapat menyinari hati, membersihkan jiwa dan mengajar seseorang hamba itu adab-adab pengabdian serta kewajipannya terhadap Allah s.w.t. Ianya dapat menanamkan rasa keagungan kepada Allah di hati pemiliknya. 5.
Mendisiplinkan diri
Solat sememangnya mampu melahirkan individu yang berdisiplin dalam banyak segi seperti kepatuhan kepada waktu. Solat melatih insan supaya sentiasa bersedia dan berwaspada kepada waktu iaitu waktu menunaikan solat. Apabila tiba waktunya maka digalakkan bersegera menunaikan panggilan azan dan janganlah lalai atau leka dengan urusan lain. Ini adalah kerana kita berkeyakinan Allahlah yang lebih besar serta paling layak dimuliakan. Falsafah daripada konsep ini ialah kita harus berdisiplin dengan waktu dalam setiap urusan. Solat juga mendidik seseorang agar taat kepada pemimpin dan menghindari dari setiap perkara yang dimurkai Allah s.w.t. Seterusnya kita dilatih mematuhi setiap suruhan sebagaimana di dalam solat untuk dipraktikkan di luar solat seperti menutup aurat, menjaga hati, merendahkan pandangan, menepati janji da n seumpamanya. Solat berjamaah pula melatih umat Islam mentaati pemimpin, mengikuti peraturan, mematuhi undang-undang dan menghormati ketua. Keadaan ini dapat dilihat apabila imam mengangkat takbir, para makmun turut sama-sama mengangkat takbir, apabila imam membaca al-Fatihah atau ayat al-Quran para makmun mendengar dengan teliti dan tekun, apabila imam rukuk maka para makmun turut rukuk begitu juga ketika imam sujud maka para makmun turut sujud sehinggalah ketika imam memberi salam. Oleh itu sesiapa yang terkeluar daripada garisan dan peraturan ini, seolah-olah telah keluar sifat-sifat kemanusiaannya. Perkara yang perlu dititikberatkan juga ialah solat berjamaah kerana ianya mempunyai hikmah yang tersendiri dari segi mendidik hidup bermasyarakat. Ia bukan sahaja dapat memupuk semangat saling kenal mengenali antara satu sama lain, malah dapat mengikis penyakit masyarakat yang mementingkan diri sendiri. Seterusnya kita dapat berbincang untuk menyelesaikan masalah yang timbul di samping melahirkan perasaan
JAPIM
Page 17
IBADAH (GPI 1083) kekeluargaan dan kasih sayang. Oleh itu solat berjamaah telah dijadikan fardhu kifayah dan diberi darjat yang tinggi berbanding solat bersendirian. Dengan demikian, solat lima waktu merupakan sumber utama terhadap kemuliaan akhlak dan pembentukan nilai kehidupan setiap orang. Oleh itu, solat hendaklah didirikan dengan sebaik-baiknya untuk menjadi insan kamil, peribadi muslim yang sempurna dan sentiasa aktif lagi dinamis dalam menjalankan pengabdian kepada Allah s.w.t. serta kebaktian terhadap sesama manusia.
3.
SOLAT MENURUT PERSPEKTIF SAINS DAN KESIHATAN
Sebelum membicarakan ibadat solat menurut perspektif sains dan kesihatan, terlebih dahulu kita melihat ibadat berwuduk menurut perspektif tersebut. Mengambil wuduk dengan sempurna disertai penuh pemahaman dan menghayati hikmah semasa mengenakan air di setiap anggota wuduk akan memberi kesihatan kepada seseorang. Apabila kita menyempurnakannya, sudah tentu kita akan menikmati kelebihan atau fadilat berwuduk menurut perspektif sains dan kesihatan. Terdapat anggota yang wajib dan juga anggota yang sunat ketika berwuduk. Kedua-dua anggota wajib dan sunat perlu dibuat kerana kesemuanya mempunyai hikmah dan kebaikan tertentu.
3.1
Wuduk menurut perspektif Sains dan kesihatan Bermula dengan kita bersugi atau berus gigi. Semasa bersugi segala kotoran akan
dibersihkan dan mulut menjadi segar. Semua makanan yang tertinggal di celah gigi dapat dibersihkan, tetapi jika sebaliknya makanan yang terlekat di celah gigi akan mengganggu semasa membaca bacaan solat. Secara tidak langsung dengan bersugi akan melancarkan bacaan di dalam solat.
Bersugi sebelum menunaikan solat sangat dituntut oleh Rasulullah, andainya ia tidak menyusahkan umatnya, ia hampir menjadi suatu kewajipan. Betapa Allah dan Rasulullah SAW mementingkan kebersihan mulut khususnya sebelum kita menunaikan solat. De ngan itu gigi dan mulut kita akan sentiasa bersih dan manusia di sekeliling akan selesa mendampingi kita apabila mereka berada bersebelahan dengan kita ketika di dalam saf.
a) JAPIM
Membasuh kedua-dua pergelangan tangan . Page 18
IBADAH (GPI 1083) Kesihatan yang kita akan perolehi ialah kebersihan tangan kita boleh menghindarkan pelbagai penyakit. Ini kerana dalam pekerjaan seharian keduadua belah tangan digunakan untuk memegang pelbagai benda. Kemungkinan tangan kita akan tersentuh bakteria atau kuman semasa kita bekerja. Membasuh kedua-dua belah tangan dan ce lah-celah kuku akan menghindarkan sebarang jangkitan kuman.
Kajian Sains telah membuktikan ada kedua-dua belah tangan ada urat saraf yang sangat sensitif terutama di telapak tangan. Apabila saraf-saraf yang halus tersentuh air, maka ia akan meningkatkan daya rangsangan pada telapak tangan. Peredaran darah akan kembali lancar dan mengembalikan kesegaran pada kedua-duanya.
b) Berkumur-kumur.
Berkumur-kumur akan membersihkan mulut daripada sisa makanan yang ada di dalam mulut setelah kita bersugi. Berkumur juga dapat menggerakkan otot-otot dan urat pada wajah melalui regangan untuk menguatkan otot-otot pipi. Selain itu juga mampu mengelakkan daripada berlaku radang kerongkong, gusi dan paru-paru. Berkumur-kumur juga dipercayai dapat menghindarkan daripada penyakit selesema dan demam.
c)
Memasukkan air ke dalam hidung dengan kadar sedikit dan mengeluarkan semula.
Semua kotoran yang ada di dalam udara yang disedut oleh hidung akan dapat dibersihkan. Cara ini dapat membersihkan sebarang kuman yang terdapat di dalam rongga hidung kerana udara yang kita sedut mengandungi bahan debu, kotoran dan kuman.
Cara ini akan membersihkan hidung serta menyegarkan pernafasan dan fikiran. Kekerapan memasukkan air ke dalam hidung dapat mengelakkan berlakunya tompokan bakteria di dalam hidung. Secara tidak langsung dengan membasuh hidung akan menjauhkan penyakit resdung, sinus dan penyakit-penyakit yang berkaitan dengannya. Melalui hidung berbagai-bagai penyakit boleh dihidapi jika kotoran tidak dibersihkan. JAPIM
Page 19
IBADAH (GPI 1083)
d) Membasuh muka.
Muka kita terdapat banyak titik-titik sensitif yang apabila dikenakan air ia akan merangsang liang roma untuk mengaktifkan semula kawasan tersebut. Rongga kulit akan terbuka sambil mengeluarkan kotoran yang terlekat di celah-celah rongga. Muka kita akan berasa segar dan kotoran akan dibuang daripada melekat di bahagian muka. Apabila kulit muka disapu dengan air, ia dapat membantu mengeluarkan kandungan minyak yang terdapat di dalam kelenjar kulit. Kuman tersebu t kalau tidak dibersihkan boleh mendatangkan penyakit seperti jerawat, kudis, gatal dan sebagainya.
Membasuh muka juga dipercayai boleh memelihara kesihatan mata dan menjauhinya daripada penyakit rabun. Sudah tentu, muka kita akan bercahaya di akhirat nanti sebagai bukti orang yang sentiasa mengambil wuduk. Nur yang terpancar di muka kita adalah anugerah Allah kepada hamba-Nya yang taat. Kita berdoa semoga kita dimasukkan di dalam golongan tersebut.
e) Membasuh tangan hingga ke siku.
Kajian telah membuktikan bahawa membasuh tangan hingga ke siku melancarkan peredaran darah pada organ tangan di bahagian atas dan lengan. Kedua lengan dan tangan adalah organ-organ yang paling lemah dibandingkan organ tubuh lainnya kerana jauhnya daripada pusat peredaran darah iaitu jantung. Apabila kita membasuhnya serta menggosoknya, dengan cara ini mampu merangsang saraf-saraf di bawah lengan untuk aktif dan melancarkan pengaliran darah.
Ia juga boleh menguatkan peredaran d arah pada organ-organ tersebut sehingga membantu kita menambah tenaga. Kedua-dua tangan ini juga yang sering digunakan oleh manusia untuk menyentuh sesuatu yang mudah terjadi jangkitan kuman semasa memegang benda-benda. Di antara kuman itu ialah cacing pita di celah-celah kuku yang boleh membawa penyakit berbahaya di dalam perut dan usus.
f)
Membasuh sedikit kepala.
Menyapu air di kepala mampu menghilangkan rasa pening dan menurunkan tekanan darah. Air akan segera meredakan kepanasan yang ada pada suhu kepala dan seterusnya mengembalikan suhu normal kepala. Darah akan mengalir seperti JAPIM
Page 20
IBADAH (GPI 1083) biasa dan dapat memperbaiki degupan jantung. Membasuh keseluruhan kepala dapat meredakan rasa marah, migrain, tekanan dan penyakit jantung.
g) Membasuh kedua-dua telinga.
Antara kelebihan berwuduk ialah dapat menjaga kebersihan telinga. Telinga mudah dihinggapi kotoran yang boleh menghalang gelombang bunyi masuk ke dalam rongga telinga. Dengan membasuh telinga mampu memulihkan sistem deria dan tahap penerimaan getaran dapat diaktifkan. Di samping itu juga air boleh membantu memulihkan sistem daya imbangan di dalam telinga.
h) Membasuh leher.
Membasuh leher semasa berwuduk seperti melakukan urutan terapi saraf. Air yang terkena ke atas leher boleh menurunkan suhu badan dan mengelakkan daripada demam dan sakit kepala.
i) Membasuh kaki hingga ke buku lali.
Apabila kita membasuh kaki ianya dapat mengembalikan stamina seseorang. Juga membantu pertumbuhan sel-sel otak dan secara terus mengalirkan darah ke seluruh badan. Mampu merehatkan otak dan mencapai tahap tenang dan nyaman kerana semua urat yang berhubungan dengan anggota badan terletak di kaki.
j) Tertib. Segala rukun dan aturan membasuh anggota-anggota di dalam wuduk
hendaklah dilakukan dengan teratur, yang dahulu didahulukan dan yang kemudian diakhirkan.
Jika kita berjaya menghayati dengan memberi sepenuh perhatian dan mengetahui hikmah di sebalik setiap sapuan air ke anggota-anggota wuduk, nescaya kita mendapat kesihatan yang sangat baik dalam kehidupan kita di d unia.
Ketahuilah setiap sapuan air ke anggota wuduk itu akan menggugurkan dosa-dosa kecil seperti dosa mendengar perkara yang melalaikan dan sia-sia. Selain itu juga anggotaanggota wuduk akan bercahaya semasa di akhirat nanti kesan daripada wuduk sempurna yang dilakukan oleh seseorang.
JAPIM
Page 21
IBADAH (GPI 1083) Berwuduk mempunyai banyak kelebihan dan rahsia yang tersirat. Kita bukan sematamata membasuh anggota-anggota wuduk malah sebenarnya ia adalah proses ke arah menjadikan jiwa kita bersih. Betapa pemurahnya Allah bilamana segala dosa-dosa kita yang tidak kita sedari turut gugur bersama air wuduk. Kita sememangnya tidak dapat lari daripada melakukan kesalahan dan kesilapan dalam hidup. Kesalahan-kesalahan itu dapat dihindari dengan mengambil wuduk sekurang-kurangnya lima kali sehari semalam. Natijahnya dosadosa kita akan diampunkan oleh Allah setiap kali kita berwuduk.
Secara saintifiknya seluruh badan kita juga akan bertambah sihat apabila air wuduk dialirkan ke badan kita. Rawatan secara semula jadi ini juga adalah rahmat Allah yang disediakan untuk hamba-Nya yang sering berwuduk. Kita mendapat keuntungan dalam dua segi iaitu dari sudut jasmani dan rohani. Apabila kedua-dua unsur ini mencapai tahap yang sempurna, lahirlah insan yang disifatkan oleh Allah sebagai sebaik-baik makhluk.
3.2
Solat menurut perspektif Sains dan kesihatan
Solat menurut perspektif sains dan kesihatan bermula d ari niat. a. Niat.
Niat merupakan kata kunci kepada setiap ibadah yang ingin dilakukan. Tanpa niat yang ikhlas kerana Allah semua amalan yang dilakukan akan tertolak dan tidak mendapat nilaian di sisi Allah. Begitu juga jikalau niat sesuatu ibadah itu dilakukan kerana selain daripada Allah, amalan sedemikian tidak diterima di sisi Allah dan dikira sia-sia malah boleh mendatangkan syirik kepada-Nya.
Apabila niat dilakukan betul hanya kerana Allah Taala, hati akan menjadi tenang dan lapang serta menjadikan fikiran sentiasa bersifat positif. Seseorang itu dibentuk oleh niat dan pemikirannya. Jika positif terbit daripada niat fikirannya maka positiflah tindakan dan amalannya. Begitulah sebaliknya.
Niat kerana Allah adalah pintu ke arah menjadikan rohani dan jasmani kita sihat. Jika kita sering memikirkan tentang kesusahan akan sempit dan deritalah jiwa. Jika kita lapang dan redha, tanpa keluh-kesah dengan segala ujian, di samping menyerahkan diri kepada Allah. Jiwa kita menjadi kaya.
JAPIM
Page 22
IBADAH (GPI 1083) Apabila jiwa dan fikiran rehat dan lapang secukupnya, secara tidak langsung berbagai-bagai penyakit dapat dicegah tanpa memerlukan rawatan. Kerana berpunca daripada pemikiranlah jiwa dan badan kita merana.
b. Berdiri Tegak dan Takbiratul Ihram.
Semua pergerakan solat adalah memberi kesihatan sangat banyak. Antaranya ialah semangat dan kekuatan kerana bukan sahaja kita membaca ayat-ayat al-Quran tetapi juga kita berhubung dengan Allah yang menciptakan manusia. Ketika solat kita memuji, menyanjung, memohon, berdoa dan bermunajat kepada Allah. Sudah pasti Allah akan memperkenankan permintaan hamba-Nya yang tulus ikhlas.
Doa-doa dan lafaz di dalam solat adalah berupa wahyu yang diturunkan oleh Allah kepada Nabi Muhammad. Sumber wahyu yang mulia ini jika dibaca dengan penuh perasaan akan menjadikan fikiran, jiwa dan tubuh badan berinteraksi dan wujud hubungan dengan Allah. Tubuh badan kita akan menjadi lebih sihat dan jiwa kita akan bersih daripada setiap gangguan syaitan dan unsur-unsur khianat. Ia juga sebagai benteng kita daripada diganggu oleh anasir dengki dan ilmu ghaib.
Solat membantu pertumbuhan antibodi dan membekal darah serta oksigen ke seluruh badan. Antibodi yang dikeluarkan di dalam badan akan mampu melawan sel-sel penyakit seperti virus dan bakteria di dalam tubuh. Otak yang lapang dan jiwa yang tenang merangsang antibodi melawan dengan cepat terhadap virus penyakit. Ketenangan semasa solat dibantu oleh lafaz suci bacaan zikir dan doa dapat mengelakkan badan daripada dipengaruhi hawa nafsu yang didorong oleh syaitan. Pen yakit-penyakit ilmu hitam juga dapat dihindari.
Solat juga adalah rangkuman gerakan dan regangan badan. Ia seperti senaman ringan yang dilakukan sebagai rutin pada setiap awal p agi, menjelang tengah hari, petang, awal senja dan malam hari. Regangan-regangan yang dilakukan di dalam solat adalah merupakan kedudukan yang amat sempurna untuk menjaga kesihatan tubuh badan.
Secara saintifik, kejadian tubuh badan di antara lelaki dan wanita mempunyai gerakan dan kedudukan yang berbeza di beberapa tempat di dalam solat. Ini kerana struktur tubuh
JAPIM
Page 23
IBADAH (GPI 1083) lelaki dan wanita tidak sama. P erubahan posisi dan gerakan di dalam solat merupakan akt iviti pemulihan seluruh anggota badan kita yang mampu menghindarkan banyak penyakit.
c. Mengangkat Takbir
Semasa bertakbir, kita mengangkat kedua-dua belah tangan. Secara tidak langsung menegangkan otot dada dan bisep pada lengan. Diafragma udara juga akan terbuka dan oksigen memasuki badan sebelum kita memulakan solat. Rongga dada seperti paru-paru mendapat bekalan udara secukupnya dan membantu menyegarkan badan serta memulih tenaga tubuh.
Semasa berdiri, seluruh kekuatan tulang akan dapat diperkuatkan. Tulang kaki menjadi lebih stabil dan di posisi ini tulang di dalam badan sedang dalam keadaan rehat. Pergerakan di dalam solat merupakan latihan gerakan ringkas bagi pembetulan kedudukan tulang serta melancarkan pergerakan sendi.
d. Ketika Rukuk
Rukuk mempunyai hikmahnya tersendiri. Semasa rukuk otot-otot betis dapat diregangkan serta menjauhkan daripada penyakit kejang terutama di bahagian betis dan pangkal paha. Rukuk memberi tekanan kepada dinding pembuluh darah di permukaan kedua-dua betis. Tekanan ini menggerakkannya untuk proses pengaliran darah di urat betis bahagian sisi serta menguatkan dinding urat-urat yang lemah.
Semasa rukuk juga dapat menggerakkan kedua-dua lutut dengan menggerakkan tangan di atas tempurung lutut dan menekannya serta d apat mendorong kedua-dua tempurung itu ke belakang. Dengan cara ini peredaran darah akan lancar di dalam kedua-dua tempurung ini. Semasa ditekan dengan tangan ke belakang, darah dan zat makanan akan sampai ke bahagian tempurung. Kedudukan tulang belakang juga menjadi tegap dan membantu proses pembetulan semula kedudukan tulang belakang.
e. Iktidal
Kedudukan iktidal adalah suatu posisi yang sangat baik untuk otak. Pada masa iktidal otak akan mendapat oksigen secara cepat setelah tunduk sedikit selepas rukuk. Pada masa ini tahap ketenangan adalah tinggi berlaku di dalam otak. Badan menjadi normal setelah otak berfungsi secara maksimum selepas itu. JAPIM
Page 24
IBADAH (GPI 1083)
f.
Sujud
Solat membantu pertumbuhan antibodi dan membekal darah serta oksigen ke seluruh badan. Kebiasaannya oksigen dan darah agak lambat sampai ke bahagian atas tubuh badan disebabkan daya graviti bumi. Sujud dalam solat boleh mempercepatkan penghantaran darah dan oksigen kepada bahagian dada, leher dan otak.
Seterusnya, fungsi jantung ialah bergerak mengepam darah ke seluruh badan. Tugas menggerakkan darah yang sukar ialah mengepam darah ke kepala. Apabila sujud yang dilakukan semasa solat, jantung mudah mengepam darah ke seluruh anggota di badan kerana tiada halangan graviti bumi. Sujud yang lama dapat menenangkan jantung dan melancarkan pergerakan darah. Sujud seperti ini dapat menjernihkan darah di paru-paru iaitu dengan membuang karbon dioksida dengan cepat dan menggantikannya dengan oksigen serta membuka jalan pengaliran darah ke paru-paru.
Sujud dapat merehatkan hati kerana darah dapat mengalir lancar terus menerus. Keadaan ini dapat mengurangkan penyakit jantung, lemah, pening, sesak dada, pengsan, sesak nafas dan lain-lain. Proses pengosongan hawa panas juga berlaku terutama pada anggota badan yang tertentu iaitu hidung, kening, kedua-dua tangan, kedua-dua lutut dan kedua-dua kaki.
Gerakan kedua-dua tangan dan penekanan ke tanah dapat menguatkan persendian tulang dan melancarkan peredaran darah. Selain itu, dapat mewujudkan tekanan pada perut, kedua-dua lutut dan kedua-dua kaki sehingga dapat menguatkan persendian pada tulang tersebut sambil mengatasi daripada reput. Bahagian atas pu nggung terasa ditarik dan diregang menjadikan otot atas belakang anjal dan sihat.
Semasa sujud, tekanan darah akan menjadi kuat di bahagian kepala. Darah dialirkan dengan cepat ke bahagian otak. Pada masa ini semua oksigen dan darah bertumpu di bahagian sel-sel otak. Cara ini menambah kecergasan otak dan berupaya memberi isyarat kepada badan dengan lebih pantas. Degupan jantung juga akan bertambah apabila jantung berkedudukan terbalik dan melawan graviti bumi. Darah lebih cepat dipam ke otak dan seluruh badan. Semua saraf kembali aktif dan mempunyai tenaga tambahan dengan bantuan
JAPIM
Page 25
IBADAH (GPI 1083) aliran darah yang pantas serta bekalan oksigen yang mencukupi. Pelbagai penyakit juga dapat disembuhkan seperti sakit jantung, lelah, demam dan kanser.
g. Memberi Salam
Semasa memberi salam, berlaku regangan otot-otot di bahagian kepala dan leher. Ia membantu pergerakan otot-otot leher secara sempurna. Ia juga mampu menjadikan bahagian kepala dan leher lebih ringan semasa pergerakan serta udara juga dapat dibekalkan dengan jumlah yang lebih banyak. Secara khususnya juga penyakit yang berpunca di bahagian kepala dapat dirawat dengan regangan urat leher semasa memberi salam. Kesimpulan, solat bukan sahaja menjadi terapi kesihatan tubuh badan secara lahiriah malah menjadi kekuatan rohani yang membuatkan diri kita sentiasa cergas dan b ahagia.
PENUTUP
Ketetapan waktu-waktu solat sebanyak lima kali sehari semalam adalah kala waktu yang memberi manfaat yang banyak kepada manusia. Kita bukan sahaja dapat sentiasa bertemu dengan Allah semasa solat malah kesihatan kita juga akan berada di tahap yang terbaik. Tidak hairanlah ramai para ulama terdahulu berasa tidak mencukupi dengan hanya menunaikan lima waktu solat fardu sahaja. Lantas mereka menambahkan lagi dengan mengerjakan solat-solat sunat yang lain untuk mencapai dan mengekalkan kenikmatan khusyuk solat. Dengan melaksanakan solat dengan khusyuk akan memberi kesihatan yang baik kepada insan.
JAPIM
Page 26
IBADAH (GPI 1083) UJI MINDA
1. Solat merupakan tonggak kepada Islam. Bincangkan? 2. Terangkan bagaimanakah cara solat berperanan mencegah perkara keji dan mungkar. 3. Jelaskan rukun-rukun solat? 4. Huraikan kepentingan solat sebagai asas pembinaan sahsiah muslim? 5. Jelaskan kepentingan solat sebagai asas kepimpinan dalam sesebuah masyarakat? 6. Sebut dan huraikan lima kelebihan wuduk menurut perspektif sains dan kesihatan? 7. Jelaskan tiga kelebihan solat menurut perspektif Sains dan kesihatan?
JAPIM
Page 27
IBADAH (GPI 1083)
JAPIM
Page 28
View more...
Comments