TErjemah Usul Fiqh kitab dr wahbah zuhaili

October 16, 2018 | Author: KhairulIkhwan | Category: N/A
Share Embed Donate


Short Description

mahkum fihi...

Description

MAHKUM FIH atau BIH Mahkum Bih: iaitu perbuatan mukallaf yang berkaitan dengan hukum syara’ sama ada dari segi tuntutan, pilihan, atau penetapan. Contoh: 1. Firman Allah dalam surah Al-Baqarah:43 Yang bermaksud: Dirikanlah solat. Ayat ini berkaitan dengan kewajipan perbuatan mukallaf untuk mengerjakan solat, atau kewajipan mendirikan solat. 2. Firman Allah dalam surah Al-Baqarah:282 Yang bermaksud: Wahai orang-orang yang beriman! Apabila kamu menjalankan sesuatu urusan dengan hutang piutang yang diberi tempoh hingga ke suatu masa yang tertentu maka hendaklah kamu menulis (hutang dan masa bayarannya) itu. Ayat ini berkaitan dengan perbuatan mukallaf untuk menulis hutang yang mana perbuatan tersebut disunatkan. 3. Firman Allah dalam surah Al-An’aam:151 Yang bermaksud: Dan janganlah kamu membunuh jiwa. Dalam ayat ini terkandung suatu larangan yang berkaitan dengan perbuatan mukallaf,iaitu melakukan pembunuhan tanpa hak, maka perbuatan itu hukumnya haram. 4. Firman Allah dalam surah Al-Jumu’ah:10 Yang bermaksud: Kemudian setelah selesai sembahyang, maka bertebaranlah kamu di muka bumi (untuk menjalankan urusan masing-masing). Dalam ayat ini terkandung keharusan manusia untuk bertebaran di muka bumi dimana ia merupakan perkara berkaitan mukallaf.

View more...

Comments

Copyright ©2017 KUPDF Inc.
SUPPORT KUPDF