Sumber Bahan API Semula Jadi Dan Kepentingannya-kump Asyraf

July 10, 2017 | Author: Zarah Ahmad | Category: N/A
Share Embed Donate


Short Description

Pembentangan petroleum dan sumbangannya ( band 6)...

Description

SUMBER BAHAN API SEMULA JADI DAN KEPENTINGANNYA AHLI KUMPULAN: ASYRAF (A) NUKMAN JARED

DEFINASI PETROLEUM Petroleum merupakan sebatian pelbagai hidrokarbon, terutamanya siri alkana, dan biasanya didapati di bahagian atas kerak bumi. Kegunaan utama petroleum ialah sebagai sumber tenaga untuk menggerakkan kenderaan. Selain sebagai bahan bakar dan pelincir, petroleum turut digunakan dalam pelbagai industri seperti pembuatan pelarut, baja serta racun perosak, sabun dan detergen, pewangi, plastik, bahan letupan dan lain-lain.

KEGUNAAN PELBAGAI PECAHAN PETROLEUM Setiap pecahan petroleum mempunyai sifat dan kegunaannya yang tersendiri. Sifat pecahan petroleum berhubung kait dengan takat didihnya. Semakin tinggi takat didih pecahan petroleum, semakin gelap warnanya, dan juga semakin likat cecair pecahan petroleum. Pecahan petroleum juga menjadi semakin sukar untuk membakar dan semakin banyak kualiti jelaga yang terbentuk semasa pembakaran.

KEGUNAAN PELBAGAI PECAHAN PETROLEUM Petrol Dicairkan di bawah tekanan dan digunakan sebagai gas untuk memasak.

Gas-gas petroleum(takat didih paling rendah ) Dicairkan di bawah tekanan dan digunakan sebagai gas untuk memasak.

Nafta

Kerosin

Sumber bagi pembuatan plastik, dadah, dan kain sintetik dalam industri petrokimia dan sebagai pelarut

Digunakan sebagai bahan api untuk pesawat terbang serta untuk pemanasan dan pencahayaan (lampu kerosin )

Diesel Digunakan sebagai bahan api untuk kenderaan berat seperti bas , lori dan kereta api.

Minyak Pelincir Digunakan sebagai pelincir untuk mengurangkan geseran

SUMBANGAN PETROLEUM KEPADA EKONOMI MALAYSIA SUMBANGAN

HURAIAN

Sumber kepada pendapatan Negara

1.

Menyediakan peluang pekerjaan

1.

Menggalakkan pemindahan teknologi dan kepakaran melalui pelbagai projek usahasama, perkongsian pintar, dan latihan lanjutan

1.

Memajukan kilang industri yang berkaitan terutamanya industri berasaskan sumber petroleum dan gas asli

1.

2.

2.

2.

2.

Eksport petroleum mentah pada tahun 2014 menyumbang kira-kira RM14.2 bilion, gas asli (RM11.3 bilion) membiayai projek-projek pembangunan negara seperti pembinaan Menara Berkembar KLCC, lapangan terbang Kerteh dan lain-lain. seperti ahli geologi petroleum, jurutera, ahli oceaneografi, juruteknik, pegawai tadbir dan buruh. mengurangkan kadar pengangguran penduduk dan meningkatkan pendapatan / taraf hidup penduduk. Teknologi tinggi mungkin diimport atau diperolehi melalui usahasama dengan syarikat asing. Usaha penyelidikan dan pembangunan (R & D) sentiasa dijalankan oleh PETRONAS dalam konteks teknik baru mengesan dan mengeluarkan sumber minyak asli Menghasilkan teknik baru dengan mengeluarkan pelbagai produk berkualiti untuk mencari minyak mentah, contohnya teknologi seismik dan satelit digunakan dalam mengesan lokasi medan petroleum. Memajukan kilang penapisan petroleum di Lutong (Miri )dan Kerteh(Terengganu) serta kilang mencairkan gas asli di Bintulu. Kilang industri lain juga turut berkembang seperti industri membuat baja urea dan petrokimia.

KEGUNAAN EFEKTIF BAHAN API FOSIL Arang Batu

1. penjanaan tenaga elektrik di seluruh dunia. 2. Pembakaran arang batu turut membebaskan karbon dioksida dan juga jelaga-jelaga ke udara 3. penyumbang terhadap pembebesan gas rumah hijau, selain dari pencemaran udara.

BAHAN API FOSIL Gas Asli

1. 2. 3. 4. 5. 6.

Penghasilan tenaga letrik di stesen janakuasa elektrik Bahan bakar kenderaan (ngv) Gas memasak di dapur Alat pemanasan di rumah Penghasilan baja Industri petrokimia

Petroleum

1. 2.

sumber tenaga mengerakkan kenderaan selain bahan bakar dan pelincir, pembuatan pelarut, baja serta racun perosak, sabun dan detergen, pewangi, plastik bahan letupan dll

RUMUSAN Salah satu punca pendapatan negara adalah petroleum, dimana Malaysia mempunyai petroleum sendiri seperti Petronas, ringkasan nama bagi Petroliam Nasional Berhad, adalah syarikat minyak dan gas Malaysia sepenuhnya telah ditubuhkan pada 17 Ogos 1974. Fortune Global 500 telah meletakkan Petronas sebagai sebuah syarikat ke-95 terbesar di dunia pada tahun 2008 dan ke-80 terbesar pada tahun 2009. Ia juga meletakkan Petronas sebagai syarikat perbadanan ke-13 paling banyak membuat keuntungan di dunia dan yang paling banyak keuntungan di Asia. Kami membuat kajian petroleum ini di petrosains KLCC, dimana Petrosains adalah Pusat Penemuan Sains yang menggunakan pendekatan interaktif dan menyeronokkan untuk memberitahu kisah sains dan teknologi di dalam industri petroleum. Konsep dan kandungannya berkisar sekitar khususnya sains petroleum, namun menerima semua sains am .Pendekatan amali yang diguna pakai olehPetrosains meletakkan penekanan kepada keseronokan pembelajaran mengikut kaedah fakta saintifik.

LAMPIRAN

View more...

Comments

Copyright ©2017 KUPDF Inc.
SUPPORT KUPDF