Teori Pemerolehan Bahasa (kOGNITIF)

August 21, 2022 | Author: Anonymous | Category: N/A
Share Embed Donate


Short Description

Download Teori Pemerolehan Bahasa (kOGNITIF)...

Description

 

KOGNITIF

 









Teori kognitif dipelopori oleh Jean Piaget dan Gestalt. Teori kognitif merupakan proses mental yang memainkan peranan penting untuk memperoleh bahasa, khususnya bahasa pertama (bahasa ibunda). Kanak-kanak mempunyai keupayaan khusus untuk mendengar, mentafsir bunyi-bunyi bahasa yang didengar. Kanak-kanak juga memperoleh bahasa pertama dalam masa yang amat singkat iaitu 4 sehingga 5 tahun sahaja.

 









Aliran pemikiran kognitif bersifat mentalis yang cuba menghubungkan realiti mental dengan laku bahasa yang betul atau sebenar. Pengetahuan merupakan pemikiran manusia dan bukan latihan pancaindera. Aliran ini berpendapat bahawa bahasa ialah pengetahuan yang dihasilkan oleh sesuatu proses dalam otak dan saraf setelah menerima bahan rangsangan daripada pancaindera. Aliran kognitif ini ada menerangkan kesejagatan yang hubunganciri-ciri dengan kognitif  pada setiap tatabahasa bagi bahasa-bahasa di dunia.

 

KONSEP PENTING YANG DIUTARAKAN OLEH JEAN PIAGET

Skema  Asimilasi  Akomodasi  Adaptasi

SKEMA Merujuk kepada potensi am yang ada dalam diri manusia untuk melakukan

sesuatu dengan cara tertentu. Contohnya: Sewaktu dilahirkan, bayi telah dilengkapkan dengan beberapa gerakan pantulan yang dikenali sebagaiskema seperti gerakan menghisap, memandang, mencapai, merasa, memegang, serta menggerakkan tangan dan kaki. Skema yang ada pada bayi akan menentukan bagaimana bayi bertindakbalas dengan persekitarannya

 

ASIMILASI

Satu proses penyesuaian antara objek yang baru diperolehi dengan skema yang sedia ada. Membolehkan manusia mengikuti sesuatu modifikasi skema hasil daripada pengalaman yang baru diperolehi. Contohnya, seorang kanak-kanak yang baru pertama kali melihat sebiji epal. Kanak tersebut akan menggunakan skema memegang dan sekaligus s ekaligus merasanya AKOMODASI

Merupakan suatu proses di mana struktur kognitif mengalami perubahan. Berfungsi apabila skema tidak dapat mengasimilasi (menyesuaikan) persekitaran baru yang belum lagi berada dalam perolehan kognitif kanak-kanak. Contohnya, kanak-kanak yang berumur dua tahun yang tidak ditunjukkan magnet akan menyatukan objek baru ke dalam skemanya dan mewujudkan penyesuaian konsep terhadap magnet itu

 

ADAPTASI Wujud keseimbangan di antara akomodasi dan asimilasi untuk disesuaikan dengan persekitaran. Perubahan daripada satu peringkat ke satu peringkat seterusnya hanya akan berlaku apabila kanak-kanak mencapai tahap kematangan yang

sesuai dan terdedah kepada pengalaman yang relevan.

 

TAHAP  – TAHAP PERKEMBANGAN KOGNITIF Tahap Sensorimotor atau deria motor (dari lahir hingga 2 tahun)



Tahap Praoperasi ( 2 hingga 7 tahun) Tahap Operasi Konkrit ( 7 hingga 12 tahun)





Tahap Operasi Formal (12 tahun hingga dewasa)



TAHAP SENSORIMOTOR (dari lahir hingga 2 tahun) Pada tahap ini, bayi melihat kepada hubungan antara badannya dengan persekitaran. Kebolehan deria motornya berkembang dari semasa ke semasa. Bayi tersebut mempelajari tentang dirinya dengan melihat, menyentuh, dan mendengar disekelilingnya kemudian menirunya. Kebolehan

untuk meniru tingkah laku dikenali sebagai pembelajaran melalui pemerhatian (observational learning) (Mussen dan Kagan, 1974).

 

  TAHAP PRAOPERASI ( 2 hingga 7 tahun) Menurut Piaget, perkembangan yang paling penting di tahap ini ialah penggunaan bahasa. Kanak-kanak yang berada di tahap ini mula menggunakan simbol di dalam permainan. Contohnya mengandaikan buku sebagai kereta apabila ditolak di atas lantai.

Namun begitu, dari segi kualiti, pemikiran kanak-kanak masih lagi di tahap yang rendah berbanding dengan orang dewasa.

TAHAP OPERASI KONKRIT ( 7 hingga 12 tahun) •

Pada tahap ini, kanak-kanak tidak lagi berfikir secara egosentrik. Perasaan ingin tahu menjadikan kanak-kanak akan gemar bertanyakan sesuatu yang menarik minat mereka kepada orang yang lebih dewasa.



Berkembangnya semangat inkuiri menyebabkan mereka mula menerima pendapat orang lain.

 



Kanak-kanak akan mula belajar bermain dan bergaul dengan rakan-rakan yang sebaya kerana merekaakan mula memasuki zaman persekolahan. Mereka



sedikit demi sedikit sudah mula memahami unsur-unsur pemikiran logik. Mereka faham akan konsep-konsep nombor, berat, susunan dan padatan serta

konsep pengekalansesuatu benda atau objek. Walau bagaimanapun, kanakkanak pada umur sebegini masih belum memahami atau menaakul tentang perkara-perkara yang abstrak

TAHAP OPERASI FORMAL (12 tahun hingga dewasa) •

Pada tahap ini Piaget menyatakan bahawa perkembangan kecerdasan kognitif  manusia telah sampaike tahap maksima. Pemikiran dan penghuraian pendapat

individu pada tahap ini dikatakan lebih baik dan nyata. •

Mereka dikatakan mampu membuat keputusan dan telah dapat membuat hipotesis melalui pemerhatian. Individu telah mula mencari jalan untuk menyelesaikan masalah berdasarkan rasional dan lebihbersifat sistematik

 

APLIKASI TEORI KOGNITIF DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN •

Teori Kognitif menekankan kepada proses perkembangan pemikiran kanakkanak. Oleh itu pembelajaran bahasa akan diajar secara berperingkatperingkat mengikut kematangan murid berkenaan.



Proses pembelajaran berlaku secara sistematik dan guru dapat mengawal kadar kemajuan pembelajaran murid secara berperingkat-peringkat. berperingkat-peringkat.



Menekankan kepada pembelajaran mengikut kadar kendiri, di mana murid berpeluang belajar sesuatu pengetahuan atau kemahiran berdasarkan minat, kebolehan dan tahap kognitif mereka sendiri.



Menekankan kaedah pengajaran berpusatkan pelajar pelajar.. Pengajaran berpusatkan pelajar bermaksud pelajar terlibat secara aktif dalam aktiviti

pembelajaran dan penggunaan bahan-bahan pembelajaran berbanding guru. Oleh itu ia amat sesuai digunakan untuk mengajar kemahiran berbahasa

View more...

Comments

Copyright ©2017 KUPDF Inc.
SUPPORT KUPDF