TEKS UCAPAN BULAN TEKNIK DAN VOKASIONAL

July 23, 2017 | Author: Slyvester Chin | Category: N/A
Share Embed Donate


Short Description

Teks ucapan sempena bulan Teknik dan Vokasional. Termasuk dengan aktiviti-aktiviti yang dilangsungkan. Boleh diedit deng...

Description

TEKS UCAPAN BULAN SAINS DAN MATEMATIK dan BULAN TEKNIK DAN VOKASIONAL. Selamat pagi dan salam sejahtera. Terima kasih puan / tuan pengerusi majlis. Yang Berusaha, Encik Robin anak Sabai, Pengetua SMK Kapit No.2, Encik Philip Beginda, Penolong Kanan Akademik, Encik Pulit Lai, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, Encik Mikal Luat, Penolong Kanan Kokurikulum, Encik Igoh anak Medan, Penolong Kanan Tingkatan 6, Encik Wong Yau Nyau, Penolong Kanan Sesi Petang, Barisan Ketua Bidang, Rakan-rakan Guru serta pelajar-pelajar yang dikasihi sekalian. Untuk pengetahuan para guru dan pelajar sekalian, bulan Sains dan Matematik dan bulan Teknik Vokasional akan bermula pada hari ini dan akan berlangsung sepanjang bulan April 2016. Tema bulan Sains dan Matematik pada tahun ini ialah “SAINS DAN MATEMATIK TERAS PEMBANGUNAN”. Tema bulan Teknik dan Vokasional pula ialah “APLIKASI TEKNOLOGI DALAM KEMAHIRAN”. Sains dan Matematik merupakan ilmu sejagat yang wajar diberi perhatian oleh semua pihak terutama guru-guru sains dan matematik bagi menjamin kejayaan pelajar, baik dalam bidang akademik mahupun dalam kehidupan seharian. Tujuan bulan Sains dan Matematik diadakan adalah untuk menimbulkan minat di kalangan pelajar untuk mempelajari ilmu sains dan matematik dengan lebih mendalam disamping membentuk keyakinan dalam diri pelajar bahawa sains dan matematik bukanlah pelajaran yang sukar tetapi adalah matapelajaran yang mencabar, menarik dan menyeronokkan.

Matlamat mengadakan Bulan Teknik dan Vokasional ialah memberikan pendedahan dan memantapkan penguasaan murid dalam bidang Teknik dan Vokasional melalui aktiviti-aktiviti terancang bagi membentuk generasi berilmu dan berpengetahuan tinggi dalam bidang teknik dan vokasional. Objektif minggu Teknik dan Vokasional ini diadakan supaya pelajar dapat menimbulkan minat serta mengukuhkan penguasaan murid dalam bidang Teknik dan Vokasional. Dalam masa yang sama mampu mencetuskan kreativiti dan rekacipta murid melalui pertandingan-pertandingan yang dianjurkan. Kemudian pelajarpelajar dapat mengembangkan dan meningkatkan daya intelek serta pemikiran rasional, kritis dan kreatif. Pelajar juga dapat mengabungjalinkan ilmu yang diperolehi dengan ilmu yang dipelajari di dalam bilik darjah dengan aktiviti yang didedahkan di luar bilik darjah seterusnya dapat menekankan pembangunan modal insan supaya pelajar sekolah ini memiliki minda kelas pertama. Tanpa melengahkan masa, saya dengan segala hormatnya menjemput Yang Berusaha Tuan Pengetua SMK kapit No.2, Encik Robin anak Sabai untuk menyempurnakan upacara perasmian Bulan Sains dan Matematik dan juga Bulan Teknik dan Vokasional tahun 2016 peringkat SMK Kapit No.2, dengan diiringi oleh Encik Sim Siong Hee, Ketua Bidang Sains dan Matematik dan Encik Kiu Hieng Sing selaku Ketua Bidang Teknik dan Vokasional. Dengan segala hormatnya dipersilakan. Terima kasih sekali lagi diucapkan kepada Tuan Pengetua kita, Encik Robin anak Sabai atas kesudian merasmikan Bulan Sains dan Matematik serta Bulan Teknik dan Vokasional pada kali ini. Untuk pengetahuan semua, pelbagai aktiviti akan berlangsung sepanjang bulan April ini yang akan dianjurkan oleh Bidang Sains dan Matematik dan juga bidang Teknik dan Vokasional. Aktiviti yang akan dianjurkan oleh bidang Sains dan Matematik adalah; Permainan Matematik Kuiz Matematik Pertandingan Olimpiad Matematik Kebangsaan Saintis Muda Pertandingan Telur Kebal Pertandingan Kereta Belon National Science Challenge

Kromatografi Kuiz Kimia Kebangsaan Kereta Suria Lawatan ke Hospital Aktiviti yang akan dianjurkan oleh bidang Teknik dan Vokasional pula adalah; Inovasi Bahan terbuang Master Chef Junior The King of Puzzle The Best Man Wins Penglibatan para pelajar adalah amat dialu-alukan. Sebagai bonus, para pemenang bakal menerima hadiah yang menarik dan juga sijil penghargaan untuk dibawa pulang. Sebelum saya sudahi majlis, saya mewakili Bidang Sains dan Matematik dan Bidang Teknik dan Vokasional mengucapkan ribuan terima kasih kepada para guru yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam Pelancaran Bulan Sains dan Matematik dan juga Bulan Teknik dan Vokasional kali ini. Sekian, terima kasih.

View more...

Comments

Copyright ©2017 KUPDF Inc.
SUPPORT KUPDF