TEKS UCAPAN PELANCARAN PRODUK

December 4, 2016 | Author: tura_mastur | Category: N/A
Share Embed Donate


Short Description

Download TEKS UCAPAN PELANCARAN PRODUK...

Description

c    

  c  

Bismillahir rahmanir rahim Assalamualaikum warahmatullah hiwabarakatuh, Salam Sejahtera dan Salam Satu Malaysia. Yang Berbahagia Dato¶ Yahya Bin Daud Timbalan Ketua Setiausaha (PDN) Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan, Yang Berbahagia Dato' Malik bin Hj Kamal Pengerusi Eksekutif, Suruhanjaya Koperasi Malaysia,

Yang Berusaha Dato¶ Ir Abd Hassan bin Hj Yunos Pengarah Urusan Bio-Gel Corporation (M) Sdn Bhd, Pegawai-pegawai kanan Kementerian dan agensi syarikat, Wakil-wakil Media Cetak & Elektronik, Wakil Sektor Swasta, Dif-Dif Jemputan, Y. Bhg. Tan Sri-Tan Sri, Dato¶-Dato¶, Datin-Datin, Tuan-Tuan dan Puan-Puan,

Seterusnya hadirin yang dihormati sekalian, 1. Terlebih dahulu saya ingin memanjatkan rasa kesyukuran kehadrat Allah S.W.T kerana dengan limpah kurnia serta Rahmatnya, maka dapatlah kita bersama-sama berkumpul di dalam majlis perasmian memperkenalkan produk terbaru keluaran Bio-Gel Corporation (M) Sdn. Bhd. iaitu ³ Kapsul Gelatin Halal´. 2. Industri halal dilihat semakin berkembang maju melalui dua cabang utama iaitu, produkproduk halal seperti produk pemakanan, kosmetik, perubatan dan perkhidmatan halal perbankan dan keuwangan syariah, perkhidmatan logistic dan perlancongan. Kesemua produk-produk halal ini semakin mendapat sambutan di pasaran. Bukan sahaja dari segi perkembangan produk, industri halal juga telah menjadi semakin kompetitif kerana banyak negara luar dan negara bukan Islam sudah mulai memasuki pasaran. Kalau dahulunya hanya beberapa negara ASEAN seperti Thailand dan Filipina yang aktif dalam industri halal, hari ini negara-Negara Timur Tengah, Amerika Syarikat, Afrika, Eropah, Rusia dan Jerman telah mula member perhatian dan melibatkan diri secara serius dalam industri ini. 3. Makanan adalah tempat pertama yang wajib bagi umat Islam risaukan. Sebab itulah kami mengharapkan ada kesedaran di kalangan umat Islam di seluruh dunia mengenai sumber makanan yang halal. Nabi Muhammad S.A.W pernah berkata "ANDA ADALAH APA YANG ANDA MAKAN!´. Dengan inisiatif untuk menghasilkan produk yang selamat, bermutu tinggi dan di jamin kebersihan serta kesucian sesuatu produk itu terutamanya produk berasaskan makanan, maka dengan itu pihak pengurusan serta Ahli Lembaga Pengarah Syarikat Bio-Gel Corporation (M) Sdn Bhd, sebulat-suara bersetuju untuk memperkenalkan produk halal terbaru kami iaitu ³ kapsul gelatin halal´ yang telah dijamin kesuciannya dan talah mendapat pengesahan halal daripada JAKIM dan pengiktirafan ISO2011 daripada SIRIM. 4. Gelatin adalah satu bahan yang digunakan di dalam industri makanan dan perubatan kerana sifatnya yang unik. Manusia telah menggunakan gelatin sejak beratus-ratus tahun yang lalu. Kini, kegunaannya telah diperluaskan ke dalam industri farmaseutikal, kosmetik dan teknikal pula. Tanpa gelatin, sesetengah produk tidak mungkin dapat dihasilkan. Gelatin telah menjadi isu hangat bagi seluruh penduduk dunia apabila mereka mengetahui sumber gelatin adalah dari tulang-tulang dan kulit-kulit haiwan. Bagi orangorang Islam, walaupun sumbernya dari binatang yang halal dimakan, mereka harus memastikan bahawa haiwan-haiwan tersebut disembelih oleh orang Islam dan mengikut syariah.

·. Gelatin Halal adalah satu fenomena yang juga telah ramai memperkatakan megenainya. Hampir seluruh umat Islam menjadi bimbang dengan bahan yang dinamakan gelatin ini. Ianya menjadi tanda tanya samada ianya halal atau tidak. Atas dasar keperihatinan serta tanggungjawab sosial ini, maka pihak syarikat telah menjalankan satu penyelidikkan terhadap penghasilan kapsul gelatin yang diperbuat daripada bahan sumber semulajadi dan babas daripada tulang dan kulit haiwan yang tidak disembelih mengikut syarak atau apa sahaja sumber yang boleh diragui tentang halal dan haramnya bahan-bahan itu diperoleh. Kajian yang kami lakukan amatlah teliti dan telah mengikut garis panduan yang telah di tetapkan oleh syariah Islam. 6. Kami yakin syarikat kami mempunyai kelebihan dan mampu menjadi peneraju sector ini kerana kami mempunyai pengalaman penyelidikan yang luas, infrastruktur serta institusi yang dapat membantu membangun dan meggalakkan industri pemprosesan ³kapsul gelatin halal´ ini. Selaras dengan hasrat menjadikan Malaysia sebagai pusat atau hub pengeluaran produk halal bagi keperluan tempatan dan dunia. Pelbagai inisiatif telah kami jalankan untuk memberi kesedaran kepada pengguna khususnya pengguna Islam mengenai kepentingan industri gelatin halal ini dan pelbagai produk halal yang telah kami hasilkan. Diharapkan sokongan daripada pelbagai pihak terutamanya daripada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan serta Suruhanjaya Koperasi Malaysia agar bersama-sama memikul tugas dan tanggungjawab korporat syarikat bagi mempromosi produk halal kami dan memberi kesedaran kepada pengguna di selurah dunia mengenai Industri Halal di Malaysia.

        

RUJUKAN: 1. http://www.kohalal.com/halal 2. http://www.halagel.com/cart/ 3. http://halagel.com.my/shoppingcart/ 4. http://www.simedarbyplantation.com/Agri-Bio_Corporation_Sdn_Bhd_.aspx ·. http://www.treasury.gov.my/index.php?option=com_content&view=article&id=930%3A ucapan-di-majlis-pelancaran-kad-bsn-matrix-i-dan-pembiayaan-peribadi-i-sempenapembukaan-rasmi-bsn-cawanganputrajaya&catid=·3%3Aucapan&Itemid=2·1&lang=my 6. http://aplikasi.kpkt.gov.my/ucapan.nsf/·21fb206a8dbd0a3482·697400224def/da2dda7ae a279076482·737d00288a6d 7. i          i 8. i               !"#$"%%&'(% )*+(,'-

9. i          i

View more...

Comments

Copyright ©2017 KUPDF Inc.
SUPPORT KUPDF