Tamadun Cina (Kumpulan 7)
August 7, 2017 | Author: Ruthara Devan | Category: N/A
Short Description
cina...
Description
TAM ADU N ISLA M DAN TAM ADU N ASIA
Tajuk: Tamadun Cina Sebelum dan Selepas Merdeka di Malaysia
Pensyarah: Ustaz Azmi bin Ahmad Ahli Kumpulan : Shuruthiish A/L Thurumaran (SW096440) Sangaraguru A/L Loganathan
(SW097182)
Nagulan Pillai A/L Jeyaraman
(SW096840)
Ruthara Devan A/L Thamil Selvan
(SW096538)
Inthran A/L Manikam (SW096439) Anishwaran (SW095619) Lesliie Simonn (SW096435)
Orang Cina ialah rang cina yang menjadi warganegara atau penduduk tetap di Malaysia. Kebanyakan mereka ialah keturunan pendatang dari China yang tiba di Malaysia sekitar abad ke-15 hingga pertengahan abad ke-20. Tamadun Cina Sebelum kemerdekaan Sebab kedatangan Tamadun Cina ke Tanah Melayu:Shuru Seperti yang kita tahu imigran Cina datang ke Tanah Melayu untuk memperbaiki kehidupan mereka ke arah yang lebih baik. Selain kepesatan ekonomi di Tanah Melayu, syarat kemasukan yang longgar dan tiadanya sekatan yang dikenakan oleh kerajaan British juga menjadi penyumbang kepada kehadiran imigran Cina dan India secara besar-besaran di Tanah Melayu. Malahan British juga telah memperkenalkan sistem yang lebih sistematik untuk memastikan bekalan buruh dari kalangan imigran ini berterusan. Untuk itu, British telah memberi jaminan keselamatan nyawa serta harta benda yang jauh lebih baik dari negara asal mereka (Mahdi Shuid et al, 2011:101). Perkara ini menjadi salah satu hal yang menarik minat imigran Cina berhijrah ke Tanah Melayu. Galakan daripada penjajah British untuk bekerja di kawasan perlombongan bijih timah, estet-estet getah dan kawasan pertanian ladang kepada imigran Cina disebabkan kekurangan tenaga buruh.
Ekonomi Tamadun Cina:Sangara Penanaman lada hitam dan gambir pada zaman pemerintahan Sultan Abu Bakar juga menjadi salah satu faktor kedatangan imgiran Cina lada hitam dan gambir telah diusahakan secara besar-besaran melalui Sistem Kangcu. Hal ini disebabkan oleh sistem pertanian komersial yang diperkenalkan oleh British. Bijih timah mendapat permintaan yang besar hingga muncul pengusaha Eropah dan China mengambil alih peranan pembesar melayu. Kedatangan pengusaha China pada awalnya dipantau oleh pembesar Melayu. Mereka mendapat kebenaran melombong dan menjual semula hasil timah ini kepada pembesar Melayu namun harga timah ini masih ditentukan oleh pembesar melayu. Tetapi ada juga imigran Cina yang bekerja sendiri selepas kontrak mereka tamat. Oleh itu, orang Cina mula berniaga dan mendiami kawasan bandar. Sejarah perniagaan orang Cina bermula dalam bidang peruncitaniaitu berniaga dengan kecil- kecilan. Daripada inilah mereka memperoleh kemahiran dalam perniagaan yang lebih besar.
Agama dan Budaya Tamadun Cina:Nagulan Tamadun Cina di Tanah Melayu sebelum merdeka telah membentuk 5 kumpulan dialek utama iaitu “Teochew”, “kantonese”, “hokhian”, “hakka” dan “Hainan”.
Masyarakat Cina mengamalkan aktiviti pemujaan atau penyembahan roh nenek moyang. Wujudnya masyarakat Cina Peranakan iaitu “Baba dan Nyonya” daripada perkhawinan campur antara melayu dan cina.
Menggunakan Bahasa Melayu sebagai Bahasa pengantar. Juga dikenali sebagai “Melayu Baba”.
Perkembangan seni lukis yang merupakan salah satu kesenian yang penting dan mendapat galakan dan istana. Aspek perubatan dan teknologi dibawa oleh Tamadun Cina seperti rawatan akupuntur dan proses pemulihan penyakit melalui herba-herba semulajadi.
Politik Tamadun Cina:Rudhra Orang Cina mula mengembangkan kuasa politik melalui kongsi gelap haram dan persatuan persatuan cina atas desakan dasar pentadbiran British dan kepimpinan Melayu. MCA merupakan antara parti terawal yang ditubuhkan pada 1949 yang menumpu sasaran kepada isu kerakyatan. Mereka sedar bahawa parti mereka bukan hanya satu-satunya pelobi, malah pemimpin Cina seperti Tun Tan Cheng Lock disokong kuat oleh pentadbir-pentadbir British tertentu. Bermula dengan kerakyatan pada 1948 dan 1957 yang hakikatnya dipermudahkan oleh UMNO dan Raja-Raja Melayu sendiri, orang Cina terus mengorak selangkah demi selangkah untuk menapak pada mulanya dalam ekonomi Tanah Melayu/Malaysia sehingga bilangan penduduk mereka telah menjana 29 peratus. Kini sasaran agenda baru mereka tertumpu besar dalam politik.
Tamadun Cina Selepas merdeka Ekonomi Tamadun Cina:Inthran Selepas merdeka, kedudukan ekonomi cina semakin teguh kerana kemahiran orang Cina berdagang dan juga sumbangan-sumbangan persatuan Cina untuk mengumpul modal. Konsep perniagaan ala kongsi telah membantu kaum Cina mengukuhkan modal dalam kalangan komuniti merdeka. Lokasi masyarakat Cina di Bandar telah membantu mendedahkan mereka dengan satu sistem pendidikan. SIKAP POSITIF YANG DITERUSKAN UNTUK MEMAJUKAN EKONOMI ORANG CINA : 1. menggalakkan kerjasama antara syarikat atau peniaga 2. menggalakkan orang cina supaya berjimat cermat 3. menggalakkan orang cina mewarisi perniagaan keluarga 4. memastikan kemajuan ekonomi dan melindungi kepentingan masyarakat Cina
Sumbangan orang cina dalam mengembangkan dan memesetkan ekonomi Negara sangat impak kepada Malaysia sekarang. Masyarakat Cina merupakan pembayar cukai tertinggi di Malaysia di mana ia penting untuk pembangunan Negara.
Agama dan kebudayaan Masyarakat cina:Leslie Bangsa Cina meraikan beberapa jenis perayaan dan setiap perayaan ini mempunyai sejarah serta nilai yang tersendiri. Perayaan tersebut antaranya termasuklah Tahun Baru Cina, Pesta Tanglung dan Perayaan Kuih Bulan. Sambutan Tahun Baru Cina pada awal setiap tahun yang bermula selepas kelahiran tahun baru disambut dengan meriaholeh orang-orang cina. Tahun Baru Cina melambangkan permulaan, titik permulaan dalam nasib dan kehidupan. Sebelum hari tahun baru bermula, sanak saudara yang jauh akan kembali berkumpul. Rumah akan dicuci dan segala hutang-piutang dikutip atau dibayar agar mereka tidak sentiasa dikelilingi hutang sepanjang tahun yang baru. Mercun dibakar pada tengah malam bagi menandakan bermulanya tahun baru dan bagi menghalau puaka dan nasib malang. Rumah-rumah dihiasi dengan buah limau sebagai simbol murah rezeki, bunga dan pokok limau.
Politik masyarakat Cina:Anis Selepas era 1960-an, politik Cina terus berkembang secara dinamik. Parti perikatan teleh ditukarkan nama kepada Barisan Nasional pada tahun 1974 dan masih lagi memerintah negara sehingga kini. Dewasa ini, ramai di kalangan orang Cina Malaysia yang lebih celik politik dan menjadikan politik sebagai salah satu medium bagi memastikan survival bangsa Cina di Malaysia kerana masyarakat Cina adalah masyarakat minoriti yang sentiasa menggunakan pragmatism untuk mencapai objektif kelompok. Berbeza dengan orang Melayu, parti politik dalam masyarakat cina cuma menjadi salah satu alat atau wadah dalam memperjuangkan hak mereka. Dalam masyarakat cina, di mana terdapat Persatuan-persatuan Cina, Dewan-dewan perniagaan, dan pelbagai lagi NGO yang lebih berpengaruh berbanding dengan parti-parti politik dalam masyarakat Cina di Malaysia. Persatuan-persatuan inilah yang menentukan hala tuju politik kaum Cina, bahkan menentukan calon mana dan parti mana yang bakal di sokong oleh kebanyakan orang Cina dalam pilihanraya. DI Malaysia, peranan yang dimainkan oleh akhbar dan majalah berbahasa Cina menjadi wadah menyebaran pengaruh seperti bahasa, budaya dan kepentingankepentingan kaum mereka, ekonomi dan khususnya politik. Selaras dengan kaum mereka yang bilangannya sedang meningkat, di samping kepentingan ekonomi dan
suara politik mereka yang semakin nyaring, kaum Cina terus merancang dan mengeksploit ‘saluran-saluran kuasa’ dan instrumen demokrasi untuk memantap dan memperkukuhkan apa yang telah mereka kumpulkan untuk kaum mereka selama ini.
View more...
Comments