Tarikh Tarikh Penting Sejarah Islam Dan Kemanusiaan

February 19, 2017 | Author: ArkibTarbiah | Category: N/A
Share Embed Donate


Short Description

Download Tarikh Tarikh Penting Sejarah Islam Dan Kemanusiaan...

Description

TARIKH TARIKH PENTING SEJARAH ISLAM DAN KEMANUSIAAN BIL TARIKH MASEHI TARIKH HIJRIAH PERISTIWA Zaman Pra Sejarah 10000SM Nabi Adam as diturunkan ke dunia di Sri Lanka dan Nenek Hawa di Jeddah, Semenanjung Tanah Arab 9500SM Nabi Idris dilahirkan 9000SM Banjir besar Nabi Nuh as dan kapalnya mendarat di Bukit Judi di Turki 8500SM Kaum Tsamud Nabi Saleh as dihancurkan oleh Allah SWT dengan petir dan suara yang kuat kerana membunuh unta mukjizat. Tempat merka ialah di Madaen Salleh 800 km ke utara Madinah. Kemahiran kaum nabi Saleh ialah membina rumah dengan menebuk bukit-bukit. 8000 SM Kaun Nabi Hud as, iaitu Kaum Aad dihancurkan oleh Allah SWT. 8000SM Kaum Nabi Lut as diterbalikkan di bandar Sodom iaitu di Laut Mati, Palestin kerana kesalahan melakukan homoseksual. 7000SM Perkembangan tamaddun Sg Nil tua TAMADDUN NIL/MESIR/FIRAUN 3100SM Wujud 2 Kerajaan di utara dan selatan Sg Nil, Raja Menes menjadikan Memphis sebagai ibu kota. Raja-raja ini telah mewujudkan lebih 30 Dinasti yang dibahagikan kepada Kerajaan tua, Pertengahan dan Baru. Pemerintah ujud dalam bentuk Kerajaan. 3000SM Tamadun Sumeria dan Mesopotamia berkembang. Kota-kota yang utama ialah Ur, Urech dan Kish. Pemerintah wujud dalam bentuk negara kota. Orang Sumeria adalah kaum yang pertama menggunakan roda. 3000SM Tamddun Mohenjo Daro-Harappa berkembang di Sungai Indus Penduduknya lari apabila diserang oleh orang-orang Aryan 2700SM Pembinaan piramid dan Sphinx di Giza Mesir 2600SM Pembinaan Piramid Khufu di Mesir 1 2350SM Raja Sargon membina kota Akkad di Mesopatamia (Iraq) 2 2300SM Ascendancy of Ebla (Tell Mardikh) - Pembinaan kota Ebla di Mesopotamia 2270-2233SM Pemerintahan Raja Naram-Sin dari Sumeria 2200SM Kejatuhan Kerajaan tua Firaun di Mesir 2000SM Kemuncak tamadun Dilmun 1991-1792SM Dinasti ke 12 Kerajaan pertengahan Firaun 1800SM Berkembangnya tamadun Sg Hwang Ho - Bandar pertama di Negri Cina iaitu Bandar Anyang TAMADUN MESOPOTAMIA/BABILON 1728-1686SM Raja Hamurabi membina Babilon di Iraq. Hamurabi berasal dari sekumpulan kaum nomad berbangsa Amorites. Beliau adalah raja ke enam dari dinasti Amorites. Beliau terkenal dengan kod undang-undang Hamurabi yang menekankan hak asasi manusia. Setelah Hamurabi meninggal Babylon telah diserang oleh Kerajaan Assyria 1700SM Nabi Ibrahim dibakar oleh Raja Namrud dan kemudian mengetuai hijrah ke Palestin dari kota Ur di Iraq

1780SM Nabi Ibrahim as menghantar Isterinya Sarah dan Nabi Ismail ke Mekah dari Mesir. Bermulanya kewujudan telaga Zam-zam 1779SM Nabi Ishak dilahirkan. 1600SM Nabi Ibrahim as dan Nabi Ismail membina Kaabah dan menyeru manusia mengunjunginya di atas Jabal Qubais Makkah 1600SM Peristiwa Nabi Ibrahim melontar iblis di Jamrah Mina serta penyembelihan Nabi Ismail as di Mina. 1600SM Nabi Yaakob dilahirkan bapa kepada Bani Israel - Yahudi. Nabi Yaakob digelar Israel (yang berjalan di waktu malam) kerana terpaksa melarikan diri dari rumah di waktu malam kerana diancam bunuh oleh saudara nya. 1550SM Nabi Yusof dimasukkan ke perigi buta oleh abang-abangnya 1530SM Nabi Yusof dipenjarakan kerana enggan berzina dengan Isteri Menteri Mesir yang bernama Zulaikha. 1520SM Nabi Yusof dibebaskan dan menjadi Menteri Kewangan Mesir 1520-1240SM Nabi Yusof dan adik beradiknya seramai 12 orang tinggal di Mesir menjadi kaum Yahudi. Mereka menjadi hamba kepada Raja Mesir. 1570-1545SM Dinasti ke 18 Mesir tua yang diketuai oleh Raja Ahmose membangun kota Thebes di Lembah Nil 1545-1525SM Raja Amenhotep dari Mesir memindahkan kota Akhetaton (Tell alAmarna) 1530SM Raja Hittites memecat Babylon. Berakhirnya Dinasti pertama Amorite 1502-1448SM Kerajaan Mesir menakluki Nubia Utara dan pantai utara Mediteranea di bawah Raja Thutmose 1500SM Orang Aryan menakluki India 1400SM Peristiwa Nabi Yunus bin Matta ditelan ikan NUUN 1361-1352SM Pemerintahan Raja Tutankhamun Firaun Mesir 1300-1200SM Kemunculan Tamadun Sabak di Yaman 1280SM Perjanjian - Siria Utara milik Raja Hittite dan Siria Selatan (Palestin) milik Mesir. ERA YAHUDI 1260SM Lahirnya Nabi Musa as di Mesir dalam waktu pemerintahan Ramses II. Wajah Ramses Ke II ini diabadikan pada patung penjaga Kuil Abu Simbel di Mesir 1240SM Nabi Musa as lari ke Madyan, Selatan Palestin kerana membunuh seorang Kibti tanpa sengaja dan berjumpa dengan Nabi Shuib as 1236SM Nabi Musa menerima mukjizat di Gunung Tursina Sinai Peristiwa Nabi Musa berjumpa Firaun meminta dibebaskan kaum Yahudi Peristiwa Qarun ditenggelamkan di Wadi Fayyuum, Mesir 1234-1215SM Orang Yahudi dibawah pimpinan Nabi Musa dan Nabi Harun as menyeberangi Laut Merah dari Mesir (Bandar Memphis) ke Semenanjung Sinai Peristiwa turunnya Manna dan Salwa sebagai makanan orang yahudi diGurun Sinai. Peristiwa orang Yahudi sesat di padang Tih , Semenanjung Sianai selama 40 tahun. Nabi Musa Menerima Kitab Taurat di Gunung Tursina bersama-sama ketua-ketua kaum Yahudi yang meminta dia juga melihat Allah lalu disambar sura guntur dan mereka mati kemudian dihidupkan kembali oleh Allah. Peristiwa orang yahudi menyembah anak Lembu Peristiwa nabi Musa mengembara bersama Nabi Hidir

Peristiwa Nabi Musa menghidupkan orang yang mati dengan memukul dengan daging Lembu Betina (Al Baqarah) 1200SM Damaskus/Damshik ditakluki oleh Raja Aramaeans 1100-888SM Kemunculan Negeri-negeri Sidon 1020SM Perlantikan Raja Saul/Thalut sebagai Raja Yahudi yang pertama dan penubuhan Kerajaan Yahudi yang pertama Peristiwa Thalut membawa tentera Yahudi menyeberangi sungai dan melarang merekan minum melainkan sedikit. 1000SM Kebangkitan Tamadun MAYA di Guatemala Amerika Selatan 1000SM Kelahiran Nabi Daud as. Daud as menantu Thalut mengambil kuasa dari mertuanya sebagai hadiah kerana berjaya mengalahkan Jalut yang lebih besar darinya. 945SM Raja Shishak dari Libya mengalahkan Firaun Mesir 936-923SM Pemerintahan Nabi Sulaiman di Palestin dan Permaisuri Balkis di Yaman 936-923SM Peristiwa manusia menuntut ilmu sihir dengan Harut dan Marut di Babilon 900-842SM Kebangkitan Negara Damaskus/ Siria 884-859SM Kebangkitan Raja Ashur-nasir-pal dan permulaan kejayaan penaklukan Assyria 875SM Israel menjadi vassal Damaskus 814SM Kerajaan Carthage dibina oleh bangsa Phoenicia 806-732SM Kejatuhan KerajaanAramaean damaskus 776SM Bermulanya sukan Olimpik di Greek untuk menghormati Dewa Zeus. 733SM Raja Tiglath-Pileser dari Assiria mengalahkan Israel 732SM Raja Tiglath-Pileser dari Assiria mengalahkan Kerajaan Aramaean dan Damaskus 727-722SM Raja Shalmanese V dari Assiria menakluki Tyre 722-705SM Dinasti Sargon. Ascendency of Assyria 705-681SM Raja Sennacherib menghancurkan Babylon 671SM Raja Tirhaka dari Ethiopia dikalahkan raja Esarhadon dari Assyria 600-593SM Orang-orang Phoenicia di bawwah Firaun Nechocircum belayar ke Afrika 605-562SM Pemerintahan Raja Nebuchadnezzar II, pembangunan semula Babylon dan pembinaan Taman Tergantung 586SM Raja Nebuchadnezzar iaitu Raja Kaum Chaldea dari Babylon menghancurkan Jerusalem Ibu negara Israel. Kali pertama orang yahudi dihalau dari Israel 572SM Nebuchadnezzar menakluki Tyre di Palestin 550-529SM Raja Cyrus membentuk Dinasti Achaenenid di Parsi/Iran 539SM Parsi di bawah Raja Belshazzar menghancurkan Babylon 539-332SM Phoenicia (Palestin) ditakluki Parsi 529-521SM Parsi menakluki Mesir 521-485SM Raja Darius I membina kota Persepolis di Parsi 500SM Kemunculan Faham pemerintahan Demokrasi Di Greek (Athens) di bawah pemerintahan Pricles 509SM Pembentukan Kerajaan berbentuk Republik di Rom 490SM Raja darius kalah dalam Peperangan Marathon dengan Athen (Greece) 480SM Orang-orang Spartan mengalahkan Parsi diPeperangan Thermopylae 480SM Raja Xerxes dari Parsi dihalau oleh orang Greek di peperangan laut di Salamis 446SM Raja Artaxerxes membuat perjanjian damai dengan Greek

330SM Iskandar Zulkarnaen dari Greek membakar bandar Persepolis. Iskandar berasal dari Makadunia . Bapanya Philip ke II. Selepas menakluki Greek beliau meluaskan kuasa ke Turki, Parsi dan Lembah Indus. 323SM Iskandar Zulkarnaen menakluki Babilon dan mati disitu 312-280SM Raja Seleucus I mengasakan KerajaanbSyria 300SM Kota Petra di Siria menjadi Ibu Negara Kerajaan Nabatean 226SM Orang-orang Parthian dikalahkan oleh bangsa Sassanid 218SM Raja Hannibal dari bangsa Phoenicia menyeberangi Gunung Alps 202SM Raja hannibal dikalahkan oleh Rom 133SM Kemunculan Kerajaan Attilid yang luas di Asia 169SM Raja Antioch IV dari Syria mengalahkan Ptolemy IV di Mesir 85SM Raja Nabataean menakluki Coele-Syria dari Seleucids 69-83 Raja Tigranes dari Armenia mengalahkan Makadunia 64SM Rom menakluki Siria 60SM Lahirnya Nabi Zakaria as di Jerusalem 51-30SM Pemerintahan Cleopatra di Mesir 48SM Julius Caesar dari Rom mengalahkan kota Pompey 44SM Julius Caesar dibunuh oleh Sahabatnya 30SM Rom menakluki Mesir 37-4SM Pemerintahan Raja Herod yang Agung Raja Israel 7SM Peristiwa turunnya makanan dari sisi Allah kepada Maryam as 7SM Peristiwa Nabi Zakaria yang sudah tua mendapat tanda akan mendapat anak iaitu Nabi Yahya as. Beliau tidak dapat bercakap selama 3 hari. MASEHI/ERA ROM DAN PARSI 6SM lahirnya Nabi Isa as di Jerusalem 3SM Lahirnya Nabi Yahya as di Jerusalem 0-100M Bangsa Himyar berpindah ke Abyssinnia (Ethiopia) 27M Nabi Isa as diangkat ke langit 30M Nabi Yahya dipancung oleh Raja Herod dan nabi Zakaria digergaji kepala oleh orang-orang Yahudi kerana menyeru mereka ke Jalan Sallah SWT 70M Raja Titus mengepong Jerusalem hingga penduduknya kebuluran , Kali kedua orang Yahudi bertebaran dihalau dari Palestin 106M Rom memusnahkan Kota Petra ibu negara Nabatean Syria 100M Berlakunya kisah 7 penghuni gua 114-116M Rom berperang dengan Parthia 123M Bangsa Hadria menakluki Wilaya Eufrates 199M Raja Severus menakluki Mesopatamia 226M Asas penubuhan Parsi baru 268-273M Raja Palmyra menakluki Syria 300M Runtuhnya Empangan Maarib di Yaman - Akhir Tamadun Sabak 330M Kota Konstantinople menjadi ibu kota Rom Timur 354-430SM Pemerintahan Raja Augustine Rom 433-453M Attila menjadi Raja kaum Huns 409M Bangkitnya penghuni gua setelah tidur selama 309 tahun 500M Berlakunya kisah sekumpulan penganut agama Kristian dibakar hidup-hidup oleh pembesar-pembesar Yaman/Najran - Ashabul Ukhduud

525M Abyssinia / Ethiopia/Habshah menakluki Yaman . Mungkin akibat perbuatan mereka membakar orang-orang beriman. 568-572M Kehancuran Kerajaan Rom 570 M Tentera Abrahah Governor Yaman (di bawah pemerintahan Ethiopia) menyerang Makkah ERA RASULULLAH SAW 20.4.570M 12 R,awwal Nabi Muhammad SAW dilahirkan di Makkah 575M Raja Khosran I dari bangsa Sassanid menghalau Habshah dari Yaman 586M Nabi Muhammad SAW berkahwi dengan Sayyidatina Khadijah 6.8.610M 17 Ramadan Turunnya wahyu pertama di jabal Nur - Iqrak Peristiwa Khadijah membawa Nabi berjumpa dengan seorang tua lalu mengesahkan bahawa beliau akan dihalau oleh kaumnya. Beliau meneruskan pertapaan di gua Hirak 613M Selama 2 1/2 tahun selepas menerima wahyu pertama Nabi terus bertahannut di Gua Hirak sehingga di satu malam baginda melihat wajah asli Jibril di gua Hirak dan pulang ketakutan lalu menyuruh Khadijah menyelimutkannya lalu turunya wahyu kedua Ya ayyuhal muddatsir - nabi mula berdakwah secara sembunyi 614M Parsi menakluki Damascus, Jerusalem dan Mesir - Mengalahkan Rom. Majusi mengalahkan ahlil kitab. 616M Setelah 3 tahun berdakwah secara sembunyi turunlah ayat 94 Surah Al Hijr (15) ...Fasda' maatu' mar.....maka Nabi pun memulakan fasa kedua dakwah secara terang dengan berdiri di Bukit safa dan menyeru penduduk Makkah supaya beriman lalu dikutuk oleh Abu Lahab, bapa saudaranya sendiri. Lalu turun ayat Tabbat Yadaa … 618M Rom mengalahkan Parsi seperti diramalkan oleh Al Quran - Surah Ar Ruum 620M Meninggalnya Khadijah pada usia 65 tahun dan Abu Talib pada usia 87 tahun dalam tahun yang sama iaitu tahun ke 10 dari kenabian , baginda pergi ke Taif dan dilontar dengan batu oleh penduduk Taif dan akhirnya baginda di Israk dan Mikrajkan oleh Allah SWT 621M Perjanjian Aqabah I - 5 orang penduduk Madinah berbaiah dengan Nabi di Jamrah Aqabah sewaktu musim haji tahun itu. 622M Perjanjian Aqabah II - 12 orang ketua-ketua suku Madinah termasuk seorang wanita berbaiah dengan Nabi di Jamrah Aqabah sewaktu musim haji tahun itu. Peristiwa ini juga dipanggil Baiatun Nisak kerana terdapat seorang wanita dalam kumpulan itu. 10.9.622M Peristiwa permesyuaratan ketua-ketua kaum di Makkah dengan disertai oleh seorang iblis yang menyamar sebagai orang tua untuk membunuh nabi lalu turun ayat 30 surah al taubah/al anfaal ….wamakaru wamakarallah… 12.9.622M 1 R,awwal 1H Nabi Muhammad SAW berhijrah ke Madinah - Permulaan Rasmi Era Kaum Muslimin 8 R' Awwal 1H Nabi tiba di Qubak selatan Madinah dan mendirikan Masjid yang pertama dalam Islam. Baginda bersolat Subuh di Masjid Qubak. 24.9.622M 12 R'Awwal 1H Nabi Nabi bersama Abu Bakar dan Ali mendirikan Masjid Jumaat dan mendirikan Sembahyang Jumaat yang pertama dalam Islam. Seterusnya baginda berjalan ke utara sehingga sampai ke tapak Masjid nabi sekarang. 623M 2H Setelah 16-17 bulan nabi bersembahyang menghadap Baitul Maqdis turun wahyu membenarkan baginda menghadap kiblat ke Masjidil Haram. Ini disebabkan orang-orang yahudi sering mengejek-ngejek Rasulullah SAW kerana bersembahyang

menghadap Baitul Maqdis. Peristiwa ini berlaku ketika nabi bersembahyang Zohor di Masjid Qiblatain. 624M 2H Yaumul Furqaan - Peperangan Badar - nabi vs musyrik Makkah. Nabi menyertai 27 kali peperangan sepanjang hayatnya. Kaum Muslimin mencapai kemenangan 625M 3H Peperangan Uhud - Nabi dengan musyrik Makkah . Kaum Muslimin mengalami kekalahan kerana tidak mentaati perintah Nabi agar jangan turun dari Bukit Rumah (Bukit Pemanah) Peristiwa rombongan Abu Sufyan dipanggil oleh Gabnor Rom di Syam bertanyakan ehwal nabi. Gabenor tersebut hampir masuk Islam tetapi kemudiannya menarik balik hasratnya kerana malu kepada masyarakatnya. 625M 3H Peristiwa orang munafik di bawah pimpinan Abdullah bin Ubai menghasut 300 orang tentera Islam supaya jangan mengikut nabi berperang di Uhud. 627M 5H Peperangan Khandaq/ Ahzab - nabi dengan Gabungan Quraish dan Yahudi. Kaum musyrikin bertempiaran ditiup oleh angin ribut pasir yang diturunkan oleh Allah SWT. 627M 5H Peritiwa Yahudi bani Quraizah menikam kaum muslimin dari belakang yang mengakibatkan nabi membatalkan perjanjian damai dan membunuh 700 orang lelaki dan menghalau saki bakinya dari kota Madinah. 628M Zulkaedah 6H Nabi melaksanakan Umrah - Perjanjian Hudaibiyah - Perjanjian damai ini memberi kesempatan kepada Nabi untuk mengkonsolidasi kaum muslimin supaya menjadi kuat dan menumpukan kepada aspek dakwah dan tarbiyah. 630M 8H Fathul Makkah - kegagalan kaum musyrikin berpegang kepada perjanjian Hudaibiyah telah memungkinkan Nabi menakluki Makkah. 630M 8H Peperangan Tabuk - Nabi dan Yahudi - Peperangan Nabi yang terakhir 630M 8H Peperangan Muktah -Kaum Muslimin dan Rom - Pimpinan Khalid Al Walid 632M 25 Zulkaedah 10H Nabi melaksanakan Haji Wadak 6.632M 12 R'awwal 11 H Wafatnya Rasulullah SAW pada usia 63 tahun dan dimakamkan di rumahnya di pinggir Masjid Nabi KHALIFAH AL RAASYIDIN 632-634M Abu Bakar (2 Tahun) - dimakamkan di rumah nabi 632-634M Kerja-kerja menulis Al Quran di kuli-kulit binatang dan pelepah korma dengan idea dari Umar. 634-644M Umar (10 Tahun). Beliau mati dibunuh oleh seorang majusi di Madinah ketika hendak menjadi imam sembahyang subuh. Beliau dimakamkan di rumah Nabi. 644-656M Osman (12 Tahun) berusia 82 Tahun. Beliau dibunuh /ditetak dari belakang ketika sedang membaca Al Quran kerana isu pentadbiran tanah di iraq. Pemilik-pemilik tanah tidak puas hati kerana Osman membahagikan tanah melalui ketua-ketua kabilah yang difikirkan layak. beliau dimakamkan di perkuburan baqi' di Madinah. 644-656M Kerja-kerja menulis mushaf Osmani. Beliau memusnahkan koleksi-koleksi ayat yang telah dikumpul sebelum ini dan menerima pakai satu mushaf sahaja. 656-661M Ali (5 Tahun). Beliau mati dibunuh oleh Puak Khawarij di Kufah. Muawiyah, Aisyah, Talhah dan Zubir bin Al Awwam tidak puas hati kerana Ali lambat mencari pembunuh Othman. Semasa pemerintahan Ali berlaku peperangan Jamal dan Peperangan Siffin yang mengakibatkan beribu-ribu orang sahabat mati. UMAYYAH

661-750M Muawiyah bin Abu Sufyan mengasaskan Dinasti Umaiyyah. Pusat di Damshik, Syria (90 Tahun). 14 orang Khalifah. Muawiyah adalah seorang ahli politik yang bijak. Beliau adalah salah seorang sahabat nabi yang diamanahkan untuk mengumpulkan Al quran oleh Saidina Abu Bakar.Antara Khalifah-khalifah yang masyhor ialah Muawiyah sendiri, Abdul Malik bin Marwan, Umar bin Abdul Aziz, dan Hisyam bin Abdul Malik. 680M YAZID anak Muawiyah memancung kepala Sayyidina Hussein di Karbala, Iraq serta mempersembahkan kepalanya kepada Gabenor Madinah untuk dikuburkan di Baqi' ABDUL MALIK BIN MARWAN - dianggap pengasa kedua Kerajaan Umaiyah kerana kejayaannya membangu semula Kerajaan Umaiyah setelah mengalami krisi dengan puak Khawarij dan Syiah. UMAR BIN ABD AZIZ - Terkenal dengan Keadilan dan semangat keislamannya. Beliau banyak mencontohi khalifa Umar bin Al Khattab HISYAM BIN ABD MALIK - bijak dan pintar. Tetapi kemunculannya sudah agak lewat. Kelewatan inilah yan menjadi faktor kegagalannya dan khalifah-selepas beliau untuk membendung kebangkitaqn pemberontakan Abassiyah. Ilmu pengetahuna telah berkembang dengan baik dizaman ini. Ianya meliputi bidang bahaa, perubatan, ilmu agama seperti hadis, fikah, tafsir,dan tauhid. Ilmu bahasa dan sastera berkembang di Basrah dan Kufah. Masjid di kedua-dua kota tersebut telah menjadi pusat penyebaran ilmu. pada zaman inilah lahirnya seorang ahli filologi Arab bernasma KHALIL BIN AHMAD. Anak muridnya ialah SIBAWAIH, pakar nahu bahasa Arab. pada masa ini Al Quran dibubuh baris bagi memudahkan pembacaan. Di antar tokoh-tokoh sastera zaman ini ialah; JARIR FARAZDAQ UMAR BIN RABI'AH JAMIL Pada zaman ini juga bermulanya penterjemahan karya-kaya Yunani ke bahasa Arab. Bidang perubatan turut berkembang. Khalifah AL WALID bin ABD MALIK membina hospital pertama di Damsyik. Khalifah Umar Abd Aziz membina hospital Kusta Pada masa Khalifah Umar bin Abd Azizi ilmu agam berkembang dengan pesat. Pada zaman inilah lahirnya tokoh-tokoh ulamak hadis seperti; URWAH BIN ALZUBIR IBNU SYIHAB AL ZUHRI Tokoh ilmu tafsir - Ibnu Jarih. Ilmu-ilmu fiqah turut berkembang dengan lahirnya kelompok MURJIAH dan MUKTAZILAH. Tokoh-tokoh usuluddin yang terkenal ialah HASAN ALBASRI dan WASIL BIN ATA' 756M Tariq bin Ziyaad menyeberangi Selat Gibraltar dan membakar semua kapalnya supaya tidak dapat kembali ke Afrika semula. ANDALUSIA 756-1031M Di sebelah Eropah - Kerajaan Umayyah yang diasaskan oleh Khalifah Abd Rahman Al Dakhil di Cordova Spanyol (275 Tahun). Kerajaan Andalus ini dikalahkan oleh Kristian di Toledo. Di Andalus, Sepanyol, Kerajaan Islam Umayyah berkembang dengan lebih pesat, dan membangunkan tamaddun dalam bidang agama dan bukan agama. Cordova telah

menjadi pusat ilmu pada kurun ke 10 Masehi. Terdapat sebuah Universiti dan perpustakaan besar yang menjadi tumpuan pelajar dari seluruh dunia.Bangsa Eropah belajar dari kaum muslimin bukan sahaja di Cordova tetapi di Seville , Toledo dan Granada. Di Toledo terdapat sebuah pusat terjemahan dan disinilah orang eropah mengambil ilmu Yunani menerusi karya-karya yang diterjemahkan ke Bahasa Arab. Andalus telah melahirkan ramai tokoh-tokoh Islam dalam pelbagai bidang antaranya ialah; IBNU BAJAH - Falsafah IBNU RUSYD - Falsafah AL FARABI - Falsafah IBNU AFLAH - Astronomi AZ ZARQIYALI - Astronomi MAJRITI - Astronomi IBNU BAYTAR - Botani AL GHAFIQI - Botani] AL ZAHRAWI - Perubatan IBNU ZUHRI - Perubatan IBNU SINA - Perubatan AL RAZI - Perubatan IBNU HAZM - Bahasa dan sastera IBNU ZAINDUN - Bahasa dan Sastera IBNU FIRNAS - Muzik IBNU ZIRYAB - Muzik Dalam bidang seni bina Kerajaan Umaiyyah Andalus telah menampilkan kegemilangan melalui seni bina beberapa buah masjid yang indah seperti Masjid Cordova, istana Alhambra di Granada. Ianya telah dihias dengan tulisan khat ayat-ayat suci Al Quran yang berbagi bentuk dan kesenian yang tinggi. Cordova telah menjadi pusat kegiatan ekonomi antarabangsa. Di sini terdapat kilang membuat alat-alat senjata dan industri memproses kulit. Kaum muslimin andalus juga maju dalam bidang pertanian seperti mengadakan saliran, memilih biji benih dan menyuburkannya. ABBASIYAH 750-1258M 132H Di sebelah Asia - timbul gerakan pemberontakan oleh Abu Muslim Al Khurasani dengan bantuan puak Syiah lalu menghasilkan Revolusi yang dipanggil Revolusi Abasiyyah. Membentuk Kerajaan Abassiyah . dan Khalifah yang pertama ialah Abul Abbas As Saffah (508 Tahun).37 orang Khalifah Kerajaan Abbasiyah menjadikan Kufah dan baghdad sebagai ibu kita. Kerajaan ini tewas di tangan Hulagu Khan- cucu Jenghis Khan. Kota Baghdad telah memainkan peranan yang penting kepad tamadun Ilmu sama seperti peranan Cordova di Andalusia. Terutamanya di zaman Khalifah Harun Al Rashid dan anaknya Al Makmun. Inilah Zaman Keemasan Abbasiyah. Kegiatan ilmiayah berlaku dengan pesat terutamanya penulisan kitabn, terjemahan dan hubungan diplomatik serta perdagangan. i.e Eropah, India dan Cina. Hasil kegiatan ilmiah itu mewujudkan tokoh ulamak, ilmuan dan falsafah, matematik, perubatan, seni dan muzik.. Di antaranya;

OMAR KHAYYAM - Astrologi dan takwim Islam. Buku-bukunya telah diterjemah ke bahsa Latin AL KHWARIZMI - Matematik, algebra dan hisab. Bukunya AL JABR WAL MUQABBALAH telah diterjemahkan ke Bahasa Latin dan diajar di Eropah. Di antara tokoh barat yang terpengaruh dengan beliau ialah FIBONACCI dan MASTER JACOB. AL RAZI - Tokoh perubatan - bukunya AL HAWI dan AL ASRAR telah diterjemahkan ke Bahasa latin. Al Asrar telah dijadikan bukurujukan di bidang kimia di barat. IBNU SINA - Tokoh perubatan - bukunya AL QANUN FIT TIB telah menjadi sangat berpengaruh di barat. AL KINDI - bidang Optik, Muzik dan falsafah. Teori beliau dalam bidang optik telah mempengaruhi seorang pakar mat di barat bernama Roger bacon. AL FARABI - Falsafah. Tokoh-tokoh ilmuan ini telah berjaya mengharmonikan falsafah Yunani/Greek tua drengan falsafah Islam. Secara amnya pengaruh kedua-dua bandar ilmu Cordova dan Baghdad telah membuka mata Barat daln melahirkan kemudiannya apa yang di panggil Zaman RENAISANCE ASIA TENGGARA 840M Kerajaan Islam PERLAK, Kerajaan Islam yang I di Asia Tenggara. Rajanya yang pertama Sultan Sayyid Maulana Abdul Aziz Syah 1042-1450M Kerajaan Islam Samudera Pasai. Rajanya yang pertama - Meurah Giri atau Maharaja Mahmud Syah. 1048M Terdapat sebuah batu Nisan menyatakan Islam telah sampai di Brumei. Brunei muncul sebagai Kerajaan Islam selepas kejatuhan Acheh. 1164M 557H Peristiwa orang-orang Kristian mencuba menggali terowong bawah tanah untuk mencuri jasad Rasulullah SAW di Masjid Nabi. Perbuatan ini dilakukan dengan mengupah dua orang lelaki Spanyol untuk menggali terowong menghala ke arah makam nabi. Raja pada Ketika itu ialah Sultan Nuruddin Mahmud Zinkiy yang telah bermimpi bertemu Rasulullah SAW. baginda meminta tolong supaya diselamatkan. Sultan telah berangkat dengan segera dari Syria ke madinah bersama 1000 ekor unta selama 16 hari. Akhirnya dua orang nasrani tersebut berjaya ditangkap dan dihukum bunuh. Baginda kemudiannya menggali keliling makam Rasulullah dan menuangkan timah cair disekelilingnya. 1166M Seorang ulamak bernama Abdullah Arif telah datang ke Pasai membawa kitab Bahru Lahut atau Alam Ketuhanan I.e Kitab Tasawuf. Ini semasa raja ke 4, Raja ke 5 bernama Merah Silu atau nama Islamnya Malikul Salih. Beliau telah diislamkan oleh Syarif Makkah. SALAHUDDIN AL AYYUBI DAN PEPERANGAN SALIB 1145M 541 - 569H Dalam keadaan yang kritikal itu Allah membangkitkan Raja wilayah Mesir yang bernama Imaduddin Atabek Zinkiy (541H) . Beliau berjaya mengalahkan kaum salib di banyak medan jihad dan berjaya mengambil kembali kota Ruha dari tangan Kristian. Bila beliau meninggal ia diganti oleh anak beliau Nuruddin Mahmud Zinkiy (569H). Beliau berusaha untuk membebaskan Jurusalem dari tangan Kristian tetapi belum sempat, beliau telah meninggal. Tempat beliau diganti oleh Raja Mesir yang bernama SALAHUDDIN YUSUF BIN AYYUB atau Salahuddin Al Ayyubi. Pada masa

beliaulah Palestin dapat dibebaskan dari cengkaman Kristian dan islam berjaya gilang gemilang dalam peperangan salib. Nampaknya beliau telah dipersiapkan oleh Allah SWT dengan sifat-sifat untuk menerima tugas besar iaitu jihad. Beliau seorang yang tegas, bertekad kuat, ikhlas, tidak bertangguh, kuat berjuang, berani mati membela kebenaran, bersemangat tinggi melawan kekufuran, mampu memipin secara berkesan, mampu berorganisasi, soleh, tekun beragama, berjiwa besar, berperikemanusiaan yang tinggi serta berbudi pekerti luhur. 1187-2.9.1192M 583-588H Peristiwa Perang Salib. Berlaku selama 5 tahun. Pada hujung abad ke 6 hijrah Kerajaan Islam telah menunjukkan tanda-tanda kelemahan dan berpecah-pecah. Kaum Kristian di barat mula merasa ini peluang yang baik untuk merampas kembali Baitul Maqdis dari kaum muslimin. Seluruh Eropah menyerbu kaum muslimin apabila Paus mengeluarkan seruan untuk melancarkan perang salib secara besar-besaran. Semua raja-raja eropah telah turun padang. Di antarnya Kaisar Frederick, Raja-raja Inggeris, Perancis, Sicily, Leopold raja Austria, Duck von Burgand, Count von Flander. Namun perang salib ini telah menghumbankan raja-raja ini ke kancah kekalahan di tangan kaum muslimin. Frederick telah mati dalam pertempuran. Pahlawan-pahlawan merekanramai yang mati dan dikuburkan di Elia. Sebenarnya peperangan salib ini membahayakan kedudukan Kota Makah dan Madinah. Di bawah pemerintahan Salahuddin Islam dapat disatukan semula dari lembah Nil hingga ke Lembah Furat. Di bawah pasukan Salahuddin berhimpun kaum muslimin dari pelbagai kaum iaitu suatu yang belum pernah terjadi sebelum ini. Dengan teknologi peperangan yang ada pada ketika itu Salahudin mula menyeru jihad pada tahun 1187M.berjaya menghalau kaum salib dan merampas kembali Jerusalaem dan Palestin di Medan Pertempuran HATHIN pada tahunpada bulan Julai 1187/ 583H. Dengan kekalahan ini Eropah mengerah bala tentera yang amat besar di bawah pimpinan Raja Inngeris yang terkenal dengan panggilan RICHARD THE LION HEART dan menyerang Palestin namun dikalahkan oleh Salahudin dan kaum salib menandatangani perjanjian damai pada tahun 588H bersamaan 2.9.1192 di RAMALLAH. Richard kembali ke England dengan malu. Setahun kemudian Salahuddin meninggal (1193). Sebelum kemenangan di Hithin kaum muslimin tidak mempunyai sejengkal tanahpun dibarat Sg Jordan. Dalam peperangan salib ini ketokohan Salahuddin menyebabkan kaum muslimin tidak membantah diajak berjihad, walaupun sebelum ini mereka telah terlalu letih kerana berperang terlalu lama. Orang-orang Arab, Turkemen dan Mesir berduyun-duyun menyerahkan diri apabila diajak berjihad oleh Salahuddin. Salahuddin ternyata dapat menyatukan umat dengan aneh sekali, sehingga tidak ada satu daerah pun yang memberontak dalam pemerintahannya. Setelah kekalahan pada tahun 1192 itu raja-raja Kristian di Konstantinopel, Armenia dll tidak berani mencabar kaum muslimin dan masing-masing menghormati salahuddin. Di bawah pemerintahannya semua anak-anak, dan rakyatnya terdidik dengan perjuangan . Salahuddin mempunyai Dewan Penasihat Khusus dalam urusan peperangan. 1253M Sultan Abdul Hamid mengecat kubah makam Rasulullah SAW dengan warna hijau dan kekal sehingga sekarang. 1258M Hulagu Khan Menghancurkan Baghdad dan menamatkan Empayar Abasiyah yang memerintah selama 508 tahun.Umat Islam diperintah oleh kaum yang tidak beragama dan bodoh buat beberapa waktu.

1261-1517M Dari cabang keluarga Abasiyah wujud Kerajaan MAMLUK yang memerintah Mesir selama ( 256 ) tahun. Pada mulanya ia hanya seorang gabenor Abassiyah tetapi telah bertukar menjadi Raja. Pernah menyerang Baghdad tetapai gagal. Sultannya yang terakhir ialah Mutawakkil III yang dikalahkan oleh Turki Uthmaniyyah dan dibawa ke Istanbul. UTHMANIYYAH 1281-1924M Kerajaan Turki Uthmaniyah (643 Tahun). Merupakan empayar Islam yang terbesar.. Diasaskan oleh Uthman bin Ertoghrul. 37 orang khalifah 1453M 853H Raja Muhammad II bin Murad (Muhammad Al Faateh) menakluki Konstantinopel, Ibu negara Rom Timur atau Byzantium. Usaha menjatuhkan konstantinopel tidak berjaya dilakukan selam 800 tahun sehingga munculnya raja ini yang baru berusia 24 tahun. Kejayaan turki menakluki konstantinopel terletak kepada ketinggian dan ketekunan mereka menguasai industri perang, kepemimpinan dan organisasi ketenteraan serta keunggulan bidang persenjataan. Sultan muhammad ini mengikut Drupper adalah seorang yang mahir dalam bidang Matematik dan berjaya mnerapkannya dalam peperangan. Beliau mengumpulkan segala jenis teknologi senjata yang ada pada ketika itu. Dalam tindakannya menakluki itu Muhammad II sama sekali tidak memikirkan kemungkinandiadakann perjanjian damai atau gencatan senjata. Tindakannya itu berjaya bukan sahaja disebabkan lemahnya negara Byzantium ketika itu tetapi juga disebabkan perancangan beliau yang teliti dan kena pada masanya.Pada ketika itu teknologi membuat meriam baru saja ditemui. beliau telah mengarahkan dibuat meriam raksaksa dengan mengupah seorang jurutera bangsa Hungary dan berjaya membuat meriam yang boleh menembak peluru seberat 300 kg dan jarak tembakan satu batu. Untuk mengangkat dan memindah-minsahkan meriam itu memerlukan kekuata 700 orang. untuk memasangnya pula memerlukan masa selama dua jam. ketika melancarkan serangan seramai 300,00 orang askar telah dikerahkan dan tentera lautnya dilengkapi 120 buah kapal perang. Beliau sendiri melepaska 70 buah kapal ke laut dari jurusan Qasim Pasha dengan meluncurkan kapal-kapal tersebut di atas papan luncur yang dilumuri lelemak. ASIA TENGGARA Batu bersurat di Terengganu. Muncul teori yang menyatakan Islam datang dari sebelah timur Semenanjung, mungkin China. 1300M Muncul Kerajaan Islam Sulu dan Mindanao di Filipina. Seorang Shaikh dari Yaman telah berkahwin dengan puteri Raja Sulu. Setelah itu tiba pula Makhdum Karim atau Tuan Syarif Awliya pada pertengahan kurun ke 14M. Pada pertengah kurun ke 15M terdirilah Kerajaan Islam Sulu. Sultannya yang pertama ialah Sultan Shariff Al Hashim. Beliau adalah keturunan Saidina Ali menerusi cucunya Ali Zainal Abidin yang datang dari Makkah melalui Johor. 1409-1511M Kerajaan Islam Melaka. Menjadi Kerajaan Islam yang paling berpengaruh di asia Tenggara. Melaka ditakluki Portugis Kristian pada 1511M. Laksamana Muhammad Cheng Ho dari Cina melawat Melaka. 1450M Tekno;ogi percetkan ditemui di Eropah (German) dan merupakn titik tolak kepesatan ilmu di Eropah. 1469-1527M Seorang tokoh politik dari Florence, Itali bernama MACHIAVELLI mengemukakan prinsip pengurusan MATLAMAT MENGHALALKAN CARA yang sangat bertentangan dengan Islam.beliau mencangakan pahaman pemisahan anatar

POLITIK dengan AGAMA. Agama mengikutnya adalah urusan individu dan tidak boleh dicampu adukkan dengan urusan kenegaraan. baginya negara adalah urusan yang terpenting dan mengatsi segala-galanya. Adanya orang-orang yang saleh dan beragama tidak ada gunanya kepada negara. Menurut beliau para pemimpin negara harus bersikap seperti kancil, tidak usah merasa malu memungkiri janji, berdusta, berkhianat, mengabui, menipu dan bersikap munafik asalkan sahaja semuanya untuk kepentingan negara.D230 INDIA/MOGHUL 1546M 933H Di India muncul sezaman dengan Kerajaan Uthmaniah, dua kerajaan yang kuat iaitu; Kerajaan Moghul Islam yang diasaskan oleh Baber At Timury (Timur Ling/ Tamerlane). Beliau berkuasa sezaman dngen Sultan Salem I di Othmaniyah. Di antara keturunan rajanya yang terkenal ialah Aurang Zeb yang merupakan raja terakhir dari keturunan Timur Ling. Beliau juga paling kuat , paling banyak membuat penaklukan paling kuat rasa keagamaannya dan paling memahami Al Quran dan Hadis nabi SAW. Beliau hidup mencapai umur 90 tahun dan memerintah selama 50 tahun. Meninggal pada tahun 1118H. Raja-raja Moghul tidak mempunyai hubungan dengan eropah dan tidak mempunyai cita-cita untuk bangkit labih jauh.Mereka memandang rendah kepada orangorang eropah yang datng sebagai duta dan sebagainya. Negara-negara yang lain ialah Kerajaan Shafawi di Afghanistan. Kerajaan ini terlalu sibuk dengan isu-isu Syiah sehingga melemahkan mereka.. Kedua-dua keraaan ini masing-masing menyempitkan diri dalam daerah masing-masing dan tidak mengambil pusing hal ehwal dinegara-negara Islam dan bukan Islam. Mereka sama sekali tidak membentuk blok Islam. Mereka juga tidak pernah memikirkan untuk mengembangkan teknologi ketenteraan apatah lagi mengembangkannya. 1606-1636M Raja Iskandar Muda Mahkota Alam menjadi raja Kerajaan Acheh. Kejatuhan Melaka di tangan portugis telah meningkatkan Kerajaan Acheh. Acheh pernah menguasai Pahang, Kedah dan perak. Kegemilangan Acheh ialah dalam bidang Ilmu. Pada masa itu bangkit alim ulamak seperti Hamzah Fansuri dan Nuruddin Arraniri. Raja pada ketika itu ialah Iskandar Thani i.e pada Kurun ke 17 M. 1600M - 1900M Dari Sulu islam berkembang ke Mindanao dibawa oleh Syarif Muhammad bin Ali Zainal Abidin yang lebih dikenali dengan gelaran Kabungsuan. Beliaulah yang mendirikan Kerajaan islam Mindanao. Pada kurun ke 16.. Sultan Kudrat adalah sultan yang pertama bergelar Sultan di Mindanao. Kerajaan islam Mindanao telah berjaya menyatupadukan penduduk Islam di Mindanao untuk menentang Spanyol Spanyol. Sultannya yang terakhir bernama Sultan Mangingin dipaksa oleh Spanyol berpindah ke Sibugay. 1600M Dalam masa yang sama muncul Kerajaan Islam Pattani. Islam tiba di Pattani kira-kira Kurun ke 14 iaitu sewaktu dengan kedatangan Islam di Melaka. menurut sumber tempatan ,orang pertama memeluk Islam di Pattani ialah Chaw Sri bangsa, anak raja Siam. Beliau kemudiannya bergelar Sultan Ahmad Syah.. Walaubagaimanapun hikayat yang termasyhor, orang pertama masuk Islam ialah Phaya Tu Nakpa. yang mengislamkannya ialah Syeikh Said Al Bursosi dari Pasai, beliau berasal dari Yaman . Menurut ceritanya, Raja Siam yang masih Budha itu mengalami sakit gatal kurap yang tidak kunjung sembuh. Seorang memberitahu agar merujuk sakitnya kepada seoran pendatang iaitu Sheikh Said. Sheikh said berjaya mengubati nya dengan berkat jampi serapah dan doa. Dan sakit kurap beliau pun sembuh. Sang raja bertanya apa hadiah yang

dipinta oleh Sheikh, jawbnya minta baginda memeluk Islam. bagindapun memeluk Islam. Beliau kemudiannya memerintah dengan nama Sultan Ismail Shah atau Sultan Muhammad Shah. Keturunannya yang terakhir ialah Raja Abd Kadir Shah. beliau dibuang negeri ke Kelantan bersama istananya sekali, dan meninggal di Kelantan. Beliau adalah datuk kepada Tengku Ahmad Rithauddeen, UMNO Kelantan dan Baginda Tungku Budriah Raja Perempuan perlis yang ada sekarang. 1600M Dalam masa yang sama di Pulau Jawa muncul Kerajaan Islam Demak dengan pimpinan Wali Songo, Pajang dan Mataram. Di Borneo muncul Kerajaan IslamBanjar dan di Indo China muncul Kerajaan Islam Champa. Kerajaan-kerajaan Islam ini mempunyai hubungan dengan Kerajaan islamTurki Uthmaniyah dan Kerajaan Moghul di India. Semua perkembangan Islam di Timur Tengan memberi kesan kepada Kerajaan islam di Asia Tenggara. 1400-1960M Islam telah mengubah sistem hidup orang Melayu Asia Tenggara dari kehinduan kepada kemuliyaan islam. Di antar yang terpenting ialah sistem pemerintahan beraja yang menetapkan raja sebagai wakil Allah di Bumi yang menegakkan keadilan. Hukum-hukum Islam dilaksanak sepertu jenayah curi, zina, nikah kawin, jual beli dan pembahagian harta pusaka. Melak telah menjadi pusat penyebaran Islam semasa sultan Muzaffar Shah dan Acheh bergelar serambi Makkah. Islam telah melahirkan semangat menentang penjajahan kafir dalam erti jihad. dari sisnilah timbulnya semangat Kebangsaan Melayu menetang penjajah Inggeris, Portugis dan belanda. Di antara tokohtokoh agama yang menyumbang kepada semangat kemerdekaan asia tenggara dari penjajah ialah Syed Sheikh Al Hadi, Sheikh Tahir Jalaluddin, Haji Abas bin Mohd Tahadi Tanah Melayu, Hj Abdullah Ahmad dan Hj Abdul malik karim Amrullah (HAMKA), Hj Omar Said Cokroaminaoto dan hj Agus Salim di Indonesia. 1400-1960M Islam telah mendemokrasikan pendidikan umat Melayu. Pendidikan menjadi hak rakyat dan bukan hak golongan bangsawan sahaja. Istana menjadi Institusi pendidikan yang penting. Di Istana Melak ada banyak kitab bercorak agama dan sastera seperti Kitab Durrul manzum, Hikayat muhammad Alhanafiyah dan Hikayat Amir Hamzah Kebanyakan kitab ini telah musnah akibat banjir, kebakaran dan peperangan. 1400-1960M Sistem pendidikan di Acheh lebih berkembang maju dengan pemeringkatan kepada rendah, menegah dan tinggi. Ramai raja mencapai tahap ulamak seperti sultan iskandar Shah, Muhamad Shah dan Mansur Shah di Melaka dan Sultan Alaudin Malik Muhamad Amin ShahJohan berdaulat dari Perlak. Tokoh-tokoh ulamak yang menerima pendidikan sistem Acheh ialah hamzah Fansuri dan Abdul rauf Singkel. 1400-1960M Setelah zaman Acheh sisitempendidikan Islan tersebar pula di Tanah melayu dan Pattani yang terkenal dengan kaedah pondok. Pendidkan telah mengubah tamadun tulisan khat dengan hebat walaupun sebelum itu telah ada sistem tulisan hindu Palava dan Dewanagari. Kreativiti ulamak telah berjaya mengubah tulisan arab sehingga menjadi tulisan dan perhubungan melayu atau jawi. gaya bahasa juga disesuaikan dengan Bahasa Arab. 1400-1960M Beribu-ribu buah kitab telah dihasilkan oleh tokoh-tokoh ulamak dan cendekiawan Melayu seperti hamzah Fansuri, Abdul Rauf Singkel, Nuruddin Alraniri, Muhammad Arsyad Al Banjari, Raja Ali haji dan Sheik Daud Alfatani. 1700M Raja Brunei menyerahkan Sarawak kepada Raja Brook. Peristiwa yang sangat memalukan umat Islam.

1774M Kerajaan Uthmaniyah dikalahkan oleh tentera barat dengan kekalahan yang teruk akibat kemerosotan teknologi peperangan oleh Kerajaan Uthmaniyah. Sultannya mulai sedar akan kesilapan mereka 1800M Sultan Salim III - Sultan ini mulai membuat perubahan dengan menggalakkan teknologi tetapi rakyat sudah beku pemikirannya dan tidak dapat menyahut seruan ke arah ilmu dan tekonologi. Akhirnya kelompok lama yang tidak suka kemajuan berjaya memberontak dan membunuh beliau. 1807-1839M Sultan Mahmud II - Pengganti Sultan Salim III 1839-1851M Sultan Abd Majid I - Pengganti Sultan Mahmud II 1851M Sultan Sulaiman III - Semasa pemerintahan beliau Turki mencapai beberapa kejayaan namun masih belum berjaya menandingi teknologi barat. 1819M Kerajaan Johor menjual Singapura kepada Rafles. Kerugian besar kepada umat Islam. 1818-1883M Karl Max seorang ahli falsafah German bangsa Yahudi mengahasilkan buku Das Kapital dan The Comunist Manifesto bersama rakannya Friedrich Engels . Marx menganggap segala-gala yang mempengaruhi manusia adalah ekonomi dan pertentangan kelas atau kasta masyarakat.Segala-gala peristiwa yang berlaku adalah akibat ketidakseimbangan ekonomi antara kaum. Beliau menafikan peranan nilai estetika, rohani dan keagamaan. Beliau mengasaskan faham komunis yang sangat anti agama. 1859M Darwin mengemukakan teori Evolusi melalui bukunya The Origin of Species yang menyatakan Manusia berasal dari monyet. Bermula dari situ Barat menanggapi manusia sama seperti haiwan. 1914-1918M Perang Dunia I - mengakibatkan 21 juta orang terbunuh. Kos peperangan ialah 37 bilio pound sterling. ERA SEKULARISMA DAN PASCA DAULAH ISLAMIYAH 1924M Kehancuran Khilafah Islam yang terakhir iaitu Kerajaan Uthmaniyah di Turki akibat kejahatan raja-rajanya dan tidak berkembangnya ilmu pengetahuan dan ditambah dengan perancangan halus Yahudi dan barat untuk melemahkan Islam. Kemunculan Mustafa Kamal Attatur sebagai perosak nilai Islam dan bapak sekularisma di Turki. 1926M Omar Mukhtar, seorang mujahid menentang penjajahan Itali di Libya dihukum gantung sampai mati oleh Itali. 1930M Kemunculan Gerakan Ikhwanul Muslimin di Mesir. Pemimpin-pemimpinnya dibunuh seperti Hasan Al Banna, Syed Qutb dll. Namun gerakan tetap kekal hingga ke hari ini. 1930an Syed Qutb dibicarakan oleh mahkamah Mesir dan dijatuhkan hukuman gantung sampai mati oleh hakim atas arahan Presiden jamal Abd Naser. Naser menggantung Syed Qutb sekembalinya dari lawatan ke MOSCOW 1939-1942M Perang Dunia Ke II - mengorbankan 35, 513,877 nyawa. Kos ialah 1 juta poun sterling sejam. 1947M Penubuhan Negara haram Israel 1947M Parti Islam Se Malaysia (PAS) ditubuhkan sebagai parti serpihan yang tidak puas hati dengan UMNO dari segi perjuangan Islam. 1957M Malaysia merdeka dan mengamalkam dasar sekularisma. Islam terpinggir dari mainstream kehidupan umat.

Peristiwa Pembunuhan kaum muslimin dari jamaah Ikhwan Muslimin di Hamas Siria oleh Regim Baath Syria pimpinan Hafez Al Asad Peristiwa Israel memusnahkan logi nuklear Iraq kerana dikhuatiri menghasilkan senjata nuklear. 1972M Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) ditubuhkan di Malaysia sebagai salah satu usaha untuk mendaulatkan Islam seutuhnya di Malaysia. 1975M Revolusi Islam Iran di bawah pimpinan Ayatullah Ruhullah Khomeini Iraq dengan sokongan Amerika menyerang Iran, tetapi dipatahkan oleh jihad rakyat Iran. Amerika menyerang Iraq kerana menyerang Kuwait. Pembunuhan Presiden Mesir Anwar Sadat oleh anggota tentera ahli ikhwan Muslimin. SAID HAWWA Seorang pimpinan Ikhwan Muslimin di Syria mati dalam penjara Syria setelah dihukum penjara oleh presiden Hafiz Al ASSAD. 1980M Kejayaan Sudan melaksanakan undang-undang Syariah 1981M Russia menyerang Afghanistan Pemusnahan Masjid Babri di India oleh kaum Hindu India yang mendakwa tapak masjid itu adalah tapak kuil yang telah dimusnahkan oleh raja Islam satu ketika dulu. Peristiwa pembunuhan rakyat Palestin oleh Regim Israel di perkemahan Shabra dan Shatila Meninggalnya tokoh gerakan Islam Indonesia - Pak Natsir. 1990M Russia dikalahkan oleh Mujaahidin Afghanistan Presiden Najmuddin Erbakan disingkirkan oleh Junta Tentera Turki kerana disedari ingin membawa turki ke arah keagamaan. MNLF berdamai dengan Filipina. Nur Miswari dilantik sebagai Gabenur dan Jihad di Filipina diambil aleh oleh MILF. 1995M Afghanistan diperintah oleh Taleban dan menyingkirkan kumpulan Mujaahidin yang tidak bersatu dan terlalu banyak bertelagah 1996M Gerakan Sufi Darul Arqam di patahkan oleh golongan sekular. 1997M Kaum muslimin di Bosnia Herzegovina disembelih beramai-ramai oleh kaum Serbia akibat generasi muda yang sudah hilang identiti Islamnya. 1998M Dunia merayakan 1000 tahun kejatuhan Kerajaan Andalusia dengan menganjurkan Sukan Olimpik di Barcelona, Spanyol. Dalam upacara pembukaan sukan tersebut ditunjukkan bagaimana mereka menghalau tentera Islam dari Andalus. 1998M 1399H Anwar Ibrahim, pemimpin Islam masa depan difitnah oleh musuh politik dan dipenjarakan. 1999M 1400H Parti PDIP pimpinan Megawati Sukarnoputri, sebuah parti yang didokong oleh golongan nonmuslim di Indonesi berjaya meraih undi terbanyak berbanding parti-parti Islam yang terlalu banyak dan berpecah belah mengakibatkan kaum muslimin terpaksa berkongsi kuasa dengan minoriti nonmuslim. 1999M 1400H Meninggalnya ulamak besar Abul Hasan Ali An Nadawi 1999M 1400M MILF berunding untuk berdamai dengan Filipina. 1999M 1400M Gerakan Acheh Merdeka (GAM) diaktifkan kembali 1999M 1400M Russia menyerang Chechnya dan jihad Chechnya diisytiharkan oleh Umat Islam.

2000M 1400M Osamah bin Laden cuba berjihad menentang kuasa-kuasa kuffar dengan kekayaan yang dimilikinya seorang diri. 2000M 1400M Timur Timor mendapat kemerdekaan dari Indonesia hasil tekanan barat terhadap ekonomi Indonesia. 2000M 1400M Beribu-ribu umat Islam di Maluku Indonesia disembelih oleh penduduk Kristian dengan bantuan negara-negara Kristian. 2001M 1401M Bukti saintifik menemui bahtera Nabi Nuh a.s di Turki.

View more...

Comments

Copyright ©2017 KUPDF Inc.
SUPPORT KUPDF