Teks Pengacara Mesyuarat Agung Pibg 2017

March 27, 2018 | Author: Diana Elina | Category: N/A
Share Embed Donate


Short Description

teks pengacara...

Description

TEKS PENGACARA MESYUARAT AGUNG PIBG 2017 SK TERUSAN BARU BIL Mengambil tempat

PERKARA CATATAN Tuan-tuan, Puan-puan yang dimuliakan, sila mengambil tempat masing-masing kerana majlis akan bermula sebentar saja lagi. Kerjasama dan perhatian dari tuan-tuan dan puan-puan saya dahulukan dengan ucapan terima kasih.

Ketibaan VIP

Mengumumkan ketibaan Yang Berhormat Datuk Haji Abdul Razak bin Tun Dr. Haji Sakaran ( Bendahari UMNO, Bahagian Semporna) dengan diiringi oleh Puan Nursiah Haji Hinayat, Guru Besar Sekolah Kebangsaan Terusan Baru, En. Addin bin Adam, Yang Dipertua PIBG, guru-guru Penolong Kanan dan AJK PIBG. Hadirin dimohon berdiri.

SESI BERGAMBAR

NYANYIAN LAGU Marilah sama-sama kita berdiri untuk menyanyikan NEGARAKU & Lagu Negaraku & Sabah Tanah Airku. SABAH TANAH AIRKU ************NYANYIAN LAGU************ Majlis mengucapkan terima kasih atas nyanyian itu tadi. Hadirin dipersilakan duduk. Solutasi

Kompang Bergema Pusaka Bangsa Dipalu oleh Si Anak Muda Hadir Tuan Puan meriah suasana Kami menyambut penuh gembira ‫بسم هللا الرحمن الرحيم‬ ‫الحمد هلل رب العالمين والصالة والسالم على أشرف األنبياء والمرسلين‬ ‫وعلى آله وأصحابه أجمعين‬ Assalamualaikum W.B.T dan salam sejahtera. Yang Berhormat Datuk Haji Abdul Razak bin Tun Dr. Haji Sakaran Yang Berusaha Puan Nursiah Haji Hinayat, Guru Besar Sekolah Kebangsaan Terusan Baru

Yang Dihormati, En. Addin bin Adam, Yang Dipertua PIBG Sekolah Kebangsaan Terusan Baru, Guru-guru Penolong Kanan………. AJK PIBG sekolah Kebangsaan Terusan Baru, barisan Guru-guru, tuan-tuan dan puan-puan yang dikasihi. Alhamdulillah, marilah kita sama-sama memanjatkan syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurniaNya jua maka kita diberikan luangan waktu, digerakkan minda dan deria rasa, dikurniakan kecerdasan fizikal dan mental untuk sama-sama berkumpul di makmal ini bagi MESYUARAT AGUNG PIBG Sekolah Kebangsaan Terusan Baru. Mawar di taman mekar nan indah Harum mewangi di rumpun serai Terukir senyuman pembuka kalimah Selamat datang tuan dirai.

Hadirin Yang Dimuliakan, Bacaan Doa Kayu jati si kayu cendana Mari di tanam kita berdua Majlis kami tidak kan sempurna Tanpa diiring seuntai doa Sebelum tirai dibuka, sebelum majlis bermula, marilah sama-sama kita menadah tangan memohon limpah rahmat dan barakah dari Yang Maha Esa. Dengan itu, majlis dengan penuh takzim menjemput dan mempersilakan Al-Fadhil Ustaz Mohd Safuan Husin untuk memimpin bacaan doa. Dengan hormatnya dipersilakan… **************BACAAN DOA******************* Majlis merakamkan terima kasih kepada Ustaz Mohd Safuan Husin atas pimpinan doa itu tadi. Mudahmudahan majlis yang berlangsung akan terus terpancar keberkatan dari Ilahi.

Warga dewan yang dimuliakan, Ucapan Besar

Guru Majlis dimulakan dengan ucapan daripada Yang Berusaha Puan Nursiah Haji Hinayat, Guru Besar Sekolah Kebangsaan Terusan Baru. Majlis dengan segala hormatnya, dipersilakan. **************UCAPAN GB************* Majlis mengucapkan terima kasih Besar atas ucapan sbentar tadi.

Ucapan YDP

kepada

Guru

Bagi melengkapkan perjalanan majlis kita pada hari ini, majlis menjemput dan mempersilakan En. Addin bin Adam untuk menyempurnakan bingkisan ucapan. Majlis dengan segala hormatnya menjemput dan mempersilakan. *************ucapan YDP************* Terima kasih diucapkan kepada En. Sarlan Bin Shahrum atas ucapan sebentar tadi.

Ucapan Perasmian

Hadirin yang dimuliakan, Daun semulur di pekan sari, Batang jerami rebah ke bumi; Madah dihulur sembah diberi, Kata perasmi hajatnya kami. Bagi memeriahkan lagi majlis kali ini, majlis sangat berbesar hati memberi laluan, peluang dan kesempatan kepada ……………………………… Datuk Haji Abdul Razak bin Tun Dr. Haji Sakaran untuk menyampaikan ucapan dan seterusnya merasmikan MESYUARAT AGUNG PIBG SK TERUSAN BARU. Dengan segala hormatnya dipersilakan. ********** Ucapan ************ Majlis merakamkan jutaan terima kasih diucapkan kepada Datuk Haji Abdul Razak bin Tun Dr Haji Sakaran atas ucapan perasmian sebentar tadi.

GIMIK PENYAMPAIAN WANG BANTUAN AWAL PERSEKOLAHAN

Hadirin yang Dimuliakan, Majlis pada hari ini diteruskan lagi dengan GIMIK PENYAMPAIAN WANG BANTUAN AWAL PERSEKOLAHAN KEPADA LIMA ORANG MURID. Majlis menjemput Yang Berusaha Puan Nursiah Haji Hinayat, Guru Besar Sekolah Kebangsaan Terusan Baru untuk menjemput dan Mengiringi Yang Berhormat Datuk Haji Abdul Razak bin Tun Dr. Haji Sakaran untuk menyampaikan bantuan kepada penerima. Dengan segala hormatnya, dipersilakan… Diminta penjaga murid yang disebutkan namanya tampil kehadapan untuk menerima bantuan. ************* GIMIK PENYAMPAIAN***************** Majlis merakamkan jutaan terima kasih diucapkan kepada Datuk Haji Abdul Razak bin Tun Dr Haji Sakaran atas kesudian menyempurnakan penyampaian bantuan itu tadi.

PENYAMPAIAN CENDERAMATA

Bagi menghargai jasa dan kesudian Datuk Haji Abdul Razak bin Tun Dr. Haji Sakaran merasmikan majlis pada hari ini, majlis menjemput Yang Berusaha Puan Nursiah Haji Hinayat, Guru Besar Sekolah Kebangsaan Terusan Baru untuk menyampaikan cenderamata kepada datuk. Majlis dengan segala hormatnya menjemput dan mempersilakan Yang Berhormat Datuk Haji Abdul Razak bin Tun Dr. Haji Sakaran untuk menerima cenderamata daripada pihak sekolah. **********PENYAMPAIAN CENDERAMATA*********** Majlis merakamkan jutaan terima kasih diucapkan kepada Yang Berhormat Datuk atas kesudian menerima cenderamata sebentar tadi.

Dimaklumkan bahawa, selepas majlis perasmian berakhir akan diadakan lawatan ke KELAS PEMBELAJARAN ABAD KE 21 oleh Yang Berhormat Datuk, diiringi oleh Yang Berusaha Puan Guru Besar dan para guru.

Penutup

Tidak bernama pantai jika tidak dilambung ombak… Tidak bernama manusia jika tidak membuat salah dan silap… Dari mana asalnya, usah diusul Molek budinya menambat hati Dua tiga bicara salah tersasul Jangan dibawa ke dalam hati.

Saya mewakili AJK PIBG dan SK Terusan Baru, merakamkan penghargaan terima kasih kepada Yang Berhormat Datuk Haji Abdul Razak bin Tun Dr. Haji Sakaran atas kesudian meluangkan masa pada pagi ini untuk merasmikan Mesyuarat Agung PIBG bagi tahun 2017. Tidak dilupakan juga kepada ibu bapa, guru-guru, Tuan-tuan dan Puan-puan. Wabillahitaufik wal hidayah wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh…..

MESYUARAT PIBG 2017

Seterusnya, saya serahkan majlis kepada Tuan Haji Mohd Shah bin Haji Lanji untuk meneruskan agenda Mesyuarat Agung PIBG SK Terusan Baru bagi tahun 2017. Sekian, Terima Kasih.

View more...

Comments

Copyright ©2017 KUPDF Inc.
SUPPORT KUPDF