Teknik Simple 5pips 1

January 1, 2018 | Author: Adhetya Pratama | Category: N/A
Share Embed Donate


Short Description

Teknik 5 pips...

Description

TEKNIK SIMPLE 5PIPS TEKNIK RAHSIA [YANG XBERAPA RAHSIA ;)] BAGAIMANA SEORANG TRADER BIASA MAMPU GAIN 14000++% DALAM 2 BULAN.

OLEH KERAMAT FX TRADER https://www.facebook.com/keramatfxtrader (DAH TAHU FB AKU, ADD LERRRR) :)

PENGENALAN PENULIS/TRADER HINGUSAN

 Mengenali FOREX lebih dari 10 tahun semasa umur 18tahun.  Seorang yang tidak pernah give up dalam FOREX walaupun berkali jatuh tersungkur. (poyooo je).  Lahir di kl, tinggal di kl, hidup mati kl bebb…  Nama cukup sekadar dikenali sebagai IDIN KERAMAT Trader.  Seorang Full Time Trader (buat masa ini).  Seorang FX trader, seorang COPYTRADE MANAGER, seorang AFFILIATER dan seorang insan yang memberi PERSONAL COACHING.  Sudah berkahwin (tolong jangan ngorat I tau…aleew).  TIPS - Nak FTT, jangan self trade je…rugi, buang ego, jangan dihina orang buat kelas, jgn di hina orang buat affiliate, jgn dihina orang yang buat PC.

PENGENALAN TEKNIK 5PIPS Sedikit pengenalan ringkas mengenai teknik ni. Tiada teknik yang HOLYGRAIL dekat dunia ni yang konon tiada loss dan sentiasa profit. Teknik ini lebih kepada pengalaman penulis yang mungkin setiap orang yang belajar akan berbeza RESULTnya. Jadi lapangkan dada, serap ilmu yang berguna. Jika tidak sesuai sila lah jangan dihina trader hingusan ini ya…muahhhhcikedd…

(SUMBER BUKTI REPORT ACCOUNT) https://www.facebook.com/photo.php?fbid=1743695972519479&set=a.14 17583971797349.1073741828.100006372796442&type=3&theater

Teknik ini aku guna masa akaun aku mc. Baki akaun tinggal usd1.89 je. Sedih beb, tapi aku cuba juga trade guna teknik ni dan Alhamdulillah dapat pulang modal dalam masa lebih kurang 2bulan.

PENAFIAN Aku tak janjikan bulan dan bintang untuk siapa yang guna teknik ni. Korang boleh serap ilmu ni, kaji dan buat la test tengok leh pergi ke tak. Teknik ini agak berisiko sebab tiada SL. Jadi pepandai la korang olah ikut kesesuaian.

Teknik ini aku tidak gunakan lagi sebab aku ada trading style sendiri, tapi aku selalu kaji dan tengok yang teknik ni masih relevan di gunakan. Sesuai untuk yang baru atau yang tak pernah rasa hasil profit dan WD.

Kepada masta-masta, otai-otai, teknik ni mungkin simple dan cikai je. Untuk pendatang baru mungkin sangat sesuai untuk di gunakan. Ok jom aku pun malas nak bebel pepanjang, kang nyampah lak korang ye..

p/s - Terus terang aku guna bahasa pasar, sebab aku prefer cara macam berborak dengan rakan-rakan trader. Harap korang boleh paham ape yang kau tulis. Ok tq…muahhhcikedd…hehehe..

SETTING TEKNIK 5PIPS Teknik ni menggunakan beberapa indicator dan indicator ni memang indicator common yang selalu kita tengok orang pakai.

1. Bollinger band (standard) 2. Stochastic (12,3,3) 3. Rsi (5)

Ini hasil selepas masukkan semua indicator. Cara nak masukkan dan setting nanti aku share untuk setiap indicator.

1.Bollinger band

Pergi ke MT4, klik insert--> indicator ---> Trend---> Bollinger Band.

2.Stochastic (12,3,3)

Pergi ke MT4, klik insert--> indicator ---> Oscillators---> Stochastic Oscillator

Untuk parameter, sila set mengikut nilai dalam gambar.

Untuk levels, sila masuk nilai 20,30,70 dan 80. Klik ADD untuk masukkan nilai level tersebut.

3.RSI (5)

Pergi ke MT4, klik insert--> indicator ---> Oscillators---> Relative Strength Index.

Setkan paramater seperti dalam gambar.

CARA PENGGUNAAN INDICATOR TEKNIK 5PIPS Aku tak kan cerita mengenai setiap indicator sebab itu semua boleh google dan indicator ini sangat lah common. Jadi rajin-rajin lah google ape function setiap indicator yang telah dipasang.

Aku akan share cara macamana nak entry menggunakan teknik 5pips ni.

SIGNAL BUY

SYARAT UNTUK BUY 1. Price langgar/reject low BB. 2. Stoch berada di kawasan level 30/20 atau bawah 20 (Pastikan kedudukan stoch bersilang keatas) 3. RSI sentuh level 30.

SIGNAL SELL

SYARAT UNTUK SELL 1. Price langgar/reject UPPER BB. 2. Stoch berada di kawasan level 70/80 atau atas 80 (Pastikan kedudukan stoch bersilang kebawah) 3. RSI sentuh level 70.

Setiap position mestilah tunggu candle close pada timeframe m30 atau h1. Dan tp ada lah 5pips sahaja. Ini bermaksud, bila candle close terus tekan sell atau buy dengan mengunakan lot yang sesuai. Selepas itu baru set kan nilai TP sebanyak 5pips.

Amacam?? simple tak cara nak entry? Mungkin dari gambaran agak sukar nak tengok. Nanti boleh cuba di DEMO akaun untuk lebih faham dengan syarat entry ni.

Untuk teknik ini, ada kelemahan dimana ia tidak menggunakan stop loss. Jadi agak berisiko pada akaun. Teknik ini jugak akan menjadi risiko bila price berlawanan dengan position yang kita enter. Tapi boleh menggunakan tip-tips dibawah untuk mengurangkan risiko.

Tip-tips untuk entry. 1. Untuk setiap 100usd modal, buka hanya 0.01 lot = 10sen. 2. Boleh trade max 2pair dalam satu masa. 3. Jika sebagai contoh kita enter position sell 1, dan price terus naik dan kita lihat ada lagi signal sell, buka position sell 2 dan setkan tp sell 2 kepada nilai entry sell 1. (memerlukan sedikit kajian dan skill) 4. Jika korang dah biasa, dan yakin, boleh set tp ke 10-15pips.

5. Gunakan pair yang paling rendah spread 1-3pips. Lagi kecil lagi bagus. 6. Pair yang sesuai audusd, nzdusd dan eurusd. Boleh buat kajian keatas pair-pair lain. 7. Kalau korang ada skill seperti divergence, SNR, CRS dan lain-lain mungkin boleh gabungkan untuk ketepatan entry yang lebih jitu. 8. Kalau boleh elakkan trade semasa news-news besar.

PESANAN IKHLAS DARI PENULIS/TRADER CIKAI Aku cuma nak pesan, dalam FOREX ini ada risiko. Hadap risiko ni betul-betul baru la kental korang nak jump dalam industry ni. Forex ini kita target satu je PROFIT. Make it simple, cari yang sesuai dengan jiwa korang. Mungkin teknik ni tidak sesuai untuk semua orang. Jadi kalau ase berguna sebarkan lah yee…

Aku doakan kepada trader-trader yang mungkin sebelum ni xpernah profit dan withdraw, diberikan kelapangan dada untuk menyerap ilmu teknik ini dan mampu buat profit dan withdraw. Kepada yang otai-otai, maaf lah kalah teknik ini xsegah seperti yang korang harap, tapi aku yakin ia mampu memberikan profit kat trader-trader yang sentiasa loss.

Niat aku ikhlas nak mencari rakan-rakan trader dari seluruh malaysia dan mesti ramai xkenal pun sapa KERAMAT FX TRADER ni. Tapi aku cuma trader biasa yang mencari rezeki melalui FX.

Akhir kata, maju lah forex untuk negara..cewwwah.. jangan la gado-gado, jgn la kutuk kutuk sangat teknik orang lain or hina trader lain. MUAHHHHHCIKEDDD…kekekekek..

RESULT TEKNIK SIMPLE 5PIPS

Ini result masa seminggu sebelum ebook teknik ini aku share kat korang. Result ini live account usd95. now dah jadi usd114. Lebih kurang 20% seminggu. Kalau ikut kiraan matematik, kalau maintain 20% seminggu, sebulan dah jadi 80%. Teknik yang simple, tapi boleh bagi pulangan lumayan.

Teknik ni bukan lah perfect, tapi insya allah boleh lah buat profit untuk sesiapa yang selalu loss dan tak pernah withdraw. Aku doakan korang semua dapat sedut ilmu ini dan amalkan, cuba amalkan 6bulan minimum guna teknik ni. Kalau tak berkesan juga aku minta maaf yeee…

PENUTUP

1. Dah baca habis kan? Dah add aku kat facebook? Belum lagi? Ishishish…nahh add cepat..kita jadi kawan Facebook.com/keramatfxtrader

2. Mencari broker terbaeeekk?? Daftar dekat sini https://goo.gl/QUdR71

3. Mencari platform copytrade terhangat?? Daftar di sini https://goo.gl/WrsydX

4. Nak Personal Coaching?? Try la tanya-tanya kat FB ye…

View more...

Comments

Copyright ©2017 KUPDF Inc.
SUPPORT KUPDF