Teori Pengkaedahan Melayu
March 6, 2017 | Author: fendy_buli | Category: N/A
Short Description
Download Teori Pengkaedahan Melayu...
Description
1.0 PENGENALAN Dunia kesusasteraan melayu telah banyak berubah dari semasa ke semasa. Tetapi dalam perkembangan teori sastera, kita masih lagi bergantung dengan teori-teori kesusasteraan dari barat. Para pengkaji sastera tanah air masih lagi menggunakan teori-teori barat seperti teori ekspresif, teori mimetik, teori pragmatik, teori objektif, dan sebagainya dalam mengkaji dan menjalankan penjelidikan sastera. Kemudian pengkaji sastera juga didedahkan dengan teoriteori moden dan pascamoden barat seperti teori Psikologi, teori Resepsi, teori Intertekstualiti, teori Marxisme dan sebagainya.
Pada akhir tahun 80-an, sarjana tempatan telah menghasilkan teori tempatan atas kesedaran akan kelemahan, kekurangan dan ketidaksesuaian teori barat dalam mengkaji karya-karya sastera tempatan. Ini kerana banyak teori-teori barat tidak sesuai untuk digarapkan dengan karya tempatan dan tidak sesuai dengan budaya dan cara hidup masyarakat melayu itu sendiri. Oleh itu, sarja-sarja tempatan telah menghasilkan teori tempatan yang sesuai digunakan dalam sastera tempatan. Antara teori yang dihasilkan oleh sarjana tempatan ialah Teori Puitika Sastera Melayu yang diperkenalkan oleh Muhammad Haji Salleh, Teori Teksdealisme oleh Mana Sikana, Teori Takmilah, Teori Persuratan Baru oleh Mohd. Affendi Hassan, teori Konseptual Kata Kunci oleh Mohamad Mokhtar Hassan dan Teori Pengkaedahan Melayu oleh Hashim Awang. Dengan adanya teori-teori tempatan, pengkaji-pengkaji sastera tempatan dan para
1
pelajar terutama mahasiswa dapat menggunakan teori tempatan dalam menjalani kajian mereka. Mereka juga dapat membandingkan antara teori tempatan dengan teori barat supaya dapat memperbaiki lagi teori yang sedia ada serta mencipta teori tempatan yang baru.
Dalam kajian yang akan dijalankan oleh pengkaji, kami telah memilih Teori Pengkaedahan Melayu yang diperkenalkan oleh Hashim Awang. Hashim Awang telah menghasilkan teori ini dengan berdasarkan pendekatan melayu dan islam.
2.0 LATAR BELAKANG HASHIM AWANG
2
hashim
Awang
sememangnya
tokoh
yang
tidak
asing
dalam
perkembangan dan kemajuan sesusasteraan di Malaysia terutama dalam bidang kritikan sastera, malahan beliau sering saja dikaitkan dengan gejala psikologi @ psikoanalisis dalam kesusasteraan.
Hashim Awang kini sebagai Profesor di Universiti Brunei Darussalam dan beliau pernah berkhidmat di Jabatan Pengajian Melayu, Universiti Malaya. Dilahirkan di Kuala Terengganu, beliau pernah berkhidmat sebagai guru selama 10 tahun setelah tamat pendidikan di Sultan Idris Training College, Tanjung Malim dan di maktab Perguruan Bahasa, Kuala Lumpur. Kemudian memperoleh ijazah B.A (Hons) pada tahun 1970, M.A (Sastera) pada tahun 1973, Ph.D pada tahun 1986 dan semuanya dari Universiti Malaya. Disamping itu, beliau sempat membuat M.A dalam bidang Kesusasteraan Bandingan di Universiti Wisconsin Madison, Amerika Syarikat pada tahun 1975.
Beliau aktif dalam menulis esei kritikan sastera dan menghasilkan buku. Antaranya ialah Cerpen-Cerpen Melayu Sebelum Perang Dunia Kedua, Kesusasteraan Melayu dalam Sejarah dan Kritikan, Kritikan Kesusasteraan: Teori dan Penulisan, dan Novel Hikayat: Struktur Penceritaan Melayu.
3.0 KONSEP TEORI
3
Teori sebenarnya berasal daripada perkataan Yunani iaitu Therio yang membawa erti pemandangan. Pada kurun ke 16 perkataan teori telah disebarkan ke Latin dengan membawa maksud “contemplation, speculation and mental view”. Maksud teori Dalam Kamus Dewan Edisi Keempat(2005:1659) ialah 1. pendapat (bersifat pandangan yang tidak dapat dibuktikan dengan kukuhnya) yang dikemukakan untuk menerangkan sesuatu perkara dan lain-lain. 2. prisipprinsip
am
atau
asas-asas
kasar
yang
menjadi
dasar
pembentukan
(perkembangan) sesuatu pengetahuan. 3. asas, dasar (bukan amalan atau apa yang biasanya berlaku). Teori dalam konteks kesusasteraan merupakan gugusan epistemologI yang bersifet empiris, saintifik, dan objektif, dibahagikan kepada teori sastera, teori kritikan sastera, dan teori penulisan. Justeru itu, teori sastera ialah suatu dunia yang terdekat dengan pertumbuhan dan perkembangan budaya sastera yang dianggap induk dan pengarah kepada diamika, estetika dan puitika.
Teori merupakan gagasan tentang definisi, konsep, prinsip, Kriteria dan saranan yang menjelaskan sesuatu subjek. Terdapat tiga sifat umum teori iaitu mengandungi sekumpulan saranan, penjelasan tentang subjek dan objek, dan deskripsi secara sistematis akan fenomena dan perubahannya. manakala fungsi teori-teori sastera adalah: i.
menjadi prisip mengenai penciptaan hasil sastera dan melihat penimbangan berjaya tidaknya hasil;
4
ii.
perhubungan diantara penulis, hasil cipta masyarakat dan budaya (kaitan luaran).
iii.
Melihat unsur-unsur yang sama pada bentuk, bahagian-bahagian dan isi dan sifat perhubungan di antara bahagian-bahagian dan isi.
iv.
Kemungkinan mencari perhubungan unsur-unsur luaran dan dalaman.
Teori merupakan panduan, atau penunjuk arah pemikiran, pengkajian dan analisis. Ia suatu “kebenaran”,”kebenaran” yang ditegak atas premis dan mutlak. Teori-teori dari barat banyak menekankan objektiviti, kemunasabahan dan kesahihan dari sudut kewarasan hujahan, walaupun diberikan juga ruang untuk meletakkan nilai-nilai.
Kita lihat pula apa yang dikatakan teori sastera islam sesuai dengan pendekatan keagamaan. Dasar teori sastera Islam dapat digariskan kepada beberapa asas penting. Dasar pertama, ia harus merupakan karya sastera yang mengandung amanat keislaman, dilahirkan oleh penulis Muslim yang ingin berbakti kepada Allah melalui karyanya yang diciptakan kerana Allah. Karya yang diketengahkan berperanan menanam rasa keimanan dan ketakwaan di dalam diri pembaca. Penulis menjadikan media seni sebagai saluran berdakwah dan memperhamba diri kepada Allah. Dengan dasar ini, sastera Islam berslogan "sastera kerana Allah untuk manusia".
5
Dasar kedua, menunjukkan sifat keagamaan, iaitu Islam. Untuk melahirkan sebuah karya itu bercorak keagamaan ia memerlukan pengarangnya tidak sahaja menghayati nilai-nilai Islam yang diperkatakan dalam karyanya, malahan memerlukan juga segala kata yang diluahkan lahir dari hati nurani pengarang yang berkeyakinan penuh terhadap sumber nilai tersebut, iaitu islam.
Dasar teori ketiga, sebuah karya sastera islam harus dibina atas asas estetika. Pada asasnya, sastera islam itu mengandungi segala unsur keindahan yang diperlukan dalam sebuah karya islam. Unsur estetika itu seharusnya sesuai dengan dasar estetika yang akurkan oleh islam yang berteraskan nilai-nilai yang terkandung di dalam Al-Quran dan Hadis.
Dasar keempat, sebuah karya sastera boleh tergolong dalam kategori sastera islam., jika karya itu menggambarkan keindahan dan kewujudan alam semesta sebagai hasil ciptaan Allah. Gambaran yang diolah oleh pegarang bertujuan menilai penciptaan Allah bagi memuja keagungan-Nya.
Dasar yang terakhir hasil rakumman semua karya sastera yang dihasilkan oleh pengarang muslim yang boleh membawa kesan positif kepada pembaca. Karya islam juga berperanan dalam mempertingkatkan ilmu yang digalakkan oleh islam untuk membina nilai-nilai yang mulia demi membentuk budi perkerti yang tinggi dianjurkan oleh islam. Teori islam berasaskan amanat pengajaran yang berteraskan nilai-nilai islam. Karya sastera islam lebih cenderung dikategori
6
dalam kumpulan karya sastera yang bercorak didaktik keagamaan dan sesuai dikaitkan dengan pendekatan keagamaan dalam teori pengkaedahan melayu.
4.0 TEORI PENGKAEDAHAN MELAYU.
7
4.1 PENGENALAN
Hashim Awng telah membina teori Pengkaedahan Melayu berdasarkan kehidupan dan kebudayaan melayu. Masyarakat melayu mempunyai daya cipta dan kreatif. Ini terbukti daripada kreativiti mereka dalam pelbagai bidang seperti kraftangan dan pemikiran. Dalam bidang kraftangan, banyak hasil kerja tangan yang mempunyai nilai seni yang halus seperti pertukangan perak, tembaga dan tembikar, dan pekerjaan-pekerjaan membatik, menenun, menyulam dan menganyam. Tetapi seni tidak hanya terlaksana melalui bentuk-bentuk artifak yang sedemikian rupa, malah juga tersalur menerusi pemikiran yang terungkap dalam karya-karya sastera. Masyarakat melayu menjadikan alam sebagai sumber dan ilham mereka dalam melahirkan karya-karyanya. Menurut Prof. hashim Awang semasa Wacana Teori Pengkaedahan Melayu dan Islam pada 20 September 1997 menegaskan bahawa kita sewajarnya membentuk atau membina satu perkaedahan sastera yang berlandaskan alam dan masyarakat kita yang melambangkan jati diri bangsa melayu sebagai wadah dan warisan budaya bangsa. Kedua-dua unsur ini saling berkaitan. Malah unsur tersebut mempengaruhi
sebahagian
besar
dunia
kesusasteraan
melayu.
Melalui
penulisan dalam pelbagai genre orang melayu menggambarkan budaya fikiran dan akal budi mereka untuk disampaikan di kalangan khlayak. Objek-objek alam inilah dijadikan sumber penulisan mereka.
8
Oleh itu, Teori Pengkaedahan Melayu yang dihasilkan oleh Prof. Hashim Awang dikemukakan dengan berdasarkan cara dan sikap hidup, kepercayaan, dan kebudayaan masyarakat melayu yang melahirkan karya sasteranya sendiri. Hashim Awang membahagikan teori pengkaedahan melayu kepada dua iaitu pengkaedahan alamiah dan pengkaedahan keagamaan. Kedua-duanya tidak dapat dianggap sebagai pengkaedahan yang sama sekali berlainan atau berpisah. Ini kerana kedua-duanya itu sesungguhnya saling berkaitan atau berhubungan antara satu dengan lainnya.
4.2 PENGKAEDAHAN ALAMIAH
Kaedah pertama langsung berteraskan kepada cara atau sikap hidup masyarakat Melayu itu sendiri, iaitu corak hidup yang menjadikan alam sebagai sebahagian daripada dirinya. Alam itu dijadikan faktor utama untuk memberikan mereka pekerjaan atau pencarian, pengalaman, pengajaran dan kebajikan. Sikap masyarakat Melayu yang demikian sebagai terserlah jelas dalam kitab Tajulmuluk, sebuah kitab panduan hidup yang popular dikalangan masyarakat, terutamanya dalam golongan generasi tua, Kitab tersebut membicarakan enam perkara pokok, iaitu mengenai manusia, kesihatan (perubatan) manusia, sifat dan gerak laku manusia, mimpi dan tirasat cakeravvala, dan perumahan. Di samping keenam-enam persoalan besar tadi, kitab ini juga turut memperkatakan tentang kejadian alam daripada kaca mata islam, iaitu kejadian tujuh petala langit dan bumi yang menjadi sebagai persoalan tambahan. Daripada pokok-
9
pokok persoalan yang dibicarakan ini kita dapat merumuskan bahawa yang menjadi tumpuan pengarangnya adalah tidak lain daripada unsur-unsur alam. Dalam pokok persoalan tentang Kesihatan atau perubatan, misalnya yang dititikberatkan ialah kepentingan dan keistimewaan tumbuhan serta haiwan sebagai sumber perubatan yang dapat menyembuhkan pelbagai penyakit. Atau dalam porsoalan cakerawali pula, yang menjadi perhatian ialah bulan, bintang dan bumi. Semuanya ini dilihat dalam aspek keperluan dan kemanfaatan unsur-unsur alam tersebut pada kehidupan manusia.
Dengan berpandukan kepada pokok-pokok persoalan dan corak pembicaraan kitab tadi, yang secara kasar dan dasar dapat mencerminkan cara dan sikap hidup masyarakat Melayu itu, kita boleh pula memandangkannya untuk digunakan sebagai pendekatan dalam kajian sastera. Seperti semua unsur-unsur alam yang wujud, yang tiap satunya memiliki fungsi dari manfaat yang khusus terhadap manusia, maka sastera pun dilihat sebagai suatu unsur alam yang kejadian penciptanNya adalah juga mengarahkan ke dalam perspektif yang serupa. Dalam pengkaedahan alamiah terdapat tiga pendekatan iaitu pendekatan gunaan, pendekatan moral, dan pendekatan firasat.
10
4.2.1 PENDEKATAN GUNAAN.
Pendekatan ini adalah
didasarkan kepada anggapan bahawa sastera
merupakan salah satu daripada objek alam, iaitu objek daripada hasil ciptaan objek-objek manusia.
alam lainnya
diciptakan tuhan,
manakala
sastera
ciptaan
Dengan berdasarkan pegangan begini, maka sastera dapat dilihat
sebagai suatu objek alam, yang kejadiannya mempunyai sebab, hikmat dan fungsinya tertentu. Disamping itu, kejadiannya itu paling utama boleh dimanfaatkan oleh manusia, sama seperti kejadian objek-objek alam yang lain. Demikianlah, maka buat pendekatan gunaan, sewajarnya sastera itu dilihat dan dikaji dalam konteks perkara-perkara ini.
4.2.2 PENDEKATAN MORAL.
Pendekatan berikutnya dapat disebutkan sebagai pendekatan moral. Pendekatan moral timbul daripada ekoran tanggapan dasar yang dipegang dalam pendekatan pertama di atas tadi, iaitu sastera di samping dianggap sebagai objek alam merupakan suatu kejadian alam. Tetapi kejadian alam di sini bukan lagi berupa suatu kewujudan berbentuk alat atau benda, melainkan bersifat pengalaman hidup. Bersesuaian dengan sifatnya yang demikian itu, sastera dalam konteks ini dapat memberikan kemanfaatannya yang lebih jauh dan lebih besar daripada fungsinya sebagai suatu benda maksudnya,
11
sastera kini menyingkapkan dan memberikan pengalaman. Dan pengalamanpengalaman yang disingkapkan dan diberikan itu biasanya terdiri daripada dua hal utama, iaitu tentang peristiwa-peristiwa yang dilalui oleh manusia tertentu, dan maklumat-maklumat yang berkaitan dengan manusia tadi serta suasana persekitarannya. Daripada hal pertama terserlah pelbagai ragam dan perlakuan manusia yang dapat dialami untuk dinilai aspek-aspek positif dan negatifnya bagi maksud dijadikan cermin perbandingan atau contoh teladan yang terbaik. Manakala, daripada hal kedua, ianya ternyata bahawa sastera mampu untuk menyediakan dirinya dengan pelbagai ilmu dan pengetahuan pula. Dilihat daripada tanggapan begini, maka sastera jelas dapat menepati konsep pustaka
atau
sebanyak-banyaknya
perpustakaan yang pengajaran
dan
di dalamnya boleh ditimba pengetahuan Untuk tujuan
menemukan perkara-perkara semacam inilah maka sastera itu boleh didekati atau dikaji dalam maksud pendekatan moral ini.
4.2.3 PENDEKATAN FIRASAT.
Akhirnya,
dari
pendekatan
alamiah
ini,
diperlengkapkan
dengan
pendekatan yang dikira sebagai sesuai untuk dipanggil pendekatan firasat. Sama seperti pendekatan moral, pendekatan ini juga ditunjangi dengan tanggapan bahawa sastera adalah suatu kejadian alam yang menghasilkan pengalaman hidup dan di sini, kejadian tersebut adalah dikaitkan dengan mimpi, iaitu suatu pengalaman hidup yang oleh masyarakat Melayu sering dianggap
12
sebagai bermakna kepada kehidupan. Oleh Kerana itu, amat diberikan perhatian untuk ditemukan pengertian atau maknanya, pencarian makna mimpi ini dikenali sebagai takbir, iaitu proses menemukan makna menerusi tafsiran lambang atau alamat tertentu yang wujud di dalamnya. Bertepatan dengan sifat kelahirannya, sastera juga menyerupai suatu mimpi, iaitu suatu kejadian alam yang mempunyai makna atau pengertian, yang penemuannya dapat dilakukan menerusi proses tafsiran. Tuntutan melaksanakan tafsiran untuk menemukan makna ini memberikan implikasi bahawa sastera memiliki sifat-sifat zahir dan batin, iaitu sering diistilahkan sebagai yang "tersurat" dan yang "tersirat". Sifat zahir atau yang "tersurat" menjadi sebagai penanda (alamat) untuk memperolehi yang "tersirat". Proses itu menyamai juga dengan apa yang berlaku dalam amalan masyarakat Melayu apabila hendak mengenali kelakuan atau tabiat sifat batin manusia, iaitu melalui keadaan sifaf zahir atau sifat fiziknya. Demikianlah maksud inti pati yang perlu tercapai apabila pendekatan firasat digunakan dalam kajian sastera: maknanya perlu dianalisis dan ditemukan melalui penafsiran sifat-sifat zahir, atau sistem tanda dan lambang yang dimilikinya.
4.3 PENGKAEDAHAN KEAGAMAAN.
Kaedah Keagamaan bermaksud sebagai pendekatan yang berdasarkan kepada keimanan yang bersendikan akidah agama Islam. Sumber paling besar dan utama yang menjadi rujukan ialah al-Quran dan hadis. Pembentukannya pula adalah bersandarkan kepada tujuan-tujuan menonjolkan sifat keagungan Allah
13
dan mempertingkatkan ketakwaan terhadap-Nya. Dengan ciri-ciri Itulah maka, daripada kaedah suci ini, ditimbulkan juga tiga pendekatan yang masing-masing disebutkan sebagai pendekatan dakwah, pendekatan kemasyarakatan, dan pendekatan seni. Ketiga-tiganya adalah saling berhubungan antara satu sama lain.
4.3.1 PENDEKATAN DAKWAH.
Pendekatan dakwah melihat sastera sebagai suatu wadah untuk mempertingkatkan nilai ketakwaan seseorang insan terhadap Allah. Sastera dalam maksud tanggapan kudus begini, sewajarnya mengandungi persoalan-persoalan yang memaparkan tentang sifat-sifat kemuliaan dan ketinggian Allah. Sastera di sini dapat dijadikan semacam "kitab" yang daripadanya para insan dapat mengenali dengan lebih dekat dan khusyuk sifat dan diri Tuhan, sehingga timbul rasa kecintaan dan kehormatan insan yang lebih besar dan murni terhadap-Nya. Di samping itu, sastera harus juga mempersoalkan tentang kemurnian dan kelebihan agama Islam, yang daripadanya akan dapat menimbulkan daya tarikan yang lebih mendalam terhadap kesucian agama Islam, baik daripada kalangan insan muslim mahupun bukan muslim. Apabila pendekatan sebegini digunakan, maka kajian lebih banyak tertumpu kepada aspek - aspek tema dan amanat yang mengarah kepada penyerlahan permasalahan tersebut. Aspek watak dan perlakuan serta peribadinya juga menjadi menarik untuk dikaji dalam kaitannya dengan sifat-
14
sifat mulia seorang insan muslim seperti yang terpancar di dalam sastera menjadi bahan penelitian.
4.3.2 PENDEKATAN KEMASYARAKATAN
pendekatan kemasyarakatan lebih menekankan tanggapan kedua yang melihat unsur kebaikan dalam kesusasteraan ini. Dalam konteks begini, sastera dianggap sebagai penciptaan yang berfungsi khusus dengan membawakan perutusan atau (mission) besar untuk mensejahterakan dan membahagiakan umat manusia. Di sini, unsur amanat diletakkan pada tempat teratas di samping unsur-unsur lain seperti bentuk, teknik penceritaan, dan gaya bahasa, tanpa sama sekali mengabaikan kehadiran keindahan.
Dengan tanggapan sedemikian, sastera Islam dikatakan sebagai lumrah untuk mendedahkan rupa bentuk kehidupan manusia yang baik dan sempurna, yang diredai Allah. Karya itu dipandang sebagai bertujuan untuk menegakkan ajaran-Nya supaya membina kehidupan yang demikian dan membuat kebajikan kepada semua manusia dengan penonjolan watak-watak yang beriman dan beramal soleh, mengerjakan segala suruhan Tuhan seperti bersolat, berpuasa, berzakat, atau membuat amal jariah tanpa berbuat mungkar dalam sebarang bentuk.
Dalam pada itu, karya itu juga turut memaparkan kehidupan yang penuh dengan kemungkaran seperti ketidakadilan, kemunafikan, keresahan, kekejaman, korupsi
15
penipuan, penindasan, dan pernbunuhan iaitu segala permasalahan yang mejadi punca kepincangan masyarakat yang kegoyahan iman. Segala-galanya ini dilihat daripada kaca mata Islam untuk membezakannya secara jelas daripada apa yang menjadi tanggapan Barat. Persoalan kemasyarakatan sedemikian, yang tergarap dalam sastera, sama sekali tidak digunakan sebagai bahan propaganda yang membohongi kenyataan seperti yang biasa berlaku dalam karya beraliran barat, melainkan untuk menjadi contoh teladan atau kias ibarat dalam usaha mencari kesejahteraan hidup bermasyarakat dan kekuatan iman serta takwa. Dengan pegangan dasar sebegitu rupa, penilaian dapat ditumpukan sepenuhnya kepada soalsoal isi dan tema untuk melihat segala permasalahan kemasyarakatan tadi.
4.3.3 PENDEKATAN SENI.
Pendekatan seni ialah pendekatan yang menjadikan unsure keindahan dalam karya saster sebagai persoalan pokok. Keindahan yang dimaksudkan ialah keindahan yang membataskan dirinya kepada nilai-nilai estika dan etika islam serta tidak bertentangan dengan akidah, ajaran dan fahaman islam. Dalam bentuknya yang lebih tegas dapat disebutkan bahawa keindahan itu berteraskan tauhid. Keindahan yang demikian sifatnya dan tuntutannya menjadi objek penelitian untuk ditemukan dalam sastera menerusi pelbagai aspek atau unsur pembinaanya seperti bentuk hanafiah dan dalamanya, gaya penceritaan, kaedah pendedahan tema dan watak, atau pemakaian sudut pandangan dan gaya bahasa. Pendekatan seni dari sudut penelitian sastera ialah menemukan segala-
16
galanya untuk, kemudianya menghasilkan kembali kepada memperkukuhkan tapak-tapak asas yang murni lagi suci, iaitu keimanan, ketakwaan dan kecintaan kepada Allah. Selain itu, hasil dari penelitian dan penilaian itu akan dapat dirumuskan suatu bentuk keindahan yang khusus bagi sesebuah karya kesusasteraan tertentu yang dikaji, disamping kewujudan suatu dasar keindahan atau estetika islam yang umum.
4.0 CONTOH KARYA 4.1 NOVEL HIDAYAH. novel Hidayah hasil karya Harun HAji Salleh memiliki sifat yang dapat memenuhi keperluan Pendekatan Dakwah. Pendekatan Dakwah dapat dilihat dalam aspek persoalan. 1. Dakwah bukan paksaan. Novel Hidayah menampilkan persoalan keindahan agama islam. Watak yang menjadi penggerak utama penceritaan terdiri daripada keluarga islam, yang menjalani kehidupan berteraskan keunggulan dan keluhuran islam yang semurninya, baik pada perbuatan mahupun pada perkataan. Ustaz Mazlan adalah watak utama, memperlihatkan teladan perlakuan orang muslim yang mempunyai fikiran terbuka dan kefahaman mendalam terhadap islam untuk rela berdebat, atau berbincang dengan masyarakat bukan muslim. Perdebatan yang berlaku antara Ustaz Mazlan dengan Cikgu Mary Munang dan Cikgu Francis Unggai untuk menunjukan kebenaran agama islam. Kemudianya Cikgu Mary Munang menjadi
17
tertarik dengan islam dan memeluk islam setelah memahami secara mendalam selepas melalui perbahasan panjang yang disertai pula dengan penyaksian lama terhadap amalan praktis yang amat islamiah daripada kehidupan Ustaz Mazlan. Dia malah berkahwin dengan Ustaz Mazlan tanpa ada paksaan tetapi kerana kecintaan dan kefahaman yang mendalam terhadap islam itu sendiri. Penganutan dan perkahwinan Cikgu Mary Munang ini membuktikan wujudnya kebebasan dalam amalan dakwah islam. 2. Dakwah bukan magis. Cikgu Mary Munang terpengaruh dengan keindahan islam bukan kerana terlalu cinta dan tergoda dengan ketampanan wajah Ustaz yang memang digambarkan sebagai sungguh anggun atau bukan kerana terpukau oleh keirasan wajah ustaz tadi dengan wajah bekas kekesihnya. Sebaliknya dia begitu tertarik dengan kemurnian isl;am oleh adanya pengamatan dan pertimbangan dengan fikiran yang sepenuhnya waras dan sedar daripada dalam dirinya sendiri. Dia mendalami islam melalalui penbacaan yang luas terhadap kitab-kitab agama dan karya-karya kajian yang autonomus seperti Injil Bernabas, Antologi Perjanjian Baru, dan Whither Isllam dan setelah melakukan semuanya itu barulah dia memperaku kebenaran serta kemurnian islam.
18
4.2 MUNAJAT DI PERKEBUNAN. Novel ini adalah hasil karya Othman Puteh yang memiliki sifat Pendekatan Alamiah. Novel Munajat di Perkebunan jelas dapat dianggap suatu objek alam. Di dalamnya terdapat sifat-sifat alam yang ketara, antara lain ialah: 1. Manusia atau watak didalamnya dilihat sebagai objek alam yang murni, tidak mempunyai nama yang khusus. 2. Manusia mengalami kehidupan yang berkaitan rapat dengan alam. Mereka bergantung hidup sepenuhnya kepada alam iaitu pada manusia lain, binatang, pada tumbuhan dan pada persekitaran. 3. Manusia menjadikan alam di sekeliling ebagai penduan dan pengibaratan hidup. Watak utamanya mengenali sifat keagungan tuhan untuk lebih memantapkan nilai cinta terhadapNya adalah keseluruhan melalui alam. Setiap gerak atau langkah berlandaskan waktu dan suasana alam dan memperolehi sesuatu maklumat pun adalah sepenuhnya memerusi perantaraan alam seperti bunyi kuda, cahaya persekitaran alam atau gerak- geri manusia lainya. 4. Manusia atau watak menemui atau mengalami kebanyakan insiden secara tiba-tiba perencanaan alam rangkaian sebab akibat, seperti yang lazimnya berlaku dalam alam reality kehidupan. 5. Paling penting watak manusai bergerak dala satu lingkungan alam semula jadi yang khusus iaitu Perkebunan Teh. Pola-pola tindakan dan fikiran menbentuk oleh pengaruh alam tersebut.
19
5.0 KEKUATAN DAN KELEMAHAN. 5.1 KEKUATAN. Terdapat beberapa kekuatan yang terdapat dalam Teori Pengkaedahan Melayu. Antaranya : 1. Hashim Awang menghasilkan Teori Pengkaedahan Melayu berasaskan sikap hidup, kepercayaan dan keagamaan orang melayu dan berteraskan pegangan hidup islam. 2. Teori Pengkaedahan Melayu mencakupi banyak dimensi dan aspek serta mendekati kajiannya melalui bidang yang luas dan juga memperlihatkan perspektif kritikal yang besar. 3. Hashim Awang membentuk fikiran sasteranya berlandaskan kesenian masyarakat melayu dan memperlihatkan suatu pembinaan teori yang berakarkan peribadi dan batin melayu. 4. konsep asas teori ini mudah ditanggapi dan dapat menyediakan kaedah kritikan atau kajian yang berimbang. 5. Hashim Awang memanfaatkan dan menukilkan falsafah kesenian dan kebudayaan melayu bererti beliau kembali ke akar melayunya dan sesuailah pengkaedahan ini dinamakan Pengkaedahan Melayu. 6. Hashim Awang membahagikan kepada Pendekatan Kealaman dan Pendekatan Keagamaan sangat sesuai dengan keperluan saster dan keduadua aspek ini sememangnya menjadi budaya hidup kepada setiap bangsa.
20
5.2 KELEMAHAN Dalam Teori Pengkaedahan Melayu, tidak terlalu banyak kelemahan yang dapat kami temui. Ini kerana teori ini cukup berpegang dengan cara hidup, budaya dan kepercayaan masyarakat melayu. Antara kelemahan yang kami dapat: 1. tidak sesuai untuk diaplikasi kepada karya-karya barat. Ini kerana Teori ini lebih kepada saster tempatan. 2. hanya sesuai untuk karya sastera yang terdapat unsur-unsur alamiah dan bersifat keagamaan.
21
6.0 PENILAIAN.
Apa yang dapat kami simpulkan melalui kajian kami tentang Teori Pengkaedahan Melayu ialah 1. sastera melayu dalam sifatnya yang tersendiri adalah wajar diteliti daripada kaedah pendekatan tersendiri pula. 2. kaedah pendekatan yang berasaskan kepada sikap hidup, kepercayaan dan keagamaan adalah sebagai paling layak dan berkesan untuk digarapkan dalam kajian dan kritikan sastera. 3. penggunaan dan pendekatan yang demikian sifatnya dikira dapat menonjolkan dengan lebih benar dan jelas cirri-ciri sastera melayu disamping dapat pula memperkaya dan memperkukuhkan metode-metode pengkajian.
22
7.0 BIBILIOGRAFI
A. Rahman Yusof, 1988. “Teori dan Metode Penyelidikan” dlm. Hamzah Hamdani ( peny). Konsep Dan Pendekatan Sastera. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka. A. Rahman Yusof, 1999. “Adakah Kita Memerlukan Teori Sastera Tempatan?”, Dewan Sastera, November. Harun Haji Salleh, 1984.”Hidayah”. kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka. Hashim Awang,1994.”Metodologi Kesusasteraan Islam:Kaedah Penilaian”. Dewan Sastera, Februari. Hashim Awang, 1993.”Pengkaedahan Melayu Dalam Kajian dan Kritikan Kesusasteraan Tanah Air”. Dewan Sastera, Januari. Ismail Hamid, 1993.”Konsep, Teori dan Prinsip Sastera Islam”, Dewan Sastera, Ogos. Mohamad Mokhtar Hassan,2005.” Teori Konseptual Kata Kunci”. Kuala Lumpur: Universiti Malaya. Othman Puteh, 1990.”Munajat Di Perkebunan”. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka.
23
View more...
Comments