Tamadun India

April 7, 2017 | Author: tk324 | Category: N/A
Share Embed Donate


Short Description

Download Tamadun India...

Description

TAMADUN INDIA Sejarah, Kerajaan dan Pentadbiran 1. Zaman Prasejarah • Zaman Batu Awal(Paleolitik) - memburu dan mengumpul makanan. • Zaman Batu Pertengahan(Mesolitik) - bertani dan menternak. • Zaman Batu Baru(Neolitik) - alat batu digilap, bertani, menternak, tembikar, pembinaan drp kayu. Pendahuluan kemunculan tamadun Harrapa (3000-1500SM) di Lembah Sg Indus.

2. Zaman Protosejarah • Bermula tahun 3000SM di Lembah Sg Indus. • Budaya Lembah Sg Indus meliputi Punjab, Sind, utara Rajasthan dan Kathiawar di barat India. • Memiliki kemahiran perancangan bandar dan peraturan kesihatan, pertanian besar-besaran. • Sembah Dewa Shiva dan Dewi Ibu. • Tulisan Indus - logosillabik (piktograf)

3. Zaman Sejarah Awal • 1500SM - kedatangan org Arya membawa peradaban baru di barat laut India. 3.1 Zaman Vedik (1500SM-500SM) - Org Arya berasal dr Poland dan Asia Tengah. Muncul budaya komposit di utara India dikenali Budaya Indo Arya(Budaya Vedik). - Mencipta teks-teks agama atau Veda-veda. - Asas organisasi politik dan sosial masy Indo Arya: 1. Kula (keluarga) diketuai grihaspati. 2. Beberapa keluarga tinggal dalam grama (kampung) diketuai gramina, 3. Beberapa kampung adalah bhgn visya (bandar) diketuai visyapati, 4. Beberapa visya adalah sebhgn jana diketuai rajana. Raja dinasihati Mantri Parishad. 5. Dua badan mengawal kuasa raja ialah sabha dan samriti. - Cukai tanah merupakan cukai asas. - Aktiviti ekonomi- pertanian bijirin, penternakan, nelayan, tukang dobi, tukang gunting rambut,penjual daging, pembuat bakul, pembuat tembikar, peminjam wang dan pedagang. 3.2 Zaman Vedik Terkemudian (600-320SM) - 600SM penubuhan republik di kaki gunung Himalaya dan barat laut Punjab dan negerinegeri beraja di kawasan Sg.Ganges. - Pengerusi pertemuan wakil-wakil puak dilantik sbg raja. - kemunculam pemimpin dan pemikir aliran bukan ortodoks cth Siddharta Gautama dan Mahavira. - Sumber pendapatan - cukai tanah, perindustrian dan perdagangan. - Negeri-negeri mengamalkan sistem pemerintahan beraja terletak di kawasan Sungai Ganges. Kuasa raja adalah turun temurun dan mementingkan sistem dewaraja, upacara rajasuya, vajapeya dan asva medha.

4. Empayar Maurya (321-185SM) • Pengasas- Chandragupta Maurya. • Penasihat- Kautalya atau Chanakya • Menakluki kawasan Indus, Ganges dan barat laut India. • 279SM, Chandragupta memeluk agama Jaina. • Takhta diserah kpd Bindusara. • Asoka Piyadassi- peluk agama Buddha (ahimsa). • Mahindra- pengembang agama Buddha di Ceylon. • Arthasastra- teks ttg kerajaan dan ekonomi disusun oleh Kautalya.

5. Kemerosotan Empayar (200SM-300M) • Empayar Maurya diganti oleh dinasti Shunga(keluarga Brahmin) diketuai oleh Pushyamitra pada 180SM). • Dinasti Kanva- menguasai India Selatan. • Kerajaan Indo-Greek (Bactria) pada 200SM. • Dinasti Shaka (Scythia) pada 80SM. • Dinasti Kushana oleh puak Yueh-chi. Penyebaran agama Buddha ke China dan Asia Tengah. • India Tengah (kaw. Deccan)- Dinasti Satavahana kurun pertama SM.

6. Zaman Gupta (300-600M) • Zaman Klasik atau zaman keemasan-kebudayaan Hindu semakin kukuh di utara India. • Tokoh penting- Chandra Gupta II bergelar maharajadhiraja. - Samudra Gupta - meluaskan pengaruh, pulihkan konsep devaraja dan asamedha.

7. Zaman Sangam • India Selatan-rekod2 kesusasteraan Sangam- peristiwa politik. • Peperangan antara krjn Chera(barat), Chola (timur) dan Pandya (selatan), • 200SM, Chola kuasai Ceylon Utara.

8. Zaman Pallava (600-900) • Raja-raja Pallava menggunakan gelaran kadavar, kadavar kon. • Dinasti Pallava - Pallava awal (250-340), Pallava Pertengahan (340-595) dan Pallava Akhir (575-900). • Pallava Awal - Raja Sivaskandavarman merasmikan upacara-upacara asvamedha, vajapeya dan agnishtoma, bahasa Prakrit dan Sanskrit. • Pallava Pertengahan - Peperangan menentang Guta, Vakataka, Kadamba, Chalukya dan Chola. Agama Buddha dan Jain diberi keutamaan. • Pallava Akhir - Zaman kegemilangan menguasai India selatan. Pemulihan agama Hindu.

Bahasa Tamil. Pembinaan kuil-kuil.

9. Zaman Chola (850-1200) • Raja-raja termasyhur adalah Raja Rajendra I dan Kulotangga, menggunakan gelaran Chakravarthigal. Menakluki seluruh kawasan India Selatan. • Pembinaan kuil-kuil, reklamasi tanah, menggalakkan kerja-kerja talian air, menyelenggara sekolah dan hospital. Menjalinkan hubungan perdagangan luar dgn Kepulauan Melayu dan negeri-negeri lain di Asia Tenggara. • Bentuk pemerintahan lebih kurang sama dgn krjn Pallava-empayar dibahagikan kpd beberapa wilayah, daerah dan kampung. Cukai tanah adalah sumber pndptn krjn. • Perkembangan mazhab Saivisme dan Vaisnavisme. Bantuan juga diberikan kpd kuil-kuil Buddhis dan Jain.

10. Hubungan India dgn dunia luar • Sejak sblm maseh i- perdagangan ke Asia Tenggara spt di Arikamedu (India Selatan), OcEo(Indo-China), Kuala Selinsing (Perak). • Unsur-unsur budaya dan tradisi India mempengaruhi agama, politik, bahasa, sastera dan seni rakyat. • Institusi kerajaan- devaraja. Pemerintah menganuti Vaisnavisme adalah inkarnasi Dewa Vishnu. • Pengaruh agama Buddha- candi Borobudur dan Angkor Thom. • Kesusasteraan- karya-karya epik Hindu dan cerita-cerita agama Buddha. Cerita-cerita Ramayana, Mahabhrata dan Jataka. Cth di Asia Tenggara-Hikayat Seri Rama, Hikayat Sang Boma, Hikayat Pendawa Lima di Malaysia, Ramakien di Siam. Wayang kulit. • Bahasa- pinjam Sanskrit, Pali dan Tamil. • Ketatanegaraan, kekeluargaan, perdagangan, pengetahuan,fenomena semulajadi dan sebagainya. • Sri Lanka- agama rasmi ialah Buddha, pengaruhi seni bina, seni lukis, seni ukir, seni tarian dan seni muzik. • China- agama Buddha.

11. Sejarah Zaman Pertengahan (1000-1756) • Muslim mengekalkan agama Islam dalam tamadun India. • Penyebaran 2 cara: i. Sehingga 1000SM – perdagangan ii. 1008 hingga 1026 - penaklukan • Perdagangan - India Selatan • Penaklukan - Turki, Afghan, Mongol menguasai. • 1008 -1026 - Serangan Mahmud Ghaznih. • 1191 - Muhammad Ghuri - pembukaan petempatan di India Utara. • 1206 - Ghuri dibunuh oleh Qutbuddin Aibak dan membentuk kesultanan Delhi (1206 1290). • Dinasti Khilji (1290 -1320) • Dinasti Tughluq (1320 -1412)

• Dinasti Sayyid (1412 -1450) • Dinasti Lodi (1451 -1526) • Lodi diserang oleh Mongol Genghis Khan pada 1526 dan asaskan Dinasti Mughal. - Masyhur di bwh Akhbar. - Akhbar (1556-1605) menjalinkan hubungan baik dgn rakyat beragama Hindu. Membatalkan jizyah, memulihkan tempat-tempat suci Hindu, mengadakan upacara umum, penterjemahan veda-veda, epik-epik, mempengerusikan sidang diskusi antara agama dan agama Din Ilahi. - Jahangir (1605-1627), menentang ajaran Jain . - Shah Jahan (1628-1658), tidak benarkan pembinaan kuil Hindu dan halang keluar Islam. - Aurangzeb (1658-1707)- perkenalkan jizyah,memusnahkan kuil-kuil Hindu yang menentang pemerintahan, menggantikan pegawai-pegawai Hindu dgn pegawai-pegawai Muslim bagi jawatan-jawatan penting. • Peringkat akhir pemerintahan Mughal- British menyerang. • Kerajaan dan pentadbiran Islam - sultan dianggap wakil khalifah, bebas dgn berautoriti - sendiri. Kawalan atas kuasanya ialah undang-undang Syariah. - pentadbiran sivil- wazir (menteri perdana) mengutip cukai, akaun dan perbelanjaan, menasihati sultan. - Tiga menteri lain- ketua jabatan tentera, ketua hubungan luar negeri dan ketua dalam negeri. - Pentadbiran peringkat wilayah diketuai gabenor dgn beberapa jabatan penradbiran. - Pentadbiran kampung dikendalikan ketua kampung, patwari (akauntan) dan chauduri (pendaftar). • Kedatangan Islam telah membuka India Utara kpd perdagangan dgn Asia Tengah. Pertumbuhan dan perkembangan pasar-pasar sbg pusat pertemuan pedagang. Bengal meneruskan hubungan perdagangan dgn rantau Asia Tenggara. • Kemunculan budaya komposit mengintegrasikan unsur-unsur Islam dgn Hindu: - bahasa Urdu mempunyai nahu prakrit dgn kata-kata Parsi, Arab dan Turki dan ditulis dgn skrip Arab. - Bidang muzik- sitar adalah gabungan vinai dr India Selatan dan tanbura dr Parsi, tarian kathak terdpt pakaian Parsi dgn tema Hindu, seni bina Turki, Afghan dan Mughal terdpt unsur-unsur Hindu, Iran dan Jain. - Agama- Din Ilahi diperkenalkan oleh Akhbar, ajaran Kabir (1440- 1518) dan Nanak (14691533) mengambil ciri-ciri Hinduisme dan Islam.

12. Kerajaan Vijayanagar (1336-1565) • Perluasan kuasa pada pertengahan kedua kurun ke-14. • Mempelopori peradaban dan kebudayaan Hindu di India Selatan selama lebih kurang 200 tahun. • Kerajaan ini memelihara tradisi yg diwarisi dari segi ketatanegaraan, pendidikan dan kesenian. • Pengasas Harihara I, menyusun sistem pentadbiran. • Krishnadeva Raya pemerintah terkenal kerana merupakan seorang pahlawan, pakar dlm ketatanegaraan dan pentadbiran, penaung seni dan sastera. • Pemerintah-pemerintah selepas Krishnadeva tidak dapat menahan kemaraan kuasa Muslim menakluki kawasan India Selatan. 13. Zaman Moden (1750-1947) • Bermula dgn kedatangan dan penaklukan Portugis ke atas Goa (1510), Belanda (1602) dan

Peranchis (1664). • British datang pada 1612 dan menakluk India bermula 1750 tetapi hanya satu pertiga shj. Dua pertiga lagi kekal sbg negeri-negeri beraja sehingga kemerdekaan. • India dibahagi kpd 3 iaitu Bengal (timur), Bombay (barat) dan Madras (selatan). • Presidensi diketuai oleh gabenor dan gabenor jeneral dilantik sbg ketua pentadbiran India. • British menghormati budaya dan agama serta tidak campur tangan dalam hal ehwal tersebut. • British memperkenalkan pendidikan Inggeris dan pentadbiran moden. • Permulaan kurun ke-19, dasar perdagangan menguntungkan British, memakluki kawasan demi kawasan tanpa menghormati tradisi pemerintahan tempatan. Berlaku permberontakan. • British memperkuatkan kuasa tentera dan undang-undang yang mengurangkan kebebasan org India. • Reformasi sosial dan agama- amalan dan adat yg tidak bersesuaian ditentang dan usaha memperbaiki kedudukan wanita . • Pertengahan kedua kurun ke-19, kebangkitan kesedaran kebangsaan. Penubuhan pertubuhan-pertubuhan memulihkan agama Hindu spt Arya Samaj dan Ramakrishna Mission. Membangkitkan kesedaran sosial ttg beberapa amalan dlm masyarakat dilakukan antaranya oleh Brahma Samaj dan Prarthana Samaj. • Perjuangan Kebangsaan dilakukan oelh Indian National Congress (1885) dipimpin oleh Mahatma Gandhi. • 1947 kemerdekaan India- tetapi dgn membahagikan India kpd dua iaitu India untuk org Hindu dan Pakistan bg memenuhi kehendak Liga Muslim yg mewakili Muslim.

TAMADUN INDIA Masyarakat dan Budaya 1. Masyarakat dan Budaya Dibahagikan kpd dua golongan besar berdasarkan kpd bahasa iaitu Indo Arya dan Dravidia. Dari segi demografi, Indo Arya menetap di utara India dan org Dravidia di selatan India.

2. Sistem Keluarga Tujuan berkeluarga utk mendpt teman sokongan dari segi fizikal dan rohani serta mendpt zuriat (keturunan).

Sistem keluarga bersama (joint family). Keanggotaan berdasarkan lelaki yg seketurunan, isteri serta anak yg blm berkahwin. Disokong oleh semangat kepentingan bersama dan harta dikongsi bersama. Perpaduan dgn nilai kasih sayang. Sistem keluarga dipelihara oleh dua aspek iaitu ashrama dharma dan purusartha. Ahsrama dharma Menjelaskan ttg empat tahap dilalui oleh setiap manusia. i. Brahmacharya Berusia 12 tahun berterusan sehingga 24 tahun, zaman bujang. Dua belas tahun pertama menandakan tahap pembelajaran yg biasa (informal) dan dua belas tahun kedua menandakan tahap pembelajaran yg serius (formal). ii. Grihasta Mula kehidupan berumahtangga. 21 hingga 30 tahun usia perkahwinan lelaki. 18 hingga 25 tahun bg wanita. Mencari kekayaan seblm berkahwin. Memelihara keharmonian dan menyara keluarga. iii. Vanaprastya Golongan berumahtangga berusia 48 hingga 72 tahun. Mencapai kearifan dan berkeupayaan menasihati org lain. Menyelesaikan tanggungjawab terhdp keluarga dan mendalami agama. iv. Sannyasa Berusia 72 tahun. Dpt mengatasi nafsu dan duniawi. Berilmu dan alim, menjlnkan kerja amal, menyebarkan agama. 2.2. Purusartha Empat objektif mulia yg harus diamalkan oleh manusia. i. Aram/dharma Diperolehi melalui pendidikan bersifat kerohanian. Ditanam sejak brahmacharya. Dharma meruapakan peraturan moral dan etika bersifat kerohanian. ii. Porul/Artha Kekayaan. Aram adalah landasan utk mencari kekayaan (halal).

iii. Inbam/kama Menikmati kekayaan berlandaskan dharma. Keluarga dipelihara dgn kekayaan yg diperolehi. Pembaziran harus dielakkan. Sebahagian kekayaan digunakan utk kerja amal.

iv. Moksha/Vidu Moksha akan dicapai apabila seseorg itu tlh melaksanakan tanggungjawabnya menurut ashrama dharma serta mengecapi aram/dharma, porul/artha dan inbam/kama.

3. Kedudukan Kaum Wanita

3.1 Masyarakat Indo-Arya  Zmn Veda Awal (1500SM-1000SM), wanita dihormati dan diberi kebebasan spt kaum lelaki. Menjadi pertapa dan membawa mazmur-mazmur suci.  Zaman Vedik Kemudian (1000SM-500SM) dan selepasnya kaum wanita dikenakan byk sekatan. Peranan dan tanggunjawab dlm lingkungan rumahtangga.  Kedatangan British, pergerakan reformasi spt Brahmo Samaj, Prarthana Samaj dan sbgnya tlh membawa masalah kaum wanita kpd British. Dipulihkan pada kurun ke-19 dan 20. 3.2. Masyarakat Dravida Zaman Sangam (kurun ke-3SM – kurun ke 3M), kedudukanyg tinggi dlm masy. India Selatan. Sifat keibuan suatu nilai yg mulia. Pujangga wanita mencipta puisi dan ada juga yg menjadi pertapa. Selepas zmn Sangam berlaku kemerosotan, dipulihkan semula selepas kedatangan kuasa British. 4. Sistem Kasta Institusi sosial yg unik juga dikenali sbg sistem jati. a. Sistem Varna Pembahagian kelas sosial yg tetap hierarkinya. Dibahagikan kpd lima kategori iaitu: i. Brahmin – golongan guru agama, pedanda, pengendali upcara di kuil, golongan terpelajar. ii. Kshatriya – kelas pemerintah dan keselamatan. iii. Vaishya – kelas perekonomian. iv. Shudra – berkhidmat kpd ketiga-tiga golongan di atas. v. Panchama/Chandala – golongan murtad dan dibuang varna. b. Sistem Jati Zaman Veda Terkemudian (1000SM-500SM), peperangan antara suku. Org Indo Arya menyusun masyarakat kpd unit pentadbiran kecil berasaskan pengkhususan pekerjaan. Sistem keadilan bg jati dikendalikan oleh jawatankuasa lima org iaitu Panchayat.

TAMADUN INDIA Bahasa dan Kesusasteraan Kumpulan Bahasa dan Skrip Bahasa • Terdapat lebih kurang 325 bahasa dan 750 loghat ttpi hanya 14 bahasa utama diperakui menurut perlembagaan iaitu Hindi, Telugu, Bengali, Marathi, Tamil, Urdu, Gujarati, Kannada, Malayalam, Punjabi, Assam, Oriya, Kashmiri dan lain-lain. • Bahasa di India dibahagikan kpd dua rumpun keluarga bahasa iaitu Indo Arya dan Dravida. • Bahasa Sanskrit- Assamese, Bengali, Gujarati, Hindi, Kashmiri, Marathi, Oriya, Punjabi, Sanskrit, Urdu, Rajastani dan Sindhi. • Bahasa Dravida- Tamil, Malayalam, Kannada, Telugu, Gondi, Brahui, Kaudh. • Terdapat juga kumpulan bahasa Munda digunakan terutama kwsn pergunungan. Bahasabahasa tersebut ialah Ladakhi, Tripura Naga dan Kuku Chin. • Dokumen bertulis tertua ialah inskripsi-inskripsi zaman Asoka (kurun ke-3SM) menggunakan skrip Kharosthi. • Skrip Parsi-Arab digunakan dalam bahasa Urdu moden. • Skrip Brahmi merupakan asal usul kebanyakan skrip-skrip India. • Skrip Devanagari digunakan oleh bahasa Sanskrit, Prakrit, Hindi, Marathi dan sebagainya.

Kesusasteraan • Kesusasteraan di India dibahagikan kpd dua bhgn iaitu Kesusasteraan Indo Arya dan Kesusasteraan Dravida. Kesusasteraan Indo Arya • Lebih menonjol sbg kesusasteraan tertua dan terkemuka di India. Dihasilkan dlm bahasa Sanskrit. Kesusasteraan Vedik • Berlangsung antara tahun 1500SM hingga 500SM. • Perkataan Veda (Vid) bererti melihat dan mengetahui. • Kitab-kitab suci zaman Veda dibhgikan kpd dua bhgn : i. Shrut i- ajaran-ajaran yg diwahyukan atau ajaran-ajaran yg didengarkan oleh tuhan kpd para maharesi. Isi kandungan tidak pernah diubah atau tidak boleh diubah. ii. Smriti - ulasan-ulasan dan tafsiran-tafsiran. Isi kandungan boleh diubah dr masa ke masa. • Empat kitab suci Veda iaitu Rig Veda (kitab tertua), Yajur Veda, Sama Veda dan Atharva Veda. • Vedanga- anggota kitab-kitab Veda dan terdpt enam bidang pengajian yg dpt membantu memahami kitab-kitab Veda dgn tepat.

• Enam bidang pengajian tersebut ialah: i. Siksa- fonetik, iaitu yg menekankan sebutan yg tepat. ii. Chanda- prosodi atau pola irama puisi. iii. Nirukta- etimologi, iaitu tafsiran istilah-istilah tertentu. iv. Kalpa- tatacara pengendalian upacara pengorbanan. v. Vyakarana- nahu. vi. Jyotisa- astronomi.

Kesusasteraan Epik • Menyampaikan ajaran-ajaran dharma yg serius dan tegas dlm bentuk cerita dgn memuatkan watak-watak mantap. Cerita epik mudah difahami dan diingati oleh rakyat biasa melalui cerita lisan. Epik Mahabharata • Dihasilkan oleh Vyasa antara tahun 400SM dan 400M. Mengandungi lebih kurang 10 000 seloka (puisi). • Kisah pemerintahan kerajaan Kurukshetra di India Utara. • Memberi ajaran agama dan moral. • Dianggap sbg sejarah bheda (konflik), rajyavinasa (kehilangan negara) dan jaya (kekayaan). • Ithisa- membincangkan sembilan jenis emosi dan matlamat kehidupan. • Purana- cerita tentang dewa-dewi. • Akhyana- lagenda dan mitos. • Dharmasastra- kerajaan dan pemerintahan. • Kamasastra- percintaan. • Nitisastra- idea-idea etika. • Moksasastra- cara-cara membebaskan diri drp kelahiran semula. Bhagavadgita • Mengajar manusia ttg svadharma atau kewajipan mencapai kebenaran. • Mengesyorkan raja yoga (disiplin badan dan minda). • Karma yoga (jalan tindakan). • Bhakti yoga (melalui kebaktian kpd Tuhan). • Jnana yoga (melalui pengetahuan yg benar). Epik Ramayana • Dicipta dan dihasilkanoleh Valmiki di antara tahun 200SM hingga tahun 200M). • Mengandungi 24 000 seloka (puisi) dan ceritanya berpusat di Ayodhya. • Menggambarkan kehidupan seorang manusia iaitu Rama yg merupakan pendukung watak yg harus diteladani. • Merupakan dharmasastra yg mengajar perihal keadilan. Ia menerangkan prinsip-prinsip abadi (sanatana dharma) dan menjelaskan sifat-sifat ideal. Drama • Natya Sastra adalah buku teks drama, muzik dan tarian. Ia membincangkan seni teater, pentas, teknik produksi, persembahan dan artis. • Drama sanskrit dicipta utk menghirburkan para hadirin dgn menyampaikan rasa melalui lapan emosi (sthayibhava). • Cth drama ialah Sakuntala (menggambarkan cinta dan belas kasihan), mudraraksasa

(heroisme) dan Mrcchakatika (kama). Karya Linguistik • Asthadhyayi ciptaan Panini tlh disusun pd kurun ke 4 SM. • Mengandungi lebih kurang 4 000 peraturan tatabahasa. Sastera Cerita • Sastera sekular. • Antara sastera cerita yg penting ialah cerita dongeng spt Pancatantra, Brhatkatha, Dasakumaracarita dan Kadambari.

Kesusasteraan Dravida • Empat bahasa utama iaitu Tamil, Telugu, Malayalam dan Kannada. Bahasa Tamil merupakan kesusasteraan terawal dlm keluarga bahasa Dravida. Tolkapiyyam • Karya nahu bertarikh 300SM, bahan bertulis yg tertua dlm bahasa Tamil. • Mengandungi tiga bhgn iaitu fonologi, morfologi dan sintaksis dan konvensi konvensi puisi. Kesusasteraan Sangam • Sangam merujuk kpd akademi penyair-penyair agung yg menghasilkan puisi pada Zaman Sangam dari kurun ke 3 SM hingga kurun ke 2 M. • Disusun kpd dua koleksi iaitu Pattupattu dan Ettuttokai. • Tema-tema puisi boleh dibahagikan kpd dua jenis iaitu aham dan puram. • Aham – bhgn dalaman ataupun perasaan dlm hati. • Puram – bahagian luaran iaitu sifat-sifat mulia seperti semangat keperwiraan, keadilan, berani, murah hati dan sebagainya. Puisi Aham • Cinta dlm puisi ini dibahagikan kepada dua jenis iaitu cinta yg sepadan dan cinta yg tidak sepadan. • Terdapat lima uripporul (tema khusus) iaitu pertemuan, penantian, kecurangan suami/isteri merajuk, penantian cemas dan perpisahan sementara waktu. • Kelima-lima tema ini dikenali sbg disiplin aintinai (lima jenis bentuk muka bumi). Puisi Puram • Merangkumi segala-galanya kecuali Aham (cinta). Meliputi masyarakat, raja, negara, kumpulan pekerja, kekayaan, kemiskinan, pendidikan dan berbagai-bagai cita-cita. Tirukkural • Dicipta oleh Tiruvalluvar (Valluvar). • Mengandungi tiga bhgn utama dgn 1330 kuplat dlm 133 bab iaitu Aram (etika/kebenaran) yg mengandungi 38 bab, Porul (kebendaan/politik) yg mengandungi 70 bab dan Inbam (cinta) yg dibincangkan dlm 25 bab. Kesusasteraan Bhakti • Angkatan bhakti disertai oleh wali-wali Hindu yg dikategorikan kpd dua iaitu Nayanmar yg mempelopori aliran mazhab Saivisme dan alvar yg beraliran mazhab Vainavisme.

• Lagu-lagu suci yg dpt dinyanyikan dgn iringan muzik dicipta oleh mereka. • Koleksi lagu-lagu mereka dibahagikan kpd dua kategori iaitu Tirumurai bg mazhab Saivisme dan Nalayirat Pirapantam bg mazhab Vaisnavisme. • Koleksi lagu-lagu ini bertarikh antara kurun ke-6M hingga kurun ke-11M. Karya-karya Bahasa • Tatabahasa, gaya bahasa (retorik) dan perkamusan (leksikografi) bidang yg berkembang pada zaman Chola. • Yapparungalam dan Yapparngalakkaarigai karya-karya yg disusun oleh Amitasagara pada akhir kurun ke 10. • Virasoliyam pula ialah karya ttg sejarah tatabahasa Tamil.

TAMADUN INDIA Agama dan Falsafah Hinduisme • Bersifat agama semulajadi. • Tidak mempunyai pengasas dan tidak memiliki institusi agama yang bersifat pusat. • Nama asal ialah Sanata Dharma bererti prinsip ataupun peraturan kerohanian yg kekal abadi. • Bukti terawal ditemui dalam Lembah Sg. Indus berusia lebih kurang 4 000 tahun. Penemuan patung-patung, mohor, objek shiva linga dan kolam mandi. • Tahap Perkembangan Kerohanian • Empat peringkat : i. Politeisme- memuja unsur-unsur alam semulajadi spt api, angin, pokok, sungai dan sebagainya. Pengorbanan dan penyembahan diiringi dgn bacaan mazmur drp kitab Veda. Mempersonafikasikan unsur-unsur alam dan kuasa-kuasa sbg dewa atau dewi. ii. Henoteisme- proses perubahan kepercayaan politeisme semulajadi iaitu dewa-dewi memiliki beberapa sifat yg sama. Org Indo-Arya memperkenalkan Dewa Visvakarman (dewa pencipta) dan Prajapati (ketua bg semua makhluk di dunia). iii. Monoteisme- satu kuasa agung menggerakkan duniawi. Kuasa ini diberi sifat-sifat penciptaan, pemeliharaan dan pemusnahan. Ketiga-tiga sifat Tuhan ini diwakili oleh Dewa Brahma (Pencipta), Dewa Vishnu (Pelindung/pemelihara) dan Dewa Shiva (Dewa Pemusnah). iv. Monisme- Segala di dunia ini berasal dari satu sumber ttg kewujudannya boleh dirasai di mana-mana.

Upacara Pengorbanan • Pengorbanan atau yajna dianggap sbg amalan agama terbaik krn dpt menggembirakan dewadewi. • Ditujukan kpd dewa-dewi atau anasir-anasir jahat utk mendpt faedah duniawi. • Dua jenis pengorbanan iaitu grhya karmani (upacara di rumah) dan mahakratu serta srauta (upacara umum). Falsafah Agama Vedik • Mementingkan lima konsep iaitu Brahman, Atman, Karma, Samsara dan Moksha. • Brahman- Tuhan (Roh Duniawi). • Atman – Roh individu dlm badan manusia bertujuan bersatu dgn roh duniawi. • Karma- perbuatan, pemikiran dan pertuturan individu dalam suatu kehidupan dan akibat akan dialami dlm kehidupan akan datang. • Samsara – lingkaran kelahiran dan kematian yg dilalui oleh Atman. • Moksha – pelepasan drp kehidupan duniawi dan penyatuan dgn Brahman. Agama-agama Heterodoks • Agama-agama yg tidak menerima kewibawaan kitab Veda dan tidak mengakui kewujudan Tuhan. Tetapi byk persamaan dgn idea-idea yg terkandung dlm karya-karya Upanishad. Agama-agama ini muncul pd akhir zaman Vedik di India. Buddhisme • Pengasas ialah Siddhartha Gautama Buddha. Ajaran Buddha ttg psikologi dan etika kehidupan. Ajaran metafizika dlm Buddhisme adalah tambahan (abhidhamma) kpd ajaran asal (dhamma). • Empat Kebenaran Mulia iaitu Dukka (penderitaan), Samudaya (punca atau membawa penderitaan), Nirodha dan Marga (cara utk memadamkan api keinginan). • Jalan Lapan Lapis Mulia – kepercayaan yg betul, tujuan atau cita-cita yg betul, pertuturan yg baik, perbuatan yg betul, hidup yg betul, usaha yg benar, fikiran yg betul, renungan yg baik. Konsep Ahimsa • Bererti menolak penyeksaan (himsa) serta pembunuhan. • Nirwana melepaskan segala ikatan duniawi, mengetahui kebenaran serta memperolehi kesedaran secara keseluruhan. Jainisme • Diperkenalkan oleh Mahavira (Vardhamana) yg mempunyai byk persamaan dgn ajaran Upanishad dan Buddhisme. Mementingkan undang-undang sebab dan akibat yg menentukan kelahiran semula roh individu. • Mengandungi sembilan prinsip atau nava-tattva i. Jiva- roh dlm semua benda yg bernyawa dan kekal abadi. ii. Ajiva – benda-benda yg tidak bernyawa. iii. Asrava – daya penarik iv. Papa karma – dosa v. Punya karma – pahala vi. Bandha – ikatan roh dgn keinginan dan kejahilan. vii. Samvara – menahan pengaliran karma. viii. Nirjara – penghapusan karma. ix. Siddhi – pelepasan dan kelahiran semula.

Sistem Falsafah India • Enam aliran (sekolah) iaitu Nyaya, Vaisheshika, Sankhya, Yoga, Mimamsa dan Vedanta. Kesemua aliran ini menerima sepenuhnya ajaran kitab Veda. Juga dikenali sbg astika darshana.

Nyaya • Pendukung ialah Gautama dan karyanya Nyaya Sutra bertarikh kurun ke-2SM. • Nyaya bermaksud pertimbangan logik. • Terdapat empat sumber ilmu pengetahuan i. persepsi (pratyaksha). ii. Inferens (anumana) iii. Analogi (upamana). iv. Testimoni (shabda). Vaisheshika • Dikenali sbg Vaisheshika Darshana. • Pengasas ialah Kanada (kurun ke-3SM) dan karyanya berjudul Vaisheshika Sutra. • Semua benda dikatakan diperbuat drp empat jenis paramanu (atom) iaitu atom bumi, air, api dan udara. • Lima unsur terdapat dlm pembentukan dunia iaitu dik (ruang), kala (masa), akasha (eter), manas (minda) dan atma (jiwa). Sankhya • Sistem falsafah terawal. • Dipelopori oleh Kapila (kurun ke-7SM) dan karyanya ialah Sankhya Sutra. • Sankhya bererti bilangan iaitu falsafah yg menghuraikan mengenai realiti dlm bilangan yg terhad dan pengetahuan yg sempurna. • Dua realiti mutlak iaitu purusha (jiwa dan prakriti (jirim). • Konsep sebab dan akibat. • Konsep Triguna (tiga sifat) alam semesta iaitu Sattva (kecerdasan membawa keharmonian,kemahiran dan sbgnya), Rajas (tenaga mengakibatkan aktiviti, gerakan dan keghairahan) dan Tamas (kegelapan membawa kejahilan, kekasaran, ketidakseimbangan dan sebagainya). Yoga • Pendukung ialah Patanjali (kurun ke-2 SM) dan karyanya ialah Yoga Sutra. • Konsep Tuhan mutlak iaitu memperjelaskan realiti Tuhan. • Penyatuan roh individu dgn roh duniawi menjadi tujuan hidup. • Latihan minda dan fizikal iaitu latihan mengawal serta mematikan fungsi anggota badan, pancaindera,minda, intelek dan ego tanpa menghilangkan kesedaran diri iaitu pengalaman jiwa. • Disiplin minda dan fizikal membantu mencapai moksha. Mimansa • Bererti siasatan dan objektif utama ialah menegakkan kewibawaan kitab Veda serta ritualnya. Pendukungnya ialah Jaimini yang menyusun falsafah ini secara sistematik dan mencipta teks Purva-mimansa Sutra pada 400 SM.

• Tafsiran-tafsiran Veda. Vedanta • Dikenali sbg Uttara Mimansa. • Pelopor ialah Badarayana yg mencipta karya Brahma Sutra (400SM) atau juga dikenali sbg Vedanta Sutra. • Teks asas ialah karya-karya Upanishad, Brahma Sutra dan Bhagavad Gita. • Pendukung falsafah ini yg terkenal ialah Sankara (kurun ke 8 M). • Dua aliran utama iaitu Advaita (non-dualistic) dan dvaita (dualistic). Advaita (yg didukung oleh Sankara) menyatakan Atman (jiwa) dan Brahman (Tuhan) bukanlah dua entiti yg berbeza. Dvaita (didukung oleh Ramanuja dan Madhva) menyatakan Atman dan Brahman adalah berlainan ttpi tidak terpisah. • Aliran Ramanuja disebut Visistadvaita-Vedanta dan Madhva dikenali sbg Dvaita-Vedanta.

TAMADUN INDIA Seni Dan Sains Seni Muzik • Tala/corak- asas teori irama. Raga asas teori melodi. • Alat muzik India terbhgi kpd empat iaitu tata (tali), avanaddha (dram), Ghana (solid atau ideophone), susira (angin). • Di India Utara- alat muzik utama ialah sitar, sahnai dan tabala. • India Selatan – Vinai, natasvaram dam mrdanga. • Natya sastra dan Sangita Ratnakara – teks asas muzik. Seni Tarian • Seni tari dan muzik mempunyai hubungan rapat. Contoh tarian Kathak dan muzik Hindustani (India Utara), Bharata Natyam dan muzik Karnataka (India Selatan). • Taridra biasanya dimainkan berdasarkan tradisi-tradisi sastera. • Natya Sastra merupakan teks tarian India dicipta oleh Bharata antara kurun ke-2 dan ke-6M. Seni Drama • Natya sastra- teks yg menyumbang kpd perkembangan drama. • Tujuan drama ialah menghiburkan hadirin dan menyampaikan rasa melalui lapan emosi. Seni Bina dan Seni Ukir • Berkembang maju pd zaman Maurya, contoh Tiang Asoka. • Mencapai kegemilangan pd zaman Gupta, contoh Stupa Sanchi, imej Buddha dan Bodhisattva di India Utara. • Zaman Muslim, kombinasi gaya Parsi (Islam) dan Hindu berkembang, contoh Taj Mahal dan Jami masjid. Seni Lukis • Dinding istana dan ruang dalam rumah golongan kaya. • Kuil-kuil dihiasi lukisan bersifat keagamaan. • Berasaskan epik klasik India spt Ramayana dan Mahabhrata. Contoh Gua Ellora, Badami dan Bagh. • Zaman Muslim- pemulihan seni lukis iaitu menghasilkan seni lukis gaya Indo-Sino-Parsi. Ilmu Matematik • Konsep geometri berkembang sjk sebelum masehi lagi. • Maju sejak Zaman Gupta (319M) – konsep nombor abstrak. • Karya matematik – Manuskrip Bakshali bertarikh kurun ke-4 dan Aryabhatiya ciptaan Aryabhata bertarikh 449M. Ilmu Astronomi dan Kalendar • Jyotisa – satu bhgn utama Veda (Vedanga). Perkiraan astronomi utk menentukan tarikh dan masa upacara pengorbanan. • Kalendar Matahari. • Pengetahuan 7 planet dan dua pusat tenaga serta 27 bintang- membawa kepada menilik (astrologi). Ilmu ini bermula pd zaman Gupta.

Ilmu Fizik dan Kimia • Berkaitan dgn agama dan teologi. • Konsep jirim berdasarkan intuisi dan logika. • Alam semesta terdiri drp gabungan lima elemen iaitu tanah, angin, api, air dan angkasa. • Konsep bunyi berasal drp tujuan utk memahami intonasi sebutan mazmur Veda. • Bidang kimia tertumpu pd pembuatan ubat. Bidang Logam • Kemahiran pd pembinaan tiang besi di Delhi yg dibuat pd kurun ke 5. Bidang Perubatan • Bermula pd zaman Vedik sbg seni ilmu sihir. • Fisiologi, pembedahan, pernafasanmelalui amalan yoga, reproduksi manusia, farmakologi dan sebagainya wujud sebelum masehi. • Teks perubatan - Caraka (kurun pertama hingga ke 2) dan Susruta (kurun ke 4). Iktibar tamadun India: pandangan semesta dan nilai-nilai • Nilai-nilai ideal dan kontradiksinya serta cara tamadun ini menyesuaikan diri terhadap perkara-perkara tersebut. Iktibar dari Tamadun India dilihat melalui dua aspek terpenting iaitu pandangan semesta dan nilai-nilai. Pandangan Semesta Sifat penerimaan • Tamadun India dpt meresap, mengubahsuai dan kekal dgn elemen-elemen dari dalam dan luar India. Membentuk masyarakat berbilang budaya, agama dan kumpulan etnik dan subetnik di samping perbezaan kasta, kawasan dan bahasa. • Kepelbagaian dlm masyarakat mneyumbang kpd unsur-unsur kontradiksi spt kebaikan keburukan, toleransi dan tidak bertoleransi. Tetapi tidak berpecah belah kerana pandangan semesta yg menekankan perpaduan dalam kepelbagaian. • Pandangan semesta organik yg mengharmonikan kecenderungan-kecenderungan berkonflik dan lain-lain unsur walaupun berasaskan sifat kerohanian. Menekankan sifat perpaduan di satu peringkat dan sifat majmuk-relativisme di peringkat lain. Sifat Toleransi • Pandangan semesta organik mengalami perubahan slps kedtgn kuasa British ke India. • Menerima pandangan semesta atomisitik yg mementingkan persamaan, persetujuan dan keharmonian. • Pandangan semesta ini menyatakan dua benda utk wujud bersama tidak boleh mempunyai unsur-unsur kontradiksi. • Penyebaran idea-idea baru seperti kebebasan, persamaan, kesetiaan, keadilan, rasionaliti, kebenaran dan kesedaran batin. • Sifat toleransi menjadi intipati pandangan semesta. Relevansi kepada Malaysia • Pandangan semesta organik – perbezaan diterima sbg suatu realiti sosial. Perpaduan antara kaum etnik, dan interaksi antara kaum berlangsung dgn penuh tanggunjawab persaudaraan, hormat menghormati dan persefahaman. • Tahun-tahun selepas 1970 di Malaysia muncul pandangan semesta atomisitik.

Nilai-Nilai • Nilai ptg utk membentuk individu, semangat persaudaraan, menggalakkan sifat tanggungjawab dan mewujudkan keharmonian dlm masyarakat. • Dharma – dharma masyarakat memerlukan idea ttg fungsi dan peraturan apa yg harus dilakukan. Dharma individu memerlukan apa yg harus dilakukan oleh seseorang mengikut kelahiran dan peringkat dlm kehidupan. Dharma dikaitkan dgn tugas, tanggungjawab dan aturan memberi makna kpd kehidupan manusia iaitu memberi individu identiti dan makna kpd peranannya dlm hidup. • Kepercayaan kpd Tuhan – kepercayaan kpd satu entiti yg melampaui batas pemikiran dan kesedaran manusia merupakan asas pemikiran agama org Hindu. • Karma – prinsip asas bg aliran pemikiran falsafah dan agama yg berasal dari India. • Ahimsa – terdapat unsur-unsur positif spt kasih sayang, simpati, belas kasihan, murah hati, jasa dan pengorbanan diri. Mengelak drp melakukan kekejaman atau mencederakan. • Satya – kebenaran. Pengetahuan benar yg merangkumi kebaikan, keadilan, tindakan yg benar,ucapan dan pemikiran yg benar dan juga realiti mutlak atau Tuhan. • Perpaduan – masyarakat dr pelbagai kaum dan agama, penting menggalakkan hubungan erat dan keharmonian masyarakat.

View more...

Comments

Copyright ©2017 KUPDF Inc.
SUPPORT KUPDF