Teknikal Analisis Pasaran Saham Bursa Malaysia

May 7, 2017 | Author: Nizam Zam | Category: N/A
Share Embed Donate


Short Description

ANALISIS SAHAM...

Description

Analisa Teknikal

TEKNIKAL ANALISIS PASARAN BURSA SAHAM MALAYSIA (BSKL)

0

Analisa Teknikal

ISI KANDUNGAN

BIL

TAJUK

M/SURAT

1

Candlestick

2

2

Hubungan Harga dan Volume

6

3

Sokongan dan Rintangan

13

4

Corak Carta

16

TEKNIKAL INDIKATOR 5

Simple Moving Average

32

6

Moving Average Convergence Divergence

37

7

Relative Strength Index

43

8

Stochastic

49

9

Bollinger Bands

52

1

Analisa Teknikal

CANDLESTICK Pada zaman Jepun Tokugawa Shogunate (1603 – 1687), carta candlestick diciptakan oleh seorang peniaga beras, Honma Munehisa. Dia menggunakan carta candlestick untuk merekod dan menganalisis perubahan harga beras. Peralatan ini telah membantu dia meramal pergerakan harga beras dengan tepat. Pada zaman sekarang, carta candlestick merupakan satu peralatan yang biasa dikajikan dan diaplikasikan dalam pasaran saham. Candlestick boleh menggambarkan pergerakan harga dalam bentuk grafik bagi satu tempoh masa tertentu. Pembentukan Candlestick Candlestick terdapat 2 jenis, candlestick yang berwarna putih dan hitam. Candlestick yang berwarna putih menunjukkan harga saham naik, harga tutup (Close) lebih tinggi daripada harga buka (Open). Sebaliknya, candlestick hitam melambangkan perkara yang terbalik, iaitu harga tutup adalah lebih rendah daripada harga buka. Candlestick terbentuk daripada 3 bahagian: 

badan (body)



bayang atas (upper shadow)



bayang bawah (lower shadow)

Setiap candlestick mempunyai 4 nilai: 

Open: Nilai pada pasaran buka



Close: Nilai pada pasaran tutup



High: Nilai paling tinggi yang tercapai dalam suatu tempoh masa



Low: Nilai paling rendah yang tercapai dalam suatu tempoh masa

2

Analisa Teknikal

Tempoh masa candlestick boleh ditentukan mengikut keperluan pelabur. Contohnya, tempoh masa boleh diubahsuaikan menjadi sehari, dua hari, lima hari, seminggu, lima minggu, sebulan dan lain-lain. Faktor Utama Dalam Analisa Candlestick 2 faktor penting yang perlu diberi perhatian: 

Kepanjangan badan



Kepanjangan bayang

Kepanjangan Badan Secara amnya, kepanjangan badan boleh menunjukkan penguasaan pihak tertentu dan kekuatan tekanannya. Semakin panjang badan candlestick, maka semakin besar tekanan pihak penguasa. Candlestick putih yang panjang menunjukkan pihak pembeli telah menguasai keadaan perdagangan dan tekanan pembelian yang besar. Pihak pembeli sedang menyerang dengan agresif dan serangannya berjaya menolak harga ke paras yang tinggi.

3

Analisa Teknikal

Sebaliknya, candlestick hitam yang panjang pula menunjukkan pihak penjual telah menguasai keadaan perdagangan dan tekanan penjualan yang besar. Pihak penjual telah berjaya menawan pembeli dan harga jatuh ke paras yang rendah. Kepanjangan Bayang Kepanjangan bayang boleh menunjukkan status pihak pembeli dan penjual. Adakah pihak dominasi masih menguasai seluruh perdagangan? Adakah pihak dominasi masih mempunyai tenaga untuk menyerang? Secara umumnya, bayang atas yang panjang telah menunjukkan pihak pembeli tidak berjaya menyerang ke paras atas dan tenaganya sudah kehabisan. Masa ini kemungkinan besar pihak penjual akan menyerang balik, akibatnya harga akan jatuh. Bayang atas semakin panjang, isyarat kelemahan pihak pembeli semakin kuat. Bayang bawah yang panjang menunjukkan pihak penjual telah diserang balik oleh pembeli. Tekanan pembelian yang besar telah berjaya menawan pihak penjual, harga telah melantun ke paras yang lebih tinggi. Bayang bawah semakin panjang, isyarat kelemahan pihak penjual semakin kuat. JENIS CANDLESTICK Big Black Candle Biasanya, lilin ini mempunyai badan hitam yang panjang. Kewujudan lilin jenis ini selalu menunjukkan pihak penjual sedang menguasai seluruh perdagangan.

4

Analisa Teknikal

Big White Candle Biasanya, lilin ini mempunyai badan putih yang panjang. Tekanan yang kuat daripada pihak pembeli telah menguasai seluruh perdagangan.

Doji Terbentuk apabila nilai open dan close adalah sama. Panjang bayangan boleh berbezabeza. Dalam trend turun atau naik, doji memainkan sebagai satu isyarat pembalikan, tekanan pembelian adalah seimbang dengan tekan penjualan. Bayang atas dan bawah semakin panjang, isyarat pembalikan semakin kuat.

Long Lower Shadow Lilin putih yang mempunyai bayangan bawah yang panjang. Bayangan bawah yang panjang bermakna tekanan pihak pembeli telah berjaya menghalangkan penjatuhan harga dan berjaya menolak harga bergerak ke atas. Isyarat kelemahan pihak penjual tertunjuk.

5

Analisa Teknikal

Long Upper Shadow Lilin hitam yang mempunyai bayangan atas yang panjang. Bayangan atas yang panjang bermakna tekanan pihak penjual telah berjaya menghalangkan kenaikan harga dan berjaya menolak harga bergerak ke bawah. Isyarat kelemahan pihak pembeli tertunjuk.

HUBUNGAN HARGA-VOLUME Pengenalan Carta saham terdapat dua elemen yang penting, iaitu Harga dan Volume. Hubungan antara dua elemen ini berhubungkait dengan emosi dan pandangan pasaran. Maka dengan ini, pelabur mestilar memberi perhatian ke atas perubahan dua elemen ini pada masa yang sama. Biasanya, pemula hanya mementingkan perubahan Harga sahaja tetapi pakar selalu memerhatikan perubahan Harga dan Volume sekali. Jika pelabur memerhati elemen

6

Analisa Teknikal

Harga sahaja, tafsiran pelabur mudah dibiaskan kerana pergerakan Harga tidak boleh menggambarkan emosi pasaran sepenuhnya. Terdapat 6 jenis hubungan Harga-Volume yang asas: 1. Harga naik, Volume naik Keadaan ini menunjukkan pasaran yang beremosi positif, berpandangan optimistik serta berharapan tinggi terhadap saham. Jadi, keinginan pelabur untuk membeli saham tersebut sangat tinggi. Harga naik, Volume naik ialah satu tanda yang baik.

2. Harga naik, Volume turun Keadaan ini menunjukkan pasaran beremosi konservatif terhadap saham. Pelabur tidak ingin mengambil tindakan untuk membeli saham walaupun harga naik tetapi mereka lebih cenderung untuk menunggu dan memerhati prestasi pasaran pada masa ini. Harga saham tersebut kemungkinan besar akan patah balik kerana keinginan pelabur untuk membelinya sangat rendah. Harga naik, Volume turun ialah tanda yang tidak baik.

7

Analisa Teknikal

3. Harga sama, Volume naik Keadaan ini menunjukkan harga susah naik ke atas lagi walaupun banyak pelabur membeli saham. Tekanan penjualan amat tinggi sehingga tekanan pembelian tidak cukup besar untuk menolak saham bergerak ke atas. Oleh itu, pelabur harus berhati-hati dalam keadaan ini kerana saham tersebut mungkin akan jatuh.

8

Analisa Teknikal

4. Harga sama, Volume turun Keadaan ini menunjukkan pasaran ingin menunggu dan memerhati prestasi saham sebelum mengambil tindakan. Harga tidak bergerak kerana pihak pembeli dan pihak penjual kurang aktif dan tidak ambil tindakan.

9

Analisa Teknikal

5. Harga turun, Volume naik Keadaan ini menunjukkan emosi pasaran yang panik. Pasaran terkejut dan ingin lepaskan saham dalam masa singkat. Pelabur lebih cenderung untuk menjual saham walaupun transaksi dilaksanakan dalam paras harga yang rendah. Harga turun, Volume naik merupakan satu tanda yang tidak baik.

6. Harga turun, Volume turun Keadaan ini menunjukkan pihak penjual dalam pasaran semakin berkurang. Walaupun tekanan penjualan sedang berkurang, tetapi masa ini masih tidak sesuai untuk membeli saham kerana harga masih menurun. Pelabur harus menunggu sehingga harga saham menjadi stabil dan berehat pada suatu paras (tidak jatuh lagi). Lebih-lebih lagi, Volume berada pada tahap yang sangat rendah untuk suatu tempoh masa. Situasi ini jelas menunjukkan tekanan penjualan telah menjadi sangat rendah dan tidak berupaya menekan harga jatuh ke bawah lagi.

10

Analisa Teknikal

11

Analisa Teknikal

SOKONGAN DAN RINTANGAN Dalam konsep sokongan dan rintangan, pasaran saham dibagaikan seperti medan perang. Terdapat dua pasukan tentera di medan perang tersebut, 1.

Pihak pembeli yang berpandangan positif (Bull)

2.

Pihak penjual yang berpandangan negatif (Bear)

Dalam perang tersebut, kedua-dua pasukan akan meletakkan askar di tempat yang sesuai

untuk

mendirikan

kubu

pertahanan.

Kubu

tersebut

digunakan

untuk

mempertahankan serangan pihak lain. Dalam perdagangan saham, kubu-kubu yang didirikan boleh digambar sebagai tahap sokongan dan rintangan saham, satu tahap harga yang menghalang saham terus bergerak. Sokongan dan Rintangan Sokongan ialah tahap harga yang saham cenderung kepada berhenti dalam tren kejatuhan. 

Tekanan pembelian yang cukup besar telah wujud pada paras ini



berjaya menyokong kejatuhan saham



Pergerakan saham yang seterusnya bergantung kepada keadaan tekanan pembelian dan penjualan

Rintangan ialah tahap harga yang saham cenderung kepada berhenti dalam tren kenaikan. 

Tekanan penjualan yang cukup besar telah wujud pada paras ini



berjaya menghalang kenaikan saham



Pergerakan saham yang seterusnya bergantung kepada tekanan pembelian and penjualan

12

Analisa Teknikal

Hubungkait Sokongan dan Rintangan Sokongan akan bertukar menjadi tahap rintangan selepas saham berjaya memecah tahap sokongan. Sebaliknya, rintangan akan bertukar menjadi tahap sokongan selepas saham berjaya memecah tahap sokongan.

Tahap sokongan dan rintangan selalu wujud pada 1.

Fibonacci Retracement

2.

Tahap sokongan/rintangan yang lepas

3.

Harga dalam nombor bulat

Fibonacci Retracement Nisbah Fibonacci dipercayai merupakan satu siri nombor ciptaan tuhan yang ajaib: 0, 23.6, 38.2, 50, 61.8, 78.6, dan 100 Keunikan siri nombor ini tergambar dalam alam semula jadi seperti dunia haiwan, tumbuhan, manusia, pasaran saham dan lain-lain. Siri nombor ini sentiasa digunakan untuk meramal tahap sokongan dan rintangan saham. Dalam aplikasi Fibonacci Retracement, 1.

Satu titik permulaan dan titik perakhiran perlu ditentukan.

2.

Bahagikan jarak di antara titik permulaan dan perakhiran mengikut nisbah 0%, 23.6%, 38.2%, 50.0%, 78.6%, 100.0%.

13

Analisa Teknikal

3.

Harga pada siri Fibonacci tersebut merupakan tahap rintangan/sokongan yang diramalkan.

4.

Apabila

harga

saham

mendekat

tahap

nombor

Fibonancci,

tekanan

sokongan/rintangan kemungkinan besar akan wujud dan menghentikan pergerakan saham. Carta di bawah jelas menunjukkan pergerakan harga menghadapi sokongan dan rintangan apabila mendekati tahap Fibonacci Retracement. Garisan biru ialah tahap Fibonanci retracement (0%, 23.6%, 38.2%, 50.0%, 78.6, 100.0, 123.6, 138.2%, ……). Kawasan kuning merupakan tahap sokongan/rintangan yang mendekati Fibonacci Retracement.

14

Analisa Teknikal

Tahap sokongan/rintangan yang lepas Tahap sokongan/rintangan yang lepas memainkan peranan yang penting kerana ia mudah menjadi sokongan/rintangan saham pada masa depan. Kebanyakan pelabur akan merujuk kepada sejarah pergerakan saham, maka pelabur akan beli ketika saham jatuh ke tahap sokongan dan jual ketika saham naik ke tahap rintangan. Puncak dan lembah harga yang lepas juga merupakan tahap yang penting untuk memprediksi sokongan dan rintangan saham. Hal ini demikian kerana pasaran selalu mentafsirkan puncak sebagai titik penjualan dan lembah sebagai titik pembelian. Carta di bawah jelas menunjukkan tahap rintangan dan sokongan pada masa lepas ialah satu rujukan yang penting untuk meramalkan sokongan dan rintangan saham.

Harga dalam Nombor Bulat

15

Analisa Teknikal

Dalam pasaran saham, harga yang bernombor bulat selalu mempunyai tahap sokongan dan rintangan yang ketara. Konsep ini boleh diterangkan daripada sudut psikologi manusia. Manusia lebih sensitif terhadap nombor bulat dan teringin mengambil tindakan apabila harga mendekati nombor bulat. Contohnya, $1.00, $2.00, $3.00 dan sebagainya. Harga di nombor bulat biasanya akan mencetuskan emosi dan keinginan pelabur untuk membeli atau menjual.

CORAK CARTA Carta merupakan satu alat yang rekod pergerakan harga. Jadi, ketafsiran carta menjadi satu kemahiran pelaburan yang utama. Pelbagai jenis corak carta yang tampil di pasaran, pelabur selalu menghadapi kesulitan dalam analisi corak carta. Sebenarnya, corak carta yang berlainan boleh dikategorikan kepada 2 kumpulan corak yang asas sahaja. 1.

Corak pembalikan – ciri corak yang wujud ketika proses pembalikan sedang berlaku dalam suatu tren.

2.

Corak pembetulan – proses pembetulan sebelum pergerakan yang seterusnya.

16

Analisa Teknikal

HEAD AND SHOULDERS Pengenalan Corak carta Head and Shoulders merupakan corak pembalikan yang terkenal. Corak ini boleh dibahagikan kepada: 

Head and Shoulders Top



Head and Shoulders Bottom

Head and Shoulders terdiri daripada left shoulder, head, dan right shoulder serta satu paksi yang dilukis sebagai neckline.

Head and Shoulders Top Ciri-ciri yang unik dalam head and shoulders top ialah: 

Volume berkurang secara beransur-ansur dari left shoulder ke right shoulder.



Paksi yang menyambungkan dua lembah (right and left shoulder) dinamakan sebagai neckline, tahap sokongan yang ketara.

Pembentukan head and shoulders top selalunya bermulakan dengan harga bergerak ke atas secara beransur-ansur, tetapi ia terkena tekanan dari atas dan tidak berupaya mengatasi tekanan tersebut. Tekanan penjualan jauh lebih kuat daripada tekanan pembelian dan volume juga berkurang secara beransur-ansur. Keadaan ini menunjukkan sebahagian pelabur telah mula bimbang dengan tekanan penjualan saham tersebut. Isyarat kejatuhan menjadi lebih ketara apabila saham telah jatuh ke bawah neckline dan tidak berupaya melantun ke atasnya.

17

Analisa Teknikal

Head and shoulders Bottom Pembentukan ini mempunyai ciri-ciri yang terbalik daripada head and shoulders top. Corak head and shoulders bottom selalu membawa isyarat kenaikan. Semasa pembentukan ini, ciri-cirinya ialah:

18

Analisa Teknikal



Pergerakan harga selaras dengan volume: harga naik, volume naik; harga turun, volume turun.



Garisan yang menyambungkan dua puncak (right dan left shoulder) dinamakan sebagai neckline, tahap rintangan yang ketara.

Apabila harga berjaya memecahkan neckline dengan volume yang tinggi dan tidak jatuh ke bawah neckline lagi, maka isyarat kenaikan yang tercetus adalah kuat.

19

Analisa Teknikal

DOUBLE TOP/BOTTOM Pengenalan Double top dan double bottom juga merupakan corak pembalikan yang selalu wujud. Pelabur perlu memberi perhatian kepada pembentukan jenis corak ini supaya boleh mengambil tindakan pelaburan yang sesuai. Double top Ciri-ciri yang unik dalam double top ialah: 

Bentuknya sebagai perkataan “M” yang mempunyai dua puncak.



Satu garisan lurus yang dilukiskan untuk menyambung dua lembah dinamakan sebagai neckline, tahap sokongan yang ketara.



Volume di puncak kiri sentiasa lebih tinggi daripada puncak kanan.

20

Analisa Teknikal

Double top ialah corak yang membawa isyarat pembalikan dalam trend naik. Dua puncak yang agak sama tinggi menunjukkan harga tidak dapat memecahkan tahap rintangan yang wujud di paras puncak tersebut. Kekuatan isyarat kejatuhan dalam double top bergantung kepada: 

Ketinggian puncak kanan; puncak kanan lebih rendah daripada puncak kiri, menunjukkan isyarat kejatuhan yang lebih ketara.



Jarak di antara dua puncak; jarak di antara dua puncak semakin jauh, isyarat kejatuhan semakin kuat.



Jatuh ke bawah neckline; isyarat kejatuhan sudah boleh dipastikan jika harga jatuh ke bawah garisan ini dan tidak berupaya melantun ke atasnya.

21

Analisa Teknikal

Double bottom Ciri-ciri yang unik dalam double bottom ialah: 

Corak yang berbentuk “W”



Pergerakan harga selaras dengan volume: harga naik, volume naik; harga turun, volume turun.



Paksi lurus yang menyambungan 2 puncak dinamakan sebagai neckline, tahap rintangan yang ketara.

Double bottom ialah corak yang membawa isyarat kenaikan dalam trend turun. Dalam trend turun, dua lembah yang terbentuk menunjukkan harga telah menemui satu tahap sokongan yang kuat dan tidak jatuh ke bawahnya. Kekuatan isyarat kenaikan dalam double bottom bergantung kepada:

22

Analisa Teknikal



Ketinggian lembah kanan; lembah kanan lebih tinggi daripada lembah kiri menunjukkan isyarat kenaikan yang lebih kuat.



Melantun

ke

atas neckline; neckline adalah

tahap

rintangan

yang

kuat,

isyarat kenaikan sudah boleh dipastikan jika harga melantun ke atas garisan ini.

CUP AND HANDLES Pengenalan Cup and handle mempunyai corak yang bentuknya sama dengan cawan. Terdapat 2 jenis Cup and Handle: 

Cup and Handle



Inverted Cup and Handle

Cup and Handle Pembentukan ini berciri berikut: 

pergerakan harga selaras dengan volume.



Neckline yang terbentuk merupakan tahap rintangan yang kuat.



harga

memecah neckline dan

bergerak

pergerakan bullish akan melanjut.

23

ke

atasnya,

maka

Analisa Teknikal

Inverted Cup and Handle Inverted cup and handle mempunyai corak yang bentuknya terbalik dengan cup and handle. Dalam pembentukan ini, 

Pergerakan harga selalunya tidak selaras dengan volume.



Neckline yang terbentuk merupakan tahap sokongan yang kuat.



Isyarat bearish tercetus sekiranya harga jatuh ke bawah neckline.

24

Analisa Teknikal

25

Analisa Teknikal

BOX Box adalah corak pembetulan yang harga aset bergerak dalam satu jarak harga yang tetap. Box terdiri daripada kotak atas (tahap rintangan) dan kotak bawah (tahap sokongan) yang mengehadkan pergerakan harga. Semasa harga bergerak dalam box, arah tujunya selalu tidak jelas. Arah pergerakan saham hanya akan menjadi jelas apabila ia berjaya memecahkan kotak atas atau kotak bawah dengan volume yang tinggi. Oleh itu, pelabur hendaklah menunggu dan memberi perhatian kepada pergerakan yang berjaya memecahkan tahap atas atau bawah.

26

Analisa Teknikal

Harga memecahkan tahap kotak atas

27

Analisa Teknikal

Harga memecahkan tahap kotak bawah

28

Analisa Teknikal

TRIANGLE Pengenalan Triangles merupakan corak pembetulan yang berbentuk sama dengan segi tiga. Ciri-cirinya ialah: 

Jarak pergerakan harga smakin lama semakin sempit.



Upper trendline menyambung semua titik puncak.



Lower trendline menyambung semua titik lembah.



Trendlines menumpu

ke

titik

yang

sama, lower trendlines akan

bertemu

dengan upper trendline pada satu titik. 

Volume juga akan semakin berkurang untuk bereaksi dengan pergerakan harga yang semakin tidak aktik (bergerak dalam ruang yang sempit).

Apabila harga bergerak dalam triangle, dua trendlines yang membentukkan segi tiga itu memainkan peranan yang penting. Trendlines tersebut adalah tahap rintangan dan sokongan yang penting.

29

Analisa Teknikal

Harga bergerak ke atas dan memecahkan upper trendline dengan volume yang tinggi, bullish.

30

Analisa Teknikal

Harga bergerak ke bawa dan memecahkan bottom trendline dengan volume yang tinggi, bearish.

31

Analisa Teknikal

SIMPLE MOVING AVERAGE Simple moving average (SMA) ialah satu alat teknikal yang terkenal dengan penggunaannya yang mudah dan nilai kerujukan yang tinggi. Gangguan dan turun naik yang wujud dalam pergerakan harga harian boleh disingkirkan dan dineutralkan dengan aplikasi SMA. Formula SMA Formula Matematik SMA:

Contoh Penghitungan SMA 10 hari: Dalam setiap penghitungan SMA, jumlah harga 10 hari dibahagikan dengan 10 untuk mendapatkan harga purata. Untuk setiap hari yang berikutnya, data pertama dalam pengiraan sebelumnya akan dikeluarkan dan digantikan dengan data harian terbaru.

32

Analisa Teknikal

Fleksibiliti SMA SMA ialah satu penunjuk yang fleksibel kerana parameter “tempoh masa” boleh disesuaikan mengikuti kegemaran dan keperluan pelabur. Tempoh masa yang biasa digunakan dalam aplikasi SMA ialah 15, 20, 30, 50, 100 dan 200 hari. Intraday trader selalu menggunakan SMA dengan parameter 5, 10, 15 dan 60 minit dalam perdagangan hariannya. Walaupun fleksibiliti SMA tinggi, tetapi SMA boleh dibahagi kepada 3 jenis:

Secara amnya, 

Tempoh masa yang ditentukan semakin pendek, maka SMA tersebut semakin sensitif kepada perubahan harga.

33

Analisa Teknikal



Tempoh masa yang ditentukan semakin panjang, maka SMA tersebut semakin kurang sensitif kepada perubahan harga.

Fungsi dan Aplikasi SMA 1. Fungsi utama SMA ialah mengenalpasti trend. Ia merupakan satu lagging indicator, satu penunjuk yang hanya boleh memastikan trend yang telah ditubuhkan tetapi tidak boleh meramalkan trend yang akan datang. Trend naik mempunyai ciri-ciri yang berikut: 

SMA (jangka pendek, serdehana, panjang) menuju ke atas



Lembah yang terdiri semakin tinggi

Trend turun mempunyai ciri-ciri yang berikut: 

SMA (jangka pendek, serdehana, panjang) menuju ke bawah



Puncak yang terdiri semakin rendah

34

Analisa Teknikal

2. Momentum pergerakan hargajuga boleh digambarkan dalam SMA. Momentum ialah kekuatan pergerakkan dalam arah tertentu. Aplikasi ini menggunakan 3 SMA yang berlainan untuk mengukur momentum pergerakan harga aset. Contoh combinasi SMA dalam aplikasi ini ialah 10, 50 dan 100 hari. Arah pergerakan SMA yang akan menggambarkan kekuatan momentum. Momentum yang kuat bermaksud arah trend tidak mudah berubah dan tenaga yang besar telah wujud dalam pergerakan tersebut. 

Arah tuju ketiga-tiga SMA sama: momentum kuat.



Arah tuju ketiga-tiga SMA berbeza: momentum kurang.

35

Analisa Teknikal

3. Pencetus isyarat pembelian dan penjualan. Sepasang SMA akan digunakan dalam aplikasi ini,isyarat tercetus apabila crossover berlaku di antara SMA jangka pendek (sensitif) dengan SMA jangka panjang (kurang sensitif).

36

Analisa Teknikal

4. SMA sebagai tahap sokongan dan rintangan. Setiap saham mempunyai SMA yang unik dan berfungsi sebagai rujukan tahap sokongan dan rintangan yang tepat. SMA yang selalu berperanan sebagai tahap sokongan dan rintangan adalah: 

SMA 10 hari



SMA 20 hari



SMA 50 hari

37

Analisa Teknikal

MOVING AVERAGE CONVERGENCE DIVERGENCE Pada keakhiran tahun 1970-an, Gerald Appel telah berjaya mencipta suatu alat teknikal yang bernama Moving Average Convergence Divergence (MACD) yang terkenal dengan fungsinya dalam perdagangan pasaran saham dan komoditi. MACD terdapat 4 elemen yang perlu diberi perhatian: 

Garisan MACD



Garisan Signal



Garisan Neutral



Histogram

Penghitungan MACD

38

Analisa Teknikal

Formula matematik yang digunakan untuk pengiraan Garisan MACD: 1.

Garisan

MACD

=

(12 period Exponential

Moving

Average)

– (26

period Exponential Moving Average) 2.

Garisan Signal adalah 9 period Exponential Moving Average untuk Garisan MACD.

3.

Garisan yang bernilai O adalah garisan neutral.

4.

Histogram merupakan hasil penolakan Garisan MACD dan Signal.

Parameter Piawai Parameter piawai yang digunakan dalam penghitungan MACD adalam 12 EMA dan 26 EMA. Garisan signal piawai yang digunakan adalah 9 EMA. Walaupun pelabur boleh mengubahkan parameter ini mengikut strategik pelaburan, tetapi pelabur digalakkan menggunakan parameter piawai sebelum membiasakan diri dengan penggunaan penunjuk teknikal ini. Aplikasi 1. Crossover di antara Garisan Signal dan MACD dijadikan sebagai isyarat pembelian dan penjualan. Apabila MACD cross garisan Signal dan jatuh ke bawahnya. Isyarat penjualan tercetus. Apabila MACD cross garisan Signal dan naik ke atasnya. Isyarat pembelian tercetus. Graf histogram merupakan penunjuk awal bagi isyarat crossover. Sebelum crossover berlaku, histogram yang terbentuk akan semakin kecil. Perubahan histogram

39

Analisa Teknikal

membolehkan pelabur memberikan perhatian kepada crossover yang akan berlaku tidak lama lagi.

2. Divergence yang berlaku apabila gerakan saham tidak selaras dengan MACD, MACD memberikan isyarat teknikal bahawa tren semasa saham akan berakhir tidak lama lagi. Bullish divergence – MACD membentuk lembah yang semakin tinggi sewaktu saham membentuk lembah yang semakin rendah. MACD memberikan isyarat kenaikan.

40

Analisa Teknikal

Bearish Divergence – MACD membentuk puncak yang semakin rendah sewaktu saham membentuk puncak yang semakin tinggi. MACD memberi isyarat kejatuhan.

41

Analisa Teknikal

3. Garisan neutral adalah tahap sokongan dan rintangan yang ketara bagi penunjuk MACD. Saham cenderung kepada melantun ketika MACD mendapat sokongan daripada garisan neutral. Saham cenderung kepada jatuh ketika MACD menghadapi rintangan pada garisan neutral.

42

Analisa Teknikal

43

Analisa Teknikal

RELATIVE STRENGTH INDEX Relative Strength Index (RSI) merupakan salah satu penunjuk yang diciptakan oleh J.Welles Wilder pada tahun 1970-an dan pertama kali diterbitkan dalam bukunya “New Concept in Technical Trading Systems”. Penunjuk ini terkenal dengan penggunaannya yang mudah serta nilai rujukan yang tinggi. Penunjuk RSI direkakan untuk mengukur kekuatan relatif pasaran berdasarkan perbandingan antara kenaikan dan penurunan yang ditampilkan dalam bentuk indeks yang bergerak daripada skala 0 sehingga 100. Formula:

N = purata kenaikan harga selama n hari T = purata penurunan harga selama n hari Zon Indeks Nilai RSI berskala dari 0 – 100. Zon yang berlainan membawa mesej yang berbeza. 80 ke atas - Zon jenuh beli (overbought) 51 ke atas - Tekanan pembelian yang tinggi Paras 50 - Neutral. Tekanan pembelian seimbang dengan tekanan penjualan 49 ke bawah – Tekanan penjualan yang tinggi 20 ke bawah – Zone jenuh jual (oversold)

44

Analisa Teknikal

Fleksibiliti RSI menggambarkan tekanan pembelian atau penjualan yang wujud dalam satu tempoh masa, n. Parameter, n dalam formula RSI boleh disesuaikan mengikuti keperluan dan strategik pelabur. 

Parameter masa piawai ialah 14



Parameter masa semakin pendek, RSI menjadi sensitif dan menghasilkan banyak isyarat



Parameter masa semakin panjang, RSI menjadi kurang sensitif dan kurang menghasilkan isyarat

Zon Overbought dan Oversold juga boleh disesuaikan mengikut strategik pelabur. Misalnya, pasangan level (20,80) dan level (30,70) selalu ditentukan sebagai zon oversold dan overbought. Aplikasi RSI 1. Isyarat Overbought dan Oversold Aplikasi ini adalah berdasarkan prinsip bias dalam pergerakan saham. 

saham akan mengalami pembetulan jika naik terlalu banyak (overbought)



saham akan melantun jika jatuh terlalu banyak (oversold)

45

Analisa Teknikal

Pelabur bukan sahaja memerhati isyarat yang dihasilkan daripada RSI tetapi juga perlu memerhati gerakan harga. Pelabur hanya boleh mengambil tindakan sekiranya gerakan harga selaras dengan isyarat RSI yang tercetus. 

RSI jatuh ke zon oversold, gerakan harga perlu menunjukkan kejatuhannya telah berhenti dan mula naik dengan perlahan.



RSI naik ke zon overbought, gerakan harga perlu menunjukkan kenaikannya telah menjadi lemah dan mula turun dengan perlahan.

46

Analisa Teknikal

2. Harga bergerak dalam BOX Fungsi utama penunjuk RSI adalah untuk mengesan tahap sokongan dan rintangan saham. Apabila saham bergerak dalam corak kotak, tahap sokongan(kotak bawah) dan rintangan(kotak atas) amat ketara. Biasanya, tahap rintangan akan wujud di kotak atas apabila RSI berada dalam zon overbought. Apabila harga menemui sokongan dari kotak bawah, indeks RSI akan berada dalam zon Oversold.

3. Divergence Divergence adalah situasi yang berlaku apabila gerakan indeks RSI berbeza dengan gerakan harga.

47

Analisa Teknikal

Divergence positif – harga membentuk lembah yang semakin rendah; RSI tidak mengikut pergerakan harga tetapi mengarah ke atas. Isyarat pembelian tercetus. Divergence negatif – harga membentuk puncak yang semakin tinggi; RSI tidak mengikut pergerakan harga tetapi mengarah ke bawah. Isyarat penjualan tercetus. Carta di bawah menunjukkan Divergence Positif. RSI sepatutnya membentuk indeks yang berparas sama (lembah harga berhenti pada paras yang sama), tetapi RSI berbeza daripada gerakan harga dan membentuk lembah yang semakin tinggi. RSI telah memberi isyarat bahawa harga akan naik.

Carta di bawah menunjukkan Divergence Negatif. RSI sepatutnya membentuk puncak yang semakin tinggi sewaktu puncak harga yang terbentuk semakin tinggi, tetapi RSI berbeza daripada gerakan harga dan membentuk puncak RSI yang semakin rendah. RSI telah memberi isyarat bahawa harga akan turun.

48

Analisa Teknikal

4. Failure Swing Failure swings merupakan aplikasi RSI yang unik. Aplikasi ini bebas daripada gerakan harga tetapi hanya fokus dalam gerakan RSI. Failure swings Bottom – RSI jatuh ke bawah 30, lantun ke atas, jatuh lagi tetapi berjaya berdiri di atas 30, seterusnya ia mula bergerak ke atas tanpa kembali balik.

Failure swings Top – RSI naik ke atas 70, jatuh ke bawah, naik lagi tetapi gagal menyeberang 70, seterusnya ia mula jatuh ke bawah tanpa lantun balik.

49

Analisa Teknikal

STOCHASTIC Stochastic adalah salah satu teknikal indikator yang popular dalam perdagangan saham. Alat teknikal ini diciptakan oleh George C.Lane pada keakhiran tahun 1950-an. Teori penciptaan stochastic adalah berdasarkan kedudukan harga tertutup pada julat puncak-lembah yang lepas. Pencipta tersebut yakin bahawa saham akan mengalami pembetulan jika kedudukan relatif adalah tinggi; kedudukan relatif yang rendah akan menyebabkan lantunan berlaku. Selain itu, prinsip momentum juga diutamakan dalam penggunaan stochastic. Momemtum sentiasa berubah sebelum arah gerakan saham berubah. Formula dan penggunaan Stochastic agak sama dengan Relative Strength Index (RSI). Oleh itu, kombinasi 2 penunjuk teknikal ini selalu digunakan untuk menghasilkan keputusan yang lebih baik. Formula Stochastic %K = (Harga Tutup – Lembah)/(Puncak – Lembah) * 100 %D = Simple Moving Average 3 hari untuk %K

50

Analisa Teknikal

Lembah = Harga terendah yang terbentuk pada suatu tempoh masa Puncak = Harga tertinggi yang terbentuk pada suatu tempoh masa Parameter masa yang piawai adalah 14. Stochastic bergerak dalam skala 0 hingga 100. Aplikasi 1. Isyarat Overbought dan Oversold. Overbought = Stochastic berdiri di atas paras 80. Oversold = Stochastic berdiri di bawah paras 20. Pasangan overbought dan oversold yang piawai adalah (80 , 20). Terdapat pelabur yang menggunakan pasangan nilai (70 , 30) sebagai pencetus isyarat.

51

Analisa Teknikal

2. Divergence yang berlaku ketika gerakan saham tidak selaras dengan penunjuk Stochastic. Stochastic memberikan isyarat teknikal bahawa tren semasa saham akan berakhir tidak lama lagi. Momemtum stochastic sentiasa bergerak di depan gerakan saham. Bullish divergence – Stochastic membentuk lembah yang semakin tinggi sewaktu saham membentuk lembah yang semakin rendah. Isyarat kenaikan dipastikan apabila Stochastic naik ke atas paras 50.

52

Analisa Teknikal

Bearish Divergence – Stochastic membentuk puncak yang semakin rendah sewaktu saham membentuk puncak yang semakin tinggi. Isyarat kejatuhan dipastikan apabila Stochastic jatuh ke bawah paras 50.

53

Analisa Teknikal

BOLLINGER BANDS Harga saham sekarang berada pada paras tinggi atau rendah? Salah satu kesusahan yang dihadapi oleh pelabur adalah ketidaktahuan tentang paras saham…Beli pada pucuk…Jual pada lembah… Sekarang saya akan memperkenalkan satu penunjuk teknikal kepada anda. Bollinger Bands Saya

yakin

Bollinger

Bands

dapat

bantu

anda menjawab pertanyaan

dalam

penentuan strategik supaya keuntungan anda ditingkatkan. Bollinger Bands adalah teknikal indikator yang diciptakan oleh John Bollinger pada tahun 1980-an. Teknikal indikator ini terdiri daripada 3 garisan yang dinamakan:

54

Analisa Teknikal



Upper band



Middle band



Lower band

Bollinger bands berfungsi sebagai terowong saham, arah gerakan saham sentiasa selaras dengan middle band. Kajian statistik menunjukkan 90% gerakan saham terbentuk dalam terowong ini. Secara amnya, saham naik dekat upper band, kedudukan relatif saham adalah tinggi; sebaliknya, kedudukan relatif saham adalah rendah jika saham jatuh dekat lower band. Pencipta Bollinger Bands menekan bahawa Bollinger Bands tidak memberi isyarat pembelian/penjualan, penunjuk teknikal ini hanya memberitahu kedudukan relatif saham (sama ada kedudukan saham tinggi atau rendah). Dalam tren naik yang ketara, saham selalu bergerak dekat upper band. Sama juga dalam tren turun, saham selalu dekat lower band. Kadang-kala, pengguna salah faham konsep Bollinger Bands, tersilap guna Bollinger Bands sahaja untuk beli dan jual saham. Di sini, saya tekan lagi aplikasi Bollinger Bands adalah untuk menguji kedudukan relatif saham tetapi bukan memberi isyarat beli/jual.

55

Analisa Teknikal

Gambar rajah di bawah boleh meningkatkan kefahaman anda terhadap fungsi Bollinger Bands: 

Sebagai terowong saham



90% gerakan saham berlaku dalam terowong



Tidak memberi isyarat beli/jual



Kenalpasti kedudukan relatif saham

Selain itu, Bollinger Bands perlu digunakan bersama teknikal indikator yang lain untuk memberikan isyarat beli/jual. Kajian John Bollinger menunjukkan ketepatan isyarat beli/jual boleh ditingkatkan dalam kombinasi Bollinger Bands dengan teknikal indikator lain. Penunjuk teknikal yang selalu dipasangkan dengan Bollinger Bands adalah

56

Analisa Teknikal



Relative Strength Index (RSI)



Stochastic



Moving Average Convergence Divergence (MACD)

Kesimpulannya, banyak Top Trader di dunia ini menggunakan Bollinger Bands sebagai asas sistem perdagangan saham. Teknikal indikator yang lain hanya berfungsi sebagai rujukan beli/jual dalam sistem perdagangan. Dalam tren naik, Trader selalu abaikan isyarat overbought kerana momentum saham yang kuat akan meneruskan kenaikannya, manakala, nilai rujukan isyarat oversold yang dijanakan adalah lebih tinggi. Sebaliknya, dalam tren turun, isyarat oversold selalu diabaikan; ketepatan isyarat overbought adalah lebih tinggi.

57

Analisa Teknikal

TIPS PEMILIHAN KAUNTER PELABURAN Berapakah syarikat yang tersenarai dalam Bursa Malaysia? Saya telah melayari laman web Bursa Malaysia dan informasi yang saya dapatkan adalah seperti berikut:

Data ini menunjukkan 906 syarikat tersenarai dalam pasaran kita. Mampukah kita menjalankan analisa fundamental dan teknikal ke atas kaunter yang banyak ini untuk memilih sasaran pelaburan? Adakah anda juga menghadapi masalah ini? Saya juga seorang pelabur runcit. Oleh itu, saya jelas dengan masalah yang dihadapi oleh pelabur runcit. Hari ini saya ingin berkongsi suatu pendekatan yang boleh memudahkan proses pemilihan sasaran pelaburan, iaitu top down approach. Top Down Approach

58

Analisa Teknikal

Prinsip utama kaedah ini adalah kaji dan analisis situasi keseluruhan pasaran dulu, lepas itu melanjutkan kepada sektor yang berlainan. Akhirnya, kita akan fokus dalam individu kaunter yang terdapat dalam sektor yang baik. Sekiranya prestasi keseluruhan pasaran baik, maka kita perlu meneruskan kajian ke peringkat kedua – cari sektor yang sedang melambung. Selepas kenalpasti sektor, kaunter yang kita perlu kaji hanya terhad kepada syarikat yang dalam sektor tersebut. Kaedah ini telah banyak jimat masa kita, betulkan? Sebaliknya, situasi keseluruhan pasaran kurang baik, maka kita tidak perlu meneruskan kepada proses analisis sektor. Biasanya, kebanyakan kaunter berprestasi lemah dalam pasaran yang kurang baik. Jadi, pelabur harus elakkan diri daripada pasaran pada masa ini.

Peringkat 1: Market Index Kaji dan analisis situasi Kuala Lumpur Composite Index (KLCI). Tren naik, tren turun atau tidak terdapat arah tuju yang jelas?

Kenalpasti Tren Utama

59

Analisa Teknikal

Salah satu kesilapan pelabur ialah jual saham yang dalam tren naik apabila pembetulan berlaku. Pembetulan yang sentiasa wujud dalam tren naik akan menyebabkan pelabur panik dan terjual kaunternya. Sebenarnya, kebanyakan kaunter dapat melantun lebih tinggi daripada sebelumnya selepas pembetulan. Sebaliknya, lantunan yang berlaku dalam tren turun hanya berlangsung sementara. Beli lantunan dalam tren turun juga akan membunuh pelabur. Apakah sebab yang menyumbang kepada semua kesilapan tersebut? Kekurangan pengetahuan dan ilmu dalam mengenalpasti tren utama! Bagaimanakah kita boleh mengenalpasti tren utama? Hari ini saya ingin berkongsi cara yang berkesan dengan anda! Cara ini saya telah guna selama 5 tahun.

Sekarang, anda perlu buat mengikut langkah yang saya tulis di bawah: 1.

Buka carta mingguan saham

2.

Lukiskan upper trendline yang menyambung titik puncak

3.

Lukiskan lower trendline yang menyambung titik lembah

4.

Lukiskan garisan sokongan dan rintangan

5.

Masukkan Simple Moving Average (SMA) 10 Minggu

60

Analisa Teknikal

OK! Carta saham yang berada di mata depan anda sudah boleh memberitahu tren utama yang sedang berlangsung! Anda hanya perlu merujuk kepada ciri-ciri tren yang saya rumuskan di bawah. Tren Naik Ciri-ciri tren naik: 

Saham bergerak dalam saluran naik yang terdiri daripada upper & lower trendline



Paras sokongan dan rintangan yang semakin tinggi



SMA 10 Minggu menuju ke atas



Pembetulan pasaran sentiasa diiringi dengan volume yang kecil

Tren Turun Ciri-ciri tren turun: 

Saham bergerak dalam saluran turun yang terdiri daripada upper & lower trendline



Paras sokongan dan rintangan yang semakin rendah



SMA 10 Minggu menuju ke bawah



Lantunan sentiasa diiringi dengan volume yang kecil

Bertindak Ikut Tren Setiap pelabur yang bijak akan mengkaji tren utama saham dulu sebelum melompat ke dalamnya. Jika tren utama saham adalah naik, maka anda boleh beli saham dengan harga lebih murah dalam pembetulan sementara. Jika saham dalam tren turun, anda dapat elakkan diri membeli dalam lantunan palsu.

61

Analisa Teknikal

Peringkat 2: Sektor Sektor yang berlainan akan mempunyai prestasi yang berbeza. Dalam peringkat ini, kita akan mencari sektor yang sedang melambung! Tema dan isu yang hangat akan memberi kesan kepada keseluruhan kaunter dalam sektor tertentu. Semua tema dan isu yang berlaku di kehidupan harian akan memberi impak kepada sektor yang tertentu. Contoh: 1. Pihak syarikat Petronas mengumumkan anugerah sesiri kontrak yang penting kepada sektor oil & gas. 2. Tragedi penerbangan MH-17 akan memberi kesan negatif kepada seluruh sektor penerbangan. 3. Pelaksanaan GST akan memberi impak negatif kepada sektor retail kerana perbelanjaan pengguna akan berkurang. 4. Penyebaran penyakit SARS yang berleluasa akan membangkitkan sektor hospital. Peringkat 3: Individu Saham Dalam peringkat ini, kita hanya perlu fokus kepada syarikat terlibat dalam sektor yang sedang melambung. Skop pilihan kaunter kita sudah menjadi kecil. Pada masa ini, kita menjalankan analisa fundamental dan analisa teknikal untuk menyingkirkan syarikat yang tidak memuaskan. Contoh: Saya akan menyenaraikan semua Price Earning Ratio (PE) untuk semua syarikat dalam sektor tersebut. Seterusnya, syarikat yang bernilai PE tinggi akan disingkirkan. Maka dengan ini, skop pilihan saya menjadi lagi kecil.

Top Down Approach adalah pendekatan kegemaran saya kerana kaedah ini telah banyak mempercepatkan proses pemilihan kaunter. Harap kaedah yang saya kongsikan di sini dapat membantu anda.

62

Analisa Teknikal

KENALPASTI TREN UTAMA

Salah satu kesilapan pelabur ialah jual saham yang dalam tren naik apabila pembetulan berlaku. Pembetulan yang sentiasa wujud dalam tren naik akan menyebabkan pelabur panik dan terjual kaunternya. Sebenarnya, kebanyakan kaunter dapat melantun lebih tinggi daripada sebelumnya selepas pembetulan. Sebaliknya, lantunan yang berlaku dalam tren turun hanya berlangsung sementara. Beli lantunan dalam tren turun juga akan membunuh pelabur. Apakah sebab yang menyumbang kepada semua kesilapan tersebut? Kekurangan pengetahuan dan ilmu dalam mengenalpasti tren utama! Bagaimanakah kita boleh mengenalpasti tren utama? Hari ini saya ingin berkongsi cara yang berkesan dengan anda! Cara ini saya telah guna selama 5 tahun.

63

Analisa Teknikal

Sekarang, anda perlu buat mengikut langkah yang saya tulis di bawah: 1.

Buka carta mingguan saham

2.

Lukiskan upper trendline yang menyambung titik puncak

3.

Lukiskan lower trendline yang menyambung titik lembah

4.

Lukiskan garisan sokongan dan rintangan

5.

Masukkan Simple Moving Average (SMA) 10 Minggu

OK! Carta saham yang berada di mata depan anda sudah boleh memberitahu tren utama yang sedang berlangsung! Anda hanya perlu merujuk kepada ciri-ciri tren yang saya rumuskan di bawah. Tren Naik Ciri-ciri tren naik: 

Saham bergerak dalam saluran naik yang terdiri daripada upper & lower trendline



Paras sokongan dan rintangan yang semakin tinggi



SMA 10 Minggu menuju ke atas



Pembetulan pasaran sentiasa diiringi dengan volume yang kecil

Tren Turun

64

Analisa Teknikal

Ciri-ciri tren turun: 

Saham bergerak dalam saluran turun yang terdiri daripada upper & lower trendline



Paras sokongan dan rintangan yang semakin rendah



SMA 10 Minggu menuju ke bawah



Lantunan sentiasa diiringi dengan volume yang kecil

Bertindak Ikut Tren Setiap pelabur yang bijak akan mengkaji tren utama saham dulu sebelum melompat ke dalamnya. Jika tren utama saham adalah naik, maka anda boleh beli saham dengan harga lebih murah dalam pembetulan sementara. Jika saham dalam tren turun, anda dapat elakkan diri membeli dalam lantunan palsu.

Semoga blog ini dapat menambahkan ilmu pelaburan anda. =)

65

View more...

Comments

Copyright ©2017 KUPDF Inc.
SUPPORT KUPDF