Teori Personaliti Sigmund Freud Personaliti)

August 18, 2021 | Author: Anonymous | Category: N/A
Share Embed Donate


Short Description

Download Teori Personaliti Sigmund Freud Personaliti)...

Description

Teori Personaliti Sigmund Freud / Erikson Perubahan personaliti individu berdasarkan Teori Personaliti Sigmund Freud / Erikson. 

Pengenalan: Definisi personaliti Personaliti berasal daripada perkataan Latin “Persona” yang membawa maksud topeng atau pelindung muka iaitu merujuk kepada penampilan luaran seseorang individu. Menurut ahli psikologi, personaliti merangkumi pemikiran, persepsi, nilai, sikap, watak, keupayaan, kepercayaan, kecerdasan, motivasi, kebiasaan dan sebagainya. Menurut Abdul Majid (1997), personaliti ialah perkaitan antara pemikiran, emosi dan perasaan dengan perlakuan manusia. Personaliti menggambarkan sifat keperibadian seseorang dan dikaitkan dengan perwatakan. Personaliti seseorang boleh dikaji dengan memerhatikan tingkah laku, percakapan dan cara menyelesaikan masalah. Murugian (1996) pula menyatakan bahawa personaliti sebagai perwatakan yang lahir daripada diri seseorang tanpa dipengaruhi oleh faktor persekitaran. Selain itu, Allport (1961) menyatakan personaliti sebagai satu organisasi dinamik sistem psikofizik yang ada dalam diri individu, ia menentukan ciri-ciri tingkah laku dan penyesuaian individu dengan persekitarannya. Rogers (1951) pula berpendapat, personaliti merupakan sifat-sifat atau ciri-ciri yang dimiliki oleh seseorang individu seperti cara berfikir, dan beremosi yang membolehkan dirinya dibezakan dengan individu lain.

Sigmund Freud mendefinisikan personaliti sebagai sifat-sifat yang menggambarkan diri seseorang individu, iaitu merujuk kepada tingkah laku yang boleh diperhatikan oleh orang lain atau merujuk kepada perasaan-perasaan yang dialami oleh seseorang dalam dirinya sendiri. Secara umumnya, para pengkaji bersepakat mengatakan bahawa personaliti merupakan ciri-ciri yang dinamik dan tersusun yang dimiliki oleh individu secara unik. Ciri-ciri ini akan mempengaruhi kognitif, motivasi dan tingkah laku individu tersebut dalam pelbagai situasi (Rykman, 2000). Sebagai kesimpulan, personaliti merupakan gabungan daripada berbagai sifat dan konsep kendiri seseorang. Individu yang mempunyai konsep kendiri positif akan menghasilkan personaliti yang bersesuaian dengan keperluan persekitarannya. Gaya percakapan, cara bertindak, tingkah laku yang ditunjukkan dan cara seseorang itu berinteraksi dengan persekitaran dapat membantu mengenali personaliti seseorang. Biodata  Sigmund Freud (1856 - 1939) Sigmund Freud (6 Mei 1856–23 September 1939) ialah seorang ahli neurologi Austria serta pengasas psikoanalisis, satu subbidang psikologi. Beliau paling dikenali untuk kajiankajiannya terhadap nafsu berahi, penindasan, dan fikiran bawah sedar. Freud sering dirujuk sebagai "Bapa Psikoanalisis", dan kerja-kerjanya amat terpengaruh dalam imaginasi yang popular — mempopularkan tanggapan-tanggapan terhadap fikiran bawah sedar, mekanisme pertahanan, kesilapan sebut Freud, dan perlambangan mimpi — sementara memberi kesan-

kesan yang abadi kepada berbagai-bagai bidang seperti sastera, filem, teori-teori Marxisme dan faham kewanitaan, kritikan kesusasteraan, serta falsafah, dan sudah tentunya, psikologi. Dalam pandangan Freud tentang fitrah manusia, Freud mempercayai manusia dilahirkan dengan desakan naluri semula jadi (inborn drives). Berdasarkan pandangan ini, lahirlah konsep antirasionalisme dalam segala gerak-geri manusia. Fahaman ini berpendapat manusia tidak rasional, tidak sosial, tidak sosial dan penuh dengan desakan yang merosakkan dirinya dan manusia sebagai individu, tidak dapat menentukan arah tujuan kehidupannya. Selain itu, Sigmund Freud juga memperkenalkan tahap kesedaran manusia, iaitu alam sedar, alam prasedar dan alam bawah sedar. Selain itu, beliau juga menyatakan terdapat 3 komponen personaliti, iaitu id, ego dan super ego yang sering mempengaruhi antara satu sama lain dalam mengawal perlakuan manusia. Freud juga mempercayai bahawa personaliti seseorang manusia dipengaruhi oleh perkembangan psikoseksual seseorang. Teori perkembangan psikoseksual ini dibahagikan kepada lima peringkat berdasarkan tahap umur yang berlainan, iaitu peringkat oral, anal, falik, latensi dan genital.  Erik H. Erikson (1902 - 1994) Teori Perkembangan Psikososial Erikson menekankan kepentingan hubungan sosial dengan individu-individu di persekitaran kanak-kanak. Menurut Erikson, personaliti seseorang kanak-kanak dibentuk hasil daripada perkembangan psikososial ini. Dalam teori ini, Erikson memperkenalkan lapan peringkat perkembangan psikososiologi. Setiap peringkat saling berkait antara sama lain. Erikson mencadangkan individu perlu berhadapan dengan krisis perkembangan dalam setiap peringkat yang mana pada setiap peringkat mempunyai matlamat untul dicapai. Kejayaan atau kegagalan mencapai matlamat atau menyelesaikan krisis perkembangan akan membawa akibat kepada imej kendiri seseorang individu. SIGMUND FREUD Perkembangan personaliti berdasarkan teori psikoanalisis Teori psikoanalisis berpendapat bahawa perkembangan personaliti manusia dipengaruhi oleh tenaga psike. Tenaga psike ini adalah penting untuk mengetahui lebih lagi mengenai konsep psikoanalisis itu sendiri. Ini adalah meliputi kepada beberapa konsep iaitu konsep penentuan psikedan konsep tahap kesedaran.  Penentuan Psike Penentuan psike ini menerangkan konsep yang mana sebab-sebab tertentu itu mempengaruhi tingkah laku dan reaksi emosi manusia. Ini adalah berkait rapat dengan tahap sedar dan tahap tidak sedar, pemikiran yang rasional dengan tindakan atau kehendak emosi yang serta merta. Ini secara keseluruhannya merangkumi kepada hubungan antara sesama insan. Tenaga psike (tenaga kejiwaan) ini adalah lebih kepada konsep LIBIDO,iaitu dorongan atau desakan yang terarah kepada seksual sebagai tenaga kehidupan. Walau bagaimanapun ini tidak tertumpu kepada maksud seksual yang sempit tertapi termasuk kepada kehendak nafsu untuk memenuhi kepuasan sendiri. Selain itu dorongan dan desakan lain dalam tenaga psike kehendak mati. Daripada dorongan-dorongan atau desakan-desakan itu, semuanya merupakan keinginan naluri yang sebenarnya sudah wujud secara semulajadi sejak seseorang itu dilahirkan. Oleh itu, setiap individu akan mengalami kesukaran untuk mengaturnya yang

sekaligus akan mencorakkan haluan hidupnya. Contohnya konflik yang kecil berpanjangan walaupun itu adalah bermula daripada masalah yang kecil.  Tahap kesedaran Menurut Freud, dalam diri manusia terdapat tiga alam kesedaran, iaitu alam sedar, alam pra-sedar dan alam tidak sedar (rujuk gambar 1).  Alam sedar Alam sedar merupakan sebahagian kecil jiwa manusia yang diibaratkan sebagai seketul ais yang terapung, hanya sebahagian kecil sahaja yang boleh dilihat. Alam sedar merujuk kepada keadaan individu dalam keadaan sedar. Ini adalah merangkumi kepada tingkah laku, tindakan, perasaan, pemikiran dan ingatan. Contoh perbuatan atau pemikiran sedar ialah minum, berjalan, berasa gembira atau sepi. Ia beroperasi pada permukaan personaliti seseorang dan hanya memainkan peranan yang kecil dalam perkembangan personaliti.  Alam pra-sedar Alam pra-sedar mengandungi pengalaman yang berada di bawah sedar tetapi jika tumpuan atau dilakukan secara bersungguh-sungguh, ianya mampu diingat semula boleh menjadi sedar dengan mengingat semula. Contoh: Kita tidak boleh memikirkan apa yang kita lakukan semalam tetapi apabila ditanya, kita masih boleh mengingat semula apa yang telah kita lakukan semalam.  Alam bawah sedar Alam bawah sedar meliputi bahagian yang paling besar dalam mental manusia. Ia mengandungi pengalaman dan memori yang mana individu tidak sedar akan kewujudannya. Keadaan mental ini di luar kesedaran seseorang. Ia meliputi semua perkara yang di luar kesedaran seseorang seperti semangat dan naluri individu. Ia juga merangkumi peristiwaperistiwa yang melibatkan emosi dan perasaan. Ia mungkin melibatkan trauma, penderaan, kesedihan yang amat sangat. Memori ini akan terus berada dalam alam bawah sedar dan mungkin akan diluahkan oleh individu secara tidak langsung. Menurut Freud, alam ini adalah punca motivasi individu. Ia boleh merupakan keinginan untuk melakukan sesuatu, idea untuk mencipta atau motif untuk berkarya. Personaliti manusia mengikut teori psikoanalisis Personaliti secara ringkasnya adalah keperibadian atau perwatakan sesorang (Kamus Dewan Edisi ketiga–DBP). Berdasarkan teori psikoanalisis, umumnya personaliti manusia ini adalah dipengaruhi oleh kesan kesedaran dalam diri seseorang. Psikoanalisis telah membahagikan pesonaliti manusia kepada tiga struktur iaitu id, ego dan super ego (rujuk gambar 1).  Id (Prinsip Kenikmatan - Pleasure Principle) Id adalah bahagian minda berhubungan dengan naluri dan dorongan bawah sedar (Kamus Dewan Edisi ketiga – DBP). Id merupakan dorongan fisiologikal yang terletak di peringkat pemikiran bawah sedar. Melalui id, naluri asas seseorang terbentuk dan ini merupakan tenaga untuk memotivasikan individu atas prinsip kelazatan atau keseronokkan. Ia dianggap sebagai satu elemen struktur yang semula jadi, satu elemen yang diwarisi, satu elemen yang sedia ada dalam diri manusia. Id tidak dapat membuat penilaian dan tidak mementingkan logik, nilai, moral atau etika dan objektif atau tujuan keseluruhannya adalah lebih kepada kepuasan tanpa mengambil kira akibatnya, undang-undang, dapat sosial atau keperluan orang lain. Id dapat dilihat dengan jelas melalui kelakuan kanak-kanak kecil yang suka berkelakuan sesuka hati.  Ego (Prinsip Realiti - prinsip reality) Ego adalah persepsi seseorang tentang harga dirinya yang seterusnya mempengaruhi kepada keyakinan dirinya (Kamus Dewan Edisi ketiga – DBP). Ego adalah komponen personaliti yang terbentuk melalui pengalaman dalam alam realiti. Ego adalah

berbeza dengan Id kerana ego merupakan komponen psikologikal yang mengutamakan realiti dan pemikiran logik. Selain itu, Ego tidak wujud semasa kelahiran, tetapi hanya mula terbentuk pada tahun pertama kehidupan individu di mana kanak-kanak mendapati tidak semua yang dikehendaki oleh id dapat dipenuhi dengan segera. Jika id tidak dapat memenuhi sesuatu keperluan, ego mula wujud untuk mencari cara yang rasional untuk mengatasi kekecewaan tetapi secara rasional dan munasabah. Contohnya: Id memberitahu badan ingin tidur, oleh itu, ego akan mencari tempat yang sesuai untuk tidur. Ego akan berorientasi atas prinsip di mana ego akan memahami keinginan id dan membuat rancangan selaras dengan peraturan sosial supaya individu mendapat kepuasan dan pada waktu yang sama kelakuannya dapat diterima oleh masyarakat. Apabila ego tidak dapat cari cara yang diterima untuk memuaskan keinginan id, konflik akan timbul. Dari sinilah, individu akan menggunakan mekanisme belah bela diri.  Super Ego (Prinsip Moral - Moral Principle) Super ego adalah bahagian fikiran bawah sedar yang sentiasa menyedarkan kita tentang kebaikan dan keburukan sesuatu, dan yang menbuatkan kita berasa bersalah sekiranya kita melakukan kesalahan (Kamus Dewan Edisi ketiga – DBP). Super ego merupakan struktur personaliti yang beroperasi atas prinsip kesempurnaan dan akan terbentuk serta berkembang sepanjang hidup kanak-kanak dengan menggabungkan moral dan nilai-nilai masyarakat. Super ego berfungsi berlandaskan prinsip moral, keagamaan atau prinsip ideal. Super ego akan mengawal kehendak ego dan memberi penilaian samada tingkah laku yang ditunjuk ego benar atau salah. Ia juga mengawal segala kehendak id, mempengaruhi ego dalam usaha mencari jalan memenuhi kehendak id dengan cara yang terbaik bersesuaian dengan cara, nilai, budaya, kepercayaan, dan agama sesebuah masyarakat.

perkembangan psikoseksual mengikut Sigmund Freud Sigmund Freud mempercayai bahawa personaliti seseorang dipengaruhi oleh perkembangan psikoseksual seseorang. Teori perkembangan psikoseksual ini adalah bersifat biologi dan melibatkan perkembangan tenaga seksual (libido) daripada satu peringkat ke satu peringkat yang lain. Perkembangan kanak-kanak akan menjadi tidak normal apabila seseorang kanak-kanak mengalami pengalaman yang merencatkan aliran tenaga tersebut. Keadaan ini dipanggil lekatan di mana ia akan membuat seseorang itu kurang berupaya berdepan dengan krisis dalam peringkat perkembangan seterusnya.

Menurut Freud, proses perkembangan seseorang individu telah ditentukan. Setiap kanak-kanak akan melalui lima peringkat perkembangan, iaitu peringkat oral, anal, falik, latensi dan genital.  Peringkat Oral (0 – 18 bulan) Pada peringkat ini, personaliti bayi lebih tertumpu kepada id. Bayi dikawal oleh impuls biologi dan secara asasnya mementingkan diri sendiri. Mereka dikuasai sepenuhnya oleh naluri mereka. Apabila bayi dilahirkan, kehendak mereka adalah makanan. Zon yang berkaitan dengan kehendak ini ialah mulut. Pada tahap ini, kepuasan segera diperolehi oleh bayi pada bahagian mulut kerana bayi dikawal oleh prinsip kenikmatan seperti menghisap, mengunyah dan menelan. Apabila bayi menghisap susu, kawasan mulut akan mendapat stimulasi. Sekiranya pada tahap ini bayi menerima layanan yang baik dalam memenuhi kepuasannya, maka dikatakan trait personaliti sebagai individu yang optimistik, mesra, dan mudah kerjasama akan dilihat dalam diri individu tersebut. Namun begitu, sekiranya tidak dapat, maka dia akan terlekat di peringkat ini, dan mempunyai personaliti seperti pendiam, pasif, dan orang yang suka merokok adalah berpunca daripada masalah ini. Bayi yang lambat diperkenalkan kepada makanan yang keras akan terlekat pada peringkat mengigit. Masalah yang timbul apabila berlaku lekatan ini ialah individu yang bercakap kasar, agresif dan suka menggigit objek seperti kuku, pen dan sebagainya.  Peringkat Anal (18 bulan – 3 tahun) Peringkat ini juga dikenali sebagai peringkat dubul. Pada usia ini, zon kelazatan beralih ke kawasan dubur. Freud mempercayai bahawa kanak-kanak mendapat kelazatan daripada aktiviti mengawal pembuangan najis. Pada tahap ini, penumpuan tenaga libido ditumpukan pada bahagian-bahagian otot pembuangan najis yang melibatkan latihan tandas(toilet -training). Cara ibubapa menguruskan latihan tandas kepada kanak-kanak boleh mempengaruhi trait personaliti seseorang individu. Sekiranya latihan yang diberikan tidak sesuai, maka akan menimbulkan perasaan negatif pada kanak-kanak dan mewujudkan suasana anal agresif dan anal retentif. Anal agresif berlaku apabila kanak-kanak bertindak agresif terhadap kawalan ketat dan peraturan rigid yang dikenakan semasa latihan tandas dijalankan. Anak tidak akan mematuhi arahan dan bertindak membuang air di merata-rata. Tindakan ini akan melahirkan anak yang bersifat zalim, ganas, pemarah dan tidak berdisiplin apabila dewasa. Anal retentif pula berlaku akibat daripada perhatian yang berlebihan diberikan semasa anak membuang air. Keadaan ini akan melahirkan anak yang mematuhi arahan ibubapa dan tidak mempunyai pandangan sendiri. Tindakan ini boleh melahirkan anak yang kedekut, degil, terlalu mementingkan peraturan dan tidak mengendahkan masalah orang lain apabila dewasa kelak. Oleh itu, pada pandangan Freud, kanak-kanak pada peringkat ini perlu diberi peluang untuk berdikari, mempunyai automomi dan tahu mengawal diri sendiri.  Peringkat Falik (3 – 6 tahun) Peringkat ini dinamakan sebagai peringkat kubul. Pada peringkat ini, kanak-kanak mula mengetahui tentang kejantinaan sama ada dirinya lelaki atau perempuan. Sember kepuasan libido berpindah kepada organ kejantinaan dan mendapat kepuasan dengan memegang kawasan kemaluannya. Pada tahap ini, Freud mempercayai kanak-kanak lelaki akan mengalami Oedipus kompleks, di mana kanak-kanak lelaki menumpukan kasih sayang pada ibunya. Manakala

bagi kanak-kanak perempuan, mereka akan mengalami Elektra kompleks, di mana berlakunya persaingan dengan ibu untuk mendapatkan kasih sayang bapa dan bersikap menentang ibu. Oleh itu, ibu bapa seharusnya peka terhadap perasaan anak. Bahagikan kasih sayang dan perhatian sama rata dan berlaku adil terhadap semua anak. Perlekatan pada tahap ini akan merenggangkan hubungan antara ibubapa dengan anak-anak.  Peringkat Latensi (6 – baligh) Peringkat ini merupakan peringkat di mana kanak-kanak mula bersosial. Mereka mula mengalihkan perhatian kepada orang lain selain daripada ibu bapa dan keluarga. Pada tahap ini, semua perasaan seksual dipendamkan dan diletakkan di aras bawah sedar. Kanakkanak memberi penumpuan kepada kerja-kerja sekolah dan aktiviti-aktiviti lain. Mereka mempelajari tentang peranan jantina dan kanak-kanak lebih gemar berkawan dengan rakan yang sama jantina. Secara tidak sedar keadaan ini akan menguatkan lagi sifat kelakian pada kanak-kanak lelaki dan sifat kewanitaan kepada kanak-kanak perempuan. Tumpuan juga pada usaha berdaya tindak dengan persekitarannya. Pada peringkat ini, kanak-kanak perlu diberi peluang bergaul bagi memenuhi keperluan sosial mereka. Ibubapa hanya perlu memerhati dan mengawasi aktiviti sosial anak mereka. Kanak-kanak yang tidak merasa kepuasan berkawan akan menunjukkan tingklah laku yang negatif apabila dewasa kelak. Mereka sukar bergaul, mengasingkan diri, suka menyendiri dan terkongkong.  Peringkat genital (selepas baligh hingga dewasa) Tahap kejantinaan ini menampakkan kemunculan semula kecenderungan seks yang dialami semasa individu itu berada pada zaman kanak-kanak. Pada peringkat ini, remaja mula mengambil tahu dan menaruh minat terhadap rakan sebaya yang berlainan jantina. Pada waktu ini, remaja juga mula memikirkan isu berpasangan, perkahwinan, dan masa depan. Tenaga libido akan mendorong individu menaruh minat terhadap individu di luar keluarga yang berlainan jantina. Pada peringkat ini, kelenjar-kelenjar seksual sudah mula berfungsi dan melalui proses perkembangan serta berfungsi sebagai sumber kenikmatan dan kepuasan. Perasaan cinta kepada diri sendiri dan kepada orang lain mula wujud. Individu pada peringkat ini akan cuba memuaskan segala apa yang tidak dapat dicapai pada zaman kanak-kanak. Ini akan mengakibatkan pembentukan personaliti yang dihasilkan oleh konflik-konflik yang berlaku pada zaman kanak-kanak menonjol dan menjadi dominan. Sebagai kesimpulan, dalam usaha membentuk personaliti yang diinginkan, Freud percaya cara didikan dan layanan yang diterima oleh individu semenjak kecil sangat mempengaruhi personaliti seseorang. Oleh itu, ibubapa, guru dan masyarakat sekeliling perlu membantu perkembangan kendiri kanak-kanak supaya mereka dapat mengatasi konflikkonflik yang timbul pada setiap peringkat perkembangan.

http://treebuilder.blogspot.com/2010/11/teori-personaliti-sigmund-freuderikson.html

Teori Perkembangan Sigmund Freud Teori Perkembangan Sigmund Freud Dilahirkan pada tahun 1856 di Chechoslovakia. Beliau seorang doktor perubatan tetapi minat beliau mendalam dalam bidang psikologi dan psikiatri. Menurut Freud personality manusia terdiri daripada tiga bahagian; id, ego dan superego. Id ialah personaliti tidak sedar yang menekankan kepuasaan serta-merta tapi inginkan keseronokan ketahap maksima. Id tempat menyimpan segala keinginan manusia dan ia didorong oleh tenaga labido ( seks ) yang mengandungi desakan asas. Ego ialah bahagian personaliti yang logis serta teratur. Ego mengawal Id supaya Id tidak mengawal norma-norma hidup. Superego ialah bahagian personaliti yang bermoral. Superego berkembang secara beransur-ansur sejak kanak-kanak ketika berinteraksi dengan ibubapa atau gurunya. Superego akan menghantar maklumat kepada Ego dan Ego kepada Id. Mengikut Freud, setiap kanak-kanak berkembang melalui lima peringkat; 1.

Peringkat Oral ( lahir- 18 bulan ) Kanak-kanak perlukan kasih sayang dan kepuasan dari ibubapa daripada aktiviti menghisap ( sebelum 18 bulan ) dan menggigit ( selepas 18 bulan ).

2.

Peringkat anal atau dubur ( 2- 4 tahun ) Kanak-kanak telah bersedia dan mengawal fungsi biologi seperti membuang air. Kepuasan bukan lagi melalui aktiviti mulut tetapi melalui pembuang najis. Kanakkanak akan memberi perhatian lebih terhadap kawalan buang air kecil dan besar supaya diterima dan dikasih oleh ibubapa.

3.

Peringkat falik atau kubul ( 4- 6 tahun ) Pada peringkat ini kanak-kanak selalu memegang organ kejantinaan untuk mendapatkan kepuasaan. Kanak-kanak telah mula mempunyai perasaan terhadap ibubapa sendiri . Kanak-kanak lelaki terhadap ibu sendiri dan mudah berlaku konflik Oedipus sementara kanak-kanak perempuan berlaku konflik Elektra. Oleh itu ibubapa mesti memain peranan penting dalam mengawal dan memenuhi perasaan supaya konflik tidak berlaku.

Peringkat pendaman ( 6- 12 tahun )Pada peringkat ini kasih sayang dan keberahian telah bertukar kepada rakan sebaya. Kanak-kanak yang berjaya mengatasi dan mengawal perasaan ini boleh menjadi orang yang baik. 5. Peringkat kejantinaan ( 12 tahun ke atas ). Peringkat ini dikatakan awal remaja, mereka mula menaruh minat terhadap rakan sebaya yang berlainan jantina. Menurut Freud, tenaga seks ( labido ) akan mendorong individu menaruh minat terhadap individu di luar keluarga mereka. 4.

http://rujuknota.blogspot.com/2009/09/teori-perkembangan-sigmund-

freud.html https://zh.scribd.com/doc/52041416/TEORI-PSIKOANALISA

View more...

Comments

Copyright ©2017 KUPDF Inc.
SUPPORT KUPDF