Tamadun Greek

April 24, 2017 | Author: AfiqMunir | Category: N/A
Share Embed Donate


Short Description

Menceritakan mengenai konsep polis dan pencapaian Greek - Athen dan Sparta p/s : Meniru adalah dilarang ; Tuhan nampa...

Description

PENGENALAN Negara Greek atau Graecia merupakan sebuah tempat yang terletak di Tenggara Eropah di Semenanjung Balkan . Tempat ini telah munculnya beberapa buah tamadun yang terkenal iaitu Tamadun Greek , Tamadun Rom dan sebagainya . Tamadun Greek merupakan tamadun yang dianggap sebagai pelopor atau ibu bapa kepada kewujudan tamadun eropah pada masa kini . Tamadun ini juga dikatakan berkembang di semenanjung Greece dan pulaupulau sekitarnya yang dikelilingi oleh Laut Aegean dan Laut Mediterenean 1. Banyak petempatan yang dibina berhampiran dengan laut disebabkan tamadun ini lebih terdedah kepada laut . Selain itu , Negara Greek ataupun Yunani dikenali sebagai Republik Hellenik dalam bahasa Greek , dan orang Yunani dikenali sebagai Hellas ataupun Ellas dalam bahasa Greek Moden . Negara Greek ini dipercayai mempunyai tamadun awal iaitu zaman logam ketika tamadun Aegean . Tamadun ini dikatakan sebagai pelopor bagi sejarah awal tamadun Greek . Tamadun Greek dari sudut geografinya , boleh dikatakan sebanyak 80 % kawasan yang bergunung-ganang . Kawasan yang rata juga kebanyakannya berhampiran dengan kawasan pantai ataupun laut . Disebabkan kedudukannya , banyak penduduk tamadun Greek , menjalankan kegiatan yang berasaskan kelautan seperti perikanan , perdagagan dan sebagainya . Selain itu , tamadun Greek juga dikatakan punyai sebuah gunung yang tertinggi yang dinamakan gunung Olympus . Gunung ini dikatakan terletaknya dewa-dewa orang Greek ketika itu . Selain itu , terdapat tamadun awal yang mula bertapak di bumi Greek ini . Contohnya , Tamadun Aegean dikatakan bertapak di Greek pada 2000 SM sehingga 1200 SM . Ibu kota bagi kerajaan ini ialah Crete , yang diambil nama dari perkataan Minoan iaitu Raja 1 Sivachandralingam Sundara Raja, Tamadun Eropah, Shah Alam : Penerbit Fajar Bakti Sdn.Bhd. , 1996, hlm. 1

1

bagi kerajaan minoan iaitu Minos . Crete merupakan sebuah pulau yang terbesar dalam tamadun Greek . Dalam kerajaan ini juga , mereka telah mempunyai bahasa , tulisan serta peradaban yang tersendiri . Contohnya , orang Minoan ini punyai bahasa dan tulisan yang ganjil disebabkan masyarakat ini pada dahulunya menulis di dinding gua 2 . Tulisan ini dikatakan punyai kesamaan dengan tamadun Mesir dari segi bentuk tulisannya . Hal ini dapat membuktikan bahawa , kerajaan ini pada awalnya mempunyai kaitan yang sangat rapat dengan tamadun Mesir . Tambahan lagi , kerajaan ini juga punyai keseniannya yang tersendiri . Contohnya , di dinding Istana , terukir motif yang berunsurkan kehidupan di dalam dunia seperti bentuk manusia , yang memegang sejambak bunga Saffron 3 . Kerajaan ini juga telah menyumbang banyak aspek terutamanya di dalam aspek kesenian . Tamadun ini juga telah berkembang ke Kepulauan Aegean , Troy di Asia Kecil dan Greek . Namun , tamadun ini akhirnya runtuh selapas 1450 SM . Seterusnya , tamadun ini mengalami kemerosotan apabila pusat kuasa politik dipindahkan ke tanah besar Greek iaitu Mycenaean di Mycenae pada 1600 SM . Ketika itu , penduduk tanah besar Greek telah ditakluki oleh orang Dorian . Orang Dorain ini telah menakluk negara kota seperti Corinth dan menghancurkan tamadun Mycenae sekaligus dan hampir kesemua wilayah Greek4 . Negara kota Sparta telah dijadikan pusat kota bagi orang Dorian ini , dan ramai penduduk Greek yang bertempat di kawasan itu telah dihalau keluar dan mereka telah melarikan diri ke negara kota Athens . Mereka juga menetap di Attica , iaitu sekitar kawasan Athens dan pulau Euboea . Ada juga diantara penduduk Greek yang mula berhijrah ke kawasan pantai Asia Kecil . Orang Dorian akhirnya membina petempatan mereka serta

2 Cyril E. Robinson, A History Of Greece, London : Methuen & Co . Ltd, 1953, hlm. 5 3 Ibid, hlm. 7 4 Sivachandralingam Sundara Raja, Tamadun Eropah, Shah Alam : Penerbit Fajar Bakti Sdn.Bhd. , 1996, hlm. 1

2

membina peradaban mereka di sekitar kawasan Greek . Orang Dorian turut berhijrah ke kawasan-kawasan lain seperti di Cos dan Rhodes serta pesisir-pesisir pantai yang lain . Tamadun Greek yang pada dahulunya merupakan tamadun yang berpisah , dan setiap tempat atau kawasan tidak mempunyai komuniti yang tertentu . Namun komuniti ini telah bersatu dalam membentuk sebuah peradaban baru , lalu berjaya membentuk sebuah negara kota serta tamadun yang masyur . Banyak sumbangan serta idea dan teknologi yang disumbangkan oleh masyarakat Greek pada ketika ini . Sumbangan yang diberikan telah diasimilasikan ke dalam semua negara kota yang muncul ketika itu . Contoh negara kota yang muncul ketika itu ialah Corinth , Athens , Sparta , Olympia dan sebagainya .

ISI PENTING Konsep Polis Perkataan 'Polis' diambil daripada perkataan Greek , yang bermaksud negara Kota . Negara Kota juga merupakan sebuah pusat berkubu dan menjadi kota bagi tamadun ini . Negara kota juga menempatkan Acropolis sebagai sebuah tempat tertinggi yang menempatkan Istana , tempat agama dan sebagainya . Walaupun begitu , istilah ini tidak dikatakan sebagai sebuah negara kota bagi pendapat lain disebabkan negara Kota Greek boleh dikatakan sebagai sebuah negara . Hal ini disebabkan negara Kota yang dimaksudkan oleh Tamadun Greek seumpama seperti sebuah negara yang luas dan besar , serta negara kota ini punyai nilai ketamadunan sendiri seperti punyai budaya sendiri , undang-undang sendiri , populasi sendiri dan sebagainya . Namun , bagi Greek , negara Kota bermaksud lebih daripada sebidang tanah , sekumpulan bangunan atau perlembagaan 5 . Negara kota punyai perlembagaan yang tersendiri , contohnya , negara Kota Athens mengamalkan perlembagaan

5 Ibid, hlm. 2

3

demokrasi berbanding negara kota yang lain . Contohnya , negara Kota Sparta pula mengamalkan dasar ketenteraan yang bersifat militer . Hal ini berbeza dari segi politiknya . Selain itu , setiap negara kota juga punyai identiti tersendiri , tanah disucikan oleh tuhantuhan , warganegaranya dianggap sebagai sebuah keluarga yang rapat 6. Sebuah negara kota bersatu padu dalam membangunkan sesebuah negara kota dan kebanyakan daripada negara kota ini sering bergaduh dan bersaing . Contohnya bagi mendapatkan sesebuah kawasan , ada diantara beberapa negara kota yang sering berperang bagi mendapatkan kawasan tersebut . Walaupun begitu , setiap negara kota punyai undang-undang sendiri bagi menjamin keamanan serta kedamaian di sesebuah negara kota itu . Sesebuah negara kota juga punyai undang-undang untuk membentuk sesebuah masyarakat yang maju . Contohnya , seseorang ahli falsafah Yunani iaitu Socrates pernah mengatakan undang-undang di Athens adalah ibubapanya dan telah membesarkan serta mendidiknya menjadi seorang manusia yang terbentuk 7 . Hal ini dapat membuktikan bahawa setiap negara kota punyai undang-undang yang tersendiri bagi membentuk masyarakatnya . Di Polis juga , pengasas kepada undang-undang Polis buat pertama kalinya ialah raja Greek yang pertama iaitu Solon , membuat undangundang bahawa rakyat Greek perlu bekerja demi kepentingan orang awam , menjaga keselamatan negara dan sebagainya 8. Setiap negara kota juga punyai raja-raja yang memerintah dan pernah dinyatakan di dalam karya Homer , iaitu puisi tertua yang dicipta pada 800 sehingga 700 SM dikenali sebagai karya Illiad . Karya ini ada menceritakan beberapa orang raja seperti Raja Achilles dan Raja Agememnon yang memerintah rakyat Greek ketika itu . Dalam masa yang sama , setiap negara kota punyai ketua-ketua wilayah bagi menjaga sesebuah kawasan itu .

6 Ibid. 7 Ibid. 8 Herbert J . Muller, Freedom In The Ancient World, London : Martin Secker and Warburg Limited, 1962, hlm. 166

4

Negara Kota dikatakan mempunyai masyarakat yang terbuka , dan hampir dikatakan masyarakat hidup bersatu-padu dan bergantung antara satu sama lain . Masyarakat dalam negara kota masing-masing bebas dalam memberikan hujah serta ucapan , terutamanya dalam perdebatan tentang hal ehwal awam 9. Hal ini memberikan masyarakat sebuah kehidupan yang bebas serta tidak terkongkong seperti sesetengah tamadun yang lain yang sentiasa mengongkong masyarakatnya dalam melaksanakan apa-apa perkara . Dalam masa yang sama , kebebasan yang diberikan dalam negara kota ini telah memberikan peluang kepada masyarakat dalam berdikari , dan punyai sifat bersaing antara satu sama lain dalam meningkatkan negara kota masing-masing . Dari segi populasi sesebuah negara kota dikatakan punyai populasi yang berbeza disebabkan terdapat juga beberapa buah negara kota yang luas dan sempit . Negara kota Athens dikatakan punyai keluasan sesebuah negeri sebanyak 2650 kilometer persegi , dan punyai seramai 40 000 orang penduduk , namun pada zaman kegemilangan tamadun Greek , ia telah meningkat kepada 100 000 orang

10

. Pada zaman kegemilangan itu , ternyata banyak berlakunya

hubungan perdagangan , hubungan diplomatik dan sebagainya telah menyebabkan negara kota Athens semakin maju dan berjaya membawa lebih banyak populasi . Di Sparta pula , keluasannya sebanyak 8400 kilometer persegi , dan punyai populasi sebanyak 8000 orang di dalam negara kota itu . Sebenarnya , sesebuah negara kota muncul disebabkan berlakunya sesebuah institusi atau sesebuah evolusi dalam penempatan 11. Pada awalnya , ia bermula dengan beberapa buah keluarga , lalu membentuk beberapa petempatan . Setelah membentuk beberapa petempatan , telah wujudnya beberapa buah kampung dan bandar kecil di sesebuah kawasan itu . Akhirnya 9 Ibid, hlm. 168 10 Sivachandralingam Sundara Raja, Tamadun Eropah, Shah Alam : Penerbit Fajar Bakti Sdn.Bhd. , 1996, hlm. 3 11 Nazree Bin Munir, Tamadun Yunani, Perak, Esei Universiti Pendidikan Sultan Idris, 2010, hlm. 8. Diambil daripada http://www.academia.edu/9579461/TAMADUN_YUNANI

5

, sesebuah komuniti ini mulai bergabung dengan beberapa buah kampung serta bandar yang lain lalu secara tidak langsung telah membentuk sebuah negara kota yang besar . Di dalam polis ini juga , wujudnya banyak ladang , perkampungan , serta wujudnya pasar-pasar di sesebuah negara kota itu . Negara kota yang besar juga punyai pasar yang besar dan juga dijadikan sebagai pusat ekonomi dalam sesebuah negara kota itu dan dikenali sebagai Agora . Sesebuah negara kota juga punyai tempat-tempat pertanian untuk bercucuk tanam . Namun tempat pertanian ini berada di luas tembok sesebuah negara kota . Kawasan pertanian ini berfungsi sebagai tempat bekalan makanan kepada penduduk di dalam negara kota . Contohnya , Athens punyai kawasan pertaniannya sendiri bagi membekalkan makanan kepada penduduknya . Pencapaiaan Athens Dan Sparta POLITIK Athens dan Sparta merupakan antara negara kota yang paling menonjol di dalam tamadun Greek ini . Negara Athens dan Sparta telah melahirkan serta memberikan pelbagai sumbangan dari pelbagai aspek kepada tamadun ini . Walaupun begitu , dari sudut politiknya , ekonomi serta sosialnya punyai pelbagai perbezaan di antara dua buah negara yang termasyur ini . Dari sudut politik dalam aspek pemerintahan , sebenarnya pemerintahan tamadun Greek pada awalnya dipelopori oleh sistem monarki yang bersifat feudalisme . Monarki bermaksud sistem ini diperintah oleh raja yang dibantu oleh sebuah badan yang dikenali sebagai konsul . Konsul ini merupakan golongan cerdik pandai yang bertindak sebagai penasihat raja . Pada dahulunya , raja bertindak sebagai ketua setiap aspek , seperti ketua tentera , ketua negara dan sebagainya . Namun kekuasaan raja semakin menipis disebabkan kuasa konsul melebihi kuasa raja . Konsul telah mengambil alih kuasa raja

6

sehinggakan raja dianggap sebagai boneka ketika itu kecuali di negara kota Sparta , kuasa raja masih dikekalkan 12. Kekuasaan monarki akhirnya berjaya dihapuskan dan telah mewujudkan sistem pemerintahan yang baru iaitu sistem oligarki . Sistem oligarki ini merupakan penerus kepada sistem pemerintahan di negara Greek , dan sistem ini dikenali sebagai pemerintahan oleh beberapa orang . Pemerintahan beberapa orang ini sebenarnya dikendalikan oleh konsul yang mengawal segala aspek , terutamanya dari segi politik . Ketika itu , konsul yang bertindak sebagai pembuat keputusan . Contohnya , konsul memberi perintah kepada raja untuk menyerang sesebuah negara itu . Hal ini sangat bertentangan disebabkan raja yang paling berkuasa daripada konsul , namun ia menjadi hal yang sebaliknya . Selepas itu , hak mengundi pula dihadkan kepada golongan yang kaya raya seperti golongan pedagang kaya dan pemilik tanah . Hal ini menyebabkan hanya golongan kaya sahaja yang berhak menduduki tampuk pemerintahan . Akhirnya , golongan ini telah memolopori pemerintahan dan dikenali sebagai plutokrasi . Namun , bagi segelintir sesebuah negara kota yang lain , mereka tidak mengutamakan golongan kaya , tetapi mereka lebih mengutamakan orang yang berketurunan bangsawan . Hal ini disebabkan golongan yang punyai darah bangsawan sahaja yang berhak memegang tampuk pemerintahan . Hak-hak mengundi juga dihadkan pada masa ini , dan hanya golongan ini sahaja yang berhak disebabkan mereka mempunyai kedudukan yang mulia . Pemerintah yang memegang tampuk pemerintahan ini punyai tiga jenis , yang pertama ialah raja yang mengetuai hal-hal keagamaan , kedua pula ialah Polemach yang diperintahkan mengetuai angkatan tentera kerajaan dan ketiga , archon pula ialah wakil pihak berkuasa awam

13

. Sistem ini dikenali

sebagai aristokrasi . 12 Sivachandralingam Sundara Raja, Tamadun Eropah, Shah Alam : Penerbit Fajar Bakti Sdn.Bhd. , 1996, hlm. 7 13 Elias J. Bickerman, Greece, London : Oxford University Press, Inc. , 1963, hlm. 83

7

Akhirnya , golongan tyrant telah muncul dan menjatuhkan golongan oligarki . Golongan tyrant telah memerintah secara diktaktor , namun pemerintahan mereka dianggap memenuhi kehendak rakyat . Hal ini seterusnya membawa pemerintahan ini kepada sistem pemerintahan demokrasi di negara Greek . Akhirnya , negara Greek merupakan negara yang pertama memperkenalkan pemerintahan demokrasi dan pemerintahan ini membuktikan bahawa rakyat juga punyai hak kepada sesebuah negara . Namun , terdapat perbezaan antara sistem pemerintahan di Athens dan Sparta . Bagi sistem pemerintahan di Athens , ia mengamalkan sistem pemerintahan bersifat republik atau demokrasi . Demokrasi bermaksud sistem yang melibatkan rakyat secara langsung dalam pentadbiran negara serta idea dan cadangan juga diperolehi daripada masyarakat . Sistem di Athens ini dikendalikan oleh Dewan Perhimpunan , Majlis , Majistret dan Juri . Setiap insititusi atau badan ini bekerjasama dalam membangunkan negara serta mengawal sesama sendiri untuk mengelakkan pemusatan kuasa yang berlebihan . Setiap institusi ini punyai tanggungjawabnya sendiri dalam mentadbir pentadbiran negara . Contohnya , Dewan Perhimpunan atau dikenali sebagai badan legislatif diwakili oleh semua warganegara lelaki dewasa Athens kecuali hamba . Hamba dianggap bukan warganegara Athens walaupun mereka menetap lama di Athens dan mereka tidak mempunyai hak politik dalam pentadbiran negara Athens . Selain itu , setiap warganegara lelaki Athens hanya dapat memegang jawatan daripada enam bulan sehingga setahun sahaja . Selepas itu , ia akan diubah bertukar kepada warganegara Athens yang lain pula . Semua warganegara lelaki Athens boleh dikatakan kebanyakan daripada mereka dapat melibatkan diri mereka dalam pentadbiran negara . Dewan Perhimpunan ini akan bersidang sebanyak tiga kali sebulan dan empat puluh kali setahun . Ahli-ahli yang berada di dalam dewan perhimpunan itu mempunyai hak dalam

8

kemukakan pandangan mereka tentang dasar kerajaan . Ahli dewan juga boleh menggubal undang-undang serta dasar bagi sesebuah negara , berbahas , membuat perjanjian , memutuskan deklarasi peperangan dan sebagainya

14

. Sistem Demokrasi di Athens

menunjukkan bahawa rakyat mempunyai kuasa yang luas dalam pentadbiran dan kuasa di tangan rakyat tidak diketepikan . Pemerintahan politik Athens juga mempunyai sebuah badan yang dikenali sebagai Majlis . Majlis ini berperanan dalam melaksanakan keputusan dewan perhimpunan , yang dianggotai seramai lima ratus ahli yang tidak dilantik . Lima ratus ahli ini telah dipilih melalui pengundian lima puluh wakil setiap suku . Setiap suku yang dipilih telah menjadi perwakilan sebenar bagi negara Athens dalam Majlis atau Majlis Lima Ratus yang merupakan badan pentadbir bagi seluruh negara 15. Majlis merupakan antara badan yang tertinggi selepas dewan perhimpunan , walaupun begitu , majlis ini sebenarnya tidak mempunyai kuasa eksekutif , majlis ini lebih kepada kewangan , peperangan dan dasar-dasar luar . Bagi memudahkan lagi pentadbiran , sebuah majlis dalaman telah dibentuk yang dikenali sebagai Prytany . Prytany mempunyai 50 orang ahli dan diambil daripada 10 suku kaum dan bersidang sebanyak 1/10 daripada setahun . Prytany akan melakukan kerja dalam waktu sehari sahaja pada waktu siang dan malam dan mereka melakukan kerja di sebuah bangunan bulat yang dikenali sebagai Tholos16 . Hal ini kerana , pada esok harinya , ahli Prytany ini akan memilih pengerusi baru pada setiap hari melalui pengundian . Hal ini terbukti bahawa Majlis ternyata memberikan peluang yang luas kepada warganegara dalam melibatkan diri dalam pentadbiran kerajaan . Kuasa undang-undang sebenarnya tidak ada pada badan-badan seperti dewan perhimpunan , majlis dan sebagainya . Kuasa undang-undang ini terletak pada Majistret disebabkan mereka

14 Sivachandralingam Sundara Raja, Tamadun Eropah, Shah Alam : Penerbit Fajar Bakti Sdn.Bhd. , 1996, hlm. 9 15 Elias J. Bickerman, Greece, London : Oxford University Press, Inc. , 1963, hlm. 95 16 Ibid, hlm. 96

9

ini yang akan melaksanakan dasar-dasar kerajaan yang telah diputuskan oleh Majlis . Badan ini terdiri daripada pegawai-pegawai kerajaan seperti guru-guru , pembanci , pengutip cukai dan sebagainya . Selain itu , ahli majistret juga dipilih dengan cara yang sama dengan menggunakan cara-cara dan prinsip-prinsip yang sama dengan majlis . Walaupun begitu , semua pegawai yang pernah bekerja dengan kerajaan , akan melalui proses penapisan iaitu soal-siasat di akhir tempoh perkhidmatan di hadapan juri-juri daripada beratus-ratus warganegara . Namun , jika ahli-ahli juri memutuskan seseorang pegawai itu bersalah , maka beliau akan dibuang negeri selama 10 tahun dan sistem ini dikenali sebagai Ostracism . Di Sparta pula , sistem pemerintahan mereka sangat berbeza dengan sistem pemerintahan di Athens . Sistem pemerintahan di Sparta lebih kepada ketenteraan , tidak kira dari mana sudut , aspek ketenteraan diutamakan bagi mereka . Disebabkan itu , dalam apaapa peperangan , Sparta dikatakan sebagai raja peperangan kerana banyak memenangi siri peperangan di Greeks . Sparta mengamalkan sistem pemerintahan bersifat dual atau dwi monarki , kerana pemerintahannya diketuai oleh dua orang raja iaitu daripada keluarga raja Agiad dan keluarga raja Eurypontid

17

. Kedua-dua orang raja ini berkongsi kuasa , namun

kadang-kadang kedua raja ini juga didapati bersaing sesama sendiri . Raja di Sparta berfungsi sebagai ketua agama , ketua negara dan mereka inilah yang berkuasa ketika berlakunya peperangan antara negara lain atau musuh negara . Raja juga dibantu oleh Majlis orang tua atau dikenali sebagai Gerosia , dewan perhimpunan atau dikenali sebagai Apella dan Ephors . Dewan Perhimpunan atau Apella merupakan badan yang mempunyai kuasa sepenuhnya terhadap bidang politik . Dewan ini dianggotai oleh kesemua warganegara lelaki Sparta seramai 10 ribu orang yang mempunyai hak yang penuh dalam politik dan mendapat taraf warganegara18 . Mereka juga dikehendaki memberikan sepenuhnya diri mereka kepada 17 Cyril E. Robinson, A History Of Greece, London : Methuen & Co . Ltd, 1953, hlm. 49 18 Elias J. Bickerman, Greece, London : Oxford University Press, Inc. , 1963, hlm. 76

10

negara untuk menjadi tentera dan pasukan berkuda . Mereka juga berperanan dalam membentuk Council of Elders atau Majlis orang tua yang terdiri daripada 28 orang dewasa untuk membantu raja . Selain itu , mereka juga melantik lima orang Ephors , yang dikatakan sebagai badan yang berperanan dalam mengawal tindak-tanduk negara serta pemerintah yang sebenarnya . Dewan sebenarnya hanya boleh membincangkan perkara yang diusulkan oleh Ephors dan majlis orang tua sahaja , namun , dewan boleh meluluskan dan batalkan cadangan majlis orang tua . Seterusnya , Majlis orang tua atau dikenali sebagai Gerosia , yang mempunyai ahli seramai 28 orang tua yang berdarah bangsawan yang terbaik di negara Greek , dan berumur lebih daripada 60 tahun 19. Mereka berperanan dalam berkhidmat kepada negara seumur hidup . Majlis ini dilantik oleh dewan perhimpunan bagi membantu melincinkan pentadbiran negara . Majlis orang tua ini mempunyai kuasa dari segi politik , perundangan serta bidang kehakiman . Mereka berperanan dalam membincangkan segala perkara yang berkenaan dengan negara , menyelia kerja pentadbiran , sediakan cadangan untuk diusulkan kepada dewan perhimpunan dan bertindak sebagai mahkamah tertinggi . EKONOMI Pada abad ke 5 SM , permintaan terhadap bahan-bahan ekonomi seperti bahan mentah telah meningkat apabila munculnya banyak negara kota . Populasi yang kian meningkat juga telah menyebabkan permintaan pada sesuatu barang itu semakin meningkat . Kebanyakan negaranegara kota ini mempunyai sistem ekonomi yang kukuh , contohnya negara Athens . Namun , pada abad ke 4 SM , Athens terpaksa mengimport 75 peratus daripada gandum yang digunakan , dan barang-barang seperti ini serta ternakan ini tiba di Athens dari negara kota Thrace dan kawasan laut hitam 20 . Gandum dan haiwan ternakan antara makanan yang paling 19 Cyril E. Robinson, A History Of Greece, London : Methuen & Co . Ltd, 1953, hlm. 49 20 Sivachandralingam Sundara Raja, Tamadun Eropah, Shah Alam : Penerbit Fajar Bakti Sdn.Bhd. , 1996, hlm. 13

11

penting bagi bumi greek kerana makanan ini dikatakan sumber yang banyak memberikan tenaga . Selain itu , Athens juga mengimport ikan , daging bergaram , buah-buahan serta arak . Bahan mentah dikatakan penting juga bagi negara ini , dan antaranya ialah bahan galian , kain bulu , damar dan sebagainya . Walaupun Athens banyak mengimport , mereka juga mengeksport barang mereka iaitu minyak zaitun , perak , batu marmar , lukisan dan sebagainya . Walaupun begitu , urusan perdagangan ini banyak dijalankan di jalan laut disebabkan kedudukan negara Athens berdekatan dengan laut . Pada waktu itu , bidang perkapalan sangat maju dan memudahkan warga athens dalam berdagang . Contohnya , masyarakat Athens membina banyak kapal perang , bersaiz panjang dan kurus , dan mempunyai banyak dayung dan dihadapan kapal punyai seekor binatang jantan yang tajam

21

. Ketika itu , ilmu

perkapalan menjadi ilmu yang hebat pada zaman Greek dan ilmu ini juga menunjukkan keagungan ilmu perkapalan Athens pada mata dunia . Namun demikian , bagi jalan darat pula , jalinan jalan raya masih serba kekurangan menyebabkan warganegara Athens lebih suka berdagang dengan menggunakan jalan laut . Ekonomi di Sparta dikatakan tidak berkembang disebabkan pemerintahannya lebih kepada politik dan memajukan bidang ketenteraan . Namun , penduduk Sparta digalakkan menjalankan aktiviti pertanian bagi menampung bekalan mereka . Sparta merupakan antara negara yang punyai tanah yang paling subur berbanding negara kota yang lain dan mereka juga punyai bahan galian sendiri seperti bijih besi . Terdapat beberapa golongan yang memonopoli ekonomi di Sparta , contohnya golongan Perioci , yang merupakan golongan yang bebas dalam menjalankan aktiviti pertanian , perdagangan , perusahaan dan sebagainya . Golongan ini berkerja di lombong bijih besi yang kaya di Laconia , dan mereka juga dikatakan banyak mengusahakan dalam menghasilkan kelengkapan perang seperti pedang , 21 A. R. Burn, The Pelican History Of Greece, England : Penguin Books Ltd, 1966, hlm. 68

12

perisai dan sebagainya

22

. Mereka juga mengusahkan barang-barang pertanian yang

berasaskan bijih timah . Dalam urusan perdagangan juga dimonopoli oleh golongan ini . SOSIAL Penduduk di Athens terdiri daripada tiga golongan iaitu warganegara , golongan Metics atau golongan bukan warganegara dan hamba . Golongan warganegara terdiri daripada kaum lelaki yang punyai hak dalam bidang politik negara Athens . Warganegara lelaki memainkan peranan penting dalam politik di Athens dan mereka yang bertindak menghadiri segala perhimpunan di Athens . Secara tidak langsung , golongan Athens berhak untuk terlibat dalam proses penggubalan undang-undang serta bebas dalam memberikan idea mereka kepada pemerintahan . Keistimewaan yang diperolehi oleh golongan lelaki Athens adalah menerusi kelahiran kerana seorang Yunani akan kekal sebagai warganegara jika ayah dan ibunya merupakan warganegara Athens . Golongan kedua pula ialah golongan Metics atau golongan bukan warganegara . Golongan ini dikatakan golongan yang paling dominan dalam populasi negara kota Athens dan mereka ini kebanyakan telah bertindak sebagai penggerak ekonomi . Golongan ini banyak membangunkan negara Athens , namun demikian , mereka ini tidak dianggap sebagai warganegara Athens . Golongan yang ketiga pula ialah golongan hamba yang terdiri daripada golongan petani yang gagal membayar hutang kepada golongan bangsawan serta tuan tanah Athens . Mereka diambil menjadi hamba kepada golongan bangsawan dalam melakukan tugas-tugas seharian . Populasi golongan ini dikatakan sebanyak 1/3 penduduk daripada negara kota Athens . Golongan wanita juga mempunyai peranan yang penting kepada negara . Masyarakat Athens tidak memandang rendah terhadap kaum wanita kerana kaum ini mempunyai kedudukan yang terhormat dalam masyarakat . Hal ini dapat dilihat pada batu 22 Elias J. Bickerman, Greece, London : Oxford University Press, Inc. , 1963, hlm. 79

13

nisan serta mural yang dibuat oleh masyarakat Athens kerana mereka sangat mengagungkan wanita . Kaum wanita diberi kebebasan dan mereka ini dilindungi oleh undang-undang walaupun mereka tidak berstatus warganegara . Seterusnya , negara kota Athens juga menggalakkan anak-anak Athens menuntut ilmu dan menjalani persekolahan formal . Bagi mereka , warganegara yang berpendidikan dan berilmu dapat menjamin masa depan serta dapat membangunkan negara kota . Warganegara Athens bertanggungjwab dalam membiayai kos pendidikan , dan ibu bapa mereka mengupah tutor untuk mengajar anak-anak mereka di rumah sendiri

23

. Namun , anak-anak golongan

yang kaya raya akan meneruskan pendidikan mereka sehingga mereka berumur 18 tahun . Kanak-kanak Athens akan diajar menerusi pelbagai aspek , contohnya mereka diajar membaca , mengira , menulis , matematik dan sebagainya . Pada masa yang sama , mereka juga diajar tentang kisah epik klasik Illiad dan Odyssey . Masyarakat ini juga amat mementingkan aspek kesukanan dalam meningkatkan kecergasan dalam pemikiran anak-anak Athens . Negara kota ini juga punyai matlamat iaitu untuk melahirkan warganegara yang bijak dalam setiap bidang . Masyarakat Athens juga mempunyai kepercayaan dalam kehidupan mereka . Kepercayan mereka pada mulanya berasaskan animisme , yang merupakan kepercayaan kepada benda hidup yang akan mati , seterusnya kepercayaan mereka terus berkembang kepada fetihisme , iaitu kepercayaan kepada kekuasaan misteri yang tidak bernyawa seperti batu , pokok-pokok , tumbuhan dan sebagainya

24

. Mereka juga punyai kepercayaan yang berasaskan zoolatri ,

iaitu kepercayaan tentang haiwan-haiwan . Akhirnya , kepercayaan yang paling dominan dalam masyarakat Greek Athens ialah polytheism , iaitu kepercayaan berasaskan banyak

23 Sivachandralingam Sundara Raja, Tamadun Eropah, Shah Alam : Penerbit Fajar Bakti Sdn.Bhd. , 1996, hlm. 13 24 Elias J. Bickerman, Greece, London : Oxford University Press, Inc. , 1963, hlm. 99

14

tuhan , dan mempercayai tuhan muncul daripada fenomena kehidupan seperti daripada matahari dan bulan , kilat , sungai , musim bunga , kecantikan dan sebagainya . Gunung Olympus merupakan gunung suci yang dianggap oleh masyarakat Greek terutamanya Athens . Mereka menganggap gunung ini wujudnya tuhan-tuhan seperti tuhan segala alam iaitu Tuhan Zeus . Tuhan Zeus merupakan tuhan yang utama atau bapa segala tuhan , dan tuhan Zeus mempunyai kuasa seperti kilat dan langit , seterusnya ialah tuhan Hera yang merupakan isteri kepada tuhan Zeus , iaitu tuhan syurga , tuhan Poseidon merupakan tuhan laut , tuhan Ares , merupakan tuhan pahlawan , tuhan Hermes , merupakan utusan kepada tuhan Zeus , Aphodite merupakan tuhan segala kecantikan dan sebagainya 25. Mereka mempercayai bahawa tuhan-tuhan ini punyai sifat seperti manusia contohnya sifat cemburu dan sebagainya . Tuhan yang diabdikan di salah sebuah bangunan di Greek , ialah bangunan Panthenon iaitu Tuhan Anthena atau tuhan kebijaksanaan dan perang serta merupakan anak kepada Tuhan Zeus . Bagi sistem sosial di Sparta pula , negara kota ini juga punyai sistem sosialnya yang tersendiri . Sistem sosial di Sparta terdiri daripada tiga golongan , iaitu golongan Peer yang terdiri daripada pemerintah dan tuan tanah di Sparta . Seterusnya golongan yang kedua pula ialah golongan Perioci yang merupakan orang yang bebas dalam menjalankan segala kegiatan ekonomi seperti pertanian , perdagangan dan sebagainya . Golongan Perioci ini tinggal di kawasan-kawasan bandar seperti Laconia dan Messenia , dan mereka bebas dalam kehidupan mereka . Walaupun mereka bebas melakukan apa-apa sahaja , mereka tetap perlu berkhidmat kepada negara seperti berkhidmat dalam bidang ketenteraan dan politik di Sparta

26

.

Golongan ini juga dikatakan golongan yang paling ramai di Sparta . Mengikut sejarah lama

25 Sivachandralingam Sundara Raja, Tamadun Eropah, Shah Alam : Penerbit Fajar Bakti Sdn.Bhd. , 1996, hlm. 14 26 Elias J. Bickerman, Greece, London : Oxford University Press, Inc. , 1963, hlm. 76

15

Sparta , orang-orang Dorian yang telah menakluk kawasan Sparta telah mengajar orang di Sparta tentang ketenteraan . Golongan yang paling bawah sekali ialah golongan Helot ataupun dikenali sebagai hamba abdi dan para petani . Golongan Helot ini tinggal di kawasan pertanian yang berasingan dan berada di luar tembok negara kota . Golongan ini digunakan sebagai hamba abdi kepada golongan-golongan atasan dalam memenuhi keperluan mereka , dan diantaranya menjadi buruh . Setiap lapisan masyarakat dikatakan masyarakat yang sentiasa sedia berkhidmat untuk negara , dan bila-bila masa sahaja dapat membawa mereka ini ke medan peperangan untuk berperang

27

. Hal ini disebabkan , punca utama pemerintahan bersistemkan ketenteraan

dilaksanakan bagi menjaga negara kota mereka . Setiap masyarakat selain bekerja sebagai buruh , petani , pedagang dan sebagainya , tugas mereka yang utama ialah menjadi tentera . Disebabkan itu , masyarakat Sparta merupakan golongan yang patuh kepada arahan serta undang-undang negara . Sejak dari kanak-kanak lagi , anak-anak Sparta diajar untuk hidup berdikari dalam sebuah negara kota . Contohnya , jikalau seseorang bayi lelaki dilahirkan dan disahkan sihat oleh badan khas orang tua , bayi itu akan terus diserap di bawah pengawasan awam , jika bayi itu tidak sihat , bayi itu akan terus dibunuh atau diambil oleh golongan hamba

28

. Kanak-kanak

yang berumur antara setahun sehingga berumur tujuh tahun , akan dijaga oleh ibu bapanya atau jururawat khas kerajaan . Kanak-kanak yang berumur tujuh tahun pula akan terus melibatkan diri dalam bidang ketenteraan dan dikenali sebagai Spartia Muda , dan mereka akan belajar berkawad , gimnastik , musik , dan membaca . Mereka perlu mempelajari

27 Ibid, hlm. 78 28 Ibid.

16

gimnastik disebabkan adanya pertandingan ketenteraan bagi memperkukuhkan lagi ilmu kanak-kanak itu . Dalam masa yang sama , kanak-kanak ini juga diberi makan makanan biasa yang dimasak sendiri , diberi pakaian untuk digunakan sepanjang tahun dan sebagainya . Hidup sebegini dianggap biasa oleh mereka disebabkan hal ini dapat membuatkan mereka lebih berdikari dan kuat dari segi mental dan fizikal . Ada kalanya mereka perlu mencuri , terutamanya dalam mencuri makanan untuk kelangsungan hidup kerana ia juga dianggap sebagai satu pelajaran bagi mereka

29

. Namun , jika makanan yang dicuri oleh mereka diketahui dan mereka

ditangkap , ia dianggap tidak berkemahiran . Seterusnya , kanak-kanak perempuan juga dilatih dengan perkara yang sama , cuma ia lebih kepada tugas keibuan seperti berlari , bertinju , menari , dan menyanyi di depan khalayak ramai . TOKOH-TOKOH TERKENAL Ahli Sejarah Hedrotus merupakan seorang ahli sejarah yang terkenal pada zaman Greek , dan dia diberi gelaran ' Bapa Sejarah ' disebabkan sumbangannya menulis karya ' Historie ' iaitu peristiwa lampau secara kronologi . Hedrotus dikatakan lahir pada 484 SM di Halicarnassus , namun pada awal kelahirannya , beliau dibuang ke Samos

30

. Beliau membuat karyanya

ketika beliau berhijrah ke Thurium di selatan Itali , dan telah meninggal pada awal peperangan Perang Peloponesia sedang berlangsung . Beliau membuat kajian tentang Perang Parsi yang berlaku di Athens , dan ditulis dengan menggunakan sumber-sumber terdahulu seperti babad-babad , konsep temu-ramah dengan saksi yang masih hidup dan sebagainya . Disebabkan karyanya bersifat sejarah , karyanya dianggap sebagai karya yang agung kepada tamadun Yunani dan tamadun luar . Beliau juga menulis karyanya menggunakan fakta , 29 Ibid. 30 Jacob Burckhardt, History Of Greek Culture, New York : Frederick Ungar Publishing Co. , 1963, hlm. 331

17

namun karyanya mempunyai unsur ketuhanan . Beliau juga banyak menggunakan cara bagi memperkukuhkan lagi ilmu sejarahnya dengan berhijrah ke negara-negara luar seperti ke Egypt , Cyrene , Babylon , Cimmeria Bosporus , Colchis dan sebagainya . Daripada sini , beliau dapat mempelajari banyak ilmu tentang pensejarahan . Seterusnya , Thucydides juga merupakan seorang ahli sejarahwan yang muncul ketika zaman Greek . Thucydides telah memberikan sumbangan seperti gurunya juga , iaitu Hedrotus dalam karya pensejarahan . Thucydides dikatakan lebih bersifat saintifik dan kritis , dan penulisannya tidak seperti Hedrotus yang lebih kepada mitos , lagenda dan ketuhanan . Bagi Thucydides , konsep ketepatan dan pemikiran kritis lebih penting dan perlu dalam membuat karya-karya sejarah yang bersifat fakta . Dalam masa yang sama , beliau juga menyusun dan menulis karya dengan gunakan sistem kronologi . Karya agung yang dibuat oleh Thucydides ialah tentang Perang Peloponesia iaitu perang antara tentera Athens dan Sparta dan bagaimana peperangan itu boleh berlaku . Karya ini dibuat oleh beliau kerana ingin memberikan pengajaran kepada masyarakat seterusnya dalam menghargai kehidupan dan pentingnya hidup dalam keadaan yang aman . Ahli Falsafah Socrates merupakan ahli falsafah terkenal pada zaman Greek yang lahir pada 470 SM dan meninggal pada 399 SM . Beliau berasal daripada sebuah keluarga yang miskin ,dan bapanya bekerja sebagai pembuat patung . Socrates merupakan pemikir yang teragung ketika zaman itu kerana bagi Socrates , manusia pada zaman itu tidak mengenal apa erti kehidupan dalam kehidupan seharian mereka . Socrates suka menggunakan cara dengan menanyakan soalan kepada masyarakat kerana dengan adanya soalan , jawapan dapat diperolehi . Socrates dikatakan seorang pemikir yang menumpukan tentang minda manusia kerana minda manusia atau ilmu tentang manusia sangat penting untuk dipelajari . Sebelum Socrates dilahirkan , ada

18

juga ahli falsafah lain seperti Thales , Heraclitus dan sebagainya memperkenalkan konsep ilmu dengan falsafah fizikal seperti alam . Socrates mengajar kepada masyarakat dengan menerapkan nilai-nilai individualisme dalam kalangan rakyat Athens tentang betapa pentingnya konsep demokrasi dalam sistem pemerintahan . Konsep demokrasi yang bertunjangkan kuasa rakyat diketengahkan oleh ahli falsafah ini . Namun , ajaran yang dibawa olehnya dianggap rosak oleh pemerintah atasan dan beliau dihukum mati kerana merosakkan pemikiran anak-anak muda . Seterusnya ialah Plato , yang merupakan anak murid kepada Socrates . Plato sangat mengaggungkan Socrates disebabkan pemikirannya yang kritis . Ketika Socrates meninggal dunia , Plato telah membawa diri daripada negara kota Athens dan mengembara ke negara lain selama 12 tahun . Sepanjang pengembaraannya , Plato telah menghasilkan banyak penulisan , antaranya ialah Apology , Crito , Gorgia , Republic dan Phaedo 31. Menurut Plato , negara yang hebat ialah negara yang dipimpin oleh ahli falsafah , kerana ahli falsafah merupakan golongan yang bijak pandai serta cerdik . Plato juga berpendapat golongan ini akan mengenepikan kepentingan peribadi kerana mereka lebih mementingkan kepentingan rakyat dan orang lain . Selain itu , Plato turut mementingkan asas pendidikan kepada semua masyarakat kerana orang berpendidikan dapat memajukan negara . Dalam hal ini , Plato mengambil contoh negara Kota Sparta yang mementingkan pendidikan dalam ketenteraan dan ilmu disiplin dalam kehidupan seharian mereka . Ahli Sains Tamadun Greek juga punyai pencapaian yang tinggi dalam ilmu sains . Contohnya , ahli sains yang terkemuka waktu itu ialah Pythagoras , yang merupakan seorang saintis pertama Greek . Sumbangannya ialah beliau mengatakan bahawa planet bumi dan planet lain 31 Sivachandralingam Sundara Raja, Tamadun Eropah, Shah Alam : Penerbit Fajar Bakti Sdn.Bhd. , 1996, hlm. 22

19

ialah bulat . Selain itu , beliau juga mempelajari ilmu matematik daripada tamaudn Mesir dan Babylon . Beliau memperkenalkan teorem Pythagoras dan berpendapat angka dan geometri dapat memberikan ketenangan kepada jiwa manusia . Dalam masa yang sama , Pythagoras juga berpendapat angka-angka punyai keistimewaannya yang tersendiri , contohnya , nombor satu dianggap sebagai nombor bagi permulaan nombor , nombor empat pula dianggap sebagai roh dalam tubuh manusia dan nombor sepuluh dianggap nombor yang paling agung disebabkan nombor yang seterusnya ialah ikutan nombor-nombor yang lain . Pemikir yang seterusnya ialah Archimides . Archimides merupakan ahli sains yang terkenal ketika waktu zaman Helenistik . Archimides telah memberikan sumbangan dalam bentuk ilmu pengetahuan kerana beliau memperkenalkan konsep graviti dengan menggunakan jumlah air yang melimpah keluar sewaktu berendam dalam air . Konsep graviti ini ternyata sangat berguna dan ia digunakan sehingga sekarang . Archimides juga berjaya memperkenalkan isi padu air , luas dan panjang rajah dalam dunia matematik . KESIMPULAN Dunia Greek pada 800 SM sehingga 500 SM ternyata telah meninggalkan pelbagai sumbangan tidak kira dari politk , ekonomi serta sosial kepada tamadun manusia pada hari ini . Dunia Greek telah memperkenalkan ilmu-ilmu ketamadunan kepada manusia , dan ternyata pada zaman dahulu , telah wujudnya peradaban yang agung . Corak-corak pemerintahan dalam politk juga telah adanya pada waktu ini , dan hal ini merupakan penerusan legasi pemerintahan kepada dunia hari ini . Contohnya , konsep polis ataupun konsep negara kota yang diperkenalkan oleh tamadun Greek . Konsep polis ini juga hanya digunakan pada zaman ini yang dianggap sebagai sebuah negara kota . Polis yang menjadi igauan mereka dihargai dan ternyata , pada masa ini juga , masih adanya lagi bekas-bekas tembok , bangunan lama seperti Panthenon dijaga rapi oleh tamadun Greek .

20

Selain itu , tamadun Greek merupakan negara yang pertama memperkenalkan konsep demokrasi di dalam dunia ini . Kebebasan yang ada pada masyarakat Athens digunakan sepenuhnya dalam melemparkan segala idea dan merubah segala dasar bagi menjaga kebajikan masyarakat . Kebanyakan pada masa ini , banyak negara yang menggunakan sistem pemerintahan sebegini , contohnya negara Malaysia . Pemerintahan di tangan rakyat telah memberikan rakyat satu peluang untuk mentadbir negara dan secara tidak langsung , mereka dapat menanamkan sifat taat setia dan kecintaaan terhadap negara mereka . Dalam masa yang sama , sistem ekonomi tamadun ini juga mengajar kita tentang bagaimana untuk berdagang . Mereka juga mementingkan aspek kekayaan sesebuah negara dalam mempertingkatkan lagi kekayaan negara . Tamadun ini juga membuka laluannya kepada negara lain dalam perdagangan kerana disebabkan adanya hubungan dengan negara lain , segala ilmu-ilmu , agama serta teknologi dapat dipertingkatkan bersama . Dalam ketika ini juga , banyak ahli pemikir yang muncul ketika dahulu . Ahli-ahli pemikir terdahulu ternyata tidak langsung mengabaikan ilmu pengetahuan dan mereka telah mengajar dunia bahawa ilmu pengetahuan sangat penting kepada dunia manusia . Ilmu pengetahuan perlu disebabkan untuk memajukan lagi sesebuah negara . Contohnya , wujudnya pemikir-pemikir yang hebat ketika itu seperti Hedrotus , yang mengajar tentang betapa pentingnya sejarah dalam mengajar manusia ke arah yang lebih baik . Pemikir-pemikir lain seperti Socrates mementingkan aspek ilmu manusia dan sistem demokrasi dalam pemerintahan , Plato dan sebagainya . Ahli-ahli sains juga wujud , contohnya Archimides yang menerangkan tentang konsep graviti dan konsep isi padu air yang digunakan sehingga ke hari ini . Pencapaian mereka yang gemilang secara tidak langsung telah membantu banyak tamadun , dalam pelbagai aspek . Pencapaian mereka juga menjadi ikutan beberapa tamadun

21

dalam memperkukuhkan lagi negara mereka yang sedia ada . Negara Kota Athens dan Sparta memberikan pelbagai sumbangan kepada negara lain , dan disebakan itu , kedua buah negara ini dikatakan masyur dalam segala perkara . Pencapaian negara kota mereka tidak boleh ditandingi oleh negara kota yang lain dan sehingga kini , negara kota Athens dan Sparta tidak pernah dilupakan oleh tamadun dunia terutamanya oleh masyarakat Greek .

22

BIBILIOGRAFI

A. R. Burn, The Pelican History Of Greece, England : Penguin Books Ltd, 1966

Cyril E. Robinson, A History Of Greece, London : Methuen & Co . Ltd, 1953

Elias J. Bickerman, Greece, London : Oxford University Press, Inc. , 1963

Herbert J . Muller, Freedom In The Ancient World, London : Martin Secker and Warburg Limited, 1962

Jacob Burckhardt, History Of Greek Culture, New York : Frederick Ungar Publishing Co. , 1963

Sivachandralingam Sundara Raja, Tamadun Eropah, Shah Alam : Penerbit Fajar Bakti Sdn.Bhd. , 1996

Nazree Bin Munir, Tamadun Yunani, Perak, Esei Universiti Pendidikan Sultan Idris, 2010, Diambil daripada http://www.academia.edu/9579461/TAMADUN_YUNANI

23

View more...

Comments

Copyright ©2017 KUPDF Inc.
SUPPORT KUPDF