Teks Pidato Bahasa Melayu 2017

September 2, 2022 | Author: Anonymous | Category: N/A
Share Embed Donate


Short Description

Download Teks Pidato Bahasa Melayu 2017...

Description

 

TEKS PIDATO BAHASA MELAYU TONGGAK PERPADUAN BANGSA SEKOLAH KEBANGSAAN RAJA MUDA (INTEGRASI) SBT, SHAH ALAM, SELANGOR

Bismilahhiramannirahim Assalamualaikum W.B.H dan dan Salam Sejahtera Yang dihormati Tuan Pengerusi Majlis ,barisan panel Hakim yang arif lagi bijaksana yang sedang menjunjung mahkota keadilannya ,penjaga masa yang sentiasa peka dengan detak waktunya, para peserta yang saya kagumi serta hadirin dan hadirat yang saya hormati.

Jauh belayar si pedagang Cina , Singgah di Melaka menjual sutera . Bahasa melayu bahasa perantara , Tonggak utama perpaduan negara Hadirin dan hadirat yang dihormati Mari kita hayati definisi tajuk pidato saya yang bertajuk “Bahasa Melayu Tonggak Perpaduan Bangsa.” Menurut Menurut kamus dewan, bahasa melayu dapat ditakrifkan sebagai bahasa yang digunakan oleh kelompok masyarakat melayu , manakala tonggak pula bermaksud asas atau nadi utama. Seterusnya perpaduan pula membawa maksud bergabung menjadi satu dan akhir sekali bangsa membawa maksud sejenis manusia daripada satu asal keturunan.

Hadirin yang dimuliakan, Sebagai pembuka tirai perbincangan yang pertama, adalah baik jika kita menelusuri akar-akar cerucuk sejarah sebelum terbentangnya hamparan indah negara Malaysia. Apabila memorabilia ini membawa kita ke ratusan tahun yang lampau, nyatalah bahawa Bahasa Melayu sudah berfungsi sebagai lingua franca yang didefinisikan sebagai bahasa perantaraan antara masyarakat pada zaman itu.Hal ini dapat dibuktikan dengan jelas apabila kita meneliti catatan ilmuwan Inggeris seperti R.O. Winsted yang menunjukkan bahawa Bahasa Melayu telah digunakan sebagai bahasa perdagangan yang mengeratkan hubungan masyarakat yang berkunjung ke Melaka ketika itu. Daripada golongan pendeta sehinggalah ke golongan biasa, setiap insan di Melaka ketika itu berkomunikasi dengan bahasa tercinta kita yang tidak lapuk 1

 

dek hujan tak lekang dek panas. Tidak lain dan tidak bukan,sudah tentulah Bahasa Melayu. Nah, apa lagi yang kita pertikaikan tentang kemampuan bahasa kebangsaan kita sebagai wadah perpaduan? Berdasarkan perkara ini,  jelaslah bahawa hamparan hamparan sejarah jelas membuktikan ba bahawa hawa bahasa Melayu mampu menjadi bahasa perpaduan yang cemerlang di dunia.

Hadirin yang dihormati, Melalui bahasa Melayu, sebarang konfrantasi, buruk sangka dan salah faham antara kaum dapat dikikis dengan mudah. Saya suka untuk meminjam kata-kata katakata pujangga pendeta Zaa’ba yang berbunyi ‘bahasa menunjukkan bangsa’. Apabila kita melihat masyarakat bertutur dalam bahasa Melayu, M elayu, sudah terang lagi bersuluh bahawa mereka ialah bangsa Malaysia.

“Haiya, sudah lama talak jumpa aaa wa punya kawan...Ahmad...Kumar..Waa...sekarang manyak sibuk aaa. Mali..mali kita minum.

“Tambi, itu kasi roti canai canai tiga, kari kapla ikan satu” satu”   Pelatlah dengan pengaruh bahasa natif,asalkan setiap kaum di Malaysia dapat bermesra dan bertukar-tukar maklumat dan fikiran hanya dengan menggunakan bahasa Melayu. Apa yang penting, setiap kaum di Malaysia tidak akan kekok untuk berbicara dalam bahasa kebangsaan. Apabila tidak kekok berbicara, sudah tentulah juga tidak kekok untuk bermesra. Apabila sudah bergaul mesra, nyatalah bahawa perpaduan dalam kalangan masyarakat majmuk itu akan terbina kukuh di bawah payung Satu Malaysia. Berdasarkan hujah ini, nyatalah bahawa bahasa Melayu itu merupakan medium untuk mewujudkan perpaduan dalam kalangan masyrakat di Malaysia. Hadirin yang dikasihi, Dalam lautan ilmu yang memenuhi pustaka di Malaysia, sudah tentulah bahasa Melayu turut menjadi bahasa penyebaran ilmu pengetahuan. Berdasarkan data yang saya peroleh daripada Arkib Negara, saya amat kagum dengan pencapaian bahasa Melayu kerana hampir 800 buah buku ilmiah ditulis dalam bahasa Melayu oleh rakyat Malaysia sendiri. Untuk pengetahuan hadirin, ilmu pengetahuan merupakan perkara yang sangat penting untuk memupuk perpaduan. 2

 

Selain itu, usaha Kementerian Pelajaran Malaysia melaksanakan program Memartabatkan Bahasa Melayu, Memperkukuh Bahasa Inggeris (MBMBMI) dilihat sebagai wahana yang sangat utama untuk menjadi tonggak perpaduan. Pengisiannya jelas menunjukkan bahawa betapa prihatinnya pihak kerajaan terhadap kedaulatan bahasa Melayu dan betapa arifnya kerajaan tentang peranan bahasa Melayu sebagai tonggak perpaduan. Hadirin yang dirahmati, Sebagai penutup tirai pidato pada hari ini, saya suka ingin mengingatkan sesungguhnya keharmonian dan perpaduan kaum di negara kita ini adalah rahmat dan nilai yang sangat berharga untuk terus dipelihara. Oleh itu, cintailah bahasa Melayu dan martabatkanlah bahasa kebangsaan kita kerana bahasa Melayu tonggak perpaduan bangsa. Molek sungguh emas suasa Dipakai bersama baju sutera Pelbagai kaum satu bahasa Hidup harmoni negara sejahtera Sekian,terima kasih

3

View more...

Comments

Copyright ©2017 KUPDF Inc.
SUPPORT KUPDF