Teks Ucapan Guru Besar Sempena Majlis Perasmian Minggu Anti Dadah Peringkat Sekolah Kebangsaan Seri MAhkota 2013
February 22, 2019 | Author: ruganhaur | Category: N/A
Short Description
Speech Text...
Description
Teks Ucapan Guru Besar sempena majlis Perasmian Minggu Anti Dadah Peringkat Sekolah Kebangsaan Seri MAhkota 2013
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera
Terlebih dahulu saya merakamkan rasa kesyukuran ke hadrat Allah SWT kerana atas izin-Nya jua kita warga sekolah sekolah pada hari hari ini dapat bersama-sama bersama-sama menyempurnakan menyempurnakan Majlis Pelancaran Minggu Pendidikan dan Pencegahan Dadah pada tahun 2013 ini.
Sebagaimana yang kita sedia maklum, tanggal 19 Februari setiap tahun diisytiharkan sebagai Hari Anti Dadah Kebangsaan. Ini menunjukkan negara kita amat komited untuk memerangi musuh nombor 1 negara ke arah mencapai sasaran Malaysia Bebas Dadah.
Murid-murid yang dikasihi sekalian, Menurut Kamus Dewan,dadah ditakrifkan sebagai ubat-ubatan. Sememangnya ubat itu adalah dadah tetapi digunakan dalam dos yang terkawal.
Dadah juga terbahagi kepada beberapa jenis contohnya morfin,heroin,kokain,syabu,ganja morfin,heroin,kokain,syabu,ganja dan banyak lagi. Kesan dadah juga berbeza-beza bergantung kepada dos dan cara pengambilan. Ada yang muntah-muntah,badan muntah-muntah,badan menggeletar dan boleh membawa kepada kematian.
Bagi pelajar pula, antara tanda awal yang boleh dikesan jika terlibat dengan dadah ialah; sering ponteng sekolah, datang sekolah pada hari-hari tertentu sahaja, prestasi akademik merosot dengan mendadak, mata merah, sering mengantuk di dalam kelas dan sering ke tandas.
Pelajar-pelajar yang dikasihi, jika anak-anak pelajar tidak mahu terlibat dengan najis dadah, jauhilah dahulu rokok rokok kerana bermula bermula dengan rokoklah rokoklah pelajar-pelajar akan akan terlibat dengan dengan dadah pula. Ingatlah,dadah,sekali Ingatlah,dadah,sekali mencuba,deritanya akan ditanggung seumur hidup pelajar.
Banyak masalah sosial lain yang akan timbul akibat terlibat dengan najis dadah. Mula-mula pelajar akan membohongi ibu bapa, mencuri wang untuk mendapatkan bekalan dadah dan jika tidak mendapat apa yang diinginkan, tidak mustahil pelajar sanggup membunuh asalkan hajat dapat dipenuhi.
Banyak kisah teladan yang telah dipaparkan sama ada dalam drama-drama ataupun beritaberita dalam akhbar. Tidak lupa juga kisah tentang keldai dadah. Tahukah pelajar-pelajar siapa itu keldai dadah?
Sehubungan dengan itu, pihak sekolah telah merangka pelbagai aktiviti untuk memberi kesedaran kepada pelajar tentang bahaya dadah. Sertailah segala aktiviti yang akan diadakan sama ada ceramah, pameran, kuiz dan pertandingan-pertandingan lain.
Akhir kata, pihak sekolah akan terus berusaha untuk membendung masalah dadah ini hingga ke akar umbi dengan melibatkan semua agensi sesuai dengan tema “ 1 Malaysia Membanteras Dadah ”.
Dengan ini, saya dengan lafaz Bismillahirrahmanrrahim merasmikan ‘Pelancaran Minggu Pendidikan dan Pencegahan Dadah Peringkat Sekolah 20 13’.
Sekian.
Wabillahitaufik Walhidayah, Wassalammualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Pesan Guru Besar Pelajar-pelajar yang dikasihi, jika anak-anak pelajar tidak mahu terlibat dengan najis dadah, jauhilah dahulu rokok kerana bermula dengan rokoklah pelajar-pelajar akan terlibat dengan dadah pula.
Ingatlah,dadah,sekali mencuba,deritanya akan ditanggung seumur hidup pelajar.
View more...
Comments