January 10, 2018 | Author: cteanabillah | Category: N/A
Surat Permohonan Kebenaran Menjalankan Kajian Di Sekolah Peringkat...
Siti Nabillah Bt Mohd Zon, D23, Kg Muhibbah Fasa 1, Persiaran Muhibbah 4, 31100 Sg Siput, Perak Darul Ridzuan.
Pengarah, Unit Perhubungan Dan Pendaftaran, Jabatan Pendidikan Negeri Perak, Jalan Tun Abdul Razak, 30640 Ipoh Perak Darul Ridzuan
10 Januari 2017
Tuan, PERMOHONAN KEBENARAN MENJALANKAN KAJIAN PENYELIDIKAN SARJANA MUDA DI SEKOLAH MENENGAH DI PERAK (DAERAH: KINTA UTARA) Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk. 2. Sukacita dimaklumkan kepada Tuan bahawa saya ialah pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), ingin memohon kebenaran daripada pihak tuan untuk menjalankan penyelidikan peringkat sarjana muda di sekolah menengah kebangsaan di negeri Perak dalam daerah Kinta Utara. 3.
Maklumat permohonan saya adalah seperti berikut: Nama : Siti Nabillah Mohd Zon No. Kad Pengenalan : 941207-02-6342 No. Telefon : 011-11508070 E-mel :
[email protected] Tajuk Kajian : Tahap kemahiran dan amalan kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) dalam kalangan guru sains di daerah kuala kangsar Perak. Sampel kajian : Guru sains yang mengajar di beberapa sekolah menengah di dalam daerah kinta utara.
4. Bersama-sama surat ini saya sertakan surat kebenaran menjalankan penyelidikan dari Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia untuk rujukan tuan.
5. Sehubungan dengan itu, saya memohon kepada tuan agar saya memperoleh kebenaran untuk menjalankan penyelidikan demi meningkatkan lagi kualiti pendidikan. Segala perhatian dan keprihatinan tuan dalam hal ini didahului dengan ucapan ribuan terima kasih. 6. Bagi memudahkan aklu balas dari pihak tua, tuan boleh merujuk maklumat berikut: Siti Nabillah Bt Mohd Zon, D23, Kg Muhibbah Fasa 1, Persiaran Muhibbah 4, 31100 Sg Siput, Perak Darul Ridzuan. Sekian.
Yang benar,
-----------------------------(Siti Nabillah Mohd Zon)