Teks Ucapan Hari Kemerdekaan
August 12, 2017 | Author: Adi Syuhaidi Abu Bakar | Category: N/A
Short Description
Download Teks Ucapan Hari Kemerdekaan...
Description
[LOKMAN]
Bismillahirahmanirrahim....., Assalamualaikum wbt..,
Yang Berbahagia En. Abd Kadir bin Mohd Yunos. YDP Persatuan Ibubapa dan Guru SSBP,
[KHAIRANI] Yang Dihormati Encik Khairuddin bin Saisi, GPK Sukan, En. Asmad bin Ahmad, GPK Akademik dan Pentadbiran , Abdul Razak bin Hussin, GPK Hal Ehwal Murid,
En. Encik
Kamalulail bin Sulaiman, GPK Pra Universiti , En. Mansor bin Kadri, GPK KoKurikulum.
[LOKMAN]
Seterusnya yang dihormati barisan para guru, para guru jurulatih, staff, atlet pelajar dan semua warga Sekolah Sukan Bandar Penawar yang dikasihi sekalian.
[LOKMAN]
Alhamdulillah bersyukur kita ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah rahmatnya dapat kita berkumpul pada hari ini bagi menyempurnakan Majlis Sambutan Bulan Kemerdekaan Peringkat Sekolah Sukan Bandar Penawar 2010.
[KHAIRANI] Sejajar dengan tema, 1Malaysia Menjana tranformasi maka wajarlah kita bersyukur ke hadrat Allah SWT kerana telah mengurniakan kepada kita suasana keamanan, keharmonian dan kesejahteraan hidup di sebuah negara yang bebas, merdeka dan berdaulat bernama MALAYSIA.
[LOKMAN]
Lokman setuju tu Khairani. Kita harus berasa bangga dah bersyukur kerana negara kita, MALAYSIA masih tetap utuh mengekalkan kedaulatannya, seterusnya membolehkan kita merasa infrasruktur yang canggih dan kemudahan awam yang baik berbanding negara Asia yang lain.
XXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXX
[KHAIRANI] Barisan para guru, para guru jurulatih, staff, atlet pelajar dan semua warga Sekolah Sukan Bandar Penawar yang dikasihi sekalian,
[KHAIRANI] Sebelum negara kita mencapai kemerdekaan pada tahun 1957, Malaysia telah dibelenggu oleh situasi penjajahan bangsa asing semenjak kejatuhan Melaka kepada Portugis pada tahun 1511. Selepas itu penjajahan ke atas Tanah Melayu berterusan dan silih berganti di antara Inggeris, Belanda dan Jepun.
[LOKMAN]
Betul tu Khairani, bercakap tentang perihal sejarah Malaysia, siapa lagi lebih layak untuk berkongsinya daripada pakar sejarah SSBP. Tanpa membuang masa, majlis mempersilakan Encik Zainuddin bin Kasman, Ketua Bidang Sains Sosial, Sekolah Sukan Bandar Penawar untuk menyampaikan satu ceramah bertajuk Erti Kemerdekaan. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.
XXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXX
[LOKMAN]
Terima kasih Encik Zainuddin bin Kasman.
XXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXxxx
[KHAIRANI] Hadirin sekalian, Sambutan Hari Kemerdekaan tidak akan lengkap tanpa perutusan. Majlis seterusnya mempersilakan Encik Khairuddin bin Saisi, Guru Penolong Kanan Sukan untuk menyampaikan bacaan Perutusan Hari Kemerdekaan. Majlis dengan segala hormatnya dipersilakan.
XXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXX Terima kasih En. Khairuddin bin Saisi atas bacaan perutusan itu tadi.
[LOKMAN]
Hadirin sekalian,
Majlis diteruskan dengan Tayangan Khas Mengenang Jasa Perajurit.
XXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXX
[KHAIRANI] Hadirin yang dihormati sekalian, Sebentar lagi, kita akan mengira detik 12 malam. Sejurus selepas itu, kita akan bersama-sama menyanyikan lagu Tanggal 31 dan lagu Negaraku. Diharap semua hadirin dapat menyanyikannya dengan penuh semangat dan kesungguhan.
Xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx
[LOKMAN]
Hadirian sekalian, dengan berakhirnya nyanyian tadi, maka berakhirlah majlis kita pada malam ini.
[KHAIRANI]
Betul tu Lokman, semoga dalam kita bergembira menyambut bulan Syawal yang bakal menjelma, kita akan turut menghayati susah payah nenek moyang kita berjuang untuk mencapai kemerdekaan. Tanpa mereka, mungkin kita masih lagi dijajah dan dirantai walaupun di negara sendiri.
[KHAIRANI DAN LOKMAN] Akhir kata, SELAMAT ULANGTAHUN KE 53 MALAYSIA!
View more...
Comments