Teks Pengacara Majlis Anugerah Kecemerlangan Hal Ehwal Murid

July 21, 2022 | Author: Anonymous | Category: N/A
Share Embed Donate


Short Description

Download Teks Pengacara Majlis Anugerah Kecemerlangan Hal Ehwal Murid...

Description

 

TEKS PENGACARA MAJLIS ANUGERAH KECEMERLANGAN HAL EHWAL MURID. Hinggap minum di tepi kali, Penat si helang membelah angkasa , Pelajar cemerlang sama dirai, Agar terlaksana wawasan negara.

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Yang Berusaha En Safiee Bin Kassim, Guru Besar SK Bandar T6 Yang Dihormati En Saharudin Bin Saliken, Penolong Kanan Kurikulum SK Bandar T6, Yang Dihormati En Nor Azlin Bin Mohamed, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid SK Bandar T6, Yang Dihormati Yang  Dihormati Pn Fatimatuzzahrah binti Roslan, Penolong Kanan Kokurikulum SK Bandar T6, Rakan-rakan guru dan murid-murid yang dikasihi sekalian. Sidang hadirin sekalian, pada pagi Ahad yang penuh barakah ini, warga SK Bandar T6 berasa amat bertuah kerana dapat menjayakan Majlis Penyampaian Hadiah Kecemerlangan HEM SK Bandar T6 bagi tahun 2018. Majlis ini amat bersesuaian dengan misi sekolah untuk melahirkan modal insan yang seimbang dari segala aspek sahsiah, rohani dan jasmani. Pada pagi yang mulia ini, muridmurid SK Bandar T6 yang menunjukkan ketokohan dalam pelbagai bidang mencakupi kepemimpinan dan keperibadian akan diberikan anugerah sebagai bukti penghargaan pihak sekolah. Sidang hadirin yang dihormati, Bertonggakkan adat yang datang disambut, yang pergi diiringi maka majlis dengan bangganya menjemput En Safiee Bin Kassim, Guru Besar SK Bandar T6 untuk menyampaikan ucapan alualuan. Dengan segala hormatnya dipersilakan. Demikianlah ucapan En Safiee Bin Kassim, Guru Besar SK Bandar T6. Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih. Kini, sampailah masanya untuk kita mendengar ucapan perasmian Majlis Anugerah Kecemerlangan HEM SK Bandar T6 tahun 2018. Majlis dengan segala hormat mempersilakan Yang Berbahagia, YDP PIBG SK Bandar T6 untuk menyampaikan ucapan beliau seterusnya merasmikan Majlis Anugerah Kecemerlangan HEM SK Bandar T6. Dengan segala hormatnya dipersilakan. Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih  _________________  ________ _________________ __________kerana __kerana sudi menyampaikan ucapannya bermakna dan seterusnya merasmikan majlis pada petang ini.” ini.”  

kepada En. yang penuh

 

Sidang hadirin sekalian, kini tibalah saat yang dinantikan, Penyampaian Anugerah Kecemerlangan HEM SK Bandar T6 Tahun 2018. Bagi menyempurnakannya, pihak majlis dengan berbesar hati menjemput En Safiee Bin Kassim, Guru Besar SK Bandar T6 diiringi oleh En Nor Azlin Bin Mohamed, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid SK Bandar T6untuk ke pentas utama bagi menyampaikan anugerah. Penyampaian anugerah dimulakan dengan Anugerah____________________________________________________.

Penerima anugerah ini ialah__________________________________________. Majlis mengucapkan terima terima kasih yang tidak terhingga kepada En Safiee Bin Bin Kassim, Guru Besar SK Bandar T6 kerana sudi menyampaikan anugerah. anugerah. Hadirin dan hadirat yang dihormati sekalian, setiap pertemuan pertemuan pasti ada perpisahan, perpisah an, itu adat itu lumrah kehidupan, begitulah rentetan perjalanan, walau sukar untuk ditelan, tapi kaki tetap mengorak jalan, selagi hayat dikandung badan. Hari Anugerah Kecemerlangan HEM 2018 hampir sampai ke penghujungnya. Ucapan terima kasih yang tidak terhingga saya ucapkan kepada semua warga kerja yang terlibat dalam menjayakan majlis ini. Bagi pihak ahli jawatankuasa pengelola dan seluruh warga SK Bandar T6, saya memohon kemaafan jika terdapat sebarang kesilapan sepanjang majlis ini berlangsung. Tuan puteri pergi ke Rasah Pulang semula sebelah pagi Kita bertemu akhirnya berpisah Diizin Tuhan bersua lagi. Sekian sahaja, salam hormat, wabillahi taufiq walhidayah wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

View more...

Comments

Copyright ©2017 KUPDF Inc.
SUPPORT KUPDF