Terima kasih pengerusi majlis, Yang dihormati Penolong Kanan HEM, PN HAJAH ROHAINI BT I BRAHIM
Penolong kanan Pentadbiran, PN HAJAH NOOR ADIAH BT MOHAMED NOR
Penolong Kanan Ko-korikulum, TUAN HAJI MUHAMMAD ASRI BIN HUSEIN
PK Petang, EN ABU ZAID BIN ZAKARIA
Pegawai SPPK JPWP EN ISMAIL BIN MOHD NOOR
Pengerusi Kumpulan Sokongan Ibu Bapa Asrama (KIBA), EN ABDUL LATIFF BIN OTHMAN
Para Warden dan Penyelia, Guru-guru, dan para pelajar yang disayangi. Assalamualaikum.. Segala puji bagi Allah SWT, Tuhan segala alam, selawat dan salam ke atas junjungan besar, Nabi Muhammad S.A.W serta para sahabatnya, Alhamdulillah saya bersyukur kehadrat Allah kerana dengan limpah kurnianya kita masih lagi diberi peluang meneruskan tugas sebagai hamba Allah untuk melaksanakan amalan kebaikan di muka bumi ini. Semoga dengan apa yang dilaksanakan di bulan Ramadhan al-Mubarak ini akan mendapat keberkatan dan keredaanNya. Seperti tahun-tahun sebelumnya, Pihak Pengurusan Asrama mengadakan satu Program yang dinamakan Program “Tautan Kasih Kasih Ramadhan” Ramadhan”. Program ini adalah program berbuka puasa dan solat terawikh yang disertai oleh para pentadbir sekolah, guruguru, ibu bapa dan semua pelajar asrama sekalian. Objektifnya adalah untuk mempertingkatkan
amal
ibadat
sepanjang
bulan
Ramadhan
secara
(Istiqamah) dan berdisiplin serta mengeratkan silatulrahim semua pihak.
1
konsisten
Seperti mana yang kita sudah ketahui, bulan Ramadhan merupakan satu bulan yang mulia berbanding dengan bulan-bulan yang lain dengan beberapa kelebihan dan keistimewaan. Selain itu, bulan Ramadhan juga dinamakan Al-Mubarak yang bermaksud bulan yang penuh dengan keberkatan di mana semua umat Islam diberi peluang untuk melipat gandakan pahala dengan menunaikan amalan-amalan wajib dan sunat yang sangat digalakkan melakukannya pada bulan Ramadhan ini. Walaupun pada waktu siang kita berpuasa dan masa kita diisi dengan belajar, bekerja dan malamnya diisi dengan pelbagai amalan sunat seperti solat sunat terawith, para pelajar diingatkan supaya mengekalkan prestasi pelajaran walaupun sedang menjalani ibadah puasa. Jangan jadikan alasan berpuasa untuk membolehkan para pelajar tidur dan tidak fokus semasa P d P serta aktiviti harian lain biasa dilakukan pada bulanbulan yang lain. Perlu diingatkan juga minggu peperiksaan sudah dekat dan pada bulan ramadhan
inilah
semua
pelajar
khususnya
pelajar-pelajar
kelas
peperiksaan
sepatutnya mengambil peluang memperbanyakkan doa kerana doa orang-orang yang berpuasa dimakbulkan. Nabi Muhammad S.A.W menyebut tiga doa yang tidak ditolak antaranya ialah orang yang berpuasa sehingga dia berbuka. [ HR:At-Tirmizi] Akhir kata, saya sekali lagi merakamkan ucapan jutaan penghargaan dan terima kasih kepada Pihak Pengurusan Asrama kerana menjemput saya dan berjaya menganjurkan Program ‘Tautan Kasih Ramadhan’ pada kali ini dan semoga kita berjumpa di lain masa. Saya mengucapkan selamat meneruskan ibadah puasa Ramadhan Al-Mubarak ini. Semoga segala amal ibadah dan jariah yang telah kita lakukan di bulan Ramadhan yang mulia ini akan diterima dan mendapat keredhaan Allah S.W.T. Dengan lafaz Bismillah….. saya merasmikan Program “Tautan Kasih Ramadhan” tahun 2015.
Thank you for interesting in our services. We are a non-profit group that run this website to share documents. We need your help to maintenance this website.