TAMADUN ISLAM

April 10, 2017 | Author: Anonymous | Category: N/A
Share Embed Donate


Short Description

Download TAMADUN ISLAM...

Description

TAMADUN ISLAM

PENGENALAN •

Islam mula diperkenalkan kepada manusia pertama iaitu Adam a.s. Ia merupakan pemberitahuan dan peraturan yang diwahyukan oleh Allah S.W.T. Kemudian wahyu itu diperkuatkan dengan perlantikan rasul-rasul yang bermula dengan Nabi Adam a.s dan berakhir dengan Nabi Muhammad s.a.w. Risalah Islam yang diturunkan kepada rasul-rasul adalah sesuai dengan zaman, jumlah manusia dan kebudayaan umat ketika itu. Islam diturunkan kepada manusia untuk membimbing mereka ke jalan yang benar supaya mereka mencapai kesejahteraan hidup, dunia dan akhirat.

PENGENALAN •

Islam mula diperkenalkan kepada manusia pertama iaitu Adam a.s. Ia merupakan pemberitahuan dan peraturan yang diwahyukan oleh Allah S.W.T. Kemudian wahyu itu diperkuatkan dengan perlantikan rasul-rasul yang bermula dengan Nabi Adam a.s dan berakhir dengan Nabi Muhammad s.a.w. Risalah Islam yang diturunkan kepada rasul-rasul adalah sesuai dengan zaman, jumlah manusia dan kebudayaan umat ketika itu. Islam diturunkan kepada manusia untuk membimbing mereka ke jalan yang benar supaya mereka mencapai kesejahteraan hidup, dunia dan akhirat.

• Penganut Islam wajib beriman kepada Allah Yang Maha Esa selaku pencipta alam semesta dan mematuhi segala suruhan dan menjauhi laranganNya. Tanpa petunjuk dari Allah S.W.T, manusia akan sesat kerana akal fikiran dan pengalaman manusia amat terbatas.

• Manusia tidak mempunyai kemampuan untuk memahami masalah ketuhanan, kehidupan selepas mati, perkara-perkara ghaib seperti malaikat, syurga dan neraka, pembalasan amal dan sebagainya, kerana itulah Allah S.W.T mengutus dan mengangkat ratusan ribu nabi dan rasul yang bermula dengan Nabi Adam a.s dan diakhiri dengan Nabi Muhammad s.a.w. Secara umumnya tugas rasul-rasul dan nabinabi dalam menyampaikan ajaran keimanan adalah sama walaupun ada perbezaan dari segi syariat dan hukum di antara mereka selaras dengan keadaan dan zaman masing-masing.

• Dalam perjalanan sejarah tamadun manusia yang panjang, ramai manusia yang terus-menerus menentang serta membantah pengajaran-pengajaran Allah S.W.T yang dibawa oleh utusan Allah S.W.T, lalu dengan kasih sayang dan belas kasihan Allah S.W.T, Dia telah menurunkan kitab-kitab agar manusia dapat membaca, memahami dan melaksanakan segala arahanNya. Tujuannya untuk menegakkan kepercayaan Tauhid (kepercayaan kepada Allah Yang Maha Esa), menghindarkan mereka dari syirik kepada Allah S.W.T, terpengaruh dengan hawa nafsu yang liar dan mengajar  mereka supaya mematuhi segala ajaran Allah S.W.T dan menjauhkan diri dari laranganNya.

• Sejarah Islam telah menunjukkan bahawa keistimewaan yang terkandung dalam Islam telah mampu membentuk satu tamadun yang mengangkat tinggi martabat manusia, menuju kesejahteraan hidup, dunia dan akhirat. Tamadun Islam telah muncul dan menempa kegemilangan yang tiada tolok bandingnya lantaran kesyumulan dan kesepaduan Islam itu sendiri yang menjadi intipati kepada Tamadun Islam. Akhirnya Tamadun Islam telah berjaya mendepani zaman dan menjadi rujukan kepada pembinaan tamadun manusia sehinggalah ke hari ini.

Rangkuman sejarah tamadun islam dari mula hingga berakhir khilafah

Jahiliyyah

Ibrahim Ishaq

Ismail

Kan’an  Yaaqub

Mesir 

 Yusuf  Musa & Harun Daud

MEKAH Sulaiman

Palestin

Zakaria  Yahya Isa

610 tahun Muhammad SAW

Jahiliah

Era Mekah (610 – 623M = 13 Tahun) -300 masuk Islam dari 10,000 penduduk Mekah - era dakwah dan tarbiayah.

ERA MADINAH (623-633m = 10 tahun) - Tertubuh Daulah Islam Pertama -Nabi Muhammad ketua Negara - Kesatuan Muslim & Non-Muslim di bawah Perlembagaan Pertama Madinah -124,000 orang masuk Islam -Rasulullah wafat

Era Khulafa’ al-Rasyidin (633-661m) -Abu Bakar:Hantar tentera Usamah memerangi golongan murtad, negara kembali stabil - Umar: Membuka Iran(Parsi), Iraq, Jazirah, Khurasan, Baluchistan, Syira, Palestin, Mesir ke Armenia, mewujudkan kementerian & jabatan. -, Uthman: sebarkan dakwah Islam sampai ke India & China, salin semula al-Quran dan perbanyakkan salinan. - Ali: dakwah sampai ke Afrika dan berhadapan dgn isu dalaman

Era Umawiyyah (661-750m) -mengamalkan monarki -Meneruskan usaha dakwah & peluasan -berjaya menguasai utara Afrika, Sepanyol (Andalus), dan Khurasan. -Mencuba untuk membuka kota Constantinople (Ibu negeri Bayzantine) - Paling cemerlang zaman Umar bin Abdul Aziz: berjaya basmi kemiskinan.

Bani Umayyah: Senarai Khulafa’

Abd Syams

Rumpun Quraisy Hisham

Umaiyah

Qusayy Abdul Mutalib

Harb

Abu al-’As

Abu Sufyan

Affan

1) Muawiyah

Uthman

Abdul Manaf 

Al-Hakam

2) Yazid

3) Muawiyah II

4) Marwan

5) Abdul Malik

6) Al-Walid

12) Yazid III

7) Sulaiman

9) Yazid II

10) Hisham

11) al-Walid II

Muawiyah III

Abd Rahman ad-Dakhil

Abdul Aziz

Muhammad

8) Umar

13) Marwan

ANDALUS Pemerintahan Islam di Andalus (711 – 1492M) - Zaman kemuncak, iaitu 756 – 1031M: setiap lapisan masyarakat diperkenalkan dengan sistem pembelajaran yang komprehensif dalam semua bidang. pemerintah telah menaja pelajar-pelajar  untuk mendalami semua bidang ilmu yang boleh membina masyarakat - Khalifah Abdul Rahman al-Ausat membina universiti dan menaungi ulamak dengan elaun-elaun yang tertentu. - Khalifah al-Hakam telah mengambil iniasiatif dengan mendirikan perpustakaan dan membeli bukubuku rujukan. - Hampir seluruh Andalus mempunyai pusat pengajian dan universiti, antaranya di Seville, Granada, Toledo, Valencia dan Cordova yang muncul sebagai pusat intelektual yang terpenting di Eropah. -Pemerintah Andalus juga telah membuka ruang kepada wanita untuk menimba ilmu dan terlibat dengan urusan intelektual. Sejarah telah mencatatkan tidak kurang dari 100 orang wanita Andalus telah terlibat dalam penulisan mashaf ketika itu. -khalifah memberi pengiktiran kepada cendikiawan bukan Islam, antaranya ialah Moses bin Maimon dan Salomón ben Gabirol dari bangsa Yahudi (ahli falsafah & penterjemah)

Era Abbasiah(750-1453m) (3 Fasa) -Kemuncak ketamadun Islam khususnya zaman Khalifah Harun alRashid & al-Ma’mun. Lahir ilmuan Islam dlm pelbagai bidang (iv) Perundangan Islam: Abu Hanifah,Malik, Syafie, Ahmad dll. (v) Hadith: Imam Bukhari,Muslim,Turmizi,An-Nasaie, Abu Daud, Ibn Majah.\ (vi) Sains & Teknologi:Ibn Sina al-Razi Al-Farabi Khawarizmi, Al Biruni,Omar Khayyam Ibn Batuttah dll (vii) Penubuhan Universiti: Andalus: Universiti Cordoba 968M (begitu  juga di Seville, Malaga, Lisbon dan Toledo), Mesir: Universiti AlAzhar 988M - (Universiti-universiti di Eropah hanya bermula pada 1088M Universiti Bologna, 1150M Universiti Paris dan 1167M Oxford University)

Bani Abbasiah: Fasa-fasa Pemerintahan (749M-1258M) Kerajaan Bani Abbasiyah

Fasa Pertama (749-847M)

Fasa Kedua (847-1194M)

Fasa Ketiga (1194-1258M)

Pemerintahan oleh Khalifah

Pemerintahan oleh kerajaan kecil

Pemerintahan oleh khalifah

Antara Khalifah yang terkenal Abu Abbas Al-Saffah (750-754M) Abu Jaafar al-Mansur (754-775M) Harun al-Rasyid (786-809M) Abdullah al-Makmun (813-833M)

Turki 847-946M

Bani Buwayh 946-1055M

Bani Saljuk 1031-1157M

-Zaman al-Mu’tasim: Serangan Monggol -Perang Salib - Akhirnya, tentera Mesir kalahkan Hulago dan balanya. Hulago memeluk Islam(orang menyerang masuk agama orang yang diserang) -Akhirnya Monggol kalah ditangan Sultan Baybar I di dalam peperangan Ain Jalut (1290M)

Barat bertemu Islam di Andalus. Mrk belajar dr org Islam dlm pelbagai bidang- terbentuk tamadun baru

Barat bertemu Islam di Andalus. Mrk belajar dr org Islam dlm pelbagai bidang- terbentuk tamadun baru

Solehuddin alAyyubi kalahkan tentera salib dan buka semula Palestin

Barat bertemu Islam di Andalus. Mrk belajar dr org Islam dlm pelbagai bidang- terbentuk tamadun baru

Empayar Othmaniah (1453-1924m) -Fasa pembinaan asas Khilafah Uthmaniah bermula dengan pemerintahan Othman I (Othman Ghazi) dan berakhir dengan Murad bin Orkhan -menguasai Austria, Hungary, Romania, Bulgaria, Czech, Yugoslavia dan Albania. -Pembukaan Kota Constantinople (Istanbul) oleh Sultan Muhd al-Fateh, buat meriam besar danmengarahkan 14 buah kapal diangkat melalui jalan darat dari Selat Bosphorus ke Golden Horn. menguasai Se latan Greek (kemudiannya, seluruh Kepulauan Greek), Albania dan Crimea (Ukraine). Barat bertemu Islam di Andalus. Mrk belajar dr org Islam dlm pelbagai bidang- terbentuk tamadun baru

Serangan pemikiran & sosial

Wasiat Louis IX: - “Tiada jalan untuk mengalahkan dan menguasai orang-orang Islam melalui jalan perang. Agama mereka mendorong mereka untuk melawan, berjihad, mengorbankan jiwa …. Kita mesti lakukan jalan lain; iaitu mengubah pemikiran Islam dan menjinakkan orang-orang Islam melalui serangan pemikiran. Cendekiawan Eropah harus mengkaji tamadun Islam dan mencipta senjata untuk merosakkan pemikiran orang-orang Islam.” - Serangan sosial dgn memasukkan pelbagai jenis hiburan hingga akhirnya umat Islam terleka dan terlupa dari peranan sebenar mereka.

Khalifah Islam Terakhir 

27 April 1909 – Sultan Abdul Hamid II

3 Mac 1924/ 26 Rejab 1342 H - Bapa sekular Turki Mustafa Kamal Atartuk isytiharkan pembubaran Khilafah Islamiah dan Turki bertukar menjadi Sekular  (memisahkan agama dari pemerintahan) - Negara-negara Islam akhirnya dijajah oleh barat dan dibahagi-bahagikan.

PENJAJAHAN

Uthmaniah (699H – 1343H / 1301M – 1924M)

ERA PENJAJAHAN 1.

2.

3. 4. 5. 6.

Afrika Utara (Maghribi, Algeria dan Tunis)menjadi  jajahan Perancis. Diselang seli dengan Tanger yang berada di bawah kuasa antarabangsa dan jajahan Sepanyol di kampung-kampung. Libya di jajah oleh Itali. Itali tidak mahu langsung kesan-kesan Islam kekal wujud di situ. Ia telah memaksa penduduk di situ menjadi warganegara Itali dan dinamakannya sebagai Itali selatan. Di situ  juga dicampakkan beribu-ribu orang tawanan yang berkebuluran dan manusia-manusia jahat. Mesir dan Sudan di bawah naungan Inggeris. Palestin berada di bawah jajahan Inggeris untuk dijualkan kepada Yahudi bagi mendirikan negara kebangsaan mereka. Syria di bawah jajahan Perancis. Iraq menjadi tanah jajahan Inggeris

1.

2. 3.

4. 5. 6.

Hijaz (Mekah dan Madinah) menjadi sebuah kerajaan yang sangat lemah sentiasa menunggu sedekah dan mengharap kepada janji-janji palsu dan perjanjian-perjanjian yang tidak laku dari Eropah. Yaman pula sebuah kerajaan yang tinggal hanya rangkarangka, rakyatnya papa dan terancam dengan peperangan di setiap tempat dan masa. Di bahagian lain dari seluruh semenanjung Arab pula, yang tinggal hanya negeri-negeri yang kecil di mana amiramirnya hidup di bawah ketiak konsol-konsol Inggeris. Mereka berjuang dengan cebisan-cebisan makanan dari meja makan Inggeris. Sesama mereka penuh menyala hasad dengki dan benci. Kuasa Berikat telah memberikan  janji kemerdekaan kepada bekas Raja Semenanjung Arab; Malik Husin dengan syarat menolong mereka menghapuskan kuasa khalifah Othmaniah. Iran dan Afghanistan adalah kerajaan-kerajaan yang sentiasa bergolak dan menjadi rebutan sesama mereka. India menjadi jajahan Inggeris. Turkistan dan sekitarnya menjadi jajahan Rusia yang ditekan dengan dahsyatnya.

Negara-negara di nusantara? • • •



Kejatuhan negara Islam pertama bermula dengan kejatuhan Kesultanan Islam Melayu Melaka[1] ke tangan Portugis pada tahun 1511. Selepas lebih kurang 130 tahun kejatuhan Melaka ke atas Portugis, Melaka kemudiannya ditawan dan diambil alih oleh Belanda pada tahun 1641 dengan bantun kesultanan Johor. Pada tahun 1786, Francis Light datang membuka dan menjajah Pulau Pinang. Perselisihan yang berlaku antara Francis Light dan Belanda (disebabkan oleh persaingan untuk merebut, mengawal dan menguasai pintu masuk ke Selat Melaka) berakhir dengan termeterainya Perjanjian Inggeris-Belanda pada tahun 1824 menyebabkan kepulauan Melayu terbahagi kepada 2 bahagian iaitu: i) Semenanjung Tanah melayu dan Borneo di bawah pemerintahan Inggeris. ii) Kepulauan Indonesia di bawah pemerintahan Belanda Kawasan-kawasan Asia Tenggara lain yang dijajah : i) Portugis – Pulau Timur Timor (Timor Leste) ii) Perancis – Kemboja, Vietnam iii) Sepanyol – Filipina

• [1] Kesultanan Islam Melayu Melaka merupakan kerajaan yang bernaung di bawah Kerjaan Turki ‘Uthmaniyyah. Sistem perundangan Islam dilaksanakan dan juga sistem perniagaan walaupun agak terhad.

FAKTOR PEROSAK DLM STRUKTUR NEGARA ISLAM 1. Percakaran politik & sikap fanatik selain perebutan kuasa & pangkat. 2. Perselisihan dlm soal furu agama & mazhab dan suka berdebat 3. Tenggelam dlm pelbagai bentuk kemewahan dan hanyut dlm keseronokan & syahwat khususnya di klgn pemimpin. 4. Perpindahan kuasa kpd bukan Arab (Parsi, Dailam, Mamluk, Turki & sbg) 5. Abaikan ilmu berbentuk praktikal & dunia (sains & teknologi), membazir masa dlm falsafah yg berbentuk teori & fantasi 6. Para pemimpin leka dgn kuasa dan lupa melihat perkembangan bangsa. Bangsa lain terkehadapan potensi/kebolehan dan boleh serang Islam bila2. 7. Terpesona dgn helah musuh, cara hidup musuh dan seterusnya meniru budaya hidup mereka.

PANDANGAN HIDUP ISLAM • Islam adalah Ad-Din yang diturunkan oleh Allah S.W.T melalui perantaraan al=Rasul s.a.w. Ia merujuk kepada satu cara hidup yang lengkap merangkumi semua aspek hidup manusia. Islam merangkumi aspek akidah, syariah dan akhlak. Kesemuanya telah dihuraikan malah dipraktikkan oleh Rasulullah s.a.w semasa hayat baginda dan diikuti oleh para sahabat serta umat Islam seluruhnya.

PENGERTIAN ISLAM • Dari segi bahasa kalimah Islam mengandungi tiga perkara utama iaitu: 2. Tulin, suci dari sebarang kecacatan zahir dan batin 3. Damai, aman atau sejahtera 4. Taat dan menyerah • Pengertian Islam dari segi syarak ialah mentauhidkan Allah S.W.T, patuh dan tunduk kepadaNya serta beriman dengan ajaran yang dibawa oleh para rasul yang diutuskan oleh Allah S.W.T sejak dari Nabi Adam a.s hinggalah kepada Nabi Muhammad s.a.w. sebagai nabi dan rasul yang terakhir.

• Justeru itu sesiapa yang mengikuti agama selain dari apa yang dibawa oleh Nabi Muhammad s.a.w sesudah kedatangannya tidak akan diterima oleh Allah S.W.T. Islam yang dibawa oleh Muhammad s.a.w telah disempurnakan ajarannya oleh Allah S.W.T dan dia telah meredhaiNya untuk diikuti. Firman Allah S.W.T dalam Surah Ali Imran ayat 85 yang bermaksud : ”Sesiapa yang mencari din (agama) selain daripada din (agama) Islam maka dia termasuk dalam golongan mereka yang rugi di akhirat nanti"  • Allah S.W.T juga berfirman dalam Surah Al-Maidah ayat 5 yang bermaksud : ”Hari ini Aku telah sempurnakan bagi kamu agama kamu  iaitu Islam dan Aku kurniakan nikmat kepada kamu dan  Aku reda Islam itu agama kamu”.

KANDUNGAN ISLAM 1) AKIDAH • Akidah merupakan dasar terpenting dalam Islam. Baik atau buruk natijah hidup seseorang di sisi Allah S.W.T adalah bergantung kepada akidah yang dianuti oleh mereka. Akidah dalam Islam merupakan kepercayaan atau keimanan kepada hakikat dan nilai-nilai mutlak, tetap dan kukuh dalam jiwa setiap Muslim. • Berdasarkan maklumat wahyu, Muslim dapat mengenali Allah S.W.T secara tepat. Allah S.W.T mempunyai kuasa mutlak dalam kehidupan makhluk. Dialah yang mencipta manusia, binatang dan tumbuh-tumbuhan. Dialah  juga yang mencipta langit dan bumi serta segala isi kandungannya dan seluruh makhluk di langit dan di bumi memerlukan rahmat dan pertolonganNya untuk terus hidup. • Berasaskan akidah tauhid ini manusia dapat membebaskan dirinya dari tunduk dan patuh kepada sesuatu yang bersifat makhluk, sama ada dalam bentuk berjirim ( benda) atau roh yang telah menguasai diri manusia sepanjang sejarah. Dengan keyakinan ini manusia meletakkan tempat pergantungan, perlindungan dan pengabdian hanya kepada Allah S.W.T semata-mata.

• Asas-asas akidah Islam ialah: (ii) Beriman kepada Allah (iii) Beriman kepada Malaikat (iv) Beriman kepada Kitab-Kitab (v) Beriman kepada Rasul-rasul (vi) Beriman kepada Hari Akhirat (vii)Beriman kepada Qadha’ dan Qadar  • Akidah Islam membebaskan manusia daripada kecelaruan hidup, yang tidak mempunyai matlamat kehidupan yang jelas. Akidah Islam membimbing manusia kepada matlamat kehidupan yang benar iaitu keredhaan Allah S.W.T.



2.

3. 4.

5.

6.

Akidah Islam akan melahirkan tamadun yang mantap. Akidah Islam yang telah meresap ke dalam jiwa dan lubuk hati seseorang akan menimbulkan kesan-kesan positif di antaranya dapat kita gariskan seperti berikut: Akidah Islam melahirkan seorang yang yakin kepada Allah S.W.T Yang Maha Esa. Keyakinan itulah yang menggerakkan seluruh tingkahlakunya, percakapannya dan gerak-gerinya untuk mencari keredhaan Allah S.W.T. Akidah Islam melahirkan insan yang mempunyai akhlak cemerlang dan terpuji dan tersisih dari sifat-sifat buruk. Akidah akan melahirkan seseorang yang optimis dan yakin kepada diri sendiri untuk bekerja bagi mencapai kejayaan di dunia dan tidak lupa mencari keredhaan Allah S.W.T supaya mendapat kebahagiaan di akhirat. Akidah Islam melahirkan insan dan masyarakat yang teguh pendiriannya, mempunyai prinsip dan tidak mudah terpengaruh dengan persekitaran yang mengancam nilai dan akhlak manusia terutama dengan pelbagai pengaruh hasil kemajuan teknologi maklumat di zaman ini. Ia mampu membeza dan memilih nilai-nilai yang positif dan menolak nilai-nilai yang negatif yang boleh merosakkan keperibadian insan dan masyarakat. Akidah Islam yang teguh mampu membawa manusia dan masyarakat maju ke hadapan dalam segala bidang. Sejarah membuktikan masyarakat Arab telah berubah daripada satu masyarakat yang tidak dikenali kepada sebuah masyarakat yang digeruni. Akidah Islam telah mengangkat darjat mereka. Mereka menguasai hampir separuh dari bumi ini. Mereka menguasai pentadbiran dan maju dalam pelbagai disiplin ilmu pengetahua

1. Akidah Islam membentuk manusia berlumba-lumba untuk melakukan kebajikan dan mencegah dari kemungkaran. Ini akan melahirkan masyarakat yang harmoni dan aman tenteram. Tiada jenayah atau pencerobohan ke atas sesiapa disebabkan mereka yakin kepada hari pembalasan. 2. Akidah Islam akan melahirkan manusia yang tidak mudah putus asa atau hilang harapan. Iman di dalam hati akan memberi ketenangan yang luar  biasa. 3. Akidah Islam akhirnya melahirkan manusia yang sanggup berjihad ke jalan Allah S.W.T walaupun harta dan nyawa menjadi taruhan. Bilal bin Rabah sanggup mati kerana mempertahankan akidahnya begitu juga dengan keluarga Ammar bin Yasir. Demikianlah para sahabat yang lain, sanggup mengorbankan harta dan nyawa untuk mempertahan dan menyebarkan Islam ke seluruh dunia. Ini adalah kesan dari akidah Islam yang meresap di dalam jiwa dan lubuk hati mereka. 4. Akidah Islam yang ada dalam hati umat Islam kini mungkin tidak begitu mantap menyebabkan mereka tidak dapat mencapai kegemilangan sebagaimana umat Islam di zaman Nabi Muhammad s.a.w dan para sahabat. Umat Islam pada hari ini begitu rapuh akidahnya. Lantaran itu mereka mudah terpengaruh dengan berbagai-bagai unsur negatif. Kemunduran umat Islam kini kerana mereka semakin jauh dari menghayati akidah Islam yang sebenar. 5. Akidah Islam melahirkan insan soleh. Insan yang melakukan apa yang diperintahkan oleh Allah S.W.T dan meninggalkan segala jenayah dan kemungkaran.

SYARIAH •

syariah ialah segala perintah Allah S.W.T dalam bentuk hukum atau peraturan yang bersifat menyeluruh dan sangat luas bidang kuasanya. la merangkumi seluruh titah perintah dan ketentuan Allah S.W.T yang diwahyukan samada yang ditegaskan di dalam alQuran ataupun yang berasaskan kepada al-Sunnah. Di dalamnya terdapat aspek-aspek i'tiqadiyyah atau batiniyyah (hal-hal yang berkaitan dengan akidah dan keimanan), 'amaliyyah (hal--hal yang berkaitan dengan ibadat, muamalat, munakahat dan jenayah iaitu hal-hal yang menyentuh mengenai perbuatan atau perlakuan lahiriah manusia dalam konteks hubungan atau interaksi mereka dengan Allah S.W.T, sesama manusia, dan alam lain) dan juga aspek akhlaqiyyah (yang membahaskan mengenai budi pekerti atau moral manusia sebagai individu dalam bermasyarakat dan bernegara).

• i. ii. iii. • • i.

ii.

iii.

Secara umumnya, keseluruhan isi kandungan syariah Islam dapat dibahagikan kepada tiga kategori iaitu dari segi skop, perlaksanaan dan penguatkuasaan. Dari segi skopnya, syariah Islam menaungi perkara-perkara berikut: Hubungan antara manusia dengan Allah S.W.T dan alam ghaib yang lain. Hubungan antara manusia sesama manusia. Hubungan antara manusia dengan makhluk-makhluk lain di muka bumi ini sama ada haiwan, benda-benda atau tumbuh-tumbuhan. Dalam aspek perlaksanaan kepada perintah dan larangan Allah S.W.T pula, syariah Islam terbahagi kepada tiga iaitu : Kewajipan yang menjadi tanggungjawab individu serta harus dilaksanakan di peringkat individu. Contohnya ialah perintah-perintah yang khusus ditujukan kepada individu terutama sekali dalam konteks hubungan langsung seseorang hamba dengan Penciptanya iaitu ibadah-ibadah khusus seperti solat, puasa dan lain-lain. Perintah perlaksanaan yang dianjurkan supaya dilakukan secara kolektif atau berjamaah. Seluruh perintah dalam al-Quran yang ditujukan secara kolektif  dikategorikan sebagai tanggungjawab bersama setiap umat Islam. Contohnya ialah seperti perintah melakukan dakwah, jihad, menegakkan amar makruf dan nahi mungkar serta tuntutan-tuntutan fardhu kifayah yang lain. Perintah yang tidak mampu atau tidak boleh dilaksana di peringkat individu mahupun kolektif tetapi ia menjadi tugas serta kewajipan pemerintah. Perintah ini adalah berkaitan dengan perlaksanaan hukuman bagi kesalahan jenayah seperti hudud, qisas dan takzir.

AKHLAK • Akhlak dalam Islam bukan suatu teori, kerana konsepnya tidak sama dengan konsep etika yang dibawa oleh Barat. Akhlak dalam Islam ialah sikap rohaniah yang memuliakan tingkah laku (perbuatan) manusia terhadap Allah S.W.T, terhadap diri sendiri dan makhluk lain, sesuai dengan suruhan dan larangan serta petunjuk alQur’an dan Hadis. Nilai yang baik disebut akhlak mahmudah dan nilai yang keji disebut akhlak mazmumah.

• Manusia dicipta dengan penuh keindahan (sebaik-baik kejadian). Keindahan tersebut meliputi lahiriah (fizikal) dan batiniah (spiritual – dalaman) diri manusia. Keindahan ciptaan fizikal diistilahkan sebagai al-khalq seperti raut muka, warna kulit, tinggi rendah tubuhnya dan sebagainya. Sementara keindahan dalaman diri manusia terangkum dalam istilah alkhuluq yang menggambarkan keindahan jiwa, meliputi kehendak, inspirasi dan sebagainya. Oleh itu apabila seseorang dikatakan baik khuluq dan khalqnya, ia bermaksud orang tersebut baik sifat lahiriah dan batiniah nya. • Dari sudut istilah, Imam al-Ghazali mendefinisikan akhlak sebagai sifat yang tertanam dalam jiwa seseorang dan darinya terbentuk perbuatan dengan mudah tanpa memerlukan pertimbangan fikiran terlebih dahulu. Apabila keadaan jiwa tersebut terbit perbuatan yang baik dan terpuji menurut akal dan syariah, ia dinamakan akhlak yang baik. Sekiranya yang keluar itu perbuatan yang buruk, ia dinamakan akhlak yang buruk.

CIRI-CIRI KEISTIMEWAAN ISLAM •

Islam adalah al-din yang diturunkan oleh Allah S.W.T yang bersifat Maha Sempurna, sunyi dari sebarang bentuk kekurangan dan kelemahan. Justeru peraturan yang diturunkanNya mempunyai ciriciri keistimewaannya yang tersendiri yang membezakannya dengan peraturan dan agama ciptaan manusia. Antara ciri-ciri keistimewaannya ialah :

• •

Rabbani. Islam adalah agama yang diturunkan oleh Allah S.W.T. Syari’at yang ada didalamnya adalah wahyu, bukan ciptaan manusia bahkan bukan juga rekaan Nabi (Yunus:15). Ini bermakna Islam adalah agama untuk seluruh ummat manusia di mana juga mereka berada dan hingga ke akhir zaman (al-Anbiya’:107).

• •

Sesuai dengan fitrah dan akal manusia. Segala hukum yang telah diturunkan oleh Allah S.W.T tidak bertentangan dengan akal manusia, bahkan akal tersebut jika betul-betul digunakan ia akan menemukan keagungan dan keesaan Allah S.W.T. Adapun yang nampak bertentangan ialah kerana akal manusia (kerana keterbatasannya) tidak dapat memahami dan mentafsirkan apa yang dikehendaki dan dimaksudkan oleh Allah S.W.T. Segala apa yang disyari’atkan itu pada hakikatnya sesuai dan menepati fitrah manusia, kerana Allah S.W.T sajalah yang amat mengetahui hakikat dan kejadian manusia (al-Rum:30,al-Baqarah:164).

• •

Tidak Membebankan Allah tidak mensyari’atkan sesuatu perintah yang diluar kemampuan manusia, disamping itu juga Allah S.W.T telah memberikan keringanan (rukhsah) pada keadaan-keadaan tertentu. Di dalam Islam tidak ada sesuatu yang sulit difahami kerana kerumitannya. Asas tauhid Islam  jelas kerana segalanya telah diterangkan oleh al-Qur’an, tidak ditokoktambahkan oleh golongan tertentu, sebagaimana yang terjadi pada sebahagian agama. Seseorang itu mempunyai akses langsung kepada Allah S.W.T tanpa perlu adanya perantara, semua orang sama taraf  disisi Allah S.W.T.

• •

Menyeluruh Ini bermakna bahwa Islam memberikan teori yang lengkap dan mendalam tentang alam semesta bagaimana ia diciptakan, ciri-cirinya dan bagaimana ia berjalan mengikuti ketetapan Allah S.W.T. Begitu  juga tentang penciptaan manusia dan kehidupan.

• •

Sederhana dan seimbang. Posisi Islam tidak terlalu menumpukan pada ruhaniyyah sehingga melupakan material, Islam merangkumi dunia dan akhirat tidak menumpukan pada akhirat sehingga melupakan dunia dan Islam juga tidak menghinakan dunia, akan tetapi menempatkannya pada tempat yang betul.

• •

Positif  Islam adalah agama yang positif. Islam memberikan kesan yang positif  dalam kehidupan manusia, hubungannya dengan sesama manusia dan hubungannya dengan Allah S.W.T akan semakin erat. Ini dapat dibuktikan dengan kehidupan seorang muslim yang lebih tenang dan bahagia dibanding dengan orang tidak beragama atau yang beragama lain. Seorang muslim tahu akan kebahagiaan sebenar yang jauh dari materialistik, ia selalu merasa adanya perlindungan dan rahmat Allah S.W.T.

• •

Sesuai untuk sepanjang zaman. Setiap hukum dalam Islam mengambil kira keadaan manusia dan memberikan keringanan bila berhalangan. Oleh kerana itu tidak boleh dikatakan tidak sesuai dengan perkembangan zaman, kerana fiqih Islam sebenarnya dapat menjawab segala masalah/perkembangan baru dalam kehidupan manusia, selama pintu ijtihad masih terbuka kepada mujtahid.

• •

Tetap dan Anjal Syari’at yang Allah tetapkan tidak akan berubah, ini berbeza dengan undang-undang manusia yang selalu berubah dan dipinda. Tidak ada yang kurang lengkap atau yang salah dalam Syariat Allah, adapun yang berkembang dalam fiqih Islam itu adalah Ijtihad, masing-masing ulama berijtihad sesuai dengan keadaan dan perkembangan semasa, dengan syarat tidak bercanggah dengan nas yang telah ada dalam Qur’an dan Sunnah.

PRINSIP DAN MATLAMAT TAMADUN ISLAM •

2. 3. 4. 5. 6. 7. 8.

Tamadun Islam dibina berdasarkan kepada prinsip-prinsipnya yang luhur  yang merangkumi matlamat yang jelas. Ia menekankan kepada pembangunan hidup manusia di dunia dan kesejahteraan hidup di akhirat. Pada umumya prinsip dan matlamat Tamadun Islam merangkumi Pengabdian diri kepada Allah S.W.T di dalam seluruh kegiatan hidup Berorganisasi atas asas akidah yang menjamin dari sifat menyeleweng dan kezaliman Keagungan dan keluhuran nilai kemanusiaan berbanding dengan nilai kebendaan Berfungsinya nilai-nilai kemanusiaan yang menyebabkan berkembangnya sifat kemanusiaan ”manusiawi” bukan sifat ”kebinatangan” Kesucian dan keharmonian hidup keluarga Melaksanakan tugas khilafah di bumi Allah dengan mengikut panduan Allah S.W.T dan sentiasa memegang janji dan amanah Allah Matlamat Tamadun Islam juga ialah untuk memartabatkan Islam sebagai AI-Din iaitu satu cara hidup yang yang lengkap selaras dengan fitrah manusia. Manusialah pemacu dan penggerak kepada tamadun.

Tamadun Islam pelihara 3 hubungan: • •



• • •



Hubungan Manusia Dengan Allah Hubungan manusia dengan Pencipta iaitu Allah S.W.T ialah beribadat mengikut prosedur yang ditetapkan oleh Allah S,W.T dan Rasulnya Nabi Muhammad s.a.w. Ia melibatkan hubungan antara hamba dengan Penciptanya. Hubungan tersebut merupakan hubungan paling tinggi dan mulia dalam kehidupan manusia, mengatasi hubungan yang wujud antara manusia sesama manusia atau makhluk lain. Hubungan Manusia Sesama Manusia Manusia dijadikan oleh Allah S.W.T dari asal keturunan yang satu iaitu Adam a.s. Oleh yang demikian hubungan manusia dengan manusia yang lain adalah sebagai sebuah keluarga yang berasal dari jiwa yang satu. Justeru dalam perhubungan mereka seharian perlulah mengikut aturan yang telah ditentukan oleh Allah S.W.T dalam menjamin agar tidak timbul kezaliman, perseteruan malah hubungan yang wujud dalam setiap lapangan kehidupan samada yang bersifat peribadi mahupun kemasyarakatan berasaskan tolong menolong dan hormat menghormati. Ini adalah kerana masyarakat muslim adalah masyarakat yang terbentuk berdasarkan konsep kesatuan ummah. Ini menjadikan masyarakat Islam sebuah masyarakat yang berbentuk sejagat, tidak bersifat perkauman, tidak bersifat kebangsaan serta tidak terbatas dalam lingkungan sempadan geografi dan politik.



Bagi masyarakat muslim, hanya satu ukuran yang mendapat tempat di sisi Allah Yang Maha Mencipta iaitu ketakwaan kepadaNya, di samping berbuat baik kepada sesama manusia. Firman Allah dalam surah al-Hujurat ayat 13 bermaksud : ” Wahai umat manusia, sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki  dan perempuan dan kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku  (puak) supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra anatara satu sama lain. Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih takwanya di antara kamu (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha mengetahui lagi maha mendalam pengetahuanNya” 

• •

Hubungan Manusia Dengan Alam Allah S.W.T telah mencipta alam semesta ini untuk dinikmati oleh makhluk ciptaanNya Manusia sebagai khalifah Allah S.W.T di muka bumi ini telah dipertanggungjawabkan untuk memelihara alam ini. Allah S.W.T telah memberikan panduanNya kepada manusia berhubung dengan hubungan yang sepatutnya dengan alam. Firman Allah S.W.T dalam Surah al-A’raf ayat 56 yang bermaksud : ”Janganlah kamu berbuat kerosakan di bumi setelah Allah menyediakan segala yang membawa kebaikan padanya, dan berdoalah kepadaNya dengan  perasaan bimbang (kalau-kalau tidak diterima). Sesungguhnya rahmat Allah itu  dekat kepada orang-orang yang berbuat kebajikan.”  Menurut Islam, manusia dan alam adalah makhluk ciptaan Allah S.W.T namun manusia diberikan taraf lebih tinggi berbanding dengan makhluk lain lantaran kelebihan akal dan tanggungjawab sebagai khalifah. Manusia perlu memelihara dan memulihara alam sekitar mengikut peraturanperaturan Allah S.W.T atau sunnatullah.

• •

MANIFESTASI DAN SIFATSIFAT TAMADUN ISLAM • Manifestasi Tamadun Islam adalah untuk melindungi dan memelihara lima perkara yang dianggap darurat dalam tamadun manusia iaitu :

1.

Memelihara Agama

• Sikap Islam; memberikan kebebasan beragama dan tidak memaksa org lain untuk menerima Islam. Firman Allah: “Tidak ada paksaan dalam (memasuki) ugama (Islam), kerana sesungguhnya telah nyata kebenaran dari kesesatan. Oleh itu, sesiapa yang tidak percayakan Taghut, dan ia pula beriman kepada Allah, maka sesungguhnya ia telah berpegang kepada simpulan (tali ugama) yang teguh yang  tidak akan putus. Dan (ingatlah), Allah Maha Mendengar, lagi  Maha Mengetahui.: (al-Baqarah: 256) • Namun apabila telah Islam, ia tidak boleh keluar (murtad) dari agama Islam. Itu satu pengkhianatan dan jenayah yg besar: Firman Allah: “dan sesiapa di antara kamu yang murtad (berpaling tadah) dari ugamanya (ugama Islam), lalu ia mati sedang ia tetap kafir, maka orang-orang yang demikian, rosak binasalah amal usahanya (yang baik) di dunia dan di akhirat, dan mereka itulah ahli neraka, kekal mereka di dalamnya (selama-lamanya). (al-Baqarah:217)

• Islam jg memberikan kebebasan berfikir, memberi pendapat & lain2 dan tertakluk kpd keizinan Allah dan ia boleh ditarik balik andainya ia menggugat hak dan kepentingan manusia lain. • Islam juga melalui m elalui akidahnya membebaskan manusia dari pengabdian dan penyembahan kpd sesuatu yg berbentuk manusia, benda, hawa nafsu, syaitan, sy aitan, iblis,  jin, ruh dan sebagainya.

1.

Memelihara Nyawa • Hak menghidup dan mematikan adalah hak Allah. Hanya Allah yg sebenar-benarnya berkuasa menentukan hidup dan mati seseorang. Tiada sesiapa berhak mencabar hak tersebut. • Islam mengharamkan pembunuhan orang lain kecuali melalui   jalan yang hak; contoh; mempertahankan diri & hukum bunuh. Firman Allah swt: “  “Sesiapa yang membunuh orang tanpa kesalahan atau  berbuat kerosakan di bumi, maka seolah-olah ia membunuh manusia seluruhnya” (Surah al-Maaidah: 32) • Juga haram bunuh diri sendiri. Firman Allah:“ “Jangan kamu membunuh diri kamu, sesungguhnya   Allah itu amat pengasih kepada kamu. Sesiapa yang  melakukan demikian itu secara ceroboh dan zalim, maka kami (Allah) akan membakarnya dengan api neraka, yang  demikian itu amat mudah bagi Allah” (Surah al-Nisa’ : 29 &30)

• 2) 3) 4)

6)

Cara-cara Islam dalam menjaga hak-hak hidup: Kaw awal alan an ke kesi siha hattan & me mellaw awa an pen eny yak akiit Pen eng gha hara rama man n perk perkar ara a yg me memu mud dha hara ratk tkan an (da (dada dah, h, arak dll) Peng Pe ngha haru rusa san n se seti tiap ap pe perk rkar ara a ya yang ng be berm rmat atla lama matk tkan an kehidupan spt. makan, minum, pakaian & sebagainya. Firman Allah swt: “Makan dan minumlah kamu, tetapi jangan melampaui melam paui batas” (Surah al-Al-Araaf: 31). Meng Me ngh har aru usk ska an mak makan an da dan n mi minu num m se sesu suat atu u ya yang asalnya haram dalam keadaan dharurat.

1. •

• •



Memelihara Akal Fikiran Pemeliharaan akal wajib; kerana akal lambang kesempurnaan manusia berbanding makhluk yg lain. Antara cara memelihara akal: Islam mewajibkan umatnya menuntut ilmu bagi membentuk pemikiran.Sabda Nabi Muhammad saw: “Tuntutlah ilmu dari dalam buaian hingga ke liang lahad” (HR Muslim). Pemeliharaan Akal: Islam mengharamkan makanan & minuman yang memabuk dan mengkhayalkan; mabuk menukarkan manusia menjadi seperti binatang.

1.

Memelihara keturunan dan kehormatan.

• Nabi Muhammad menerangkan: “Wahai Manusia sesungguhnya tuhan kamu satu (tunggal) dan kamu berasal daripada Adam dan Adam berasal dari  tanah”. (HR al-Bukhari & Muslim) • Sabda Nabi Muhammad saw dalam pidato terakhirnya di Padang Arafah: “Sesungguhnya nyawa, harta dan kehormatan kamu  adalah suci…”(HR Bukhari). • Islam memelihara keturunan manusia:  – Kawalan: Islam mensyariatkan perkahwinan & meletakkan Undang-undangnya yg terperinci.  – Pencegahan: Islam haramkan Khalwat, zina, seks bebas, luar tabii dsb.

1.

Memelihara Harta Benda

• Kekayaan bumi bukan milik tertentu, setiap orang berhak menurut usaha dan kemampuannya. • Firman Allah: “ Allah  Allah yang telah memudahkan bagi kamu lautan, supaya kamu boleh belayar padanya dengan kapal-kapal dengan izinnya, dan supaya kamu mencari daripadanya kekayaannya, dan supaya kamu berterima kasih, dan ia memudahkan bagi kamu apa-apa yang di langit dan apaapa yang di bumi semuanya” (Surah al-Jaathiyah:12-13) • Hak pegangan dipelihara dalam Islam; Rasulullah saw bersabda: Sesiapa yang terbunuh kerana mempertahankan hartanya, maka ia mati syahid ”(HR ”(HR Bukhari). • Islam juga mengiktiraf hak pegangan harta org bukan Islam dlm negara Islam dan memberi mrk kebebasan dlm bidang ekonomi sama spt hal org Islam. • Penjagaan Islam terhadap hak harta:  – Kawalan: Undang-undang Ekonomi & Muamalat Islam.  – Pencegahan: Pengharaman Jenayah Curi & rompak.

SIFAT2 TAMADUN ISLAM • Tamadun Islam yg berasaskan wahyu memiliki sifat2 khusus yg menjadikan ia mampu bertahan tanpa mengira sempadan masa dan geografi. Antara sifat tersebut:

1) kesejagatan • Maksud: Tamadun Islam dapat dikesan di mana sahaja di muka bumi tanpa sempadan geografi asalkan menjadikan Islam sebagai al-din. • Ia juga tidak terikat dengan bangsa tertentu.

2) Keterbukaan • Maksud; Tamadun Islam dapat menerima malah menggalakkan penerusan unsur2 baik yg terdapat pd tamadun lain selagi tidak bertentangan dgn syariat Islam. • Keterbukaan Tamadun Islam membolehkan ia mudah diterima oleh kebanyakan manusia.

3) Sepanjang Zaman •





Tamadun Islam bermula dgn turun wahyu pertama (surah al-’Alaq) kpd nabi terakhir, Nabi Muhammad di Gua Hira’ pada 17 Ramadhan/ 6 ogos 610M. Satu2nya tamadun yg dpt ditentukan dgn tepat tarikh kelahirannya dgn terbentuknya Negara Islam pertama di Madinah selepas Hijrah pd tahun 622 M.Tamadun Islam terus wujud tanpa sempadan masa. Tamadun Islam sesuai hingga Hari Kiamat.

4) Toleransi • Salah satu elemen yang membolehkan Tamadun Islam berkembang tanpa sempadan masa dan geografi adalah sifat toleransi serta keterbukaannnya terhadap agama dan budaya lain. • Tamadun Islam berkembang ke luar dari Semenanjung Tanah Arab dan dapat diterima dengan mudah oleh masyarakat tempatan. Ini kerana Islam menjamin hakhak asasi masyarakat tempatan, sama ada beragama Islam ataupun bukan Islam. Bagi masyarakat tempatan yang menganut Islam, mereka masih boleh terus mengamalkan budaya serta adat resam mereka selagi tidak bertentangan dengan batasan syarak. • Manakala bagi masyarakat bukan Islam, hak-hak kemanusiaan mereka terus terpelihara, sama ada dari sudut kebebasan beragama, berbudaya, keselamatan dan sebagainya. Melalui sifat toleransi tersebut, keharmonian serta keamanan dapat dikekalkan dalam masyarakat setempat.

5) Kesatuan Dlm Kepelbagaian • Akidah (keimanan kpd Allah) adalah titik tolak yg mendasari tamadun Islam. • Pelbagai penemuan, pencapaian dan perkembangan kemajuan yg sentiasa berlaku dlm Tamadun Islam merupakan manifestasi keinginan umat Islam memperolehi redha Allah

6) Keseimbangan antara rohani &  jasmani. • Islam sentiasa mengajar umatnya agar sentiasa wujudkan keseimbangan antara rohani &   jasmani, spiritual & fizikal krn Islam mengiktiraf kewujudan manusia dlm 2 entiti utama (roh dan jasad). • Kejayaan tamadun manusia tercapai apabila kedua entiti dpt diseimbang dan disepadukan.

SUMBER TAMADUN ISLAM • Tamadun Islam mempunyai sumbersumbernya tersendiri yang memungkinkan ia berkembang dan mampu memenuhi keperluan manusia.

(1) Al-Quran •



• •

Sumber utama Tamadun Islam ialah al-Quran. Kitab yang diturunkan oleh Allah S.W.T adalah suci mengandungi nilai mukjizat yang tinggi samada dari sudut akidah, syariah, akhlak dan moral, bahasa, persejarahan, pemikiran dan intelektual, ketamadunan, rahsia alam semesta dan sebagainya. Ia sesuai sepanjang zaman dan lengkap, sesuai dengan tahap manusia dan ketamadunan. Kandungannya menggalakkan manusia berfikir untuk mencapai kesejahteraan hidup, memberi dorongan dan semangat mereka untuk meneroka alam di segenap bidang. Segala kegiatan dan kemajuan yang dicipta dikehendaki mengikuti lunas-lunas yang telah ditetapkan. Merupakan kitab samawi terakhir bagi manusia selepas turunnya Taurat, Zabur dan Injil. Merupakan wahyu dari Allah swt. Ianya terpelihara semenjak diturunkan: 1. Ditulis semenjak diwahyukan; penulis-penulis Wahyu Rasulullah saw- Zaid bin Thabit, Ubai b. Kaab, Muaz bin Jabal, Muawiyyah b. Abi Sufyan dan 4 Khulafa’ al-Rasyidin. 2. Dihafaz oleh para sahabat, generasi seterusnya dan hingga kini.

PENDEKATAN ALQURAN DLM MERUBAH M’KAT •

Al-Quran turun berperingkat selama 22 tahun -ikut keperluan -keadaan -peristiwa



Dasar2 perubahan m’kat: (1) Rabbani (2) angkat martabat manusia (3) hari pembalasan (4) persaudaraan seluruh manusia (5) ajak lelaki wanita bangkit bersama, kerjasama & kesaksamaan. (6) kawal 2 naluri: nyawa & zuriat, atur 2 keperluan: mulut & seks (7) perangi jenayah (8)perpaduan Islam (ukhuwwah) (9)kewajipan jihad (10) Negara wakil kpd gagasan menyebar fikrah ke seluruh

(2) Al-Sunnah • Maksud: Segala yang disandarkan kpd Rasulullah saw sama ada perkataan, perbuatan dan pengakuan(taqrir) serta sifat kejadian, akhlak dan riwayat hidup baginda, sebelum dan sesudah baginda dilantik menjadi Rasul. Cuma sunnah yg menjadi sandaran hukum; sesudah menjadi rasul. • Al-Quran menggariskan prinsip-prinsip asas, kemudian dihurai dan diperincikan oleh al-Sunnah. Ia merupakan sumber inspirasi umat Islam untuk membentuk, membangun dan mengembangkan tamadun mereka. • Sesuatu pembaharuan yang dibuat, boleh dikatakan tamadun, tetapi tidak boleh digolongkan sebagai Tamadun Islam kalau bertentangan dengan sumber-sumber ini. Ringkasnya, semua sudut tamadun Islam dicorakkan di atas acuan al-Quran dan alSunnah. Daripada al-Quran dan al-Sunnah dicerakinkan akidah, syariah dan akhlak untuk dilaksanakan dalam kehidupan manusia. Pelaksanaannya ditunjukkan oleh Rasulullah s.a.w. dan para ulama selepas baginda.

(3) Ijtihad • Dalam tamadun manusia banyak perkembangan baru berlaku . Sebahagian daripada pembaharuan itu tidak jelas dari segi hukumnya, kerana tidak terdapat secara nyata dalam AlQuran dan Al-Sunnah. • Oleh itu menjadi peranan ulama atau cendikiawan Muslim untuk mengolah hukum terhadap perkara-perkara baru berdasarkan keilmuan yang mereka miliki dengan merujuk kepada sumber Al-Quran dan al-Sunnah.

SUMBANGAN TAMADUN ISLAM KEPADA PERADABAN DUNIA • • iv. •

Selama lapan abad (897M-1492M) orang-orang Islam menjadi perintis dan pelopor tamadun di Andalus (Sepanyol). Faktor-Faktor Kecemerlangan mereka di Andalus adalah: Gesaan al-Quran dan al-Sunnah Ajaran al-Quran dan al-Sunnah yang tertanam kukuh di jiwa umat Islam ketika itu menjadikan mereka orang-orang yang cintakan ilmu dan berusaha mengembangkannya kepada penduduk Andalus. Dengan kerjasama dari pemerintah telah membina sekolah dan bandar. Kanak-kanak dari keluarga miskin diberikan pendidikan secara percuma. Ini membangkitkan kesedaran yang tinggi mengenai pentingnya ilmu pengetahuan kepada masyarakat Andalus yang selama ini diabaikan dari aspek pendidikan. Umat Islam telah mengembangkan ilmu tradisi seperti tafsir, hadis, fekah, ilmu-ilmu moden yang mencakupi matematik, astronomi, geografi dan lain-lain. Sejarah telah mencatatkan bahawa di bawah pemerintahan dan pentadbiran Islam, hampir  tidak ada rakyat Andalus yang buta huruf.

• •

• •

• •



ii. Galakan Pemerintah Sepanjang pemerintahan Islam di Andalus (711 – 1492M) fenomena naungan politik para pemerintah terhadap kegiatan intelektual menjadi sebahagian daripada pencapaian Umat Islam di Eropah. zaman kemuncak, iaitu 756 – 1031M setiap lapisan masyarakat diperkenalkan dengan sistem pembelajaran yang itensif dan komprehensif dalam semua bidang. Buku-buku dan guru-guru serta sarjana islam telah dibawa masuk ke Andalus dan di masa yang sama pemerintah telah menaja pelajar-pelajar untuk mendalami semua bidang ilmu yang boleh membina masyarakat. Khalifah Abdul Rahman al-Ausat - telah membina universiti dan menaungi ulamak dengan ganjaran yang sewajarnya dengan elaunelaun yang tertentu. Khalifah al-Hakam telah mengambil iniasiatif dengan mendirikan perpustakaan dan membeli buku-buku rujukan serta mengumpulnya dengan tujuan mempercepatkan lagi usaha pendemokrasian ilmu di kalangan masyarakat. Beliau turut mengundang para cendikiawan dari setiap pelusuk negara seperti Baghdad, Damsyik dan Iskandariah. Masjid dan istana turut dijadikan tempat menyebarkan ilmu. Hampir seluruh Andalus mempunyai pusat pengajian dan universiti, antaranya di Seville, Granada, Toledo, Valencia dan Cordova yang

iii. Kestabilan Andalus • Kestabilan politik, ekonomi dan social di Andalus turut menjadi penyumbang kepada perkembangan ilmu pengetahuan. Keistimewaan masyarakat Andalus yang bersifat majmuk seperti Islam, Yahudi dan Kristian telah mewujudkan daya saing dan budaya ilmu yang memberangsangkan. Ia juga melahirkan ulama dan ahli fekah dari pelbagai bangsa. • Pemerintah Andalus juga telah membuka ruang kepada wanita untuk menimba ilmu dan terlibat dengan urusan intelektual. Sejarah telah mencatatkan tidak kurang dari 100 orang wanita Andalus telah terlibat dalam penulisan mashaf ketika itu. • Selain dari orang Islam, khalifah telah memberi pengiktiran kepada cendikiawan bukan Islam, antaranya ialah Moses bin Maimon dan Salomón ben Gabirol dari bangsa Yahudi. Kedua-dua mereka terdiri dari ahli falsafah dan banyak mencurahkan tenaga dalam aktiviti penterjemahan. iv Kerjasama Para Ulama dan Cendikiawan • Faktor yang mempercepatkan perkembangan ilmu pengetahuan di Andalus ialah kerjasama dan usaha tanpa mengenal jemu oleh para ulama dan cendikiawan. Semasa pembukaan Andalus, para cendikiawan dan ulama telah bersama-sama ke Andalus sebagai tentera. Mereka datang ke Andalus bersama ilmu dan pengetahuan yang disebarkan kepada penduduk Andalus dengan meyebarkan akidah Islam dan menyelesaikan permasalahan mengenai syariah dan fekah.

PENGALIRAN ILMU KE BARAT & KEMUNCULAN TAMADUN EROPAH i. Peranan Orang-Orang Mozarrab • Mozarrab adalah panggilan kepada masyarakat Kristian, ia diambil dari bahasa Arab, ‘Musta’ribun’ (Orangorang yang diarabkan), iaitu orangorang Kristian yang tertarik dan mengamalkan beberapa aspek kebudayaan Arab dan Islam.

ii. Hubungan Diplomatik • Sejarah telah mencatatkan bahawa telah wujud hubungan diplomatik di antara negara-negara Eropah dan Andalus lantaran sikap mereka yang berhasrat memajukan Eropah setanding dengan Andalus, antaranya England, Perancis, Jerman dan Belanda. Mereka telah menghantar delegasi yang terdiri dari pelajar-pelajar ke Andalus untuk menuntut ilmu seperti sains, kesenian, pertukangan dan lain-lain. Mereka juga telah menghantar pembesar dan putera raja mereka untuk melanjutkan pelajaran di Andalus bagi mendalami dan mempelajari setiap aspek kemajuan yang dimiliki oleh orang-orang Islam. • Ketika itu Universiti Cordova yang diasaskan oleh Abdul Rahman sebagai universiti yang terkemuka ketika itu. Ia menampung bukan sahaja pelajar-pelajar Islam, malah pelajarnya juga terdiri dari orang-orang Kristian dan Yahudi dari seluruh dunia termasuk dari Eropah, Afrika dan Asia.

i. •



Aktiviti Penterjemahan Seiringan dengan kemasukan pelajar-pelajar  dari seluruh dunia, aktiviti penterjemahan semakin giat dilakukan. Antara pusat penterjemahan yang masyhur ketika itu ialahToledo yang telah berjaya melahirkan cendikiawan yang pakar dalam pelbagai bidang. Buku-buku yang sering diterjemahkan meliputi bidang matematik, astronomi, mantik, perubatan, kimia dan botani. Penterjemahan berlaku dari bahasa Arab ke Bahasa Latin dan sebaliknya. Dengan aktiviti penterjemahan ini, berlaku pemindahan ilmu secara aktif dan meluas.

i. •



Pembukaan Sicily Setelah berada di bawah kekuasaan Islam selama 800 tahun, Sicily berperanan secara langsung dalam pemindahan ilmu ke Eropah. Kedudukannya yang strategik, ditengah-tengah perjalanan antara Eropah dan Afrika, mendorong ia menjadi pusat intelektual yang penting ketika itu. Ulama Islam telah muncul di Sicily antaranya ialah Hamzah al-Basri, seorang ahli filologi dan sasterawan dan Muhammad bin Khurasan, seorang yang mahir  dalam bidang qira’at. Tokoh-tokoh lain ialah Abdul Haq bin Muhammad dan Ibnu Zaraf yang pakar  dalam bidang llmu Kalam, Asad bin al-Furut dalam bidang ilmu fekah.

TAMADUN ISLAM ERA PASCA PENJAJAHAN • Pada era kolonial Barat, banyak negara-negara Islam yang dijajah mula mengalami kemunduran dan keruntuhan akibat serangan dan kongkongan dari kuasakuasa besar dunia seperti Eropah, Rusia, Amerika dan sebagainya. • Kejatuhan dan kelemahan masyarakat Islam adalah disebabkan oleh serangan yang kuat dari pihak kolonial di samping ketiadaan semangat jihad di dalam jiwa masyarakat Islam serta pemimpin-pemimpinnya. • Dr. Yusuf al-Qardhawi, sarjana Islam kontemporari telah merumuskan empat medium utama ke arah penguasaan Barat ke atas umat Islam melalui :

i.

Sistem Pengajaran dan Pendidikan

• Kolonial Barat menggunakan sistem pendidikan dengan membina sekolah dan institusi pendidikan yang mengguna pakai sistem pendidikan Barat yang menekankan kepada aspek kebudayaan Barat dengan matlamat menjauhkan umat Islam yang dijajah, dari ajaran Islam yang sebenar. • Ziya Gokalp (1875 -1924) Bapa Nasionalisme Turki. merupakan seorang pemuja Tamadun Barat. Berlandaskan pemikiran sekular, beliau mengganggap agama hanya merupakan satu kepercayaan atau ritual sahaja. Dengan itu, ilmu pengetahuan seperti psaikologi, sosiologi, biologi, fizik, matematik tidak ada hubungan sama sekali dengan agama.

ii. Akhbar dan Media Massa • Akhbar dan media massa memainkan peranan yang besar dalam penerapan ideologi dan gaya hidup Barat kepada masyarakat Islam di negara yang dijajah. • . H. A. R. Gibb dalam bukunya yang berjudul Modern Trends In Islam menyatakan bahawa institusi sekolah dan kolej sahaja belum cukup untuk menyebarkan fahaman Barat, malah ia  juga perlu disampaikan kepada masyarakat umum melalui media massa

iii. Serangan sosial • Serangan sosial berlaku secara langsung dan tidak langsung yang menyerap dalam masyarakat Islam dan mengakibatkan rasa kekaguman yang melampau kepada cara hidup Barat dengan mengenepikan sistem hidup Islam yang dipandang kolot dan ketinggalan zaman. • Menurut Malik Ben Nabi, aliran pengkaguman Barat yang disebut modernist ini merupakan tiruan tanpa keaslian. • Rentetan daripada pengaruh Amerikanisasi serta Zionisasi dalam sosial, hasilnya berleluasa budaya hedonistik di kalangan generasi Muslim. Budaya hedonistik ialah budaya seronok di mana mereka berpegang kepada falsafah hidup untuk menikmati keseronokan dan mereka akan memburu keseronokan hidup dengan apa jua cara. Budaya ini berkait rapat dengan hiburan, pornografi, dadah, seks bebas dan lain-lain.

iv. Pengaruh Sekularisme • Menurut sejarah, sekularisme bermula pada zaman Renaisans ketika memuncaknya pergerakan sosial humanisme yang menonjolkan kehebatan manusia .Pergerakan sosial ini timbul ekoran bantahan dan tentangan terhadap fahaman keagamaan pada era zaman pertengahan. Dengan meresapnya unsur  sekularisme dalam peradaban Barat, maka wujudlah pemisahan antara alam tabii dengan alam ghaib. Dalam hal ini, sekularisme dikaitkan dengan pemisahan antara agama dengan kehidupan secara keseluruhannya. • Melalui proses penjajahan, sekularisme diterap masuk ke dalam negara umat Islam dalam semua aspek hidup terutama sistem pentadbiran dan ianya berterusan sehingga ke hari ini walaupun negara umat Islam telahpun mencapai kemerdekaan.

KEBANGKITAN BARU UMAT ISLAM •

Hasil dari penjajahan kolonial Barat, umat Islam mula menyedari kepentingan untuk mereka kembali kepada ajaran Islam yang sebenar. Era ini disebut sebagai era kebangkitan semula Islam dari seluruh aspek meliputi aspek politik, intelektual, pendidikan, ekonomi, media dan sosial. • Dalam dunia Islam, bibit-bibit yang telah disemai oleh mujaddid dakwah dan  juru islah klasik telah memberi sumber inspirasi kepada generasi Islam di abad ke 20. Natijahnya muncullah gerakan tajdid di Asia Barat, Benua India dan tersebar ke Afrika dan Asia Tenggara, terutamanya di Tanah Melayu. Fenimena ini merupakan kebangkitan semula Islam untuk memperbaharui kefahaman dan amalan Islam secara menyeluruh. • Kebangkitan Islam sehingga kini sudah menghampiri satu kurun lamanya. Ia masih jauh untuk sampai kepada matlamatnya, iaitu menerajui kepimpinan tamadun manusia walaupun ia mempunyai segala potensi. Menurut Sayyid Qutb, ia hanya akan berjaya bila ia digerakkan oleh kumpulan yang penuh dengan keimanan dan terus istiqamah. • Dalam konteks ini, pentingnya arus kebangkitan Islam pada hari ini berusaha untuk menemukan metodologi yang sesuai dan menggabungkan seluruh potensi yang ada untuk mengajak umat Islam untuk terus bangkit memperkasakan diri dan masyarakat dari segenap aspek. Di samping itu arus kebangkitan ini perlulah dijalankan melalui institusi yang mengajak kepimpinan umat Islam supaya kembali kepada ajaran Islam dan memperkukuhkan diri untuk menghadapi cabaran semasa. Ia juga harus mengambil kira perubahan kualiti dan kuantiti dalam kehidupan umat islam secara menyeluruh, mendalam, teliti, kepakaran dan analisis.

JIHAD DALAM ISLAM • Kalimah jihad secara umumnya bermaksud setiap usaha yang memerlukan curahan tenaga dan kekuatan demi untuk mencapai matlamat dan cita-cita mulia dan ideal untuk menegakkan kebenaran dan kebaikan demi untuk memartabatkan Islam di bumi Allah serta mengharapkan ganjaran dan keampunannya.

• •

• •



Jihad Nafsu (al-Jihad al-Akbar) Manusia dicipta dari dua unsur iaitu jasmani dan rohani. Jin, iblis dan syaitan adalah musuh asli dan abadi manusia yang pernah berlaku dalam sejarah kehidupan manusia sebagaimana Adam a.s dan Hawa pernah termakan pujukan syaitan. Al-Quran menerangkan secara jelas dan terperinci segala tektik dan teknik tipu daya syaitan untuk menyesatkan manusia. Perang kemusnahan iblis dan syaitan terhadap manusia bermatlamatkan merosakkan ketulinan akidah dan tauhid terhadap Allah, keikhlasan ibadah dan ubudiah dan kejernihan dan kesucian akhlak muslim. Oleh itu jihad nafsu ialah segala usaha dan kesungguhan untuk membersihkan jiwa dan menyucikan hati dan sifatsifatnya yang rendah dan keji untuk diisi dengan sifat-sifat yang mulia dan terpuji, membersihkan dan menyucikan jiwa dari kegelapan dan kekotoran syirik untuk diisi dengan kejernihan dan sinar tauhid, membina keikhlasan hati nurani dalam beribadah kepada Allah.

• • •



Jihad Ilmu dan pendidikan Umat Islam harus melihat kepentingan ilmu dan teknologi sebagai amat releven untuk mengangkat martabatnya. Umat Islam perlu mengarahkan maksud jihad kepada pembangunan ilmu dan pendidikan, hidupkan budaya penyelidikan dan penerokaan kepada bidang-bidang baru dalam dunia intelektual kini. Dalam masa yang sama kita mampu menampilkan keunggulan ilmu-ilmu dan proses pendidikan yang Islami supaya akhirnya umat Islam mampu bangun dengan acuannya sendiri. Al Quran sering memaparkan tentang tradisi membaca atau ‘iqra’ bahkan ayat pertama yang diturunkan kepada Nabi Muhammad S.A.W menjelaskan konsep ini. Begitu juga konsep’ulul albab’ yang memberikan fokus kepentingan ilmu dan peranan para ilmuan dalam Membangunkan tamadun. Al Quran memberikan keutamaan berfikir  berasaskan kekuatan akal dan menginsafi berasaskan peristiwa-peristiwa dan musibah yang terjadi dan keutamaan merenung, mengkaji dan menyelidik mengenai hakikat kejadian alam dan hubungan dengan manusia berasaskan prinsip Al-Quran.

1. Jihad Mempertahankan Kesucian Islam • Jihad mempertahan kan Islam dan Ummahnya dari pencerobohan musuh-musuh Islam sebagaimana yang berlaku kepada umat Islam di Palestin yang ditindas oleh rejim Yahudi. Isu Palestin adalah isu pencerobohan zionis terhadap kesucian Islam bumi Palestin dan masjid al Aqsa yang di muliakan oleh Allah. Rakyat Palestin telah mencuba berbagai cara dalam usaha untuk membebaskan bumi Palestin dan untuk mendapatkan semula hak mereka yang telah dirampas oleh tentera zionis Yahudi: antaranya melalui perjanjian damai, persidangan, perundingan dengan mengikut pelan damai yang dianjurkan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. Begitu juga Amerika Syarikat yang menjadi sekutu Israel telah menabur janji untuk memberikan kekuasaan dan sebuah negara Palestin yang merdeka  juga melalui jalan buntu. • Rakyat Palestin yang telah muak dengan janji-janji kosong ini telah bangkit memilih jalan lain untuk merungkai permasalahan yang menimpa mereka dengan bangkit menentang, berjuang menerusi jihad memerangi tentera Israel yang telah mencabuli hak-hak mereka, membunuh, merampas tanah orang Islam menyeksa dan membunuh kanak-kanak, memerangi kaum lelaki, menganyayai wanita melailui ugutan dan berbagai-bagai penderaan yang dilakukan oleh tentera zionis tersebut. • Dalam situasi begini Jihad dalam artikata memerangi musuh Islam adalah amat wajar dan tidak boleh dipinggirkan dengan begitu sahaja terutama dalam konsep membina kekuatan persenjataan dan ketenteraan yang maju dan canggih.

KEBANGKITAN SEMULA ISLAM DAN PENERAPANNYA DI MALAYSIA •

Gerakan kebangkitan semula Islam bertujuan mengatasi kelemahan dalaman masyarakat Islam yang didominasi oleh kuasa penjajah Barat sekular. Ia bermula di akhir abad ke-18 dan menjadi semakin hebat di akhir abad ke-19 dan awal abad ke-20. Pada tahun 70-an dan 80an wujud dua fenomena utama iaitu gerakan dakwah sama ada kumpulan NGO mahupun badan-badan kerajaan juga program penerapan nilai Islam oleh kerajaan dalam pentadbiran, perbankan, pendidikan, perundangan dan kepenggunaan.

Penerapan Nilai-Nilai Islam Dalam Pentadbiran • Penerapan nilai-nilai Islam dalam pentadbiran di Malaysia ialah segala usaha untuk mempertingkatkan daya produktiviti negara melalui amalan nilai-nilai amanah, rajin, bersih, tekun serta usaha untuk menegakkan masyarakat di jalankan dengan lancar, teratur  dan efisyen sesuai dengan kehendak Islam. Pembentukan budaya kerja yang berasaskan nilai-nilai tersebut adalah tidak bercanggah dengan budaya bukan Islam kerana ia adalah nilai-nilai universal yang boleh diterima oleh manusia sejagat.

Aplikasi Prinsip Islam Dalam Aspek Ekonomi • Sebagai sebuah negara Islam, Malaysia telah mengambil langkah yang wajar untuk memastikan sistem kewangan Islam berfungsi selaras dengan prinsip-prinsip syariah yang telah digariskan oleh al-Quran dan al-Sunnah dari segi matlamat dan operasinya. Tujuan utama ialah untuk memenuhi keperluan umat Islam terhadap satu sistem yang benar-benar  menepati lunas syariah sebagai satu sistem kewangan yang komprehensif serta mampu bersaing dengan sistem konvensional yang telah wujud sekian lama.

Pendekatan Islam Hadhari • Konsep Islam Hadhari yang diperkenalkan oleh Y. A. B. Perdana Menteri, Dato’ seri Abdullah Hj. Ahmad Badawi, malah telah dijadikan dasar dalam pembangunan negara adalah satu usaha untuk mengenengahkan Islam sebagai satu cara hidup yanga Preview lengkap dan menyeluruh You're Reading meliputi seluruh ruang manusia di Unlocklingkup full access with a kehidupan free trial. samping mengembalikan semula kegemilangan Islam di Download With Free Trial persada dunia. Sesungguhnya Islam berkemampuan untuk menyelesaikan bukan hanya permasalahah di peringkat peribadi, tetapi juga menggarap persoalan keluarga, masyarakat, negara dan ummah. Sebab itu, semua agenda pembangunan ummah, peradaban negara dan keutuhan bangsa perlu digarap untuk samasama bangkit bersama keterbilangan Islam sebagai alDin yang diredai Allah.

Visi, Misi dan Objektif Islam Hadhari • Visi Islam Hadhari adalah untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara Islam contoh, iaitu sebuah negara maju mengikut acuan sendiri. Konsepnya ialah negara yang mempunyai masyarakat membangun dan memiliki ilmu, berkemahiran dan berketrampilan serta tergambar sebagai golongan yang berakhlak, berbudi dan berbudaya yang berpaksikan kepada kepercayaan agama. • Misi Islam Hadhari pula ialah melaksanakan agenda pembangunan negara dan ummah berlandaskan pendekatan Islam yang universal, maju, bertamadun, bertoleransi dan berimbang. • Objektif Islam Hadhari ialah bagi melahirkan individu dan masyarakat Islam yang mempunyai kekuatan spiritual (rohani), akhlak, intelektual, material, mampu berdikari, berdaya saing, melihat kehadapan, inovatif serta cekap menangani cabaran semasa serta bijaksana, rasional, praktikal dan damai.

View more...

Comments

Copyright ©2017 KUPDF Inc.
SUPPORT KUPDF