Teks Forum Remaja 1
July 17, 2017 | Author: David Harrison | Category: N/A
Short Description
Download Teks Forum Remaja 1...
Description
Teks Forum Remaja TAJUK: Keruntuhan Nilai Moral Dalam Kalangan Remaja Hari Ini
Pengerusi : Bismillah.. Pantun.. Assalamualaikum,selamat pagi dan salam 1 Malaysia saya ucapkan kepada barisan panel hakim yang arif lagi bijaksana, penjaga masa yang setia dengan masa,guru-guru serta para hadirin yang dihormati sekalian. Pada pagi ini kami akan membincangkan sebuah tajuk yang semakin penting untuk diberikan perhatian iaitu Keruntuhan Nilai Moral Dalam Kalangan Remaja Hari Ini. Tetapi sebelum itu saya dengan sukacitanya ingin memperkenalkan diri saya dan rakan-rakan yang akan bersamasama membincangkan isu ini sehingga ke akhir forum ni nanti, kerana bak kata pepatah 'tak kenal maka tak cinta'. Saya(NAMA,TINGKATAN dan KELAS), saya akan bertindak sebagai pengerusi sepanjang forum ini. Panel kita yang pertama, (NAMA PANEL PERTAMA dan KATA2 PUJIAN ATAU KENALAN), ketika ini saudari (NAMA PANEL PERTAMA) berada di (KELAS), apa khabar saudari? Seterusnya, panl kita yang kedua saudari (NAMA PANEL KEDUA) dan panel kita yang ketiga, Saudari(NAMA,TING. dan KELAS). Sihat ya saudari? Berbalik kepada topik ataupun isu perbincangan kita pada hari ini mengenai keruntuhan nilai moral dalam kalangan remaja, saya ingin bertanyakan pendapat daripada panel-panel kita mengenai keruntuhan nilai moral dlm kalangan remaja di negara kita. Apa kata kita mmpersilakan saudara (NAMA PANEL PERTAMA) dahulu mengenai isu ini. Dipersilakan saudari Panel 1 : Terima kasih saudari pengerusi, Assalamualaikum wbt, selamat sejahtera serta salam 1 Malaysia. Pada pendapat saya, isu keruntuhan nilai moral dalam kalangan remaja ini masih dalam tahap yang sedrhana dan terkawal. Namun begitu, jika isu ini tidak diambil perhatian yang serius, lama-kelamaan hal ini akan menjejaskan sesebuah organisasi atau sesebuah negara. Oleh yang demikian, kita janganlah memandang isu ini sebagai sesuatu perkara yang remeh temeh, sebaliknya perlu mengambil langkah2 awal utk menangani masalah ini agar tdk trus brleluasa. Pengerusi : Terima kasih saudari (panel pertama). Satu pandangan yang sungguh jelas, baiklah panel kita yang seterusny Saudari(nama panel) tentu mempunyai pandangan lain mengenai isu kita har ini, dipersilakan Saudari. Panel 2: Bismillahirahmanirrahim. Assalamualaikm w.b.k , salm sejahtera dan salam 1 Malaysia.. Secara umumnya keruntuhan akhlak merangkumi pelbagai perlakuan negatif remaja pada hari ini. Sebagaimana yg kta tahu remaja merupakan aset sebuah negara pada masa akan datang untuk menjadi pemimpin negara. Seharusnya merekalah yang mendukung aspirasi negara kkita seperti yang diwar2kan oleh para pemimpin. Diantara keruntuhan akhlak yang dapatkita lihat sendiri ialah samseng jalanan, seks bebas dan pembulian. Jika hal ini berleluasa sewajarnya pemimpin pada masa ini sangat bimbang 1
kepada keadaan negara dtg krana bagaimana pmimpin akn dtg memimpin negara jika pemimpin itu sendiri tdk mempunyai nilai moral yang tinggi. Bukankah ini akan membawa kepada kepada keruntuhan sesebuah negara. Tuntasnya,semua pihak haruslah bekerjasama dan mengambil langkah2 drastik untuk membendung masalah ini Pengerusi : Terima kasih saudari(Nma panel) . Bagaimana pula dengan saudari (nama panel ke3), pstinya saudari mempunyai pendapt yang ingin diutarakan mengenai isu kita pada hari ini. Dipersilakan Panel 3: T.kasih saudari pengerusi majlis. Assalamualaikum dn slm sejahtera smua. Kemerosotan nilai dlm klngn remaja perlu dilihat sbgai satu perkara yang amat penting. Kemerosotan nilai dalam kalangan remaja perlu dilihat sebgai satu perkara yang amat penting. Kita sering sahaja melihat dan mendengar laporan di media massa sama ada media elektronik ataupun media cetak mengenai kes2 gejala sosial dlm kalangan remaja. Apa yang dapat diperhatikan ialah, kurangnya peranan yang dimainkan oleh pihak2 berkepntingan menyebabkan statistik penglibatan remaja dalam kes gejala sosial, semakin meningkat dari tahun ke tahun. Senario ini menjelaskan kpd kta bahawa betapa rapuhnya jiwa remaja dn juga belia yang kita harapkan suatu hari nnt dpt mnggalas tnggungjwb menerajui negara, Setakat itu dari saya saudari. Pengerusi : t.kasih sekali lagi saya ucapkan kpd panel kta yg sudi mmberikan pandangan mreka. Secara peribadi,saya bersetuju dgn pendapat panel kita mengenai isu keruntuhan nilai moral dalam kalangan remaja merupakan prlakuan negatif yg boleh mencemarkan budaya kita yang sarat dgn nilai ketimuran yg tinggi. Remaja merupakan aset yang berharga untuk menerajui negara kita supaya menjadi sebuah negara yang produktif dan maju pada tahun 2020 nanti. Melihat kepada prospek ini, pastinya wujud pencetus utama kpd berlakunya masalah keruntuhan nilai moral ini. Bak kata pepatah, jika tidak kerana angin,masakan pokok bergoyang, Untuk kita meneroka sebab atau punca perkara ini berlaku saya ingin mempersilakan saudari(nama panel 3) Panel 3: sbntar td saudari ada mengatakan,sesuatu masalah itu tidak akan berlaku tanpa faktor2 yang menjadi penyababnya. Saya scara peribadi berpendapat bahawa punca kruntuhan akhlak remaja kta hari ini byk dsbbkn oleh individu itu sendiri. Remaja ialah golongan yang berumur 18 tahun kebawah. Pada peringkat usia ini, sikap ingin tahu dan mencuba sesuatu yang baru itu berada pada tahap yang tinggi tanpa merek dapat mempertimbangkan impak negatif di sebalik ssuatu prbuatan itu. Nilai pribahasa ' beringat sebelum kena,jimat sebelum habis' nampaknya tidak tersemat dalam diri mereka. Apa yang lebih memburukkan keadaan ialah remaja sgt mudah utk dipengaruhi dgn rkn2 sebaya mereka. Hal ini disebabkan rakan sebaya merupakan orang yang rapat dgn mreka, dpt mmbwa mreka dn meluangkan masa dgn pelbagai aktiviti bersama2. Tegas saya mngatakan bahawa faktor individu dan pengaruh rakan sebaya adalah faktor yang saling berkait rapat menyebabkan keruntuhan akhlak dalam klngan remaja berlaku seprti yg dapat dilihat pada masa ini. 2
Pengerusi : T.kasih(nama panel), mmg benar ya apa yg telah diperkatakan tadi. Saya sendiri sebagai remaja mengakui bhwa saya memerlukan rakan2 di sekeliling saya baik utk belajar mahupun dalam proses sosialisasi, tetap dalam tajuk ini wajarkah kita menyalahkan remaja semata2. Mungkin ada sebab2 yang lain saudari(panel pertama)? silakan. Panel 1: t,kasih pengerusi. Saya ingin memfokuskan punca masalah ini dari sudut institusi kekeluargaan. Baiklah kta sedia maklum orang yang paling hampir dgn remaja sejak kecil lagi ialah ibu bapa. Meraka memahami perasaan dn kehendak anak2 mereka. Justeru itu, dsini saya mengatakan bahawa punca keruntuhan nilai2 moral remaja disumbangkan oleh kurangnya asuhan,didikan dn bimbingan oleh ibu bapa/penjaga. Ibu bapa seolah2 gagal menjadi 'kawan' dan 'sahabat' kpd anak2 mereka. Selain itu, tekanan hidup, sikap suka mengejar kemewahan serta penglibatan dlm aktiviti sosial lain menyebabkan ibu bapa dan anak kuran kesempatan untuk berkomunikasi,berbincang apa lagi berdamping antara satu sama lain. Malah ada juga jarang bersua muka dgn ank2. Natijahnya, remaja membawa cara hidup sndiri tanpa panduan dn pengawasan drpd ibu bapa. Di samping itu, kita juga tdk menafikan punca2 sprti prpisahan ibu bapa,prtengkaran yg kerap berlaku di rumah menyebabkan rumah bukan lagi syurga bagi anak2, keadaan sosioekonomi yg sring menghambat kehidupan terutamanya yang tinggal di bandar2 dn suasana rmh tangga yg tdk harmonis juga membawa kpda kancah kruntuhan moral. Panel 2: Maafkan saya saudari pengerusi, izinkan saya menanmbah sedikit maklumat mengenai isu ini, Media massa pada hari ini mendominasikan ruang litup kehidupan remaja dlm era langit terbuka khasnya di negara kita, Media massa yang memaparkan aksi2 yang kurang senonoh dn tdk baik dipertontonkan apatah lagi kpd golongan remaja. Misalnya, adegan lucah,keganasan dn aksi melampau yg kian mnjadi ikutan dan trend remaja pada hari ini. Tidak hairanlah remaja kita hari ini ada yg terlalu berani mencuba sesuatu perkara baru. Corak pergaulan remaja misalnya sudah jauh dari nilai2 ketimuran, cara berpakaian yg kurang sopan dn gaya hidup yg mengikut cara barat. Terdapat juga unsur2 yg menghairahkan yg boleh diperolehi scara mudah di pasaran sama ada dlm bentuk bercetak,CD tau lain2. Media massa seperti rangkaian internet sememangnya membantu kehidupan seharian kita namun ramai di klngan remaja menyalahgunakan rangkaian trsebut, Mereka lebih cenderung kpada melayari laman sosial seperti facebook. Secara positif facebook sememangnya jaringan yg boleh menambah kenalan kita dn dpt juga brkongsi ilmu,namun fb juga telah membawa kepada keruntuhan nilai seperti komunikasi yang tidak baik,pertikaman maya dn tersebarnya nilai2 negatif. Jika ini berlaku, dimanakah perginya nilai murni amalan kita sbgai wrga Malaysia? Pengerusi : Apa yang diterangkan sebentar tadi amat benar sekali. Sbgai seorang Muslim ckup sinonim dgn sabda Rasulullah A.S yg yg mengatakan bahawa stiap ank itu dilahirkan dlm keadaan fitrah yg suci dn bersih dn ibubapalh yg akn mmbntuk ank2 3
mereka sma ada mnjd seorng yang berakhlak trpuji ataupun sebaliknya. Sememangnya ,keruntuhan moral dn akhlak dlm kalangan remaja akn menjejaskan dn memberikan impak yg buruk kpada stiap lapisan organisasi yg hdup di dalam sesebuah negara. Dlm mengatasi masalah ini, pastinya ada jalan untuk menahan gelombang yg boleh meranapkan seluruh masyarakat ini jika terus dibiarkan. Tentunya rakan2 mempunyai cadangan dlm hal ini ya. Agaknya, saudari(Nma panel 3) sudah bersedia utk memberikan cadangan benteng yg boleh menyelamatkan para remaja kita. dopersilakan Panel 3: Saya bersetuju dgn pendapat saudari. Setiap masalah ada jalan penyelesaiannya. Walau bagaimanapun ,ini bergantung kepada kesungguhan seseorang individu itu utk menyelesaikan masalah, bak kata pepatah org tua2,"kalau tak dipecahkan ruyung,masakan dapat sagunya". Pihak berkepentingan yang memainkan peranan utama dlm membendung masalah gejala sosial yang menjurus kpd keruntuhn nilai moral remaja adalah tidak lain dan tidak bukan kalau bukan ibu bapa. Ibu bapa perlu memberi didikan agama dn menerapkan nilai2 murni sejak kcil lagi. Hal ini demkian kerana, anak2 ibarat kain putih yang bersih dan ibu bapalah yang bertanggung jawab utk mencorakkannya. Selain itu, ibu bapa juga prlu bersahabat dgn anak mereka termasuklah mengenali dn mengetahui dgn siapa anak mereka brkwan dlm usaha menegah penglibatan anak2 mereka dlm kes gejala sosial di smping meluangkan masa bersama anak2 bagi mengelakkan anak2 rasa terabai sehingga menjurus kepada keruntuhan akhlak. Pengerusi: t.kasih saudari, Wah! nampaknya isu ini semakin menarik. Ibu bapa memang elemen yang penting dlm pembentukan diri remaja, mereka guru pertama kita dan mereka jugalah idola kita. Betul tidak kawan2? Panel 1,2 &3 : betul tu pengerusi. Pengerusi : tetapi kawan2 itu kalau berada di rumah. Kalau kita berada di sekolah pula bagaimana? saya rasa saudari(nama panel 1) ada idea? Panel 1: t.kasih pengerusi, mmg betul pun idea ini tengah dtg ni. Rakan2 panel sekalian pernah dengar tak pepatah " melentur buluh biarlah dari rebungnya"? Panel 1,2&3: Ada. kan dulu cikgu ada terangkan dikelas.. Panel 1: Apa yg saya mksdkan sini ialah remaja harus diajar nilai2 murni sejak zaman kanak2 lg. Sistem pendidikan negara dijadikan sasaran utama kerana sistem ini adalah wahana yg terbaik bagi menetapkan nilai2 akhlak yg baik. Pendidikan moral bg yg bukan beragama islam memberi pengaruh besar dlm mencorakkan sikap dn akhlak remaja dn seterusnya mmpengaruhi nilai2 sosial dlm khidupan mereka. Manakala yg beragama islam, subjek pendidikan islam harus diberi penekanan dr aspek2 yang utama iaitu dar egi akhlak,akidah dn juga ibadah. Jika akhlak keislaman ini dapat ditanam dalam sanubari setiap remaja nescaya masalah ini akan dapat dibendung dgn mudah. Remaja juga akan 4
mendapat pendidikan yang sempurna. Selain tiu, remaja perlu diberi penerangan mengenai alam remaja,masalah dn kesulitan yg mereka hadapi sebelum mencapai tahap dewasa. Usaha ini dapat dilakukan melalui subjek pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan kerana pembentukan nilai jati diri dapat dipupuk dalam kalangan remaja. Usaha ni dpt dlksanakan melalui ceramah dn majlis penerangan berkenaan masalah kehidupan remaja serta kempen memupuk kesedaran sivik yg boleh dilaksanakn di sekolah dan amalannya dalam kehidupan seharian remaja. Itu sahaja drpd saya pengerusi. Panel 2: Betul tu saudari, tapi saya ingin menambah sedikit ya. Saya mncadangkan agar diwujudkan sistem perundangan sekolah. Peruntukan undang-undang di peringkat sekolah boleh menimbulkan rasa takut dlm kalangn pelajar sekolah, di samping mengurangkan beban dan tanggungjawab pihak sekolah dn pihak ibubapa dlm pengawasan disiplin. Penguatkuasaan undang2 oleh pihak berkuasa seperti polis amatlah berkesan sekiranya pemantauan dilakukan secara berterusan. Bidang kuasa polis yang sedia ada perlu digunakan oelh pihak pentadbir sekolah dalam mendisiplinkan pelajar2. Pihak pentadbiran hendaklah mengambil kesempatan dgn merujuk masalah ini kepada pihak polis. Namun langkah2 pencegahan lain yg bersesuaian bolehlah diambil oleh pihak sekolah. Pendekatan kaunseling misalnya sangatpnting dalam membantu remaja mengatasi masalah mereka. Saya percaya dengan adanya kaunselor yang berkelayakan dan berpengalaman yang dilantik di setiap sekolah dapat memantapkan pelaksanaaan dan keberkesanan pendekatan ini. Dengan ini boleh membantu pelajar mengenal pasti jati diri masing2. Pengerusi : t,kasih rkn2 panel kita pd hari ini. Sepanjang forum ini kita telah membicarakan isu ini dari aspek sebab dan punca keruntuhan moral ini berlaku. Memang kita tidak menafikan remaja itu sendiri boleh menjadi punca dek kelalaian sendiri mengenal kaca dan permata dalam pergaulan dan hilang pertimbangan dalam membuat keputusan kerana manisnya keseronokkan dunia remaja di luar sana. Namun atas nama remaja yang baru tumbuh dan mengenal dunia janganlah kita bersikap 'lempar batu sembunyi tangan' ,ada kalanya rumahku syugaku hanya impian dan angan2 remaja semata. Ibu bapa lebih mementingkan diri dan perasaan mereka sahaja lantas alpa, didepan, anak2 sdg mmbesar,ingin dibelai dan dilimpahi dgn kasih syg, ingin suluh panduan buat mengembara dlm dunia tanpa sempadan,dan apa yang penting lagi menjadikan nilai agama dan nilai moral sebagai tunjang kehidupan. Wal;au taufan dn gelombang melanda, tunjang utuh terpacak dlm jiwa remaja tidak akan goyah.Begitulah hadirin sekalian, semua pihak tidak kira masyarakat awam,pihak sekolah,ibubapa apa lagi remaja itu sendiri perlu mengembleng tenaga melangkah sederap bersama mempertahankan akhlak dan nilai moral yang telah kita julang sejak sekian lama. Sekian sahaja forum kita pada hari ini PANTUNN... 5
View more...
Comments