Teori Atribusi Weiner

May 13, 2019 | Author: 美萍 | Category: N/A
Share Embed Donate


Short Description

Download Teori Atribusi Weiner...

Description

Menegaskan bahawa pelajar akan bermotivasi jika memperoleh sesuatu hasil yang diingini. Merangkumi teori kognitif dan efikasi kendiri, di mana penekanan ditumpukan kepada persepsi pelajar yang mempengaruhi cara mereka mentafsir  kejayaan atau kegagalan usaha mereka – mempengaruhi kecenderungan pelajar  untuk mengulangi tingkah laku yang sama 

 

Analisis tentang sebab kejayaan atau kegagalan Kejayaan atau kegagalan boleh disebabkan oleh faktor luaran atau dalaman – berjaya atau gagal kerana faktor yang kita percaya berasal daripada kita sendiri atau daripada persekitaran. Sebab kejayaan atau kegagalan stabil atau tidak stabil – jika kita percaya sebabnya stabil, hasilan/akibat akan sama jika kita melakukan tingkah laku yang sama pada masa yang lain. Jika ia tidak stabil, hasilan/ akibat akan berlainan pada masa yang lain. 

Sebab kejayaan atau kegagalan mungkin boleh dikawal atau tidak boleh dikawal. Faktor yang boleh dikawal merupakan suatu yang mana kita percaya boleh diubah jika kita ingin lakukan. Manakala faktor yang tidak boleh dikawal merupakan suatu di mana kita tidak percaya kita boleh ubah dengan mudahnnya.



4 faktor yang berkait rapat dengan teori atribusi yang akan mempengaruhi motivasi dalam pendidikan Kebolehan – faktor dalaman yang stabil di mana pelajar tidak mempunyai kawalan secara langsung Kesukaran tugasan – faktor luaran yang stabil dan ini tidak boleh dikawal oleh pelajar sendiri. Usaha – faktor dalaman yang tidak stabil dan pelajar boleh mengawalnya. Nasib – faktor luaran yang tidak stabil kerana pelajar mempunyai kawalan yang paling sedikit sekali. 

Peranan guru dalam meningkatkan motivasi pelajar Membantu pelajar memastikan mereka percaya bahawa mereka adalah kompeten. Kegagalan sekali-sekala disebabkan nasib atau usaha yang tidak mencukupi dan perkara ini tidak akan wujud pada masa hadapan. Pastikan pelajar berusaha dan beranggapan bahawa mereka boleh berjaya. Elakkan daripada situasi di mana pelajar berulang kali gagal kerana ini akan menyebabkan mereka beranggapan bahawa mereka tidak kompeten dan mereka akan berhenti mengatributkan kegagalan mererka kepada kurangnya usaha. 

Galakkan mereka untuk berusaha dan jika berjaya, mereka akan melipatgandakan usaha mereka. Adalah baik jika guru membantu pelajar  memahami bahawa tingkah laku mereka akan membawa mereka ke tahap kejayaan atau kegagalan. Hal ini dirujuk kepada lokus kawalan dalaman. Merangsangkan konsep kendiri pelajar dan sentiasa berfokus kepada usaha sebagai faktor ke arah kejayaan. 

Kesimpulan Prinsip asas teori atribusi ialah persepsi atau atribusi seseorang terhadap kejayaan atau kegagalan menentukan betapa banyaknya usaha seseorang itu dalam aktiviti yang sama pada masa hadapan. Guru digalakkan untuk menggunakan teori ini untuk memotivasikan pelajar secara efektif. 

View more...

Comments

Copyright ©2017 KUPDF Inc.
SUPPORT KUPDF