Tatacara Penulisan Dan Semakan Buku Saku Saku Pol 5 Bagi Anggota Polis Berpangkat Konstabel Hingga Sarjan

February 10, 2017 | Author: BidahSupik | Category: N/A
Share Embed Donate


Short Description

Tatacara Penulisan Dan Semakan Buku Saku Saku Pol 5 Bagi Anggota Polis Berpangkat Konstabel Hingga Sarjan...

Description

TATACARA PENULISAN DAN SEMAKAN BUKU SAKU POL 5 BAGI ANGGOTA POLIS BERPANGKAT KONSTABEL HINGGA SARJAN

1. Buku Saku Pol 5 adalah merupakan buku pengharian bagi anggota pangkat rendah / Polis Bantuan / Sukarelawan Polis yang mana berfungsi merekodkan segala

kelakuan/aktiviti/arahan/penugasan

yang

dijalankan

serta

sah

digunakan sebagai bukti di mahkamah sekiranya diminta. 2. Buku saku Pol 5 perlu ditulis dengan tatacara yang telah ditetapkan sebagaimana termaktub di dalam PTKPN ( Tatacara penulisan Buku Pengharian Balai Pol 40 / Buku Saku anggota Pol 5 ) . 3. Mencatit segala kelakuan/aktiviti/arahan/penugasan di dalam buku saku Pol 5 juga merupakan salah satu tugas anggota pangkat rendah dan mana-mana anggota yang mengabaikan tugas menulis buku saku Pol 5 boleh dikenakan tindakan yang sewajarnya yang mana dikira munasabah oleh pegawai atasannya.Bagi anggota Polis Bantuan yang mana tidak terikat atau tertakluk dengan Lembaga Tatatertib Polis DiRaja Malaysia, unit pematuhan atau integriti yang dilantik oleh majikan Polis Bantuan tersebut bertanggungjawab bagi menjalankan pemantauan serta seliaan ke atas buku saku Pol 5 anggota polis bantuan tersebut. 4. Buku Saku anggota Pol 5 perlulah ditulis dengan pen berdakwat biru bagi catitan harian manakala bagi tarikh dan hari mestilah ditulis dengan menggunakan pen berdakwat merah.Dilarang sama sekali menggunakan pen berdakwat basah bagi menulis/mencatit pada buku saku Pol 5. 5. Anggota pangkat rendah yang menggunakan Buku saku Pol 5 dilarang sama sekali meninggalkan ruangan kosong pada buku saku dan juga dilarang

menjangkau helaian buku saku tersebut.Segala catitan pada buku saku Pol 5 mestilah ditulis mengikut nombor bilangan yang berturutan serta ditulis dengan tulisan yang jelas serta mudah difahami oleh penyelia / pegawai yang ditugaskan untuk membuat semakan. 6. Buku saku Pol 5 mesti disemak oleh penyelia yang paling kanan setiap kali selesai taklimat masuk tugas dan penyelia wajib membuat semakan/mencatit serta

menandatangani

buku

saku

anggota

bawahannya

dengan

menggunakan pen berdakwat hitam. 7. Semakan buku saku Pol 5 oleh penyelia yang bertugas adalah wajib kerana bertujuan

memastikan

anggota

yang

bertugas

mencatit

segala

kelakuan/aktiviti/arahan/penugasan secara berterusan dan tiada anggota yang mengabaikan tanggungjawab dalam menulis buku saku Pol 5 ini demi kebaikan anggota tersebut.

View more...

Comments

Copyright ©2017 KUPDF Inc.
SUPPORT KUPDF