Teks Bercerita Ashabul Fil (l) Umayyah

May 3, 2017 | Author: Muhamad Fadzli Yasin | Category: N/A
Share Embed Donate


Short Description

MTQSS...

Description

BERCERITA KISAH DARI AL-QURAN (L) 2016

KISAH ASHABUL FIL Assalamualaikum w.b.t. yang dihormati pengacara majlis, barisan hakim yang arif lagi bijaksana seterusnya hadirin yang dirahmati Allah . Mari dengarkan ... kisah teladan ♫ Ashabul Fil buat pedoman… ♪ Ya rakan-rakan, Ashabul Fil ertinya Tentera Bergajah. Terdapat sebuah negeri di utara Yaman sering menjadi tumpuan ramai. Negeri itu adalah Mekah. Gabenor Yaman pula bernama Abrahah . Kaabah dibina di kota Mekah menjadi sebutan dan dimuliakan. Abrahah sangat cemburu pada Kaabah. Timbul rasa cemburu dijiwa ♪ Di alihkan pula perhatian ramai Lantas Abrahah membina gereja ♫ Tempatnya di San’a sana. Gereja pertama Al-Qalis namanya. Namun usahanya sia-sia belaka. Orang ramai tetap mengunjungi Kaabah. Firman Allah Taala:

          Mafhumnya : "Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepadamu (Wahai Muhammad) sehingga Engkau menurut agama mereka (yang telah terpesong itu)". (Al-Baqarah, ayat 120) Kawan-kawan, hati mesti tulus. Cemburu perlu dihapus. Kejayaan atlet Paralimpik menghadiahkan 3 pingat emas kepada negara wajar dicontohi .bukan dicemburui Kawan-kawan, Abrahah juga telah menulis surat kepada Raja An-Najasyi bagi menyatakan kehebatan gerejanya. Bagaikan memprotes, seorang lelaki telah membuang najis di dalam gereja tersebut. Abrahah bertambah marah kerana gerejanya dikotori dengan najis. 1

BERCERITA KISAH DARI AL-QURAN (L) 2016

♫ Abrahah memanggil bala tentera ♪ ke Kota Mekah siap sedia ♪ meruntuh Kaa'bah niat utama ♫ menunggang gajah menuju ke sana. Firman Allah Taala:

    Mafhumnya : Tolaklah (kejahatan yang ditujukan kepadamu) dengan cara yang lebih baik " (Surah Fussilat, ayat 34) Kawan-kawan, Balasla keburukan dengan kebaikan. Fenomena “Islamic State (IS) memberi tanggapan negative kepada Islam. Tentera Abrahah tanpa berlengah Merampas harta penduduk Mekah Lantas mereka menuju ke Kaabah Abdul Mutalib mulai resah Dayung perahu hingga muara Berhenti perahu ditepi titi Usah maju…usah mara Beliau merayu sepenuh hati

Syair

Pantun

Abdul Muttalib berkata : “Wahai Abrahah, Tolonglah batalkan hajatmu. Kaabah adalah milik Allah. Ia adalah tempat yang aman. Percayalah, kami berjanji untuk menyerahkan 1/3 harta penduduk Mekah kepadamu.”. Keputusan Abrahah tetap tidak berganjak. Berulangkali Abrahah sudah diingatkan. Firman Allah Taala:

      Mafhumnya : Dan (ingatlah) ketika kami jadikan rumah itu (Baitullah) tempat berkumpul dan tempat yang aman) - Surah Al-Baqarah ayat 125

Rakan-rakan, Islam menuntut kita menjaga kesucian tempat-tempat ibadah. Trend bernikah di masjid terus menjadi pilihan .Namunnn…. Jagalah adabnya.

Abrahah dan Ashabul Fil melangkah takbur 2

BERCERITA KISAH DARI AL-QURAN (L) 2016

Namun…siapa yang takbur pasti lebur Kerana angkuh….. Abrahah dan tenteranya , dilempar batu-batu kecil , keras dan panas Oleh burung-burung Ababil Kerana angkuh tubuh hancur bersepai Bagaikan daun-daun dimakan ulat Kerana….. Tiada yang lebih hebat Selain kuasa yang Esa….

sajak

Firman Allah Taala:

     Maksudnya : (Dan Allah mengutus burung-burung Ababil kepada mereka) surah Al-Fiil ayat 3

Ya rakan-rakan, Ikut hati.. mati, ikut rasa… binasa. Pengharaman Pokemon Go yang melalai dan memudaratkan diri sendiri perlu dipatuhi.

Abrahah turut cedera parah. Namun, dia sempat kembali ke Yaman .Akhirnya dia juga mati seperti bala tenteranya . Selepas peristiwa itu , maka lahirlah Nabi Muhammad pembawa cahaya kebenaran. Kaabah tetap dilindungi Allah Biar pun gagah tentera bergajah Sehebat mana kedudukan kita Semua kembali pada Yang Esa. ♪



Sekian. Wabillahittaufik walhidayah… Wassalamualaikum WBH

3

View more...

Comments

Copyright ©2017 KUPDF Inc.
SUPPORT KUPDF