Tindak Balas Pengoksidaan Dan Penurunan (REDOKS), KImia Tingkatan lima...
Description
Tindak Balas Pengoksidaan dan Penurunan (REDOKS) NOTA Kaedah menjalankan eksperimen bagi mengkaji tindak balas redoks 1.
Eksperimen mengkaji tindak balas redoks dari segi kehilangan dan penambahan oksigen Pembakaran plumbum dalam oksigen
Kaedah: 1. Masukkan satu spatula serbuk plumbum(II) tartarat ke dalam sebuah tabung uji. 2. Panaskan plumbum(II) tartarat dalam tabung uji itu sehingga tiada lagi wasap putih keluar dari hujung salur kaca. 3. Dengan cepat, tuangkan serbuk plumbum yang masih panas ke dalam sebuah balang gas yang berisi gas oksigen. 4. Catatkan semua perubahan yang berlaku: (a) baraan pada serbuk plumbum yang terbakar (b) warna baki pepejal di dalam balang gas
2.
Eksperimen mengkaji tindak balas redoks dari seg i kehilangan dan penambahan oksigen. Pemanasan campuran karbon dan kuprum(II) oksida
Kaedah: 1. Letakkan satu spatula serbuk karbon dan satu spatula serbuk kuprum(II) oksida di atas sekeping kertas asbestos. 2. Kacau campuran itu dengan rod kaca sehingga sekata. 3. Letakkan kepingan asbestos bersama campurannya di atas kasa dawai yang terletak di atas tungku kaki tiga. 4. Panaskan campuran itu dengan kuat. 5. Hentikan pemanasan sebaik sahaja campuran mulai membara. 6. Catatkan semua perubahan yang berlaku: (a) baraan pada campuran yang terbakar (b) warna baki campuran di atas kertas asbestos
3.
Eksperimen mengkaji tindak balas redoks dari segi pemindahan elektron pada suatu jarak
Kaedah: 1. Tuangkan 150 cm larutan kuprum(II) sulfat 1 mol dm - ke dalam sebuah bikar. 2. Tuangkan 150 cm larutan ferum(II) sulfat 1 mol dm - ke dalam sebuah bikar yang lain. 3. Masukkan rod kuprum yang telah dibersihkan dengan kertas pasir ke dalam larutan kuprum(II) sulfat dan masukkan paku besi yang telah dibersihkan dengan kertas pasir ke dalam larutan ferum(II) sulfat dan susunkan radas seperti di dalam Rajah 1. 4. Eksperimen mengkaji tindak balas redoks melibatkan pertukaran ion ferum(II) kepada ion ferum(III) dan ion ferum(III) kepada ion ferum(II)
Kaedah: (a)
Pertukaran ion ferum(II) kepada ion ferum(III)
1.
3. 4. 5.
Tuangkan kira-kira 2 cm larutan ferum(II) sulfat ke dalam sebuah tabung uji yang diapit dengan pemegang tabung uji. Tambahkan air bromin, setitis demi setitis sambil menggoncang larutan ferum(II) sulfat sehingga tiada lagi perubahan diperhatikan. Kemudian hangatkan campuran dengan perlahan-lahan. Tambahkan larutan natrium hidroksida ke dalam larutan yang terhasil. Catatkan semua pemerhatian.
(b)
Pertukaran ion ferum(III) kepada ion ferum(II)
6.
Tuangkan kira-kira 2 cm 3 larutan ferum(III) klorida ke dalam sebuah tabung uji. Campurkan setengah spatula serbuk zink ke dalam larutan ferum(III) klorida itu. Goncangkan campuran itu selama beberapa minit dan panaskan. Catatkan semua perubahan yang berlaku. Keluarkan sedikit larutan yang dihasilkan dan tambahkan larutan natrium hidroksida. Catatkan perubahan yang berlaku.
Thank you for interesting in our services. We are a non-profit group that run this website to share documents. We need your help to maintenance this website.