Tekanan Emosi Dalam Kalangan Guru Dan Murid
March 5, 2017 | Author: mizlolz | Category: N/A
Short Description
Tekanan emosi dalam kalangan guru...
Description
TEKANAN EMOSI DALAM KALANGAN GURU DAN MURID Fenomena tekanan emosi yang berlaku dalam bidang pendidikan pada masa kini bukanlah perkara yang baru lagi. Hal ini telah lama diperkatakan dan dibincangkan tidak kira oleh para pengamal media mahupun masyarakat sendiri. Tekanan emosi ini bukan sahaja berlaku kepada warga pendidik tetapi juga berlaku kepada murid. Hal ini sememangnya membimbangkan kerana sekolah merupakan tempat menimba ilmu dan pengetahuan. Masalah yang berlaku ini akan menyebabkan perkembangan pendidikan terbantut dan tidak berkualiti.
Tekanan ataupun stres merupakan reaksi fizikal dan mental emosi seseorang akibat sesuatu situasi yang menyebabkan seseorang itu tidak mendapat keselesaan hidup (Mohd Salleh, 1994). Stres juga boleh diertikan sebagai jenis desakan yang memberikan kesan terhadap kehidupan seharian seseorang. Kesan daripada desakan ini sama ada baik atau buruk bergantung kepada tindak balas yang menyebabkan stress (Mohd Azhar, 2004). Menurut Hatta dan Mohamed (2005), mentakrifkan stress sebagai tindak balas minda dan fizikal yang terhasil daripada permintaan mengikut sesuatu keadaan atau tempat. Stress terjadi akibat perubahan yang berlaku di dalam tubuh dan mempunyai kaitan dengan alam sekeliling. Nor Hanani (2007) pula menyatakan stress merangkumi tekanan, beban, konflik, keletihan, ketegangan, panik, perasaan gemuruh, kemurungan dan hilang daya. Gejala stress ini terhasil apabila seseorang itu berasa keperluannya melebihi daripada keupayaan yang ada pada dirinya.
Secara kesimpulannya, tekanan emosi atau stress merupakan gangguan emosi, proses pemikiran dan keadaan fizikal seseorang yang terganggu disebabkan menerima sesuatu yang berada di luar kebiasaan atau kemampuan dirinya. Hal ini menyebabkan tekanan emosi berlaku dalam diri individu tersebut. Ringkasnya definisi tekanan emosi atau stress boleh dilihat seperti rajah 2.0.
Stres adalah rekasi fizikal dan mental emosi akibat tidak mendapat keselesaan hidup (Mohd Salleh, 1994)
Stres ialah jenis desakan yang memberi kesan kepada kehidupan seseorang (Mohd Azhar, 2004)
Stres sebagai satu tindak balas minda dan fizikal yang terhasil daripada permintaan (Hatta dan Mohamed, 2005)
Stres merangkumi tekanan, beban, konflik, keletihan, ketegangan, panik, perasaan gemuruh, kemurungan dan hilang daya (Nor Hanani, 2007)
Rajah 2.0 Definisi tekanan emosi
Dalam bidang pendidikan, tekanan emosi dalam kalangan guru dan murid bukanlah menjadi perkara asing lagi. Malahan, isu dan kes tekanan emosi ini telah menjadi tajuk utama di dada-dada akhbar tempatan setiap tahun. Begitu juga dengan kajian-kajian ilmiah yang telah dibuat oleh ahli-ahli akademik mengenai fenomena ini menunjukkan bahawa isu ini semakin meningkatkan dan membimbangkan. Antara akhbar utama negara iaitu Berita Harian pada tahun 2011 telah melaporkan bahawa pekerjaan guru berada di tempat keempat bagi peratusan kadar stress mengikut pekerjaan di Malaysia dengan kadar 45.8 %. Hal ini membuktikan bahawa guru mempunyai tekanan emosi yang tinggi.
Gambar 2.0 Keratan akhbar Berita Harian, 2011
Gambar 2.0 menunjukkan keratan akhbar yang dipetik daripada Berita Harian pada tahun 2011 di mana kadar peratusan ini merupakan hasil selidik Jabatan Kesihatan Masyarakat Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) yang dibuat pada tahun 2007 hingga 2009 menggunakan 453 sampel kajian. Terdapat beberapa faktor yang menyebabkan tekanan emosi dialami oleh guru seperti yang ditunjukkan pada rajah 2.1.
Beban tugas guru Tingkah laku murid Hubungan dengan rakan sebaya Sistem pendidikan
Rajah 2.1 Faktor tekanan emosi guru
Rajah 2.1 menunjukkan faktor-faktor yang menyebabkan tekanan emosi dialami oleh guru, antaranya adalah beban tugas guru, tingkahlaku murid, hubungan dengan rakan sebaya dan sistem pendidikan. Faktor pertama yang menyebabkan
tekanan emosi dalam kalangan guru adalah disebabkan oleh beban tugas guru yang banyak. Tugas guru pada hari ini turut merangkumi tugas di luar bilik darjah dan juga di luar waktu persekolahan. Menurut Lemaire (2009), guru-guru terlalu dibebankan dengan tugastugas yang tidak berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran seperti aktiviti kokurikulum, menghadiri mesyuarat, mengendalikan program-program sekolah, mengurus kebajikan
pelajar serta tugas-tugas pengurusan. Apatah lagi dengan pengurusan markah murid yang perlu dimasukkan secara online turut membebankan guru kerana sistem yang terlalu sibuk menyebabkan guru terpaksa berjaga sehingga tengah malam untuk memasukkan data murid. Hal ini boleh menyebankan tekanan dan seterusnya akan memberikan kesan kepada emosi, psikometrik dan fizikal guru (Nobile dan McCormick, 2005).
Selain itu juga, tingkah laku murid turut menyebabkan tekanan emosi dalam kalangan guru. Tingkah laku murid yang pelbagai dan masalah disiplin murid yang mencabar guru menyebabkan tekanan ataupun stres dihadapi oleh guru. Apatah lagi waktu pengajaran guru yang padat serta terpaksa menghadapi karenah murid yang pelbagai ragam. Selain itu juga, kelas yang sesak dengan murid dan keadaan kelas yang kurang kondusif juga boleh menyebabkan peningkatan tekanan guru. Isu guru memukul atau mendera murid dalam kelas juga heboh diperkatakan oleh masyarakat kini. Berita Harian bertarikh 23 Julai 2007 telah memaparkan kes dakwaan 22 murid Tahun Empat Sekolah Kebangsaan Gayang, Tuaran
ditampar
kerana
tidak
menyiapkan
kerja
sekolah
(sumber
:
infoedu3109.blogspot.com). Berita ini menunjukkan stres memberi kesan kepada interaksi guru dengan murid di mana perkara ini menyumbang kepada ketidakselesaan hubungan dengan murid sehingga menyebabkan guru bertindak secara tidak wajar terutama apabila murid menghasilkan kerja yang tidak baik dan tidak bertingkahlaku dengan baik (Sapora, 2007)
Faktor yang seterusnya adalah hubungan dengan rakan sebaya. Kajian yang dijalankan oleh Azizi Yahya (2007) mendapati bahawa punca stres dalam kalangan guru terjadi kerana mereka merasakan diri mereka tersisih daripada rakan sekerja. Selain itu juga, rakan guru juga mementingkan diri serta tidak menghormati tindakan, perasaan serta pendapat dari rakan guru yang lain. Rakan guru yang tidak bertanggungjawab seperti tidak hadir ke sekolah tanpa makluman awal menyebabkan guru lain terpaksa menggantikan tugas guru juga menyumbang kepada tekanan. Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) turut menjangkakan bahawa tekanan di tempat kerja merupakan salah satu faktor yang menyumbang kepada lima penyakit utama di dunia iaitu penyakit jantung, kemurungan melampau, kemalangan jalan raya, strok dan penyakit paru-paru yang kronik menjelang tahun 2020 ( Zuhayati Yazid, 2011).
Akhir sekali, faktor utama tekanan emosi guru di sekolah adalah sistem pendidikan negara. Sistem pendidikan yang pesat berubah bersesuaian dengan perkembangan teknologi dan proses globalisasi dalam usaha merealisasikan Wawasan 2020 banyak memberi kesan kepada guru. Kini, warga pendidik perlu berhadapan dengan permintaan yang berbagai dan kompleks yang boleh membebankan guru. Menurut McCormick dan Solman (1992), guru-guru merasa stres akibat daripada ketidakupayaan mereka untuk berdaya tindak ke atas perubahan-perubahan pantas yang berlaku seperti perubahan
kurikulum dan kaedah pengajaran. Guru-guru juga berada dalam keadaan dilema memandangkan guru terpaksa memenuhi berbagai permintaan dari masyarakat. Tekanan yang diberikan oleh pihak pentadbir dan ibu bapa murid menyebabkan terdapat guru yang mengambil tindakan yang di luar batasan seperti membocorkan soalan Ujian Peperiksaaan Sekolah Rendah (UPSR) yang berlaku baru-baru ini.
Selain daripada tekanan emosi yang dialami oleh guru, murid juga turut mengalami tekanan emosi yang sama. Rajah 2.2. menunjukkan faktor tekanan emosi yang dialami oleh murid.
Sikap guru Pengaru h rakan sebaya Pengaru h keluarga Iklim sekolah
Rajah 2.2 Faktor tekanan emosi murid
Rajah 2.2 menunjukkan faktor yang menyebabkan tekanan emosi dalam kalangan murid, iaitu iklim sekolah, pengaruh keluarga, pengaruh rakan sebaya dan sikap guru. Tekanan emosi yang dialami oleh murid berpunca daripada iklim sekolah adalah disebabkan persekitarannya yang tidak kondusif. Sebagai contoh, keadaan kelas yang sesak menyebabkan murid cenderung melakukan kesalahan disiplin. Menurut Abu Hassan dan Meor (1996), penyediaan bilik darjah penting dan perlu dititikberatkan semasa pengajaran bagi memastikan proses pengajaran dan pembelajaran berjalan dengan keadaan selesa. Hal ini kerana suasana bilik darjah mepengaruhi minat dan tumpuan pelajar untuk belajar. Keadaan yang padat dan sesak akan membawa kepada ketidakselesaan kepada proses pengajaran dan pembelajaran seterusnya emosi murid akan terjejas. Begitu juga,keadaan sekolah yang negatif seperti aktiviti buli berleluasa di sekolah akan meyebabkan murid mengalami tekanan emosi. Akibatnya masalah disiplin murid akan meningkat.
Selain itu, pengaruh keluarga juga membawa kepada tekanan emosi kepada murid. Keadaan keluarga yang tidak stabil akan menyebabkan emosi murid tertekan seterusnya
mereka akn berasa susah hati, murung, sedih, marah, tidak tentu arah, resah dan sebagainya. Persekitaran keluarga yang berantakan juga akan menyebabkan kanak-kanak gagal mengawal emosi dan mneyebabkan tingkah lakunya cenderung ke arah negatif. Perkara ini jika dibiarkan berlarutan akan menyebabkan perkembangan emosi mereka akan terbantut. Oleh itu penerapan nilai-nilai murni akan sukar diterapkan dalam jiwa murid menyebabkan mereka berkembang sebagai individu yang tidak peka dengan perasaan orang lain.
Pengaruh rakan sebaya juga menyebabkan emosi murid mudah terganggu. Murid yang dilihat mempunyai ramai rakan akan bersikap ceria, suka bergaul dan banyak melibatkan diri dalam aktiviti di dalam kelas. Manakala, murid yang sering bersendirian pula akan berasa kurang yakin, penakut dan cuba menjauhkan diri daripada rakan sebaya. Perkara ini jika dibiarkan akan menyebabkan murid tersebut mempunyai konsep kendiri yang lemah, bertindak liar untuk menarik perhatian serta suka termenung atau berkhayal.
Akhir sekali faktor penyebab kepada tekanan emosi murid adalah sikap guru. Sikap guru yang terlalu memaksa murid untuk menyiapkan tugasan dengan segera menyebabkan murid terbeban. Selain itu, sikap guru yang pilih kasih juga akan mempengaruhi personaliti murid dan cenderung untuk membenci guru jika mereka tidak mendapat perhatian. Hal ini akan memberi kesan kepada murid seperti tidak hadir ke sekolah, ponteng kelas, tidak mendengar kata guru, pencapaian akademik yang semakin merosot dan sebagainya.
Justeru itu, tekanan emosi yang dialami oleh guru dan murid ini perlulah ditangani dengan segera sebelum hal ini berlarutan dengan lebih besar lagi. Semua pihak perlulah bersama-sama berganding tangan mengembleng usaha dan tenaga bagi mengurangkan tekanan emosi yang dialami oleh guru dan murid. Hal ini jika tidak diambil langkah segera akan membawa satu cabaran yang besar kepada pembangunan pendidikan negara.
Memperbaik i persekitaran am
Kenali punca tekanan
Kenali diri sendiri
Langkahlangkah Pengurusan Tekanan Emosi
Kemahiran menyelesai kan masalah
Terima perubahan dengan hati terbuka
Libatkan diri dalam keagamaan
Pengurusan masa yang sistematik
Kekalkan cara hidup sihat Rajah 2.3 Langkah-langkah Pengurusan Emosi
View more...
Comments