Bismillahirahmanirahim. Yang saya hormati GPK Tadbir & Kurikulum Puan Chu Li Lin, GPK HEM Puan Zanariah bt Zakaria, GPK Kokurikulum Encik Mazlan b Abd Hamid, guru-guru penolong kanan, guru-guru serta para pelajar yang dikasihi sekalian. Assalamualaikum w.b.t dan selamat sejahtera. Alhamdulillah, marilah kita panjatkan setinggi-tinggi rasa syukur ke hadrat Illahi atas limpahan rahmat dan kurniaNya, maka kita dapat bernafas dan menghirup udara segar pada pagi yang mulia ini untuk bersama-sama dalam majlis Penutupan Bulan Kemerdekaan bagi tahun 2019. Murid-murid yang dikasihi sekalian, Bulan kemerdekaan merupakan salah satu sambutan yang diraikan oleh semua lapisan masyarakat di negara kita. Program kemerdekaan diadakan bagi memberi peluang kepada semua murid dan warga sekolah meraikan bulan tersebut. Dengan bertemakan Sayangi Malaysiaku : Malaysia Bersih, menepati usaha kerajaan yang mahu memupuk dan menyalakan nilai integriti serta jati diri rakyat Malaysia yang bersih dan tinggi. ting gi.
Pelbagai aktiviti telah dijalankan sepanjang bulan kemerdekaan pada tahun ini. Setiap aktiviti yang dijalankan adalah berpaksikan kepada satu matlamat iaitu menyemai semangat patriotisme dan nasionalisme dalam kalangan kita semua sebagai warganegara. Anak-anak SMK Danau Kota sekalian, Dengan berakhirnya bulan kemerdekaan ini, diharapkan semua aktiviti yang telah dijalankan dapat memupuk semangat cinta dan sayang akan negara, membina integriti dan jati diri serta menghargai warisan bangsa. Sebelum mengakhiri ucapan saya pada pagi ini, saya ingin mengucapkan syabas dan tahniah kepada semua warga sekolah yang telah melaksanakan pelbagai aktiviti sepanjang bulan kemerdekaan pada tahun ini. Tanpa membuang masa lagi, saya dengan sukacitanya merasmikan majlis Penutupan Bulan Kemerdekaan peringkat SMK Danau Kota bagi tahun 2019. Sekian, terima kasih.
Thank you for interesting in our services. We are a non-profit group that run this website to share documents. We need your help to maintenance this website.