Syeikh Nawawi Al Bantani Al Jawi
July 23, 2021 | Author: Anonymous | Category: N/A
Short Description
Download Syeikh Nawawi Al Bantani Al Jawi...
Description
PROSIDING NADWAH ULAMA NUSANTARA (NUN) V, 9-10 SEPTEMBER 2013 Prosiding Nadwah Ulama Nusantara (NUN) V: Ulama dan Cabaran Idealisme Semasa disunting oleh: Azmul Fahimi Kamaruzaman, Ezad Azraai Jamsari, Farid Mat Zain, Hakim Zainal, Maheram Ahmad, Napisah Karimah Ismail & Rabitah Mohamad Ghazali © Jabatan Pengajian Arab dan Tamadun Islam, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi, Selangor ISBN 978-983-9368-62-8 (2013), http://www.ukm.my/nun/prosiding.htm
Sumbangan Karya Penulisan Ulama Nusantara terhadap Dunia Islam: Tumpuan Syeikh Nawawi al-Bantani al-Jawi Mohd Fikri Che Hussain, Zahid Salleh & Ahmad Irdha Mokhtar Jabatan Pengajian Dakwah dan Kepimpinan, Fakulti Pengajian Islam Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600 UKM Bangi, Selangor, Malaysia
Abtsrak: Artikel ini memaparkan peranan ulama Nusantara dalam memartabatkan keilmuan Islam di persada antarabangsa. Garapan daripada sumbangan yang diberikan oleh mereka itu akan tertumpu kepada seorang tokoh ternama berasal dari Nusantara iaitu Syeikh Nawawi al-Bantani al-Jawi. Tokoh yang menjadi tumpuan dalam artikel ini adalah merupakan seorang ulama terkenal di dunia Islam. Peranan beliau dalam usaha memartabatkan keilmuan Islam itu diiktiraf oleh para ulama di negara Arab dan masih lagi diterima pakai dan dijadikan kajian serta rujukan keilmuan Islam. Hidupnya yang begitu aktif dalam bidang penulisan dan banyak karya telah dihasilkan serta bergiat cergas dalam bidang pendidikan ini sehingga terkenal dengan gelaran Imam Nawawi Kedua. Kebanyakan hasil karya penulisannya menjadi penggerak kepada jaringan keilmuan antara ulama seluruh dunia dan tidak lupa di Nusantara. Maka terbukti peranan Syeikh Nawawi alBantani al-Jawi adalah sangat besar dan mampu memartabatkan keilmuan Islam di Nusantara ini.
bernama Zubaedah (Jubaidah). Ia bergelar alBantani kerana ia berasal dari Banten, Indonesia.
PENGENALAN Nama-nama tokoh ulama silam nusantara seperti Syaikh Syamsudin Sumatrani, Hamzah al-Fansuri, Nuruddin al-Raniri, Syaikh Ihsan al-Jampesi dan Syaikh Muhammad Mahfuz al-Tarmasi serta selain mereka cukup terkenal. Namun, nama mereka ini termasuk kelompok ulama yang diakui tidak hanya terkenal di kalangan pesantren di Indonesia, Malaysia dan Selatan Thailand, tetapi turut terkenal juga di beberapa universiti di luar negara. Dari beberapa tokoh tadi, nama Syaikh Nawawi alBantani boleh disebut sebagai tokoh utamanya. Kelayakannya menempati posisi itu kerana hasil karyanya menjadi rujukan utama berbagai pesantren di sekitar nusantara, bahkan hingga ke tanah Arab. Syaikh Muhammad Nawawi al-Jawi al-Bantani (1230-1314H/1815-1897M): Ulama kelahiran Desa Tanara, Kecamatan Tirtayasa, Serang, Banten, Jawa Barat. Diberikan nama Abu Abdul Mu’thi Muhammad Nawawi bin ‘Umar bin ‘Arabi. Ulama besar ini hidup dalam tradisi keagamaan yang sangat kuat. Ulama yang lahir di Kampung Tanara (Umar ‘Abd al-Jabbār. 1982:325) sebuah desa kecil di Kecamatan Tirtayasa, Kabupaten Serang, Propinsi Banten pada tahun 1230H/1815M ini bernasab kepada keturunan Maulana Hasanuddin Putra Sunan Gunung Jati, Cirebon. Keturunan ke-12 dari Sultan Banten dan melalui jalur ini dikatakan sampai kepada Baginda Nabi Muhammad SAW1. Ayah beliau adalah salah seorang ulama di Banten bernama Kiyai Haji Umar bin Arabi, ibunya pula
Pendidikan: Sejak kecil beliau memang terkenal cerdas dan mula menerima pelajaran dalam usia 5 tahun. Melihat potensi yang begitu besar pada dirinya itu, ayahnya telah menghantar beliau belajar ke beberapa buah pesantren di Jawa seawal usia 8 tahun. Beliau mula mendapat pendidikan dan asuhan dari ayahnya sendiri Kiyai Haji Umar bin Arabi2, kemudian berguru kepada Kiyai Sahal di Banten dan tidak lama selepas itu beliau belajar pula dengan Kiyai Yusuf di Purwakarta. Menurut Snouck Hurgronje bahwa Haji Yusuf pada waktu itu banyak menarik murid dari seluruh pelusuk Jawa, khususnya dari Jawa Tengah.3 Dalam usia yang belum lagi mencapai 15 tahun, Syaikh Nawawi telah mula mengajar ramai orang. Pada tahun yang sama, beliau bersama dua orang saudaranya telah pergi ke Tanah Suci untuk menunaikan ibadah haji.4 Namun, selepas selesai menunaikan haji, beliau tidak kembali ke tanah air kerana dorongan menuntut ilmu yang kuat. Beliau menimba ilmu daripada ulama-ulama besar kelahiran Indonesia dan selainnya, seperti Imam Masjidil Haram Syaikh Ahmad Khatib Sambas, Abdul Ghani Bima, Yusuf Sumbulaweni, Syaikh Nahrawi, Syaikh Ahmad Dimyati, Ahmad Zaini Dahlan, Muhammad Khatib Hambali dan Syaikh Abdul Hamid Daghestani.5 Tiga tahun ia bermukim di Makkah dengan mengambil ilmu daripada para ulamanya. Selepas itu beliau kembali ke tanah air dan mengajar
127
PROSIDING NADWAH ULAMA NUSANTARA (NUN) V, 9-10 SEPTEMBER 2013
dipesantren ayahnya di Banten. Namun, keadaan di tanah air ketika itu tidak membantu usaha pengembangan ilmunya. Ini kerana, hampir semua ulama Indonesia mendapat tekanan dari penjajah Belanda. Beliau sendiri mengelilingi Banten mengobarkan penentangan terhadap penjajah Belanda. Pemerintah Belanda menuduh beliau sebagai pengikut Pangeran Diponegoro yang ketika itu sedang bangkit menentang penjajahan Belanda (1825-1830 M)6. Akhirnya, Syaikh Nawawi terpaksa kembali ke Tanah Suci Makkah, beliau memutuskan untuk memilih hidup di sana dengan meninggalkan kampung halamannya demi menimba ilmu. Kecerdasan dan ketekunannya membuatkan dia menjadi salah seorang murid yang terkehadapan di Masjidil Haram. Beliau tekun belajar selama 30 tahun, sejak tahun 1830 hingga 1860M. Ketika Syaikh Ahmad Khatib Sambas uzur untuk menjadi Imam Masjid al-Haram, Syaikh Nawawi dilantik untuk menggantikannya. Sejak itu beliau menjadi Imam Masjid al-Haram dengan panggilan Syaikh Nawawi al-Jawi7. Selain menjadi Imam Masjid, beliau turut mengajar dan menyelenggarakan halaqah atau diskusi ilmiah bagi murid-muridnya yang datang dari berbagai pelusuk negara terutamanya dari kalangan Melayu, Sunda dan Jawa di lingkungan Masjid al-Haram8. Laporan Snouck Hurgronje, orientalis yang pernah mengunjungi Makkah sekitar tahun 1884-1885 merekodkan bahawa Syaikh Nawawi setiap hari dari pukul 7. 30 pagi hingga jam 12. 00 tengahari memberikan tiga sesi kuliah untuk murid-muridnya9. Antara muridnya yang berasal dari Indonesia adalah Arsyad Tawil (Banten Serang), Arsyad Gasir (Tanara Serang), Abdul Gaffar (Tirtayasa Serang), Ilyas (Kragilan Serang), Sapiuddin (Barugbug Serang), Sukari (Cibeber Serang), Asnawi (Caringin Pandeglang), Jam'an Ibn Samun, Ardani Ibn Salmin dan Najihun (Mauk tangerang), Sya'ban (Lengkong Tangerang), Khalil (Bangkalan Madura), Asy'ari (Bawean Madura), Tb. Bakri (Sempur, Purwakarta), Asnawi (Kudus) dan Hasyim Asy'ari (Tebu Ireng Jombang Jawa Timur)10. Mereka inilah yang kemudiannya menjadi ulama-ulama terkenal di Nusantara. Prestasinya cukup memuaskan kerana dengan kedalaman ilmu pengetahuan agamanya, ia diiktiraf sebagai syaikh di sana. Pada tahun 1870, kesibukannya bertambah kerana permintaan dari masyarakat untuk beliau menulis kitab. Karya Penulisan: Sejak tahun 1860 hingga 1870, Syaikh Nawawi sangat giat dalam menulis buku. Akibatnya, ia tidak memiliki waktu lagi untuk mengajar kerana kesibukan menulis11. Ia termasuk penulis yang produktif dan berbakat dalam melahirkan kitab-kitab mengenai berbagai persoalan agama. 12 Inisiatif untuk menulis ini kebanyakannya datang dari desakan sebahagian pelajarnya yang meminta13 untuk menuliskan beberapa buah kitab
berkaitan sesebuah ilmu itu. Di samping itu, kebanyakan permintaan itu juga datang dari rakan karibnya yang berasal dari Nusantara 14, kerana ia satu keperluan untuk mereka membacakannya semula di Nusantara sekembalinya mereka kelak. Malah ada juga beberapa orang tokoh yang meminta beliau menulis dan menghuraikan mengenai sesebuah buku, walaupun berat untuk melakukannya, Syaikh Nawawi tetap berusaha dengan gigih dan terbaik bagi menyempurnakan penulisannya itu15. Desakan itu dapat dilihat pada setiap karyanya yang sering ditulis atas permohonan rakan dan sahabat handainya. Kitab-kitab yang ditulisnya sebahagian besar adalah kitab-kitab komentar (syarh) dari karya-karya ulama sebelumnya yang terkenal dan dianggap sukar untuk difahami. Alasan menulis kitab-kitab komentar (syarh) selain daripada permintaan orang lain, Syaikh Nawawi juga ingin meneruskan karya ulama terdahulu yang sering mengalami perubahan dari aspek definisi dan juga memadatkan takrifan agar lebih mudah difahami. Syaikh Nawawi sangat produktif menulis hingga karyanya mencapai lebih seratus tajuk yang meliputi berbagai disiplin ilmu seperti tauhid, ilmu kalam, sejarah, syari’ah, tafsir, fiqh dan selainnya. . Banyak pula karyanya yang berupa syarah atau komentar terhadap kitab-kitab klasik. Kitab-kitab karangan beliau banyak yang diterbitkan di Arab Saudi dan Mesir16, seringkali beliau hanya mengirimkan manuskripnya dan setelah itu tidak mempedulikan lagi bagaimana penerbit menyebarluaskan hasil karyanya, termasuk hak cipta dan royaltinya. Selanjutnya kitab-kitab beliau itu menjadi bahagian dari kurikulum pendidikan agama di seluruh pesantren di Indonesia, bahkan Malaysia, Filipina,Thailand dan juga negara-negara di Timur Tengah. Begitu produktifnya beliau dalam menyusun kitab penulisan yang semuanya adalah dalam Bahasa Arab. Malah tiada pun dijumpai karya penulisannya yang berbahasa Melayu setakat ini. Dalam menyusun karyanya Syaikh Nawawi selalu mengambil nasihat daripada tokoh ulama lain yang sezaman dengannya ketika itu. Sebelum kitabnya dicetak, naskhah tulisannya terlebih dahulu dibaca oleh mereka17. Karya beliau cepat tersebar ke pelusuk dunia kerana karya yang dihasilkannya itu begitu mudah difahami dan begitu padat isi kandungannya. Sedangkan jumlah kitab yang menjadi karyanya, para pengkaji memberikan kesimpulan yang berbeza. Misalnya, C. Snouck Hurgronje menyebutkan hasil karyanya lebih kurang 20 buah18, Zamakhsyari Dhofier menyebutkan, berdasarkan penelitian Yusuf Alian Sarkis dalam bukunya yang diterbitkan di Kaherah pada tahun 1928 berjudul Dictionary of Arabic Printed Books from Beginning of Arabic Printing until end of 1339 H/1928 adalah sebanyak 38 buah19, Sirajuddin Abbas berjumlah 34
128
PROSIDING NADWAH ULAMA NUSANTARA (NUN) V, 9-10 SEPTEMBER 2013
buah20, sedangkan menurut Rafi’uddin Ramli dan Muhammad Fakhri karya tulis Imam Nawawi mencapai 46 buah21. Namun karyanya dikira mencapai sebanyak 115 buah sama ada tebal mahu pun nipis22. Sehingga wajar jika Syaikh Nawawi diberi gelaran al-Imām al-Muhaqqiq wa alFahhāmahal-Mudaqqiq23, atau Sayyid ‘Ulamā alHijāz24, ia termasuk ulama besar abad 14H/19M, malah ia juga dikira sebagai fuqahā' dan hukamā' muta'akhirin dan guru di pusat pengajian Nasyr alMa'ārif Dīniyyah di Makkah25. Berkat kepakarannya, beliau mendapat bermacam-macam gelar sehingga orang menggelarnya sebagai ‘Nawawi Kedua’. Imam Nawawi pertama adalah Syaraf al-Din al-Nawawi yang menyusun kitab-kitab rujukan besar seperti Syarah Sahih Muslim, Majmu’ Syarh al-Muhazzab, Riyadh al-Solihin dan sebagainya. Namun demikian, panggilan beliau adalah Syaikh Nawawi bukannya Imam al-Nawawi. 26 Malahan di Indonesia dia turut digelar sebagai ‘Bapak Kitab Kuning’27. Sebahagian dari karya-karya Syaikh Nawawi mengikut bidang keilmuannya adalah seperti berikut:
Bidang Akidah: Karya-karya beliau di bidang Ilmu Akidah pula seperti berikut: Nur al-Zhalam ‘ala Manzhumah al-Musamma bi ‘Aqidah al-‘Awwam: Kitab ini masih tersimpan dalam bentuk manuskrip yang selesai disalin pada tahun 1294H/1877M dan ia kini tersimpan di Universiti Malik Su’ud, Arab Saudi. Kitab ini dicetak oleh percetakan ’Abd al-Razzaq pada tahun 1303H/1885M, dan cetak ulangnya di percetakan al-Jamaliyah pada tahun 1329H/1911M. Kitab ini merupakan komentar yang ditulis khusus untuk anak-anak remaja dalam bentuk sajak dan mereka yang baru memahami bahasa Arab. Kitab asalnya iaitu ‘Aqidah al-‘Awwam, ditulis oleh Ahmad alMarzuqi al-Maliki al-Makki yang menghasilkan karya ini sekitar tahun 1864M. Fath al-Majid syarh al-Durr al-Farid fi `Aqa’id Ahl al-Tawhid: Kitab ini selesai ditulis pada 7 Ramadan 1294H/1877M. Cetakan pertama oleh Percetakan al-Miriyah al-Kainah, Makkah, 1304H/1886M. Kitab ini merupakan huraian pada kitab al-Durr al-Farid Fi `Aqa’id Ahl alTawhid, karangan Syaikh Ahmad bin al-Sayyid `Abd al-Rahman al-Nahrawi (w. 1210H/1795M). Tijan al-Darari syarh Matan al-Baijuri: Kitab ini selesai dihasilkan pada 7 Rabiulawal 1297 H/1879 M. Ia mula dicetak di Mesir pada tahun 1301H/1883M, dan diulang cetak oleh alMaimanah pada tahun 1309 H/1891 M dan di Makkah pada tahun 1309H/1891M oleh Percetakan Abdul Hamid Ahmad Hanafi, Mesir, 1369H/1949M. Karya asalnya dihasilkan oleh Ibrahim Bajuri (w. 1277H/1861M) yang menulis huraiannya dengan judul Tahqiq al-Maqam ‘Ala
129
Kifayah al’Awwam fi ‘Ilm al-Kalam yang dicetak bersama Kifayah dalam edisi Indonesia. Syarah ini diberikan nota pinggir oleh Syaikh Nawawi dalam karyanya itu. Mirqat Su’ud al-Tasdiq fi syarh Sullam al-Taufiq ila Mahabattillah ‘ala al-Tahqiq: Kitab ini adalah karya al-Syeikh 'Abd Allah ibn al-Husain ibn Hakim ibn Muhammad ibn Hasyim Ba'alawi (w. 1266H) Beliau menulis kitab kecil mengenai tasawuf, fiqh dan kalam yang dinamakan Sullam al-Taufiq. Pembahasan dalam kitab ini disusun dengan fasal yang semuanya berjumlah 37 fasal. Setiap fasal dibahagikan pada tiga bahagian iaitu bab pertama, 3 fasal mengenai ilmu kalam, bab kedua, 23 fasal mengenai ilmu fiqh dan bab ketiga adalah 11 fasal mengenai ilmu tasawuf. Meskipun telah dibuat pembahagian seperti itu, namun ternyata pada bahagian ilmu kalam dan juga ilmu tasawuf terdapat pembahasan ilmu fiqh dalam bentuk yang ringkas, tidak mengemukakan dalil dan tidak diberikan definisi secara panjang lebar. Kitab ini dicetak buat pertama kali oleh Percetakan al-Miriyah alKainah, Makkah, pada tahun 1304H/1886M. Seterusnya dicetak di Mesir pada tahun 1292H/1874M, dan diulang cetak oleh Percetakan al-Khairiyyah pada tahun 1303H/1885M, di al-Maimanah pada tahun 1306H/1888M dan di Bulaq 1309H/1891M. al-Futuhat al-Madaniyyah syarah al-Syu’ab alImaniyyah: Kitab yang disadur dari karya Imam al-Suyuthi dan Syaikh Muhammad Ibnu Arabi ini membahaskan masalah cabangan iman. Kitab ini dicetak oleh Percetakan al-Miriyah alKainah, Makkah, 1323H/1905M. Qathr al-Ghaits fi syarh Masail Abi al-Laits: Kitab ini di cetak di Mesir pada tahun 1301H/1883M, dan diulang cetak di Makkah pada tahun 1316 H/1898M selanjutnya dicetak oleh Percetakan al-Miriyah al-Kainah, Makkah, 1321H/1903M. al-Nahjah al-Jayyidah li Hilli Naqawah al‘Aqidah wahuwa Syarh ‘ala Manzhumat fi alTauhid: Kitab ini merupakan ulasan terhadap kitab Manzhumah Naqawah al-‘Aqidah yang dicetak oleh penerbit Abdurrazaq, Makkah, pada tahun 1330H/1911M. Qami’ al-Thugyan syarh ‘ala Manzhumah Syu’ab al-Iman: Kitab yang membahaskan masalah cabangan iman ini merupakan penjelasan terhadap karya Syaikh Zainuddin ‘Ali ibn Ahmad al-Husaini al-Malibari yang berjudul Syu’ab al-Iman. Ia merupakan sebuah kitab kecil yang corak pembahasannya menggunakan susunan nazam atau dalam bentuk syair. Syair yang disusun oleh penulisnya sebanyak 26 bait atau rangkap. Sebanyak 7 bait mengenai masalah akidah, 10 bait dalam masalah fiqh dan 9 bait mengenai ilmu tasawuf. Kitab ini dicetak di
PROSIDING NADWAH ULAMA NUSANTARA (NUN) V, 9-10 SEPTEMBER 2013
percetakan al-Wahbiyyah pada tahun 1296 H/1878 M. Fatkh al-Samad, Syarh ‘ala Durr al-Farid fi alTauhid: Kitab ini selesai ditulis pada bulan Jamadilawal 1286H/1869M. Dicetak oleh Percetakan Dar al- Kutub al-Arabiyah al-Kubra, Mesir 1328H. Zari’ah al-Yaqin ‘ala Umm al-Barahin fi alTauhid: Kitab ini cetak di Percetakan Abdurazzaq pada tahun 1303H/1885M, dan diulang cetak di Makkah pada tahun 1317H/1899M. Dalam hal ini jelas memaparkan bahawa pemikiran Syaikh Nawawi dalam akidah lebih cenderung pada pemikiran mazhab Asya’irah sebagaimana yang banyak tersebar di Nusantara. Beberapa karyanya di bidang akidah seperti Qathr al-Ghaits, merupakan syarah dari kitab akidah terkenal Usul 6 Bis karya Abu Laits al-Samarqandi yang terdiri dari enam bab yang dimulakan dengan Basmalah. Pada abad ke-19, Usul 6 Bis merupakan kitab akidah pertama yang dipelajari di pesantren-pesantren di sekitar Indonesia. Selepas kemunculan kitab Qathr alGhaits ia menjadi buku rujukan tambahan dalam menerangkan permasalahan tauhid yang dihimpunkan sebelum itu oleh Syaikh Abu Laits al-Samarqandi. Bidang al-Quran: Dalam bidang Tafsir al-Quran dan pengajiannya adalah seperti berikut: Tafsir al-Munir li Ma’alim at-Tanzil al-Mufassir ‘an wujuh mahasin al-Ta’wil musamma Murah Labid li Kasyfi Ma’na Quran Majid: Beliau menulis kitab tafsir ini yang lebih dikenali dengan nama Tafsir al-Munir merupakan sebuah karya yang dikatakan lebih baik dari Tafsir alJalalain iaitu karya Imam Jalaluddin al-Suyuthi dan Imam Jalaluddin al-Mahalli yang sangat terkenal. Beliau membuat tafsir al-Quran ini dengan membahas secara terperinci setiap ayat suci al-Quran semua 30 Juz yang terdiri dari 2 jilid besar. Menurutnya, kitab ini selesai ditulis pada 4 Rabiulakhir 1305H/1887M. Beliau membuat kajian dengan menyandarkan sumbersumber rujukan pada beberapa buah kitab tafsir yang lain seperti Tanwir Al-Miqbas, karya alImam Abu Thahir Muhammad bin Ya’qub alFairuzabadi al-Syirazi al-Syafi’i (w. 817H/1414M), Tafsir Abi Su’ud, karya Imam Abi Su’ud Muhammad bin Muhammad al‘Amadi (w. 951H/1545M), Tafsir Al-Futuhat AlIlahiyyah, karya al-‘Allamah Sulaiman bin ‘Umar al-‘Ujaili al-Syafi’i (w. 1204H/1789M), Tafsir Mafatih Al-Ghaib, karya Fakhruddin Muhammad bin ‘Umar al-Razi dan Tafsir alSiraj al-Munir karya Al-Khathib Muhammad bin Ahmad al-Syarbini. Kitab ini merupakan karya terbesar Syaikh Nawawi, lantaran kitab inilah
beliau mendapat gelaran Sayyid Ulama Hijaz (Penghulu Ulama Hijaz). Hilyah al-Sibyan Syarh Fath al-Rahman fi Tajwid al-Quran: Selain itu, beliau juga ada menulis sebuah kitab berasaskan ilmu tajwid alQuran. Kitab ini membahas masalah ilmu tajwid, mulai dari makharij al-huruf (tempat keluar huruf dari mulut) hingga bab izhar, ikhfa, idgham, iqlab, tafkhim, tarqiq, qalqalah, mad, dan waqaf. Dalam penutupnya, Syaikh Nawawi menekankan pentingnya seorang qari untuk mempelajari dengan betul mengenai waqaf Jibril, iaitu bacaan yang dibaca dengan berhenti (waqaf) pada satu bahagian ayat, sebagaimana yang dibacakan Malaikat Jibril ketika menyampaikan wahyu kepada Nabi Muhammad SAW. Kitab ini dicetak oleh Percetakan alMiriyah al-Kainah, Makkah pada tahun 1332H/1914M Bidang Hadis: Sementara dalam bidang ilmu Hadis pula karya-karya beliau ialah: Tanqih al-Qaul al-Hatsits fi Syarhi syarh Lubab al-Hadits: Kitab ini dicetak oleh Percetakan Dar Ihya' al-Kutub al-'Arabiyah, Mesir, tanpa tarikh. Ia merupakan sebuah komentar pada kitab Lubab al-Hadits dari karya al-Hafizh Jalal al-Din ‘Abd al-Rahman ibn Abi Bakr al-Suyuthi. Kitab Lubab al-Hadits adalah kitab yang mengandungi himpunan hadis tentang keutamaan dan fadilat amalan. Dasar keutamaan itu secara umumnya meliputi pelbagai bidang pengetahuan, sama ada tauhid, akidah, ibadah, muamalah, jinayah, akhlak dan juga tasawuf. Seluruh pembahasannya dihimpunkan dalam 40 bab. Hadis-hadis yang dihimpun dalam seluruh bab itu oleh penulisnya, tidak dibawakan sanadnya untuk menjadikannya lebih ringkas dan dinyatakan bahawa setiap hadis yang dihimpun itu semuanya adalah hadis yang berstatus sahih. Sebenarnya motivasi Nawawi menulis syarah itu kerana kitab Matan Lubab al-Hadits yang beredar di Jawa (Nusantara) terlalu banyak kekeliruan dan kesalahan, padahal menurutnya kitab itu banyak dipakai oleh orang-orang Jawa28. Nasa`ih al-‘Ibad fi Bayan Alfazh Munabbihat ‘ala al-Isti’dad li Yaum al-Ma’ad. Kitab ini selesai ditulis pada 21 Safar 1311 Hijrah/1893 Masehi. Cetakan kedua oleh Percetakan alMiriyah al-Kainah, Mekah, 1323 Hijrah. Ia merupakan sebuah komentar pada kitab karya alHafizh Ibn Hajar al-‘Asqalani. Jika dibandingkan kedua-dua kitab hadis karya Syaikh Nawawi alBantani, Tanqih al-Qaul dan Nasa`ih al-‘Ibad, maka kitab Nasa`ih al-‘Ibad lebih dikenali oleh masyarakat seluruh Asia Tenggara kerana sering diajar di pelbagai pondok dan pesantren.
130
PROSIDING NADWAH ULAMA NUSANTARA (NUN) V, 9-10 SEPTEMBER 2013
Bidang Fiqh: Dalam bidang fiqh, Syaikh Nawawi berjaya mengukuhkan pengaruh mazhab Syafii di Nusantara terutamanya di Indonesia seperti yang dapat disaksikan pada masa kini. Antara karya-karya beliau di bidang Ilmu Fiqh ialah seperti berikut: Sullam al-Munajah syarh Safinah al-Solah: Sebuah kitab kecil tentang fiqh solat dalam Islam merupakan syarah Syaikh Nawawi atas pedoman ibadah solat dari kitab Safinah al-Solah karangan Sayyid Abdullah bin ‘Umar al-Hadrami. Kitab Safinah al-Solah berisi bimbingan praktikal tentang solat dari mula bab bersuci hingga pada bab pelaksanaan solat menurut mazhab Syafii. Mengenai sistem susunan isi kandungannya, kitab matan ini terdiri dari tiga bahagian iaitu pendahuluan, isi dan penutup. Pendahuluan berisi Hamdalah dan selawat. Manakala pada bahagian isi kandungan ia meliputi dua bahagian iaitu bab akidah berkait dengan makna kalimat Syahadatain, dan bab Bimbingan Solat. Sedang pada bahagian penutup pula ia berisi selawat. Melihat posisi kandungan kitab tersebut, boleh dikatakan ianya adalah kitab fiqh kerana ringkasan huraiannya yang tidak menunjukkan dalil, permasalahan semasa dan alternatif yang mungkin wujud di luar tuntunan solat itu sekalipun masih dalam lingkungan mazhab Syafii. Kitab ini dicetak di Bulaq pada tahun 1297H/1879M, dan dicetak ulang di Mesir pada tahun 1301H/1897M dan di al-Maimanah pada tahun 1307H/1889M. Nihayah al-Zain fi Irsyad al-Mubtadi'in syarh ‘ala Qurrat al-‘Ain bi Muhimmat al-Din: Diterbitkan oleh Syarikat al-Ma'arif, Bandung, Indonesia, tanpa tarikh. Ia merupakan sebuah kitab yang membahas berbagai masalah fiqh Islam. Kitab ini merupakan syarah kitab Qurrat al-‘Ain, yang ditulis oleh ulama India Selatan abad ke-16 iaitu Syaikh Zain al-Din ‘Abd al‘Aziz al-Malibari (w. 975M) yang diberi nama Qurrat al-‘Ain bi Muhimmat al-Din dalam mazhab Imam al-Syafii setebal 407 halaman. Kitab ini dicetak di percetakan al-Wahbiyah pada tahun 1297 H/ 1879 M, dan diulang cetak di percetakan Syaraf pada tahun 1299H/1879M. Kasyifah al-Saja syarh Safinah al-Naja: Kitab ini merupakan syarah atau komentar terhadap kitab fiqh Safinah al-Naja fi Usul al-Din wa al-Fiqh karya Syaikh Salim bin Samir al-Hadhrami dalam bentuk buku kecil. Kitab syarah ini adalah yang terbesar berbanding dengan kitabnya yang lain, dipenuhi dengan masalah-masalah fiqh yang usul dan cabangan dalam mazhab Syafii. Kitab kecil ini mempunyai huraian tentang Usuluddin dan Fiqh, namun ternyata dalam isi kandungannya jauh lebih banyak bidang fiqh di dalamnya. Kitab ini dikategorikan pada beberapa bab yang meliputi 66 fasal. Namun, hanya 2 fasal yang pertama sahaja berisi huraian bidang
131
Usuluddin iaitu berkaitan rukun Islam, rukun Iman serta makna kalimat tahlil. Selebihnya, iaitu 63 fasal, adalah bidang fiqh, yang dimulai dengan tanda-tanda kedewasaan (baligh) dan di akhiri dengan huraian tentang fiqh puasa. Kitab ini antara rujukan yang sangat terkenal di kalangan para pelajar pondok dan pesantren di sekitar Nusantara. Malah para pengkaji menyebutkan bahawa karya beliau lebih praktikal berbanding matan yang dikomentarinya. ‘Uqud al-Lujain fi Bayan Huquq al-Zaujain wahuwa Risalah Muta’alliqah bi Huquq alZaujain li Ba’dh al-Nasihin: Kitab ini merupakan sebuah kitab fiqh karya beliau yang sangat terkenal di kalangan para pelajar pesantren di Indonesia. Boleh dikatakan hampir semua pesantren memasukkan kitab ini dalam bacaan wajib mereka terutama di bulan Ramadan. Kandungannya mengenai isu kekeluargaan dan hubungan antara suami dan isteri dijelaskan secara terperinci. Kitab yang sangat terkenal ini menjadi rujukan selama hampir satu abad. Kitab ini dicetak di percetakan al-Wahbiyyah pada tahun 1296H/1878M, dan di cetak ulang di percetakan Syaraf pada tahun 1297H/1879M, dan di Makkah pada tahun 1316H/1893M. al-Riyadh al-Badi’ah fi Ushul al-Din wa Ba’dh Furu’ al-Syari’ah: Kitab ini merupakan buku teks yang membahaskan kewajiban agama mula diperkenalkan sendiri oleh Syaikh Nawawi Banten kepada kaum muslimin di Indonesia. al-Tsimar al-Yani’ah fi Syarh ‘ala Riyadh alBadi’ah: Kitab fiqh ini merupakan komentar terhadap karya syaikh Muhammad Hasbullah yang disebut pada awalnya sebagai al-Mukhtasar kemudian dinamakan al-Riyadh al-Badi’ah fi usul al-Din wa ba’dh Furu’ al-Syari’at ‘ala Imam al-Syafi’i. Meskipun kitab ini diberi judul yang menggambarkan pembahasan bidang Usuluddin atau bab akidah dan sebahagian kecil bidang syariah, namun dalam huraiannya ternyata lebih banyak diulas bidang fiqh. Cetakan pertama kitab ini telah dicetak oleh Percetakan al-Bahiyah, Mesir, Syaaban 1299H/1882M dan diulang cetak di Bulaq pada tahun 1302H/ 1884M, di al-Maimanah pada tahun 1308H/1889 M, dan di al-Jamaliyah pada tahun 1329H/1911M dan ia turut dicetak juga oleh Percetakan Mustafa al-Bab al-Halabi, Mesir pada tahun 1342H/1923M. Fath al-Mujib Syarh ‘ala al-Syarbini fi ‘Ilmi alManasik: Kitab ini tajuknya yang sebenar ialah Fath al-Mujib fi syarh Mukhtasar al-Khathib, alHajj wa al-‘Umrah, li al-Khathib al-Syarbini yang membahas masalah manasik haji dan merupakan ulasan terhadap karya Syaikh alSyarbini. Ia dicetak di Bulaq pada tahun 1276H/1859M, di cetak ulang di Bulaq pada tahun 1292H/1875M dan tahun 1307H/1889M,
PROSIDING NADWAH ULAMA NUSANTARA (NUN) V, 9-10 SEPTEMBER 2013
kemudian dicetak di Makkah pada tahun 1316H/1898M, di percetakan Syaraf pada tahun 1298H/1880M, di Wad al-Nil pada tahun 1297H/1879M dan di al-Maimanah pada tahun 1306H/1888M, seterusnya oleh Percetakan alTaraqq al-Majidiyah, Makkah, 1328H/1910M dan kini dicetak dan diterbitkan oleh Pustaka Dar Ibn Hazm di Beirut, Lubnan pada tahun 2004M. Suluk al-Jaddah syarh ‘ala Risalah alMuhimmah bi Lam’ati al-Mafadah fi Bayani alJum’ati wa al-Mu’addah: Kitab ini membahas masalah fiqh mazhab Syafii dan dicetak oleh Percetakan Wahabiyah, Makkah, pada tahun 1300H/1882M dan diulang cetak di Makkah pada tahun 1303H/1883. Qut al-Habib al-Gharib Tausyih ‘ala Fath alQarib al-Mujib Syarh Ghayat al-Taqrib: Kitab ini merupakan tausyih atau pengembangan dan penjelasan terhadap kitab Fath al-Qarib al-Mujib karya Muhammad ibn Qasim al-Syafi'i dan kitab ini membahas mengenai persoalan fiqh. Kitab matan yang disyarahnya pula ialah Ghayat alTaqrib karya Abu Syuja’Ahmad ibn al-Husain ibn Ahmad al-Asfihani, sebuah kitab fiqh menurut mazhab Syafii. Jika diperhatikan hal di atas, didapati adanya tingkatan penulisan kitab yang mendasari pada kitab matan, kitab syarah, dan kitab tausyih. Kitab ini dicetak di Mesir pada tahun 1301H/1883M, diulang cetak di Mesir pada tahun 1305H/1887M dan di al-Maimanah pada tahun 1310H/1892M, seterusnya dicetak di Bulaq (Mesir) pada tahun 1314H/1896M. Syaikh Nawawi termasuk ulama tradisional yang telah memberikan sumbangan besar bagi perkembangan ilmu fiqh di Indonesia. Beliau memperkenal dan menjelaskan keilmuan syariah melalui komentar yang ditulisnya. Pelbagai karya ilmu fiqh yang dijelaskan dalam karangannya begitu penting untuk dikaji dan disampaikan kepada generasi seterusnya bagi kelestarian pengetahuan syariah di Nusantara ini.
Bidang Tasawuf: Adapun karya tasawuf yang dihasilkan oleh Syaikh Nawawi seperti berikut: Misbah al-Zhulam ‘ala Minhaj al-Atamma fi Tabwib al-Hikam: Sebuah komentar terhadap kitab al-Hikam karya Ali bin Husamuddin alHindi. Kitab yang membahas masalah tasawuf ini selesai ditulis pada Jamadilawal 1305H/1887M. Cetakan pertama diterbitkan di Makkah oleh Percetakan al-Miriyah al-Kainah pada tahun 1314H/1896M. Kos percetakannya dibiayai oleh saudara kandung pengarang iaitu Syaikh Abdullah al-Bantani. Salalim al Fudhala syarh Manzhumat Hidayah al-Azkiya΄: Kitab tentang akhlak dan tasawuf ini merupakan ulasan terhadap karya Syaikh Zainuddin al-Malibari dalam bentuk teks
132
pelajaran tasawuf praktikal yang berjudul Hidayah al-Azkiya’ Ila Thariq al-Auliya’ yang ditulis dalam bentuk untaian sajak atau syair pada tahun 914H/1509M. Nazam atau syair yang disusun itu keseluruhannya berjumlah 194 rangkap yang terbahagi pada 23 tajuk termasuk pendahuluan dan penutup. Kitab ini kemudian dihurai oleh Syaikh Nawawi al-Bantani dan dicetak di Makkah pada tahun 1315H/1897M. Maraqi al-‘Ubudiyah Syarah ‘ala Bidayah alHidayah: Syaikh Nawawi juga menulis syarah atas kitab Bidayah al-Hidayah karya Abu Hamid Muhammad ibn Muhammad ibn Muhammad alGhazali dengan judul Maraqi al-‘Ubudiyah yang lebih popular di Nusantara. Kitab ini berisi panduan pelaksanaan tentang amalan ibadah, panduan dalam menghindari maksiat dan menjalinkan hubungan baik atau bimbingan akhlak. Kitab ini selesai ditulis pada 13 Zulkaedah 1289H/1872M. Di sana Syaikh Nawawi banyak sekali merujuk kitab Ihya ‘Ulumuddin al-Ghazali. Bahkan kitab ini merupakan rujukan penting bagi setiap tarekat. Cetakan pertama telah diterbitkan oleh dicetak di Bulaq pada tahun 1293 H/1875 M, dan dicetak ulang di Bulaq pada tahun 1309 H/1891 M, di Mesir pada tahun 1298 H/1880 M dan 1304 H/1886 M, di al-Maimanah pada tahun 1307 H/1889 M, 1309 H/1891 M dan 1327 H/1909 M serta Percetakan al-Azhariyah al-Masriyah, Mesir pada tahun 1308H/1890M. Jika dinilai dari jumlah edisinya yang berbeza-beza ia masih dapat ditemui lagi dalam pasaran hingga sekarang. Hidayat al-Azkiya' ila Thariq al-Auliya': Kitab tentang akhlak dan tasawuf ini mula dihasilkan pada 22 Rabiulakhir 1293H/1876M dan dapat diselesaikan pada 13 Jamadilakhir 1293H/1876M. Diterbitkan oleh Percetakan Ahmad bin Sa'ad bin Nabhan, Surabaya, tanpa menyebut tahun penerbitan. Zari’at al-Yaqin ‘ala Ummi al-Barahin: Sebuah komentar terhadap kitab Ummul Barahin yang dikarang oleh Syeikh Abu Abdullah Muhammad ibn Muhammad ibn Yusuf al-Sanusi (w. 895H/1489M). Kitab ini membahas masalah tasawuf. Terbit di Makkah pada tahun 1314H/1896M. Syarh ‘ala Manzhumah al-Syaikh Muhammad alDimyathi fi al-Tawassuf bi Asma al-Husna: Kitab ini merupakan huraian pada nazam yang dikarang oleh Syaikh al-Dimyathi dengan tajuknya yang panjang Syarah al-Allamah alKabir ‘ala Manzhumati al-‘Alim al-‘Amil wa alKhabir al-Kamil al-Syaikh Muhammad alMasyhur bi al-Asma’i al-Husna wa bi Hadharati al-Nabi Shallallahu ‘Alaih wa Sallama wa bi Ghairihi min al-Aimmat Akbar wa fi Madhi Ahli Baitihi al-Abrar. Kitab ini merupakan komentar terhadap karya Syaikh al-Dimyathi yang
PROSIDING NADWAH ULAMA NUSANTARA (NUN) V, 9-10 SEPTEMBER 2013
membahas masalah tawasul dan keimanan dan telah dicetak di Percetakan Abdurazzaq pada tahun 1302H/1883M. Bidang Bahasa Arab: Dalam bidang Bahasa Arab pula, Syaikh Nawawi berjaya menghasilkan beberapa buah karya penulisan seperti berikut: Fath al-Ghafir al-Khathiyyah Syarh ‘ala Nazham al-Ajurrumiyyah al-Musamma bi Kaukab al-Jaliyyah: Kitab ini membahaskan masalah ilmu nahu atau tata bahasa Arab yang merupakan ulasan terhadap karya Imam Abdus Salam bin Mujahid al-Nahrawi. Fusus al-Yaqutiyyah Syarh ‘ala Raudhat alBahiyyah fi Abwabi al-Tasrifiyyah: Kitab ini membahas masalah ilmu saraf atau morfologi bahasa Arab. Dicetak oleh Percetakan alBahiyah, Mesir, awal Syaaban 1299H/1881M. Kasyfu al-Maruthiyyah ‘an Sattar alAjurrumiyyah: Komentar terhadap kitab Matan al-Ajurrumiyyah. Kitab ini membahas masalah ilmu nahu atau tata bahasa Arab berdasarkan matan syair hasil karya Abu Abdullah Muhammad bin Muhammad bin Ajurrum alSanhaji yang terkenal dan ia diterbitkan oleh Penerbit Syaraf pada tahun 1298H/1880M. Lubab al-Bayyan fi ‘Ilm Bayyan: Komentar terhadap karya Syaikh Hussain al-Maliki. Kitab ini membahas ilmu Bayan dan Isti’arah yang berkaitan dengan sastera Arab. Diterbitkan oleh penerbit Muhammad Musthafa, Makkah pada tahun 1301H/1883M. al-Riyadh al-Qauliyyah: Dalam bidang bahasa dan kesusasteraan, beberapa keistimewaan dari karya-karyanya telah dipastikan oleh para pengkaji, di antaranya kemampuan beliau menghidupkan isi karangan sehingga dapat dijiwai oleh para pembacanya. Penggunaan bahasa yang mudah difahami sehingga mampu menjelaskan istilah-istilah yang sukar memberikan satu kesan pengaruh yang besar bagi para penuntut ilmu. Buku-buku karangannya bukan sahaja banyak digunakan di Nusantara, malah turut dijadikan rujukan di Timur Tengah.
Bidang Sirah: Dalam bidang sirah, Syaikh Nawawi turut menghasilkan beberapa buah karya dalam menghuraikan dan memberi komentar pada hasil kerja penulisan para ulama lain. Antara buku yang dihasilkannya di dalam bidang ini antaranya ialah: Targhib al-Musytaqin li Bayan Manzhumat Sayyid al-Barzanjiy fi Maulid Sayyid al-Awwalin wa al-Akhirin: Kitab yang membahas sejarah kehidupan Nabi SAW ini merupakan ulasan terhadap karya al-Barzanji. Kitab ini selesai ditulis pada hari Jumaat 13 Jamadilakhir 1284H/1867M. Cetakan awalnya di Bulaq
(Mesir) pada tahun 1292H/1874M dan diulang cetak oleh Percetakan al-Miriyah al-Kainah, Makkah, 1311H/1893M. Madarij al-Su’ud Ila Iktisa` al-Burud atau Asawir al-‘Asjad ‘ala Jauhar ‘Aqd: Kitab tentang sejarah kehidupan Nabi SAW ini juga merupakan komentar kitab karya Sayyid Ja’far bin Hasan al-Barzanji tentang Maulid al-Nabi. Mula ditulis pada 18 Rabiulawal 1293H/1876M dan dicetak oleh Percetakan al-Wahbiyyah pada tahun 1296H/1878M, dan dicetak semula pada tahun 1315H/1897M kemudian dicetak di Percetakan Syaraf pada tahun 1318H/1900M, seterusnya kitab ini dicetak oleh Percetakan Mustafa al-Bab al-Halabi, Mesir, pada akhir bulan Zulkaedah 1327H/1909M. Fath al-Samad al-‘Alim Syarh ‘ala Maulid alSyaikh Ahmad bin Qasim: Kitab tentang sejarah kehidupan Nabi SAW ini merupakan komentar terhadap karya Ahmad bin Qasim al-Maliki. Kitab ini kemudiannya dicetak di Bulaq pada tahun 1292H/1875M, dan diulang cetak di Makkah pada tahun 1306 H/1888M. Al-Ibriz al-Daniy fi Maulid Sayyidina Muhammad al-Sayyid al-‘Adnaniy: Kitab ini membahas sejarah hidup Nabi SAW secara ringkas dan mudah difahami. Dicetak di Mesir pada tahun 1299H/1881M. al-Durar al-Bahiyyah fi Syarhi al-Khasais alNabawiyyah Syarh ‘ala Qissah al-Mi’raj alBarzanjiy: Ulasan terhadap kitab kisah peristiwa Israk Mikraj karya al-Barzanji. Kitab ini membahas masalah peristiwa Israk dan Mikraj Nabi SAW. Kitab ini dicetak di Percetakan Syaraf pada tahun 1298H/1880M. Bughyat al-Awwam fi Syarh Maulid Sayyid alAnam wahuwa Syarh ‘ala maulid Ibn al-Jauziy: Komentar terhadap kitab Maulid Ibn alJauzi ini selesai ditulis pada 17 Safar 1294H/1877M. Dicetak di Mesir oleh Percetakan al-Jadidah al-‘Amirah pada tahun 1297H/1880M. Syarah al-Burdah: Merupakan komentar beliau terhadap syair-syair al-Burdah yang dinamakan sebagai al-Kawakib al-Durriyah fi Madh Khair al-Bariyah karya Muhammad bin Sa’id alSanhaji al-Busiri. Keistimewaan karya-karya tulis Syaikh Nawawi, terutama terletak pada kemudahan bahasanya sehingga mudah dicerna oleh pembacanya. Dilihat dari berbagai tempat penerbitan karyanya yang sering diulang cetak, maka dapat dipastikan bahawa karya penulisannya cepat tersebar ke berbagai penjuru dunia dan banyak digunakan di Timur Tengah, termasuk di Mesir dan Syria.
Bidang Lain al-‘Aqdu al-Tsamin syarh ‘ala Manzhumat alSittin Mas`alatan al-Musamma bi al-Fath al-
133
PROSIDING NADWAH ULAMA NUSANTARA (NUN) V, 9-10 SEPTEMBER 2013
Mubin: Kitab yang membahas 60 masalah yang berkaitan dengan Tauhid dan Fiqh ini merupakan ulasan terhadap karya Syaikh Musthafa bin Usman al-Jawi al-Qaruti, seorang ulama dari Garut, Jawa Barat, Indonesia. Kitab ini di cetak di percetakan al-Wahbiyyah pada tahun 1300H/1888M. Bahjat al-Wasa`il Syarh ‘ala al-Risalah alJami’ah Baina al-Usul wa al-Fiqh wa alTasawuf : Kitab yang membahas masalah tauhid, fiqh dan tasawuf ini pula merupakan komentar terhadap karya Syaikh Ahmad bin Zain alHabsyi. Dicetak di Bulaq (Mesir) pada tahun 1292H/1875M, dan cetak ulangnya di alMaimanah pada tahun 1334H/1915M dan Percetakan al-Haramain, Singapura-Jeddah, tanpa tarikh. KESIMPULAN
mencecah 84 tahun. Ulama besar dari Banten ini lebih dikenali di dunia Islam daripada tanah airnya sendiri. Di Indonesia sendiri, mereka yang mengenalinya hanyalah di kalangan ulama dan penuntut di pesantren sahaja. Kerana kemasyhuran yang dimilikinya, ia merupakan salah seorang daripada dua orang tokoh berbangsa Indonesia yang diabadikan namanya di dalam kitab Munjid selain Soekarno. NOTA HUJUNG 1
2
3 4
Karya-karya yang disebutkan diatas adalah karya Syaikh Nawawi yang sudah dicetak dan diterbitkan oleh berbagai penerbit. Kitab-kitab tersebut tersebar hampir seluruh wilayah dunia Islam. Di Indonesia, karya-karya Syaikh Nawawi boleh didapati di berbagai kedai buku dan pustaka yang menjual kitab di setiap pelusuk kota. Di samping itu, masih banyak karya Syaikh Nawawi yang belum sempat diterbitkan dan masih berupa manuskrip yang tersimpan di Arab Saudi, Mesir mahu pun di negara Arab yang lain. Kitab-kitab karangan beliau banyak yang diterbitkan di Mesir, seringkali kitab-kitab beliau itu menjadi sebahagian buku rujukan dan teks kurikulum pendidikan agama di seluruh pondok dan pesantren di Indonesia, malahan di Malaysia, Filipina, Thailand dan juga negara-negara di Timur Tengah. Menurut catatan beberapa orang muridnya, tidak kurang dari 115 karya penulisannya dalam pelbagai cabang ilmu keislaman. Melalui kitabkitabnya, ia merefleksikan pandangan dan fatwanya. Kitab-kitab itu menempatkan posisi teratas kitabkitab paling berpengaruh dalam kurikulum pondok dan pesantren di sekitar Nusantara mahu pun majlismajlis keilmuan Islam yang lain sehingga kini29. Maka, tidak hairanlah jika para ulama dan cendekiawan muslim menempatkannya sebagai bapa gerakan intelektual Islam di Nusantara. Keupayaan kitab-kitab karangan Syaikh Nawawi sebagai bahan rujukan dan juga buku teks bagi para penuntut keilmuan Islam tidak boleh dipandang ringan. Berdasarkan penelitian Martin Van Bruinessen terhadap 46 buah pesantren terkemuka di sekitar Indonesia, dia menyimpulkan bahawa 42 buah pesantren itu menggunakan kitabkitab yang ditulis oleh Syaikh Nawawi. Menurutnya lagi, sekurang-kurangnya 22 buah karangan Syaikh Nawawi yang menjadi rujukan di pesantrenpesantren tersebut. 30 Syaikh Nawawi meninggal dunia pada tahun 1897M di Makkah dan dimakamkan di Perkuburan Ma’la dalam usia
5
6
7
8
9 10
11
12
13
14
15
16
17
134
Rafiuddin Ramli, Sejarah hidup dan Sisilah Syekh Nawawi. (Banten: Yayasan Nawawi), hlm. 11-12. Karel A. Steenbrink, Beberapa Aspek tentang Islam di Indonesia Abad ke-19, (Jakarta: Bulan Bintang. 1984), Cet. 1, hlm. 117 Ibid. hlm. 88. Salman Harun, Mutiara Surat al-Fatihah: Analitis Tafsir al-Fatihah Syekh Nawawi Banten. (Jakarta: Kafur, 2000), Cet. 1, hlm. 60 Steenbrink, Beberapa Aspek tentang Islam di Indonesia, hlm. 117 Motif kembalinya Syaikh Nawawi ke Makkah, menurut Snouck Hurgronje sudah dirancang untuk melanjutkan pengajiannya, sedangkan menurut Chaidar, semangat perjuangan Diponegoro sudah melarat ke Tanara, sehingga ia mendapat pengawasan pemerintah Belanda, lihat Chaidar, Sejarah Pujangga Islam, hlm. 3031. Lihat juga Zamakhsyari Dhofier, Tradisi Pesantren, hlm. 88. Ma'ruf Amin dan M. Nasruddin Anshory CH. , Pemikiran Syeikh Nawawi, hlm. 98. Karel A. Steenbrink, Beberapa aspek Tentang Islam, hlm. 120. Ibid. hlm. 120. Ma'ruf Amin, Syeikh Nawawi al-Bantani, Riwayat Hidup dan Perjuangannya. (Banten: Yayasan Syekh Nawawi al-Bantani, t. t. ) hlm. 810. Zamakhsyari Dhofier, Tradisi Pesantren, hlm. 88. Lihat juga C. Snouck Hurgronje, Mecca in the Letter Part of the 19th Century, hlm. 269. A. H. Johns, Islam in the Malay World Desultory, hlm. 29. Nawawi Al-Bantani, Tijan Al-Darari, (Surabaya: Percetakan Al-Hidayah, tth), h. 2 Nawawi Al-Bantani, ‘Uqud Al-Lujain, (ttp, Syirkah Nur Asiya,tth), hlm. 2 Nawawi Al-Bantani, Mirqah Su’ud al-Tashdiq. (ttp, Syirkah Nur Asia, tth), h. 2 A. H. Johns, Islam in the Malay World Desultory, hlm. 29. Dan Zamakhsyari Dhofier, Tradisi Pesantren, hlm. 89. Rafiuddin Ramli, Sejarah hidup dan Sisilah Syekh Nawawi. (Banten: Yayasan Nawawi), hlm. 6 dan lihat Munir Amin, Samsul. Sayyid Ulama Hijaz. hlm. 70.
PROSIDING NADWAH ULAMA NUSANTARA (NUN) V, 9-10 SEPTEMBER 2013
18
19
20
21
22
23
24
25
26
27
28
29
30
C. Snouck Hurgronje, Mecca in the Letter Part of the 19th Century, hlm. 271. Yusuf Alian Sarkis t. th. Mu’jam al-Mathbu’at al-‘Arabiyyat wa al-Mu’arrabat (Dictionary of Arabic Printed Books from Beginning of Arabic Printing until end of 1339H/1919M) Port Said, Mesir: Maktabah al-Tsaqafah al-Diniyah, jld. 2, hlm. 1881 dan Zamakhsyari Dhofier, Tradisi Pesantren, hlm. 88. Sirajuddin Abbas,Ulama Syafii dan Kitabkitabnya dari Abad ke Abad, (Jakarta:Pustaka Tarbiyah, 1975), hlm. 444-447. Rafiuddin Ramli dan Muhammad Fakhri, Sejarah Hidup dan Silsilah Kyai Muhammad Nawawi Tanara. (Tangerang: CirumpakKeronjo, 1399 H), hlm. 8-10. Rafiuddin Ramli, Sejarah hidup dan Silsilah Syekh Nawawi, hlm. 8. bagi lebih Iengkap mengetahui karya-karya dan riwayat hidup Nawawi. baca Rafiuddin Ramli. Biografi Nawawi telah disusun oleh Rafiuddin Ramli dan disempurnakan oleh Ketua Yayasan Nawawi, H. Muhammad Fakhni al-Aslam, kemudian ditulis dalam bahasa Indonesia berhuruf Arab oleh H. Muhammad Afif Asyfari al-Asnawi. Gelaran ini disebutkan dalam kitab Tijan AlDarari, t. th. Surabaya: Percetakan Al-Hidayah, hlm. 2. Gelaran yang diberikan ini terdapat dalam kitab tafsir Murāh Labīd, (Indonesia: Dār Ihyā’ alKutub al-‘Arabiyyah, t. t. ) jld. I, hlm. 1 dan lihat juga Munir Amin, Samsul. Sayyid Ulama Hijaz, hlm. 71. Departemen Agama RI, Ensiklopedi Islam (Jakarta: CV. Rofindo, 1987/1988), hlm. 668. Munir Amin, Samsul. Sayyid Ulama Hijaz. hlm. 7. A. Chaedar Alwasilah. 2006. Pokoknya Sunda: Interpretasi Untuk Aksi. (Bandung: Kiblat), hlm. 44. Nawawi Al-Bantani, Tanqih al-Qaul al-Hatsits, (Semarang: Matba'ah Usaha Keluarga, tth. ), hlm. 2. Masdar Farid Mas'udi (et. al. ), Direktori Pesantren 1 (Jakarta: P3M, 1986), hlm. 20-103 Martin van Bruinessen, 1995. Kitab Kuning, Pesantren, dan Tarekat – Tradisi-Tradisi Islam di Indonesia. Bandung: Penerbit Mizan (cetakan kedua). hlm. 38 dan lihat Munir Amin, Samsul. Sayyid Ulama Hijaz. hlm. 74. RUJUKAN
Chaedar Alwasilah, 2006. Pokoknya Sunda: Interpretasi Untuk Aksi. Bandung: Kiblat. Chaidar Dahlan, 1978. Sejarah Pujangga Islam Syeikh Nawawi Al-Bantani. Jakarta: CV. Sarana Utama.
Hurgronje, C. Snouck, 1931. Mecca in the Letter Part of the 19th Century. Leiden: EJ. Brill. Johns, A. H. , t. th. Islam in the Malay World Desultory Remarks with Some Reference to Quranic Exegesis. Australia: Australian University. Karel A. Steenbrink, 1984. Beberapa Aspek tentang Islam di Indonesia Abad ke-19. Jakarta: Bulan Bintang. Martin van Bruinessen, 1995. Kitab Kuning, Pesantren, dan Tarekat: Tradisi-Tradisi Islam di Indonesia. Bandung: Penerbit Mizan (cetakan kedua). Ma'ruf Amin dan M. Nasruddin Anshory CH, 1989. Pemikiran Syeikh Nawawi, Pesantren, No. /Vol. VI/1989. Ma'ruf Amin, (t. t. ) Syeikh Nawawi al-Bantani, Riwayat Hidup dan Perjuangannya. Banten: Yayasan Syekh Nawawi al-Bantani. Masdar Farid Mas'udi, 1986. Direktori Pesantren 1. Jakarta: P3M, Moh. Suhri Utsman Al-Bantany, 2008. Benteng Kebenaran: Komentar Kitab Qoomi’ AtTughyan, Syeikh Muhammad Nawawi AlBantani. Jakarta: Pustaka Keluarga. Muhammad Hanafi, S. Ag, 2010. Pemikiran Kalam Imam Nawawi Al-Bantani Dalam Kitab Qatr AlGais (1230-1314H/1815-1897M) Tahqīq Dan Dirāsah (Tesis Master - UIN Sunan Kalijaga) Yogyakarta: UIN Sunan Kalijaga. Munir Amin, Samsul. 2009. Sayyid Ulama Hijaz. Yogyakarta: LKIS. Nawawi Al-Bantani, t. th. Mirqah Su’ud al-Tashdiq. Semarang: Syirkah Nur Asiya. Nawawi Al-Bantani, t. th. Tanqih al-Qaul al-Hatsits. Semarang: Matba'ah Usaha Keluarga. Nawawi Al-Bantani, t. th. Tijan Al-Darari. Surabaya: Percetakan Al-Hidayah. Nawawi Al-Bantani, t. th. Uqud Al-Lujain. Semarang: Syirkah Nur Asiya. Rafiuddin Ramli dan Muhammad Fakhri, Sejarah Hidup dan Silsilah Kyai Muhammad Nawawi Tanara. Tangerang: Cirumpak-Keronjo, 1399H. Rafiuddin Ramli, 1399H/1978M. Sejarah Hidup dan Silsilah Syeikh Nawawi. Banten: Yayasan Nawawi. Salman Harun, 2000. Mutiara Surat al-Fatihah: Analitis Tafsir al-Fatihah Syeikh Nawawi Banten. Jakarta: Kafur. Shalahuddin Hamid & Iskandar Ahza. 2003. Seratus Tokoh Islam Paling Berpengaruh Di Indonesia. Jakarta: Intimedia Cipta Nusantara. Sirajuddin Abbas, 1975. Ulama Syafii dan Kitabkitabnya dari Abad ke Abad. Jakarta:Pustaka Tarbiyah. Umar ‘Abd al-Jabbār, 1982. Siyar wa Tarājim Ba’dh ‘Ulamāinā fi al-Qarn al-Rabi’ ‘Asyar li alHijrah. Jeddah: Tihama.
135
PROSIDING NADWAH ULAMA NUSANTARA (NUN) V, 9-10 SEPTEMBER 2013
Yusuf Alian Sarkis, t. th. Mu’jam al-Mathbu’at al‘Arabiyyat wa al-Mu’arrabat (Dictionary of Arabic Printed Books from Beginning of Arabic Printing until end of 1339H/1919M). Port Said, Mesir: Maktabah al-Tsaqafah al-Diniyah.
Zamakhsyari Dhofier. 1994. Tradisi Pesantren: Studi Tentang Pandangan Hidup Kiyai. Jakarta: LP3ES.
136
View more...
Comments