Tali Allah

March 19, 2017 | Author: Azizan Ibrahim | Category: N/A
Share Embed Donate


Short Description

Download Tali Allah...

Description

TALI ALLAH Hubunganku dengan Tuhan-ku yang selama ini terputus, dengan kebebasanku, Aku telah dapat langsung menghubungi-Nya kembali dan begitulah dalam perjalananku mencari-Nya dan hendak menemui-Nya seperti yang telah kuhuraikan di atas, aku telah mendapat tali peganganku dan ditambah dengan „Anak Kunci‟ wasiat (yang kunamakan akan dia) yang telah berada di tanganku. Itulah dia tali peganganku yang tak akan kulepas-lepaskan lagi; tali pusat dari segala pusat yang mana telah kukaitkan dan hubungkan kembali dengan tali pusatku. Dan yang satu lagi, iaitu „Anak Kunci‟ wasiat yang banyak mengandungi wasiat dan merupakan bentuk kalau digambarkan dalam huruf Alif-Lam-Miim yang banyak mengandungi rahsia. Tali pusat dari segala pusat ialah nafas dari pernafasan perut (seperti yang berlaku kepada bayi iaitu semasa kita menarik nafas perut dan pusat kita mengembang, (BBM mengatakan Itulah dia tali peganganku yang tak akan kulepas-lepaskan lagi; tali pusat dari segala pusat yang mana telah kukaitkan dan hubungkan kembali dengan tali pusatku.. semasa menghembuskan nafas perut kita mengempes seolah-olah pusat kita bertemu dengan tulang belakang kita).. Apa yang perlu kita lakukan ialah kita mula menarik nafas kita dengan menggunakan pernafasan perut,, Tarik nafas perlahan-lahan, semasa perut kita mengembang, dubur kita akan turut menguncup (kemut), sehingga nafas itu terhenti sendiri.. ( pertemuan dua lautan iaitu lautan zahir (badan atau jasad) dengan lautan batin (diri arau roh).... Seperti yang diceritakan didalam Al-Quran iaitu pertemuan Nabi Musa dengan Nabi Khidir diantara pertemuan dua lautan dan yang dikatakan oleh BBM, pertemuan diantara kiri dan kanan... Setelah nafas itu terhenti dengan sendiri, tahanlah nafas itu seberapa lama yang boleh ( disinilah berlaku pertemuan diantara diri dengan yang empunya diri)... Oleh kerana nafas atau nyawa tadi tidak dapat keluar melalui jalan biasa iaitu hidung dan mulut dia akan menembusi kulit dan bulu kita, maka akan hadzirlah rasa-rasa yang terasa... Diri telah dapat menembusi badan) Setelah tidak tahan lagi, lepaslah nafas itu dengan kalimah "Laa khaulawala khuwatailla billah" kalau pun kita tidak membacanya itulah maksudnya dengan melepaskan nafas secara perlahanlalahan sehingga ianya terhenti sendiri... Perlakuan melepaskan nafas secara perlahan-lahan ini telah dikiaskan oleh Allah didalam Al-Quran dimana Nabi Khidzir telah menebuk lubang pada perahu yang dinaiki oleh Nabi Musa dan Nabi Khidir.. Perbuatan berhenti nafas setelah tidak dapat menghembuskan keluar lagi diibaratkan dengan Nabi Khidzir membunuh seorang kanak-kanak.... Maksudnya kita hendaklah menghilangkan berkesedaran kepada jasad..

Inilah apa yang dikatakan oleh Bapak Bagindo Muchtar didalam bukunya 'BatinKu' "Pintu telah terbuka bagiku dan ini dapat aku merasakannya. Alamku sendiri telah tembus dan Aku telah bebas, tetapi tak lepas (yang tadinya terkurung dan terkongkong). Tabir atau dinding yang membatasi Aku dengan alam di luar dari alamku sendiri selama ini telah tembus. Hubunganku yang selama ini terputus sejak Aku keluar dari rahim ibuku (sejak Aku dilahirkan dan dihadirkan ke dunia ini sebagai seorang manusia, sejak tali pusatku diputus), dengan telah aku temui itu kembali jalanku sendiri iaitu jalan kebebasanku (dengan telah tembusnya dinding atau tabir yang membatasi Aku dengan alam akbar), Aku telah dapat keluar dengan memancar." Pada pertemuanku yang pertama dengannya, yang mana dengan perantaraan rasa yang terasa, kiranya Aku telah berada di muka pintu dan setelahnya Aku dalam perjalanan dari titik ke titik dan sampai pada titik pertemuan yang penghabisan (di mana tiada titik yang lain daripadanya itu lagi) dan setelahnya aku mengadakan perjalanan rekonstruksi dengan berulang-ulang dari luar ke dalam dan dari dalam ke luar, (keluar masuknya nafas), maka dapatlah aku mengatakan bahawa perbuatanku itu sesuai dengan firman Tuhan, “Memasukkan malam kepada siang dan siang kepada malam, mendatangkan yang hidup daripada yang mati dan yang mati daripada yang hidup.” (al-Quran: Surat Ali-Imran; Ayat 27.) Zikir itu INGAT. Setiap aliran TAREQAT ada kaedah zikirnya yg diamalkan turun temurun. Jadi pd yang ikut tareqat ikutlah cara zikir yg diajar murshid. Allah merujuk DiriNya sbg HU ( DIA ) pada peringkat Ghaib Mutlak dan memperkenalkan DiriNya sbg Allah pada Peringkat TITIK AWAL atau Ketuhanan...pada org bukan dr aliran Tareqat ..cukuplah Ingat Allah atau HU ..boleh belaka ..pada amalan Zikir Nafas Allah Hu Rabbul Alamin Yang Meliputi Seluruh Alam itu adalah pada peringkat Ghaib Mutlak ..maka HU lah yang sesuai bagi Nafas MASUK manakala Zat Yg Meliputi Diri kita itu adalah Allah...rumusan yag mana dulu yg mana kemudian tak menjadi masaalah sebab bila diulang ulang ianya jadi Hu Allah dan Allah Hu juga. Barangkali hanya anak anak BBM yg familiar dgn istilah KUNCI WASIAT yakni Kunci ALIF LAM MIM ...permulaan Surah Al-Baqarah....memang ramai ulamak memberi tafsiran masing masing tentang pengertian huruf huruf itu..mengikut bidang ilmu masing masing...saya belum berjumpa mana mana ulamak pun yg merujuk Alif Lam Mim itu sebagai KUNCI apatah lagi Kunci Pelbagai Rahsia. Hanya Bapak Bagindo Muchtar sahaja yg menyebut Alif Lam Mim sebagai KUNCI pelbagai Rahsia yakni kunci yg DIWASIATKAN...sape yg mengwasiatkan ? Tentulah Allah. Maka elok sangat bagi kita semua khasnya anak anak BBM memahami apa yg bapak maksudkan sbg KUNCI Wasiat itu . sesungguhnya pertemuan aku dan dia tak terucap dgn kata2.. tak tergambar dgn apa jua lukisan... pertemuan dua lautan itu adalah di dada... perjalanan dia dari pusat ke dada.. perjalanan aku dari halkum ke dada... di padang mahsyar... berombak lautan d perut, berombak lautan d halkum.. bertemu pd satu titik d dada.. d kanan kiri... terhenti nafasku terhenti degupannya.. lantas yg ada, yg wujud, yg hidup, yg qidam dan yg baqa hnya Yg Maha Esa.. aku fana'billah... inilah hakikat tali yg di maksudkan.. tiada huruf tiada suara... Amin... mg kita d berkati.. “Perbaiki keadaanmu dengan apa yang ada padamu dan perbaikilah keadaan yang di luar badan

dirimu juga dengan apa yang telah ada padamu.” Yang ada padamu itu ialah rasa-rasa yang terasa dihujung-hujung jari kita. Dan jadikanlah apa yang ada padamu itu ( rasa-rasa yang terasa dihujung-hujung jari ) menjadi suatu amalan dengan kenyataan Sehingga kita dapat mengatakan rasa yang mengandungi rahsia. Titik berat dalam pengetahuan yang kami latih sehingga terlatih sampai lincah diseluruh pergerakkan kaki tangan badan keseluruhannya. Gunakannya sewaktu bila perlu, dia automatik jalan Ini gerak Qudratullah Mengenal bukan memikirkannya. Ini soal mengingat. Kita berlatih memperlancarkan jalannya. Seluruh gerak dengan pergerakkan badan diri kita keluar dan kedalam Kenalilah dirimu sendiri, Tanya, cari sampai dapat jawapannya, Tanya yang mana AKU ? Siapa AKU, Siapa AKU, Siapa AKU......... Siapa AKU?, Aku siapa? Bukannya kepalaku, mataku, telingaku, badanku, suaraku. Tetapi AKUNYA 20.Surah Ţāhā (Verse 14) َّ ‫إِ َّننِي أَ َنا‬ ‫َّللاُ ََل إِ َٰ َل َه إِ ََّل أَ َنا َفاعْ ب ُْدنِي َوأَق ِِم الص َََّل َة لِذ ِْك ِري‬ "Sesungguhnya Akulah Allah; tiada tuhan melainkan Aku; oleh itu, sembahlah akan Daku, dan dirikanlah sembahyang untuk mengingati Daku. AKU = Allah ( tiada yang lain selain Allah ) Diriku = ruh = Muhammad Badanku = jasad = Adam Sebab bagi kita dengan cara bawaan gerak menggerakkan itu berlaku pula ayat : 3.Surah 'Āli `Imrān (Verse 27) ٍ‫ت َو َُ ْخ ِر ُج ْال َِْتَ ِ ََِ ْال ََي َو ََرْ ُُ ُُ ََِ ََ ََا ُُ ِبََ ْ ِْر َ ََِا‬ ِ َِْ ‫ار فِي اللَّْ ِْل َو َُ ْخ ِر ُج ْال ََيَّ ِ ََِ ْال‬ َ ‫ار َو َُولِ ُج ال َّن َه‬ ِ ‫َُولِ ُج اللَّ ْْ َل فِي ال َّن َه‬ "Engkaulah (wahai Tuhan) yang memasukkan waktu malam ke dalam waktu siang, dan Engkaulah yang memasukkan waktu siang ke dalam waktu malam. Engkaulah juga

yang mengeluarkan sesuatu yang hidup dari benda yang mati, dan Engkaulah yang mengeluarkan benda yang mati dari sesuatu yang hidup. Engkau jualah yang memberi rezeki kepada sesiapa yang Engkau kehendaki, dengan tiada hitungan hisabnya". Selama ini memang dua keadaan, dua kejadian, tetapi satu pasif, satu aktif, ye tak? Bahkan satu sama lain tidak kenal mengenal. - yang didalam tak mengenal yang diluar - yang diluar tak mengenal yang didalam Itu maknanya waktu bergerak, tangan bergerak terus, sampai kehujung jari kaki, terus, terus, terus. Ini ertinya yang diluar itu diajar mengenal akan badan dirinya sendiri. Berjalanlah pada jalannya, MANA JALANNYA ? - Itu yang dihujung-hujung jari yang terasa - Jalan telunjuk itulah, sebab telunjuk yang paling lurus, itu yang akan diturutkan - ikhdinas sirotol mustakhim kata orang Ingat saja kepadanya, Turut saja Keluar dari garis-garis jalan pancaran ini bererti kita tergelincir pula, keluar dari garis kebenaran. Ada pula masanya nanti bila sudah meningkat Tempuh-tempuh ini tidak ada erti Perubahan akan terjadi di badan diri kita Sehingga KITA BUKAN KITA Lagi Kalau kita bukan kita, siapa pula kita? Itu pulalah letaknya rahsia pula dibalik rahsia. Tapi kita bergerak dibidang rahsianya, oleh Yang Maha Kuasa tadi.

Apakah sebenarnya rasa-rasa yang terasa dihujung-hujung jari itu ? Rasa-rasa yang terasa dihujung-hujung jari itu ialah rahsia yang telah dipecahkan oleh BBM Apakah rahsia yang BBM pecahkan itu ? ... Rahsianya ialah Yang didalam (ruhku - huwal batinu = dialah yang tersembunyi) dan yang diluar (badanku - huwazzohiru = dialah yang nyata) sedang saling kenal mengenal. Telah menjadi satu, (AKU) ketika ini tanyalah siapa AKU ? Yang sedang bertanya itu juga yang akan menjawab..... Kita bukan kita lagi = hilang kesedaran pada badan diri ku, yang tinggal kesedaran kepada AKU Allah... Kata BBM perbaikilah ke-ADA-an mu dengan rasa-rasa yang terasa dihujung-hujung jari. Maksudnya jangan kita lupa untuk merasai rasa-rasa yang terasa dihujung-hujung jari itu. Jika kita lupa nak merasai rasa-rasa yang terasa dihujung-hujung jari itu bermakna terputus hubungan diantara badan diriku dengan AKU... Lakukan saja jangan banyak memikirkan, ingat saja (rasa saja) pada rasa-rasa yang terasa dihujung-hujung jari itu, jangan banyak soal..... Tidak hilang rasa-rasa yang terasa dihujung-hujung jari itu maknanya ingat kepadanya.... Kalau kita tidak merasai rasa-rasa yang terasa dihujung-hujung jari itu , bermakna kita sedang tergelincir dari jalan yang lurus.

View more...

Comments

Copyright ©2017 KUPDF Inc.
SUPPORT KUPDF