Topik 1 Konsep Dan Pengenalan Asas Pembelajaran Motor Serta Kawalan Motor
September 28, 2017 | Author: HAdi NewRole | Category: N/A
Short Description
hbpe4103...
Description
Topik X Konsep dan
1
Pengenalan Asas Pembelajaran Motor serta Kawalan Motor
HASIL PEMBELAJARAN Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat: 1.
Menghuraikan konsep dan asas pembelajaran motor serta kawalan motor;
2.
Menyatakan penggunaan pendekatan psikologi dan neurofisiologi dalam pembelajaran motor;
3.
Menghuraikan teori refleks, teori klasik dan teori sistem dinamik dalam kawalan motor; dan
4.
Menerangkan kriteria pergerakan manusia.
X PENGENALAN Selamat memulakan pembacaan modul ini. Topik pertama merupakan pendedahan awal terhadap asas pembelajaran motor dan kawalan motor. Diharapkan anda memulakan pembacaan modul ini dengan cara duduk yang selesa, lupakan masalah sampingan seketika dan berikan tumpuan sepenuhnya kepada pembacaan anda.
2 X
TOPIK 1
KONSEP DAN PENGENALAN ASAS PEMBELAJARAN MOTOR SERTA KAWALAN MOTOR
Proses belajar dan mengajar merupakan proses yang berterusan dari semasa ke semasa. Umumnya, kita boleh katakan pembelajaran adalah proses di mana tingkah laku diperkembangkan atau diubah menerusi latihan atau pengalaman. Asasnya pembelajaran bermula dengan penerimaan rangsangan yang diterima oleh pancaindera. Rangsangan itu diproses dan disimpan sebagai pengalaman. Pengalaman yang disimpan dapat dipergunakan untuk mencapai sesuatu matlamat dan penyelesaian masalah. Terdapat pelbagai bentuk pembelajaran yang ada. Dalam modul ini, kita akan memfokuskan kepada pembelajaran motor. Boleh kita katakan bahawa pembelajaran motor seperti juga proses pembelajaran lain yang melibatkan penerimaan rangsangan dan diproses dalam sistem saraf pusat dan seterusnya merangsang otot yang terlibat untuk menghasilkan gerakan motor yang diingini. Apakah pembelajaran motor? Pembelajaran motor ialah proses untuk meningkatkan prestasi kemahiran motor. Ia juga bertujuan untuk meningkatkan kehalusan dan ketepatan sesuatu pergerakan. Setiap kemahiran motor memerlukan tahap dan bilangan motor neuron serta bilangan fungsi mental yang berbeza.
Pembelajaran bagi kebanyakan kemahiran adalah melibatkan suatu proses yang aktif. Pembelajaran melalui proses cuba jaya bukan sahaja mengecewakan tetapi juga tidak mendatangkan kesan yang diharapkan. Melalui modul ini, kita akan belajar bahawa pergerakan manusia adalah satu fenomena yang kompleks disebabkan oleh fungsi interaksi tiga elemen berikut: (a)
Pelajar;
(b)
Tugasan; dan
(c)
Alam sekitar.
TOPIK 1
KONSEP DAN PENGENALAN ASAS PEMBELAJARAN MOTOR SERTA KAWALAN MOTOR
W
3
Rajah 1.1 berikut menunjukkan interaksi antara aspek pelajar, tugasan dan persekitaran dalam penghasilan pergerakan.
Rajah 1.1: Interaksi antara pelajar, tugasan dan persekitaran untuk penghasilan pergerakan Sumber: https://www.rte.ie
4 X
1.1
TOPIK 1
KONSEP DAN PENGENALAN ASAS PEMBELAJARAN MOTOR SERTA KAWALAN MOTOR
PEMBELAJARAN MOTOR DAN KAWALAN MOTOR
Mari kita pelajari dua definisi pembelajaran motor sepertimana dipaparkan dalam Jadual 1.1 berikut. Jadual 1.1: Dua Definisi Pembelajaran Motor Sumber
Definisi
Schmidt (1988)
Pembelajaran motor sebagai proses gabungan latihan dan pengalaman yang menyebabkan perubahan tindakan atau pergerakan yang kekal
Drowatzky (1981)
x
Pembelajaran motor sebagai aktiviti motor dan gerak balas motor yang mewujudkan pola kemahiran
x
Pembelajaran motor juga ialah perlakuan yang dapat diperhatikan. Perlakuan ini adalah hasil daripada gerak balas otot yang menyebabkan pergerakan badan atau sebahagian anggota badan.
Apakah bidang pembelajaran motor? Bidang pembelajaran motor ialah satu bidang kajian penguasaan kemahiran pergerakan hasil daripada latihan. Fokus kajian adalah kepada perubahan yang berlaku pada mekanisme kawalan motor hasil daripada proses ekstrinsik seperti praktis dan adaptasi biologi. Mari kita lihat pendapat tentang pengertian pembelajaran dan pembelajaran kemahiran pergerakan. Pembelajaran adalah perubahan dalam keupayaan seseorang untuk melaksanakan kemahiran yang mesti disimpulkan daripada peningkatan secara relatifnya kekal dalam prestasi hasil latihan atau pengalaman. Magill (2007) Ingat: Pembelajaran motor mempunyai hubungan antara pergerakan hasil dan latihan.
TOPIK 1
KONSEP DAN PENGENALAN ASAS PEMBELAJARAN MOTOR SERTA KAWALAN MOTOR
W
5
Pembelajaran kemahiran pergerakan adalah merujuk kepada prestasi perlakuannya. Bucher (1987) Andaikan anda adalah guru pendidikan jasmani yang mengajar pelajar anda kemahiran servis dalam tenis. Bagaimana anda menentukan sama ada mereka sebenarnya belajar apa yang anda ajar? Apa yang anda akan lihat untuk menilai kemajuan mereka dalam pembelajaran kemahiran servis? Bagaimana anda boleh yakin bahawa apa yang anda perhatikan adalah hasil daripada pembelajaran dan bukan kerana nasib? Melalui latihan yang berterusan, pelajar tersebut akan menguasai kemahiran servis dengan lebih baik dan akan mengekalkan prestasi lakuannya. Perubahan prestasi lakuan ini akan membolehkan anda membuat kesimpulan bahawa pembelajaran kemahiran servis telah berlaku. Bidang kawalan motor mempunyai hubungan yang rapat dengan pembelajaran motor manakala bidang kajian kawalan motor adalah disiplin ilmu sains lakuan motor manusia mengenai mekanisme kawalan pada sistem biologi (manusia) yang berperanan dalam pengawalan postur dan penghasilan pergerakan (yang berfungsi). Tahukah anda apakah kajian kawalan motor? Kajian kawalan motor merupakan kajian kesan faktor neurofisiologi ke atas pergerakan manusia. Schmidt (1999) Bagaimana pula dengan kawalan motor? Kawalan motor memberi tumpuan pada aspek neural, fizikal dan tingkah laku yang menjadi asas pergerakan manusia. Coker (2004) Pemahaman prinsip kawalan motor adalah perlu untuk pengajaran sesuatu kemahiran motor. Dengan pengetahuan serta pemahaman prinsip bagaimana kemahiran motor dipelajari serta pengawalan pergerakan motor, anda sebagai pendidik pendidikan jasmani dapat merancang dan melaksanakan satu sesi pengajaran dan pembelajaran dengan lebih berkesan.
6 X
TOPIK 1
KONSEP DAN PENGENALAN ASAS PEMBELAJARAN MOTOR SERTA KAWALAN MOTOR
Pembelajaran motor dan kawalan motor adalah bidang pengajian berkaitan dengan bagaimana otak merangsangkan pergerakan otot yang kompleks. Pengetahuan dalam bidang pembelajaran motor dan kawalan motor dapat membantu kita mempelajari pergerakan yang kompleks dengan lebih berkesan. Melalui latihan berterusan, sesuatu kemahiran motor dapat dilakukan secara efisien. Rajah 1.2 berikut menerangkan hubungan antara pembelajaran motor dan kawalan motor untuk menghasilkan tingkah laku motor.
Rajah 1.2: Bidang tingkah laku motor dan subbidangnya
Berikut adalah pandangan Kluka: Namun, menurut Kluka (1998), pembelajaran motor dan kawalan motor merupakan satu proses yang dinamik. Ia kadangkala sukar bagi kita membezakan antara tingkah laku motor yang mana dianggap pembelajaran motor dan kawalan motor.
SEMAK KENDIRI 1.1 1.
Apakah perbezaan antara bidang kajian pembelajaran motor dengan kawalan motor?
2.
Bagaimana kedua bidang ini dapat membantu anda dalam pengajaran kemahiran motor? Huraikan
TOPIK 1
KONSEP DAN PENGENALAN ASAS PEMBELAJARAN MOTOR SERTA KAWALAN MOTOR
W
7
AKTIVITI 1.1 Setelah anda membaca dua jenis definisi pembelajaran motor, bagaimana anda mendefinisikan pembelajaran motor mengikut pandangan anda?
1.2
PENDEKATAN PSIKOLOGI DAN NEUROFISIOLOGI
Persoalan bagaimanakah pengetahuan dan maklumat pergerakan boleh diperoleh sering menjadi tanda tanya kepada para pendidik jasmani. Oleh itu, pengetahuan serta pemahaman tentang peranan psikologi dan neurofisiologi dalam menghasilkan pergerakan adalah penting. Tahukah anda apakah pendekatan psikologi? Pendekatan psikologi adalah satu pendekatan kajian mengenai faktor psikologi seperti bagaimana maklumat diproses, memori dan tumpuan memainkan peranannya dalam pembelajaran sesuatu kemahiran motor.
Apakah pula pendekatan neurofisiologi? Pendekatan neurofisiologi adalah satu pendekatan kajian mengenai bagaimana otak dan sistem saraf pusat berfungsi. Ia juga cuba menjelaskan bagaimana keduanya mengawal penguncupan otot yang mengerakkan anggota tubuh badan berkenaan.
Kedua-dua pendekatan ini adalah saling berkaitan dalam memahami bagaimana sesuatu kemahiran motor dipelajari dan dikawal. Rajah 1.3 menunjukkan bagaimana kedua-dua pendekatan ini memainkan peranan dalam proses pembelajaran serta kawalan motor.
8 X
TOPIK 1
KONSEP DAN PENGENALAN ASAS PEMBELAJARAN MOTOR SERTA KAWALAN MOTOR
Rajah 1.3: Perkaitan antara psikologi dan neurofisiologi dalam pembelajaran motor
1.2.1
Pendekatan Psikologi
Proses berlakunya sesuatu tingkah laku merupakan satu proses yang kompleks. Untuk memahami bagaimana proses ini berlaku, model fisiologikal psikologi akan digunakan. Bagi memudahkan kefahaman model ini, marilah kita lihat terlebih dahulu dua model ringkas yang menunjukkan bagaimana fungsi asas dan komponen neurofisiologi tingkah laku motor seperti dipaparkan dalam Jadual 1.2 berikut. Jadual 1.2: Penerangan bagi Fungsi Asas Komponen Neurofisiologi Tingkah Laku Motor Fungsi
Penerangan
Input
Segala maklumat atau rangsangan yang diterima oleh seseorang individu
Membuat keputusan
Proses mengintegrasikan serta penterjemahan input dan menentukan respons yang perlu dilakukan terhadap rangsangan
Output
Respons atau tingkah laku dalam bentuk pergerakan
Maklum balas
Maklumat yang diterima semasa atau selepas sesuatu pergerakan
TOPIK 1
1.2.2
KONSEP DAN PENGENALAN ASAS PEMBELAJARAN MOTOR SERTA KAWALAN MOTOR
W
9
Pendekatan Neurofisiologi
Daripada model ringkas dalam Rajah 1.3, kita boleh melihatnya dari sudut mekanisme neurofisiologi yang berkaitan komponen tersebut. Rajah 1.4 berikut menunjukkan mekanisme neurofisiologi asas untuk tingkah laku motor.
Rajah 1.4 Asas mekanisme neurofisiologi untuk tingkah laku motor
Input diterima melalui organ deria. Otak dan saraf tunjang berfungsi untuk membuat keputusan dan output diselaraskan oleh otot dan sistem kelenjar. Maklum balas pula diselaraskan oleh pelbagai organ deria. Maklumat bergerak dari satu tempat ke tempat lain melalui transmisi neural.
1.2.3
Model Fisiologikal Psikologi
Proses neurofisiologi dan psikologi memerlukan pengetahuan serta pemahaman struktur sistem saraf dan aktiviti psikologi. Model fisiologikal psikologi dalam Rajah 1.5 berikut menggambarkan bagaimana struktur sistem saraf serta psikologi memainkan peranannya dalam pembelajaran serta pengekalan sesuatu kemahiran motor.
Rajah 1.5: Model fisiologikal psikologi
10 X
TOPIK 1
KONSEP DAN PENGENALAN ASAS PEMBELAJARAN MOTOR SERTA KAWALAN MOTOR
SEMAK KENDIRI 1.2 Jelaskan secara ringkas perkaitan antara pendekatan neurofisiologi dan pembelajaran motor.
1.3
PERSPEKTIF KLASIK DAN MODEN DALAM KAWALAN MOTOR
Kajian pembelajaran motor dan kawalan motor telah bermula sejak abad ke-19 lagi. Donders, seorang saintis Belanda telah mengkaji tentang kaitan proses kognitif dengan masa reaksi dalam pembelajaran motor. Dalam pengkajian awal, pembelajaran dan pergerakan adalah daripada dua bidang kajian yang berasingan iaitu: (a)
Neurofisiologi: Memberi tumpuan kepada proses neural dan ia berkaitan dengan pergerakan.
(b)
Psikologi: Menumpukan kepada kemahiran motor prestasi tinggi dengan pengasingan daripada mekanisme neurologikal yang terlibat. Namun, pada akhir 1970, kedua-dua bidang ini telah mula disalingkaitkan antara satu sama lain dalam kajian pembelajaran dan kawalan sesuatu kemahiran motor.
1.3.1
Bagaimana Pembelajaran Diperoleh?
Ahli psikologi telah cuba sedaya upaya untuk menjelaskan fenomena bagaimana pembelajaran diperoleh dan berlaku. Semenjak berkembangnya bidang ini, ramai ahli teori telah cuba menjawab persoalan bagaimana proses pembelajaran berlaku. Secara umumnya, ahli teori ini dapat dikategorikan kepada tiga mazhab (lihat Rajah 1.6):
TOPIK 1
KONSEP DAN PENGENALAN ASAS PEMBELAJARAN MOTOR SERTA KAWALAN MOTOR
W
11
Rajah 1.6: Tiga mazhab ahli teori
(a)
Mazhab yang menyokong teori perkaitan (connectionist theories) Secara umumnya, teori perkaitan atau behavioris berpendapat bahawa pembelajaran merangkumi pelajar memahami satu perkaitan antara satu rangsangan dan satu respons atau tindak balas. Ahli teori mazhab ini menumpukan kajiannya kepada bagaimana perkaitan antara satu peristiwa atau rangsangan dan pembentukkan tingkah laku. Ahli teori yang popular dalam mazhab ini adalah seperti: (i)
Pavlov;
(ii)
Thorndike;
(iii) Guthrie; (iv) Hull; dan (v) (b)
Skinner.
Mazhab yang merupakan penyokong teori kognitif Ahli psikologi yang menyokong mazhab ini percaya bahawa perbezaan dalam persepsi, kepercayaan, sikap dan kesedaran seseorang manusia itu yang akan menentukan tingkah lakunya. Pembelajaran telah berlaku sekiranya terdapat perubahan dalam kesedaran melalui pengalaman seseorang individu. Prinsip asas dalam mazhab kognitif ini adalah dipelopori oleh ahli psikologi Gestalt seperti: (i)
Koffa; dan
(ii)
Kohler.
12 X
(c)
TOPIK 1
KONSEP DAN PENGENALAN ASAS PEMBELAJARAN MOTOR SERTA KAWALAN MOTOR
Mazhab yang terdiri daripada penyokong teori mesin manusia (human machine theories) Teori ini adalah berasaskan kepada bagaimana sistem saraf dibentuk. Dalam membentuk teori ini, penyokong mazhab ini telah melakukan analogi antara manusia dengan mesin iaitu komputer. Mereka membuat kesimpulan bahawa sistem saraf manusia akan terlibat dengan elemen seperti: (i)
Input;
(ii)
Transmisi;
(iii) Pemprosesan; (iv) Output; dan (v)
Maklum balas.
Mereka berpendapat bahawa pembelajaran seperti pembelajaran motor bukanlah hasil daripada peningkatan atau pengukuhan proses rangsangantindak balas seperti yang dikemukakan oleh ahli teori mazhab behavioris. Sebaliknya mereka percaya bahawa pembelajaran melalui hasil daripada input, pemprosesan maklumat daripada input dengan baik dan maklum balas adalah lebih berkesan. Melalui proses seperti ini, hasilnya dapat dikenal pasti dengan lebih jelas, sama ada positif atau negatif, kesilapan lebih mudah dikesan dan dibetulkan. Dengan itu pembelajaran akan menjadi lebih berkesan. Teori mesin manusia merangkumi: (i)
Teori sibernetik;
(ii)
Teori informasi; dan
(iii) Teori maklum balas. Sejak kebelakangan ini, pengkaji pembelajaran motor telah menjuruskan kajian kepada proses dan mekanisme di mana kemahiran motor dan kawalan motor dipelajari. Pendekatan pemprosesan maklumat telah digunakan untuk menjelaskan penguasaan kemahiran dan perlakuan motor.
TOPIK 1
KONSEP DAN PENGENALAN ASAS PEMBELAJARAN MOTOR SERTA KAWALAN MOTOR
W
13
SEMAK KENDIRI 1.3 Senaraikan perbezaan pendapat tiga mazhab berkaitan dengan bagaimana fenomena proses pembelajaran berlaku.
1.3.2
Pendekatan Klasik dalam Kawalan Motor
Siapakah yang memperkenalkan pendekatan klasik dalam kawalan motor? Pendekatan klasik diperkenalkan oleh Sherinton (1907) yang menjelaskan bahawa mekanisme kawalan motor dilihat dalam konteks fisiologi gerak balas, di mana pergerakan hanya aktiviti saraf dan tindak balas dalam sistem biologi. Melalui pendekatan ini, teori refleks telah diperkenalkan. Menurut teori refleks, refleks adalah sebagai unit gerak balas dalam sistem saraf kerana lakuan motor yang terhasil adalah daripada rangkaian refleks secara bersiri dan aktiviti refleks mempunyai hiraki.
Sekiranya tiada refleks pada peringkat paling primitif (rendah), maka tiada pergerakan yang akan dihasilkan. Dengan kata lain, sekiranya peringkat sensori tidak memainkan peranan atau aktif semasa menerima rangsangan dan maklumat tidak dihantar ke peringkat saraf yang paling tinggi (saraf pusat), maka saraf pusat tidak dapat memproses maklumat dan seterusnya memberikan arahan untuk penghasilan lakuan motor.
1.3.3
Pendekatan Moden dalam Kawalan Motor
Pendekatan moden yang dikemukakan oleh Bernstein pada tahun 1967, berbeza daripada teori hiraki dengan dua cara: (a)
Menetapkan semula peranan bagi persekitaran sebagai sumber penting maklumat; dan
(b)
Bagaimana tindakan yang sebenarnya dihasilkan.
14 X
TOPIK 1
KONSEP DAN PENGENALAN ASAS PEMBELAJARAN MOTOR SERTA KAWALAN MOTOR
Pendekatan ini telah memperkenalkan teori sistem dinamik (dynamic theory system). Menurut teori ini, lakuan motor yang terhasil daripada interaksi sistem biologi dengan persekitaran. Konsep utama teori ini ialah penghasilan lakuan motor adalah daripada kecekapan sistem biologi mengawal darjah kebebasan lakuan yang mampu dihasilkan. Apakah yang dimaksudkan dengan darjah kebebasan? Darjah kebebasan ialah keupayaan sistem tubuh menghasilkan pergerakan dalam pelbagai cara secara lancar dengan merujuk kepada organisasi sistem sendi dan otot. Pergerakan yang efisien memerlukan darjah kebebasan yang minimum. Idea utama teori ini ialah proses kawalan berlaku pada peringkat periferi dan sistem pusat hanya bertindak sebagai „moderator‰ yang hanya akan bertindak sekiranya modifikasi lakuan motor perlu dibuat untuk mencapai matlamat persekitaran (lihat Rajah 1.7).
Rajah 1.7: Pendekatan moden yang menunjukkan perhubungan sistem biologi dan persekitaran dalam kawalan motor
1.3.4
Model Pemprosesan Maklumat
Model pemprosesan maklumat adalah terdiri daripada empat komponen atau proses, seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 1.8 dan diterangkan dalam Jadual 1.3.
Rajah 1.8: Model pemprosesan maklumat
TOPIK 1
KONSEP DAN PENGENALAN ASAS PEMBELAJARAN MOTOR SERTA KAWALAN MOTOR
W
15
Jadual 1.3: Empat Komponen Model Pemprosesan Maklumat Komponen
Deskripsi
Input
Proses pengumpulan maklumat daripada persekitaran
Membuat keputusan
Maklumat ini ditransmisikan ke sistem saraf pusat
Output
Respons atau tindak balas adalah output
Maklum balas
Maklumat prestasi perlakuan. Maklumat ini boleh digunakan sebagai input untuk perlakuan kemahiran berikutnya. Pengetahuan serta pengalaman daripada maklum balas boleh digunakan untuk memperbaiki proses membuat keputusan untuk menghasilkan output yang lebih berkualiti
Sebagai contoh untuk menjelaskan pendekatan ini, katakan anda sedang bermain bola sepak. Anda sedang menguasai bola dalam jarak jaringan gol. Adakah anda terus mengelecek bola itu, menghantar kepada rakan sepasukan atau terus melakukan sepakan ke gawang? Untuk membuat pilihan, anda harus terlebih dahulu mendapatkan maklumat tentang kedudukan anda di padang, kedudukan rakan sepasukan dan pemain pasukan lawan serta jarak anda dengan penjaga gawang pihak lawan. Maklumat ini merupakan input. Berikutnya, sebagai sebahagian daripada proses membuat keputusan, anda perlu menganalisis dan mentafsir maklumat ini dengan merujuk kepada pengalaman lepas anda, khususnya dalam situasi lampau yang sama dengan situasi sekarang. Berdasarkan analisis dan penilaian, anda mesti membuat pilihan respons. Keputusan anda akan dipengaruhi juga oleh kejayaan anda dan rakan sepasukan anda dalam situasi lampau yang sama. Setelah pilihan dibuat, maka anda akan sama ada menggelecek, menghantar atau melakukan jaringan. Akhirnya semasa dan ketika respons dilakukan, anda akan menerima maklum balas atas prestasi respons atau lakuan anda.
AKTIVITI 1.2 Bagaimanakah perspektif klasik dan moden dalam kawalan motor menyumbang kepada bidang pembelajaran motor? Bincangkan.
16 X
TOPIK 1
1.4
KONSEP DAN PENGENALAN ASAS PEMBELAJARAN MOTOR SERTA KAWALAN MOTOR
TEORI KAWALAN MOTOR
Mari kita lihat pendapat berkenaan teori kawalan motor. Pengetahuan tentang teori kawalan motor memerlukan kita memahami terlebih dahulu ciri-ciri teori ini. Kluka (1999) Sheridan (1984) telah menyarankan bahawa penjelasan dalam teori kawalan motor perlu mengambil kira empat kriteria kemahiran pergerakan seperti berikut (lihat Rajah 1.10): (a)
Fleksibiliti pergerakan;
(b)
Keunikan pergerakan;
(c)
Ketekalan pergerakan; dan
(d)
Modifikasi pergerakan.
Rajah 1.9: Empat kriteria kemahiran pergerakan dalam teori kawalan motor Sumber: Kluka (1999)
TOPIK 1
KONSEP DAN PENGENALAN ASAS PEMBELAJARAN MOTOR SERTA KAWALAN MOTOR
W
17
SEMAK KENDIRI 1.4 Mengikut Sheridan, teori pembelajaran motor harus mengambil kira empat kriteria kemahiran pergerakan. Apakah kriteria yang dimaksudkan?
1.4.1
Teori Refleks
Apakah maksud teori refleks? Teori refleks ialah teori yang cuba untuk menerangkan tingkah laku motor yang boleh diperhatikan.
Sherrington seorang pakar neurofisiologi (1906) serta Thorndike (1927) dan Skinner (1938) pakar psikologi tingkah laku berpendapat bahawa pergerakan adalah dikawal oleh refleks. Oleh itu, setiap pergerakan adalah hasil gabungan satu siri refleks untuk menghasilkan satu reaksi. Refleks di bahagian saraf tunjang dirangsang oleh reseptor sensori; maklumat persekitaran dikumpulkan supaya otot akan dirangsang untuk bertindak (Rajah 1.10).
Rajah 1.10: Proses refleks Sumber: http://en.wikivet.net
Ahli behavioris seperti Thorndike dan Skinner telah menumpukan kajian mereka ke atas pemerhatian tingkah laku. Mereka berpendapat bahawa refleks akan
18 X
TOPIK 1
KONSEP DAN PENGENALAN ASAS PEMBELAJARAN MOTOR SERTA KAWALAN MOTOR
bergabung bersama diperhatikan.
untuk
menghasilkan
satu
perlakuan
yang
dapat
Mereka juga percaya bahawa pembentukkan tabiat melalui proses pelaziman adalah kunci kepada kawalan motor. Ini adalah kerana sesuatu tindak balas yang wujud secara semula jadi pada peringkat refleks boleh dikaitkan kepada satu rangsangan yang boleh memperoleh tindak balas hasil daripada latihan. Kajian Pavlov telah berjaya menghubungkaitkan rangsangan bunyi loceng dengan tindak balas air liur anjing
AKTIVITI 1.3 Mengikut teori refleks, bagaimanakah sesuatu pergerakan berlaku?
1.4.2
Teori Klasik
Teori klasik yang banyak mempengaruhi pembelajaran tingkah laku adalah teori pembelajaran behaviorisme atau sering dikenali juga sebagai teori pembelajaran tingkah laku yang dipelopori oleh ahli psikologi seperti (lihat Rajah 1.11): (a)
Ivan Pavlov;
(b)
B. F. Skinner; dan
(c)
Edward Lee Thorndike.
Rajah 1.11: Tiga teori pembelajaran tingkah laku klasik
TOPIK 1
KONSEP DAN PENGENALAN ASAS PEMBELAJARAN MOTOR SERTA KAWALAN MOTOR
W
19
Ahli psikologi yang menyokong teori behaviorisme berpendapat bahawa pembelajaran adalah perubahan tingkah laku yang berlaku dalam diri seseorang individu yang disebabkan oleh pengalaman. Teori ini menumpukan perhatian ke atas aspek tingkah laku manusia yang boleh dilihat dan diukur. Mereka amat berminat dengan tingkah laku yang boleh diperhatikan. Mereka tidak mementingkan struktur mental yang melibatkan: (a)
Pemikiran idea;
(b)
Impian; dan
(c)
Imej mental.
Sebaliknya, tindakan dan pola perlakuan individu diberi penekanan. Menurut mereka, jika kita ingin sesuatu perlakuan itu diulangi, maka kita hanya perlu mengukuhkannya dengan memberi ganjaran, atau jika hendak menghentikan atau mengurangkan sesuatu perlakuan, maka kita boleh menghukum atau menghentikan ganjarannya. (a)
Teori pelaziman klasik Pavlov Menurut Pavlov, setiap rangsangan akan menimbulkan gerak balas. Gerak balas adalah apa sahaja tingkah laku yang timbul akibat sesuatu rangsangan. Rangsangan pula ialah apa sahaja bentuk tenaga yang menimbulkan gerak balas. Contohnya, apabila guru masuk ke kelas, murid akan bangun dengan cepat dan memberi salam. Kemunculan guru itu adalah rangsangan, manakala tindakan berdiri dan memberi salam itu ialah gerak balas. Hasil daripada kajiannya, Pavlov berpendapat bahawa pembelajaran boleh berlaku jika ada perkaitan antara rangsangan dengan gerak balas. Rangsangan itu boleh juga dikaitkan dengan satu rangsangan yang lain untuk mendatangkan pembelajaran. Jadi, apakah pelaziman klasik? Pembelajaran akibat perkaitan dua rangsangan ini dikenali sebagai pelaziman klasik. Contohnya, seorang guru mewujudkan suasana pengajaran dan pembelajaran yang menyeronokkan. Dalam contoh ini, terdapat dua rangsangan iaitu suasana pengajaran dan pembelajaran, dan satu lagi ialah aspek emosi iaitu seronok dan gembira. Jadi, pelajar mengaitkan satu rangsangan (suasana pembelajaran) dengan satu lagi rangsangan lain
20 X
TOPIK 1
KONSEP DAN PENGENALAN ASAS PEMBELAJARAN MOTOR SERTA KAWALAN MOTOR
(suasana seronok). Mari kita lihat Rajah 1.12 berkenaan pelaziman klasik Pavlov.
Rajah 1.12: Pelaziman klasik Pavlov
Pavlov membunyikan loceng dan memerhati gerak balas anjing. Tiada gerak balas diperhatikan. Bunyi loceng dikenali sebagai rangsangan terlazim kerana ia digunakan untuk melazimkan gerak balas air liur. (i)
Bila makanan ditunjukkan, diperhatikan anjing akan mengeluarkan air liur, ia dikenali sebagai gerak balas tidak terlazim;
(ii)
Dalam proses pelaziman Pavlov, loceng dibunyikan dan makanan ditunjukkan secara serentak, anjing mengeluarkan air liur dan proses ini diulang beberapa kali; dan
(iii) Selepas proses pelaziman, Pavlov hanya membunyikan loceng (rangsangan terlazim) dan diperhatikan anjing akan mengeluarkan air liur (gerak balas terlazim).
TOPIK 1
KONSEP DAN PENGENALAN ASAS PEMBELAJARAN MOTOR SERTA KAWALAN MOTOR
W
21
Prinsip asas teori pelaziman klasik Pavlov ialah sesuatu rangsangan yang berkaitan dengan rangsangan yang lain akan menghasilkan pembelajaran. Apakah maksud pelaziman? Pembelajaran yang berlaku akibat perkaitan antara dua rangsangan dipanggil pelaziman.
Konsep penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran melalui pelaziman klasik adalah seperti berikut (lihat Rajah 1.13):
Rajah 1.13: Teori pelaziman klasik Pavlov
(i)
Generalisasi Rangsangan yang sama akan menghasilkan tindak balas yang sama. Misalnya, Razak risau setiap kali ujian kecergasan jasmani dan ujian pendidikan kesihatan diadakan kerana dia tidak menyukai kecergasan jasmani dan menganggap kedua-dua mata pelajaran tersebut mempunyai perkaitan antara satu sama lain. Jadi kerisauan dalam mata pelajaran ini telah digeneralisasikan kepada satu mata pelajaran yang lain.
(ii)
Diskriminasi Ianya berlaku apabila bertindak balas terhadap sesuatu rangsangan yang tertentu sahaja. Dalam kajian yang dilakukan oleh Pavlov terhadap anjing, didapati bahawa anjing hanya bertindak balas pada bunyi loceng sahaja dan tidak akan bertindak balas selain daripada bunyi loceng. Contohnya, sekiranya Ong risau setiap kali mengambil ujian kecergasan fizikal, dia tidak akan risau mengambil ujian matematik kerana matematik tidak ada kaitan dengan ujian ini.
(iii) Penghapusan Penghapusan berlaku apabila rangsangan terlazim tidak sesuai dengan rangsangan tidak terlazim. Contohnya, bunyi loceng
22 X
TOPIK 1
KONSEP DAN PENGENALAN ASAS PEMBELAJARAN MOTOR SERTA KAWALAN MOTOR
dibunyikan dua kali biasanya menandakan waktu rehat tetapi guru melarang murid keluar ke kantin hampir seminggu. Akibatnya, selepas itu apabila bunyi loceng berbunyi dua kali, murid tidak akan beranggapan itu adalah tandanya masa rehat. (b)
Teori Pelaziman Operan Thorndike E. L. Thorndike memperkenalkan pembelajaran yang wujud hasil daripada gerak balas cuba jaya dan pengulangan. Dalam eksperimen Thorndike (rujuk Rajah 1.14) yang mana seekor kucing yang lapar diletakkan di dalam sangkar dan kucing itu telah mencuba untuk membuka selak sangkar sebelum berjaya keluar dan makan makanan yang diletakkan di luar sangkar.
Rajah 1.14: Pelaziman Operan Thorndike
Hasil daripada eksperimen itu, Thorndike berpendapat bahawa pembelajaran berlaku hasil daripada gabungan antara rangsangan dan gerak balas. Beliau juga menyarankan bahawa pembelajaran manusia dikawal oleh tiga hukum yang utama (rujuk Rajah 1.15).
Rajah 1.15: Teori Pelaziman Operan Thorndike
TOPIK 1
(i)
KONSEP DAN PENGENALAN ASAS PEMBELAJARAN MOTOR SERTA KAWALAN MOTOR
W
23
Hukum kesediaan Apakah yang dimaksudkan kesediaan? Menurut Thorndike, kesediaan merujuk kepada persiapan yang perlu ada sebelum individu itu dapat bertindak. Apabila seseorang itu telah bersedia untuk melakukan sesuatu tindakan, maka tindakannya itu dapat memberikan kepuasan kepadanya. Sekiranya dia tidak melakukannya, akan menimbulkan perasaan dukacita dan kalau terpaksa melakukannya, akan menghasilkan pembelajaran yang tidak sempurna. Kesediaan dapat dilihat dari tiga aspek yang utama iaitu:
(ii)
x
Kesediaan psikomotor;
x
Kesediaan afektif; dan
x
Kesediaan kognitif.
Hukum latihan Menurut hukum ini pertalian antara rangsangan dan gerak balas akan bertambah kukuh jika latihan diadakan. Sebaliknya, jika latihan (iaitu tindakan berulang-ulang) tidak dijalankan, maka perhubungan antara rangsangan dan gerak balas akan semakin lemah.
(iii) Hukum kesan Hukum kesan menyatakan bahawa hubungan antara rangsangan dan gerak balas akan bertambah kukuh jika terdapat kesan yang menyeronokkan selepas terhasilnya gerak balas. Kesan yang menyakitkan pula akan melemahkan hubungan antara rangsangan dan gerak balas. (c)
Teori Pelaziman Operan Skinner Teori B. F. Skinner merupakan satu teori rangkaian yang berasaskan rangsangan dan gerak balas. Skinner banyak menjalankan kajian dengan menggunakan binatang seperti tikus dan burung merpati. Beliau telah menghasilkan "skinner box" di mana tingkah laku binatang di dalam kotak tersebut boleh dikawal dan gerak balasnya boleh diperhatikan dan diukur (lihat Rajah 1.16).
24 X
TOPIK 1
KONSEP DAN PENGENALAN ASAS PEMBELAJARAN MOTOR SERTA KAWALAN MOTOR
Rajah 1.16: Pelaziman Operan Skinner
Kajian ini membawa beliau kepada penggunaan teori pelaziman operan dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah. Menurut Skinner (1953) dalam teori pelaziman operan, gerak balas boleh diperkuatkan (diulangi) atau dihapuskan (tidak diulangi) jika diberikan peneguhan sebaik sahaja gerak balas itu ditunjukkan. Terdapat lima jenis proses dalam teori pelaziman operan Skinner (rujuk Rajah 1.17). Mari kita pelajarinya dengan lebih mendalam.
Rajah 1.17: Teori pelaziman Klasik Skinner
TOPIK 1
KONSEP DAN PENGENALAN ASAS PEMBELAJARAN MOTOR SERTA KAWALAN MOTOR
W
25
(i)
Peneguhan positif Peneguhan positif adalah sesuatu ganjaran akan diberikan setelah perlakuan itu ditunjukkan yang menyebabkan perlakuan itu diulangi atau diperkuatkan lagi. Dengan adanya ganjaran seperti puji-pujian akan menyebabkan apa yang dipelajari oleh seseorang itu lebih diingati dan diminati.
(ii)
Peneguhan negatif Peneguhan negatif adalah rangsangan serta merta yang menyakitkan atau tidak selesa yang diberikan selepas sesuatu tingkah laku ditunjukkan dan akibatnya tingkah laku yang diingini pula akan dilakukan dan diulangi. Contohnya, pelajar tidak menyiapkan tugasan tepat pada waktunya, lalu guru menegur pelajar. Akibatnya pelajar akan menyiapkan tugasan yang seterusnya tepat pada waktunya.
(iii) Dendaan Dendaan adalah satu proses atau tatacara untuk melemahkan atau mengurangkan berulangnya tingkah laku yang tidak diingini. Dendaan adalah kesan negatif yang membawa kepada pengurangan dalam kekerapan berlakunya tingkah laku tersebut. (iv) Prinsip premack Ia adalah suatu perlakuan yang mengaitkan aktiviti yang kurang diminati dengan aktiviti yang lebih diminati untuk mengukuhkan tingkah laku terhadap aktiviti yang kurang diminati. Dengan ini pembelajaran seseorang itu akan menjadi lebih berkesan. (v)
Pelupusan Pelupusan bermaksud perlakuan yang tidak diberi peneguhan akan lupus dengan sendirinya. Perlakuan yang ingin dilupuskan adalah proses yang mengambil sedikit masa.
26 X
TOPIK 1
KONSEP DAN PENGENALAN ASAS PEMBELAJARAN MOTOR SERTA KAWALAN MOTOR
AKTIVITI 1.4 1.
Bagi merehatkan minda anda seketika, anda digalakkan ke laman web berikut: http://nobelprize.org/educational_games/medicine/pavlov Di dalam laman wen ini, klik hiperlink Play the Povlov's Dog Game. Teori pelaziman klasik Povlov ini diterangkan menerusi kaedah permainan.
3.
Apakah prinsip asas dalam teori pelaziman klasik Pavlov?
4.
Bagaimanakah konsep asas proses pengajaran dan pembelajaran melalui pelaziman klasik Pavlov dapat diaplikasikan dalam pengajaran kemahiran motor?
SEMAK KENDIRI 1.5 1.
Menurut Thorndike, pembelajaran manusia dikawal oleh tiga hukum. Huraikan secara ringkas bagaimana hukum-hukum ini mempengaruhi pembelajaran.
2.
Terdapat lima proses dalam teori pelaziman operan Skinner. Jelaskan bagaimana proses-proses ini berlaku.
1.4.3
Teori Sistem Dinamik
Teori sistem dinamik juga dikenali sebagai: (a)
Teori ekologi; atau
(b)
Teori sistem aksi.
Teori ini menekankan persekitaran.
perhubungan
dinamik
antara
individu
dengan
Menurut teori sistem dinamik, persekitaran adalah sumber di mana maklumat yang diperlukan untuk melakukan pergerakan dikumpulkan. Semua maklumat yang diperlukan untuk melakukan sesuatu pergerakan boleh didapati daripada persekitaran dan boleh dilihat oleh individu.
TOPIK 1
KONSEP DAN PENGENALAN ASAS PEMBELAJARAN MOTOR SERTA KAWALAN MOTOR
W
27
Pakar-pakar (Bernstein, 1967; Gibson, 1996; Kelso dan Tuller, 1984; Kugler dan Turvey, 1987; dan Reed, 1982) berpendapat, terdapat integrasi atau interaksi sistem seperti biologikal, muskular, skeletal, kardiorespiratori secara langsung berfungsi untuk memenuhi kehendak persekitaran (lihat Rajah 1.18).
Rajah 1.18: Teori sistem dinamik
Sebagai contoh, jika individu bercadang untuk membaling bola ke satu sasaran sejauh 10 meter, otot serta sendi bahagian tubuh akan berfungsi bersama untuk mencapai matlamatnya iaitu membaling bola ke sasaran sejauh 10 meter. Topik ini akan kita bincang lebih lanjut lagi di Topik 7 nanti.
AKTIVITI 1.5 Bagaimana persekitaran memainkan peranannya pembelajaran mengikut sistem teori dinamik? Huraikan.
1.5
dalam
proses
KRITERIA PERGERAKAN MANUSIA
Tahukah anda apakah kriteria pergerakan manusia? Sheridan (1984) telah menyenaraikan empat kriteria kemahiran pergerakan manusia iaitu fleksibiliti, keunikan, ketekalan dan modifikasi.
28 X
TOPIK 1
1.5.1
KONSEP DAN PENGENALAN ASAS PEMBELAJARAN MOTOR SERTA KAWALAN MOTOR
Fleksibiliti Pergerakan
Fleksibiliti pergerakan mengikut Sheridan, tidak ada kaitan dengan julat pergerakan sendi tetapi dilihat dari segi kebolehan seseorang menyempurnakan sesuatu tugasan atau perlakuan dengan menggunakan pelbagai sumber muskuloskeletal. Contohnya, untuk melepaskan bola takraw melepasi jaring, seorang pemain akan menggunakan bahagian kepala, bahu, siku atau paha untuk melepaskan bola ke sebelah jaring pihak lawannya. Maksud fleksibiliti pergerakan di sini adalah pemain dapat bertindak untuk menyempurnakan satu matlamat yang sama iaitu melepaskan bola ke gelanggang pihak lawannya dengan pilihan yang terhad. Setiap pergerakan kemahiran tersebut mempunyai tahap pergerakan darjah kebebasan (degree of freedom) tertentu. Darjah kebebasan adalah merujuk kepada bilangan kebarangkalian yang ada dalam situasi berkenaan untuk melaksanakan pergerakan berkenaan.
1.5.2
Keunikan Pergerakan
Penambahan bilangan angkubah berlaku apabila: (a)
Individu sedang dalam keadaan bergerak dan objek pula adalah tidak bergerak atau berkedudukan tetap;
(b)
Objek tidak bergerak dan individu itu bergerak; atau
(c)
Kedua-dua individu dan objek adalah bergerak.
Dengan sebab itu, melakukan pergerakan indentikal adalah mustahil. Contohnya, rakaman pita dalam acara lempar cakera, rejam lembing atau layangan bola rejaman dalam permainan bola tampar, walaupun apabila dianalisis dalam gerak perlahan, tidak ada satu pun layangan yang mempunyai pergerakan layangan yang sama.
1.5.3
Ketekalan Pergerakan
Ketekalan pergerakan adalah merujuk kepada „di mana‰ (faktor ruang) dan „bila‰ (faktor masa) pergerakan yang mempunyai ciri kesamaan antara satu pergerakan dengan pergerakan yang lain. Contohnya, pemain kriket boleh melakukan pukulan bola dengan mengawal pergerakan dengan faktor masa iaitu pada bila mengayun bet dan faktor ruang iaitu ke mana arah ayunan betnya.
TOPIK 1
1.5.4
KONSEP DAN PENGENALAN ASAS PEMBELAJARAN MOTOR SERTA KAWALAN MOTOR
W
29
Modifikasi Pergerakan
Kebolehan individu untuk memodifikasi satu perlakuan pergerakan. Contohnya, ahli gimnastik mengubah arah sesuatu aksi pergerakan ke pelbagai arah dengan perubahan kedudukan tangan atau kakinya.
x
Pembelajaran motor merupakan satu proses gabungan latihan dan pengalaman yang menyebabkan perubahan tindakan atau pergerakan yang kekal.
x
Kawalan motor adalah merujuk kepada bagaimana mekanisme neural dan proses bagaimana pergerakan dipelajari dan dikawal.
x
Pembelajaran motor dan kawalan motor adalah bidang pengajian berkaitan dengan bagaimana otak merangsangkan pergerakan otot yang kompleks.
x
Pendekatan neurofisiologi adalah satu pendekatan kajian mengenai bagaimana otak dan sistem saraf pusat berfungsi. Ia juga cuba menjelaskan bagaimana keduanya mengawal penguncupan otot yang menggerakkan anggota tubuh badan berkenaan.
x
Pendekatan psikologi pula adalah satu pendekatan kajian mengenai faktor psikologi seperti, bagaimana maklumat diproses, memori dan tumpuan memainkan peranannya dalam pembelajaran sesuatu kemahiran motor.
x
Model pemprosesan maklumat adalah terdiri daripada empat komponen atau proses iaitu:
x
Input;
Membuat keputusan;
Output; dan
Maklum balas.
Sheridan (1984) telah menyarankan bahawa penjelasan dalam teori kawalan motor perlu mengambil kira empat kriteria kemahiran pergerakan iaitu:
Fleksibiliti;
Keunikan;
30 X
TOPIK 1
KONSEP DAN PENGENALAN ASAS PEMBELAJARAN MOTOR SERTA KAWALAN MOTOR
Ketekalan; dan
Modifikasi pergerakan.
x
Mengikut teori refleks, setiap pergerakan adalah hasil gabungan satu siri refleks untuk menghasilkan satu reaksi.
x
Menurut teori pelaziman klasik Pavlov pula, setiap rangsangan akan menimbulkan gerak balas.
x
Teori pelaziman operan Thorndike berpendapat pembelajaran boleh wujud hasil daripada gerak balas cuba jaya dan pengulangan.
x
Teori B. F. Skinner merupakan satu teori rangkaian yang berasaskan rangsangan dan gerak balas.
x
Teori sistem dinamik menekankan perhubungan dinamik antara individu dengan persekitaran.
Fleksibiliti pergerakan
Psikologi
Kawalan motor
Teori kawalan motor
Ketekalan pergerakan
Teori klasik
Keunikan pergerakan
Teori pelaziman klasik Pavlov
Kriteria pergerakan
Teori pelaziman operan Skinner
Model pemprosesan maklumat
Teori pelaziman operan Thorndike
Modifikasi pergerakan teori refleks
Teori sistem dinamik
Neurofisiologi
Tingkah laku motor
Pembelajaran motor
TOPIK 1
KONSEP DAN PENGENALAN ASAS PEMBELAJARAN MOTOR SERTA KAWALAN MOTOR
W
31
Bucher, C.A. (1987). Management of physical education (9th ed.). St Louis: Times Mirror or Mosby College. Coker, C. A. (2004). Motor learning and control for practitioners. New York, NY: McGraw-Hill. Drowatzky, J. N. (1981). Motor learning: Principles and practices (2nd. ed.). US: McMillan. Kluka, D. A. (1999). Motor behaviour from learning to performance. Colorado, CO: Morton. Magill, R. A. (2007). Motor learning and control: Concepts and applications (8th. ed.). New York, NY: McGraw-Hill. Sage, G. H. (1984). Motor learning and control: A neurophychological approach. Dubuque, Iowa: Wm. C. Brown. Schmidt, R. A. (1988). Motor control and learning: A behavioural emphasis (2nd ed.). Champaign, Illinois, IL: Human Kinetics. Schmidt, R. A. (2004). Motor learning and performance (3rd ed.). US: Human Kinetics.
View more...
Comments