Topik 1 - Al-Quran
May 13, 2018 | Author: Azwa Nadhira | Category: N/A
Short Description
gpi...
Description
PENDIDIKAN ISLAM (GPI 1083)
T OP I K
1
Al-Quran & Al-Sunnah Panduan Hidup
HASIL PEMBELAJARAN Pada akhir topik ini, pelajar akan dapat: 1. Menjelaskan peranan peranan al-Quran al-Quran dan al-Sunnah sebagai panduan panduan hidu p manusia 2. Menghuraikan Menghuraikan bidang ekonomi ekonomi , politik, sosial, kebajikan dan dan pendidik pendidik an sebagai panduan hidup berdasarkan al-Quran dan al-Sunnah 3. Menganali Menganali sis dan menghu menghu raikan ayat-ayat ayat-ayat al-Quran al-Quran dan al-Sunnah berkaitan bidang ekonomi, polit ik, sosial, kebajikan dan pendidikan
GAMBARAN GAMBARA N KESELURUHAN TOPIK 1.1 Al-Quran dan Al-Sunnah Panduan Hidup
Ekonomi
Kebajikan
Politik
Pendidikan
Sosial
JAPIM
Page 1
PENDIDIKAN ISLAM (GPI 1083) PENGENALAN
Topik 1 ini adalah berkaitan dengan beberapa persoalan penting berkaitan peranan alQuran dan al-Sunnah sebagai panduan hidup yang akan dipelajari oleh pelajar PPISMP Semester 2. Pelajar akan didedahkan didedahkan dan diberi penerangan yang yang mendalam tentang peranan peranan al-Quran dan al-Sunnah sebagai panduan hidup manusia dari aspek ekonomi, politik, sosial, kebajikan dan juga juga pendidikan. Topik ini juga akan membantu pelajar untuk mendapatkan mendapatkan maklumat dalam menghuraikan ayat-ayat al-Quran dan al-Sunnah berkaitan bidang-bidang ekonomi, politik, sosial, kebajikan dan juga pendidikan. Para pelajar juga diterangkan juga bagaimana cara untuk menganalisis dan menghuraikan ayat-ayat al-Quran dan al-Hadis berkaitan bidang ekonomi, politik, sosial, sosial, kebajikan dan juga pendidikan pendidikan
1.0
AL-QURAN DAN AS-SUNNAH PANDUAN HIDUP
Al-Quran al-Karim merupakan Kalamullah dan mukjizat teragung yang diturunkan kepada Rasulullah SAW melalui Malaikat Jibril AS. Al-Quran adalah satu panduan dan petunjuk Allah SWT untuk hamba-hambaNya mengenali Pencipta sekelian alam agar mendapat kebahagiaan hidup yang sebenar di dunia ini dan seterusnya di akhirat nanti. Manakala AsSunnah secara umumnya ialah apa yang dikesan daripada Rasulullah SAW samada dari perkataan, perbuatan, persetujuan atau sifat baginda, akhlak atau pun yang berkaitan sejarah baginda SAW, samada sebelum dibangkitkan sebagai rasul ataupun selepas kebangkitan (Jamaluddin al-Qasimiy, Qawa’id al-Tahditih al-T ahditih,1979) ,1979)
1.1 Peranan al-Quran dan as-Sunnah dalam kehidupan manusia
Al-Quran diturunkan untuk mendidik manusia khususnya masyarakat Islam dalam menjalani kehidupan di dunia dengan sebaik mungkin kerana mereka yakin adanya hari pembalasan kelak. Al-Quran juga mengajak manusia supaya sentiasa memerhati serta merenungi tanda-tanda kekuasaan Allah yang ada di langit dan di bumi. Alam ini merupakan bahan untuk berfikir, sebagai lembaran buku pengetahuan di samping menjadi bukti bagi kesatuan pentadbiran dan peraturan (Muhammad Shadid 1994). Manakala Al-Sunnah adalah sumber yang memperincikan penjelasan yang terkandung di dalam Al-Quran serta bertindak sebagai pengukuh terhadap kebenaran ajarannya selaku sumber utama yang menjelaskan tentang ajaran Islam. Firman Allah SWT dalam surah Al-Maa’idah ayat 3: JAPIM
Page 2
PENDIDIKAN ISLAM (GPI 1083)
Maksud : “… Pada hari ini t elah Aku sempurnakan untukmu agamamu, dan telah Aku cukupkan kepadamu nikmat-Ku, dan telah Aku redha Islam sebagai agama bagimu ...” (Al-Maa-idah: 3)
Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:
“Telah aku tinggalkan untuk kamu semua dua perkara. Kamu tidak akan sesat selagimana kamu berpegang kedua-duanya, Kitab Allah dan Sunnah RasulNya.”
Al-Quran yang diturunkan oleh Allah SWT membawa panduan khusus dan menyeluruh untuk manusia. Manakala As-Sunnah yang disandarkan kepada Rasulullah SAW berperanan antaranya mengkhususkan umum, mentaqyidkan, mengumumkan yang khusus, menjelaskan apa yang terkandung di dalam Al-Quran. Al-Quran dan As-Sunnah berperanan bukan terbatas kepada urusan-urusan pengabdian diri secara khusus kepada Allah SWT yang berkaitan akidah, ibadah dan akhlak semata-mata, tetapi seluruh urusan kehidupan manusia di dunia merangkumi politik, ekonomi, sosial, pendidikan, kebajikan dan juga kemasyarakatan. Ajarannya sangat menjunjung tinggi keterbukaan dan toleransi, membentuk persefahaman dan kerjsama tanpa memandang latar belakang yang dimiliki sep erti budaya, agama, bangsa dan sebagainya. 1.2 Bidang ekonomi menurut al-Quran dan as-Sunnah
Aktiviti ekonomi adalah aktiviti manusia sehari-hari dan merupakan kegiatan utama dalam mempertahankan hidup dan mengisi proses sejarah. Suasana yang terbentuk dalam sesebuah masyarakan samada dalam aspek, politik, sosial, ekonomi dan lain-lain sangat dipengaruhi oleh jenis aktiviti yang dilakukan dalam masyarakat tersebut. Sebagai sumber rujukan utama dalam kehidupan manusia, Al-Quran bukan sahaja menzahirkan aspek-aspek ketuhanan yang mesti difahami dan dipatuhi dan dicernakan dalam kehidupan manusia, tetapi juga aspek kemanusiaan yang memberi kebebasan untuk mengatur kehidupan.
JAPIM
Page 3
PENDIDIKAN ISLAM (GPI 1083) Terdapat tiga perkara utama berkaitan ciri-ciri ekonomi dalam Al-Quran iaitu: a. Kombinasi antara nilai-nilai khusus dan semasa.
Suatu nilai yang khusus di mana dasar-dasar ekonomi tersebut telah ditetapkansecara khusus oleh Allah SWT tanpa ada sebarang perubahan. Manakala nilai semasa yang mana pelaksanaan dan caranya diserahkan kepada tu ntutan dan keperluan manusia. Firman Allah SWT dalam surah An-Nisa’ a yat 29:
Maksudnya : Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu memakan (gunakan) harta sesama kamu dengan jalan yang salah, melainkan dengan jalan perniagaan yang dilakukan secara suka sama suka di antara kamu, dan janganlah kamu berbunuh-bunuhan sesame sendiri. Sesungguhnya Allah sentiasa mengasihani kamu. (An-Nisa’: 29)
Firman Allah SWT lagi dalam surah Al-Baqarah, ayat 168 – 169:
Maksudnya : Hai sekalian manusia, makanlah yang halal lagi baik dari apa yang terdapat di bumi, dan janganlah kamu mengikuti langkah-langkah syaitan; karena sesungguhnya syaitan itu adalah musuh yang nyata bagimu. Sesungguhnya syaitan itu hanya menyuruh kamu berbuat jahat dan keji, dan mengatakan terhadap Allah apa yang tidak kamu ketahui." JAPIM
Page 4
PENDIDIKAN ISLAM (GPI 1083) (Al-Baqarah : 168 – 169) b. Kombinasi antara kepentingan peribadi dan kemaslahatan umum.
Setiap sistem ekonomi samada Kapitalis, Sosialis, ataupun Islam mempunyai tujuan yang sama, iaitu untuk memenuhi keperluan manusia yang pelbagai meliputi kepentingan
peribadi
dan
kemaslahatan
umum.
Walaubagaimanapun,cara
penyelesaian yang terakhir membezakan antara satu sistem ekonomi dengan yang lain. Ekonomi Kapitalis lebih cenderung untuk membela kebebasan individu, ekonomi Sosialis bertindak mementingkan kebersamaan manakala Ekonomi AlQuran memelihara kedua-dua kepentingan individu dan masyarakat secara adil dan saksama. Firman Allah SWT dalam surah Al-Baqarah a yat 143:
Maksudnya : Dan demikianlah (sebagaimana Kami telah memimpin kamu ke jalan yang lurus), Kami jadikan kamu (wahai umat Muhammad) satu umat yang pilihan lagi adil, supaya kamu layak menjadi orang yang memberi keterangan kepada umat manusia (tentang yang benar dan yang salah) dan Rasulullah (Muhammad) pula akan menjadi orang yang menerangkan kebenaran perbuatan kamu. (Sebenarnya kiblat kamu ialah Kaabah) dan tiadalah Kami jadikan kiblat yang engkau mengadapnya dahulu itu (wahai Muhammad), melainkan untuk menjadi ujian bagi melahirkan pengetahuan Kami tentang siapakah yang benar-benar mengikut Rasul serta membenarkannya dan siapa pula yang berpaling tadah (berbalik kepada kekufurannya) dan sesungguhnya (soal peralihan arah kiblat) itu adalah amat berat (untuk diterima) kecuali kepada orang-orang yang telah diberikan Allah petunjuk hidayah dan Allah tidak akan menghilangkan (bukti) iman kamu. Sesungguhnya Allah Amat melimpah belas kasihan dan rahmatNya kepada orang-orang (yang beriman).
JAPIM
Page 5
PENDIDIKAN ISLAM (GPI 1083) (Al-Baqarah : 143)
c. Kombinasi antara kepentingan material dan tuntutan spiritual Secara umumnya, semua sistem ekonomi di dunia menjurus kepada matlamat yang sama, iaitu memenuhi keperluan material. Ekonomi Kapitalis sentiasa berusaha mengumpul dana individu untuk keperluan individu, manakala e konomi sosialis berusaha memenuhi
keperluan
sosial
yang
digambarkan
melalui
kemakmuran
ekonomi
masyarakatnya secara keseluruhan. Berbeza dengan kedua-duanya, Ekonomi Al-Quran menetapkan keperluan material menjadi satu jalan menuju ke arah matlamat yang lebih utama dan abstrak, mencapai ketenangan spiritual yang mana ianya hanya mampu dicapai dengan melaksanakan tuntutan-tuntutan yang memenuhi kriteria yang telah digariskan oleh Allah SWT, iaitu menjauhi laranganNya dan semata-mata mengharapkan keredhaanNya. Firman Allah SWT dalam surah Al-Baqarah ayat 148 :
Maksudnya : Dan bagi tiap-tiap umat ada arah (kiblat) yang masing-masing menujunya; oleh itu berlumba-lumbalah kamu mengerjakan kebaikan; kerana di mana sahaja kamu berada maka Allah tetap akan membawa kamu semua (berhimpun pada hari kiamat untuk menerima balasan); sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu (Al-Baqarah : 148)
1.3 Bidang politik menurut al-Quran dan as-Sunnah
Al-Quran dan As-Sunnah telah menetapkan konsep asas yang mesti dipatuhi dalam urusan permesyuaratan dan sistem membuat keputusan melalui firman Allah SWT dalam surah Ali Imran ayat 159:
JAPIM
Page 6
PENDIDIKAN ISLAM (GPI 1083)
Maksudnya : “Maka disebabkan rahmat dari Allah-lah kamu berlaku lemah lembut terhadap mereka. Sekiranya kamu bersikap keras lagi berhati kasar, tentulah mereka menjauhkan diri dari sekelilingmu. Oleh itu maafkanlah mereka, mohonkanlah ampun bagi mereka, dan bermusyawaratlah dengan mereka dalam urusan itu. Kemudian apabila kamu telah membulatkan tekad, maka bertawakkallah kepada Allah. Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang bertawakkal kepada-Nya . (Ali Imran : 159)
Manakala penyusunan politik yang menetapkan posisi manusia menjadi pemimpin, keharusan memilih dan mentaati pemimpin telah diperjelaskan dengan terperinci oleh Rasulullah SAW di dalam hadis yang bermaksud Hadis Ibnu Umar r.a. Diriwayatkan daripada Nabi s.a.w berkata, baginda telah bersabda: Kamu semua adalah pemimpin dan kamu semua akan bertanggungjawab terhadap apa yang kamu pimpin. Seorang pemerintah adalah pemimpin manusia dan dia akan bertanggungjawab terhadap rakyatnya. Seorang suami adalah pemimpin bagi ahli keluarganya dan dia akan bertanggungjawab terhadap mereka. Manakala seorang isteri adalah pemimpin rumahtangga, suami dan anak-anaknya, dia akan bertanggungjawab terhadap mereka. Seorang hamba adalah penjaga harta tuannya dan dia akan bertanggungjawab terhadap jagaannya. Ingatlah, kamu semua adalah pemimpin dan akan bertanggungjawab terhadap apa yang kamu pimpin.
Dalam
keharusan
berlaku,
bersifat
adil
dan
melaksanakan
keadilan
dalam memerintah, Allah SWT menjelaskan di d alam surah An- Nisa’ ayat 58:
Maksudnya :“Sesungguhnya Allah menyuruh kamu menyampaikan amanat kepada yang berhak menerimanya, dan (menyuruh kamu) apabila menetapkan hukum di JAPIM
Page 7
PENDIDIKAN ISLAM (GPI 1083) antara manusia supaya kamu menetapkan dengan adil. Sesungguhnya Allah memberi pengajaran yang sebaik-baiknya kepadamu. Sesungguhnya Allah adalah Maha Mendengar lagi Maha Melihat.” (An- Nisa’ : 58)
Menurut perspektif al-Quran dan al-Sunnah, etika politik adalah untuk mewujudkan pemerintahan yang bersih, efisien dan efiktif. Ianya juga bertujuan melahirkan suasana politik yang demokratik yang memiliki ciri-ciri keterbukaan, rasa bertanggungjawab, menanggapi aspirasi rakyat, menghargai perbezaan dalam persaingan, kesediaan untuk menerima pendapat yang lebih benar, serta menjunjung tinggi hak asasi manusia d an keseimbangan hak dan kewajipan dalam kehidupan berbangsa. Ianya diharapkan mampu menciptakan suasana harmonis, kekuatan sosial politik serta kepentingan golongan lain untuk mencapai kemajuan bangsa dan Negara. Berdasarkan Al-Quran dan Al-Sunnah, terdapat beberapa prinsip etika politik iaitu : a. Kekuasaan sebagai Amanah Prinsip ini telah di nyatakan oleh Allah SWT secara jelas di dalam surah An- Nisa’ ayat 58 iaitu :
Maksudnya : Sesungguhnya Allah memerintahkan kamu menyampaikan amanah kepada orang yang berhak menerimanya dan memerintahkan kamu apabila menetapkan hukum-hukum diantara manusia supaya kamu menetapkan nya dengan adil. Sesungguhnya Allah memberi pengajaran yang sebaik-baiknya kepada kamu. Sesungguhnya Allah Maha mendengar dan Maha Melihat. (An- Nisa’ : 58)
Dalam konteks kenegaraan, amanah dikaitkan dengan kekuasaan dan kepimpinan yang merupakan satu bentuk penguasaan terhadap orang-orang dibawah pimpinannya. Islam secara tegas melarang pemimpin melakukan penyalahgunaan
JAPIM
Page 8
PENDIDIKAN ISLAM (GPI 1083) kuasa
yang
diamanahkan
kepada
mereka
kerana
semuanya
akan
dipertanggungjawabkan oleh Allah SWT di akhirat kelak. b. Musyawarah Prinsip secara musyawarah dalam Al-Quran terbukti dengan jelas dalam surah AsSyura ayat 38 iaitu :
Maksudnya: “Dan juga (lebih baik dan lebih kekal) orang-orang yang menyahut dan menyambut perintah Tuhannya serta mendirikan solat dengan sempurna, dan urusan mereka dijalankan secara bermesyuarat sesame mereka, dan mereka mendermakan pula sebahagian daripada apa yang Kami beri kepadanya.” (As-Syura : 38)
Manakala dalam surah Ali Imran ayat 159, Allah memerintahkan RasulNya melaksanakan amalan musyawarah dalam setiap urusan. Firman Allah SWT:
Maksudnya : Maka dengan sebab rahmat (yang melimpah-limpah) dari Allah (kepadamu wahai Muhammad), engkau telah bersikap lemah-lembut kepada mereka (sahabat-sahabat dan pengikutmu), dan kalaulah engkau bersikap kasar lagi keras hati, tentulah mereka lari dari kelilingmu. Oleh itu maafkanlah mereka (mengenai kesalahan yang mereka lakukan terhadapmu), dan pohonkanlah ampun bagi mereka, dan juga bermesyuaratlah dengan mereka dalam urusan (peperangan dan hal-hal keduniaan) itu. kemudian apabila engkau telah berazam (sesudah bermesyuarat, untuk membuat sesuatu) maka bertawakalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Mengasihi orang-orang yang bertawakal kepadaNya . (Ali Imran : 159)
Musyawarah boleh dimaksudkan sebagai satu medan bertukar pendapat, id ea, gagasan dan berfikir menyelesaikan masalah sebelum tiba masa untuk membuat keputusan. JAPIM
Page 9
PENDIDIKAN ISLAM (GPI 1083) Melalui musyawarah, sikap yang berbentuk penindasan yang dilakukan oleh pihak yang kuat terhadap golongan yang lemah dapat dihindarkan dan semua pihak dapat melahirkan pendapat dengan yakin dan adil. Dalam Islam, perkara utama yang dihasratkan melalui musyawarah ialah pemupukan jiwa persaudaraan dan bukannya mementingkan kelompok yang menang ataupun kalah. Pengambilan keputusan dalam musyawarah juga hanya dikakukan untuk perkara-perkara kebaikan sahaja dan melarang pengambilan keputusan dalam perkara keburukan. Dengan kata lain, musyawarah yang disarankan di dalam Islam menekankan prinsip ‘Amar Maaruf Nahi Munkar’ (menyuruh kepada kebaikan dan melarang keburukan)
c.
Keadilan Sosial Menurut Islam etika utama dalam bermasyarakat adalah menegakkan keadilan sesama manusia. Allah SWT berfirman di dalam surah Al-Maidah ayat 8:
Maksudnya : “ hai orang-orang yang beriman, hendaknya kamu menjadi saksi yang adil dan janganlah kebencianmu terhadap suatu kaum menyebabkan kamu berlaku tidak adil. Bersikap adillah kamu, karena adil itu lebih dekat kepada taqwa, dan bertakwalah kepada Allah karena sesungguhnya Allah sangat mengetahui apa yang kamu lakukan.” (Al-Maidah : 8)
Penekanan tentang keadilan ini adalah suatu perintah untuk membentuk manusia yang jujur, bertanggungjawab d an sentiasa bertindak sesuai dengan kehedak social hingga wujud keharmonian dan keadilan dalam hidup. d. Persamaan
JAPIM
Page 10
PENDIDIKAN ISLAM (GPI 1083) Prinsip persamaan di dalam Islam merangkumi semua aspek iaitu social, ekonomi, politik, budaya dan lain-lain. Salah satu prinsip persamaan dinyatakan oleh Allah SWT di dalam surah Al-Hujuraat ayat 13 :
Maksudnya : “ Hai manusia, sesungguhnya kami menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu kenal mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia disisi Allah adalah yang paling bertakwa diantara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dan Maha Mengenal." (Al-Hujuraat : 13)
1.4 Bidang Sosial menurut al-Quran dan as-Sunnah
Islam telah menetapkan konsep asas yang mengandungi nilai-nilai keperihatinan terhadap manusia, terutamanya dalam memandu kaedah dasar dalam pemikiran beragama yang sebenar. Al-Quran mengajar cara ber fikir yang bersepadu, pemahaman hidup yang tidak memisahkan antara kehidupan di dunia dan akhirat malah saling b erkait antara satu sama lain.
a.
Ukhuwah Dalam Al-Quran Menurut M. Quraish Shihab, ukhuwah Islamiyah adalah ikatan persaudaraan yang
bersifat sejagat. Sebagaimana yang dinyatakan di dalam Al-Quran yang menjelaskan empat jenis persaudaraan iaitu:
Ukhuwwah ‘ubudiyyah atau ketundukan kepada Allah SWT
Ukhuwaah Insaniyyah iaitu persaudaraan seluruh umat manusia yang berasal dari seorang ayah dan ibu
Ukhuwwah wathaniyyah wan-nasab iaitu persaudaraan kebangsaan dan keturunan
a. Ukhuwwah fi din al-Islam iaitu persaudaraan sesama Muslim
JAPIM
Page 11
PENDIDIKAN ISLAM (GPI 1083) Beberapa maksud ukhuwwah (persaudaraan) yang dinyatakan adalah berdasarkan pemahaman terhadap teks ayat-ayat al-Quran yang secara jelas menggambarkan tentang persaudaraan atas dasar keimanan kepada Allah S WT dan juga persaudaraan yang jalinannya bukan kerana agama. Ini tercermin dengan jelas dari pengamatan terhadap penggunaan bentuk jamak kata tersebut dalam al-Quran, yang menunjukkan dua arti kata akh, yaitu:
Terdapat
22
kali
bentuk
jama’
perkataan
Ikhwan,
yang
biasanya digunakan untuk persaudaraan tidak se kandung disertakan dengan perkataan ad-dîn (agama) sebagaimana dalam firmanNya dalam surah At-Taubah ayat 11 :
Maksudnya: “ Apabila mereka bertaubat, melaksanakan solat dan menunaikan zakat, mereka adalah saudara-saudara kamu seagama .” (At-Taubah : 11)
Manakala sebahagian ayat yang lain pula tidak dirangkaikan dengan kalimah ad-din (agama) seperti firman Allah SWT dalam su rah Al-Baqarah ayat 220:
Maksudnya: Mengenai (urusan-urusan kamu) di dunia dan di akhirat dan mereka bertanya lagi kepadamu (wahai Muhammad), mengenai (masalah) anak-anak yatim. Katakanlah: "Memperbaiki keadaan anak-anak yatim itu amatlah baiknya", dan jika kamu bercampur gaul dengan mereka (maka tidak ada salahnya) kerana mereka itu ialah saudarasaudara kamu (yang seagama); dan Allah mengetahui akan orang yang merosakkan (harta benda mereka) daripada orang yang hendak memperbaikinya. Dan jika Allah menghendaki tentulah Ia memberatkan kamu (dengan mengharamkan bercampur gaul dengan mereka). Sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana. (Al-Baqarah : 220)
JAPIM
Page 12
PENDIDIKAN ISLAM (GPI 1083) Secara jelasnya, ayat tersebut menunjukkan bahwa al-Quran memperkenalkan persaudaraan seagama dan persaudaraan tidak seagama di dalam pergaulan sesama manusia. Manakala bentuk jamak kedua yang digunakan oleh al-Quran adalah ikhwah, terdapat sebanyak tujuh kali dan digunakan untuk makna persaudaraan seketurunan, kecuali satu ayat iaitu dalam surah Al-Hujuraat ayat 10:
Maksudnya :”Sebenarnya orang-orang yang beriman itu adalah bersaudara, maka damaikanlah di antara dua saudara kamu (yang bertelingkah) itu; dan bertaqwalah kepada Allah supaya kamu beroleh rahmat.” (Al-Hujurat : 10)
Apa yang menarik untuk difikirkan ialah penggunaan kalimah ‘Ikhwah’ di dalam AlQuran yang bermaksud persaudaraan seketurunan ketika membincangkan tentang persaudaraan sesama Muslim dan tidak menggunakan kalimah ‘Ikhwan’ sedangkan ianya digunakan dalam banyak keadaan yang memberi maksud persaudaraan seketurunan. Bukankah lebih tepat menggunakan kata terakhir, jika melihat kenyataan bahwa saudarasaudara seiman terdiri dari banyak bangsa dan suku, yang tentunya tidak seketurunan? M. Quraish Shihab menjelaskan, hal ini bertujuan untuk mempertegas dan mempererat jalinan hubungan antara sesama Muslim, bahawa hubungan tersebut bukan saja dijalin oleh keimanan (yang di dalam ayat itu ditunjukkan dengan perkataan al-mu’minûn), tetapi juga dijalin oleh persaudaraan seketurunan (yang ditunjukkan dengan perkataan ikhwah). Ianya merupakan kewajiban yang tidak boleh ditolak oleh umat yang mengaku beriman agar selalu menjalin hubungan persaudaraan yang harmonis di antara mereka, dan tidak satu pun yang dapat dijadikan alasan untuk melahirkan keretakan hubungan sesama mereka. b.
Petunjuk al-Quran Untuk Memantapkan Ukhuwah Bagi memantapkan ukhuwwah, Al-Quran telahmenetapkan garis panduan iaitu
perbezaan adalah suatu ketetapan yang berlaku dalam kehidupan ini. Ianya adalah satu
JAPIM
Page 13
PENDIDIKAN ISLAM (GPI 1083) ketetapan Ilahi demi kesejahteraan hidup, sekaligus demi mencapai matlamat kehidupan makhluk di atas muka bumi ini. Firman Allah SWT dalam surah Al-Maaidah ayat 49:
Maksudnya: Dan Kami turunkan kepadamu (wahai Muhammad) Kitab (Al-Quran) dengan membawa kebenaran, untuk mengesahkan benarnya Kitab-kitab Suci yang telah diturunkan sebelumnya dan untuk memelihara serta mengawasinya. Maka jalankanlah hukum di antara mereka (Ahli Kitab) itu dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah (kepadamu), dan janganlah engkau mengikut kehendak hawa nafsu mereka (dengan menyeleweng) dari apa yang telah datang kepadamu dari kebenaran. Bagi tiap-tiap umat yang ada di antara kamu, Kami jadikan (tetapkan) suatu Syariat dan jalan agama (yang wajib diikuti oleh masing-masing). Dan kalau Allah menghendaki nescaya Ia menjadikan kamu satu umat (yang bersatu dalam agama yang satu), tetapi Ia hendak menguji kamu (dalam menjalankan) apa yang telah disampaikan kepada kamu. Oleh itu berlumba-lumbalah kamu membuat kebaikan (beriman dan beramal soleh). Kepada Allah jualah tempat kembali kamu semuanya, maka Ia akan memberitahu kamu apa yang kamu berselisihan padanya. (Al-Maaidah : 49)
Ayat di atas jelas membuktikan bahawa sekiranya Allah SWT mengkehendaki kesatuan pendapat, nescaya diciptakanNya manusia tanpa akal sepertimana makhluk lain seperti haiwan dan benda-benda tidak bernyawa yang tidak memiliki kemampuan untuk memilih. Dengan kefahaman ini, seorang Muslim akan lebih mengiktiraf tentang adanya pandangan yang berbeza dengan pandangannya yang semuanya berada dalam kehendak Allah SWT. Akhirnya, dia akan menjadi seorang yang lebih bertoleransi, tidak gelisah dan tidak memaksa orang lain secara halus m ahupun kasar agar menerima pandangan agamanya.
1.5 Bidang Kebajikan menurut al-Quran dan as-Sunnah JAPIM
Page 14
PENDIDIKAN ISLAM (GPI 1083)
Al-Quran mendorong manusia untuk beriman dengan Allah SWT dan meyakini bahawa segala kebaikan yang diterima oleh manusia merupakan anugerah daripada Allah SWT. Di samping itu, mereka juga harus meyakini bahawa dalam setiap harta yang dimiliki oleh manusia itu terdapat hak Allah SWT yang harus dikeluarkan demi kemaslahatan masyarakat. Jelas menunjukkan di dalam perintah ini, nilai-nilai kemasyarakatan untuk mengeratkan ikatan persaudaraan dalam kalangan anggota masyarakat samada orang kaya ataupun fakir miskin. Al-Birr bermaksud kebaikan atau kebaktian, adalah suatu perilaku yang berkait
dengan sekelompok kaum mukminun yang mempunyai kedudukan istimewa di sisi Allah SWT yang disebut sebagai Al-Abror . Firman Allah SWT di dalam surah Al-Baqarah ayat 44:
Maksudnya: “Mengapa kamu suruh orang lain (mengerjakan) kebajikan (al-birr), sedang kamu melupakan diri (kewajiban) mu sendiri, padahal kamu membaca Al Kitab (Taurat)? Maka tidakkah kamu berfikir?”
(Al-Baqarah : 44)
Firman Allah SWT lagi dalam surah Al-Mujaadalah ayat 9:
Maksudnya:“Hai orang-orang yang beriman, apabila kamu mengadakan pembicaraan rahasia, janganlah kamu membicarakan tentang membuat dosa, permusuhan dan durhaka kepada Rasul. Dan bicarakanlah tentang membuat kebajikan (al-birr) dan takwa. Dan bertakwalah kepada Allah yang kepada-Nya kamu akan dikembalikan.” (Al-Mujaadalah : 9)
JAPIM
Page 15
PENDIDIKAN ISLAM (GPI 1083) Al-Quran juga menjelaskan pembalasan atas setiap amal kebajikan di akhirat, iaitu iman dan amal soleh, serta pembalasan atas amal kemaksiatan, iaitu kufur dan keji, samada yang zahir mahupun yang batin. Firman Allah SWT dalam surah Al-An’aam ayat 160:
Maksudnya:“Sesiapa yang membawa amal kebaikan (pada hari kiamat), maka baginya (balasan) sepuluh kali ganda (dari kebaikan) yang sama dengannya; dan sesiapa yang membawa amal kejahatan, maka ia tidak dibalas melainkan (kejahatan) yang sama dengannya; sedang mereka tidak dianiaya (sedikitpun). (Al-An’aam : 160)
Firman Allah SWT lagi berkaitan dengan kebajikan dalam surah Al-Maa’idah ayat 2:
Maksudnya : Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu ingat halal membuat sesuka hati mengenai syiar-syiar agama Allah, dan mengenai bulan-bulan yang dihormati, dan mengenai binatang-binatang yang dihadiahkan (ke Makkah untuk korban), dan mengenai kalong-kalong binatang hadiah itu, dan mengenai orangorang yang menuju ke Baitullah Al-Haraam, yang bertujuan mencari limpah kurnia dari Tuhan mereka (dengan jalan perniagaan) dan mencari keredaanNya (dengan mengerjakan ibadat Haji di Tanah Suci); dan apabila kamu telah selesai dari ihram maka bolehlah kamu berburu. Dan jangan sekali-kali kebencian kamu kepada suatu kaum kerana mereka pernah menghalangi kamu dari masjid Al-Haraam itu mendorong kamu menceroboh. Dan hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat kebajikan dan bertaqwa, dan janganlah kamu bertolong-tolongan pada melakukan dosa (maksiat) dan pencerobohan. Dan bertaqwalah kepada Allah, kerana JAPIM
Page 16
PENDIDIKAN ISLAM (GPI 1083) sesungguhnya Allah Maha Berat azab seksaNya (bagi sesiapa yang melanggar perintahNya). (Al-Maa’idah : 2)
Kemuncak segala kebajikan di atas muka bumi ini ialah meletakkan keyakinan hakiki tentang keimanan kepada Allah SWT yang dinyatakan secara tegas oleh Allah SWT melalui firmanNya di dalam surah Al-Baqarah ayat 177 iaitu:
Maksudnya : Bukanlah perkara kebajikan itu hanya kamu menghadapkan muka ke pihak timur dan barat, tetapi kebajikan itu ialah berimannya seseorang kepada Allah, dan hari akhirat, dan segala malaikat, dan segala Kitab, dan sekalian Nabi; dan mendermanya seseorang akan hartanya sedang ia menyayanginya, - kepada kaum kerabat, dan anakanak yatim dan orang-orang miskin dan orang yang terlantar dalam perjalanan, dan kepada orang-orang yang meminta, dan untuk memerdekakan hamba-hamba abdi; dan mengerjanya seseorang akan sembahyang serta mengeluarkan zakat; dan perbuatan orang-orang yang menyempurnakan janjinya apabila mereka membuat perjanjian; dan ketabahan orang-orang yang sabar dalam masa kesempitan, dan dalam masa kesakitan, dan juga dalam masa bertempur dalam perjuangan perang Sabil. orang-orang yang demikian sifatnya), mereka itulah orang-orang yang benar (beriman dan mengerjakan kebajikan); dan mereka itulah juga orang-orang yang bertaqwa. (Al-Baqarah : 177)
Di dalam ayat yang lain, Allah SWT menjelaskan lagi melalui firmanNya dalam surah Al-Baqarah ayat 189 iaitu:
JAPIM
Page 17
PENDIDIKAN ISLAM (GPI 1083)
Maksudnya : Mereka bertanya kepadamu (wahai Muhammad) mengenai (peredaran) anak-anak bulan. Katakanlah: "(peredaran) anak-anak bulan itu menandakan waktuwaktu (urusan dan amalan) manusia, khasnya ibadat Haji. Dan bukanlah perkara kebajikan: kamu memasuki rumah dari bahagian belakangnya (ketika kamu berihram) akan tetapi kebajikan itu ialah perbuatan orang yang bertaqwa; dan masuklah ke rumah (Kamu) itu melalui pintunya, serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya kamu berjaya." (Al-Baqarah : 189) 1.6 Bidang Pendidikan menurut al-Quran dan as-Sunnah
Pendidikan merupakan teras kepada pembangunan sesebuah masyarakat dan negara. Tanpa pendidikan, masyarakat umumnya akan hidup dalam kemunduran di samping akan menyebabkan keruntuhan moral yang berleluasa. Pendidikan berupaya memelihara dan memancarkan nilai-nilai asas sesebuah masyarakat dan begitu juga sebaliknya pendidikan juga boleh menjadi punca kekeliruan dalam sesebuah masyarakat. Pendidikan juga dapat membantu pertumbuhan sahsiah dan menyemai serta mengekalkan jati diri seseorang individu.
Dalam konteks Islam pula, menurut Kurshid (1975), pendidikan merupakan satu proses
pendidikan bagi
kognitif, fizikal
dan roh
untuk melahirkan insan
yang
berperikemanusiaan. Definisi falsafah ini menumpu kepada pembentukan individu sehingga menjadi seorang manusia yang benar-benar sempurna bukan sahaja dari segi pertambahan ilmu bahkan dari segi pembentukan akhlak dan rohani.
Secara umumnya, proses pendidikan terhadap manusia berlaku sejak azali lagi apabila Allah SWT menciptakan Nabi Adam AS seperti firmanNya dalam surah Al- Baqarah a yat 31:
JAPIM
Page 18
PENDIDIKAN ISLAM (GPI 1083)
Maksudnya:“Dan Dia telah mengajarkan Nabi Adam akan segala nama benda dan gunanya, kemudian ditunjukkannya kepada malaikat lalu ia berfirman “Terangkanlah kepadaKu nama benda ini semuanya jika kamu golongan yang benar.” (Al- Baqarah : 31) Ayat ini jelas menggambarkan bagaimana Allah SWT mengajar Nabi Adam segala nama benda yang terdapat di dalam dunia ini yang bakal dihuninya. Tujuan pengajaran ini ialah untuk kemudahan Nabi Adam dan zuriatnya tinggal di dunia sehingga hari kiamat (Ashraf 1985; Kamarul Azmi dan Ab. Halim, 2007).
Mencari ilmu dan mengajarkannya adalah satu kewajipan yang sangat mulia. Oleh itu mencari ilmu adalah satu kewajipan bagi setiap Muslim. Lebih tegas lagi, Islam mewajibkan bagi setiap umat Islam untuk menuntut ilmu sebagaimana sabda Rasulullah SAW (Ibn Majah t. th.) yang bermaksud:
“ Menuntut ilmu itu adalah kewajipan ke atas setiap orang Islam.”
Sabda Rasulullah SAW ini menunjukkan bahawa kewajipan menuntut ilmu bukanlah eksklusif kepada golongan tertentu sahaja bahkan kewajipan tersebut adalah ke atas seluruh umat Islam.
Pendidikan dalam al-Quran menunjukkan tujuan Allah SWT menciptakan manusia itu sendiri iaitu penyerahan diri secara ikhlas kepada Pencipta yang terarah kepada tercapainya kebahagiaan hidup di dunia dan akhirat. Manusia dipertanggungjawab sebagai khalifah atau pemimpin untuk memakmurkan bumi ini kerana manusia dibekalkan dengan akal yang berpotensi untuk berfikir dan mencari ikhtiar bagi mengatur kehidupan mereka di dunia ini (Ashraf 1985). Ianya jelas sebagaimana firman Allah SWT dalam surah al-Zaariyat ayat 56:
Maksudnya : “Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu.” (al-Zaariyat : 56) JAPIM
Page 19
PENDIDIKAN ISLAM (GPI 1083) Islam adalah agama yang amat mementingkan dan menggalakkan umatnya menuntut ilmu. Ianya terbukti dengan peranan al-Quran sebagai sumber terpenting dalam pembinaan tamadun Islam agar umatnya terus belajar dan belajar serta sering menyelidiki sesuatu perkara. Perkara ini termaktub di dalam wahyu yang pertama diturunkan kepada Rasulullah SAW dalam firman Allah SWT dalam surah al-Alaq ayat 1-5:
Maksudnya:”Bacalah dengan (menyebut) nama tuhanmu yang menciptakan, Dia telah menciptakan manusia dari segumpal darah, Bacalah, dan tuhanmu lah yang paling pemurah, yang mengajar (manusia) dengan perantaran kalam.Dia mengajar kepada manusia apa yang tidak diketahui.” (Al-Alaq : 1-5) Ayat ini memberi isyarat dan perintah yang amat jelas dalam bidang pendidikan. Perkataan iqra’ (bacalah) yang disebutkan oleh malaikat Jibrail as ber ulang-ulang kali kepada Rasulullah SAW menegaskan supaya umat manusia belajar, mengkaji dan mencari ilmu. Jika diteliti secara lebih mendalam, ayat ini mendidik dan mengajak orang yang beriman supaya menjadi orang yang berilmu (Mohd.Yusuf 2002). Petunjuk awal ini jugalah yang telah mendorong Rasulullah SAW menjadikan aspek pembinaan peribadi cemerlang fizikal, mental dan spiritual mendahului segala agenda lain yang bersifat duniawi, material dan pembangunan fizikal (Zainuddin Jaafar 2003). Berdasarkan ayat ini juga, ulama membuat kesimpulan bahawa belajar atau mencari ilmu itu adalah merupakan perkara wajib terutamanya ilmu-ilmu yang berkaitan dengan agama Islam (Mohd. Yusuf 2002). Kejadian Allah S WT yang sangat luas memerlukan kajian yang mendalam, menuntut manusia menggunakan akal dan memperoleh pengetahuan yang tinggi. Penguasaan ilmu adalah amat dituntut oleh Islam. Justeru itu, Islam mewajibkan setiap umatnya, lelaki atau perempuan menuntut ilmu. Kewajipan ini juga bertujuan supaya umat Islam itu tergolong dalam umat Islam yang cerdas dan terhindar dari kejahilan.
JAPIM
Page 20
PENDIDIKAN ISLAM (GPI 1083)
JAPIM
Page 21
View more...
Comments