Teknologi Hijau

October 2, 2022 | Author: Anonymous | Category: N/A
Share Embed Donate


Short Description

Download Teknologi Hijau...

Description

 

Pembudayaan teknologi hijau di Malaysia amat penting pe nting untuk kelestarian hidupan. Jelaskan. Pendahuluan : Sudah sampai masanya kita membudayakan penggunaan teknologi t eknologi hijau demi memulihara kelangsungan hidupan di muka bumi. KEPENTINGAN TEKNOLOGI HIJAU :

Bil.

Idea

Huraian

KEPENTINGAN TEKNOLOGI HIJAU :

1.

Kelestarian hidupan

· · · ·

Menjaga dan meningkatkan kelestarian alam. Meminimumkan degradasi kualiti persekitaran. Penggunaan segala sumber secara berhemah. Menjamin pengekalan alam semulajadi.

2.

Pemuliharaan alam sekitar semakin meningkat

· Teknologi rendah karbon seperti penggunaan solar dan hidro. · Pembebasan gas rumah hijau yang rendah. · Mengurangkan pelepasan gas karbon ke udara. · Memulihara persekitaran semulajadi untuk mengurangkan kesan negatif pengeluarannya ke atas aktivitiaktiviti manusia.

3.

Teknologi mesra alam

· Teknologi selamat digunakan. · Penggunaan enjin hibrid dan LPG sebagai bahan bakar kenderaan. · Menyediakan persekitaran yang sihat.

4.

Jimat tenaga dan boleh diperbaharui

· Menjimatkan tenaga dan sumber asli. · Membangunkan sumber tenaga alternatif (tenaga solar, angin dan biogas). · Banyak inovasi dilaksanakan. · Mengembangkan penggunaan enjin hibrid. · Pembuatan peralatan atau mesin yang menggunakan tenaga pada tahap optimum serta mesra alam. · Industri tenaga boleh diperbaharui dan sedang dibangunkan oleh Malaysia seperti industri solar photovoltaic.

Bil.

Idea

Huraian

5.

Penyelidikan dan Pembangunan

· Membuka ruang kepada para penyelidik untuk meneroka dan memantapkan lagi penyelidikan. · Hasilkan teknologi yang mengurangkan pembaziran

 

sumber.

6.

Penghasilan produk

· Produk yang bersih dan mesra alam. · Sebagai contoh, sarung tangan getah ialah produk terbiodegradasikan (bio-degradable) – mudah reput dan mesra persekitaran. · Penghasilan pinggan dan bata berasaskan sekam padi. · USM membangunkan beg plastik daripada kulit rambutan.

7.

Melambatkan proses perubahan cuaca

· Kurang pelepasan gas rumah hijau. · Masalah pemanasan global dapat dikurangkan. · Bencana alam lain seperti ribut, pencairan ais di kutub, kenaikan paras air laut dan sebagainya dapat diminimakan.

Kesimpulan : Pembangunan teknologi hijau di Malaysia sepatutnya mendapat sokongan penuh daripada semua pihak. Nota : 1.

Pendekatan Menjawab : 4 + 0

2.

Semua isi mesti berkaitan Kepentingan Teknologi Hijau.

Teknologi Hijau Dan Peranan Kerajaan Memperkenalkan pelbagai insentif fiskal sejak tahun 2003 bagi syarikat-syarikat yang menjana elektrik daripada sumber Tenaga Boleh Diperbaharu atau Renewable Energy (RE) dan syarikatsyarikat mengamalkan aktiviti-aktiviti penjimatan tenaga Energy Efficiency (EE) dimana mereka layak diberi Pengecualian Cukai Pelaburan (Investment Tax Allowance) dan Status Perintis (Pioneer Status). Pengecualian duti import dan cukai jualan untuk tempoh setahun bagi mesin, peralatan, material dan alat ganti import yang digunakan secara terus te rus dalam penjanaan tenaga elektrik daripada sumber RE dan dan aktiviti EE. Duti import dan cukai jualan untuk peralatan sistem solar untuk kegunaan pihak ketiga diberi kepada pengimport termasuk penyedia perkhidmatan photovoltaic yang diluluskan oleh ST pengecualian cukai jualan untuk pembelian pem belian peralatan sistem pemanas solar daripada pengilang tempatan

 

  Pengecualian duti import dan cukai jualan diberi ke atas peralatan EE seperti motor cekap tenaga (high efficiency motors) dan bahan penebat (insulation material) diberi kepada pengimport termasuk agen yang diluluskan oleh ST. Pengecualian cukai jualan diberi kepada pembelian EE consumer goods yang diluluskan oleh ST seperti bahan penebat, peti sejuk domestik, Ballast untuk lampu fluorescent, kipas domestic, lampu dan penyaman udara. Menubuhkan Centre for Education, Training and Research in Renewable Energy and Energy Efficiency (CETREE) oleh Universiti Sains Malaysia. Program-program ini disasarkan kepada golongan profesional, sekolah, institusi pengajian tinggi dan orang awam di Malaysia. Antara program yang telah dilaksanakan oleh CETREE ialah Pameran program Kempen Penjimatan Tenaga & Alam Sekitar dan Kempen Cekap Tenaga di USM, Pertandingan Eureka, Kereta Solar dan Dapur Suria, Karnival Pendidikan Sains dan Teknologi Kebangsaan dan sebagainya. Selain daripada itu, CETREE juga telah membangunkan Modul Tenaga Boleh Diperbaharu dan Kecekapan Tenaga Merentasi Kurikulum Sekolah Rendah di seluruh Malaysia bagi menimbulkan kesedaran murid sekolah di peringkat awal dalam Tenaga Boleh Diperbaharu dan Kecekapan Tenaga. Melaksanakan program Energy Month peringkat Kebangsaan secara tahunan bagi meningkatkan kesedaran mengenai Tenaga Boleh Diperbaharu. Antara aktiviti-aktiviti yang dijalankan semasa program Energy Month adalah mengadakan ceramah-ceramah berkaitan Kecekapan Tenaga, menerbitkan buku panduan Kecekapan Tenaga Di Rumah, menerbitkan siri artikel di surat khabar dan menggunakan media massa untuk menggalakkan amalan Kecekapan Tenaga. Mempromosikan amalan Kecekapan Tenaga di kalangan orang awam dan sektor swasta. Melaksanakan kempen Teknologi Hijau yang akan melibatkan stake-holders yang berkaitan termasuk orang awam dan Kementerian/ Jabatan Kerajaan, badan bukan Kerajaan dan lain-lain agensi yang berkaitan bagi mendidik dan meningkatkan kesedaran dan pengetahuan semua pihak mengenai kepentingan Teknologi Hijau dalam kehidupan kita. Apakah maksud Teknologi Hijau? Teknologi hijau adalah aplikasi sains alam sekitar untuk memulihara sumber dan alam semulajadi bagi menangani impak negatif aktiviti manusia. Teknologi Hijau adalah teknologi rendah karbon dan lebih mesra alam berbanding dengan teknologi sedia ada. Apabila kita menggunakan teknologi hijau, kita menggunakan sumber-sumber seperti tenaga, air dan sebagainya secara minimum untuk menghasilkan sesuatu produk. Oleh yang demikian, apa-apa teknologi yang menyumbang kepada pengurangan pelepasan Gas Rumah Hijau atau digunakan untuk membangunkan produk dan perkhidmatan yang menghasilkan me nghasilkan pelepasan Gas Rumah Hijau yang tinggi perlu dikurangkan melalui kesedaran pada peringkat permulaannya dan selanjutnya melalui penguatkuasaan. Aplikasi Teknologi Hijau juga adalah selaras dengan konsep pembangunan mapan (sustainable development) di mana pembangunan yang dilaksanakan

 

perlu memenuhi keperluan semasa tanpa menjejaskan keperluan generasi masa depan. Sehubungan itu, kita bertanggungjawab untuk memastikan generasi akan datang dapat sekurang-kurangnya menikmati kualiti kehidupan yang kita perolehi sekarang atau kualiti yang lebih baik dari sekarang. Soalan : Terumbu karang merupakan khazanah semula jadi yang membentuk ekosistem marin dan nyata mempunyai banyak kepentingan.Namun,hidupan ini terus diancam oleh pelbagai aktiviti manusia.Bincangkan. Pendahuluan -Terumbu karang merupakan khazanah alam semula jadi yang tidak ternilai dan membentuk kompenen terbesar dalam ekosistem marin. -Hidupan ini semakin terancam akibat pelbagai aktiviti manusia. Isi Kepentingan terumbu karang 1.Habitat kehidupan marin Kawasan terumbu karang merupakan habitat bagi kehidupan marin seperti ikan dan udang. Struktur kawasan terumbu karang yang dapat menahan pukulan arus dan ombak menjadikan satu kawasan yang selamat serta sesuai sebagai tempat pembiakan hidupan marin. 2.Benteng semula jadi Kawasan terumbun karang bertindak sebagai benteng semula jadi untuk menahan pukulan arus dan ombak. Mengurangkan kadar hakisan pantai Punca ancaman ke atas terumbu karang 3.Pencemaran laut Pembuangan sisa toksik ke dalam laut menjejaskan pertubuhan terumbu karang Tumpaham minyak daripada aktiviti mencari gali minyak dan kemalangan kapal menjejaskan kehidupan terumbu karang. 4.Ujian senjata nuklear di dasar laut Ujian senjata nuklear yang dijalankan di kawasan terumbu karang membawa kemusnahan Letupan senjata nuklear yang membebaskan sisa radioaktif boleh meracuni terumbu karang Penutup -Terumbu karang merupakan kehidupan yang unik dalam ekosistem marin -Pelbagai pihak harus memastikan kehidupan terumbu karang terus terpelihara demi kestabilan ekosistem marin.

 

USAHA-USAHA UNTUK MEMUPUK PERPADUAN KAUM Dalam mengharungi arus globalisasi serta menerajui dunia ketiga, kita sayugia memperkasakan keeratan serta perpaduan kaum di Malaysia bagi mengelakkan berlakunya rusuhan kaum. Justeru, variasi kaum haruslah bergerak sederap bagai aur dengan tebing t ebing sebagai satu sinergi menjurus ke wawasan 2020. Menurut kata Perdana Per dana Menteri yang keenam, keakraban rencaman kaum merupakan penawar yang paling mujarab bagi menyemarakkan keakraban kaum bak kata pepatah’ bulat air kerana pembetung bulat manusia kerana muafakat’. Selain itu, sinergi daripada semua pihak berganding bahu melakukan usaha-usaha yang proaktif dan efektif dalam merealisasikan aspirasi rakyat seantero Malaysia. Persoalannya, apakah usaha-usaha yang boleh dilaksanakan bagi memperkasakan perpaduan kaum di Malaysia? Dalam mengharungi arus pemodenan, usaha yang efisien harus ditangani untuk membentuk perpaduan kaum di negara kita. Pihak keraajaan mempunyai peranan dalam merealisasikan perpaduan kaum. Usaha kerajaan mengadakan Majlis Rumah Terbuka peringkat kebangsaan untuk menyambut perayaan kaum utama Malaysia amat dialu-alukan. Menurut Perdana Menteri kita, konsep Satu Malaysia dapat dijayakan melalui majlis sebegini. Semasa kerajaan mengadakan majlis rumah terbuka, sarwajagat negara kita yang tediri daripada pelbagai kaum memberi komitmen yang tinggi. Mereka menghadirkan diri dan mengitimkan hubungan mereka dengan masyarakat yang mempunyai pelbagai kaum dan latar belakang. Interaksi antara kaum dalam majlis sebegini dapat memperkasakan hubungan antara kaum di Malaysia. Tuntasnya, kemajuan negara kita bergantung kepada perpaduan kaum seperti kata pepatah ‘bersatu teguh, bercerai roboh’. 

Perpaduan kaum juga dapat dipupuk melalui aktiviti kemasyarakatan yang memerlukan setiap kaum mengambil bahagian dalam setiap aktiviti yang dijalankan. Cara ini dapat memupuk m emupuk semangat kerjasama dan saling membantu antara satu sama lain dengan menghapuskan sikap mementingkan diri yang tertanam di dalam jiwa masyarakat kini. Namun, sikap negative masyarakat terutamanya masyarakat yang duduk di bandar yang hanya bekerja tidak tentu masa dan melakukan kerja sendiri menyebabkan usaha memupuk semangat perpaduan sukar untuk diterapkan. Aktiviti memperteguh jalinan kemesraan harus dijalinkan seperti aktiviti gotong royong yang memerlukan sumbangan setiap pihak untuk menjayakan aktiviti tersebut supaya perpaduan secara maksimum dapat dilahirkan. Pendek kata, aktiviti kemasyarakatan dapat menjadi wadah yang terbaik bagi memupuk semangat perpaduan yang perlu ada dalam diri setiap rakyat seiring dengan hasrat negara untuk mewujudkan masyarakat yang bersatu padu walaupun berlainan bangsa mahupun agama. Sejajar dengan konteks perbicaraan, dengan menganjurkan me nganjurkan program Hari Keluarga, semangat muhibah antara kaum yang berbeza di Malaysia dapat disemarakkan. Agenda program ini bertujuan untuk mewujudkan nilai keakraban dan membendung sikap diskriminasi. Serentak dengan itu, menerusi program hari keluarga ini, pelbagai lapisan masyarakat yang hadir dapat

 

berkomunikasi serta bertukar-tukar idea dan pendapat berkaitan dengan sesuatu isu. Sebagai contoh, sekolah-sekolah di seluruh pelosok negara juga dapat melibaatkan diri dalam sambutan Hari Keluarga. Di samping itu, kerajaan juga boleh mengadakan sambutan ini khas untuk kakitangan kerajaan. Jelaslah bahawa usaha-usaha dalam membentuk perpaduan kaum di Malysia boleh direalisasikan dengan program Hari keluarga yang berpotensi untuk memperkasakan hubungan antara kaum di negara kita. Seiring dengan itu, system pendidikan merupakan satu jalan komunikasi yang pintas untuk merealisasikan hasrat ini. Pengenalan satu system pendidikan yang sama oleh Kementerian Pendidikan Malaysia telah mewujudkan perpaduan kaun. Selain itu, sekolah wawasan yang menempatkan tiga jenis sekolah yakni sekolah kebangsaan, sekolah jenis kebangsaan cina dan sekolah jenis kebangsaan tamil juga mempercepat proses perpaduan per paduan kaum. Sebagai contoh, aktiviti kumpulan yang dijalankan dapat memperkasa hubungan kaum di peringkat sekolah. Selain itu, penggunaan bahasa Malaysia iaitu bahasa rasmi negara kita sebagai bahasa perantaraan di sekolah-sekolah kebangsaan turut membolehkan pelbagai kaum berinteraksi antara satu sama lain seperti slogan bahasa jiwa bangsa. Izharnya, memang tidak boleh kita nafikan bahwa sistem pendidikan negara kita menjadi pemangkin dalam proses memperkasa hubungan sesama kaum. Dari kaca mata yang lain, penerapan nilai-nilai budaya dan warisan juga merupakan salah satu langkahh dalam mendekati matlamat dan harapan para pemimpin kita dalam mencapai perpaduan kaum. Negara Malaysia terdiri daripada pelbagai kaum yakni Melayu, Cina dan India. Rakyat boleh mengaplikasikan budaya kaum mereka dari aspek pemakanan, pemakaian, dan peradaban serta berkongsi dengan kaum-kaum lain. Sebagai contoh, semakin ramai wanita bukan Melayu yang memakai baju tradisional orang Melayu iaitu baju kurung ke majlis-majlis dan kuliah-kuliah. Makanan India seperti roti canai dan tose juga semakin diminati oleh kaum yang lain. Oleh itu, kemasukan nilai-nilai budaya dan warisan berbilang kaum ini dapat menimbulkan rasa hormat antara satu sama lain dan seterusnya mengeratkan lagi perpaduan per paduan kaum dalam negara. Sekiranya isu ini diperinci secara mendalam, kerajaan telah mewajibkan remaja r emaja yang berumur 17 tahun ke atas menyertai Program Latihan Khidmat Negara (PLKN). Modul kenegaraan PLKN sememangnya bertujuan untuk melahirkan semangat perpaduan dalam sanubari remaja daripada masyarakat majmuk yang merupakan bakal pemimpin negara. Selaras dengan modul kenegaraan, para remaja berbilang kaum berpeluang untuk bekerjasama beker jasama bagai aur dengan tebing dan seterusnya perpaduan dapat disemai melalui aktiviti-aktiviti berkumpulan yang dilaksanakan dalam PLKN. Sesungguhnya, tidak dapat disangkal bahawa PLKN turut memainkan peranan dominan dalam iltizam membentuk perpaduan kaum. Sebagai intiha, dapatlah disimpulkan bahawa keamanan dan kemakmuran sesebuah negara perlulah bergantung kepada perpaduan kaum di Malaysia. Pelbagai pihak harus bergerak sederap, seia sekata dalam iltizam mencapai hasrat keharmonian dan perpaduan negara bak kata pepatah bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana ker ana muafakat. Perpaduan kaum

 

merupakan suatu misi yang amat penting agar Malaysia dapat mengorak langkah menuju ke arah pembentukan negara bangsa dan menjadi sebuah negara yang mampu berdiri sama tinggi, duduk sama rendah dengan negara-negara maju. Rakyat adalah aset negara yang paling bernilai dalam pembinaan negara yang berbilang kaum demi visi Wawasam 2020.

Fakta Rokok Global 

• Jumlah perokok seluruh dunia dianggarkan sekitar 1.15 bilion orang.  orang.   • Daripada jumlah itu, lebih 80 peratus peratus perokok adalah di negara-negara berpendapatan rendah dan sederhana. • Lebih kurang 15 bilion rokok dijual setiap hari atau 10 juta setiap minit.  minit.  • Dalam kalangan remaja di seluruh dunia yang berumur antara 13 dan 15 tahun, dianggarkan seorang daripada lima orang adalah perokok. • Secara kasar, 60,000 hingga h ingga 100,000 kanak -kanak -kanak di seluruh dunia mula merokok setiap hari dan separuh daripada jumlah itu di negara-negara Asia. • Di Amerika Syarikat mendapati kecenderungan kecenderungan kanak -kanak -kanak yang merokok untuk menjadi penagih dadah adalah 13 kali ganda berbanding kanak-kanak yang tidak kerap merokok! • FAKTA PEROKOK MALAYSIA  • Fakta “Info Sihat” Kementerian Kesihatan mengenai senario dan tabiat merokok di Malaysia menunjukkan hampir separuh daripada lelaki Malaysia merokok. • Setiap hari sekitar 45 hingga 50 remaja bawah umur 18 tahun mula merokok. Statistik   bilangan remaja perempuan perempuan yang merokok merokok meningkat meningkat 8 peratus dari dari tahun 2005 hingga hingga 2010. • Tahun 2004: secara keseluruhannya hampir seorang daripada lima remaja adalah perokok. • Kes kanser paru-paru paru-paru dalam negara bertambah dengan kadar 17 peratus setahun dan tabiat merokok juga dipercayai akan menyebabkan hampir setengah juta kes penyakit koronari (jantung). • Kajian Morbiditi dan Kesihatan Kebangsaan 2010: tabiat tabia t merokok menyebabkan kematian kira-kira 18,000 orang setahun. • Lebih lima juta perokok tegar negara ini membelanjakan sekitar RM15 juta sehari untuk  membeli rokok. • Ini bermakna RM5.8bilion setahun.  setahun. 

Asap rokok toksik! Ramai yang tahu tetapi buat tidak tahu dan masih mahu. Malah ada yang tegar merokok meskipun nyawa sudah seperti telur di hujung tanduk! Amalan merokok  semakin menjadi budaya melibatkan bukan sahaja golongan dewasa tetapi juga remaja, baik 

 

lelaki mahu pun perempuan. Pun bagi mereka yang mungkin tersasar jauh, merokok berpuluhpuluh tahun, berhenti merokok bukan suatu yang mustahil!   Punca-Punca Seseorang Terjerat Dengan Rokok  

1. Pengaruh rakan sebaya • Lazimnya tabiat ini bermula secara suka-suka. suka-suka. • Lihat kawan hisap rokok, seseorang cenderung cenderung mahu mencuba. • Ramai terpengaruh dengan ajakan kawan untuk mencuba merokok.  merokok.  • Mereka bermula dengan suka-suka suka-suka akhirnya ketagih. • Kalau pun ada yang tidak mahu, pengaruh kuat rakan sebaya akhirnya menjeratnya kepada perangkap rokok. • Ada juga yang merokok merokok pada awal usia belasan tahun. • Lazimnya mereka yang mencuba sekali, meskipun ada yang terbatuk -batuk -batuk menyedut asap rokok, tidak akan berhenti dengan hembusan asap rokok yang pertama. • Kaki baru melangkah ke sekolah menengah rendah, sudah mula suka bau bau wangi asap rokok. .

2. Kekeliruan identiti remaja mendorong mereka terlibat dalam tabiat merokok. • Pada usia yang muda, para remaja hendak menonjolkan diri dengan identiti tertentu untuk  dikenali. • Ramai remaja menganggap amalan ini sebagai fesyen seza sezaman man • Amalan ini melambangkan kedewasaan mereka.  mereka.  • Dengan menghisap rokok, mereka nampaknya lebih matang dan dewasa.  dewasa.   • Ada pula menganggap mereka lebih bergaya dan berstatus. berstatus.   • Ada pula kaum wanita mahukan badan langsing dan percaya amalan ini dapat mengekalkan kelangsingan badan mereka.

KESAN NEGATIF ROKOK  

1. Merokok boleh menyebabkan ketagihan. • Hal ini kerana tembakau mengandungi bahan penyebab ketagihan dipanggil nikotin.  nikotin.  • Ini merupakan bahan psikokimia yang mempengaruhi sistem saraf dan mental seseorang. seseor ang. • Nikotin dilaporkan menghasilkan tindak balas kimia dalam badan yang sama dengan yang dihasilkan oleh dadah kokain dan heroin. • Penagih akan gian.  gian.  • Seluruh badan tidak selesa dan hilang semangat jika terputus bekalan rokok.  rokok. 

2. Merokok mencetuskan masalah disiplin remaja

 

• Bagi remaja yang terperangkap dengan ketagihan, bukan sahaja wang saku dihabiskan malah ada juga yang berani ponteng sekolah untuk melepas gian. • Hal ini kerana mereka tidak boleh merokok di sekolah.  sekolah.  • Mereka menjadi liar dan kerap kerap ponteng sekolah kerana ketagih merokok. Tidak cukup dengan wang saku sekolah, ada juga yang mula menjadi pandai mengebas duit ibu bapa sendiri. • Selepads itu mereka mungkin bergelumang dengan tabiat buruk mencuri untuk  menampung belanja membeli rokok. • Malah tidak kurang juga perokok-perokok ini terlibat dengan jenayah juvana dan penyalahgunaan dadah!

3. Rokok menjejaskan kesihatan perokok. • Asap rokok yang tampak seakan-akan seakan-akan berwarna putih sebenarnya tidaklah sebersih sebagaimana yang lazimnya dikaitkan dengan warna putih. • Hakikatnya asap rokok bukan sahaja membahayakan kesihatan malah boleh membunuh.  membunuh.  • Tembakau adalah penyebab paling utama kematian di seluruh dunia di mana tabiat merokok dilaporkan boleh membunuh satu bilion orang dalam abad ini. • Terdapat lebih 4,000 bahan kimia dalam asap tembakau di mana 2,000 daripadanya adalah toksik dan 63 karsinogenik. • Separuh daripada perokok jangka masa panjang diuar-uarkan diuar -uarkan akan mati akibat penggunaan tembakau yang antaranya menyebabkan kanser paru-paru, penyakit paru-paru  yang kronik serta penyakit penyakit jantung. • Secara puratanya juga, hayat seseorang itu akan menjadi pendek lima minit bagi setiap  batang rokok yang dihisap! dihisap! • 30 peratus daripada semua kematian berkaitan kanser berpunca daripada tabiat merokok . • 90 peratus daripada semua kematian akibat kanser paru-paru paru -paru adalah juga kerana tabiat merokok!

4. Asap rokok mencetuskan penyakit kanser: • Tar dan nikotin dalam asap rokok menyebabkan barah paru-paru paru-paru dan mulut. • Asap rokok bertoksid menyaluti tisu paru-paru, par u-paru, dan menjadinya kendur. • Jadi, gas-gas gas-gas oksigen sukar meresap masuk menyebabkan penyakit emfisema. • Masalah sesak nafas atau batuk berpanjangan mencetuskan bronkitis. bronkitis.  • Pada tahap serius, kahak perokok bertukar menjadi seakan warna hitam tar jalan.  jalan.   Sel-sel paru-paru mengalami tumbesaran yang abnormal menyebabkan kanser paru-paru.

 

5. Rokok mencetuskan sakit jantung. • Urat-urat Urat-urat darah menjadi tegang, menyebabkan penyakit jantung. • Jika ketiga-tiga ketiga-tiga saluran darah ke jantung tersumbat, pembedahan pembedahan pintasan jantung terpaksa dijalankan. • Perokok menghadapi risiko serangan jantung yang teruk.  teruk.  • Perokok yang merokok sehingga 40 batang sehari mudah menderita serangan sakit ahmar.  ahmar.  6. Rokok mengancam tumbesaran bayi dalam kandungan ibu • Racun asap rokok meresap ke embrio. • Janin dalam kandungan kekurangan oksigen.  oksigen.  • Kemungkinan besar bayi itu mengalami keguguran awal.  awal.  • Ada pula dilahirkan lebih awal dan dalam keadaan kurang berat badan.  badan.  • Maka bayi mudah dijangkiti penyakit.  penyakit.  • Kecerdasan otak bay i juga terjejas.

HALANGAN-HALANGAN YANG MENGGAGALKAN USAHA MEMBUANG TABIAT MEROKOK. 

• Bilangan perokok pelbagai peringkat umur di Malaysia kian meningkat.(Wanita) meningkat.(Wanita)   • Merokok bukan sahaja membazirkan wang, malah mengancam kesihatan kita.  kita.   • Usaha demi usaha telah telah dijalankan untuk membendung tabiat merokok. • Namun banyak halangan yang menyekat usaha kita.  kita.  1. Ibu bapa yang merokok membantutkan membantutkan usaha ini. • Pendidikan mencegah anak daripada merokok perlu bermula dari rumah.  rumah.  • Malangnya Ibu bapa yang merokok akan menunjukkan teladan yang tidak baik. • Akibatnya, anak -anaknya -anaknya akan terikut-ikut dengan telatah orang tua mereka. • Pasti ibu bapa tidak dapat menasihati anak menjauhi amalan merokok.  merokok.  • Usaha mereka tidak ubah seperti “ketam mengajar anaknya berjalan betul” .  .  • Jadi, mereka tidak dapat menghalang anak -anaknya -anaknya daripada merokok. • Dengan ini, tabiat buruk masih berlarutan.  berlarutan. 

2. Kelemahan diri perokok juga menghalang mereka mengkikis tabiat ini. • Ramai perokok sedar tentang kesan buruk tabiat ini tetapi sengaja sengaja tidak mengambil peduli • Mereka kurang mengambil iktibar daripada bukti sahih perubatan.  perubatan.  • Ramai yang ketagih kerana gagal mengatasi masalah hidupnya.  hidupnya.  • Mereka cuba mengatasi tekanan hidup dengan merokok.  merokok.  • Kesunyian hidup mendorong mereka terus merokok  

 

• Ada yang tidak berupaya mengawal nafsu dan kurang berazam mengatasinya.  mengatasinya.  • Mereka terikut-ikut terikut-ikut dengan ajakan kawan-kawan dalam amalan ini.

3. Usaha kerajaan membanteras tabiat buruk ini juga tidak menyeluruh. • Kerajaan menyeru rakyat membuang tabiat buruk buru k ini. • Namun, usaha menanam tembakau digalakkkan di kawasan pantai Kelantan dan Trengganu. • Selagi tembakau dimajukan, selagi itulah rokok akan membanjiri pasaran.  pasaran.  • Kerajaan juga membenarkan nama syarikat rokok menjadi penaja temasya sukan dan filem. f ilem.   • Akibatnya ramai rakyat memberi alasan tanpa menghisap rokok, kita tidak dapat menikmati pelbagai rancangan sukan dan tayangan filem.

4. Penguatkuasaan undang-undang yang kurang berkesan juga merupakan halangan utama. • Kini pengharaman mengisap rokok di k awasan awasan awam sudah berkuatkuasa • Remaja di bawah usia 18 tahun juga dilarang membeli dan menghisap rokok.  rokok.   • Namun remaja masih melayan ketagihan mereka.  mereka.   • Rokok dapat beli dengan mudah oleh sesiapa sahaja.  sahaja.  • Para ramaja melepak di kafe siber, warung, perhentian perhentian bas atau pusat membeli-belah. • Remaja ini tidak segan silu menghembus asap rokok, sebatang lepas sebatang dalam masih  berpakaian seragam seragam sekolah! • Tanpa tangkapan dan hukuman yang berat, pasti orang ramai tidak akan takut.  takut. 

5. Pengaruh iklan rokok merupakan halangan utama usaha kita membasmi amalan merokok. • Kerajaan telah mengharamkan iklan rokok dalam d alam media massa.  massa.  • Namun syarikat rokok sepereti Dunhill menggunakan cara lain mempromosik mempromosikan an rokok.  rokok.  • Syarikat-syarikat Syarikat-syarikat rokok secara agresif menjalankan kempen merokok terutama dalam kalangan golongan remaja. • Ini dapat dilihat dengan penglibatan syarikat rokok dalam pelbagai pesta yang melibatkan golongan remaja • Jenama rokok menjadi penaja rancangan televisyen dan temasya sukan antarabangsa dsn.  dsn.  Dunhill juga mengiklankan barangan mewah. • Dengan itu, mesej rokok sebagai simbol status, dan prestij yang tersirat di sebalik nama rokok tersebar. • Selanjutnya ini menggalakkan orang ramai tertarik dengannya.  dengannya.  • Ini akan menghalang usaha kita membuang tabiat merokok.

 

LANGKAH MEMBANTERAS TABIAT MEROKOK 

1. Kempen kesedaran 

Banyak wang sehingga ratusan juta ringgit setiap tahun dibelanjakan untuk menanam

sikap benci kepada rokok, umpamanya menerusi Kempen „Tak Nak Merokok‟.  Merokok‟.   

Pelbagai jenis media digunakan. Bermacam jenis strategi juga disusun d isusun termasuk memaparkan gambar-gambar gambar-gambar yang

„mengerikan‟ di kotak -kotak -kotak rokok yang menunjukkan kesan buruk rokok kepada perokok. 

Program Hari Tanpa Merokok Sedunia anjuran IJN



Langkah menghentikan tabiat ini disarankan kepada orang ramai.



Kesan buruk rokok disiarkan melalui media massa.



Orang ramai akan sedar Kesedaran untuk berhenti merokok timbul



Mereka akan menjauhi amalan ini.



Ibu bapa akan mengawal ketat anak-anak mereka.

2. Batuan NGO • Klinik Berhenti Merok ok ok (QSC) Institut Jantung Negara (IJN) memberikan pelbagai  bimbingan kepada kepada perokok tegar. tegar. • Sesi Sokongan Berhenti Merokok diadakan di IJN.  IJN.   • Perokok dijemput menyertai Klinik Berhenti Merokok IJN.  IJN.  • khidmat kaunseling kaunselor dapat membantu perokok tegar tegar berhenti merokok. • Ubat diberi untuk merawat ketagihan merokoknya.  merokoknya.  • Perjumpaan Sesi Sokongan Berhenti Merokok dianjurkan agar perokok berjaya menahan keinginan merokoknya. • Selanjutnya menanam azam untuk memilih jalan hidup yang lurus  lurus 

3. Dasar kerajaan  Melalui dasar cukai, kerajaan boleh menaikkan cukai rokok. 

Dengan sedemikian, rokok akan menjadi mahal.



Golongan yang kurang mampu akan mengurangkan amalan ini.



Ini membantu perokok kuatkan azam mereka untuk henti merokok.



Kementerian Kesihatan terus menguatkuasakan larangan merokok di zon-zon yang

ditetapkan. 

Sehingga kini sebanyak 21 premis telah dikenal pasti sebagai zon larangan merokok.



Antaranya ialah hospital/klinik, lapangan terbang, lif serta tandas awam, restoran

 berhawa dingin, pengangkutan pengangkutan awam, premis premis kerajaan, kerajaan, institut pendidikan, pendidikan, stesen stesen petrol, kafe internet, pusat membeli-belah di samping ruangan pejabat swasta dengan sistem pendingin hawa yang berpusat.

 

PENGALAMAN SEORANG PEROKOK DALAM USAHA MEMBUANG TABIAT MEROKOK: 

• Amaran doktor bahawa batuk yang serius tanda awal kanser paru-paru. • Separuh sel paru-paru paru-paru hampir mati. • Kahaknya bertukar menjadi seakan warna hitam tar jalan.  jalan.  • Merokok sehingga 40 batang sehari senang kena serangan sakit ahmar.  ahmar.  • Tiga saluran darah jantung sudah 80% tersumbat. • Mula-mula Mula-mula mengurangkan bilangan rokok yang dihisap, secara perlahan-lahan. • Hari pertama berhenti merokok, merasa keperitannya.  keperitannya.  • Apabila bangun pagi, teringin sangat hendak merokok.  merokok.  • Ingin menangkap dan menghiru asap rokok perokok lain. perokok lain. • Terpaksa buat-buat buat-buat sibuk, jangan biarkan diri kesenangan kerana idea hisap rokok akan muncul. • Tidak menghampiri mereka yang merokok.  merokok.  • Baru boleh menahan diri daripada ingin merokok apabila melihat orang merokok.  merokok.  Setelah mengambil ubat untuk merawat merawat ketagihannya, bau rokok sudah menjadi „tidak  sedap‟.   sedap‟. • Sokongan rakan dan sokongan moral kaunselor di Klinik Berhenti Merokok IJN mendorongnya lupa langsung tentang rokok. TANGGUNGJAWAB BERSAMA 

• Beban menyedarkan rakyat tentang bahaya merokok sewajarnya sewajarnya bukan sahaja digalas kerajaan. • Pelbagai pihak perlu „turun padang‟ dengan melaksanakan kempen kesedaran anti merokok.  merokok.  Kita perlulah mendukung amalan gaya hidup sihat dalam setiap aktiviti yang dijalankan terutama bebas daripada amalan merokok yang memudaratkan kesihatan. • Insaflah semua, bebaskan alam kita daripada pencemaran asap rokok.  rokok.  Pemanasan global dikaitkan dengan kenaikan suhu dunia akibat peningkatan kepekatan gas-gas rumah kaca. Pemusnahan hutan bukanlah satu -satunya punca yang mencetuskan pemanasan global.Pada pendapat anda, apakah punca -punca yang telah menyebabkan berlakunya pemanasan global ini dan kesannya kepada manusia. Intro Pemanasan global merupakan masalah yang dihadapi oleh dunia . Pemanasan ini berpunca daripada aktiviti-aktivi manusia yang telah mempengaruhi alam sekitar. Punca-punca

 

1. Pemusnahan hutan · pokok yang ditebang tidak dapat menyerap karbon dioksida yang berlebihan. memenuhi ruangan atmosfera bumi – hanya sebahagian sahaja diserap dan selebihnya akan dipantulkan semula ke atmosfera. · karbon dioksida memerangkap bahangan haba daripada keluar dari ruangan bumi.

2. Perkembangan industri. · industri menghasilkan pepejal terampai di atmosfera – nitrogen oksida, sulfur dioksida, hidrokarbon · bahan pepejal terampai / sebatian akan meningkatkan kadar karbon dioksida di atmosfera dan seterusnya meningkatkan suhu. 3. Penambahan bilangan kenderaan. · Penggunaan kenderaan bermotor telah membebaskan karbon monoksida dan karbon dioksida ke udara. · Hal ini sekaligus akan meningkatkan kandungan karbon dioksida di atmosfera. Kesan-kesan 4. Perubahan iklim sejagat · gas-gas ozon bertindak balas dengan CFC dan cahaya ultra-lembayung akan meningkatkan kuantiti haba. · kenaikan suhu bumi mewujudkan tekanan angin `stratospharic’ `stratospharic’ – membawa

perubahan iklim dunia. · menyebabkan bencana alam – banjir, kemarau, ribut 5. Kenaikan aras laut · lautan menjadi panas dan mengembang – glasier menjadi cair. – kepulauan yang berpantai dan negara yang bertanah rendah akan ditenggelami air. · kawasan pantai mengalami hakisan yang serius – mengancam habitat di tepi pantai. Penutup Masalah pemanasan bumi adalah masalah sejagat.Tindakan satu pihak saja tidak mampu membendung masalah ini.Kesepakatan tanpa usaha yang bersungguh -sungguh tidak akan menyelesaikan masalah ini. PENDAHULUAN -Bioteknologi terus mempengaruhi kehidupan manusia sejak dulu tanpa mengira agama, warna kulit dan cara hidup seseorang. - Sama ada disedari atau tidak, kita telah te lah pun menjadi pengguna kepada hasil bioteknologi itu. - Bioteknologi ialah proses di mana sel atau organisme (biologi) digunakan sebagai bahan asas dalam proses (teknologi) untuk menghasilkan sesuatu produk.

 

- ‘Teknologi’ yang berasaskan ‘biologi’ ini disingkatkan sebagai bioteknologi  - Dalam erti kata lain bioteknologi merupakan kajian sains mengenai benda hidup dengan menggunakan teknik atau proses teknologi untuk meningkatkan penghasilan sumber hidupan dan penghasilan pelbagai produk lain. - Bioteknologi terbit daripada dua unsur iaitu ‘biologi’ dan ‘teknologi’.  - Kamus Dewan mentakrifkan ‘biologi’ sebagai ilmu hayat atau benda-benda hidup. Sementara ‘teknologi’ itu pula bermakna ilmu pengetahuan mengenai segala ilmu yang berkaitan dengan perindustrian dan sains gunaan yang mempunyai nilai ekonomi.

- Persidangan mengenai kepelbagaian Biologi Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB telah membuat satu takrifan bagi bioteknologi: - “Bioteknologi bererti sebarang penggunaan teknologi yang menggunakan sistem biologi, organisma hidup, atau teori terhasil darinya, bagi menghasilkan atau mengubah barangan atau proses bagi kegunaan khusus.” 

ISI (KEBAIKAN/MANFAAT) 1-Bidang Pertanian. - Melalui bioteknologi kualiti dan kuantii hasil pertanian dapat ditingkatkan seterusnya dapat meningkatkan pendapatan para petani moden pada masa kini. - Jesteru itu, taraf hidup manusia akan dapat ditingkatkan. Contoh bioteknologi pertanian adalah penghasilan buah jambu batu dan tembikai tanpa biji. - Kegunaan bioteknologi dalam bidang pertanian termasuk pengawalan serangan mengunakan mikrob, pembiakan genetik tumbuhan dan pembentukan haiwan untuk meningkat tumbesaran. - Selain itu, bioteknologi dalam bidang pertanian dapat meningkatkan kandungan protein dan vitamin dalam produk pertanian. Keadaan ini akan dapat meningkatkan nilai diet manusia seterusnya dapat menjadikan manusia lebih sihat dan lebih tahan terhadap serangan penyakit. 2-Bidang Perubatan. - Bioteknologi digunakan untuk menghasilkan antibiotik, hormon dan vaksin. - Bioteknologi dapat digunakan dalam penghasilan antibiotik untuk jangkitan penyakit yang berbeza-beza dan penghasilan vaksin untuk menguatkan sistem imunasi seterusnya dapat mengesan dan mengubati sebarang kecacatan genetik. - Kepentingan lain bioteknologi dalam bidang perubatan adalah kejayaan dalam teknologi pembiakan seperti persenyawaan in-vitro, profil DNA, D NA, forensik dan teknologi pemindahan organ. 3-Alam Sekitar.

- Bioteknologi alam sekitar pula digunakan dalam kajian menggunakan organisma hidup seperti tumbuhan, bakteria dan kulat yang akan digunakan dalam pelbagai aplikasi untuk merawat sisa

 

dan proses remediasi bahan buangan. - Organisma yang berpotensi untuk menggunakan sisa sebagai makanan mereka banyak terdapat di alam sekitar. - Pembangunan teknologi genetik bagi penghasilan organisma terubahsuai genetik mempertingkatkan lagi proses degradasi sisa atau bahan buangan. - Bioteknologi alam sekitar telah terbukti menghasilkan kaedah yang selamat dan sisa yang bersih berbanding teknologi sedia ada kerana ia melibatkan penggunaan agen-agen asli. - Kajian ke atas pengunaan bahan buangan bio dan sisa organik kepada produk bernilai juga dijalankan 4-Industri. - Bioteknologi dianggap sebagai julat teknologi serba boleh yang dapat diterapkan dalam pelbagai sektor industri. - Antara disiplin semula jadi j adi dalam bioteknologi ialah genetik biokimia, kimia, sains pemakanan, kejuruteraan teknologi makanan, kejuruteraan makanan, kejuruteraan kimia, kejuruteraan biokimia, elektronik dan mikrobiologi. -Pada zaman dahulu, aktiviti-aktiviti yang melibatkan bioteknologi meliputi proses tradisional seperti membuat roti, wain, keju. - Malah penghasilan makanan tempatan seperti kicap dan tempe juga melibatkan bioteknologi. - Bidang industri makanan dan minuman atau pengeluaran bahan bakar dan kimia pulamelalui proses teknologi fermentasi. - Sementara bioteknologi alam sekitar melibatkan sistem rawatan dan biodegradasi bahan kimia toksik. KESIMPULAN -Bioteknologi adalah amat penting kepada manusia kerana mempunyai pelbagai kepentingan yang dapat membantu kehidupan manusia. - Kegunaan bioteknologi semakin meluas digunakan dalam dunia hari ini.

View more...

Comments

Copyright ©2017 KUPDF Inc.
SUPPORT KUPDF