Teks Pidato Disediakan oleh: Mohd Aidil Bin Sahipaludin Tajuk: Guru Berintegriti Penjana Transformasi Pendidikan Negara
July 4, 2019 | Author: Aidil Sahipaludin | Category: N/A
Short Description
Download Teks Pidato Disediakan oleh: Mohd Aidil Bin Sahipaludin Tajuk: Guru Berintegriti Penjana Transformasi Pendidika...
Description
Teks Pidato Disediakan oleh : Mohd Aidil Bin Sahipaludin Tajuk : Guru Berintegriti Penjana Transformasi Pendidikan Negara.
Bismillahirahmanirahim.. Kata membuka bicara, menguak makna sebagai lambang yang merakam citra. Terbinalah ilmu yang diikat oleh akal budi dan bicara, melalui bicara bahasa, kata- kata, tinta dan pena membina tamadun bersama. Semuanya, bermula dari kata seorang guru biasa. Aprisiasi buat guru-guru berintegriti ; Saya bawakan idea bermisi dalam maudhu’ bicara berbunyi “Guru Berintegriti Penjana Transformasi Pendidikan Negara.” Terima kasih saudara pengerusi, panel juri penjunjung kesaksamaan, dif-dif kehormat, kelompak pendidik bestari, hadirin pendengar yang dikasihi, dekat di hati. Assalamualaikum warahmatuallahi wabarakatuh dan salam 1Malaysia, berbunga kemesraan. Daku tujukan pidato ini buat keluarga tercinta di daerah terpencil sana, tanpa jemu dan kecewa sentiasa bersama hingga mendidik aku dewasa sebagai bakal guru bahasa. Hadirin dan hadirat, Ayuh kita telusuri, hayati dan mula untuk merungkai kata yang tersurat dari bait maudhu’ bicara saya. Guru berintegriti dalam Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka didefinisikan sebagai guru yang punyai kejujuran, ketulusan dan penjana membawa maksud alat atau sesuatu dan transformasi pendidikan negara pula membawa maksud perubahan bentuk pendidikan pendidikan negara khususnya. khususnya. Secara generalisasinya, generalisasinya, Menurut Perdana Menteri 1 Malaysia, YAB Dato Dato’’ Seri Najib Tun Abdul Razak, Razak, masyarakat berintegriti berintegriti membentuk bangsa bangsa bermaruah menuntut menuntut kita menganalisis atas satu sintesis tentang susur galur sejarah pendidikan negara dan dibajai dan disemai dengan roh integriti bermisi. Usaha dalam memartabatkan
Trusted by over 1 million members
Try Scribd FREE for 30 days to access over 125 million titles without ads or interruptions! Start Free Trial Cancel Anytime.
Trusted by over 1 million members
Try Scribd FREE for 30 days to access over 125 million titles without ads or interruptions! Start Free Trial Cancel Anytime.
integriti dan tidak dilupa tuai hasil yang berbuah daripada pengaplikasi integriti tersebut dalam memperkasa ilmu dan memartabatkan bangsa. Justeru, bagi mengupas dan mengulas persoalan ini, 3 perspektif utama saya ajukan. Pertama, pengaplikasian pengaplikasian intgeriti dalam mewarnai citra citra pendidikan negara, kedua, kedua, usaha yang dicanai dalam membudayakan integriti, seterusnya, hasil kejayaan pembentukan maruah bangsa. Yang akhirnya, membina dan mempertingkatkan integriti manusia pastinya terserlah kebenaran dan membuka minda peria dan juwita dalam memahami masyarakat yang berintegriti membentuk bangsa bermaruah.
Sidang saksi bermisi, saudara dan saudari.
Pertama- Pengaplikasian integriti dalam mewarnai citra pendidikan negara
Mungkin kini sudah begitu lama untuk kita bangkitkan, bangkitkan, untuk kita ungkitkan betapa betapa untuk kita bangun meratapi muram durja, meratapi keagungan bumi Melaka gugur rebah dimamah penjajah durjana akibat integriti tidak menjadi suaka. Rentetan penjajahan ini terus menerus sehinggakan 400 tahun tanah tercinta ini dirobek dan diperkosa sesuka hati oleh tangan yang punya kuasa dunia.
Justeru kita perteguhkan integriti untuk menuntut bela dengan kesepaduan golongan bangsawan dan rakyat biasa, cendiakawan muda dan tua, golongan pendidik dan ilmuan turut sama memacu usaha ke arah kemerdekaan negara. Maka dengan rencah integriti, rempahnya toleransi, kaum muda dan tua bersatu hati bersama berdiplomasi menuntut kemerdekaan ibu pertiwi kemuncak ceritra, tersingkap di balik tabir sejarah kemerdekaan negara. 5 dasawarsa dahulu bukti jelas masyarakat berintegriti
membentuk
bangsa
bermaruah
dan
berintelektual
tinggi.
Siapa
penerusnya? Kita, generasi pendidik Za’ba inilah pemacu dan penjana transformasi pendidikan negara untuk mencapai matlamatnya yang bervisi, asas perubahan landskap pendidikan bertaraf antarabangsa.
Trusted by over 1 million members
Try Scribd FREE for 30 days to access over 125 million titles without ads or interruptions! Start Free Trial Cancel Anytime.
Dalam mengharungi ledakan dan hambatan hambatan mehnah dan tribulasi, tribulasi, usaha perlu difikirkan kerana dengan usaha yang mampan Lopez Disequira menjumpai tanjung harapan.
Justeru, gagasan modal insan diperkenalkan. diperkenalkan. Ia membentuk personaliti personaliti unggul dari gerakan glokal, asas pembentukan modal insan insan ini kita pupuk dari rebung, dari anak anak kecil mengenal alif bata ta t a hinggalah mahasiswa dan mahasiswi di universiti. Namun, terkesima seketika saya, apa usaha memurnikannya? Adakah sekali lagi guru dipertanggungjawabkannya?
Ya, kewibawaan guru berintegriti sekali lagi diguna bagi menjayakannya, kempenkempen budi bahasa dan nilai-nilai murni dari peringkat sekolah diwujudkan, semuanya demi matlamat matlamat yang tersemat menyahut menyahut seruan cabaran cabaran ke-4 Wawasan 2020 yang semakin dialpakan, satu visi ke arah masyarakat yang mempunyai nilai dan moral yang teguh, lantas membentuk dan membina pendidikan berkualiti dengan penekanan bukan hanya ujian semata, tetapi juga nilai dalam hati anak-anak muda.
Saudara-saudari, ke-3 ; Transformasi pendidikan ke arah pembentukan maruah bangsa
5 dasawarsa telah kita lalui, kini negara dalam kerangka pendidikannya jelas bermatlamat seperti yang digariskan dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Melahirkan individu yang seimbang dan harmonis dari segenap aspek, baik rohani, jasmani, emosi, intelek dan sosial. Guru menjadi agen untuk melakukan perubahan yang kita canangkan sejak sekian lama dalam falsafah ini hinggalah lahirlah pelbagai dasar baharu seperti pelaksanaan KSSR, KSSM, pertambahan sekolah-sekolah kluster dan sekolah berprestasi tinggi. Semua ini jelas, membawa kita ke tahap yang lebih baik, sebuah pendidikan bertaraf antarabangsa.
Maka, guru yang mengajar juga seharusnya berprinsip dan berintensif dalam pengamalan budaya kerja cemerlang, berfikiran ke hadapan dan semangat serta
Trusted by over 1 million members
Try Scribd FREE for 30 days to access over 125 million titles without ads or interruptions! Start Free Trial Cancel Anytime.
Pada penghujung bicara, jelas tertera, tatkala kita jadikan jadikan integriti sebagai budaya budaya dan pegangan, maka impaknya bangsa yang dulu tertiarap dimamah, kini kembali tegak bermaruah. Yang dahulunya pendidikan hanya mengenal erti baca dan mengira, kita sudah mampu mencipta teori dan revolusi nyata.
Ingat,
jangan biar biar ayam direban disambar disambar helang, jangan biarkan biarkan padi di tangan
menjadi lalang, mari bangkit pendidik bervisi, kita cintakan ilmu, kita cintakan integriti kerana peradaban bangsa bertamadun dikenali oleh sejarah sebagai bangsa yang terdidik dengan ilmu dan integriti. Dalam meredah segala rencam ini,kita sedar dan yakin bahawa guru yang berintegritilah yang menjadi agen pembaharuan, pelaksana dasar kemajuan cemerlang, dan pembentuk khalifah tamadun gemilang. Guru sebagai pemacu transformasi pendidikan negara terbilang.
Sekian,
wabillah
wabarakatuh.
hitaufik
walhidayah
wassalammualaikum
warahmatullahi
View more...
Comments