Topik 10 Bacaan Khusus Imam Asim, Riwayat Hafs Tariq Syatibi

April 27, 2017 | Author: Mazri Kalik | Category: N/A
Share Embed Donate


Short Description

Download Topik 10 Bacaan Khusus Imam Asim, Riwayat Hafs Tariq Syatibi...

Description

Topik

X

10

Bacaan Khusus Riwayat Hafs Menurut Tariq al-Shatibiyyah

HASIL PEMBELAJARAN Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat; 1. Menjelaskan maksud riwayat Hafs daripada Imam 'Asim menurut Tariq al-Shatibiyyah; 2. Menghuraikan tempat dan bacaan yang berbeza di antara tariqtariq riwayat Hafs; dan 3. Menerangkan kaedah bacaan khusus riwayat Hafs melalui Tariq al-Shatibiyyah dengan lebih sempurna.

X PENGENALAN Qiraat Imam 'Asim riwayat Hafs merupakan bacaan majoriti umat Islam di dunia. Umumnya, tariq yang masyhur bagi riwayat ini adalah tariq Ubaid bin Sobah al-Nahsyali yang dibawa oleh Imam al-Shatibi di dalam qasidahnya Hirz al-Amani wa Wajhu al-Tahani. Namun hakikatnya, terdapat banyak tariq lain bagi bacaan riwayat Hafs ini yang telah dihimpunkan oleh para Qurra' di dalam kitab-kitab mereka. Kitab-kitab tersebut telah dihimpunkan oleh Imam Ibn al-Jazari di dalam kitabnya al-Nasyr fi al-Qira'at al-'Asyar.

184 X TOPIK 10 BACAAN KHUSUS RIWAYAT HAFS MENURUT TARIQ AL-SHATIBIYYAH

Di antara tariq-tariq ini terdapat perbezaan pada beberapa kalimah dan hukum tertentu. Perbezaan tersebut kadangkala menyebabkan pembaca al-Quran mencampur adukkan bacaan di antara tariq tanpa pengetahuan dan kesedaran sedangkan hukumnya adalah ditegah. Justeru, topik ini akan menjelaskan bacaan riwayat Hafs dan 'Asim melalui Tariq al-Shatibiyyah. Ia menjelaskan sanad bacaan tariq dan mengemukakan perbezaan di antara tariq-tariq yang terdapat di dalam riwayat ini dan seterusnya menjelaskan bacaan riwayat Hafs menurut Tariq al-Shatibiyyah.

10.1

TARIQ YANG DIBAWA OLEH IMAM SHATIBI

Imam al-Shatibi telah memilih satu tariq sahaja bagi setiap riwayat yang dikumpulkan di dalam kitabnya Hirz al-Amani wa Wajhu al-Tahani. Beliau telah mengekalkan tariq asal kitab beliau iaitu Kitab al-Taisir fi al-Qiraat al-Sab' karangan Abu 'Amr al-Dani. Bagi riwayat Hafs daripada 'Asim, tariq tersebut adalah tariq 'Ubaid bin Sobah al-Nahsyali yang mengambil bacaan daripadanya al-Usynani yang telah mengambil bacaan daripadanya al-Hasyimi. Jadual 10.1 menjelaskan biodata ringkas para qari' di dalam tariq ini. Jadual 10.1: Biodata Ringkas Para Qari' Para Qari'

Biodata

'Ubaid bin Sobah al-Nahsyali

Beliau adalah 'Ubaid bin Sobah bin Abi Shuraih bin Sabih al-Nahsyali al-Kufi. Beliau mengambil bacaan al-Quran daripada Hafs daripada 'Asim. Beliau merupakan seorang qari' yang soleh dan kuat ingatan. Di antara murid beliau adalah Ahmad bin Sahl al-Usynani, 'Abd al-Samad bin Muhammad, alHasan bin al-Mubarak, Abu Tahir 'Abd al-Wahid bin 'Umar, 'Ali bin Muhammad al-Hasyimi. Beliau wafat pada tahun 219H.

Ahmad bin Sahl al-Usynani

Beliau adalah Abu al-'Abbas Ahmad bin Sahl bin alFairuzan al-Usynani. Beliau mengambil bacaan alQuran daripada 'Ubaid bin Sobah al-Nahsyali dan sebahagian murid 'Amr bin Sobah iaitu al-Hasan bin al-Mubarak, Ibrahim al-Simsar dan 'Ali bin Sa'id. Di antara anak murid beliau adalah Ibn Mujahid, 'Ali bin Muhammad al-Hasyimi dan Abu Tahir 'Abd alWahid bin 'Umar. Beliau wafat pada tahun 307H di Baghdad.

TOPIK 10 BACAAN KHUSUS RIWAYAT HAFS MENURUT W TARIQ AL-SHATIBIYYAH

'Ali bin Muhammad al-Hasyimi

185

Beliau adalah 'Ali bin Muhammad bin Soleh bin Daud al-Hashimi al-Basri. Beliau merupakan seorang qari' yang buta. Beliau mengambil bacaan al-Quran daripada Ahmad bin Sahl al-Usynani dan di antara murid beliau adalah Tahir bin Ghalbun dan Mansur bin Ahmad al-Sindi. Beliau wafat pada tahun 368H.

SEMAK KENDIRI 10.1 Setelah anda mempelajari dengan mendalam, maksud bacaan al-Quran riwayat Hafs daripada Imam 'Asim menurut tariq al-Shatibiyyah, cuba anda jelaskan mengapa bacaan tariq ini sangat masyhur di Malaysia dan seluruh dunia.

10.2

PERBEZAAN BACAAN PADA TARIQTARIQ RIWAYAT HAFS

Secara amnya, riwayat Hafs daripada 'Asim tidak terdapat perbezaan yang banyak di antara tariq-tariqnya. Tariq-tariq ini hanya berbeza di dalam beberapa perkara yang menjadi usul qiraat dan farsh al-Huruf. Usul qiraah merujuk kepada hukum atau bacaan yang mempunyai kaedahkaedah tertentu dan bacaan ini diulang dan terdapat dengan banyak di dalam al-Quran. Manakala farsh al-Huruf pula merujuk kepada bacaan yang tidak mempunyai kaedah khusus baginya dan hukum bacaan tersebut tidak terdapat dengan banyak di dalam al-Quran. Subtopik berikut menyenaraikan usul qiraat dan farsh al-Huruf yang berbeza padanya tariq-tariq bagi riwayat Hafs daripada 'Asim.

10.2.1

Usul Yang Berbeza Padanya Tariq-tariq Riwayat Hafs Daripada 'Asim

Terdapat lima usul yang tidak disepakati oleh tariq-tariq riwayat Hafs daripada Imam 'Asim iaitu seperti yang ditunjukkan dalam Jadual 10.2.

186 X TOPIK 10 BACAAN KHUSUS RIWAYAT HAFS MENURUT TARIQ AL-SHATIBIYYAH

Jadual 10.2: Usul yang Tidak Disepakati oleh Tariq-tariq Riwayat Hafs Daripada Imam 'Asim Usul

Penerangan

Mad Munfasil

Tariq-tariq riwayat ini berbeza pada kadar panjang bagi mad ini, di mana sebahagian tariq membaca dengan Qasr (2 harakat), Fuwaiq al-Qasr (3 harakat), al-Tawassut (4 harakat) atau Fuwaiq al-Tawassut (5 harakat).

Mad Muttasil

Tariq-tariq riwayat ini berbeza pada kadar panjang bagi mad ini, di mana sebahagian tariq membaca dengan al-Tawassut (4 harakat), Fuwaiq al-Tawassut (5 harakat) atau al-Isyba' (6 harakat).

Dengung (Ghunnah)

Sebahagian tariq membaca idgham yang sempurna (idgham kamil) bersama ghunnah pada huruf nun atau tanwin yang bertemu pada huruf lam dan ra'. Manakala sebahagian yang lain membacanya dengan idgham yang tidak sempurna (idgham naqis) dengan ghunnah pada pertemuan tersebut.

Saktah pada huruf berbaris sukun (mati) sebelum huruf hamzah

Tariq-tariq riwayat ini berbeza pada tempat huruf mati tersebut di mana sebahagian membaca tanpa saktah, sebahagian yang lain membaca saktah 'am1 atau saktah khas2.

Takbir

Sebahagian daripada tariq tidak membaca takbir, manakala harus pada sebahagian yang lain membaca takbir am atau khas di awal atau akhir surah-surah khatam.

10.2.2

Farsy al-Huruf yang Berbeza Padanya Tariqtariq Riwayat Hafs Daripada 'Asim

Terdapat 16 lafaz atau kalimah khusus yang terdapat perbezaan di antara tariqtariq riwayat Hafs daripada 'Asim: (a)

^½¡×WcXT` di dalam ayat 245 Surah al-Baqarah: Tariq-tariq berbeza pada bacaan kalimah sama ada dibaca dengan huruf Sin atau Shod.

(b)

^
View more...

Comments

Copyright ©2017 KUPDF Inc.
SUPPORT KUPDF