Teks Sajak Perpaduan

August 21, 2022 | Author: Anonymous | Category: N/A
Share Embed Donate


Short Description

Download Teks Sajak Perpaduan...

Description

 

PERPADUAN (KARYA AZIAH BINTI ABDULLAH)

Di sini, Di bumi bertuah ini, Kita disatukan dalam sebuah ikatan, Pengalaman sejarah mengajar kita, Menerima hakikat kehidupan, Kitalah Bangsa Merdeka.

Pelbagai kaum disatukan, Berteduh di bawah langit yang sama, Mencipta persefahaman persefahaman,, Membina ikatan perpaduan.

Lihatlah, Mesranya aur dengan tebing, Aur akan tetap berdiri teguh, bila tebingnya tetap kukuh, Sebaliknya, Aur akan tumbang dan jatuh, bila tebingnya runtuh

Haruskah kita mencetus api sengketa, Jika kita mampu merobohkan tembok prasangka, Haruskah kita mempertahan mempertahankan kan keegoan Jika kita mampu mencipta keharmonian keharmonian..

 

Sesungguhnya, Perpaduan yang kita bina, Dari tolak ansur hidup Bersama, Walau berbeza budaya, Ke bukit sama kita daki, Ke lurah sama kita turuni.  Yang berat sama kita kita pikul, Yang ringan sama kita jinjing,

Kelmarin, Bergema di ruang angkasa, Suara keramat penuh bersemangat, Satu bangsa, satu cita, satu matlamat, Senada seirama. Lambang jati diri bangsa

Menyulam benang-benang keakraban, Hati kuman sama kita cicah, Hati gajah sama kita lapah, Mencipta persefahaman persefahaman,, Membina bangsa Malaysia.

View more...

Comments

Copyright ©2017 KUPDF Inc.
SUPPORT KUPDF