Teori Sub Budaya Final

April 28, 2021 | Author: Anonymous | Category: N/A
Share Embed Donate


Short Description

Download Teori Sub Budaya Final...

Description

TEORI SUB BUDAYA

 Teori sub budaya umumnya membahas tentang

wujudnya kepelbagaian norma dalam masyarakat.

 Kepelbagaian norma wujud di kalangan kelas yang

berbeza seperti kelas atasan, kelas menengah dan kelas bawahan.

 Pihak pemerintah cenderung menganggap bahawa

nilai-nilai kelas bawahan itu bertentangan dengan nilai-nilai kelas menengah atau atasan.

 Nilai nilai kelas bawahan ini selalu dianggap

Sebagai sub budaya.

 “sub budaya adalah suatu subbudaya umumnya

dicirikan oleh satu set norma dan nilai khususnya yang dipatuhi oleh ahlinya dalam mengamalkan suatu tindak laku.  Anggota kumpulan merasa lebih selesa jika mereka menerima dan mematuhi nilai dan norma suatu kumpulan Mat Rempit tertentu untuk melambangkan ciri-ciri sepunya.  Berbeza daripada teori anomie, teori sub budaya mengakui wujudnya norma-norma yang bersifat pluralistik – bukan homogen (terdapatnya kepelbagaian norma – suatu yang heterogenous) dalam masyarakat

Kepelbagaian budahya/ norma  Diantara faktor yang menyebabkan wujudnya

kepelbagaian norma dalam sesebuah masyarakat adalah jenis kaum pendatang yang berhijrah masuk ke kawasan-kawasan tertentu.  Contohnya di Amerika Syarikat pertentangan nilai berlaku di kalangan orang Asia (Jepun dan Cina), dan orang Negro yang berhijrah ke bandar-bandar besar dengan penduduk asal Amerika Syarikat.

 Nilai-nilai tradisional dalam kehidupan masyarakat

luar bandar (desa) misalnya tidak sama dengan nilainilai „moden‟ dalam masyarakat bandar atau tidak sama dengan nilai-nilai „baru‟ dalam masyarakat yang didiami oleh seseorang atau sesuatu kelompok baru.

Teori Sub Budaya dan Remaja  Apabila membincangkan subbudaya, ahli

sosiologi, lebih fokus kepada kehidupan sosial dan tingkah laku di kalangan golongan kelas bawahan atau kelas pekerja  Khususnya di kalangan remaja kelas tersebut dalam keadaan masyarakat yang mengalami proses transformasi yang pesat: masyarakat urban/bandar.

 Umumnya pihak pemerintah atau golongan

masyarakat yang dominan melihat norma-norma dan nilai-nilai mereka sebagai bercanggah atau bertentangan dengan norma-norma yang dianuti oleh anggota masyarakat “biasa”  golongan bawahan yang memperlihatkan pelbagai bentuk tingkah laku devian dan jenayah, dan perangkaan rasmi tentang masalah tersebut menunjukkan bahawa mereka lebih banyak terlibat

 Ini bererti bahawa analisis sosiologikalnya

menumpukan perhatian kepada wujudnya pertentangan norma atau nilai dalam sesebuah masyarakat di mana devians dan/atau jenayah itu wujud.  Pertentangan norma dan nilai ini pula mempunyai kaitan dengan pelanggaran norma-norma yang diterima oleh sesebuah masyarakat secara meluas.

 Contoh tingkah laku yang cenderung disentuh

adalah kenakalan, jenayah, penyalahgunaan dadah dan penglibatan dalam lumba haram (yang mana lebih ramai pelakunya berasal daripada kelas bawahan).  Dalam hal ini dikatakan wujudnya budaya remaja, budaya kelompok atau rakan sebaya, atau budaya delinkuen yang semuanya dikatakan lebih banyak wujud di kalangan remaja kelas bawahan atau kelas pekerja.

 Konflik nilai lazim digunakan untuk membahas

fenomena delinkuensi atau jenayah di kalangan remaja.  Secara umum huraian ditumpukan kepada bagaimana sesetengah remaja terlibat dalam proses pembelajaran untuk melakukan sesuatu yang dianggap bertentangan dengan peraturan atau undang-undang masyarakat.

ALBERT COHEN DELINQUENT SUBCULTURE



Albert Cohen adalah seorang pengkaji tentang delinkuensi. sub-budaya delinkuen dikatakan mempunyai satu set peraturan dan cara hidup yang berlainan daripada norma dan nilainilai masyarakat umum , iaitu nilai arus perdana.

 Teori sub-budaya Cohen dikatakan sama dengan

teori anomie Merton dalam ertikata teori tersebut membahas bahawa terdapat keadaan di mana sesetengah individu kurang mempunyai cara-cara yang diinstitusikan (sah) untuk mencapai matlamat budaya seperti status tinggi, kejayaan dan sebagainya, NAMUN teori subbudaya Cohen lebih bersifat khusus.

 Ini bermaksud bahawa Cohen menumpukan

perhatian kepada pengalaman hidup yang khusus yang dialami sesetengah golongan remaja kelas bawahan, iaitu teori sub-budaya Cohen memperlihatkan satu bentuk atau gaya penyesuaian yang digunakan oleh golongan remaja tersebut terhadap keadaan kehidupan yang tertentu, iaitu yang tertekan atau penuhi dengan pelbagai halangan, dalam masyarakat.

 Tingkah laku delinkuen adalah hasil daripada

suatu keadaan ketidakupayaan ekonomi dan sosial kelas bawahan.  Theory: In school, kids from lower class areas are labeled as either bad or stupid.  There are three possible responses to this initial label: (1) try harder, (2) accept it, or (3) reject it and redefine success.

 Cohen’s Typology:  College Boys: these juveniles continue to strive

for educational success.

 Corner Boys: these juveniles lower their

expectations and engage in marginal forms of deviance( alcohol, drugs).

 Delinquent Boys: these juveniles reject the

negative labels and redefine status in a manner where they can be successful, through a process of reaction formation.

 Cohen berpendapat bahawa seseorang

Delinquent Boys bertindak sedemikian disebabkan keinginannya untuk mendapat pengiktirafan daripada geng atau clique yang dianggotainya.  Pengiktirafan itu juga bertujuan menggelak dirinya daripada disingkir atau dipinggirkan oleh kumpulan atau gengnya

Richard Cloward dan Lloyd Ohlin  Idea tentang sub-budaya delinkuen yang

dikemukakan oleh Cohen dibahas lanjut oleh Richard Cloward dan Lloyd Ohlin yang mendapati bahawa budaya kumpulan geng kelas bawahan memang mempunyai norma dan nilai-nilai yang bertentangan dengan norma dan nilai-nilai masyarakat konvensional (biasa).  Remaja dari kelas bawahan tidak dapat mencapai status tinggi melalui pencapaian baik dalam sistem pendidikan formal yang sedia ada dalam masyrakat.

 Mereka juga kurang berjaya memperolehi

beberapa kemudahan sosial dan ekonomi berbanding remaja kelas menengah dan atasan.  Keadaan keterbatasan itu membuat mereka berasa kecewa dan cemas, dan keadaan tersebut cuba „diselesaikan‟ dengan membentuk suatu reaksi, iaitu norma dan nilai-nilai kelas menengah dan atasan „digantikan‟ dengan norma dan nilai-nilai sub-budaya delinkuen.

 Sub-budaya delinkuen pula mengandungi

beberapa kriteria yang dapat dipenuhi oleh anakanak atau para remaja kelas bawahan.  Sub-budaya delinkuen mempunyai ciri-ciri nonutilitarian (bukan untuk mencapai matlamat ekonomi ), malicious (jahat, hasat atau dengki) dan negativistic (mempunyai ciri-ciri negatif).

 Sesuatu tingkah laku delinkuen dilakukan bukan

sekadar ingin memenuhi segala keperluan ekonomi atau material.  Misalnya, sekiranya seseorang remaja melakukan delinkuensi seperti mencuri barang makanan, perbuatan itu bukan sebenarnya menunjukkan ia lapar tetapi perbuatan tersebut boleh memberi kepuasan kepadanya, mendapat pengiktirafan daripada kumpulan mereka.

 Ahli-ahli sub-budaya delinkuen memperoleh

kepuasan apabila melakukan sesuatu yang boleh menjejaskan atau mengancam ketenteraman orang lain.  Dalam keadaan inilah mereka dianggap jahat (malicious) dan bertingkah laku negatif (negativistic).

 Namun bukan semua anak-anak nakal dapat

mencapai matlamat budaya melalui jalan-jalan yang tidak sah oleh kerana peluang-peluang itu pun didapati berbeza di kalangan mereka.  Bagi sesetengah remaja, keadaan menganggotai sesebuah sub-budaya atau geng delinkuen juga kadang-kala sukar, disebabkan terdapatnya kekurangan atau keterbatasan dari segi fizikal, personaliti, mental, dan sikap berhubung dengan takrifan serta peripentingnya undang-undang.

Maka terdapat 3 jenis sub-budaya bagi remaja, iaitu:

Sub-budaya kriminal – yang tujuannya adalah untuk memberi latihan bagi sesetengah remaja untuk menjadi penjenayah profesional. Sub-budaya konflik – yang mengutamakan pangkat, keberanian dan kewibawaan bagi seseorang remaja. Contohnya, sub-budaya delinkuen.

c. Sub-budaya pengundur (retreatist) – mereka bukan sahaja tidak mempunyai peluang untuk menjadi penjenayah profesional, tetapi juga gagal mendapatkan status dalam sesebuah kumpulan subbudaya. Justeru mereka menarik diri dan terjerumus dalam sub-budaya dadah.

Walter B. Miller Lewis Yablonsky STREET CORNER BOYS







Dalam kajian Miller dan Yablonsky, tumpuan diberikan kepada kumpulan nakal di kalangan kelas bawahan. Miller cuba mencari punca asas bagi motivasi remaja untuk terlibat dalam sesuatu tingkah laku nakal Sementara Yablonsky menampilkan banyak data etnografi tentang ciri-ciri kumpulan dan aktiviti anak-anak yang terlibat dalam kumpulan-kumpulan nakal.

 Miller membuat andaian bahawa komponen

yang dominan bagi motivasi untuk terlibat dalam aktiviti delinkuen adalah usaha remaja untuk memperoleh sesuatu yang dinilai tinggi dalam komuniti masyarakat kelas bawahan terutama terhadap remaja lelaki.

 Usaha dan tingkah laku remaja dalam kelas tersebut

terikat kuat pada norma-norma hidup komuniti berkenaan dan para remaja lelaki juga cuba memperoleh suatu „status‟ yang diiktiraf di kalangan kelompok mereka.  Hal tersebut menjadi motivasi yang menggerakkan tindakan individu atau kelompok dalam kelas bawahan terutamanya di kalangan para migran berkulit hitam.

 Miller berpendapat bahawa delinkuensi

yang dilakukan secara berkelompok itu dipengaruhi oleh sistem budaya dalam kelas tersebut.  Ringkasnya, tingkah laku remaja delinkuen dipengaruhi oleh keadaan komunitinya sendiri atau keadaan kelas bawahan yang khusus, misalnya di kalangan remaja komuniti berkulit hitam.

 Terdapat enam ciri utama dalam geng remaja kelas      

bawahan, iaitu Trouble Toughness Smartness Excitement Fate Autonomy.

 Trouble adalah ciri yang paling dominan dalam

budaya kelas bawahan masyarakat di Amerika Syarikat khususnya di kalangan komuniti berkulit hitam.  Membuat „kacau‟ merupakan sesuatu yang boleh menentukan „status‟ seseorang dalam kelas tersebut.

 Toughness, iaitu kekuatan pula diutamakan kerana

kebanyakan anak atau remaja komuniti kelas bawahan berkulit hitam dididik oleh golongan wanita yang terdiri daripada ibu, nenek atau mak saudara.  Keadaan tersebut terjadi oleh kerana para bapa atau orang dewasa lelaki banyak menghabiskan masa bekerja sebagai buruh misalnya di kilang-kilang kawasan bandar.

 Maka satu cara untuk memiliki ciri-ciri seorang

lelaki adalah melalui interaksi atau hubungan dengan rakan-rakan lelaki dan terlibat dalam aktiviti-aktiviti yang dilakukan biasanya di luar rumah.  Budaya kelas bawahan memberi motivasi terhadap tingkah laku nakal.  Seorang remaja melakukan delinkuensi kerana keinginannya untuk mencapai matlamat atau memenuhi tuntutan kumpulan agar diterima sebagai seorang anggota dalam kumpulan streetcorner.

 Smartness merujuk kepada kebolehan

mendapatkan sesuatu yang ternilai melalui kecekapan daya berfikir dan selanjutnya seseorang itu mempunyai daya untuk bertindak cekap serta pantas.  Remaja kelas bawahan mempelajari atau mempraktikkan kecekapan dan kemahiran dalam bentuk-bentuk aktiviti seperti berjudi, menipu, terlibat dalam tingkah laku mencaci dan sebagainya.  Kemahiran dalam hal-hal seperti tersebut dapat menentukan prestij seseorang dalam sebuah kumpulan atau geng.

 Keseronokan (excitement) merangkum

usaha mencari keseronokan untuk mengatasi pengalaman atau corak kehidupan kelas bawahan yang rutin serta membosankan kerana wujudnya tekanan hidup.  Keperluan terhadap hiburan dilihat melalui bentuk-bentuk tingkah laku yang melibatkan meminum minuman keras, berjudi, merosakkan harta awam, mencuri kereta, mengganggu guru atau polis dan sebagainya.  Semua ini melibatkan high quality adventure.

 Fate: Miller juga menegaskan bahawa golongan

remaja kelas bawahan cenderung percaya pada nasib atau takdir (fate) .  Autonomi. Menganggap tindakan yang

menyimpang sebagai satu perluahan atau ekspresi kebebasan daripada kongkongan oleh pelbagai sumber autoriti seperti pihak sekolah dan keluarga.

 Secara umum huraian-huraian Cohen, Cloward

dan Ohlin, dan Miller menekankan remaja untuk bertindak nakal untuk menentang dengan norma sosial yang diterima umum.  Secara umum, desakan nilai-nilai kelas menengah, masalah pembentukan identiti serta kegagalan memperoleh status dalam masyarakat dan peripentingnya perasaan kepunyaan merupakan antara beberapa faktor penyumbang kepada pembentukan sub – budaya di kalangan remaja.

 Di kawasan-kawasan miskin dan sesak

(disorganized areas) peluang untuk menjadi delinkuen adalah lebih luas dan terbuka.  Keadaan sosioekonomi dan politik dan juga keluarga kelas bawahan „menyediakan‟ satu latar atau asas penting bagi berbagai-bagai tingkah laku yang ditakrifkan oleh kelas menengah dan atasan sebagai tingkah laku devian atau jenayah.

View more...

Comments

Copyright ©2017 KUPDF Inc.
SUPPORT KUPDF