Memperkenalkan analisis bahasa Transformasi generatif (Chomsky)
Mendokong istilah generatif, kreatif, eksplisit, kegramatisan dan transformasi
Berandaian teori kod kognitif bahawa P&P bahasa sebagai satu proses kognitif
Teori mentalis berpendapat bahawa pemerolehan bahasa sebagai proses pemikiran
yang melibatkan aktiviti mental. Menurut teori ini, bahasa ialah aktiviti mental yang merupakan kebolehan semulajadi manusia.
N.Chomsky, salah seorang pelopor teori ini berpendapat bahawa manusia dilahirkan bersama Peranti Pemerolehan Bahasa (Language Acquisation Device) atau LAD.
Alat ini membolehkan manusia mempunyai kebolehan semulajadi untuk menguasai bahasa.
Bagi menguatkan teorinya tentang LAD, Chomsky memberikan empat kenyataan iaitu;
proses pemerolehan bahasa semua kanak-kanak boleh dikatakan sama.
proses pemerolehan bahasa ini tidak ada kaitannya dengan kecerdasan (anak yang IQnya rendah juga juga memperoleh bahasa pada masa dan cara yang hampir sama ).
proses pemerolehan bahasa tidak pula dipengaruhi oleh motivasi atau emosi kanakkanak.
tatabahasa yang dihasilkan oleh semua kanak-kanak boleh dikatakan sama.
Golongan mentalis berpendapat bahawa seseorang kanak-kanak menggunakan keupayaan sedia ada pada mereka untuk merumus dan membentuk ayat mengikut sistem bahasa yang mereka peroleh.
Manakala prestasi ialah aspek penggunaan bahasa oleh penutur berdasarkan kecekapan bahasa manusia.
Oleh hal yang demikian, teori ini mengutamakan proses berfikir berbanding dengan perlakuan manusia.
CIRI TATABAHASA
Terdiri daripada rumus-rumus yang berurutan dan teratur
Menghuraikan bagaimana bahasa boleh dihasilkan dan difahami
Menganalisis fonologi, morfologi dan sintaksis
HUBUNGAN TEORI MENTALIS DALAM P&P
Ada dua perkara penting dalam penguasaan bahasa kecekapan dan prestasi
Thank you for interesting in our services. We are a non-profit group that run this website to share documents. We need your help to maintenance this website.